Anda di halaman 1dari 2

Firman Allah SWT:

ِ َ‫َوهَّللا ُ َي ْدعُو إِلَ ٰى د‬


]25 : ‫ار ال َّساَل ِم َو َي ْهدِي َمن َي َشا ُء إِلَ ٰى صِ َراطٍ مُّسْ َتق ٍِيم [يونس‬

Ertinya: "(Itulah dia kesudahan kehidupan dunia), dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat
kediaman yang selamat sentosa, dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa
yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan yang betul lurus (yang
selamat itu)." (Surah Yunus: 25)

🌼 Keterangan Ayat:

1. Allah SWT menyeru seluruh manusia ke syurga yang kekal selamat dan sejahtera! Tempat
kediaman yang tiada penyakit dan tiada bencana!

2. Dunia bukan tempat kediaman yang kekal selamat! Dunia dipenuhi penyakit dan bencana! Seperti
tanaman yang akan musnah dan binasa!

3. Allah SWT telah memberi petunjuk hidayah kepada manusia! Siapa yang menyahut seruan Allah
akan mendapat hidayah ke jalan yang benar!

Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.

🌼 Antara Petunjuk Ayat:

1. Syurga adalah tempat kediaman yang disediakan untuk manusia! Tempat yang selamat dan
sejahtera selamanya!

2. Manusia tidak diciptakan untuk menanggung kesusahan dan bencana! Manusia diciptakan untuk
menetap di syurga yang sejahtera!

3. Tiada jalan untuk kita selamat dan sejahtera melainkan hanya dengan mengikut petunjuk hidayah
dari Allah! Selain darinya adalah jalan yang sesat!
🌼 Kaedah Beramal:

1. Hendaklah kita menyahut seruan Allah untuk kita ke syurga! Jangan tunggu dan jangan ragu-ragu!

2. Hendaklah kita bersabar dengan ujian di dunia yang sementara! Jangan lupa ganjarannya syurga
yang sejahtera!

3. Hendaklah kita mengikut petunjuk hidayah dari Allah! Petunjuk Al-Quran dan Sunnah! Jangan ikut
jalan yang sesat!

Ya Allah bantulah kami semua untuk mengikut jalan yang benar, kurniakanlah kepada kami
kediaman yang sejahtera di dalam syurgaMu. Aamiin.

Sila tambah petunjuk-petunjuk ayat...

‫وهللا أعلم وصلى هللا على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمد هلل رب العالمين‬

Anda mungkin juga menyukai