Anda di halaman 1dari 58

KONSEP PERADABAN DAN TAMADUN

OBJEKTIF
Setelah mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti konsep tamadun yang merangkumi aspek pengertian, ciri-cirinya dan sumber
tamadun secara umum.

2. Mengkategorikan ciri-ciri tamadun Islam, sumber tamadun Islam dan faktor-faktor kejayaan
tamadun Islam.

3. Menyenaraikan faktor-faktor kejayaan tamadun serta sumbangan dan pencapaian tamadun

Islam.

4. Membezakan konsep dan ciri-ciri tamadun Islam dengan Barat.

PENGENALAN

Topik-topik dalam bab ini anda akan dijelaskan mengenai pengertian, konsep, ciri-ciri dan
asas-asas pembinaan sesebuah tamadun atau peradaban. Perbincangan juga meliputi tentang
keunikan, keistimewaan, ciri-ciri, sumber dan faktor-faktor kecemerlangan tamadun Islam. Ini
akan membolehkan anda melihat perbezaan antara konsep dan ciri-ciri tamadun Islam dengan
Barat.

Bab ini akan diakhiri dengan pelbagai maklumat tentang falsafah sains dan teknologi Islam
serta pencapaian tamadun Islam dalam pelbagai bidang kehidupan.

KONSEP DAN PENGERTIAN TAMADUN

KONSEP DAN PENGERTIAN TAMADUN

Pernahkah anda mendengar perkataan tamadun dan dari mana asalnya? Perkataan ‘tamadun’
berasal daripada bahasa Arab dengan kata dasar ‘da-na’yang bererti beragama. Manakala
daripada kata ‘da-na’ ini pula muncul kata madanna serta tamaddana yang kedua-duanya
bererti mengasaskan dan membina kehidupan perbandaran dan kehalusan budi pekerti.
Seterusnya dari kata tamaddana itulah lahirnya perkataan tamaddun. Walaupun perkataan
tamadun yang digunakan pada hari ini merujuk kepada suasana kehidupan yang maju dari segi
fizikal dan moralnya, namun oleh kerana ia berasal dari kata dasar da-na yang bererti agama,
maka sudah tentu maksud sebenar tamadun itu berkaitan dengan keagamaan juga. Dengan itu,
secara kasarnya perkataantamaddun atau tamadun dalam bahasa Melayu itu boleh diertikan
dengan satu suasana kehidupan yang maju dari segi ilmu, material, budaya dan kerohanian
berteraskan kepada nilai-nilai dan kepercayaan keagamaan yang bersumberkan wahyu al-
Qur’an dan al-Hadith.
Istilah terawal yang digunakan untuk menghuraikan tamadun secara ilmiah dipelopori oleh Ibn
Khaldun iaitu pengasas ilmu ketamadunan pada abad ke-14. Beliau telah menggunakan dua
istilah utama iaitu:

Seterusnya pada abad ke-19 iaitu 500 tahun kemudian, baru ditemui dalam bahasa Inggeris
perkataan yang seerti dengan umran dan hadarah iaitu civilisation.
Perkataan civilisation berasal daripada perkataan civitas dalam bahasa Latin yang bermaksud
bandar dan kota.

Menurut E.B. Taylor, seorang ahli antropologi, perkataan civilisationmerangkumi keseluruhan

pencapaian manusia termasuk pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat
dan keupayaan-keupayaan serta tabiat-tabiat lain yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota
masyarakat.

Ciri-ciri tamadun

Mari kita luaskan lagi maklumat tentang tamadun. Seterusnya anda perlu ketahui ciri-ciri
sebuah tamadun. Menurut Edward L. Farmer dalam bukunya Comparative History of
Civilization in Asia menggariskan tujuh ciri utama tamadun:
Secara ringkasnya, berikut adalah beberapa elemen asas yang memainkan peranan penting
dalam proses pembentukan sesebuah tamadun. Antara elemen-elemen tersebut adalah seperti
berikut:

1. Penempatan manusia pada suatu tempat yang strategik seperti pusat bandar.

2. Jangka hayat penghidupan yang stabil dan agak panjang.

3. Terdapat sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, ekonomi, sosialisasi dan
pendidikan yang teratur dan sistematik.

4. Wujud satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan sistem tulisan tersendiri yang
menjadi alat komunikasi ilmu.

5. Wujud undang-undang yang teratur dan berwibawa untuk mengawal perlakuan dan tindak-
tanduk anggota masyarakatnya.

6. Peningkatan daya kekreatifan dalam bidang seni, sastera, falsafah dan lain-lain.

7. Terdapat pelbagai penciptaan sains dan teknologi.

Ini adalah antara ciri-ciri yang wujud dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai kehidupan
bertamadun. Ketiadaan ciri-ciri ini menjadikan sesebuah masyarakat tidak bertamadun dan
mundur.
Grafik di bawah merupakan ringkasan kepada sesebuah tamadun dan faktor-faktor yang
mengakibatkan keruntuhan sesebuah tamadun.

Rujukan Web

Sila ke laman web berikut untuk mengetahui maklumat lanjut

mengenai tamadun Islam:
1. http://www.historyguide.org/ancient/lecture18b.html

2. http://www.1001inventions.com/
Sumber tamadun
Sumber utama sesebuah tamadun adalah berdasarkan pandangan semesta tamadun tersebut.
Dalam konteks tamadun manusia, terdapat empat sumber iaitu:

Oleh itu, anda dapat lihat keempat-empat sumber sesebuah tamadun iaitu kebendaan, akal
fikiran, kerohanian dan wahyu telah menjadi sumber asas dalam memanifestasikan kewujudan
tamadun-tamadun agung yang muncul sepanjang sejarah ketamadunan manusia.

Aktiviti 2.1

Cadangan
Soalan
jawapan
kepada
untuk
aktiviti
aktiviti
2.1
2.1
CIRI-CIRI TAMADUN

50SUMBER TAMADUN
Previous
Next
SUMBER TAMADUN
Sumber utama sesebuah tamadun adalah berdasarkan pandangan semesta tamadun tersebut.
Dalam konteks tamadun manusia, terdapat empat sumber iaitu:

Oleh itu, anda dapat lihat keempat-empat sumber sesebuah tamadun iaitu kebendaan, akal
fikiran, kerohanian dan wahyu telah menjadi sumber asas dalam memanifestasikan kewujudan
tamadun-tamadun agung yang muncul sepanjang sejarah ketamadunan manusia.
PERBANDINGAN KONSEP DAN
PERSPEKTIF TAMADUN ISLAM DAN BARAT
PERBANDINGAN KONSEP DAN PERSPEKTIF TAMADUN ISLAM DENGAN
BARAT

Bagi memahami konsep dan perspektif tamadun Islam dan Barat, kita akan mengkaji dari
sudut pandangan pelbagai sarjana Islam dan sarjana Barat. Walaupun keduadua tamadun
Islam dan Barat mempunyai beberapa persamaan dari segi pencapaian material, namun satu
perbezaan di antara kedua-duanya ialah tamadun Islam menekankan aspek agama khususnya
dari segi spiritual dan akhlak. Cuba fahami dan baca dengan teliti perbezaan antara tamadun
Islam dengan tamadun Barat.

Tamadun Islam

Takrifan tamadun Islam dapat difahami dengan jelas jika kita tinjau pelbagai jurus pandang
tokoh-tokoh sarjana Islam dalam ilmu ketamadunan. Antara pandangan ilmiah tentang
konsep tamadun Islam adalah seperti berikut:

1. Ibn Khaldun (732H – 808H)

Tamadun ialah pembangunan bandar yang subur dan makmur dengan pencapaian yang
tinggi dalam pelbagai bidang ekonomi, politik, sosial, seni bina termasuk bidang sains
seperti aritmetik, algebra, geometri, kimia, perubatan serta puisi dan pengajian Islam.

2. Jurji Zaidan (1861 – 1941)

Tamadun ialah sistem pentadbiran negara Islam yang termasuk bandarbandar Islam serta
terdapat susun lapis masyarakat. Selain itu pencapaian yang meliputi bidang sains, ilmu
pengetahuan, seni bina dan seni muzik
serta nyanyian.

3. Ismail al-Faruqi (1921 – 1986)

Tamadun adalah diasaskan atas tauhid iaitu pengiktirafan kepada dua realiti yang
menciptakan iaitu Allah s.w.t. dan realiti yang dicipta iaitu makhluk. Tauhid ialah identiti
tamadun Islam yang mengaitkan segala unsurnya lalu mewujudkan satu wadah yang kukuh
yang bergelar tamadun.
4. Syed Muhammad Naquib al-Attas (1931 – )

Tamadun merujuk kepada keadaan kehidupan insan yang telah mencapai taraf kehalusan
tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. Malah istilah tamadun
sendiri berasal dari istilah din yang bermaksud satu cara hidup atau kehidupan beragama.

Tamadun barat

Bagaimana pula konsep tamadun Barat? Tamadun barat juga ada pandangan yang tersendiri
menurut tokoh-tokoh Barat. Ikutlah pendapat mereka dengan teliti agar kita dapat
menghargai dan membandingkannya dengan konsep tamadun Islam.

1. Arnold Toynbee (1852 – 1883)

Tamadun merupakan sejenis kebudayaan yang berkembang di kota. Tamadun juga satu
kumpulan pemikiran daripada pelbagai manifestasi serta satu gaya kebudayaan yang
bertanggugjawab dalam pembentukan institusi politik, kesusasteraan, moral dan agama.

2. Dr. Haas dan Lecky

Tamadun Eropah adalah berakar umbikan tamadun Yunani dan tamadun Rom yang
bermatlamatkan kebendaan semata-mata.

3. J.K Fiebleman

Tamadun ialah kepandaian mengekploitasi material oleh masyarakat iaitu proses masyarakat
terhadap material dengan sendiri menjadikan barang baru bagi keperluan tertentu.

Berdasarkan definisi yang diberikan oleh tokoh-tokoh daripada kedua-dua tradisi pemikiran
ini, maka terdapat perbezaan ketara antara kedua-duanya iaitu tamadun Islam berpaksikan
agama sebagai asas pembinaan tamadun, sebaliknya tamadun Barat walaupun ada unsur
agama dan moral sebagai elemen kebudayaan, namun paksinya adalah kebendaan atau
material.

Interaksi tamadun Islam dan barat

Dalam sejarah perkembangan tamadun manusia, setiap tamadun saling berinteraksi antara
satu sama lain. Hasil interaksi tersebut telah banyak menyumbang ke arah kemajuan pesat
peradaban manusia. Namun setiap tamadun mempunyai pencapaianpencapaian serta
keunikan yang tersendiri. Interaksi yang berlaku antara tamadun sepanjang sejarah manusia
pasti akan menerima kesan-kesan yang positif dan negatif.
1. Interaksi positif
Interaksi positif antara tamadun Islam dan tamadun lain telah berlaku seawal abad pertama
dalam sejarah Islam lagi. Berikut merupakan impak positif pertembungan tamadun Islam
dengan tamadun yang lain.

Rumusan interaksi positif tamadun Islam dengan tamadun Barat telah diungkapkan dengan
begitu menarik oleh sejarawan Barat, Robert Briffault:

For although not a single aspect of European growth in with the

decisive influence of Islamic civilization is not traceable,
nowhere is it so clear and momentous as in the genesis of that
power with constitute the permanent distinctive force of the
modern world and the supreme source of its victory – natural
science and scientific spirit. Science is the momentous
contribution of Arab Civilization to the modern world … It was
not science only which brought Europe back to life. Other and
manifold influences from the civilization of Islam communicated
its first glow to European life.
Jadi, kalau tiada interaksi positif sudah pasti Barat moden yang serba maju tidak akan
mencapai kemajuan pesat. Sikap keterbukaan yang dianjurkan oleh tamadun Islam telah
ditegaskan dengan kata-kata yang begitu indah oleh Hassan Langgulung:
Tamadun Islam tegak dicetus atas dialog yang membina dan prinsip
memberi dan mengambil. Dengan itu ia dapat menghadamkan
pencapaian sains yang mekar pada tamadun-tamadun lain, malah ia
menambah dan memperkayakannya sehingga ia mengeluarkan tamadun
gemilang dan cemerlang dalam segala bidang ilmu dan pengetahuan.

2. Interaksi negatif
Lumrah kehidupan manusia ada yang baik dan ada yang buruk. Begitu juga interaksi antara
tamadun, khususnya tamadun Islam dan tamadun Eropah ada yang positif dan negatif.

Kesimpulannya, interaksi antara sesebuah tamadun berlaku kerana terdapat sikap terbuka
dalam menerima dan menilai apa yang baik dan buruk. Interaksi yang positif memberi
pengukuhan kepada sesebuah tamadun. Sebaliknya, interaksi yang negatif menimbulkan
konflik dan perang yang akan merugikan tamadun tersebut. Oleh itu, semua tamadun harus
menilai semula kelemahan mereka dan cuba membina tamadun manusia atas dasar
persaudaraan dan semangat kekitaan serta saling menghormati bahawa kita ‘manusia tidak
boleh hidup bersendirian’.
TAMADUN ISLAM

TAMADUN ISLAM

Takrifan tamadun Islam dapat difahami dengan jelas jika kita tinjau pelbagai jurus pandang
tokoh-tokoh sarjana Islam dalam ilmu ketamadunan. Antara pandangan ilmiah tentang konsep
tamadun Islam adalah seperti berikut:

1. Ibn Khaldun (732H – 808H)

Tamadun ialah pembangunan bandar yang subur dan makmur dengan pencapaian yang tinggi
dalam pelbagai bidang ekonomi, politik, sosial, seni bina termasuk bidang sains seperti
aritmetik, algebra, geometri, kimia, perubatan serta puisi dan pengajian Islam.

2. Jurji Zaidan (1861 – 1941)

Tamadun ialah sistem pentadbiran negara Islam yang termasuk bandarbandar Islam serta
terdapat susun lapis masyarakat. Selain itu pencapaian yang meliputi bidang sains, ilmu
pengetahuan, seni bina dan seni muzik
serta nyanyian.

3. Ismail al-Faruqi (1921 – 1986)

Tamadun adalah diasaskan atas tauhid iaitu pengiktirafan kepada dua realiti yang menciptakan
iaitu Allah s.w.t. dan realiti yang dicipta iaitu makhluk. Tauhid ialah identiti tamadun Islam
yang mengaitkan segala unsurnya lalu mewujudkan satu wadah yang kukuh yang bergelar
tamadun

4. Syed Muhammad Naquib al-Attas (1931 – )

Tamadun merujuk kepada keadaan kehidupan insan yang telah mencapai taraf kehalusan
tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. Malah istilah tamadun sendiri
berasal dari istilah din yang bermaksud satu cara hidup atau kehidupan beragama.
TAMADUN BARAT

TAMADUN BARAT

Bagaimana pula konsep tamadun Barat? Tamadun barat juga ada pandangan yang tersendiri
menurut tokoh-tokoh Barat. Ikutlah pendapat mereka dengan teliti agar kita dapat menghargai
dan membandingkannya dengan konsep tamadun Islam.

1. Arnold Toynbee (1852 – 1883)

Tamadun merupakan sejenis kebudayaan yang berkembang di kota. Tamadun juga satu
kumpulan pemikiran daripada pelbagai manifestasi serta satu gaya kebudayaan yang
bertanggugjawab dalam pembentukan institusi politik, kesusasteraan, moral dan agama.

2. Dr. Haas dan Lecky

Tamadun Eropah adalah berakar umbikan tamadun Yunani dan tamadun Rom yang
bermatlamatkan kebendaan semata-mata.

3. J.K Fiebleman

Tamadun ialah kepandaian mengekploitasi material oleh masyarakat iaitu proses masyarakat
terhadap material dengan sendiri menjadikan barang baru bagi keperluan tertentu.

Berdasarkan definisi yang diberikan oleh tokoh-tokoh daripada kedua-dua tradisi pemikiran
ini, maka terdapat perbezaan ketara antara kedua-duanya iaitu tamadun Islam berpaksikan
agama sebagai asas pembinaan tamadun, sebaliknya tamadun Barat walaupun ada unsur agama
dan moral sebagai elemen kebudayaan, namun paksinya adalah kebendaan atau material.
INTERAKSI TAMADUN ISLAM DAN BARAT

INTERAKSI TAMADUN ISLAM DAN BARAT

Dalam sejarah perkembangan tamadun manusia, setiap tamadun saling berinteraksi antara satu
sama lain. Hasil interaksi tersebut telah banyak menyumbang ke arah kemajuan pesat
peradaban manusia. Namun setiap tamadun mempunyai pencapaianpencapaian serta keunikan
yang tersendiri. Interaksi yang berlaku antara tamadun sepanjang sejarah manusia pasti akan
menerima kesan-kesan yang positif dan negatif.

1. Interaksi positif
Interaksi positif antara tamadun Islam dan tamadun lain telah berlaku seawal abad pertama
dalam sejarah Islam lagi. Berikut merupakan impak positif pertembungan tamadun Islam
dengan tamadun yang lain.

Rumusan interaksi positif tamadun Islam dengan tamadun Barat telah diungkapkan dengan
begitu menarik oleh sejarawan Barat, Robert Briffault:

For although not a single aspect of European growth in with the

decisive influence of Islamic civilization is not traceable,
nowhere is it so clear and momentous as in the genesis of that
power with constitute the permanent distinctive force of the
modern world and the supreme source of its victory – natural
science and scientific spirit. Science is the momentous
contribution of Arab Civilization to the modern world … It was
not science only which brought
Europe back to life. Other and manifold influences from the
civilization of Islam communicated its first glow to European
life.
Jadi, kalau tiada interaksi positif sudah pasti Barat moden yang serba maju tidak akan mencapai
kemajuan pesat. Sikap keterbukaan yang dianjurkan oleh tamadun Islam telah ditegaskan
dengan kata-kata yang begitu indah oleh Hassan Langgulung:

Tamadun Islam tegak dicetus atas dialog yang membina dan prinsip
memberi dan mengambil. Dengan itu ia dapat menghadamkan
pencapaian sains yang mekar pada tamadun-tamadun lain, malah ia
menambah dan memperkayakannya sehingga ia mengeluarkan tamadun
gemilang dan cemerlang dalam segala bidang ilmu dan pengetahuan.

2. Interaksi negatif
Lumrah kehidupan manusia ada yang baik dan ada yang buruk. Begitu juga interaksi antara
tamadun, khususnya tamadun Islam dan tamadun Eropah ada yang positif dan negatif.

Kesimpulannya, interaksi antara sesebuah tamadun berlaku kerana terdapat sikap terbuka
dalam menerima dan menilai apa yang baik dan buruk. Interaksi yang positif memberi
pengukuhan kepada sesebuah tamadun. Sebaliknya, interaksi yang negatif menimbulkan
konflik dan perang yang akan merugikan tamadun tersebut. Oleh itu, semua tamadun harus
menilai semula kelemahan mereka dan cuba membina tamadun manusia atas dasar
persaudaraan dan semangat kekitaan serta saling menghormati bahawa kita ‘manusia tidak
boleh hidup bersendirian’.

Aktiviti 2.2

Cadangan
Soalan
jawapan
kepada
untuk
aktiviti
aktiviti
2.2
2.2

55KEUNIKAN DAN KEISTIMEWAAN TAMADUN

ISLAM
Previous
Next
KEUNIKAN DAN KEISTIMEWAAN TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri kerana ciri-ciri dan
sumber tamadun Islam adalah berbeza daripada tamadun-tamadun lain yang wujud sepanjang
sejarah ketamadunan manusia.

Ciri-ciri tamadun Islam

Pada asasnya tamadun Islam mempunyai ciri-ciri universal yang dimiliki oleh tamadun lain di
dunia. Namun begitu tamadun Islam turut memiliki ciri-ciri khusus yang memberikan
warnanya yang tersendiri dan membezakannya daripada tamadun-tamadun lain.

1. Ciri-ciri universal tamadun Islam

Tamadun Islam juga turut berkongsi beberapa aspek persamaan dengan tamadun-tamadun lain.
Antara ciri-ciri universal tamadun Islam adalah seperti berikut:

a. Perbandaran
b. Revolusi pertanian

c. Sistem pemerintahan dan pentadbiran

d. Perkembangan perdagangan

e. Sistem tulisan

Ciri-ciri yang dinyatakan di atas adalah ciri-ciri universal yang ada pada semua tamadun di
dunia ini. Walaupun tamadun Islam telah mencapai kemajuan yang amat pesat dalam pelbagai
bidang termasuk sains dan teknologi, bahasa, seni, geografi, sejarah, politik, ekonomi,
pendidikan, sastera dan lain-lain lagi, namum kemajuan ini adalah hasil tamadun Islam
menerima pakai pencapaian tamadun lain serta turut berkongsi pencapaiannya dengan tamadun
lain. Sungguhpun begitu, tamadun Islam juga ada ciri-ciri khusus yang membezakannya
daripada tamadun lain.

2. Ciri-ciri khusus tamadun Islam

Ciri-ciri khusus tamadun Islam adalah seperti berikut :

a. Tamadun Islam bersifat kewahyuan.

b. Al-Qur’an dan Al-Sunnah menjadi rujukan utama tamadun Islam.

c. Tamadun Islam mengimbangi antara kehidupan di dunia dan di akhirat.

d. Tamadun Islam mempunyai kesepaduan antara jasmani dan rohani.

Dengan memiliki ciri-ciri khusus ini, tamadun Islam boleh dianggap sebagai tamadun yang
tersendiri. Ia begitu berbeza dari segi sifat, sumber, skop dan skala masa dengan tamadun lain
walaupun terdapat persamaan dari segi ciri-ciri universalnya. Bincangkan bersama tutor anda,
bilakah bermulanya tamadun Islam?

Peringatan

Walaupun tamadun Islam mengambil, menghadam serta

menilai secara kritis hasil tamadun lain, namun ia tetap
mengekalkan ciri-ciri khususnya. Hal ini diakui oleh
Muhammad Asad seorang penterjemah dan penafsir Al-
Quran: Kita (umat Islam) selalu menerima pengaruh asing
tanpa menghancurkan peradaban sendiri.
Sumber tamadun Islam
Setiap tamadun ada sumber rujukan yang dijadikan panduan dalam usaha membina tamadun
itu. Begitu juga dengan tamadun Islam yang dibina dan dicorakkan berdasarkan sumber
rujukan yang tertentu. Terdapat dua sumber yang penting dalam pembinaan ramadun Islam
iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah.

Al-Qur’an dan Al-Sunnah

Tamadun Islam bersifat kewahyuan. Sumber tamadun Islam berpaksikan wahyu yang terdapat
dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Kedua-dua sumber naqli ini sangat penting kerana berfungsi
sebagai pencetus asas-asas binaan tamadun Islam iaitu akidah, syariah dan akhlak.
Tamadun Islam adalah unik dan istimewa kerana ia bukan lahir serta berkembang mekar
daripada cetusan idea, budaya dan dorongan hawa nafsu manusia tetapi tamadun Islam
dinaungi dan disuluhi di bawah petunjuk dan pedoman al-Qur’an dan al-Sunnah yang
merupakan wahyu Allah s.w.t.

Al-Qur’an dan al-Sunnah juga tidak dapat dipisahkan daripada tamadun Islam kerana kedua-
dua sumber ini sering menekankan hubungan antara tiga dimensi iaitu Allah, manusia dan
alam. Namun begitu, tamadun Islam tidak menolak sumber yang berpandukan akal dan inisiatif
manusia yang dikenali sebagai sumber aqli. Dalam konteks ini, tamadun Islam sangat unik dan
istimewa kerana ia adalah satu-satunya tamadun di muka bumi yang berjaya mengharmonikan
sumber material dan spiritual secara seimbang dan bersepadu sesuai dengan ajaran Islam yang
menekankan kehidupan material dan spiritual, dunia dan akhirat. Pendek kata, sumber tamadun
Islam yang asasi iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah menjadikan tamadun Islam mempunyai makna,
ciri-ciri serta keistimewaan yang tersendiri.

Faktor-faktor kejayaan tamadun Islam

Tamadun Islam mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai bidang kerana banyak
faktor pendorong yang terdapat dalam ajaran Islam dan sumber-sumber asasnya. Antara faktor-
faktor tersebut adalah seperti berikut:

1. Dorongan daripada semangat Iqra’ (membaca)

Wahyu pertama daripada Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.w.t. adalah titik tolak kepada
kelahiran tamadun Islam. Tamadun Islam tidak bertitiktolak dari kawasan yang berdekatan
dengan sungai sebagai asas kehidupan material seperti tamadun-tamadun lain. Sebaliknya,
pencetus kemunculan tamadun Islam adalah atas kewajiban agama dalam menuntut ilmu.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Yang
mencipta manusia daripada segumpal darah yang beku.
Bacalah, dengan nama Tuhan yang memiliki segala Kekuasaan.
Yang mengajar (manusia) menggunakan kalam (pena). Yang
mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.
(Surah al-Iqra: 1-5)

Menurut Hairudin Harun (1992) dalam bukunya, Daripada Sains Yunani Kepada Sains Islam,
kesemua aktiviti ilmiah yang berlaku sepanjang zaman kegemilangan tamadun intelektual
Islam adalah cetusan dan dorongan yang bersumberkan perintah al-Iqra dalam al-Qur’an.
Surah al-Iqra’ menjadi pendorong dan membakar semangat umat Islam dalam mencari ilmu.
Di sinilah kemungkinan terletaknya rahsia sumbangan umat Islam kepada perkembangan ilmu
amnya dan perkembangan sains, khasnya. Surah al-Iqra itu adalah pencetus dan dorongan yang
jitu kepada kepentingan menuntut ilmu.

Dorongan dan semangat Iqra’ telah menyedarkan umat Islam kepada peri pentingnya ilmu.
Mereka amat menghargai khazanah pengetahuan yang ada pada tamadun semasa dan juga
tamadun lampau.

2. Ilmu berasaskan tauhid

Ilmu Tauhid adalah ilmu yang membahaskan tentang Allah s.w.t., sifat-sifat yang wajib pada-
Nya, sifat-sifat yang boleh disifatkan kepada-Nya, dan sifat-sifat yang sama sekali harus
ditiadakan daripada-Nya. Ilmu tauhid iaitu ilmu yang menegaskan hakikat keesaan Allah s.w.t.
Tauhid berasal daripada bahasa Arab tawhid yang bererti mengesakan dan meyakini bahawa
Allah s.w.t. itu Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya.
Ilmu tauhid bertujuan memantapkan keyakinan dan kepercayaan agama melalui akal fikiran
dan kemantapan hati yang dilandaskan wahyu. Ilmu tauhid juga bermatlamat untuk menjaga
kepercayaan dan mengukuhkan keimanan supaya tidak wujud sebarang keraguan dalam jiwa
manusia. Contohnya, anda wajib mempercayai Rukun Iman dalam Islam. Islam menolak
keimanan yang diasaskan atas ikutan semata-mata tanpa ilmu dan kefahaman yang menyokong
keimanan tersebut. Di sinilah anda dapat lihat hubung kait antara tauhid dan keperluan ilmu.
Keimanan yang sebenarnya tidak mungkin wujud tanpa asas ilmu dan begitu juga ilmu tidak
mungkin memberi manfaat tanpa dipandu oleh wahyu. Kesepaduan ilmu dan tauhid inilah yang
melonjakkan tamadun Islam dan menjadikannya tamadun yang banyak memberi sumbangan
kepada manusia.

Malah, tradisi pemikiran Islam berkembang pesat atas prinsip pembuktian dan dalil-dalil ilmiah
yang membenarkan keenam-enam Rukun Iman dengan melibatkan pelbagai disiplin ilmu
seperti kosmologi, psikologi dan metafizik. Ahli sains Islam tidak pernah menghadapi sebarang
masalah untuk menerima kebenaran ilmu tauhid dan pada masa yang sama menjalankan
penyelidikan ilmiah dalam bidang seperti fizik, biologi dan astronomi.
3. Panduan al-Qur’an dan al-Sunnah
Kejayaan sesebuah tamadun ditentukan oleh kualiti manusia yang menjadi anggota masyarakat
dan umat tersebut. Dalam konteks ini, al-Qur’an dan al-Sunnah banyak memberi dorongan ke
arah melahirkan insan yang bertamadun. Kedua-dua sumber tersebut sentiasa menyeru umat
Islam untuk mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat dengan menimba ilmu,
berusaha gigih dan menghayati nilai-nilai positif.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Dan pergunakanlah kesempatan dalam kurniaan yang

dianugerahkan Allah kepadamu itu untuk keselamatan di
akhirat, namun janganlah kamu abaikan bahagian kamu dari
kehidupan dunia. Berbuat baiklah sebagaimana Allah telah
berbuat kebaikan kepadamu. Lagi pula, janganlah kamu
berbuat kerosakan di bumi kerana Allah tidak menyenangi
orang yang suka berbuat kerosakan.
(Surah al-Qashash: 77)

Begitu juga sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka dia berjuang

fisabilillah sehingga dia kembali.
(HR. al-Termizie)

Pendek kata al-Qur’an dan al-Sunnah adalah pencetus dan pendorong yang sangat berkesan
dalam membina tamadun Islam yang unggul. Hakikat ini terbukti dalam sejarah tamadun
manusia khususnya pada abad ke-6 kerana seluruh tamadun manusia telah rosak dari segi nilai
kemanusiaan. Namun, apabila turun al-Qur’an, maka tamadun manusia mendapat satu inspirasi
yang baru dengan kemunculan tamadun Islam yang bersumberkan al-Qur’an dan al-Sunnah.

4. Keterbukaan dan kreativiti tamadun Islam

Waqar al-Husaini (1985) seorang sarjana menegaskan bahawa sikap terbuka umat Islam
terserlah dalam memanfaatkan sumber-sumber tamadun daripada orang Yunani, Romawi,
Iskandariah, Syria, Parsi, India dan China. Umat Islam tidak meniru unsur luar tanpa saringan
dan tapisan yang wajar. Namun ia tidak bermaksud menghalang umat Islam daripada mengkaji
dan meneliti hasil tamadun luar terutama hal-hal yang baru. Malah, Muhammad Asad (1983)
menjelaskan bahawa umat Islam selalu menerima pengaruh-pengaruh baru daripada peradaban
asing tanpa menghancurkan peradabannya sendiri.
Harun Nasution (1985), seorang ilmuwan dari Indonesia membuktikan bahawa sumber
tamadun Islam, iaitu al-Qur’an telah menggesa penggunaan pemikiran yang kreatif dan
inovatif. Banyak ayat al-Qur’an menyentuh penggunaan akal fikiran yang sihat seperti
merenung (dabbara), mengerti (faqiha) melihat secara abstrak (nazara), berfikir
(tafakkar dan aqala). Malah menurut Hasan Langgulung (1986) pula:
a. Alat utama untuk mengkaji alam semesta menurut al-Qur’an ialah pancaindera dan akal.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Allah yang mengeluarkan kamu dari perut ibumu tanpa

mengetahui sesuatu. Dia juga menjadikan bagimu pendengaran,
penglihatan dan hati.
(Surah al-Nahl: 16 – 78)

b. Kita juga belajar melalui pemerhatian dan percubaan yang didukung oleh kuasa (faculty)
pemikiran seperti firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Katalah: Berjalanlah di bumi dan lihatlah bagaimana Dia

mencipta makhluk pertama.
(Surah al-Ankabut: 29 – 30)

c. Untuk menganggapi tanda-tanda Allah dalam alam ini, seseorang itu harus mempunyai akal
(intellect) dan pemikiran (reflection) seperti firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi dan perbezaan

malam dan siang merupakan tanda-tanda bagi orang berakal.
Orang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau sedang
baring dan memikirkan penciptaan langit dan bumi.
(Surah al-Imran: 190 – 191)

Aktiviti 2.3

Cadangan
Soalan
jawapan
kepada
untuk
aktiviti
aktiviti
2.3
2.3
56FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN TAMADUN
ISLAM
Previous
Next
FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN TAMADUN ISLAM

SENI BINA

Previous
Next
SENI BINA
Ibnu Khaldun (1332 – 1392) dalam karyanya al-Muqadimah pernah menegaskan bahawa
kedudukan rohani setiap bangsa, pandangan hidupnya dan cita-citanya dilahirkan pada
bangunan yang didirikannya. Setiap bangsa yang bergerak ke arah kemajuan pasti mempunyai
ilmu seni bina sebagai bukti terhadap pencapaian tinggi tamadun itu dan cita-cita kebatinannya.
Seni bina Islam berlandaskan tauhid iaitu Allah itu Esa dan manusia ialah sebagai khalifah
(wakil Allah s.w.t.) dan hamba-Nya yang patuh dan reda pada syariah yang ditentukan-Nya.
Seni bina Islam bermula dengan pembinaan masjid (Masjid Nabi) di Madinah yang diasaskan
oleh Rasulullah s.a.w. Manakala pembinaan kubah masjid dimulakan oleh Khalifah Umar al-
Khattab pada tahun 636 Masihi berhampiran dengan Masjid al-Aqsa di Jerusalem, Palestin.

Seni bina Islam adalah unik kerana ia mempunyai ciri-ciri yang tersendiri iaitu:

Seni bina Islam berkembang dengan begitu pesat dalam tamadun Islam sehingga lahirlah kota-
kota yang besar yang merupakan manifestasi pencapaian seni bina Islam. Antara kota dan
binaan yang masyhur adalah:

1. Kota Kaherah yang mempunyai masjid Jamek al-Azhar yang kemudiaannya dijadikan
universiti terunggul Islam iaitu Universiti al-Azhar.

2. Kota Cordova yang kaya dengan ratusan binaan pelbagai masjid, istana, pangsapuri, tempat
mandi serta gedung perniagaan.

Tamadun Islam mencapai kedudukan yang tinggi dalam bidang seni bina kerana Islam
mementingkan keindahan seni.
Kejuruteraan
Tamadun Islam telah memberi sumbangan yang sangat besar dalam bidang kejuruteraan
hidrologi. Semasa pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz (624M) pakar-pakar kejuruteraan
Islam telah berjaya membina terusan yang panjangnya 10km yang mengalirkan air dari sungai
Furat ke Basrah. Kemudian Umar Abdul Aziz membina terusan yang panjangnya 100km yang
menyambungkan Sungai Nil dengan Laut Merah untuk mengatasi kemarau di Tanah Arab.

Manakala dalam bidang kejuruteraan mekanikal tamadun Islam turut mencapai kejayaan yang
begitu pesat. Pelbagai alat mengangkut air untuk kegunaan pengairan, perumahan dan industri
telah dicipta. Mesin mengangkut air yang dikenali saqiyah dan na’ura sangat terkenal di Mesir
dan Syria. Al-Jazari dan Taqi al-Din pada kurun ke-12M telah berjaya menjelaskan kaedah
penggunaan pengangkut air dan alat pengepam air. Seterusnya, jurutera-jurutera Islam telah
berjaya menemui pelbagai alat seperti bejana terisi sendiri, pemancut cairan yang boleh
mengubah jet pancutannya
secara automatik, roda air, roda angin, jam air gajah, jambatan dan jalan raya yang berteknologi
tinggi.
Dalam tradisi Islam bidang teknologi seperti kejuruteraan adalah berasaskan konsep kesetaraan
atau mizan dan keseimbangan atau tawazun iaitu berada dalam kedudukan yang betul dan
seimbang.
652.2 SENI DAN MANIFESTASI BUDAYA
Previous
Next
OBJEKTIF

Setelah mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan falsafah, konsep dan prinsip seni budaya dalam Islam.

2. Menghuraikan proses seni dan reka bentuk bangunan daripada perspektif Islam.

3. Mengenal pasti bentuk kaligrafi dan perkembangan kesusasteraan dan persuratan dalam
Islam.

4. Menghubung kaitkan falsafah dan garis panduan seni suara menurut Islam dengan
kedudukan industri muzik di negara kita pada masa kini.

PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan tentang seni dan manifestasi budaya daripada segi falsafah,
konsep, prinsip dan garis panduannya menurut Islam. Antara bidang kesenian yang
dibincangkan dalam bab ini ialah seni reka bentuk bangunan, seni kaligrafi, seni kesusasteraan
dan persuratan dan seni suara.
66FALSAFAH, KONSEP DAN PRINSIP SENI DAN
BUDAYA
FALSAFAH, KONSEP DAN PRINSIP SENI DAN BUDAYA

Falsafah seni dan budaya dalam Islam bertitik tolak daripada akidah tauhid. Al-Qur’an yang
merupakan sumber kepada pembentukan seni dan budaya dalam Islam menjelaskan bahawa
Allah s.w.t. bersifat dengan segala kesempurnaan dan Maha Suci lagi Maha Indah. Sebagai
umat Islam, anda haruslah menghargai keindahan ciptaan Allah s.w.t. yang boleh membawa
kepada pertambahan dan pengukuhan keimanan kepada Allah. Inilah yang dimaksudkan
dengan tauhid sebagai asas kepada konsep dan falsafah kesenian dalam Islam.

Secara asasnya, seni dan budaya Islam adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip berikut:

1. Berteraskan wahyu
Kesenian Islam terpancar daripada wahyu Allah, sama seperti undang-undang dan syariat-Nya.
Maknanya, ia harus berada di bawah lingkungan dan peraturan wahyu. Prinsip ini membezakan
kesenian Islam dengan kesenian bukan Islam.

2. Penghayatan akhlak
Keseniaan dan budaya Islam mementingkan penghayatan akhlak dan kebenaran yang
menyentuh aspek-aspek estetika, kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi. Kesenian Islam
menghubungkan keindahan sebagai nilai yang bergantung secara keseluruhannya kepada
kesahihan Islam. Menurut Islam, kesenian yang mempunyai nilai tertinggi ialah yang
mendorong ke arah ketakwaan, kemakrufan, kesahihan dan budi yang mantap.

3. Kesepaduan antara keimanan dan persekitaran

Kesenian Islam mengangkat martabat seseorang insan tanpa mengenepikan nilai-nilai
kemanusiaan dan nilai-nilai persekitaran dan sejagat. Alam sekitar menjadi galeri seni insan
tersebut dalam proses menjadi seorang seniman yang dapat menggarap segala unsur kesenian
untuk tunduk serta patuh kepada keredaan Allah s.w.t.

Dalam sejarah kehidupan manusia, terdapat pelbagai cabang seni yang telah menjadi
sebahagian daripada budaya masyarakat. Walaupun ada beberapa perbezaan antara sesuatu
masyarakat dengan masyarakat yang lain, namun ia tidak dapat lari dari pada cabang-cabang
asas seni yang dimaksudkan.

Antara cabang-cabang seni tersebut ialah:

Cabang seni

 Seni melalui pendengaran seperti muzik, deklamasi puisi,

prosa, seni suara dan sebagainya.
 Seni yang diperoleh melalui penglihatan mata seperti seni
lukis, seni hias, seni bina, seni pakaian dan sebagainya. 
 Seni yang dapat diperoleh melalui pendengaran dan
penglihatan seperti drama, tablo, teater, filem dan
sebagainya.
 Seni yang dinikmati melalui bacaan seperti hasil karya
sastera.

Terdapat lima hukum dalam seni iaitu:

Bincangkan dalil oleh Abu Bakar As-Siddiq mengenai muzik “Lagu dan muzik adalah seruling
syaitan.”
SENI BINA DAN REKA BENTUK BANGUNAN
SENI BINA DAN REKA BENTUK BANGUNAN

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail

meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu,
sambil kedua-duanya berdoa dengan berkata:Wahai Tuhan
kami! Terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya
Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Surah al-Baqarah: 127)

Ayat di atas memperlihatkan kepada kita tentang pembinaan kaabah yang diwahyukan oleh
Allah s.w.t. kepada Nabi Ibrahim a.s., seni bina Islam yang masih kekal sehingga ke hari ini.

Seni bina adalah keindahan yang dicetuskan daripada kemahiran dalam binaan dan
pertukangan. Dalam al-Qur’an dijelaskan bahawa setiap tamadun yang dicapai oleh manusia
hanya dapat diabadikan dan terkenal sehingga ke hari ini melalui kepakaran seni bina.
Contohnya, al-Qur’an menceritakan tentang tamadun kaum Ad, kaum Thamud, kerajaan
Firaun (Surah al-Fajr : 6-10) yang kesemuanya terkenal dengan binaan yang gagah dan
mengagumkan seperti piramid. Namun, oleh kerana mutu seni bina ini tidak diseimbangkan
dengan pembangunan akidah, syarak dan akhlak, akhirnya ia menjadi punca kehancuran
tamadun itu sendiri. Sebab itulah Islam menekankan kesepaduan dan keseimbangan
pembangunan fizikal dengan pembangunan kerohanian.

Aktiviti 2.8

Cadangan
Soalan
jawapan
kepada
untuk
aktiviti
aktiviti
2.8
2.8
Tidak dapat dinafikan bahawa al-Qur’an menjadi sumber inspirasi kepada perkembangan seni
bina Islam. Di dalam al-Qur’an terdapat banyak ayat yang menggambarkan seni bina sama ada
berkenaan dengan tamadun manusia di dunia
ini seperti kerajaan Iram, Ad, Thamud dan Firaun atau kehidupan mahligai di dalam syurga.

Seni bina Islam yang wajar anda ketahui ialah seni bina masjid. Pembinaan masjid dicatatkan
sebagai perkara yang terawal yang Rasullulah s.a.w. lakukan setelah Baginda tiba di Madinah.
Masjid dalam Islam mempunyai beberapa bahagian yang tersendiri. Antaranya ialah menara,
kubah, mihrab, mimbar dan tempat berwuduk.
Zaman Rasulullah s.a.w. (570 – 632 M)
Titik permulaan perkembangan seni bina Islam bermula dengan terdirinya masjid pertama yang
dibina oleh Rasulullah s.a.w. yang dikenali sebagai Masjid Quba. Masjid ini terletak lima
kilometer dari Masjid Nabawi.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Quba

Selepas itu, Nabi Muhammad s.a.w. telah membina Masjid Nabawi. Masjid Nabawi dibina
oleh Rasulullah s.a.w. bersama-sama dengan kaum Muhajirin dan Ansar. Pada ketika ini,
pembinaan masjid yang dibina oleh Rasulullah s.a.w. tidak mempunyai menara, mihrab dan
kubah. Manakala mimbarnya pula diperbuat daripada batang kurma.

Rasulullah s.a.w. juga mendirikan rumahnya sendiri di Madinah yang dikatakan terletak di atas
sebidang tanah yang luasnya 100 hasta persegi. Ia dibina daripada kepingan tanah. Tiangnya
diperbuat daripada batang kurma dan beratapkan daun kurma. Rasulullah s.a.w. juga terlibat
secara langsung dalam penggalian parit bagi membina kubu atau kota dalam Perang Khandak
pada tahun 5H. Penggalian parit itu telah dicadangkan oleh Salman al-Farisi.

Bukti ini amat jelas menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. mempunyai kebolehan dalam seni
bina walaupun tidak mencapai taraf seni bina dalam erti kata yang sebenarnya seperti yang
difahami pada hari ini.

Kita juga dapat melihat bagaimana Rasulullah s.a.w. ketika berumur 35 tahun telah terlibat
dalam pembinaan semula kaabah apabila ia runtuh dilanda banjir. Kaabah dibina semula
dengan menggunakan kayu-kayan daripada sebuah kapal pecah dan dikatakan berselang-seli
dengan batu.
Rujukan Web

Sila layari laman web ini untuk maklumat lanjut:

http://www.islamic-architecture.info/A-HIST.htm

Zaman Para Sahabat Nabi (11H – 40H/632 – 661M)

Seni bina pada zaman Para Sahabat Nabi merupakan paduan antara pembangunan fizikal
dengan keimanan, ketakwaan dan akhlak yang tinggi. Di dalam bangunanbangunan masjid
dihiasi dengan ayat-ayat al-Qur’an yang berukir indah.

Pada peringkat permulaan, pembinaan masjid yang berseni indah hanya mengutamakan
menara. Apabila kita memperkatakan menara, mungkin ada orang mengatakan bahawa itu ialah
cedukan daripada seni bina Rom dan Parsi. Sebenarnya, menara memang merupakan ciri seni
bina Islam yang tulen kerana di Rom dan Parsi, menara tidak berbentuk tirus dan tinggi. Menara
juga mempunyai tugas yang berbeza daripada yang terdapat di Rom dan Parsi iaitu untuk
membolehkan azan dilaungkan. Menara yang pertama sekali didirikan serentak dengan
pembinaan masjid ialah di Basrah yang didirikan pada tahun 45H.

Mimbar yang mula dibina di dalam masjid semenjak zaman Rasulullah s.a.w. lagi merupakan
salah satu ciri seni bina Islam. Pada peringkat akhir zaman sahabat, mimbar telah mula diukir
dengan khat yang cantik dan ukiran yang berseni.

Zaman Bani Umaiyah (41 – 64H/661 – 750M)

Seni bina Islam telah menampakkan kematangannya pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah.
Masjid-masjid yang dibina bukan sekadar mempunyai menara, mihrab dan sebagainya, malah
setiap satu identiti seni bina Islam itu mengalami perubahan besar.

Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah jugalah kubah diperkenalkan dan ia menjadi salah
satu ciri identiti seni bina Islam. Kubah diperkenalkan semasa pemerintahan Abdul Malik bin
Marwan (65H – 86H). Sejarah turut menyatakan bahawa Khalifah al-Walid (705 – 715M)
merupakan khalifah pertama memasukkan unsur menara dalam pembinaan masjid. Keindahan
seni bina Islam kian meningkat lagi apabila ukiran dan khat yang dapat menimbulkan keimanan
kepada Allah s.w.t. disertakan pada setiap kubah yang dibina di dalam masjid.
Sumber: http://taimiyyah.blogspot.com/2004_08_01_archive.html

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Qubbat_As-Sakhrah

Gambar di atas merupakan masjid-masjid yang dibina semasa zaman Bani Umaiyah. Arca,
maqsurah (arked) dan bentuk-bentuk gambar rajah yang indah juga telah mula diperkenalkan
oleh seni bina Islam pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah.

Hal yang demikian bukan sahaja terdapat pada masjid tetapi juga pada bangunanbangunan lain
seperti istana-istana khalifah Bani Umaiyah. Namun, dalam seni ukiran dan seni bina Islam,
tiada ukiran lukisan yang mempunyai bentuk seperti manusia, binatang dan sebagainya kerana
ia bertentangan dengan nilai-nilai akidah Islamiah. Kerajaan Bani Umaiyah turut membina
kota. Pembinaan kota bertujuan untuk mempertahankan negara daripada serangan musuh
contohnya kota Damsyik. Terdapat juga pembinaan sebuah bandar semasa kerajaan Bani
Umaiyah yang dikenali sebagai bandar Wasit. Penubuhan bandar ini ialah untuk melindungi
daripada segala ancaman penentangan yang berlaku.

Zaman Bani Abbasiyah (65 – 658H/752 – 1260M)

Keagungan seni bina Islam telah sampai ke puncak keagungannya pada zaman pemerintahan
Bani Abbasiyah. Tamadun Islam telah berhadapan dengan beraneka jenis tamadun yang
terdapat di dunia ini khususnya dalam seni bina. Pertembungan dengan kebudayaan asing yang
beraneka rupa ini memberi inspirasi yang cukup bertenaga bagi ahli seni bina Islam untuk
mereka bentuk bangunan dan ukiran yang masih berlandaskan lunas-lunas Islam.

Pada akhir zaman pemerintahan Bani Abbasiyah, lahirlah beberapa kerajaan Islam setempat
seperti kerajaan Saljuk dan al-Tahiriah yang menguasai Khurasan, kerajaan Alawiyah dan
Zaidiyah di Tabristan (250 – 316H), kerajaan Idrisiah di Moroko (172 – 311H), kerajaan
Aghlabiah di Tunisia (184 – 296H), kerajaan Fatimiah di Mesir, Ghaznawiah di Afghanistan
dan India dan lain-lain lagi. Setiap pemerintahan tersebut memperkayakan lagi seni bina dan
ukiran Islam yang telah menular ke Eropah, Asia dan Afrika.

Terdapat juga beberapa seni bina yang merupakan pusat penyebaran ilmu yang hebat pada
zaman Bani Abbasiyah. Contohnya, Bait al-Hikmah dan Universiti Nizamiyah. Pembinaan
hospital yang terkenal pada zaman Bani Abbasiyyah ialah Hospital al-Bimaristan. Hospital ini
dibina dengan tujuan memberi latihan kedoktoran dan merawat pesakit.

Zaman tamadun Melayu

Pada zaman tamadun Melayu, kita juga dapat menyaksikan perkembangan seni bina yang
begitu hebat dengan adunan pelbagai seni bina asing yang memanifestasikan tamadun Islam.
Untuk maklumat anda, seni bina nusantara bertapak sejak kedatangan agama Islam yang mana
banyak daripadanya dipengaruhi oleh unsur Hindu dan Buddha. Antara seni bina yang dapat
dilihat dengan jelas di dunia Melayu ialah masjid, madrasah, istana, makam, pintu gerbang,
rumah kediaman dan rumah pusara.

Contohnya, Masjid Wilayah Persekutuan yang berkonsepkan tradisi masjid-masjid Othmaniah

di Turki. Reka bentuk, seni bina dan hiasan dalamannya pula adalah merupakan kombinasi
reka bentuk tradisi Melayu Malaysia dan Timur Tengah.

Rujukan Web
Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai
makna bahagian-bahagian binaan masjid anda bolehlah
merujuk laman web berikut:
http://ignca.nic.in/asp/showbig.asp?projid=ag03

Aktiviti 2.9

Cadangan
Soalan
jawapan
kepada
untuk
aktiviti
aktiviti
2.9
2.9

ZAMAN RASULULLAH S.A.W. (570 – 632M)

Previous
Next
ZAMAN RASULULLAH S.A.W. (570 – 632 M)
Titik permulaan perkembangan seni bina Islam bermula dengan terdirinya masjid pertama yang
dibina oleh Rasulullah s.a.w. yang dikenali sebagai Masjid Quba. Masjid ini terletak lima
kilometer dari Masjid Nabawi.
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Quba

Selepas itu, Nabi Muhammad s.a.w. telah membina Masjid Nabawi. Masjid Nabawi dibina
oleh Rasulullah s.a.w. bersama-sama dengan kaum Muhajirin dan Ansar. Pada ketika ini,
pembinaan masjid yang dibina oleh Rasulullah s.a.w. tidak mempunyai menara, mihrab dan
kubah. Manakala mimbarnya pula diperbuat daripada batang kurma.

Rasulullah s.a.w. juga mendirikan rumahnya sendiri di Madinah yang dikatakan terletak di atas
sebidang tanah yang luasnya 100 hasta persegi. Ia dibina daripada kepingan tanah. Tiangnya
diperbuat daripada batang kurma dan beratapkan daun kurma. Rasulullah s.a.w. juga terlibat
secara langsung dalam penggalian parit bagi membina kubu atau kota dalam Perang Khandak
pada tahun 5H. Penggalian parit itu telah dicadangkan oleh Salman al-Farisi.

Bukti ini amat jelas menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. mempunyai kebolehan dalam seni
bina walaupun tidak mencapai taraf seni bina dalam erti kata yang sebenarnya seperti yang
difahami pada hari ini.

Kita juga dapat melihat bagaimana Rasulullah s.a.w. ketika berumur 35 tahun telah terlibat
dalam pembinaan semula kaabah apabila ia runtuh dilanda banjir. Kaabah dibina semula
dengan menggunakan kayu-kayan daripada sebuah kapal pecah dan dikatakan berselang-seli
dengan batu.

Rujukan Web

Sila layari laman web ini untuk maklumat lanjut:

http://www.islamic-architecture.info/A-HIST.htm

69ZAMAN PARA SAHABAT NABI (11H – 40H/ 632 –

661M)
Previous
Next
ZAMAN PARA SAHABAT NABI (11H – 40H/632 – 661M)
Seni bina pada zaman Para Sahabat Nabi merupakan paduan antara pembangunan fizikal
dengan keimanan, ketakwaan dan akhlak yang tinggi. Di dalam bangunanbangunan masjid
dihiasi dengan ayat-ayat al-Qur’an yang berukir indah.

Pada peringkat permulaan, pembinaan masjid yang berseni indah hanya mengutamakan
menara. Apabila kita memperkatakan menara, mungkin ada orang mengatakan bahawa itu ialah
cedukan daripada seni bina Rom dan Parsi. Sebenarnya, menara memang merupakan ciri seni
bina Islam yang tulen kerana di Rom dan Parsi, menara tidak berbentuk tirus dan tinggi. Menara
juga mempunyai tugas yang berbeza daripada yang terdapat di Rom dan Parsi iaitu untuk
membolehkan azan dilaungkan. Menara yang pertama sekali didirikan serentak dengan
pembinaan masjid ialah di Basrah yang didirikan pada tahun 45H.

Mimbar yang mula dibina di dalam masjid semenjak zaman Rasulullah s.a.w. lagi merupakan
salah satu ciri seni bina Islam. Pada peringkat akhir zaman sahabat, mimbar telah mula diukir
dengan khat yang cantik dan ukiran yang berseni.

70ZAMAN BANI UMAIYAH (41– 64H/661 – 750M)

Previous
Next
ZAMAN BANI UMAIYAH (41 – 64H/661 – 750M)
Seni bina Islam telah menampakkan kematangannya pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah.
Masjid-masjid yang dibina bukan sekadar mempunyai menara, mihrab dan sebagainya, malah
setiap satu identiti seni bina Islam itu mengalami perubahan besar.

Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah jugalah kubah diperkenalkan dan ia menjadi salah
satu ciri identiti seni bina Islam. Kubah diperkenalkan semasa pemerintahan Abdul Malik bin
Marwan (65H – 86H). Sejarah turut menyatakan bahawa Khalifah al-Walid (705 – 715M)
merupakan khalifah pertama memasukkan unsur menara dalam pembinaan masjid. Keindahan
seni bina Islam kian meningkat lagi apabila ukiran dan khat yang dapat menimbulkan keimanan
kepada Allah s.w.t. disertakan pada setiap kubah yang dibina di dalam masjid.
Sumber: http://taimiyyah.blogspot.com/2004_08_01_archive.html

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Qubbat_As-Sakhrah

Gambar di atas merupakan masjid-masjid yang dibina semasa zaman Bani Umaiyah. Arca,
maqsurah (arked) dan bentuk-bentuk gambar rajah yang indah juga telah mula diperkenalkan
oleh seni bina Islam pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah.

Hal yang demikian bukan sahaja terdapat pada masjid tetapi juga pada bangunanbangunan lain
seperti istana-istana khalifah Bani Umaiyah. Namun, dalam seni ukiran dan seni bina Islam,
tiada ukiran lukisan yang mempunyai bentuk seperti manusia, binatang dan sebagainya kerana
ia bertentangan dengan nilai-nilai akidah Islamiah. Kerajaan Bani Umaiyah turut membina
kota. Pembinaan kota bertujuan untuk mempertahankan negara daripada serangan musuh
contohnya kota Damsyik. Terdapat juga pembinaan sebuah bandar semasa kerajaan Bani
Umaiyah yang dikenali
sebagai bandar Wasit. Penubuhan bandar ini ialah untuk melindungi daripada segala ancaman
penentangan yang berlaku.

71ZAMAN BANI ABBASIYAH (65 – 658H/ 752 –

1260M)
Previous
Next
ZAMAN BANI ABBASIYAH (65 – 658H/752 – 1260M)
Keagungan seni bina Islam telah sampai ke puncak keagungannya pada zaman pemerintahan
Bani Abbasiyah. Tamadun Islam telah berhadapan dengan beraneka jenis tamadun yang
terdapat di dunia ini khususnya dalam seni bina. Pertembungan dengan kebudayaan asing yang
beraneka rupa ini memberi inspirasi yang cukup bertenaga bagi ahli seni bina Islam untuk
mereka bentuk bangunan dan ukiran yang masih berlandaskan lunas-lunas Islam.

Pada akhir zaman pemerintahan Bani Abbasiyah, lahirlah beberapa kerajaan Islam setempat
seperti kerajaan Saljuk dan al-Tahiriah yang menguasai Khurasan, kerajaan Alawiyah dan
Zaidiyah di Tabristan (250 – 316H), kerajaan Idrisiah di Moroko (172 – 311H), kerajaan
Aghlabiah di Tunisia (184 – 296H), kerajaan Fatimiah di Mesir, Ghaznawiah di Afghanistan
dan India dan lain-lain lagi. Setiap pemerintahan tersebut memperkayakan lagi seni bina dan
ukiran Islam yang telah menular ke Eropah, Asia dan Afrika.
Terdapat juga beberapa seni bina yang merupakan pusat penyebaran ilmu yang hebat pada
zaman Bani Abbasiyah. Contohnya, Bait al-Hikmah dan Universiti Nizamiyah. Pembinaan
hospital yang terkenal pada zaman Bani Abbasiyyah ialah Hospital al-Bimaristan. Hospital ini
dibina dengan tujuan memberi latihan kedoktoran dan merawat pesakit.

ZAMAN TAMADUN MELAYU

Previous
Next
ZAMAN TAMADUN MELAYU
Pada zaman tamadun Melayu, kita juga dapat menyaksikan perkembangan seni bina yang
begitu hebat dengan adunan pelbagai seni bina asing yang memanifestasikan tamadun Islam.
Untuk maklumat anda, seni bina nusantara bertapak sejak kedatangan agama Islam yang mana
banyak daripadanya dipengaruhi oleh unsur Hindu dan Buddha. Antara seni bina yang dapat
dilihat dengan jelas di dunia Melayu ialah masjid, madrasah, istana, makam, pintu gerbang,
rumah kediaman dan rumah pusara.

Contohnya, Masjid Wilayah Persekutuan yang berkonsepkan tradisi masjid-masjid Othmaniah

di Turki. Reka bentuk, seni bina dan hiasan dalamannya pula adalah merupakan kombinasi
reka bentuk tradisi Melayu Malaysia dan Timur Tengah.
Rujukan Web

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai

makna bahagian-bahagian binaan masjid anda bolehlah
merujuk laman web berikut:
http://ignca.nic.in/asp/showbig.asp?projid=ag03

Aktiviti 2.9

Cadangan
Soalan
jawapan
kepada
untuk
aktiviti
aktiviti
2.9
2.9

73SENI KALIGRAFI
Previous
Next
SENI KALIGRAFI
Seni penulisan merupakan satu cabang seni yang sangat penting dalam Islam. Malah,
kepentingannya mengatasi kepentingan cabang-cabang seni yang lain. Apabila al-Qur’an
diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w., para sahabat menulis ayat-ayat al-Qur’an tersebut di
kulit-kulit kering unta, tulang-belulang dan pelepah tamar untuk memeliharanya. Ayat-ayat al-
Qur’an tersebut, selain dipelihara dalam dada para penghafaz (huffaz), turut dipelihara dalam
bentuk tulisan melalui mashaf yang sampai ke tangan kita hari ini. Ini bermakna seni penulisan
atau khat ini memainkan peranan penting dalam memelihara tunjang dan asas utama ajaran
Islam iaitu al-Qur’an.
Penulisan kaligrafi yang indah mula menjadi perhiasan di masjid-masjid, rumahrumah dan
tempat-tempat lain yang sesuai. Selain daripada bertujuan untuk menimbulkan rasa damai dan
indah, tulisan-tulisan khat itu juga bertujuan untuk
sentiasa memastikan bahawa ayat-ayat Allah dan hadis-hadis Rasul-Nya sentiasa diingati dan
diamalkan. Seni khat mempunyai kaitan yang rapat dengan jiwa Islam kerana penggunaan
huruf-huruf al-Qu’ran. Seni ini akhirnya terus berkembang menjadi satu seni yang unik dalam
tradisi Islam. Tiada mana-mana agama dan tradisi manusia yang memiliki dan meletakkan seni
kaligrafi pada tempat yang istimewa setanding dengan seni kaligrafi Islam.
Sumber: http://id.wikipedia.org/wiki/Kaligrafi

Seni kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama ‘seni khat’ merupakan khazanah tertua di
dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam. Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh
pelosok dunia menyaksikan kaligrafi Islam diubah suai dengan perubahan yang berlaku di
sekelilingnya tanpa menghilangkan ciri dan nilai keislamannya. Penulisan khat yang pertama
di dunia dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq pada kurun ketujuh. Fakta yang tercatat daripada
sumber bertulis – seorang sufi mendapat ilham menghasilkannya melalui mimpi. Tulisan-
tulisan yang dihasilkan dinamakan kufic (Kufi) iaitu tulisan yang tidak bercantum. Ia
digunakan sehingga kurun ke-12.

Tokoh-tokoh seni khat

Oleh kerana kedudukan dan perhatian istimewa yang diberikan oleh masyarakat Islam kepada
cabang seni khat, maka seni ini berkembang dengan pesat. Oleh itu, lahirlah ramai tokoh
penulis khat atau kaligrafi yang mempopularkan pelbagai jenis tulisan khat. Antaranya seperti
berikut:

1. Al-Dhahaq bin Ijlan dan Qutabah yang memperkenalkan khat nasakhmulai abad 5M.
2. Ibrahim al-Syujairi yang menghasilkan khat jenis al-Jalil, al-Thuluthaindan al-Thuluth.
3. Yusuf al-Syujairi yang menghasilkan khat jenis al-riayasi.
4. Muhammad bin Muqalan seorang menteri Abbasiyah yang mahir dalam tulisan khat jenis al-
duri.
5. Al-Hasan al-Naqulah mahir dalam seni khat nasakh.
6. Muhamad al-Samsari dan Muhamad bin Asad telah memperbaiki tulisan khat nasakh dan al-
tauqia’ah.
7. Abu Hasan Ali bin Hilal (Ibnu al-Bawwab) yang memperlengkapkan lagi kaedah penulisan
khat.

8. Syeikh Jamaluddin Yaqut al-Mustakami yang merupakan seorang ahli khat yang handal di
Baghdad.

Jenis-jenis tulisan khat

Seni khat mengandungi lapan model iaitu:
Aktiviti 2.10

Cadangan
Soalan
jawapan
kepada
untuk
aktiviti
aktiviti
2.10
2.10

Seni khat tembikar dan arca

Seni khat di atas tembikar merupakan satu kemahiran yang istimewa dalam kalangan umat
Islam di Iran dalam abad ke-9 dan ke-10M. Terdapat dua pusat utama iaitu Nisyapur dan
Samarkand. Tembikar yang dihasilkan itu amat bermutu tinggi. Ianya berwarna putih gading
yang ditulis dengan khat kufiberwarna hitam sama ada pada pinggan, mangkuk dan sebagainya
pada zaman kerajaan Samaniah.
Pada zaman pemerintahan kerajaan Mamluk pula, seni khat diabadikan pula di atas barang-
barang kaca dan logam iaitu dalam abad ke-12 dan ke-13 di Iran. Pelbagai jenis botol, kendi
lampu gantung dan lain-lain lagi telah dihasilkan. Lampu-lampu itu dihias dengan tulisan khat
ayat-ayat al-Qur’an yang indah.

TOKOH-TOKOH SENI KHAT

75JENIS-JENIS TULISAN KHAT

Previous
Next
JENIS-JENIS TULISAN KHAT
Seni khat mengandungi lapan model iaitu:
Aktiviti 2.10

Cadangan
Soalan
jawapan
kepada
untuk
aktiviti aktiviti
2.10 2.10

76SENI KHAT TEMBIKAR DAN ARCA

Previous
Next
SENI KHAT TEMBIKAR DAN ARCA
Seni khat di atas tembikar merupakan satu kemahiran yang istimewa dalam kalangan umat
Islam di Iran dalam abad ke-9 dan ke-10M. Terdapat dua pusat utama iaitu Nisyapur dan
Samarkand. Tembikar yang dihasilkan itu amat bermutu tinggi. Ianya berwarna putih gading
yang ditulis dengan khat kufiberwarna hitam sama ada pada pinggan, mangkuk dan sebagainya
pada zaman kerajaan Samaniah.
Pada zaman pemerintahan kerajaan Mamluk pula, seni khat diabadikan pula di atas barang-
barang kaca dan logam iaitu dalam abad ke-12 dan ke-13 di Iran. Pelbagai jenis botol, kendi
lampu gantung dan lain-lain lagi telah dihasilkan. Lampu-lampu itu dihias dengan tulisan khat
ayat-ayat al-Qur’an yang indah.

77KESUSASTERAAN DAN PERSURATAN

Previous

Next

KESUSASTERAAN DAN PERSURATAN

Al-Qur’an merupakan sumber utama seni kesusasteraan Islam. Malah al-Qur’an diwahyukan
dengan nilai kesusasteraan dan estetika yang tinggi tanpa boleh ditandingi oleh sesiapapun
sepanjang zaman. Justeru, tidak hairanlah masyarakat Arab jahiliyyah yang tersohor sebagai
masyarakat yang mahir bersastera dan sering menganjurkan pelbagai sayembara sastera saban
tahun tidak mampu menandingi keindahan al-Qur’an.

Al-Qur’an yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. bukanlah sebuah karya sastera
kerana sastera merupakan karya yang indah hasil ciptaan manusia. Namun begitu, al-Qur’an
sukar ditandingi atau ditiru gaya bahasanya, sementara unsur-unsur keindahannya mudah
menarik perhatian dan dapat dinikmati. Bahkan, al-Qur’an mengatasi segala keindahan hasil-
hasil sastera buatan manusia keseluruhannya.

Al-Qur’an disampaikan dalam bahasa Arab yang amat halus, mempunyai kelembutan puisi dan
bahasa prosa bersajak yang dapat dirasakan oleh jiwa yang suci bersih dan penuh khusyuk dan
tawaduk. Ia menggerakkan jiwa untuk mengenali rahsia-rahsia kewujudan diri dan membawa
akal merenung taraf kesucian alam rohaniah.

Keunggulan al-Qur’an juga boleh dilihat daripada segi kebenaran isi kandungannya dan
kesyumulannya. Ini semua menunjukkan bahawa al-Qur’an merupakan wahyu Allah yang
menyampaikan mesej kebenaran melalui keindahan bahasa dan sasteranya yang unggul.

Secara umumnya, perkembangan seni kesusasteraan dan persuratan Arab yang menjadi latar
belakang kepada seni kesusasteraan dan persuratan Islam ini boleh dibahagikan kepada
beberapa fasa. Antaranya ialah zaman sebelum Islam, zaman Rasulullah s.a.w., zaman
Khulafah al-Rasyidin, zaman Umaiyah, zaman Andalusia (Sepanyol) serta zaman Abbasiyah.

Zaman sebelum Islam (PraIslam)

Puisi Arab sebelum Islam merupakan satu seni yang berkembang maju. Puisi terawal dalam
bentuk yang dinamakan razaj wujud pada tarikh seawal kurun ke-6M lagi. Puisi pada zaman
ini bukanlah pengucapan peribadi atau individu, tetapi ia merupakan ucapan bersama-sama
masyarakat dan ucapan keagamaan. Manakala hasil-hasil karya perseorangan ataupun
karangan yang mewakili ideologi diberi nama diwan.
Qasidah asalnya dalam bentuk puisi Arab yang telah mencapai kematangannya pada zaman
praIslam. Puisi jenis ini mengandungi 50 – 100 baris. Pada zaman praIslam, ia disampaikan
dengan iringan muzik. Dalam qasidah, biasanya penyair Arab membicarakan pelbagai
persoalan tentang kehidupan di padang pasir. Ia merupakan satu bentuk puisi Arab yang
diminati sehingga sekarang.
Bentuk prosa ataupun ayyam pula menceritakan tentang perhubungan antara sukusuku kaum
Arab, persahabatan atau permusuhan antara mereka. Perjalanan cerita teratur dalam skema
yang tetap.
Pada umumnya tema-tema utama hasil-hasil kesusasteraan Arab Jahiliyyah adalah berkisar
sekitar penyembahan berhala, wanita, arak, judi, peperangan, sentimen kekabilahan, pemujaan
kepada ketua dan sebagainya.

Ciri-ciri qasidah

 Mengandungi bahagian yang menyentuh topik-topik

tertentu yang tetap tanpa diubah-ubah. 
 Dimulakan dengan nasib (bahagian pengenalan) yang
berkisar dengan ingatan lama dan mengharukan tentang
masa silam.
 Terdapat unsur fakhr (puji-pujian atau bangga diri)
mengenai gambaran yang halus tentang konsep wira Arab
yang unggul.

Zaman Rasulullah s.a.w.

Oleh kerana kesusasteraan merupakan satu daripada unsur kebudayaan yang penting bagi
masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam, maka unsur ini terus kekal selepas kedatangan
Islam. Bagaimanapun ia mengalami perubahan besar dari segi falsafah, matlamat dan juga
tema-temanya.

Pada zaman awal Islam, orang Islam tidak sahaja menerima serangan daripada orang Musyrikin
dalam bentuk fizikal dan ketenteraan, malahan mereka turut dihujani serangan-serangan
melalui pengucapan seni yang berbentuk puisi. Dengan itu, mereka membalas serangan-
serangan tersebut dalam bentuk syair dan puisi. Maka lahirlah penyair dan pemuisi Islam yang
handal bagi membalas serangan Musyrikin tersebut. Antara sasterawan Muslim yang bertindak
sebagai benteng untuk menangkis serangan tersebut ialah Hassan ibn Thabit, Ka‘ab ibn Malik
dan Abdullah ibn Rawahah.

Apabila kita membincang tentang puisi Islam, maka perkara paling penting yang perlu disorot
ialah takrifan puisi Islam itu sendiri. Dr. Haji Hashim Haji Abd. Hamid, Pengarah Akademi
Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam dalam kertas kerjanya yang berjudul Puisi
Islam: Saranan Dakwah dan Ukhuwah Islamiah, mendefinisikan puisi Islam (sama ada puisi
lama atau baru) sebagai puisi atau sajak yang mengajak manusia ke arah kebaikan di dunia dan
di akhirat. Dengan kata lain, puisi Islam adalah pengucapan indah yang mendendangkan/
menyuarakan/ mengajar/menganjurkan amar makruf dan nahi mungkar.

Ciri-ciri puisi Islam

 Puisi mestilah ditulis oleh orang Islam yang benar-benar

tahu bahawa mereka adalah khalifah di atas muka bumi.
 Puisi tersebut mestilah mendorong manusia untuk
melakukan amar makruf dan nahi mungkar.
 Puisi mestilah mendorong manusia untuk menegakkan 
yang halal, benar dan mengharamkan yang batil/haram.
 Puisi itu mestilah menegakkan ajaran Allah.
 Puisi mestilah mendorong lahirnya masyarakat yang adil
dan makmur.
 Puisi mestilah mengesan bahawa orang jahat tidak ada
jalan untuk hidup.
Sumber: http://www.esastera.com/nimoiz/artikel.htm
Karya sastera Islam yang berbentuk prosa berkembang dalam peradaban Islam sesuai dengan
proses penurunan al-Qur’an dan menjadi semakin matang dengan lengkapnya keseluruhan al-
Qur’an. Penggunaan cerita-cerita dalam al-Qur’an turut dijadikan media dakwah sejak zaman
Bani Umaiyah lagi. Antara mereka yang berdakwah mengunakan cerita ialah Hassan al-Basri,
Tamim al-Dari, Thawus ibn Kaisan dan lain-lain lagi.

Zaman Khulafah al-Rasyidin

Era ini merupakan kesinambungan era Rasulullah s.a.w. Justeru, semua bentuk seni
kesusasteraan yang wujud pada zaman Rasulullah s.a.w. seperti puisi dan prosa terus
berkembang pada zaman ini. Usaha penyebaran dakwah Islam dan pembukaan daerah-daerah
baru dipergiatkan dan dengan itu seni kesusasteraan sebagai satu mekanisme dakwah dan jihad
juga meningkat dengan sendirinya.

Dalam era ini lahirlah penyair-penyair handal yang meniupkan semangat jihad kepada tentera
Islam. Nama-nama yang terkenal dalam bidang ini seperti Qais al-Maksyuh al-Muradi, Basyar
bin Rubi’al, Amr bin Mukadyakruh al-Zabidi dan al-Qa’qa bin Amr al-Tamimi adalah tidak
asing lagi dalam gubahan syair yang meniupkan semangat jihad ini.

Semua Khulafah al-Rasyidin amat meminati syair. Malah, mereka sendiri turut menghasilkan
karya yang mengagumkan seperti yang terdapat di dalam kitab Sirah Ibn Hisyam, Sirah Ibn
Ishaq dan sebagainya.

Zaman Bani Umaiyah

Secara umumnya kerajaan Bani Umaiyah terus mengekalkan kesinambungan perkembangan
seni kesusasteraan Islam seperti yang telah diasaskan pada era Rasulullah s.a.w. dan era
Khulafah al-Rasyidin. Genre sastera yang telah sedia ada terus berkembang seperti puisi, syair,
prosa dan sebagainya. Namun oleh sebab perkembangan dan perubahan latar belakang
sosiopolitik pada masa itu, maka tema-tema sastera juga mengalami sedikit perubahan. Pada
ketika itu mula lahir tema-tema yang berbentuk permusuhan kabilah, pemujaan kepada
pemerintah dan tema lain yang tidak sesuai dengan falsafah seni kesusasteraan Islam.

Walaubagaimanapun ini bukanlah senario utama yang mewarnai suasana dunia kesusasteraan
Islam pada masa itu. Malah, sebahagian sasterawan yang bertanggungjawab melahirkan unsur-
unsur buruk ini sebenarnya bukan sasterawan Islam. Umpamanya, seorang penyair terkenal
pada ketika itu iaitu al-Akhtal merupakan seorang yang beragama Kristian. Beliau antara orang
yang bertanggungjawab menghidupkan tema pemujaan keterlaluan kepada pemerintah
khususnya Bani Umaiyah pada ketika itu untuk kepentingan peribadinya. Beliau juga banyak
menghasilkan syair yang bertemakan pemujaan kepada arak dan maksiat. Dengan ini tentulah
hasil sastera seperti ini tidak termasuk dalam kategori kesusasteraan Islam.

Pada umumnya kesusasteraan Islam yang sebenarnya pada zaman Bani Umaiyah masih lagi
terpelihara walaupun terdapat unsur-unsur yang kurang baik. Malah pada era ini juga mula
bertapaknya satu lagi genre sastera baru yang penting dalam sejarah tamadun Islam iaitu
penulisan sejarah dan biografi oleh tokoh-tokoh sejarah seperti Ibn Ishaq, Wahab ibn
Munabbih, ‘Urwah ibn al-Zubair dan sebagainya.

Zaman Andalusia (Sepanyol)

Kesusasteraan Islam telah mengalami perubahan pada zaman Andalusia. Dalam genre syair
umpamanya, tema-tema seperti kehidupan di kota dan hubungan romantis telah muncul.
Menjelang abad ke-11M dan ke-12M, satu tema baru telah lahir iaitu nostalgia atau kenangan
dan ianya berkembang dengan pesat sekali. Hal ini berlaku atas semangat cinta akan negara
asal mereka sama ada di semenanjung Tanah Arab atau di Afrika Utara.

Tema percintaan, arak, jenaka dan cinta pada keindahan alam semula jadi akhirnya
berkembang dengan meluas kerana perkembangan tamadun dan cara hidup kota yang penuh
dengan kemewahan. Selain itu, apabila orang Islam mengalami kekalahan dalam beberapa
pertempuran dengan orang Kristian dan mula kehilangan beberapa wilayah di tangan Kristian,
lahirlah pula tema-tema yang meratapi kehilangan wilayah dan meniupkan semangat untuk
kembali merampasnya.

Pada masa ini juga lahir beberapa hasil karya dalam bentuk novel dan penulisanpenulisan yang
membincangkan tema-tema yang serius berbentuk ilmiah seperti falsafah, kemanusiaan,
peranan akal dan sebagainya seperti yang dihasilkan oleh Ibn Tufail dengan kitab Qissah hayy
ibn Yaqzan.

Zaman Bani Abbasiyyah

Hasil seni kesusasteraan pada zaman ini juga tidak dapat lari daripada ikatan suasana
sosiopolitik pada masa itu. Pada zaman ini, suasana sosiopolitik sedang meruncing kerana
berlakunya banyak pemberontakan yang berasaskan perkauman dan bangsa, maka sebahagian
genre sastera turut terpalit dengan senario ini. Dengan ini lahirlah umpamanya puisi-puisi yang
bertemakan suasana perbandaran di Baghdad dan kota raya yang lain. Pada masa ini juga
pengaruh kesusasteraan Parsi mula meresapi kesusasteraan Arab.

Selain itu, karya sastera dalam bentuk prosa khususnya hasil-hasil karya dalam bentuk novel
dan buku-buku ilmiah berkembang dengan pesat. Sebahagian besarnya adalah kerana hasil
galakan pemerintah Bani Abbasiyah. Pemerintah telah membina Bait al-Hikmah yang menjadi
pusat tumpuan golongan cerdik pandai untuk mengembangkan potensi sastera mereka. Pada
era inilah lahirnya karya-karya yang masih lagi masyhur di seluruh dunia sehingga ke hari ini
seperti Kalilah wa Daminah oleh Ibn al-Muqaffa’, alf laylah wa laylah (Hikayat Seribu Satu
Malam) dan lain-lain.
Kesimpulannya, seni kesusasteraan merupakan satu daripada cabang seni yang penting dalam
Islam. Al-Qur’an merupakan sumber dan asas utama bagi seni sastera Islam. Kesusasteraan
Islam mula berkembang dari al-Qur’an dan ia menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat
Islam terutamanya dalam usaha menyebarkan dakwah Islamiyah. Namun begitu ia turut
berubah dan terpalit dengan segala bentuk perubahan dan kerencaman suasana kehidupan
sosiopolitik masyarakat Islam di sepanjang sejarah kehidupan mereka. Namun prinsipnya tetap
kekal bahawa seni kesusasteraan adalah sesuatu yang mesti dimanfaatkan sebaik mungkin
untuk menyuburkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.

Anda mungkin juga menyukai