Anda di halaman 1dari 8

Panduan Menulis Tugasan

Bahasa Wajib dalam bahasa Melayu kecuali petikan dari mana-mana sumber.
Jenis Huruf - Times New Roman, Fon 12 dan 1.5 Spacing
Saiz Kertas A4 warna putih
Jumlah muka surat - sekurang-kurangnya 20-30 (jangan melebihi 30 muka surat).
Tugasan mesti mempunyai muka surat yang ditulis di di bahagian atas penjuru kanan, rujukan
dan senarai rujukan. Setiap tajuk perlu ada data tambahan berupa tinjauan (survey) dan analisa.
Setiap tugasan hendaklah diburn dalam cd dan dilampirkan di bahagian belakang esei. Bagi
setiap tugasan juga perlu disediakan satu montaj 5 minit. Setiap tugasan dihantar dalam bentuk
hardcopy dibinding pada masa yang telah ditetapkan.
Etika Penulisan
Plagiat Mencedok karya orang lain dan dianggap karyanya sendiri. Idea-idea atau perkataanperkataan daripada karya orang lain yang telah diterbitkan dan digunakan dalam penulisan
seseorang tanpa mencatatkan penghargaan kepada penulis asalnya. Penggunaan idea atau
perkataan-perkataan orang lain mesti diakui setiap satunya dengan jelas dalam teks. Sebarang
penggunaan perkataan sebenar dari orang lain harus diakui dengan menggunakan tanda petik
(..) serta dengan menyatakan sumbernya di dalam teks.
Format Penulisan:
Abstrak
Pengenalan
-

Permasalahan Kajian
Objektif Kajian
Tinjauan Kajian Lepas (Literature Review)
Metodologi Kajian

Topik atau Subtopik


-

Definisi tajuk
Latarbelakang sejarah
Perkembangan
Analisa Kritikal

Kesimpulan
Rujukan
Penjelasan Format Penulisan

Abstrak /Pendahuluan
Penulisan abstrak adalah sinopsis atau ringkasan penulisan dengan memasukkan isu utama
kajian, kaedah yang digunakan semasa penulisan dijalankan serta hasil yang diperolehi dengan
sedikit pernyataan dalam kajian. Ditulis dalam satu perenggan sahaja tanpa langkau (Single
Spacing) pada satu muka surat sahaja. Panjangnya kurang sikit dari setengah muka surat.
Permasalahan Kajian
Perlu dikemukakan persoalan subjek (subjek matter) yang akan diteliti. Apakah keistimewaan
subjek atau tema atau peristiwa sejarah yang hendak ditulis. Permasalahan kajian amat penting
dalam penyelidikan yang dijalankan. Pernyataan masalah merupakan isu/ masalah yang ingin
dikaji dalam penyelidikan. Tajuk yang dipilih mestilah dikaji permasalahan kajiannya. Penulis
perlu menerangkan secara mendalam mengapa kajian berkenaan perlu dijalankan. Pernyataan
masalah diperoleh melalui pembacaan, pemerhatian dan temu bual yang dijalankan. Selain itu, ia
juga boleh diperoleh melalui penelitian dokumen dan soal selidik.

Objektif kajian
Apa yang hendak dicapai melalui kajian yang di lakukan. Objektif kajian haruslah menjawab
persoalan kajian. Objektif mestilah boleh diukur dengan kaedah-kaedah kajian yang dibuat
Tinjauan Kajian Lepas (literature review)
Tinjauan literatur atau sorotan kajian ialah mengkaji hasil karya yang pernah dilakukan oleh
orang lain. Tinjauan ini dilakukan berpandukan kepada bahan-bahan bercetak seperti buku,
jurnal, tesis, dan surat khabar. Buku dan jurnal dirujuk boleh didapati di perpustakaan. Selain
daripada bahan bercetak, tinjauan juga boleh dilakukan melalui media elektronik dalam lamanlaman web dalam internet.
Metodologi Kajian
Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan
penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalah kajian. Bagi
melaksanakan kajian ini dengan efektif, metodologi yang dirangka adalah meilbatkan
pembentukan hipotesis, pemilihan reka bentuk, kaedah pengumpulan data, penentukan populasi
dan pemilihan sampel, ujian rintis dan kaedah penganalisisan data.
Contoh metodologi kajian seperti rujukan pembacaan di perpustakaan, soal selidik, temubual
tokoh, kajian lapangan (lokasi kajian)

Topik atau Subtopik


Tajuk (topic) adalah nama atau identiti kajian yang hendak dilakukan. Ia merupakan perkara
yang paling ringkas sifatnya tetapi amat penting dan wajib ada untuk membolehkan sesuatu
bentuk tulisan dibina. Penulis harus jelas terhadap tajuk yang dipilihnya dan mempunyai
pengetahuan tentang tajuk tersebut. Setiap tajuk/sub tajuk mesti ada data yang dikaji dan
dianalisis secara kritikal dan ilmiah.
Setiap tajuk dan subtajuk hendaklah diulas latar belakangnya, ditambah dengan bahan-bahan
kajian, disokong dengan data-data analisis, survey, temubual tokoh berautoriti, soal selidik dan
diulas secara analisa kritikal (pandangan pengkaji)

Kesimpulan
Merumuskan hasil kajian yang dibuat.

Rujukan/Bibliografi :
Rujukan adalah sumber mana-mana perolehan dan dapatan. Diletakkan dimuka surat akhir.
Cara menulis Rujukan
Nama pengarang diikuti noktah (Semua nama pengarang hendaklah disenaraikan)
Tahun penerbitan diikuti noktah (Tahun Hijrah hendaklah ditulis bersama-sama tahun Masehi
seperti 1412H/1992)
Judul buku (condong) diikuti noktah
Penyunting, penyusun, penterjemah (jika ada) diikuti noktah
Nama siri buku dan jilid atau bilangan dalam siri (jika ada) diikuti noktah
Edisi selain daripada edisi pertama ditaip sebagai Ed. ke- dan diikuti noktah
Bilangan jilid diikuti noktah
Tempat terbit (bandar) diikuti titik bertindih (Jika terdapat lebih daripada satu tempat terbit
gunakan tempat yang pertama. Contoh: New York, London, Paris hendaklah ditaip New York).
Penerbit diikuti noktah.
Contoh:
a. Pengarang tunggal (termasuk nama samaran)

Brown, R. 1988. Topology: a geometric account of general topology, homotopy types and the
fundamental groupoid. Chichester: Ellis Horwood Limited.
Nik Anuar Nik Mahmud. 2000. Konfrontasi Malaysia Indonesia. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
b. Pengarang bersama
Abdul Samad Hadi, Shaharudin Idrus, Ahmad Fariz Mohamed & Abdul Hadi Harman Shah.
2006. Perubahan persekitaran dan kemudahterancaman Lembangan Langat. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Corcoran, K. & Fischer, J. 1987. Measures for clinical practice: a source book. New York: The
Free Press.
Rujukan yang dimasukkan dalam teks, samada sumber rujukan itu telah diterbitkan atau tidak
hendaklah direkodkan. Sebagaimana sistem Harvard, menulis nota rujukan gaya APA juga
mengambil kira sumber rujukan atau bahan samada buku, jurnal, tesis, laman Web dan
sebagainya.
1. Kaedah Menulis Nota Rujukan Bagi Bahan Yang Diambil Daripada Buku
Apabila mengunakan sistem ini, rujukan dalam teks hendaklah ditulis atas nama utama
pengarang sahaja (tanpa nama ringkasannya) seperti berikut:
(i)

Meletakkan tahun terbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yang dirujuk.
Contohnya:

Menurut Brown (2005), salah satu faktor yang menyebabkan guru pendidikan khas
meninggalkan bidang tersebut ialah kerana kurang menerima pengiktirafan.
(ii)

Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, maka tuliskan nama dan tahun
dalam kurungan. Contoh:

Oleh itu, kajian menunjukkan salah satu factor yang menyebabkan guru pendiddikan khas
meninggalkan bidang tersebut ialah kerana kurang pengiktirafan (Brown, 2005)
(iii)

Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang, tuliskan nama
kedua-dua pengarang. Contohnya:

Mengikut Platt dan Olsen (1990) pula, sesuatu program pendidikan khas hanya akan dapat
dilaksanakan dengan sempurna sekiranya guru-guru pendidikan khas menerima pengiktirafan
daripada ibu bapa

(iv) Bagi tiga pengarang atau lebih, tuliskan et.al selepas nama pengarang pertama.
Contoh:
Antara suasana tugas yang dialami oleh guru pendidikan khas dalam program percantuman
masalah pendengaran yang mungkin boleh memberi kesan kepada pencapaian akademik murid
adalah pengiktirafan (Podemsky et.al, 1995)
(iv) Gunakan huruf kecil (a,b,c), untuk mengenal pasti dua atau lebih penerbitan bagi
pengarang yang sama dan dikeluarkan pada tahun yang sama. Contoh:
Contoh perisian yang mengunakan bahasa pengaturcaraan kekangan ialah ILOG Solver (Puget
dan Albert, 1994a)
Pengunaan objek amat meluas, terutama dalam pengaturcaraan kepintaran buatan (Puget dan
Albert, 1994b)
2. Rujukan Bagi Bahan Yang Diambil Selain Daripada Buku
i. Jurnal
Contoh Jurnal:
Herrington, A.J (1998). The Prototype as a construct in abnormal psychology. Journal of
Abnormal Psychology, 90, 575-585
ii. Laman Web
-

Rujukan laman web persendirian tidak dibenarkan melainkan laman sesawang rasmi dari
mana-mana Jabatan rasmi dan barautoriti.

iii. Responden Yang ditemu Bual


-

Razak Agus. Bota Kanan. Penghulu Mukim Bota, 26 Jun 2013

Pada muka surat hadapan @ cover hendaklah dimasukkan : Nama semua ahli kumpulan
beserta no matrik, no telefon, email dan meletakan gambar ahli masing-masing.
HANTAR TUGASAN 100% 3 minggu sebelum final exam DALAM DEWAN KULIAH.
CONTOH

UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS


Kursus: MPU 3113

Nama Kursus : Hubungan Etnik

Tajuk: .
Kumpulan . Masa.. Hari..
Pensyarah : Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob
Nama ahli kumpulan:
1.

Nama : Raja Ahmad Iskandar


No Matrik : K00045678
No tel : 0193366106
Email : rairy74@yahoo.com
Kursus : BIS

2.

Nama : Raja Ahmad Iskandar


No Matrik : K00045678
No tel : 0193366106
Email : rairy74@yahoo.com
Kursus : BIS

3.

Nama : Raja Ahmad Iskandar


No Matrik : K00045678
No tel : 0193366106
Email : rairy74@yahoo.com
Kursus : BIS

4.

Nama : Raja Ahmad Iskandar


No Matrik : K00045678
No tel : 0193366106
Email : rairy74@yahoo.com
Kursus : BIS

5.

Nama : Raja Ahmad Iskandar


No Matrik : K00045678
No tel : 0193366106

Email : rairy74@yahoo.com
Kursus : BIS

Anda mungkin juga menyukai