Anda di halaman 1dari 10

Perancangan Akademik

JMS 101 PENGANTAR SEJARAH


Sidang Akademik 2011/2012
KELAS SIDANG VIDEO
Sidang Video Perjumpaan 1 Perjumpaan 2 Perjumpaan 3 Perjumpaan 4 Perjumpaan 5
(Tarikh dan masa kelas sidang video perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual Sidang Video Sidang Akademik 2011/2012 yang telah dihantar kepada pelajar)

Tarikh

Jam

-1-

JMS 101/4 - PENGANTAR SEJARAH PENGURUS KURSUS: Dr Haji Ishak bin Saat PENGENALAN Kursus Pengantar Sejarah ini adalah satu kursus pengenalan kepada pelajarpelajar tahun pertama yang khususnya akan membuat pengkhususan/major dalam bidang sejarah. Sebagai kursus pengenalan, kursus ini membincangkan tentang perkara-perkara asas atau pokok dalam ilmu sejarah. Justeru itu kursus ini akan bermula dengan latar belakang perkembangan ilmu sejarah sejak zaman klasik sehingga ke zaman moden, yang menunjukkan bahawa ilmu sejarah ini adalah antara ilmu tertua dalam sejarah perkembangan manusia. Cabang-cabang ilmu sejarah juga akan difokuskan seperti sejarah politik, ekonomi, sosial, pemikiran, agama dan falsafah untuk menggambarkan betapa luasnya cabang-cabang dalam ilmu sejarah. Tidak ketinggalan juga aspek-aspek penyelidikan sejarah, pentafsiran serta ilmu bantu yang penting untuk menghasilkan sesuatu kajian sejarah. MATLAMAT KURSUS Antara matlamat utama kursus ini ialah memberi pendedahan atau pemahaman tentang apa yang dikatakan ilmu sejarah itu. Sejarah yang dikenali pada peringkat yang lebih rendah itu ketika di sekolah, tidak lebih daripada mempelajari peristiwa-peristiwa penting yang telah berlaku pada masa dahulu. Hakikatnya sejarah adalah lebih daripada itu. Justeru itu kursus ini bermatlamat untuk membetulkan persepsi umum tentang sejarah. Untuk mencapai matlamat tersebut maka aspek-aspek penting dalam ilmu sejarah ini menjadi tumpuan seperti membincangkan tentang pengertian sejarah itu sendiri, ruang-lingkup sejarah yang dikaji, sumber-sumber sejarah dan pentafsirannya, penjelasan dalam sejarah, objektiviti dan juga tentang pengadilan moral. Aspek-aspek ini akan dibincangkan berdasarkan pendapat sarjana-sarjana sejarah dalam usaha untuk membolehkan para pelajar melahirkan buah fikiran yang bernas dalam setiap aspek berkenaan.

KANDUNGAN KURSUS: LATAR BELAKANG SEJARAH ILMU Zaman Klasik Zaman Pertengahan Zaman Moden

-2-

BAB 1: Pengertian Sejarah Konsep Ilmu Sekular Teologi Ilmu Sejarah Konsep Disiplin Inter-Disiplin BAB 2: Cakupan Sejarah Pokok Persoalan Sekular Teologi Cabang-Cabang Sejarah Politik Sejarah Sosial Sejarah Ekonomi Sejarah Kebudayaan Sejarah Pemikiran Sejarah Agama Sejarah Dunia Sejarah Wilayah Sejarah Negara Sejarah Tempatan Falsafah Sejarah Sosiologi Sejarah Psikologi Sejarah BAB 3: Penyelidikan Sejarah Sumber Heuristik Kritik Ilmu Bantu Arkeologi Antropologi Geografi dan Kronologi Falsafah Bahasa Kesusasteraan Kuantifikasi dan Komputer BAB 4: Pentafsiran Sejarah Keterlibatan Objektiviti Subjektiviti

-3-

Pengadilan Konservatif Progresif Penyebaban Sekular Teologi Peringatan Penting: Selain daripada yang terdapat di dalam buku teks wajib, para pelajar juga akan diberi kuliah tentang perkara berikut semasa Kursus Intensif dan Kelas Sidang video. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Pengertian Sejarah Tujuan dan Fungsi Sejarah Perkara yang dikaji dalam Sejarah Sumber dalam Sejarah Tafsiran Sumber/Bukti Penyebaban (sababiyah) Pengadilan Moral Sejarah Sebagai Sains dan Keobjektifan dalam Sejarah

KERJA KURSUS - Ujian bernilai Tugasan TUGASAN Soalan tugasan seperti lampiran. PERINGATAN 1.

20% 20%

Semua tugasan hendaklah sampai ke PPPJJ selewat-lewatnya pada 31 Januari 2012. Tugasan yang lewat tidak akan diperiksa dan akan diberi markah F. Tugasan ini membawa 20% markah keseluruhan. Semua tugasan hendaklah ditaip di atas kertas A4 atau cetak komputer. Tulisan tangan tidak akan diperiksa. Setiap tugasan hendaklah disertakan dengan nota kaki/belakang dan bibliografi.

2. 3. 4.

-4-

KELAS SIDANG VIDEO


Kursus ini mempunyai 5 slot sidang video iaitu 2 slot sebelum Kursus Intensif dan 2 slot selepas Kursus Intensif. Slot Sidang video yang ketiga (3) adalah dalam bentuk rakaman dan boleh dimuat turun melalui portal e-pembelajaran

Agenda/Cakupan perbincangan sidang video 1 Tajuk - Sejarah dan Pengertiannya. Perbincangan akan bertumpu kepada perbahasan para sarjana tentang sejarah dan disiplin sejarah. Agenda/Cakupan perbincangan sidang video 2 Tajuk i) ii) Tujuan dan Fungsi Sejarah Perkara yang dikaji dalam Sejarah

Peperiksaan Berterusan Akan diadakan semasa Kursus Intensif. Bahagian yang akan diuji: keseluruhan kandungan kursus. Ujian dalam bentuk aneka pilihan (objektif). KURSUS INTENSIF Tarikh Kursus Intensif bermula pada 29 Januari 2012 11 Februari 2012. SUMBANGAN KERJA KURSUS DAN PEPERIKSAAN AKHIR Kerja kursus (ujian + tugasan) 40% Peperiksaan akhir 60% BAHAN-BAHAN RUJUKAN Carr E.H. 1986. Apakah Sejarah, Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Collingwood R.G., 1986. Idea Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ishak Saat. 2007. Ilmu Sejarah Antara Tradisi dan Moden. KARISMA, Shah Alam. Ishak Saat. 2010. Penulisan Sejarah. Utusan Publications dan Distributions. Kuala Lumpur. Muhd. Yusof Ibrahim, 1997. Ilmu Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Suntharalingam R., 1985. Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican & Sons.

-5-

Nota kaki/Nota belakang Nota kaki atau nota belakang amat penting dalam penulisan ilmiah. Tujuannya adalah untuk memberi tahu pembaca darimana sesuatu pernyataan atau data itu diperolehi. Tanpa memberi rujukan itu anda telah dianggap melakukan palagiat/ceplakan atau "mencuri" idea atau pendapat orang lain. Kesalahan ini merupakan kesalahan yang paling berat di dalam penulisan akademik. Anda boleh didakwa di mahkamah kerananya. Justeru itu anda perlu mengemukakan dari mana anda memperolehi data itu pada nota di bahagian bawah muka surat (nota kaki) atau di akhir tulisan anda (nota belakang). Anda juga boleh menggunakan "sistem Harvard". Cara Menulis nota kaki/nota belakang Cara menulis nota kaki dan nota belakang ini sama sahaja. Bezanya hanyalah tempat di mana nota-nota itu ditulis - satu di kaki halaman dan yang satu lagi di akhir tulisan itu. Untuk menulis nota kaki anda perlu mengikuti panduan berikut : Mula-mula tulis nama penulis; jika namanya J.M. Gullick, tulis J.M Gullick, bukan Gullick J.M 1 . Kemudian diikuti oleh tanda koma (,) dan tahun buku itu diterbitkan. Selepas itu tulis judul buku, contoh - Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat. Judul ini hendaklah dikasarkan (bold) atau dimiringkan (italik) hurufnya. Jika anda menggunakan mesin taip, digaris di bawah judul itu. Contoh seperti berikut :Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat - italik Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat - bold. Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat - garis Selepas judul dibubuh tanda koma (,) dan diikuti oleh tempat buku itu diterbitkan, contoh - Kuala Lumpur. Kemudian diikuti oleh tanda titik dua bertindih (:) dan nama penerbit, contoh - Dewan Bahasa dan Pustaka. Berikutnya diletakkan tanda (,) dan akhirnya nombor halaman darimana data itu dipetik. Di hujung sekali mesti ada tanda (.). Lihat contoh di bawah : 1 J.M. Gullick, 1970. Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 20. Seandainya anda mengutip sekali lagi berturut-turut data daripada buku yang sama; pada nota kaki itu anda tulis singkatan Ibid dan diikuti oleh (,) dan halaman/muka surat, contoh - Ibid, h. 25. Perkataan "ibid" itu hendaklah dikasarkan (bold) atau dimiringkan (italik). Untuk nota nombor 3 anda mungkin memilih buku lain, anda hendaklah menulis semuanya seperti nota yang pertama tadi. Akan tetapi jika untuk
1

Nama keluarga didahulukan ini hanya digunakan bila menulis bibliografi.

-6-

nota yang ke - 4 anda mengambil kembali daripada buku yang pertama tadi, maka anda hendaklah menulis nama penulis buku itu; contoh - J.M. Gullick, dan diikuti oleh (,) serta singkatan "op.cit." yang mesti diitalik atau dikasar (bold) atau digaris di bawahnya. Selepas itu baru dibubuh halaman. Sekiranya anda menggunakan dua buah buku yang ditulis oleh seorang pengarang yang sama, peraturan di bawah hendaklah diikuti. 1 O.W. Wolters, 1990. Kejatuhan Srivijaya Dalam Sejarah Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 18. 2 O.W. Wolters, 1989. Perdagangan Awal Indonesia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 21. 3 O.W. Wolters, 1990. loc. cit., h. 15. Di sini anda perlu menggunakan singkatan "loc. cit." dan tahun buku itu diterbitkan supaya dapat diketahui buku mana yang dimaksudkan. Sekiranya anda memetik daripada sebuah makalah atau artikel, cara berikut digunakan. M. Rajendran, " Asean Diplomacy and the Indochina Crisis, "dalam Muhamad Abu Bakar dll (ed.), 1984. Historia, Kuala Lumpur : Persatuan Sejarah Malaysia, h. ... Untuk bahan-bahan yang belum diterbitkan seprti kertas kerja, latihan ilmiah dan tesis, anda tidak boleh menggunakan huruf kasar atau italik untuk judul. Anda letak judul di antara pengikut kata "...................", contoh Ahmad Jelani Halimi, "Perdagangan dan Pedagang Islam di Kedah, pada Abad ke - 17 dan 18M - Satu Tinjauan, "kertas kerja, Konvensyen Sejarah Negeri Kedah Darul Aman, Alor Setar, 29 - 30 September 1996, h. ... Md. Isa Othman, "Kedudukan dan Perkembangan Golongan Politik Elit Tradisional Negeri Kedah Sebelum dan Sesudah Pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah - 1881 - 1943, " Tesis Sarjana Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 1986, h. Seandainya anda membuat temu bual dengan saksi untuk mendapatkan data, pada nota kaki hendaklah dinyatakan; nama saksi itu dan tarikh ditemu bual.

-7-

Sekiranya anda memperolehi data itu daripada bahan-bahan yang belum diterbitkan seperti surat rasmi, surat persendirian atau rekod-rekod pejabat, anda hanya perlu mencatatkan tajuk surat itu, tarikh dan bombor fail (jika ada). Kalau surat itu surat persendirian, tulis sahaja nama pengirim dan penerima surat itu serta tarikh surat itu ditulis. Contoh. 1 Surat Jabatan Pendaftar Universiti Sains Malaysia kepada Ahmad Jelani Halimi, USM (AA) 53774/10, bertarikh 4 Februari 1993. 2 Rujuk Pekeliling Perkhidmatan USM Bil. 1 Tahun 1992 (Borang Pilihan Sendiri). 3 Rujuk surat yang dikirimkan oleh Francis Light kepada Sultan Abdullah Kedah bertarikh 1784. Lihat Lampiran ... Sekiranya anda menggunakan "Sistem Harvard", ikuti contoh di bawah : Orang Yunani dipercayai berasal daripada bangsa Indo-Eropah atau dikenali juga sebagai bangsa Aryan (Wan Fuad Wan Hassan; 1996 : 30). Nama orang, tahun dan angka 30 di dalam kurungan itu bermaksud, nama penulis buku itu Wan Fuad Wan Hassan, buku itu diterbitkan dalam tahun 1996 dan halaman darimana data itu diperolehi adalah halaman 30. Pada bahagian bibliografi baru ditulis sepenuhnya judul buku itu. Sekiranya anda masih juga belum faham mengenai hal ini, lihatlah contohcontoh yang banyak terdapat dalam buku-buku ilmiah. Untuk bibliografi sila lihat contoh yang terdapat di bahagian akhir mana-mana buku ilmiah atau tesis.

-8-

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SIDANG AKADEMIK 2011/2012 SOALAN TUGASAN JMS 101 Pengantar Sejarah Prof. Madya Dr. Ahmad Jelani Halimi Pilih salah satu persoalan di bawah dan bincangkan secara akademik sepanjang 8 10 halaman kertas A4. SEMUA TUGASAN HENDAKLAH DITAIP. 1. Sejarah adalah sejarah orang yang menang. Dengan contoh-contoh yang sesuai bincangkan pernyataan tersebut. Kata E.H. Carr, sejarah itu merupakan satu proses berterusan interaksi di antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, satu dialog yang tidak berkesudahan di antara masa ini dengan masa lampau. Bincangkan pernyataan Carr ini. Sejauh mana benarnya pernyataan yang menyatakan sejarah itu berulang.

2.

2.

PERINGATAN 1. Semua tugasan hendaklah sampai ke PPPJJ selewat-lewatnya pada 31 Januari 2012. Tugasan yang lewat tidak akan diperiksa dan akan diberi markah F. Tugasan ini membawa 20% markah keseluruhan. Semua tugasan hendaklah ditaip di atas kertas A4 atau cetak komputer. Tulisan tangan tidak akan diperiksa. Setiap tugasan hendaklah disertakan dengan nota kaki/belakang dan bibliografi. Pilih satu soalan sahaja.

2. 3.

4.

5.

6.

Setiap tugasan mesti mempunyai perkara-perkara berikut:


-9-

6.1 6.2 6.3 6.4 7.

Tajuk Pendahuluan Rujukan sumber dalam teks Bibliografi tidak kurang dari 5 buah buku.

Pastikan nama, nombor matrik dan nama pensyarah dicatatkan di muka hadapan. Sebarang bentuk ciplak akan menyebabkan tugasan anda diberikan markah F. Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

8.

9.

- oooOooo -

- 10 -

Anda mungkin juga menyukai