Anda di halaman 1dari 7

Panduan Menulis Tugasan

Bahasa – Wajib dalam bahasa Melayu kecuali petikan dari mana-mana sumber.

Jenis Huruf - Times New Roman, Fon 12 dan 1.5 Spacing

Saiz Kertas – A4 warna putih

Jumlah muka surat - sekurang-kurangnya 20-30 (jangan melebihi 30 muka surat).

Tugasan mesti mempunyai muka surat yang ditulis di di bahagian atas penjuru kanan,
rujukan dan senarai rujukan. Setiap tajuk perlu ada data tambahan berupa tinjauan
(survey) dan analisa. Setiap tugasan hendaklah diburn dalam cd dan dilampirkan di
bahagian belakang esei. Bagi setiap tugasan juga perlu disediakan satu montaj 5 minit.
Setiap tugasan dihantar dalam bentuk hardcopy dibinding pada masa yang telah
ditetapkan.

Etika Penulisan

Plagiat – Mencedok karya orang lain dan dianggap karyanya sendiri. Idea-idea atau
perkataan-perkataan daripada karya orang lain yang telah diterbitkan dan digunakan
dalam penulisan seseorang tanpa mencatatkan penghargaan kepada penulis asalnya.
Penggunaan idea atau perkataan-perkataan orang lain mesti diakui setiap satunya dengan
jelas dalam teks. Sebarang penggunaan perkataan sebenar dari orang lain harus diakui
dengan menggunakan tanda petik (“……..”) serta dengan menyatakan sumbernya di dalam
teks.

Format Penulisan:

Abstrak

Pengenalan

- Definisi tajuk
- Objektif penulisan
- Metodologi penulisan
- Sumber penulisan

Isi & perkembangan

- Sub tajuk
- Huraian
- Analisis (klu ada)

Kesimpulan

Rujukan
Penjelasan Format Penulisan

Abstrak /Pendahuluan

Penulisan abstrak adalah sinopsis atau ringkasan penulisan dengan memasukkan isu
utama kajian, kaedah yang digunakan semasa penulisan dijalankan serta hasil yang
diperolehi dengan sedikit pernyataan dalam kajian. Ditulis dalam satu perenggan sahaja
tanpa langkau (Single Spacing) pada satu muka surat sahaja. Panjangnya kurang sikit dari
setengah muka surat.

Objektif Penulisan

Apa tujuan penulisan

Metodologi Kajian

Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan
penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalah kajian. Bagi
melaksanakan kajian ini dengan efektif, metodologi yang dirangka adalah meilbatkan
pembentukan hipotesis, pemilihan reka bentuk, kaedah pengumpulan data, penentukan
populasi dan pemilihan sampel, ujian rintis dan kaedah penganalisisan data.

Contoh metodologi kajian seperti rujukan pembacaan di perpustakaan, soal selidik,


temubual tokoh, kajian lapangan (lokasi kajian)

Topik atau Subtopik

Tajuk (topic) adalah nama atau identiti kajian yang hendak dilakukan. Ia merupakan
perkara yang paling ringkas sifatnya tetapi amat penting dan wajib ada untuk
membolehkan sesuatu bentuk tulisan dibina. Penulis harus jelas terhadap tajuk yang
dipilihnya dan mempunyai pengetahuan tentang tajuk tersebut. Setiap tajuk/sub tajuk
mesti ada data yang dikaji dan dianalisis secara kritikal dan ilmiah.

Setiap tajuk dan subtajuk hendaklah diulas latar belakangnya, ditambah dengan bahan-
bahan kajian, disokong dengan data-data analisis, survey, temubual tokoh berautoriti, soal
selidik dan diulas secara analisa kritikal (pandangan pengkaji)

Kesimpulan

Merumuskan hasil penulisan yang dibuat.


Rujukan/Bibliografi :

Rujukan adalah sumber mana-mana perolehan dan dapatan. Diletakkan dimuka surat
akhir.

Cara menulis Rujukan

Nama pengarang diikuti noktah (Semua nama pengarang hendaklah disenaraikan)


Tahun penerbitan diikuti noktah (Tahun Hijrah hendaklah ditulis bersama-sama tahun
Masehi seperti 1412H/1992)
Judul buku (condong) diikuti noktah
Penyunting, penyusun, penterjemah (jika ada) diikuti noktah
Nama siri buku dan jilid atau bilangan dalam siri (jika ada) diikuti noktah
Edisi selain daripada edisi pertama ditaip sebagai Ed. ke-… dan diikuti noktah
Bilangan jilid diikuti noktah
Tempat terbit (bandar) diikuti titik bertindih (Jika terdapat lebih daripada satu tempat
terbit gunakan tempat yang pertama. Contoh: New York, London, Paris hendaklah ditaip
New York).
Penerbit diikuti noktah.

Contoh:

a. Pengarang tunggal (termasuk nama samaran)

Brown, R. 1988. Topology: a geometric account of general topology, homotopy types and the
fundamental groupoid. Chichester: Ellis Horwood Limited.

Nik Anuar Nik Mahmud. 2000. Konfrontasi Malaysia Indonesia. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.

b. Pengarang bersama

Abdul Samad Hadi, Shaharudin Idrus, Ahmad Fariz Mohamed & Abdul Hadi Harman Shah.
2006. Perubahan persekitaran dan kemudahterancaman Lembangan Langat. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Corcoran, K. & Fischer, J. 1987. Measures for clinical practice: a source book. New York: The
Free Press.

Rujukan yang dimasukkan dalam teks, samada sumber rujukan itu telah diterbitkan atau
tidak hendaklah direkodkan. Sebagaimana sistem Harvard, menulis nota rujukan gaya APA
juga mengambil kira sumber rujukan atau bahan samada buku, jurnal, tesis, laman Web
dan sebagainya.

1. Kaedah Menulis Nota Rujukan Bagi Bahan Yang Diambil Daripada Buku

Apabila mengunakan sistem ini, rujukan dalam teks hendaklah ditulis atas nama utama
pengarang sahaja (tanpa nama ringkasannya) seperti berikut:

(i) Meletakkan tahun terbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yang
dirujuk.
Contohnya:

“Menurut Brown (2005), salah satu faktor yang menyebabkan guru pendidikan khas
meninggalkan bidang tersebut ialah kerana kurang menerima pengiktirafan”.

(ii) Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, maka tuliskan nama dan
tahun dalam kurungan. Contoh:

“Oleh itu, kajian menunjukkan salah satu factor yang menyebabkan guru pendiddikan khas
meninggalkan bidang tersebut ialah kerana kurang pengiktirafan (Brown, 2005)”

(iii) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang, tuliskan
nama
kedua-dua pengarang. Contohnya:

“Mengikut Platt dan Olsen (1990) pula, sesuatu program pendidikan khas hanya akan
dapat dilaksanakan dengan sempurna sekiranya guru-guru pendidikan khas menerima
pengiktirafan daripada ibu bapa”

(iv) Bagi tiga pengarang atau lebih, tuliskan et.al selepas nama pengarang pertama.
Contoh:

“Antara suasana tugas yang dialami oleh guru pendidikan khas dalam program
percantuman masalah pendengaran yang mungkin boleh memberi kesan kepada
pencapaian akademik murid adalah pengiktirafan (Podemsky et.al, 1995)”

(iv) Gunakan huruf kecil (a,b,c), untuk mengenal pasti dua atau lebih penerbitan
bagi
pengarang yang sama dan dikeluarkan pada tahun yang sama. Contoh:

“Contoh perisian yang mengunakan bahasa pengaturcaraan kekangan ialah ILOG Solver
(Puget dan Albert, 1994a)

“Pengunaan objek amat meluas, terutama dalam pengaturcaraan kepintaran buatan (Puget
dan Albert, 1994b)
2. Rujukan Bagi Bahan Yang Diambil Selain Daripada Buku

i. Jurnal

Contoh Jurnal:

Herrington, A.J (1998). The Prototype as a construct in abnormal psychology. Journal of


Abnormal Psychology, 90, 575-585

Bahan Internet

 Nama pengarang dengan lengkap dan diikuti dengan koma

 Tajuk dokumen/ bahan dalam tanda kutipan

 Tajuk lengkap penerbitan (jika ia berkaitan) dalam italik dan diikuti oleh koma

 Tarikh penerbitan bahan yang diikuti dengan koma

 Alamat laman web dalam tanda kurung (<)

 Tarikh bahan diakses dalam kurungan

 Contoh:

 Tom Wilson, “In The Beginning Was The Word:Social and Economic Factors in
Scholary Electronic Communication,” Kertas Kerja Elvira, 10 April 1995,
<http:/www.shef.ac.uk/~is/wilson/publication/elvira.html>(23 Mei 2000)

iii. Responden Yang ditemu Bual

- Razak Agus. Bota Kanan. Penghulu Mukim Bota, 26 Jun 2013


Pada muka surat hadapan @ cover hendaklah dimasukkan : Nama semua ahli
kumpulan beserta no matrik, no telefon, email dan meletakan gambar ahli masing-
masing.

CONTOH

UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

Kursus: MPU 3113 Nama Kursus : Hubungan Etnik

Tajuk: ………………………………………….

Kumpulan …………. Masa………….. Hari……………..

Pensyarah : Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob

Nama ahli kumpulan:

1. Nama : Raja Ahmad Iskandar


No Matrik : K00045678
No tel : 0193366106
Email : rairy74@yahoo.com
Kursus : BIS

2. Nama : Raja Ahmad Iskandar


No Matrik : K00045678
No tel : 0193366106
Email : rairy74@yahoo.com
Kursus : BIS

3. Nama : Raja Ahmad Iskandar


No Matrik : K00045678
No tel : 0193366106
Email : rairy74@yahoo.com
Kursus : BIS

4. Nama : Raja Ahmad Iskandar


No Matrik : K00045678
No tel : 0193366106
Email : rairy74@yahoo.com
Kursus : BIS

5. Nama : Raja Ahmad Iskandar


No Matrik : K00045678
No tel : 0193366106
Email : rairy74@yahoo.com
Kursus : BIS

Anda mungkin juga menyukai