Anda di halaman 1dari 24

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

‫‪KONSEP IBADAH‬‬

‫‪1‬‬
PENGERTIAN IBADAH
 Bahasa: |‫|عبادة‬Ibadah

◦ ‘Abada’ |‫|عبد‬, ‘Ya Budu’ |‫|ي عبد‬, ‘Abd’ |‫ |عبد‬Bererti taat, patuh,
setia, menyembah, menghina dan memperhambakan diri
kepada yang lain.

 Istilah Syara’:

-Al-Maududi: Makna ibadah ialah penyerahan diri secara total,


tunduk menghina sepenuhnya serta ketaatan yang tidak berbelah
bagi. Di samping ketundukan itu digabungkan pula unsur
perasaan; iaitu pengabdian hati yang digambarkan melalui
pelaksanaan upacara-upacara dan syiar-syiar tertentu.

 Ibn Taimiyah, asal makna ibadah ialah taat dan menghinakan


diri (kemuncak ketaatan dan ketundukan).

2
 As-Syeikh Muhammad Abduh:

 Ibadah ialah ketaatan dan kepatuhan dengan sepenuh-


penuh tunduk. Beliau berpendapat bahawa yang
membezakan ibadat dengan jenis-jenis taat dan tunduk
bukanlah kemuncak taat dan tunduk sebagaimana yang
diperkatakan oleh ahli-ahli bahasa.

 Menurut beliau jika punca ketaatan itu perkara


lahiriah seperti pemerintah, kekuatan dan sebagainya
tidaklah dinamakan ibadat

 Sekiranya punca ketaatan itu kepercayaan bahawa


yang disembah mempunyai kebesaran, kekuatan
melebihi kuasa manusia biasa maka barulah
dinamakan ibadat.

3
 Firman Allah s.w.t. bermaksud: “ Aku tidak mencipta jin dan
manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu’
(al-Zariat : 56)

 Firman Allah s.w.t. : Ertinya : ”Sembahlah Allah dan


janganlah kamu mempersekutukan sesuatu apapun
denganNya” (Surah al-Nisa’ 4 : 36)Allah s.w.t. sahaja yang
berhak disembah oleh manusia.

 FirmanNya lagi: ”Wahai sekalian manusia! Sembahlah


Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang
yang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Tuhan) yang telah
menjadikan untukmu bumi sebagai hamparan dan langit
sebagai atap serta menurunkan air (hujan) dari langit lalu
dengan air itu Dia menghasilkan segala buah-buahan
sebagai rezeki untukmu. Kerana itu janganlah kamu
mengangkat sekutu-sekutu bagi Allah padahal kamu
mengetahui” (surah al-Baqarah 2 : 21 – 22)

4
RUANGLINGKUP IBADAH DAN
PEMBAHAGIANNYA
Ruanglingkup @ Skop ibadah dalam Islam
amat luas.

Merangkumi mentaati suruhan dan


meninggalkan larangan Allah.

Hubungan dengan Allah – hubungan dengan


sesama manusia

5
Merangkumi seluruh aspek atau aktiviti
kehidupan manusia.
 Menurut Ibn Taimiyah “ibadah adalah semua perkara yang disukai
dan diredai Allah sama ada perkataan, perbuatan, zahir dan batin.

 Oleh itu sembahyang, puasa, zakat, haji, bercakap benar,


menunaikan amanah, berbakti kepada dua ibu bapa,
menghubungkan silaturrahim, menunaikan janji, menyuruh yang
ma’ruf, mencegah yang mungkar, berjihad terhadap orang-orang
kafir dan munafiq, berbuat baik kepada jiran tetangga, anak-anak
yatim, orang miskin, hamba, juga kepada binatang, berdoa,
berzikir, membaca al-Qur’an dan seumpamanya adlah termasuk di
dalam ibadah.

 Seterusnya kasih kepada Allah dan RasulNya, takut kepadanya,


taubat, ikhlas, sabar terhadap penentuan Allah, bersyukur terhadap
nikmat-nikmat Allah, reda kepada qada’ dan qadar, bertawakal
kepadanya, mengharap kepada rahmat Allah dan takut kepada
azabNya, ini semua termasuk dalam ibadah”.

6
Menurut Prof Dr. Yusuf al-Qardawi:

“Ibadah merangkumi perkataan dan perbuatan


yang disukai dan diredai oleh Allah. Maka dengan
itu menegakkan syiar Agama Islam adalah
ibadah, berbuat baik kepada ibu bapa adalah
ibadah, menghubungkan silaturrahim adalah
ibadah, memuliakan jiran adalah ibadah,
menunaikan kewajipan, melakukan kebaikan
berdakwah mengajak manusia kepada kebaikan,
jihad di jalan Allah, mengimarah bumi, semuanya
ibadah.”

7
KONSEP BERSUCI
(TOHARAH) DALAM ISLAM
Kesucian zahir mahupun batin

“Sesungguhnya Allah mengasihi


orang yang banyak bertaubat dan
mengasihi orang-orang yang suka
mensucikan diri.”(Surah al-Baqarah
2 : 222)

8
Sebelum melaksanakan tuntutan ibadah
terutama fardu ain, perlu mengetahui perkara
yg menjadi syarat sebelum melaksanakan -
taharah/bersuci

Bersuci dari sifat tercela


Bersuci dari hadas
Bersuci dari najis

9
 Perkara yang dilarang: Tanda khas sesuatu agama-
nandaa’,pupur di dahi, salib dsb
 Tatu dan seumpamanya
 Merubah kejadian Allah – pertukaran jantina dsb
 Menyerupai lelaki @ perempuan
 Meniru perbuatan orang bukan Islam; bercukur
sebahagian kepala,anting2 bagi lelaki, tindik2…dsb

10
 Perkara khas orang2 kafir:sami, serban singh,
jubah Kristian dsb
 Menyamai pakaian lelaki-perempuan
 Tidak menutup aurat
 Emas & sutera bagi lelaki
 Meniru pakaian orang2 kafir

11
 patung / berhala
 Anjing
 Tempat maksiat; dipenuhi dengan gambar lucah,
minum arak, kelab malam
 Bejana dari emas dan perak

12
Perkara yang diharam ketika junub:

 Solat
 Puasa
 Tawaf
 Membaca al-Quran & membawanya
 Menyentuh al-Quran
Perkara yang diharam ketika
haid & nifas:

Tambahan:
• Bersetubuh
• Talak (menjatuhkan talak)

13
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“…Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging;
apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia
rosak, rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itulah yang
dikatakan hati.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

14
 Rukun/fardu mandi wajib;

 Niat
 Menghilangkan najis yang melekat kalau
ada
 Menyampaikan air ke seluruh badan

15
 BERSUCI DARI NAJIS

Najis-najis :
 Mukhaffah – ringan; kencing bayi lelaki yg
belum sampai 2 tahun & hanya menyusu ibunya
shj.

 Mutawassitah – pertengahan; muntah, darah,


nanah, bangkai selain bangkai manusia, ikan &
belalang dsb

 Mughallazah – berat; anjing dan babi &


keturunannya

16
ALAT UNTUK BERSUCI
 Air mutlak: air hujan, air mata air, air sungai, air laut, air embun, perigi &
salji (wudhu’, mandi, basuh najis)

 Batu (3 bucu) atau benda-benda yang kesat seperti tisu dsb:


(istinjak=membersihkan diri selepas qada’ hajat(besar/kecil) dengan air atau
benda kesat)).

 Debu: tayammum

 Air & tanah: samak najis mughallazah

 Tidak dengan sesuatu yang dihormati oleh manusia atau jin seperti daun
dan buah yang dimakan oleh manusia dan tulang yang dimakan oleh jin.
Rasulullah SAW bersabda: ”Dari Ibn Mas`ud r.a. Bahawa Nabi SAW
pernah bersabda: “janganlah kamu beristinjak dengan tahi kering dan
jangan pula dengan tulang-tulang, kerana sesungguhnya tulang-tulang itu
jadi makanan saudaramu bangsa jin.”(Riwayat Tirmizi)

17
 Kadar 2 kolah; 200 kilogram/317 kati/13 tin minyak tanah:
 Tuntutan air melebihi dua kolah (216 liter) hanya diwajibkan dalam
Mazhab Shafie apabila air tersebut telah bercampur dengan sesuatu
benda najis sehingga bertukar sifatnya dari 3 sudut, samada rasa atau
bau atau warna.
 Apabila satu dari sifat ini telah berubah maka untuk menggunakan air
tersebut kuantitinya wajib melebih 2 kolah atau 216 liter.
 Akan tetapi apabila air tersebut bersih, dan tiada kelainan pada rasa, bau
dan warnanya, ia tetap boleh digunakan untuk tujuan berwudhu'
sekalipun kuantitinya kurang dari 2 kolah

18
 Air yang suci dan boleh menyucikan benda lain. Ia terbahagi kepada
dua:
 a) Air Mutlaq:
 Air yang suci lagi menyucikan ialah air mutlaq yang kekal dengan sifat asal kejadiannya yang
telah dijadikan oleh Allah s.w.t.

Air tersebut masih dikatakan air mutlaq walaupun ia sudah berubah disebabkan lama terbiar ,
disebabkan tanah, lumut dan tempat bertakung atau tempat mengalirnya mengandungi
belerang . Hal ini kerana air itu sukar untuk dielakkan daripada perkara tersebut

 Dalil yang menunjukkan kesucian air mutlaq, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud :

"Daripada Abu Hurairah r.a.h. katanya , seorang Badwi berdiri lalu terkencing di dalam masjid,
kemudian para sahabat pergi mencegahnya . Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, biarkan dia dan
curahkanlah di atas air kencingnya setimba air . Sesungguhnya kamu disuruh untuk
mempermudahkan bukan menyusahkan" .
 Perintah Rasulullah s.a.w. supaya menjiruskan air ke tempat air kencing tersebut adalah dalil
yang menunjukkan bahawa air tersebut mempunyai sifat menyucikan.

19
b) Air Musyammas:
 iaitu air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh menggunakannya.
 Air yang suci lagi menyucikan yang lain tetapi makruh digunakan pada tubuh
badan tidak pada pakaian.
 Air Musyammas bermaksud air yang panas yang terdedah kepada cahaya
matahari iaitu pada negeri-negeri yang beriklim panas yang mana ia boleh
mendatangkan karat seperti besi, tin dan lain-lain yang mana ia memberi
mudharat apabila terkena kulit atau tubuih badan menyebabkan ianya sopak,
kusta dan sebagainya. Sebagaimana Sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud :-

"Dari Aisyah sesungguhnya ia telah memanaskan air pada cahaya matahari


maka telah bersabda Rasullah s.a.w kepadanya janganlah engkau berbuat
demikian wahai Aisyah sesungguhnya air yang dijemur itu dapat menimbulkan
penyakit sopak." (Riwayat Baihaqi)

20
 Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan benda
lain. Ia terbahagi kepada dua:
 a) Air Musta'amal:
 Iaitu air yang suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan yang lain yang mana
maksudnya dengan perkataan air itu boleh diminum tetapi tidak sah dipakai untuk
menyucikan sesuatu.
 Yang dikatakan air Musta'amal pada mengangkatkan hadas ialah basuh kali yang
pertama pada mandi atau wudhu' yang wajib dan sudah bercerai daripada anggota.
 Yang dikatakan air Musta'amal pada menghilangkan najis iaitu jika air itu tidak berubah
dan tidak bertambah.
 Air daripada pokok-pokok dan air buah-buahan seperti daripada pucuk kelapa yang
dibuat nira atau akar-akar kayu.

21
 Air yang bercampur itu ada dua cara :-
 Majawir
Bercampur dengan cara Mujawir iaitu air yang berubah dengan sebab termasuk di dalamnya dengan
sesuatu yang dapat dipisahkan daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air
termasuk di dalamnya sebatang kayu cendana dan kayu itu boleh dipisahkan daripada air tersebut,
maka hukum air itu ialah air mutlak.
 Mukhalit
Bercampur dengan cara Mukhalit iaitu benda yang masuk ke dalam air itu tidak dapat dipisahkan
daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air maka termasuk ke dalamnya nila maka
dihukumnya air Musta'amal.

 b) Air Muqayyad:
 Air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya (warna, rasa dan
bau) menyebabkan ia tidak dipanggil air mutlaq lagi seperti air yang dicampur dengan madu, sirap
dan lain-lain.

22
 Air yang najis atau mutanajjis, iaitu air yang terkena
benda najis. Ia terbahagi kepada dua:

a) Air yang sukatannya kurang dari dua kolah dan


terkena benda najis kecuali yang dimaafkan, sama ada
berubah sifat (warna, rasa dan bau) atau tidak.

 b) Air yang sukatannya lebih dari dua kolah dan berubah


sifat (warna, rasa dan bau) sama ada perubahan itu
sedikit atau banyak.

23
 Tidak menghadap @ membelakang kiblat,
 Tidak memegang kemaluan dgn tangan kanan,
 Bukan di tempat berehat, awam, di bawah pohon
berbuah, di dalam lubang tanah,
 Jangan bercakap kecuali perlu,
 Tidak membaca,
 Mencangkung,
 Menutup kepala, doa,
 Tidak membawa sesuatu yang tertulis nama
Allah/Muhammad s.a.w

24

Anda mungkin juga menyukai