Anda di halaman 1dari 2

Semusim di Mahsyar

Novel ini mengisahkan tentang Iqlima Salsabilla, disahkan meninggal dunia akibat
kegagalan pembedahan hati. Selepas 5 hari dia dikebumikan, kemudian kuburnya
digali semula setelah ayahnya mendakwa melihat anaknya di dalam mimpi, kembali
dengan kain kapan yang berlumuran darah dan nanah, meminta untuk diselamatkan
kerana dia masih hidup. Sepanjang 5 hari di dalam kubur, Iqlima menjalani suasana
di alam misteri sehingga dia merasakan hampir seribu tahun lamanya dia
bersemadi. Iqlima merasai sendiri kesakitan dan kepayahan dima dia mengetahu
betapa sengsaranya di alam mahsyar akibat derhaka terhadap ibu dan ayahnya.
Dia amat menyesal dengan perbuatannya dan ingin kembali ke dunia untuk
menebus segala salah silapnya. Meskipun Iqlima adalah seorang gadis kecil yang
solehah, menjaga solat dan menutup aurat tetapi akibat fitnah, dia telah menderhaka
kepada kedua ibu ayahnya dimana Iqlima difitnah sebagai anak haram hasil
hubungan tidak sah oleh ibu dan ayahnya. Ibu dan ayahnya tetap melayannya
dengan baik dan dibalas dengan perbuatan buruk oleh Iqlima. Keberkesanan penulis
mencipta plot perumitan benar-benar terserlah dimana sehinggalah Iqlima disahkan
menghidap kanser hati dan memerlukan penderma. Qaleef Haikal sudi
mendermakan sebahagian hatinya buat Iqlima.
Pengarang menjadikan cerita ini semakin rumit sewaktu Qaleef Haikal menarik diri
untuk menderma hatinya malah Ibu Iqlima yang menawarkan diri untuk menderma
walaupun mengalami pendarahan akibat ditolak oleh Iqlima di hospital. Pada
peringkat klimaks, pembedahan tersebut gagal, Iqlima dan ibunya disemadikan
dalam satu lahad. Ayah Iqlima mendakwa Iqlima masih hidup dan merayu agar
kubur digali walaupun terpaksa berjalan mengengsot untuk ke rumah Pak Iman.
Akhirnya kubur Iqlima dan ibunya digali dan ternyata Iqlima masih hidup. Iqlima
berasa bersalah dan ingin menebus kesalahannya tetapi sudah terlambat kerana
ayahya turut menghembuskan nafas yang terakhir sebelum sempat dia meminta
maaf.
Pengarang berjaya mencipta suasana dramatis dan menyentuh perasaan.
Peleraian, penulis menceritakan bahawa sebenarnya Iqlima bukanlah anak haram
tetapi dia telah difitnah oleh Mak Ngahnya sendiri. Penyesalan demi penyesalan di
hati Iqlima. Kini dia bertaubat dan hatinya semakin dekat pada pencipta.
Pada pendapat saya, pengarang novel ini ingin meceritakan bahawa seorang anak
haruslah berbakti kepada kedua ibu bapa meskipun kedua ibu bapanya melayannya
dengan teruk. Selain itu, seorang anak haruslah lebih mempercayai kedua ibu bapa
melebihi daripada orang lain kerana pasti terdapat segelintir orang yang membuat
fitnah untuk menghancurkan hubungan kekeluargaan. Seterusnya, novel ini
menceritakan balasan kepada anak-anak yang tidak berbakti kepada kedua ibu
bapa dan melayan mereka dengan teruk. Akhirnya, seorang anak haruslah
meletakkan darjat ibu bapa melebihi daripada orang lain kerana apabila seorang
anak berada dalam masalah pasti ibu bapa orang yang pertama menghulurkan
bantuan.

Anda mungkin juga menyukai