Anda di halaman 1dari 40

PEMANTAPAN TEKNIK

DAN KAEDAH MENJAWAB


SEJARAH ISLAM STPM
SEMESTER 2, 940/2
1. Format Sejarah Islam 940/2
2. Pemantapan Jawapan Esei
3. Jenis-jenis, kata kunci, latar tempat dan masa
4. Contoh esei Sejarah STPM
5. Tips jawapan esei yang cemerlang
TIPS JAWAPAN
FORMAT ESEI
SEJARAH YANG
ISLAM
CEMERLANG
Format Sejarah Islam 940/2
• Sukatan pelajaran 500-1918
• Bilangan Tema - 3 tema
• Bilangan Subtema - 18 topik
• Bilangan soalan - Jawab 3 dari 6 pilihan
soalan. Dua soalan daripada setiap tema
• Masa menjawab - 1 jam 30 minit
TIPS JAWAPAN
PENGUASAAN ESEI
FAKTA DANYANG
TEKNIK
CEMERLANG
Penguasaan Fakta
• Mengetahui Sukatan Pelajaran
• Faham dengan skop soalan yang
luas dan berkaitan sukatan
• Mengetahui fakta dan bukti relevan
• Mengetahui kerangka masa dan
latar tempat
Konsep,
takrif, makna

Peranan,
sumbangan,
Konsep:
Ciri-ciri PES
pencapaian

Seni Bina

Kesan-kesan Faktor-faktor
PES PES
Latarbelakang

Sumbangan, Tokoh: Ciri-ciri


pencapaian Ibnu Khaldun, Al- kepimpinan
Ghazali

Peranan Politik, Idea-idea


ekonomi dan sosial utama
Latarbelakang

Kesan-kesan politik, Peristiwa: Kronologi


ekonomi dan sosial Perang Dunia penglibatan Perang
Pertama Turki

Faktor-faktor
politik, ekonomi
dan sosial
Penguasaan teknik
menjawab
• Mengetahui jenis-jenis soalan
• Mengenalpasti kata kunci soalan
• Memahami aspek-aspek taakulan dan
komunikasi dalam esei
TIPS JAWAPAN ESEI YANG
PEMANTAPAN ESEI SEJARAH 940/2
CEMERLANG
Pendahuluan
• Ditulis dalam satu perenggan awal karangan
berdasarkan konsep Sejarah, Latar belakang tokoh dan
Peristiwa
• Gunakan Kaedah 5W 1H
• Hendaklah mempunyai Penegasan soalan sebagai
menutup pendahuluan
• Mesti padat dan ringkas sekurang-kurangnya 6-8 baris.
Perenggan isi @Fakta
• Mempunyai isi yang mencukupi iaitu 4@5 isi - 4@5
Perenggan - bergantung kepada kehendak soalan.
Panjang 8-10 baris.
• Setiap perenggan mempunyai Isi @fakta - apa,
Huraian – kenapa dan bagaimana; Contoh @bukti -
siapa, di mana, bila
• Merangkumi aspek Politik, ekonomi dan sosial -
holistik
• Perlu ada penegasan isi
13
Penutup
• Rumusan kepada soalan dan mesti padat dan
ringkas. Panjang 6-8 baris.
• Gunakan perkataan Kesimpulannya, Konklusinya
dan akhirnya sebagai menunjukkan calon telah
menutup esei.
• Huraikan satu fakta yang terpenting dan berikan
ulasan.
• Huraian peristiwa selepas itu dengan menjelaskan
Futuristik atau sosial.
CONTOH ESEI SEJARAH 940/2
TIPS JAWAPAN ESEI YANG
CEMERLANG
Huraikan faktor-faktor penggubalan Piagam Madinah
pada zaman Nabi Muhammad SAW abad ke-6.
Nabi Muhammad SAW telah meletakkan batu asas
yang cukup kukuh dalam pemerintahan dan pentadbiran
negara Madinah pada abad ke-6 masihi. Nabi telah dengan
memberikan contoh teladan yang baik untuk dijadikan
panduan dan ikutan umat manusia. Baginda juga telah
mengasaskan negara Islam di Madinah berteraskan wahyu
yang telah diturunkan oleh Allah SWT untuk menjadikan
panduan mengenai asas-asas pemerintahan bagi seluruh
manusia. Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada
pembinaan Piagam Madinah pada zaman Nabi Muhammad
SAW.
Faktor penggubalan Piagam madinah adalah untuk
Keperluan sistem perundangan yang khusus bagi
menangani masyarakat orang Islam dan bukan Islam. Piagam
Madinah membuktikan bahawa Islam mempunyai satu
sistem politik yang teratur dan kemas. Perlembagaan
Madinah juga melahirkan pemerintahan yang berpegang
teguh kepada Prinsip Musyawarah. Piagam ini mewujudkan
peraturan tatanegara bagi menyelesaikan segala masalah
penduduk Madinah. Contohnya, setiap penduduk Madinah
mempunyai hak untuk menentukan hak dan tanggungjawab
walaupun dalam masyarakat yang berbilang kaum,
keturunan, kebudayaan, agama, dan kepercayaan atas
kerajaan Islam yang didirikan di Madinah.
Selain itu, piagam adalah bertujuan untuk menyatukan
pelbagai suku kaum yang terdapat di Madinah.
Perlembagaan ini menyatupadukan penduduk Islam dan
bukan Islam di bawah satu unit politik yang diterajui oleh
Nabi Muhammad SAW. Masyarakat berbilang agama dan
keturunan di Madinah dianggap sebagai satu masyarakat
atau ummah yang mempunyai kewajipan dan
tanggungjawab terhadap Negara Islam. Contohnya, Piagam
ini menyatukan orang Islam iaitu suku Aus dan Khazraj dan
Bani Ummyah. Orang bukan Islam pula merupakan
masyarakat Yahudi, masyarakat Hunafa dan Agama
Wathani.
Kesimpulannya, Piagam Madinah yang digubal ini telah
menjadi garis panduan tentang prinsip umum mengenai
dasar pentadbiran masyarakat dan negara Islam yang
penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum. Tujuan
Piagam ini digubal juga bagi mengelakkan perbalahan yang
berlaku kepada orang Islam dan bukan Islam dan dapat
mewujudkan konsep tolong-menolong tanpa mengira latar
belakang individu. Kesan daripada penggubalan tersebut
membawa kepada keharmonian dalam masayarat Islam
dan bukan Islam di Madinah.
TIPS JAWAPAN ESEI YANG
KELEMAHAN ESEI SEJARAH 940/2
CEMERLANG
Kelemahan Pendahuluan
• Tiada Pendahuluan - jawapan terus kepada isi.
• Ada pendahuluan tetapi terlalu ringkas atau
terlalu umum
• Tidak menjurus kepada kehendak soalan atau
tiada kaitan dengan soalan.
• Pendahuluan tidak menepati kehendak skema
Kelemahan Fakta
• Gagal merancang jawapan, tiada fakta yang cukup
dan tiada contoh yang sesuai.
• Tidak memahami kehendak sebenar soalan.
Contohnya, soalan mengenai etika peperangan tetapi
calon mengemukakan fakta strategi peperangan.
• Gagal mengenal pasti susunan zaman atau tamadun
atau peristiwa dengan tepat .
• Isi kurang daripada yang diminta atau disyaratkan.

22
Kelemahan Fakta
• Tiada pengkategorian isi menyebabkan isi terlompat-
lompat dan menunjukkan calon tidak merancang
jawapan mereka.
• Tidak menjawab semua bahagian soalan dan setiap
bahagian tidak seimbang.
• Fakta yang terpesong atau tiada kaitan.
• Terkeluar dari ‘frame-time’ yang dikehendaki soalan.
• Tidak memberikan contoh yang sesuai.
Kelemahan Penutup
• Kesimpulan hanya merupakan pengulangan isi.
• Kesimpulan tiada kaitan dengan kehendak
soalan.
• Tidak menyatakan dengan jelas fakta yang
dominan dan keseluruhan idea
• Tidak menyatakan penutup futuristik atau
penutup sosial
JENIS, KATA KUNCI, LATAR MASA
TIPSDAN LATAR TEMPAT
JAWAPAN ESEI YANG
CEMERLANG
Soalan Aras Rendah, sederhana dan tinggi
Aras Pengetahuan
Takrifkan – definisi
“Takrifkan konsep ekonomi dalam Islam abad ke-16
masihi”
Bincangkan – aspek pro dan kontra, positif dan negatif
“Bincangkan ciri-ciri masyarakat Jahiliyah di Tanah Arab
pada abad ke-6 masihi.
Huraikan – aspek yang dinyatakan
“Huraikan ciri-ciri masyarakat jahiliah pada abad ke-6
masihi”
Aras Pengetahuan
Perihalkan – memerihalkan tanpa sebab
“Perihalkan penglibatan Turki uthmaniyah dalam
perang dunia pertama”
Galurkan – menghurai mengikut kronologi
“Galurkan reaksi masyarakat Algeria terhadap
penjajahan barat”
Nyatakan – menyebutkan
“Nyatakan sumbangan Al-Ghazali terhadap
perkembangan intelektual Islam”
Aras Kefahaman
Jelaskan – aspek yang perlu dijelaskan
“Jelaskan sumbangan Salehuddin al-Ayubi terhadap
perkembangan Islam”

Terangkan – menerangkan tentang sesuatu perkara


“Terangkan corak kehidupan masyarakat Jahiliah di
Tanah Arab pada abad ke-6 masihi”
Aras Penggunaan
Tunjukkan – menunjukkan tentang sesuatu perkara
”Tunjukkan faktor-faktor nasionalisme di Algeria pada abad
ke-20”
Bagaimanakah – menjelaskan sebab bagi sesuatu fenomena
“Bagaimanakah Kerajaan Bani Abbasiyah berkuasa
sepenuhnya di Andalusia”
Dengan menggunakan .... jelaskan – menggunakan maklumat
dalam satu situasi bagi menerangkan satu situasi yang lain
”Dengan menggunakan contoh-contoh yang sesuai, jelaskan
bentuk interaksi antara tamadun Islam dan Barat pada
zaman Ummaiyah di Sepanyol”
Aras Analisis
 Analisiskan – memecahkan sesuatu kepada bahagian-bahagian
dan jelaskan bahagian itu
“Analisiskan secara kritikal kesan-kesan Perang Dunia Pertama
ke atas Turki Uthmaniyah pada abad ke-20”
 Bandingkan – menerangkan aspek persamaan dan perbezaan
“Bandingkan ciri-ciri seni bina Andalusia dan India”
 Bezakan – menerangkan aspek perbezaaan sahaja
“Bezakan ciri-ciri seni bina Andalusia dan India pada abad ke-13”
 Mengapakah – mengenalpasti masalah secara khusus
“Mengapakah perkembangan ekonomi pada zaman Khalifah
Harun al-Rasyid jauh lebih maju berbanding dengan zaman
Charlemagne di Eropah Barat”
Aras Sintesis
Kategorikan – menyusun sesuatu mengikut kelas
berdasarkan kriteria tertentu
“Kategorikan faktor-faktor perkembangan semangat
nasionalisme di Turki pada abad ke-20”

Rumuskan – membuat kesimpulan dengan alasan-


alasan daripada fakta / maklumat
“Rumuskan reaksi masyarakat Mesir terhadap
penjajahan asing”
Aras Penilaian
Ulaskan – menghuraikan fakta dan menilai fakta
tersebut
“Ulaskan faktor-faktor kebangkitan nasionalisme di
Syria pada abad ke-20”

Nilaikan – menimbang sesuatu perkara berdasarkan


kriteria
“Nilaikan sumbangan Ibnu Khaldun dalam peradaban
Islam”
Aras Penilaian
Sejauh manakah – menilai faktor yang dinyatakan dan
terdapat faktor lain selain yang dinyatakan
“Sejauh manakah peranan media massa membawa kepada
pembentukan negara bangsa di Syria”

“Peranan media massa merupakan faktor yang membawa


kepada pembentukan negara bangsa di Syria. Bincangkan”

“Peranan media massa merupakan faktor yang membawa


kepada pembentukan negara bangsa di Syria. Nilaikan”
PERBINCANGAN SOALAN
TIPS JAWAPAN ESEI YANG
SEJARAH 940/2
CEMERLANG
Topik : Pemerintahan zaman nabi
Muhammad SAW
1. Bincangkan faktor-faktor pembentukan Piagam
Madinah pada abad ke-7 Masihi.
2. Jelaskan tiga faktor politik yang membawa
kepada pembentukan Piagam Madinah pada
abad ke-7 Masihi.
3. Mengapakah Piagam Madinah dibentuk pada
abad ke-7 Masihi.
4. Galurkan peristiwa yang membawa kepada
pembentukan Piagam Madinah pada abad ke-7
Masihi.
5. Piagam Madinah dibentuk pada abad ke-7 Masihi
adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Huraikan.
6. Piagam Madinah dibentuk pada abad ke-7 Masihi
adalah disebabkan oleh faktor perundangan.
Jelaskan.
7. Usaha menyatukan penduduk Madinah yang
berbilang kaum merupakan faktor Piagam Madinah
dibentuk. Bincangkan penyataan tersebut.
8. Bandingkan peranan golongan Muhajirin dan Ansar
dalam pembentukan piagam Madinah pada abad
ke-7 Masihi.
9. Sejauhmanakah penyatuan penduduk Madinah
yang berbilang kaum merupakan faktor utama
Piagam madinah dibentuk pada abad ke-7 Masihi.
10. Sejauhmanakah pembentukan Piagam Madinah
dibentuk pada abad ke-7 adalah disebabkan oleh
faktor politik dan sosial.
11. Ulaskan faktor-faktor yang menyebabkan
terbentuknya piagam Madinah pada abad ke-7
Masihi.
12. Nilaikan faktor-faktor yang menyebabkan
terbentuknya piagam Madinah pada abad ke-7
Masihi.
TIPS JAWAPAN ESEI YANG
CEMERLANG
Tulis rangka jawapan
Jenis, kata kunci, Latar masa dan tempat

mengikut format yang ditetapkan.


Susun mengikut kepentingan Politik, Ekonomi, Sosial

Penanda Wacana antara perenggan


Gunakan Teknik 5W1H
Bijak mengurus masa
SEMOGA BERJAYA DALAM
SEJARAH STPM 2021

Anda mungkin juga menyukai