Anda di halaman 1dari 2

Proses-Proses Penghasilan Karya Sejarah

Maksud umum pensejarahan ataupun histografi ini ialah hasil-hasil kajian dan
penulisan oleh sejarawan. Menurut kamus dewan edisi ke empat,pensejarahan bermaksud
karya atau penulisan berkaitan dengan sejarah,sumber sejarah adalah dokumen atau rekod
sama ada dalam bentuk bertulis mahupun bercetak. Bagi menghasilkan sesebuah karya
pensejarahan, ahli sejarawan perlulah mengikuti prosedur ataupun Langkah yang ditetapkan
supaya karya tersebut dapat dihasilkan dengan baik. Oleh itu, terdapat beberapa prosedur
dalam menghasilkan karya pensejarahan.

Langkah pertama ialah pemilihan tajuk penyelidikan. Ahli sejarawan akan melakukan
pembacaan awal terlebih dahulu sebelum tajuk kajian dipilih kerana ianya amat membantu
untuk dijadikan panduan dalam penyelidikan. Dalam pemilihan tajuk, terdapat beberapa
kriteria yang perlu dititikberatkan seperti tajuk prlulah menarik, asli dan juga ringkas serta
padat. Langkah kedua ialah melakukan penyataan masalah. Sejarawan perlulah mengetahui
sebab apa karya tersebut ditulis dengan menyatakan masalah dan isu yang dikaji. Maka,
ahli sejarawan dapat mempertahankan isu dan masalah tersebut di samping
menjelaskannya dengan lebih mendalam sebab peyelidikan tersebut dijalankan.

Seterusnya, ahli sejarawan perlulah melakukan hipotesis terlebih dahulu iaitu


pernyataan sementara tentang sesuatuyang kebolehpercayaannya biasanya tidak
diketahui. Hipotesis membantu ahli sejarawan untuk memastikan jalan yang benar dapat
dilakukan dengan menjadi panduan uatama serta mampu memberikan kerangka
melaporkan rumusan daripada kajian tersebut. Selain itu, ahli sejarawan juga perlulah
bersedia untuk mencari sumber rujukan. Sumber tujukan amatlah penting bagi memastikan
karya tersebut berunsurkan fakta yang benar. Terdapat dua sumber dalam penyelidikan
sejarah iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Kedua-dua sumber ini perlu ada dalam
penyelidikan sejarah.

Kemudian, ahli sejarawan perlulah mennetukan kaedah penyelidikan yang ingin


digunakan. Kaedah ini perlulah digunakan sebaiknya dengan cara yang betul. Terdapat dua
kaedah yang boleh digunakan iaitu kaedah pensejarahan tradisi yang dipelopori oleh
Herodotus dan Thucydides dan juga pensejarahan moden yang dipelopori oleh Lepold Von
Ranke. Kedua-dua kaedah ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Langkah
seterusnya ialah dengan melakukan kritikan luaran dan juga kritikan dalaman. Untuk
memastikan sumber yang digunakan sahih dan benar, kritikan amatlah penting. Kritikan
luaran dilakukan untuk memeriksa kesahihan dan keaslian usmber tersebut berdasarkan
ujian kimia, ujian bahan, ujian pegesahan tulisan dan juga ujian tanda tangan. Kritikan
dalaman pula untuk melihat tahap kepentingan bukti yang mampu untuk mendokong
sejarawan.

Akhirnya, sejarawan perlulah menulis laporan lengkap mengenai kajian sejarah


tersebut. Laporan disusun mengikut susunan dan juga kronologi yang ditetapkan. Ahli
sejarawan juga perlulah memnetingkan penstrukturan ayat seperti tanda baca, ejaan,
pemerangganan dan sebagainya. Penulisan laporan ini perlulah dilakukan dengan
sebaiknya supaya pembaca dapat emmahami apa yang ingin disampaikan. Kesimpulannya,
terdapat pelbagai langkah dalam proses menghasilkan karya sejarah ini. Oleh itu, penting
untuk ahli sejarawan mengikuti semua Langkah ini bagi menghasilkan karya yang bermutu.

Anda mungkin juga menyukai