Anda di halaman 1dari 1

Berdasarkan pengetahuan anda huraiakan proses-proses penulisan sesuatu karya sejarah

Penulisan karya sejarah juga dikenali sebagai pensejarahan. Menurut Yusof Hashim 1988,
hasil karya atau penulisan oleh ahli sejarah atau sejarahwan adalah ditakrifkan sebagai
pensejarahan. Dalam menghasilkan penulisan sesuatu karya sejarah terdapat beberapa
tahap dan aturan yang lazimnya diikuti atau dijalankan oleh sejarahwan dalam usahanya
untuk menghasilkan penulisan bersejarah. Sejarahwan akan menjalankan kajian
berdasarkan kepakaran dalam bidangnya tersendiri seperti bidang ekonomi, sosial ataupun
politik. Namun begitu, dalam menjamin mutu penulis sebuah karya sejarah terdapat
beberapa proses yang perlu dijalankan sebelum, semasa dan selepas penulisan sejarah
dihasilkan.
Sebelum menghasilkan karya bersejarah, seseorang itu perlu memahami tajuk yang
menjadi bakal menjadi pilihannya untuk diselidik bagi menghasilkan penulisan sejarah.
Dalam proses ini ahli sejarahwan perlu membuat pembacaan umum terlebih dahulu
sebelum menentukan tajuk yang bagi karya sejarah yang bakal ditulisnya. Apabila langkah
awal ini diambil, ia akan memudahkan ahli sejarah tersebut untuk mendapatkan idea dan
pengetahuan luas dalam bidang sejarah yang bakal dikupasnya dalam karya tersebut.
Sewaktu proses pemilihan tajuk ini juga, sejarahwan perlu mendapatkan dan mengumpul
hasil-hasil kajian lepas dan melakukan pemerhatian terhadap sesuatu perkara yang bakal
ditulisnya. Hal ini bertujuan menjadi panduan dan membantu penulis dalam menentukan
tajuk yang ingin dihasilkan tersebut. Sehubungan itu, dalam pemilihan tajuk perlulah
mengandungi nilai penarik agar pembaca tertarik untuk membaca karya sejarah itu berserta
fakta-fakta yang benar dimuatkan dalam penulisan.
Seterusnya, proses semasa menulis karya sejarah pula, penulis harus meneliti
segala fakta yang ditulis dengan sumber yang sahih dan benar. Di peringkat ini penulis
boleh menggunakan kritikan dalaman terhadap tajuk yang dipilih untuk menghasilkan karya
tersebut agar penulisan yang dihasilkan tidak lari dari fakta sejarah. Dalam penulisan karya
sejarah juga penulis haruslah mengemukakan hipotesis-hipotesis yang boleh dipercayai.
Selain itu, penulis juga haruslah menggunakan laras bahasa yang sesuai berdasarkan
konteks penulisan yang berkaitan sejarah dan perkara terpenting ialah pastikan ejaan dan
tatabahasa yang digunakan adalah betul dan tiada kesalahan.
Akhir sekali, selepas penulisan siap, sejarahwan tersebut haruslah mengemukakan
sumber-sumber yang menjadi rujukan dalam penghasilan karyanya tersebut. Langkah
terakhir ini juga memerlukan sejarahwan untuk meneliti semula setiap perkara yang ditulis
supaya tiada kesalahan yang ada dalam teks yang dihasilkan tersebut. Apabila semua
perkara telah selesai, hasil karya sejarah itu boleh dibukukan atau didokumentasikan agar
boleh dijadikan bahan rujukan dan bacaan semua masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai