DISEMBER 2016
PENGHARGAAN
1
Syukur ke hadrat Ilahi di atas kehendak-Nya dapat saya menyiapkan kertas kerja Projek
Sarjana Muda Satu ini dalam masa yang telah ditetapkan dengan jayanya.
Penghargaan ikhlas dan jutaan terima kasih kepada penyelia, Dr Noor Dina Bt
Md Amin di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, dorongan dan nasihat yang tidak
terhingga sepanjang proses menyiapkan Projek Sarjana Muda. Tidak lupa juga kepada
pensyarah-pensyarah yang banyak membantu dalam proses menyiapkan kertas kerja ini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan buat keluarga tersayang di atas doa dan
dorangan yang telah dicurahkan serta kepada rakan-rakan seperjuangan di atas segala
bantuan ikhlas sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan Projek
Sarjana Muda ini.
Penghargaan terakhir ditujukan juga kepada semua yang terlibat sama ada secara
lagsung mahupun tidak langsung dalam membantu saya menjayakan Projek Sarjana
Muda ini.
ABSTRACT
ABSTRAK
iii
Kemahiran Pemikiran Kritis adalah sangat penting bagi menyelesaikan pelbagai masalah
terutama dalam profesion atau kerjaya. Kajian tinjauan ini bertujuan untuk
mengenalpasti tahap penguasaan Kemahiran Pemikiran Kritis yang melibatkan pelajar
Sarjana Muda Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Fakulti Pendidikan Teknikal dan
Vokasional (FPTV). Objektif utama dalam kajian ini adalah mengenalpasti tahap
penguasaan kemahiran pemikiran kritis; mengenalpasti perbezaan terhadap tahap
penguasaan pemikiran kritis antara lelaki dan perempuan; serta hubungan antara
pencapaian akademik CPA dengan tahap kemahiran pemikiran kritis dalam kalangan
pelajar FPTV, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Pelajar yang terlibat
dalam kajian ini adalah seramai 181 orang pelajar yang terdiri daripada 67 orang pelajar
lelaki dan 114 orang pelajar perempuan. Kajian ini adalah berbentuk diskriptif
kuantitatif inferensi. Alat kajian yang digunakan adalah Instrumen Kemahiran Pemikiran
Kritikal Malaysia (Malaysian Critical Thinking Skills Instrument-MyCT) yang
dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang
diketuai oleh Prof. Datin Dr. Siti Rahayah Ariffin. Data dianalisis menggunakan SPSS
versi 22.0 iaitu statistik diskriptif seperti min, sisihan lazim dan peratusan serta statistik
inferensi Mann Whitney-U dan Kolerasi Spearman’s Rho. Dapatan kajian menunjukkan
Tahap Penguasaan Kemahiran Pemikiran Kritis dalam kelangan pelajar FPTV secara
keseluruhannya berada pada tahap sederhana (58.29%). Manakala analisis Mann
Whitney-U menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap
penguasaan kemahiran pemikiran kritis antara lelaki dan perempuan. Analisis
Spearman’s Rho dua hujung menunjukkan dua sub struktur kemahiran pemikiran kritis
iaitu kemahiran Analitikan dan Logik (Analitical and Logical) dan kemahiran Andaian
(Assumption) yang mempunyai perkaitan yang sangat lemah. Kesimpulannya,
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang efektif adalah sangat penting dalam
mengembangkan lagi tahap pemikiran kritis pelajar.
KANDUNGAN
iv
ii
ABSTRAK.......................................................................................................................iii
KANDUNGAN................................................................................................................iv
SENARAI JADUAL.....................................................................................................viii
SENARAI RAJAH..........................................................................................................ix
SENARAI SINGKATAN.................................................................................................x
SENARAI LAMPIRAN..................................................................................................xi
BAB 1 PENDAHULUAN..........................................................................................1
1.1 Pengenalan...........................................................................................1
2.1 Pengenalan.........................................................................................15
BAB 3 METODOLOGI..........................................................................................30
3.1 Pengenalan.........................................................................................30
4.1 Pengenalan.........................................................................................41
4.3 Rumusan............................................................................................52
5.1 Pengenalan.........................................................................................53
5.2 Ringkasan..........................................................................................53
5.4 Perbincangan......................................................................................54
5.5 Cadangan...........................................................................................59
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Malaysia adalah sebuah negara yang membangun dan mempunyai matlamat yang
tersendiri supaya lebih maju kehadapan menjelang tahun 2020. Pelbagai sudut perlu
dipandang seperti ekonomi, politik, perindustrian, pendidikan dan sebagainya bagi
mendapatkan negara yang berdaya saing dengan negara maju lain. Peranan masyarakat
dalam negara ini juga adalah sangat perlu bagi melahirkan inidividu yang berfikiran
kritis khususnya dalam bidang pendidikan supaya dapat menjadi individu yang lebih
matang dan berdaya saing menjelang 2020.
Mahasiswa kini perlu mempunyai daya saing yang tinggi serta pemikiran yang
lebih kritis. Oleh yang demikian, Institut Pengajian Tinggi (IPT) perlu memainkan
peranan bagi melahirkan mahasiswa pemikiran kritis ini seterusnya mampu membantu
kemajuan negara menjelang 2020. Kemahiran pemikiran kritis telah lama menjadi
tumpuan khususnya dalam proses pengembangan pengetahuan mahupun dalam proses
pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran sejak tahun 90-an lagi. Kemahiran
pemikiran kritis ini telah menjadi sebahagian aspek penting dalam sistem pendidikan
supaya mahasiswa lebih berpengetahuan dan mampu menyelesainkan masalah (Nor,
2003).
Di dalam arus era globalisasi abad ke-21 ini, negara telah memandang berat
terhadap bidang pendidikan di serata dunia. Institusi pendidikan berperanan penting
dalam membentuk mahasiswa dengan modal insan yang tinggi di samping sahsiah yang
berkualiti. Oleh itu, kemahiran pemikiran kritis dan kemahiran Penyelesaian masalah
2
menjadi salah satu elemen penting dalam Kemahiran abad ke-21 ini bagi membentuk
mahasiswa modal insan tinggi dan berkualiti (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2012).
Negara Malaysia perlu mengaplikasikan kemahiran ini dalam sistem pendidikan supaya
mampu menyahut cabaran global ini.
Selain itu, salah satu elemen yang terdapat dalam kemahiran insaniah (soft skill)
adalah elemen pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah yang juga
disarankan oleh Pembangunan Modal Insan. Kemahiran insaniah adalah menjadi
kelebihan tambahan kepada pesaing yang ingin memohon pekerjaan. Prof. Datuk Dr.
Mohamed Mustafa Ishak, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) menyatakan,
usaha membangunkan bakat dan menyerlahkan lagi kemahiran insaniah dalam kalangan
pelajar adalah dengan memupuk dan membentuk pelajar dengan ciri-ciri kemahiran
insaniah. Antara ciri-ciri kemahiran insaniah yang diperlukan pelajar adalah kemahiran
komunikasi yang efektif, berfikir secara kritis dan menyelesaikan masalah, serta
kreativiti kerja dalam kumpulan seterusnya mampu melahirkan graduan berprestij tinggi
dalam pasaran kerja di serata dunia (Darwi, 2012).
Kepentingan kemahiran berfikir perlu diterap dan dikembangkan lagi terhadap
pelajar. Hakikatnya, pelajar kini tidak berfikir secara kritis dalam melaksanakan tugas
dan menyelesaikan masalah yang terdapat di sekeliling mereka. Mereka hanya
menyelesaikan masalah dengan jalan penyelesaian sedia ada (Kanesan Abdullah et al,
2012). Manakala kajian luar negara yang dilakukan oleh AC Nielsen (AC Nielsen
Report on Employer Satisfaction with Graduate Skills, 2000), kebanyakkan majikan
dalam sesebuah industri memandang berat terhadap kemahiran kreativiti, komunikasi,
penyelesaian masalah secara kritis dan mampu bekerjasama dalam kumpulan untuk
meningkatkan lagi kualiti sesebuah industri. Menyedari hal ini, satu kajian dijalankan
bagi mengetahui tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis dalam kalangan pelajar
bertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti dalam pembelajaran pengajaran terhadap
pelajar mahupun pendidik.
Dalam semua profesion sangat memerlukan kemahiran pemikiran kritis dan kemahiran
menyelesaikan masalah (Ariffin et al, 2008). Menurut Datuk Seri Mohamed Khaled
Nordin, mantan Menteri Pengajian Tinggi menyatakan bahawa kelemahan mahasiswa
dalam institut pengajian tinggi adalah dalam menguasai kemahiran komunikasi, tidak
mampu membiasakan diri dalam kalangan masyarakat dan kurangnya dalam pemikiran
kritis (Harian Metro, 18 April 2012). Oleh yang demikian, kelemahan ini perlu diatasi
kadar segera sebelum menjelang tahun 2020 dalam melahirkan graduan minda kelas
pertama yang mempunyai idea baru dan tidak terkonkong disamping membantu
masyarakat pada masa hadapan.
Dapatan kajian tinjauan yang dilakukan oleh Kementerian Sumber Manusia
(2005) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2006), masalah pengangguran
adalah disebabkan beberapa faktor utama iaitu kurangnya kemahiran komunikasi dan
kemahiran pemikiran kritis khususnya dalam penaakulan yang berkaitan dengan
menyelesaikan masalah. Hal ini dikukuhkan lagi dengan kajian luar negara di Australia
yang menfokuskan kepada kemahiran generik dalam kalangan pelajar di universiti-
universiti di Australia (National Centre for Vocational Education Research - NCVER,
2003). Bukan sahaja institut pendidikan di Malaysia yang menfokuskan untuk
meningkatkan kemahiran komunikasi dan berfikiran kritis serta menyelesaikan masalah
ini, malah institut di luar negara juga menfokuskan dalam meningkatkan kemahiran ini.
Selain itu, terdapat jurang perbezaan yang signifikan antara Kemahiran
Komunikasi, Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Kemahiran Bekerja Secara
Kumpulan dalam kalangan graduan lepasan kejuruteraan Malaysia (Zaharim et al,
2009). Kajian ini disokong lagi dengan kajian Hairi, Wahid dan Mohd Nazuir (2011),
perbezaan yang signifikan dapat dilihat dalam kurangnya Kemahiran Komunikasi,
Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Kemahiran Bekerja Secara Berkumpulan serta
Kemahiran Pemikiran Kritis ke atas pekerja mahir lepasan Kejuruteraan Elektrik. Hal ini
dapat membuktikan bahawa bukan sahaja kemahiran teknikal perlu dikuasai malah
kemahiran bukan teknikal perlu dikuasai untuk dibawa ke alam pekerjaan nanti.
Menurut Kamrin (2007), terdapat kajian yang boleh menentukan hubungan
antara kemahiran pemikiran kritis dengan dengan pencapaian suatu program seperti
kajian yang telah dilakukan oleh Jenkins (1998), Gadzela et al. (2002), serta Watson dan
4
Glaser (1980). Hasil dapatan kajian mereka, terdapat hubungan yang signifikan antara
kemahiran pemikiran kritis dengan himpunan purata nilai pelajar (CPA). Selain itu, satu
kajian yang telah dijalankan oleh Sulaiman (1999) dan Noor Suryati (2000) terhadap
pelajar sekolah rendah. Manakala kajian Rohana (2003), dan Kamrin (2007), dijalankan
terhadap pelajar sekolah menengah. Akan tetapi belum ada lagi kajian yang dijalankan
ke atas pelajar pendidikan di mana mereka adalah bakal guru kepada anak didik bangsa
pada masa hadapan. Hal ini kerana kepentingan penguasaan pemikiran kritis adalah
sangat penting dalam menyelesaikan masalah secara kritis dalam era globalisasi ini.
Kemahiran berfikir adalah sangat penting untuk setiap manusia. Dalam kemahiran
berfikir mempunyai pecahan kemahiran seperti kemahiran pemikirian kritis dan
kemahiran pemikirian kreatif. Kemahiran pemikiran kritis adalah kemahiran yang dapat
membantu manusia dalam menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan. Akan tetapi
telah menjadi satu kebimbangan terhadap graduan kini dimana mereka tidak berupaya
memberikan idea dan pandangan yang kritis. Hal ini dapat dilihat dalam kajian
Mustapha (2002), graduan lulusan teknikal di Malaysia mempunyai kemahiran lebih
daripada mencukupi, tetapi mereka tidak mampu menyelesaikan masalah yang
melibatkan kemahiran ‘employability’ secara kritis semasa di alam pekerjaan. Oleh yang
demikian, graduan bukan sahaja perlu memiliki kemahiran teknikal, malah kemahiran
lain seperti kemahiran pemikiran kritikal dalam menyelesaikan masalah harus dikuasai
oleh pelajar.
Hasil dapatan kajian Kanesan et al. (2012), kemahiran penguasaan Kemahiran
Berfikir secara kritis tidak dapat dikuasai dengan baik oleh jurutera Elektronik di
Malaysia. Hal ini kerana kebanyakkan masalah yang timbul dalam bidang elektronik
adalah luar batasan minda seseorang. Oleh itu, jurutera ini perlu memikir secara kritis
bagi penyelesaian masalah dengan baik. Kelemahan ini perlu dibaiki segera bagi
melahirkan graduan yang berkualiti dengan dilengkapi kemahiran tambahan seperti
kemahiran berfikiran kritis dan inovasi.
5
Kajian ini diharapkan dapat membantu pelajar dalam mengetahui tahap pemikiran
mereka dalam sesi pengajaran dan pembelajaran malah dalam menyelesaikan suatu
masalah terutama kepada pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional iaitu
bakal guru di masa hadapan. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu mereka
meningkatkan lagi pencapaian akademik mereka ke tahap yang lebih baik dan sebagai
salah satu usaha dalam langkah persediaan mereka menghadapi cabaran arus pendidikan
yang semakin rancak.
Kajian ini juga diharapkan dapat membantu golongan pendidik khususnya
pensyarah dalam meningkatkan lagi prestasi pengajaran dan pembelajaran semasa kuliah
dijalankan. Ini kerana tahap pemikiran pelajar semasa kini adalah berbeza. Oleh itu, satu
corak pengajaran dan pembelajaran perlu bersesuaian dengan penerimaan pelajar dalam
mengembangkan lagi potensi seseorang pelajar berdasarkan tahap penguasaan pemikiran
mereka. Selain daripada itu, dengan adanya usaha dan daya kreatif golongan pendidik
ini, secara tidak langsung dapat membantu mereka menyampaikan ilmu dengan
pendekatan pengajaran yang lebih bersesuaian. Pengkaji berharap dengan hasil kajian ini
7
dapat membantu pengajar untuk membuat perancangan dan strategi pengajaran yang
bersesuaian dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan
berkualiti.
Di samping itu, diharapkan juga dapatan kajian ini dapat memberikan manfaat
dan menjadikan panduan serta rujukan kepada pihak universiti khususnya Fakulti
Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) dalam meningkatkan lagi kualiti
pengajaran dan pembelajaran serta prestasi universiti. Secara kesimpulannya, hasil
dapatan kajian ini juga dapat membantu pihak pengurusan fakulti dalam memahami
tahap penguasaan pemikiran kritis bakal guru dalam menyelesaikan masalah untuk
melahirkan bakal guru yang berkualiti terutama di dalam bidang Technical and
Vocational Education and Training (TVET).
Kajian yang dilakukan adalah dibataskan kepada pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal
dan Vokasional (FPTV). Responden yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar tahun
akhir Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang bakal menjadi guru di dalam bidang TVET.
Pungutan data adalah berdasarkan kepada soal selidik yang akan dibangunkan
dan diedarkan kepada responden sahaja. Ketepatan dapatan kajian ini adalah bergantung
kepada keterbukaan responden dalam menjawab soal selidik. Borang soal selidik adalah
sebagai instrumen dalam kajian ini. Oleh yang demikian, kajian ini adalah bergantung
kepeda keupayaan responden dalam menjawab soalan-soalan yang diberikan. Bagi
mengelakkan kurangnya kerjasama daripada responden semasa menjawab borang soal
selidik, penyelidik hanya menfokus kepada Kemahiran Pemikiran Kritis sahaja iaitu
Kemahiran membuat taakulan (reasoning), analitikal dan logikal (analytical and
logical), kecenderungan (disposition), dan andaian (assumption) untuk mendapatkan
data yang lebih terperinci.
8
Dalam kajian ini lebih menfokuskan kepada pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal dan
Vokasional (FPTV) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Manakala
responden kajian ini adalah pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Teknikal dan Vokasional yang bakal menjadi guru.
FPTV dipilih kerana merupakan fakulti yang melahirkan bakal guru atau
pendidik di institusi pendidikan selaras dengan kajian yang ingin dijalankan kepada
bakal guru. Bakal guru lebih cenderung dalam memikirkan pelbagai penyelesaian
masalah sama ada di sekeliling mereka mahupun berhadapan dengan masalah pelajar
sewaktu mereka di tempat mengajar. Hal ini akan menguji tahap penguasaan pemikiran
kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah mereka. Oleh itu, kajian ini akan dapat
mengetahui tahap penguasaan Kemahiran Penguasaan Pemikiran dalam kalangan pelajar
FPTV iaitu bakal guru terutama di dalam bidang TVET.
Kajian ini juga tertumpu kepada Malaysian Critical Thinking (MyCT)
Instrument. Insrumen ini dipilih adalah disebabkan beberapa ciri yang menepati kajian
ini. Ciri tersebut merangkumi beberapa elemen Kemahiran pemikiran kritis. Antara
elemennya adalah Kemahiran membuat taakulan (reasoning), analitikal dan logikal
(analytical and logical), kecenderungan (disposition), dan andaian (assumption).
Manakala MyCT Instrument akan terdiri dengan empat bahagian. Bahagian
tersebut adalah Bahagian 1 untuk item Taakulan (reasoning), Bahagian 2 untuk item
Analitikal dan logik (analytical and logical), Bahagian 3 untuk item Kecenderungan
(disposition), dan Bahagian 4 untuk item Andaian (assumption). Bagi instrumen ini telah
dibangunkan oleh Prof. Datin Dr. Siti Rahayah Binti Ariffin dari Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) dan akan dijadikan sebagai salah satu instrumen soal selidik dalam
kajian ini.
Kajian ini akan mengkaji tahap penguasaan Kemahiran Pemikiran Kritis dalam kalangan
pelajar pendidikan di FPTV, UTHM dan hubungannya dengan pencapaian pelajar.
9
Antara elemen Kemahiran Pemikiran Kritis dalam menyelesaikan masalah yang diuji
adalah taakulan (reasoning), analitikal dan logik (analytical and logical), kecenderungan
(disposition), dan andaian (assumption) melalui Istrumen Kemahiran Pemikiran Kritikal
Malaysia (Malaysian Critical Thinking Instrument – MyCT). Rajah 1.1 akan
menggambarkan secara keseluruhan aspek penting yang akan terlibat dalam kajian ini.
Taakulan (reasoning)
Analitikal dan logik (analytical and logical)
Kecenderungan (disposition)
Andaian (assumption)
Terdapat beberapa istilah di dalam kajian yang akan dijalankan ini supaya istilah
tersebut dapat diterangkan maksud dengan jelas selaras dengan maksud atau makna yang
hendak diutarakan. Antara istilah adalah seperti berikut :-
Tahap penguasaan dalam kajian yang dijalankan ini adalah merujuk kepada daya
keupayaan pelajar menjawab item atau soalan yang terkandung dalam instrumen borang
soal selidik Malaysian Critical Thinking Skills Instrument (MyCT). Kemudian,
pemarkahan akan diberi selepas instrumen tersebut selesai dijawab. Pemarkahan tahap
penguasan diukur berdasarkan pemarkahan Kementerian Pendidikan Malaysia seperti
berikut :-
Dalam kajian ini, taakulan didefinisikan sebagai kebolehan pelajar menaakul maklumat.
Melalui kajian Hassan et al. (2010) telah menggariskan kemahiran taakulan (reasoning)
adalah kemahiran pelajar membuat suatu keputusan dengan yakin serta mempercayai
keputusan yang akan dibuat seterusnya mampu membina dan menilai alasan yang kukuh
bagi menyokong keputusan yang dilakukan.
Dalam kajian ini, analitikal dan logik didefinisikan sebagai kebolehan pelajar membuat
andaian mahupun kesimpulan (assumption) berdasarkan dapatan maklumat terkumpul
seperti analisis dan fakta. Kajian Hassan et al. (2010) menyatakan bahawa kemahiran
analitikal dan logik (analytical and logical) adalah kemahiran untuk mengenalpasti
maklumat untuk disasarkan dan menghubungkait antara hujah, konsep, soalan,
gambaran atau penjelasan untuk mendapatkan kepercayaan, pengadilan atau pendapat.
12
Dalam kajian ini, kecenderungan merupakan keupayan pelajar berfikir secara analitikal
dan logik. Dapatan kajian Hassan et al. (2010), kemahiran kecenderungan (disposition)
ini adalah kemahiran yang memerlukan individu berfikir secara rasional, minda terbuka
seseorang dalam menerima maklumat, kejituan serta menyelesaikan masalah dengan
alternatif individu itu sendiri (Philips, 1997).
Dalam kajian ini, andaian merupakan kebolehan individu mengawal kecenderungan diri
dengan jelas dalam menyelesaikan suatu masalah yang dihadapi. Dalam kajian Hassan
et al. (2010) menyatakan, kemahiran andaian (assumption) merupakan suatu perkara
yang difikirkan benar. Kebiasaannya, kemahiran andaian ini adalah suatu perkara yang
kita pernah belajar akan tetapi kita tidak pernah menyoal tentangnya. Hal ini kerana,
ianya berkaitan dengan sistem kepercayaan kita. Kita percaya bahawa suatu perkara itu
benar dan kita mengaplikasikannya kepada dunia sekeliling kita.
Pelajar Pendidikan yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah melibatkan pelajar tahun
akhir Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang terlibat dengan
TVET. Hal ini kerana, pelajar TVET ini adala bakal guru (guru pelatih) di Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia. Pelajar ini adalah pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal dan
Vokasional (FPTV).
Dalam kajian ini, Technical and Vocational Education and Training (TVET) yang
dimaksudkan adalah pelajar yang mengambil bidang pendidikan dan diberi latihan amali
13
mengenai bidang yang diambil untuk mendapatkan suatu kemahiran. Menurut Aziz
(2012), bidang TVET menyediakan pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan di dalam
bidang tertentu. Bidang Teknik yang dimaksudkan adalah pengetahuan teknikal yang
berkaitan dengan suatu pelajaran. Manakala bidang Vokasional yang dimaksudkan
adalah pekerjaan yang memerlukan kursus-kursus yang berkaitan dengan amali.
Dalam kajian ini, himpunan keputusan pencapaian CPA (himpunan nilai purata mata)
pelajar digunakan bagi menentukan tahap pencapaian akademik pelajar. Keputusan CPA
digunakan kerana ianya selaras dengan semua institusi pendidikan tinggi. Oleh yang
demikian, tahap pencapaian pelajar dapat diselaraskan seluruh Malaysia.
Secara keseluruhannya, dalam bab ini telah menerangkan secara ringkas tentang
pengenalan, latar belakang masalah, penyataan masalah, objektif kajian, persoalan
kajian, kepentingan kajian, batasan kajian serta skop kajian yang akan digunakan dalam
kajian ini. Penyelidikan ini dijalankan untuk mengetahui tahap penguasaan kemahiran
pemikiran kritis dan hubungannya dangan pencapaian CPA dalam kalangan pelajar
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) di Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM). Daripada dapatan kajan ini, penyelidik berharap pelajar dapat
mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran pemikiran kritis dalam menyelesaikan
masalah seterusnya mampu meningkatkan prestasi akademik pelajar.
Manakala dalam Bab dua akan menerangkan tentang pengertian kemahiran
pemikiran kritis dan penerangan dan ciri-cirinya serta pemboleh ubah yang akan
digunakan. Selain itu juga, dalam bab dua akan menerangkan tentang kepentingan
kemahiran pemikiran kritis. Turut diterangkan juga sorotan kajian lepas.
14
Bab tiga pula akan menerangkan tentang metodologi kajian. Dalam bab tiga ini
akan diringkaskan dengan populasi, sampel, instrumen, kajian rintis, pengumpulan data
dan analisis data yang akan digunakan.
15
BAB 2
SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan
Kajian terhadap tahap penguasaan kemahiran pemikiran kritis dalam kalangan pelajar
merupakan antara kajian yang sering kali mendapat perhatian daripada pengkaji-
pengkaji lepas. Akan tetapi kajian yang lepas lebih fokus kepada pelajar sekolah rendah
dan sekolah menengah terhadap suatu mata pelajaran serta kajian ke atas pelajar bidang
kejuruteraan. Namun begitu, pengkhususan dalam kajian ini hanya pada pelajar bidang
pendidikan yang bakal menjadi seorang guru untuk melihat sejauh mana seorang
pendidik berfikir secara kritis dalam kalangan pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal dan
Vokasional (FPTV) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Berfikir atau pemikiran dalam kajian ini boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang
dijalankan minda bagi mendapatkan makna dan pemahaman terhadap suatu perkara
yang dilalui, proses membuat keputusan, mencari idea mahupun hujah malah proses
menyelesaikan suatu masalah yang dihadapai. Semua proses yang dilalui minda akan
menghasilkan satu refleksi untuk disampaikan kepada minda untuk membuat keputusan
(Yahaya et al., 2005)
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif adalah sangat penting dan berkait
rapat dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Hal ini kerana
16
Kemahiran Berfikir Kritis berperanan dalam menilai kemunasabahan suatu hujah atupun
idea manakala Kemahiran Berfikir Kreatif mampu mencambahkan idea-idea baru yang
tulen. Kedua-dua kemahiran berfikir ini seharusnya digunakan sepenuhnya dalam proses
menyelesaikan masalah mahupun membuat keputusan. Seterusnya barulah penilaian
dibuat terhadap idea yang dihasilkan untuk mendapatkan satu keputusan yang baik
(Yahaya et al., 2005).
Menurut Nor (2003), pemikiran boleh disimpulkan dengan proses minda dalam
mencari makna terhadapat suatu perkara, menilai kemunasabahan hujah atau idea,
membuat pertimbangan yang wajar dalam membuat keputusan serta menyelesaikan
masalah kemudian di sampaikan kepada minda untuk membuat refleksi terhadap suatu
masalah.
Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada dua iaitu Kemahiran Berfikir secara Kritis
dan Kemahiran Berfikir secara Kreatif. Kemahiran berfikir (KB) ini merupakan proses
minda dalam mencari makna terhadap sesuatu. Setiap individu mampu berfikir bagi
memahami setiap yang berlaku disekeliling. Kebiasaannya, kita akan menyoal diri kita
sendiri apabila kita ternampak sesuatu objek (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).
Antara soalan yang akan bermain di dalam fikiran kita adalah “Apakah objek
itu?”, “Bagaimanakah ia berfungsi?” dan “Apakah kebaikan dan keburukannya?”.
Semua persoalan itu akan terjawab melalui pengetahuan sedia ada kita, kewajaran idea
tersebut malah sikap dan nilai dalam menimbangtara suatu maklumat mengenai objek
tersebut (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).
Istilah ‘kritis’ adalah berasal daripada bahasa Yunani iaitu kritikos yang membawa
maksud mampu menilai. Takrifan mengenai Kemahiran Berfikir Kritis telah ditakrifkan
dengan pelbagi sumber. Kamus Dewan (2005 : 831) telah memberi erti kritis adalah
“tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu (menimbangkan
buruk baiknya terlebih dahulu), bersifat mengkritik (tidak menerima sesuatu bulat-
bulat), dan kritikal.
Pemikiran kritis merupakan suatu proses pemikiran mengenai suatu perkara tidak
kira keadaan dan situasi, isi kandungannya atau masalah di mana sistem pemikiran akan
berfungsi memproses maklumat dan menetapkan piawaian secara intelektual ke atas
daya pemikiran mereka. Pemikiran intelektual juga adalah salah satu bahagian di dalam
pemikiran secara kritis iaitu aktif dan berkemahiran, berdisiplin, pengalaman, refleksi
dan komunikasi. Perkara ini menjadi panduan kepada kepercayaan dan tindakan setiap
individu. Nilai intelektual ini adalah nilai yang menyeluruh terhadap pemikiran kritis
(Scriven dan Paul, 2004).
Kemahiran berfikir secara kritis ialah keupayaan dan kecekapan individu dalam
menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran satu idea mahupun
hujah. Pemikiran kritis juga adalah berkaitan pembelajaran aktif seseorang individu
dalam memproses maklumat serta dijadikan panduan untuk menilai dan bertindak bagi
mengetahui satu pengetahuan dan dijadikan bukti dalam mengawal pemikirannya
(Yahaya dan Zakariya, 2005).
(linear), logik, analisis dan urutan. Pemikiran secara kritis ini adalah sangat penting
dalam kehidupan seharian kita supaya kita boleh menguasai kemahiran, mengumpul
seberapa banyak maklumat dan boleh membuat penilaian yang lebih tepat (Nor, 2003).
Oleh yang demikian, kemahiran pemikiran kritis dapat membantu dalam meningkatkan
keupayaan pemikiran kita dalam menyelesaikan masalah dengan berkesan.
Menurut Mohd dan Hassan (2005), ciri-ciri pemikiran kritis adalah sedar akan
kelemahan diri, sedia mengakui perkara yang tidak tahu, sanggup menerima jika
membuat kesilapan dan jujur dengan diri sendiri. Selain itu, pemikiran kritis
mempunyai sikap ingin tahu, sabar dengan menghadapi masalah yang kompleks dan
mampu mengambil masa dalam memikirkan penyelesaian masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa ciri-ciri pemikiran kritis yang dimiliki oleh seseorang individu
yang dapat dikenalpasti. Menurut Jamidin (1999), antara ciri-ciri pemikiran kritis adalah
seperti berikut:
i. Reaktif
Sifat reaktif kebiasaannya ditunjukkan dalam bentuk sikap membuat ulasan, kritikan,
ulasan dan komen terhadap suatu peristiwa yang berlaku. Mereka akan peka terhadap
perkembangan di sekelilingnya dan diikuti daya tindak balas yang positif. Setiap idea
yang datang adalah hasil daripada setiap peristiwa yang berlaku.
ii. Menilai
Cici-ciri pemikiran kritis juga bertindak balas terhadap sesuatu dalam menilai secara
semula jadi. Penilaian dilakukan sama ada dari sudut kebaikan ataupun keburukan.
19
Kebiasaannya, penilaian dilakukan adalah untuk manfaat diri setiap individu seperti nilai
agama dan moral seterusnya dijadikan landasan dan panduan.
Idea merupakan satu buah fikiran yang mengandungi dengan fakta, asas maklumat dan
alasan yang munasabah. Kebiasaannya, fakta, asas dan alasan tersebut terkumpul
melalui pengetahuan sedia ada dan pengalaman seseorang individu. Setiap idea yang
dihasilkan akan diteliti terlebih dahulu kemudian diterjemah seterusnya akan
dilaksanakan. Scriven dan Paul (2004), menyatakan antara ciri-ciri pemikiran kritis
adalah:
Oleh itu, pemikiran kritis dapat diringkaskan satu pemikiran terarah sendiri (self-
directed), pemerhatian kendiri (self-monitered), dan pembetulan kendiri (self-corrective
thinking). Beberapa ciri-ciri pemikiran kritis boleh dijadikan rujukan bagi menentukan
suatu pemikiran itu adalah pemikiran kritis ataupun tidak. Ciri-ciri tersebut adalah gerak
balas, penilaian, analisis dan logik (Yahaya et al., 2005).
i. Gerak Balas
20
Gerak balas yang dimaksudkan adalah suatu reaksi atau tindak balas terhadap suatu idea
atau perkara yang sedia. Tindakan ini bukanlah untuk penghasilan idea mahupun
membuat suatu perkara yang baru. Manakala reaksi dan tindak balas pula dimaksudkan
dengan tindakan kita dalam menganalisis, membuat perkaitan, membuat
pertimbangandan menilai suatu perkara itu. Melalui reaksi dan tindak balas hasil
pemikiran kritis itu, satu idea dapat disampaikan dengan penuh yakin dan kewajarannya.
ii. Penilaian
Penialain adalah pemikiran kritis yang digunakan dalam membuat penilaian terhadap
satu idea yang disampaikan. Kemudiannya, idea tersebut sama ada akan dibuat atau
sekadar hanya mempercayainya. Kebiasaannya, penilaian dilakukan bagi mendapatkan
kewajaran idea. Hal ini akan menyebabkan pemikiran kritis memaikan peranan yang
tinggi dalam menyelesaikan masalah seterusnya membuat keputusan yang terbaik.
iii. Analisis
Analisis yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah kemahiran analisis yang
membolehkan seseorang individu menganalisis, mentafsir serta memahami idea yang
disampaikan. Kemahiran ini adalah sangat penting supaya seseorang individu itu mampu
membuat penilaian yang lebih baik dan tidak berak sebelah dengan hujah dan alasan
yang kukuh. Sebaiknya, analisis dilakukan terhadap idea, hujah mahupun maklumat
adalah terperinci.
iv. Logik
21
Logik juga merupakan ciri-ciri dalam pemikiran kritis dimana ianya akan melibatkan
proses penaakulan secara logik dan bersepadu. Hal ini akan memberi pertimbangan
dalam pemikiran supaya idea dan hujah yang disampaikan adalah jelas dan tidak berat
sebelah. Logik adalah ciri pemikiran kritis yang penting bagi mendapatkan satu
kewajaran dan kemunasabahan idea dalam menyelesaikan masalah.
Kemahiran berfikir kritis berupaya membuatkan seseorang menilai kewajaran suatu idea
yang melibatkan proses memahami maklumat, menganalisis data, dan menilai dengan
fakta yang kukuh dan jelas. Kemahiran berfikir ini boleh dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu peringkat rendah dan peringkat tinggi (Nor, 2003).
Dalam kemahiran berfikir kritis peringkat rendah, proses koginitif yang terlibat hanyalah
sederhana. Proses minda yang biasa terlibat di peringkat kognitf sederhana adalah minda
sekadar menerbit semula maklumat atau data yang telah sedia ada. Minda hanya
berupaya memilih, membezakan dan mengasingkan (Abd Hamid, 2001). Antara contoh
pemikiran kritis peringkat rendah adalah:
Dalam kemahiran berfikir kritis peringkat tinggi, proses koginitif yang terlibat adalah
lebih tinggi. Dalam tahap ini, kita perlu mengupas, mengesahkan suatu maklumat dan
membuat perincian dalam apa jua perkara yang khusus dan terarah. Oleh itu, pemikiran
seseorang individu itu tidak mudah terpengaruh dengan perkara yang melibatkan hujah
atau idea yang tidak logik (Abd Hamid, 2001). Antara contoh pemikiran kritis peringkat
tinggi adalah:
i. Mengusul periksa andaian – berkebolehan dalam menyiasat sama ada andaian itu
benar atau tidak benar berdasarkan bukti yang kukuh.
ii. Membuat inferens – berupaya membuat kesimpulan berdasarkan maklumat yang
terkumpul dan sah.
iii. Membuat ramalan – berkebolehan membuat jangkaan terhadap suatu perkara yang
melibatkan peristawa bakal berlaku berdasarkan maklumat dan bukti sedia ada.
iv. Mencari sebab dan membuat kesimpulan – berkebolehan dalam menganalisis dan
menilai suatu perkara berdasarkan sebab-sebab yang kukuh seterusnya
menyimpulkan suatu perkara itu dengan baik dan jelas.
Kamahiran Berfikir Kritis peringkat rendah ini adalah sesuai digunakan pada
pelajar di sekolah rendah. Akan tetapi, dalam kajian ini melibatkan kemahiran berfikir
Kritis peringkat tinggi kerana ianya melibatkan pelajar membuat inferens, andaian,
deduksi dan menilai hujah. Menurut Nor (2003), kemahiran Berfikir Kritis peringkat
tinggi memerlukan pelajar berfikir secara kompleks dan sesuai digunakan pada pelajar
yang belajar di Institut Pengajian Tinggi. Hal ini kerana pelajar perlu membuat analisis,
inferens, penaakulan, penilaian dan sebagainya.
Dalam kajian M. Mahdzir (2009), telah menerangkan teori pemikiran kritis. Antara teori
yang telah diterangkan adalah teori pemikiran kritis oleh Ennis, H.E dan Model
23
Pemikiran Kritis Delphi. Teori ini adalah sangat bersesuaian dengan kajian yang akan
dijalankan iaitu Tahap Pemikiran Kritis.
Dalam teori ini, pemikiran kritis didefinisikan sebagai “reasonable, reflective thinking
that is focused on deciding what to believe or do” (Ennis, 1993). Jika terdapat isu-isu
yang bercanggah dan kompleks maka individu yamg berupaya dalam kemahiran kritis
seharusnya mampu membuat penilaian. Inidividu itu dapat membezakan antara respon
yang bersifat emosional mahupun rasional dalam apa jua situasi sekalipun (Noiseh,
2001)
Secara keseluruhannya, pemikir kritis yang ideal lebih cenderung dalam
membuat sesuatu dengan betul, menyampaikan pendirian dengan jelas, serta mengambil
berat dalam nilai dan maruah setiap individu. Seseorang individu yang berfikir kritis
juga berkebolehan dalam menerangkan, mencari dan menilai suatu pendapat, membuat
inferens dan mengintergrasi maklumat dengan baik (Ennis, 2000).
Daripada laporan Delphi menerangkan bahawa kemahiran aspek kognitif dan afektif
mestilah diambilkira. Antara fokus utama kemahiran kognitif adalah analisis,
interpretasi, inferensi, penjelasan dan penilaian. Manakala dalam aspek afektif pula
menfokuskan individu berfikiran terbuka, fleksibel dan sangat teliti dalam membuat
keputusan. Oleh yang demikian, pemikiran kritis dapat ditafsirkan sebagai elemen
kognitif dan afektif (Paul dan Elder, 2002)
Selain itu, menurut Paul dan Elder (2002) lagi, pemikiran kritis dianggap
pemikiran tahap tinggi (higher order thinking) yang meliputi aspek penyelesaian
masalah dan membuat keputusan. Manakala dalam laporan Delphi menyatakan bahawa
pemikiran kritis ini dikatakan sebagai “one among a family of closely related forms of
24
higher order thinking, along with example, problem solving, creative thinking and
decision making”.
Di dalam era Ekonomi Pengetahuan ini, kemahiran pemikiran kritis adalah sangat
penting. Desakan pengetahuan global dan perkembangan teknologi yang canggih ini
telah mendorong untuk individu berfikir kritis. Setiap individu perlulah bersedia dan
mampu menghadapi perubahan yang berlaku dengan pantas ini. Penekanan yang tinggi
diberi perhatian kepada menganalisis dan menterjemah maklumat atau data dalam proses
menyelesaikan masalah dimana setiap individu perlu bersedia dengan kemampuan
intelektual yang fleksibel dan kritis. Oleh yang demikian, kemampuan dalam berfikir
kritis ini dapat menggalakkan perkembangan minda terutama dalam dunia yang semakin
mencabar ini (M. Mahdzir, 2009).
Dapatan kajian Ibrahim et al. (2009) mendapati, kemahiran pemikiran kritis
adalah penting dan merupakan elemen yang sangat diperlukan dalam pekerjaan. Dalam
kajian tersebut, sebanyak 90 peratus (90%) respon bersetuju kemahiran kritis diperlukan
dalam pekerjaan. Kajian ini menggunakan skala Likert dari 1 hingga 5 iaitu daripada
sangat tidak setuju sehinggalah sangat bersetuju. Skala 4 diberi oleh majority responden
dimana menggambarkan bersetuju terhadap keperluan kemahiran kritis.
Kenyataan di atas disokong lagi dalam kajian Awang et al. (2006), dimana dalam
sektor industri pembuatan, kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah adalah
salah satu kemahiran bukan teknikal yang penting dan sangat diperlukan semasa di
dalam organisasi selain daripada kemahiran teknikal yang telah dikuasai. Daripada
responden kajian Awang et al. (2006), telah menyatakan bahawa “kemahiran bukan
teknikal akan menyokong atau meningkatkan kemahiran teknikal”. Oleh yang demikian,
kemahiran bukan teknikal adalah sangat diperlukan dalam meningkatkan lagi kemahiran
teknikal.
25
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Kemahiran Pemikiran Kritikal
Malaysia (Malaysian Critical Thinking Skills Instrument – MyCT). Insrumen ini telah
dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) dan instrumen tersebut diberi nama MyCT.
Secara ringkasnya, insrumen ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu
bahagian demografi dan 4 bahagian subkontruk pemikiran kritis. Subkontruk tersebut
adalah taakulan (reasoning), analitikal dan logik (analytical and logical), kecenderungan
(disposition) dan andaian (assumption). Manakala kesesuaian penggunaan instrument ini
adalah antara peringkat awal remaja sehingga ke akhir remaja iaitu julat umur antara 16
sehingga 26 tahun (Ariffin et al, 2008).
Dalam kajian ini, elemen utama pemikiran kritis yang digunakan adalah taakulan
(reasoning), analisis dan logik (analytical and logical), kecenderungan (disposition) dan
andaian (assumption). Kemahiran taakulan (reasoning) merupakan kemahiran pelajar
dalam membuat keputusan yang dilakukan dengan maklumat yang diperolehi
berdasarkan kepercayaan dan bukti yang sedia ada dan kukuh (Hassan et al. (2010).
Manakala kemahiran analisis dan logik (analytical and logical) merupakan kemahiran
pelajar dalam mengenalpasti sasaran dan perkaitan dalam suatu hujah, idea, maklumat
mahupun data untuk mendapatkan kepercayaan dan pendapat (Ariffin, 2008). Seterusnya
kemahiran kecenderungan (disposition) merupakan daya pemikiran terbuka seseorang
individu, berfikir secara rasional dan sentiasa mencari alternative dalam menyelesaikan
masalah (Paul dan Elder, 2002). Akhir sekali kemahiran andaian (assumption)
merupakan daya pemikiran yang difikir benar dimana biasanya suatu perkara tersebut
telah kita ketahui dan tidak pernah menyoal tentangnya. Perkara tersebut kita akan guna
dan aplikasikannya kepada sekeliling kita (Kamrin, 2007).
Dalam kajian Hassan et al. (2010), seramai 846 orang pelajar yang terlibat yang terdiri
daripada 342 orang pelajar lelaki dan 504 orang pelajar perempuan daripada sekolah
bandar dan luar bandar. Instrumen yang digunakan adalah instrumen Kemahiran
Pemikiran Kritikal Malaysia (Malaysian Critical Thinking Skills Instrument-MyCT).
Hasil kajian menunjukkan, tahap penguasaan Kemahiran Pemikiran Kritikal dan
menyelesaikan masalah adalah pada tahap sederhana iaitu 57.52%. manakala dalam
kemahiran analisis dan logik pada tahap yang lemah. Hal ini dapat disimpulkan bahawa
penekanan harus diberi ketika proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas
terutama terhadap Kemahiran Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah.
Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Idris et al. (2009), ke atas 1,262 orang
pelajar prasiswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dimana responden dipilih
secara rawak berkelompok. Manakala instrumen yang digunakan pula adalah Instrumen
Kemahiran Generik Pengajian Tinggi (GeSIHE) yang telah dibangunkan oleh
sekumpulan penyelidik di UKM. Dapat kajian, kebolehpercayaan GeSIHE adalah tinggi
iaitu dari 0.98 hingga 0.99. Oleh itu, dapat dilihat kemahiran pembelajaran sepanjang
hayat dan sepanjang masa merupakan faktor utama pelajar universiti mahir dalam
kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah.
Dapatan kajian Kanesan et al. (2012), mendapati majikan di bidang industri
elektronik di Malaysia memerlukan pekerja atau jurutera yang berkemhiran berfikir
secara kritis, interpersonal, komunikasi dan penyelesaian masalah. Kajian ini telah
dijalankan ke atas 10 pensyarah, 39 majikan, 30 graduan bekerja dan 11 graduan
menganggur. Kemudian responden dipilih secara rawak daripada individu yang terlibat
di dalam bidang elektrik dan elektronik di Pulau Pinang. Hasil dapatan menunjukkan
perbezaan dan variasi. Oleh itu, dapat dikatakan elemen bukan teknikal telah menjadi
fokus dalam pemilihan pekerja oleh majikan selain daripada kemahiran teknikal seperti
kemahiran pemikiran kritis.
Kajian yang dijalankan oleh Ariffin et al (2008), pelajar yang terlibat adalah seramai
846 orang pelajar yang terdiri daripada 342 orang pelajar lelaki dan 504 orang pelajar
perempuan. Kajian ini telah menggunakan instrumen Kemahiran Pemikiran Kritikal
Malaysia (Malaysian Critical Thinking Skills Instrument-MyCT) yang mengandungi 62
item yang terdiri daripada 4 subkontruk utama iaitu reasoning, analytical and logical,
disposition dan assumption. Melalui analisis yang dijalankan iaitu Ujian-T, tidak
terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan ataupun pelajar
daripada sekolah bandar dan pelajar daripada sekolah luar bandar terhadap keempat-
empat subkontruk kemahiran kritikal. Oleh itu, dapatan kajian tersebut mendapati
kesemua pelajar tersebut telah mempelajari cara penyelesaian masalah yang berkesan
terutama dalam pembelajaran amali.
Dapatan kajian Mc Cool (2002), yang melibatkan seramai 487 pelajar di Kolej
Komuniti Maple Woods, mendapati tiada perbezaan min konstruk dalam kemahiran
membuat inferens, andaian, interpretasi yang bererti dan deduksi antara pelajar lelaki
dan perempuan. Akan tetapi terdapat perbezaan dalam tahap Kemahiran Berfikir Kritis
yang tinggi dalam konstruk kemahiran pemikiran kritis yang ditunjukkan oleh pelajar
lelaki berbanding pelajar perempuan. Instrumen yang digunakan adalah Watson Glaser
Critical Thinking Appraisal (WGCTA). Dalam kajian ini juga mendapati terdapat
perbezaan min yang terhadap Kemahiran Berfikir Kritis antara pelajar lelaki dan
perempuan. Oleh itu, dapat dilihat bahawa pelajar lelaki mempunyai tahap Kemahiran
Berfikir Kritis yang lebih tinggi berbanding perempuan. Min keseluruhan kajian tersebut
menunjukkan tahap sederhana antara lelaki dan perempuan iaitu 53.7 bagi pelajar lelaki
dan 50.5 bagi pelajar perempuan.
Hasil kajian Fatma, Ishak dan Savas (1998) yang dijalankan ke atas 1026 orang
pelajar sekolah menengah dan pelajar di Kolej Turki mendapati tidak terdapat perbezaan
min yang bererti terhadap tahap Kemahiran Berfikir Kritis antara pelajar lelaki dan
perempuan. Kajian ini melibatkan 635 orang pelajar lelaki dan 391 orang pelajar
perempuan dimana 240 orang daripada sekolah peringkat rendah, 412 orang daripada
sekolah menengah dan 374 pelajar kolej. Instrument yang digunakan adalah Watson
Glaser Critical Thinking Appraisal (WGCTA) yang diadaptasi kepada bahasa Turki.
28
Dalam kajian ini menunjukkan tahap Kemahiran Berfikir Kritis adalah sama iaitu tiada
perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan.
Dalam kajian Ariffin et al (2008), pelajar yang terlibat adalah seramai 846 orang pelajar
yang terdiri daripada 342 orang pelajar lelaki dan 504 orang pelajar perempuan. Kajian
ini telah menggunakan instrumen Kemahiran Pemikiran Kritikal Malaysia (Malaysian
Critical Thinking Skills Instrument-MyCT) yang mengandungi 62 item yang terdiri
daripada 4 subkontruk seperti reasoning, analytical and logical, disposition dan
assumption. Hasil kajian tersebut menunjukkan terdapat hubungan yang positif yang
sangat rendah di antara Kemahiran Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah pelajar
Sains tingkatan empat dengan pencapaian Sains dan Matematik dalam Peperiksaan
Menengah Rendah (PMR). Manakala tidak terdapat perbezaan min Kemahiran
Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah (reasoning, analytical and logical,
disposition dan assumption) yang merentas antara jantina. Oleh itu, dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P & P) harus diberi penekanan dalam proses penerapan
Kemahiran Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah dalam kalangan pelajar.
Selain itu, dapatan kajian Ali dan Noordin (2007), yang bertujuan dalam
menentukan hubungan antara kemahiran berfikir kritis dengan CPA dalam program
Kejuruteraan Fizik di UTM. Seramai 109 orang pelajar tahun satu dan empat yang
terdiri daripada 29 orang pelajar lelaki dan 83 orang pelajar perempuan yang terlibat.
Manakal julat umur pula adalah antara 19 hingga 28 tahun. Instrumen yang digunakan
adalah Watson Glaser Critical Thinking Appraisal (WGCTA). Keputusan kolerasi
Pearson-r menunjukkan terdapat pertalian yang bererti antara Kemahiran Pemikiran
Kritis dengan CPA pelajar pada aras .05.
Menurut kajian Shu dan Wen (2000), yang dijalankan ke atas 1119 pelajar lelaki
dari 38 buah kelas di enam buah sekolah tinggi di Taiwan. Manakala 586 lagi pelajar
29
lelaki merupakan pelajar dari dua buah sekolah tinggi tentera dima mereka mempunyai
tahap pendidikan yang sama dengan pelajar lain kecuali sekolah berasrama. Julat umur
pula antara 17 hingga 19 tahun. Instrumen kajian yang digunakan adalah WGCTA.
Dapatan kajian menunjukkan pelajar pencapaian akademik yang tinggi mempunyai
Kemahiran Pemikiran Kritis yang lebih tinggi dalam membuat inferens, andaian dan
hujah berbanding pelajar berpencapaian akademik rendah. Perbezaan antara sekolah
biasa dan sekolah rendak menunjukkan pelajar di sekolah biasa mempunyai Kemahiran
Pemikiran Kritis yang lebih tinggi berbanding pelajar di sekolah tentera terhadap
komponen Kemahiran Pemikiran Kritis seperti andaian, inferens, hujah, deduksi dan
penilaian.
Menerusi bab ini, penyelidik telah membincangkan kajian-kajian yang telah dijalankan
oleh pengkaji-pengkaji lain tentang tahap penguasaan kemahiran pemikiran kritis dalam
kalangan pelajar. Walaupun sehingga kini, masih belum ada kajian yang dilakukan
terhadap pelajar bidang pendidikan, namun keberkesanan kemahiran berfikir kritis ini
adalah sangat penting dalam proses pembelajaran seseorang pelajar tersebut. Setiap
pelajar perlu menguasai kemahiran berfikir ini agar dapat memberikan kesan
pembelajaran yang terbaik, dan sekaligus menjanjikan pencapaian akademik yang
cemerlang kepada pelajar. Oleh yang demikian, adalah sangat penting dalam penguasaan
terhadap kemahiran berfikir kritis pelajar dan kajian berikutnya perlu dijalankan bagi
membuktikan keberkesanannya.
30
BAB 3
METODOLOGI
3.1 Pengenalan
Dalam bab ini akan membincangkan dengan jelas tentang kaedah kajian yang akan
dijalankan. Kaedah kajian merupakan gabungan strategi yang akan digunakan dalam
mengambil dan mengumpul data berdasarkan kepada persoalan kajian yang akan
dijalankan. Ia merupakan tulang belakang kepada sesebuah kajian kerana ia adalah garis
panduan untuk penyelidik menjalankan kajian.
Antara aspek-aspek yang akan dihuraikan dalam metodologi dalam kajian ini
adalah rekabentuk kajian, lokasi kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian
dan kajian rintis. Langkah-langkah ini dijalankan bagi melancarkan pengkajian supaya
maklumat lebih terperinci dan bersistematik. Bagi permulaan kajian, pengkaji akan
membuat rujukan tajuk dan kaedah-kaedah kajian yang akan dijalankan. Tujuan kajian
ini adalah untuk melihat tahap penguasaan kemahiran pemikiran kritis dengan
pencapaian akademik dalam kalangan pelajar di Fakulti Pendidikan Teknikal dan
Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Reka bentuk kajian adalah perlu bagi menjalankan sesuatu kajian. Ini kerana dengan
mereka bentuk kajian akan memudahkan lagi pengkaji untuk merancang dan
31
menjalankan kajian mengikut susunan yang dirancang dan masa yang telah ditentukan.
Antara tujuan mereka bentuk kajian adalah untuk mencari jawapan kepada persoalan-
persoalan kajian
(Mohammad Najib, 2003). Menurut Md Som (2005), reka bentuk kajian akan dijadikan
sebagai pembimbing bagi penyelidik dalam memperolehi maklumat serta data yang
berhubung dengan matlamat kajian yang dijalankan. Terdapat pelbagai bentuk dan
kaedah kajian di mana setiap satunya mempunyai ciri-ciri khas seperti teknik dan
analisis data yang tersendiri.
Dalam pengumpulan data dan maklumat perlulah memilih cara atau kaedah kajian
yang paling sesuai dimana ianya perlu selari dengan persoalan dan objektif kajian.
Kajian yang akan dijalankan ini adalah berbentuk kuantitatif tinjauan deskriptif dan
inferensi. Manakala kaedah untuk mengambil data dan maklumat tinjauan dalam satu
masa tertentu menggunakan set soal selidik (Mohammad Najib, 2003). Kajian berbentuk
tinjauan adalah kajian yang lebih sesuai untuk mengumpul data secara terus. Oleh yang
demikian, set soal selidik diberi kepada responden (sampel) yang ditentukan untuk
menjawab.
Pendekatan yang digunakan dalam kajian in adalah pendekatan kuntitatif kerana
kajian ini akan melibatkan penggunaan statistik. Fungsi utama pendekatan kuantitatif
adalah untuk membuat generalisasi (anggapan umum) terhadap suatu fenomena dan
dengan itu ujian statistik dapat digunakan secara meluas (Mohd Najib, 2003).
Kelompok individu yang terlibat dalam satu penyelidikan dikenali sebagai populasi iaitu
sebahagian daripada sumber dalam memperolehi data dan maklumat (Zurali, 2007).
Namun begitu, sekiranya sesuatu kajian melibatkan satu jumlah populasi yang besar,
pengkaji tidak mungkin berupaya untuk mengejar setiap individu untuk dijadikan
sampel kajian. Sehubungan dengan itu, pengkaji hanya memilih beberapa individu
sahaja bagi mewakili populasi tersebut.
Populasi kajian ini adalah terdiri daripada 336 orang pelajar Sarjana Muda
Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) yang masih aktif di Universiti Tun
32
Hussein Onn Malaysia (UTHM). Hal ini kerana sampel akan diambil daripada pelajar
tersebut kerana diyakini bahawa mereka mempunyai tahap penguasaan kemahiran kritis
serta pencapaian akademik yang berbeza.
Sebahagian individu yang diambil melalui persampelan bagi mewakili sesuatu populasi
yang dikaji dinamakan sampel (Mohd Najib, 2003). Sampel boleh ditakrifkan sebagai
satu kumpulan kecil yang diambil daripada populasi (Azhar dan Nawi, 2004). Pelajar
yang bertindak sebagai responden di dalam kajian ini adalah mewakili sampel kajian
dalam menjalankan penyelidikan ini. Borang soal selidik ini akan diedarkan kepada 181
orang pelajar Sarjana Muda Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV), Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia (UTHM). Saiz sampel bagi populasi adalah seramai 181
responden. Persampelan perlu dilakukan kerana kekangan masa dan beban kerja yang
terlalu tinggi jika responden diambil daripada seluruh jumlah populasi. Bagi menentukan
saiz sampel kajian, jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970) telah
dirujuk. Bagi saiz populasi 336, saiz sampel yang diperlukan adalah sebanyak 181.
Dalam penyelidikan sains sosial, instrumen kajian yang selalu digunakan untuk
mengumpul data kajian ialah soal selidik. Kajian ini juga akan dilaksanakna dengan
hanya menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Pemilihan instrumen
mestilah bertepatan kerana soal selidik merupakan instrumen kajian yang sering
digunakan oleh penyelidik dalam kajian deskriptif. Untuk mendapatkan banyak data
daripada responden dalam satu jangka masa yang singkat, jawapan yang diterima lebih
konsisten, dan pengumpulan data yang melibatkan soalan-soalan sensitif, penggunaan
instrumen soal selidik adalah yang terbaik berbanding dengan kaedah yang lain (Mohd
najib, 2003).
33
Instrumen kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah borang soal
selidik Malaysian Critical Thinking Skill Instrument (MyCT) yang dibangunkan oleh
Prof. Datin Dr. Siti Rahayah Binti Ariffin daripada Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) yang akan dimuatkan di dalam borang soal selidik ini. Borang soal selidik ini
akan terbahagi kepada tiga (2) bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Segala
keputusan di dalam kajian ini adalah berdasarkan soal selidik yang telah diberikan
kepada responden.
Kandungan Pernyataan
Latar Belakang Responden
Bahagian A
Malaysian Critical Thinking (MyCT)
Taakulan (Reasoning)
Analitikal dan logik (Analytical and
Bahagian B
Logical)
Kecenderungan (Disposition)
Andaian (Assumption)
3.6 Kajian rintis
Kajian rintis dilakukan untuk memastikan kesahan dan keberkesanan item yang direka
bentuk dalam soal selidik. Soal selidik yang bakal dibentuk perlu diuji bagi
mengekalkan kualiti seterusnya membantu mancapai objektif penyelidikan. Kesahan dan
kebolehpercayaan bagi soal selidik yang dibangunkan memainkan peranan penting
dalam konteks pengukuran dan teknik-teknik pengumpulan data (Mohammad Najib,
2003). Kajian rintis ini digunakan untuk mendapatkan darjah kebolehpercayaan dalam
34
Bagi menjalankan kajian ini, terdapat beberapa langkah yang akan terlibat dalam
mengumpul data. Antara langkah-langkah yang akan digunakan adalah seperti berikut :
Instrumen kajian dibentuk mengikut urutan dan bahagian dimana setiap bahagian
akan ditentukan dengan kaitan antara gaya pembelajaran dan tahap kemahiran
visualisasi pelajar.
Borang soal selidik akan diedar kepada responden yang terdiri daripada pelajar
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Masa menjawab adalah
berdasarkan keselesaan respon sendiri.
Proses pungutan adalah setelah responden selesai menjawab. Borang soal selidik
akan disemak bagi memastikan kesemua item telah dijawab dengan sempurna
mengikut arahan yang dikehendaki.
Borang soal selidik yang telah dijawab akan disemak. Kemudian, pengiraan skor
akan dijalankan secara “hands-score” bagi menentukan tahap kemahiran
pemikiran kritis bagi seseorang pelajar dalam kalangan pelajar Fakulti
Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) di Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM).
Statistik adalah satu bidang sains yang digunakan untuk mengumpul data secara saintifik
secara percubaan dan tinjauan. Analisis statistik pula merupakan tatacara, teknik dan
kaedah yang digunakan untuk tujuan memahami data dan maklumat, membuat
penelitian, meringkas dan membuat analisis bagi memperihalkan pelbagai ragam data.
Peranan utama analisis statistik adalah untuk membolehkan data yang pelbagai ini
mudah difahami oleh ramai orang.
Data daripada hasil kajian ini, kemudiannya dikumpul dan dianalisis dengan
menggunakan perisian IBM Statistical Packages for Science (SPSS) dan perisian
Microsoft Office Excell 2013. SPSS merupakan pakej iaitu perisian yang mesra
pengguna dan bersesuaian dengan keperluan penyelidikan terutama dalam bidang sains
sosial. SPSS juga mempunyai kelebihan seperti memaparkan bentuk data kajian,
memaparkan pelbagai taburan data yang berbeza-beza turut ditunjukkan dan maklumat
statistik yang diberikan oleh output dalam SPSS dan diperjelaskan (Md Som, 2005).
Pengkaji menggunakan statistik diskriptif bagi mendapatkan skor kekerapan dan
peratusan untuk mendapatkan tahap penguasaan kemahiran kritis dan perbezaan
pencapaian akademik yang dominan dalam kalangan pelajar Fakulti Pendidikan
Teknikal dan Vokasional (FPTV) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Bagi data demografi responden dianalisis dengan menggunakan peratusan berdasarkan
bilangan responden yang terlibat dan akan ditunjukkan dalam bentuk jadual dan carta
atau graf yang bersesuian. Statistik inferensi digunakan bagi mendapatkan nilai kerolasi
dan keertian hubungan antara tahap penguasaan kemahiran kritis dan pencapaian
akademik pelajar.
37
Skor, frekuensi dan peratusan di pilih untuk menganalisis data bagi persoalan
kajian 1. Bagi persoalan 2, pengkaji menggunakan kaedah analisis Mann-Whitney U
untuk menentukan perbezaan pencapaian akademik antara lelaki dan perempuan.
Manakala bagi persoalan 3, kaedah analisis Korelasi Spearman’s Rho digunakan dalam
mencari nilai pekali korelasi, r dan keertian (significant) sebagai ukuran sama ada berada
di tahap kecenderungan tinggi, sederhana atau rendah. Seterusnya ujian normality
dijalankan bagi menentukan ujian yang sesuai digunakan untuk menjawab persoalan
kajian.
Tests of Normality
Kolmogorov-Smirnova Shapiro-Wilk
Statistic df Sig. Statistic df Sig.
B(I) Taakulan .156 181 .000 .876 181 .000
B(II) Analitikal dan Logik .185 181 .000 .910 181 .000
B(III) Kecenderungan .106 181 .000 .975 181 .003
B(IV) Andaian .316 181 .000 .738 181 .000
a. Lilliefors Significance Correction
Jadual 3.3 menunjukkan ujian normaliti (Test of Normality) bagi sampel kajian.
Ujian ini dijalankan adalah untuk melihat taburan data bagi kajian ini sama ada taburan
normal atau tidak normal. Kajian ini memilih ujian Shapiro-Wilk kerana sampel yang
digunakan adalah melebihi 3 hingga ke 5000 (n > 3). Hasil analisis ujian Shapiro-Wilk
menunjukkan aras signifikan kurang daripada 0.05 (p <0.05). Ini menunjukkan data
analisis ujian tertabur tidak normal. Oleh yang demikian, ujian analisis Mann-Whitney U
dipilih untuk menjalankan analisis perbezaan tahap penguasaan kemahiran pemikiran
kritis antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
Bagi menjawab persoalan kajian yang ketiga iaitu ‘Adakah terdapat antara tahap
penguasaan pemikiran kritis dan CPA dalam kalangan pelajar FPTV’ adalah dengan
menggunakan ujian korelasi Spearman’s Rho. Hal ini adalah kerana dapatan kajian
menunjukaan taburan data adalah tidak normal. Oleh itu, ujian analisis Spearman’s Rho
38
adalah yang paling sesuai digunakan. Jadual 3.4 menunjukkan kekuatan pertalian antara
pemboleh ubah melalui nilai koefisien kolerasi.
Jadual 3. Nilai Pekali Korelasi
Carta alir pada Rajah 3.1 di bawah menunjukkan aliran yang terlibat sepanjang kajian
yang akan dijalankan ini. Perbincangan tajuk seharusnya dilakukan bersama penyelia
supaya tiada kesilapan yang berlaku semasa proses pemilihan kesesuaian tajuk. Perkara
yang perlu diutamakan dalam pemilihan tajuk adalah penyataan masalah dan soalan
kajian yang akan dikemukakan.
Dalam menyiapkan kajian, dalam bahagian kaedah kajian akan menerangkan
langkah-langkah yang akan diambil oleh pengkaji. Antara pengisian dalam kaedah
kajian adalah rekabentuk kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen yang diperlukan,
jenis-jenis pembolehubah dan banyak lagi. Kaedah kajian ini merupakan pelengkap bagi
menyiapkan sesuatu kajian yang akan dijalankan.
Langkah seterusnya adalah pembinaan soal selidik dimana soal selidik akan dibina
berdasarkan kepada persoalan kajian yang telah disenaraikan. Ini bertujuan untuk
mengelakkan pengkaji menyediakan soalan yang terkeluar daripada kajian penyelidikan.
Setelah soal selidik dibina, pengkaji perlu malaksanakan kajian rintis.
Kajian rintis yang akan dilaksanakan dalam menentukan sampel yang mempunyai
ciri-ciri yang sama dengan populasi yang hendak diuji. Pengumpulan hasil soal selidik
pula akan dijalankan dengan cara menetapkan tempoh masa kepada sampel. Seterusnya
39
penyelidik akan menganalisa data menggunakan SPSS. Setelah itu, pengkaji akan
membuat rumusan terhadap kajian yang dijalankan.
Seterusnya adalah penulisan laporan untuk membuat rumusan sepanjang kajian
yang dilakukan. Laporan kajian yang akan dibuat adalah untuk bukti akademik bahawa
pengkaji telah menjalankan kajian (Mohd MULA
Najib, 2003). Setelah itu, penyerahan laporan
mengikut suatu tarikh yang akan ditetapkan oleh penilai.
Mengenalpasti masalah kajian
Seminar Projek
Sarjana Muda 1
Tamat
40
Dalam bab ini, penyelidik telah menerangkan tentang kaedah dan prosedur yang akan
digunakan dalam kajian ini. Bermula dengan proses mereka bentuk kajian sehinggalah
ke proses mengumpul dan menganalisis data. Satu perancangan perlu dilaksanakan bagi
menghasilkan satu kajian yang baik. Oleh yang demikian, seseorang penyelidik perlu
merangka kerja-kerja penyelidikannya bagi memastikan hasil kajian yang diperolehi
adalah sempurna.
3.11
41
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Bab ini membincang dan menerangkan mengenai maklumat, data serta hasil analisis
yang dikumpulkan daripada responden yang terdiri daripada pelajar Fakulti Pendidikan
Teknikal dan Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Borang soal selidik telah diedar kepada 181 orang pelajar. Data yang dikumpulkan
dianalisis menggunakan perisian Stastistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi
22.0.
Kajian ini telah menggunakan kedua-dua jenis statistik iaitu deskriptif dan inferensi.
Analisis statistik deskriptif digunakan untuk menerangkan data berbentuk min, sisihan
piawaian dan peratusan bagi menjawab persoalan yang pertama. Manakala persoalan
kedua dan ketiga menggunakan analisis statistik inferensi untuk menerangkan data
berbentuk Mann-Whitney U dan jadual korelasi. Jadual Korelasi yang digunakan adalah
korelasi Spearman’s Rho bagi mendapatkan analisis hubungan antara Tahap Penguasaan
Kemahiran Pemikiran Kritis dan CPA terkini pelajar.
4.2.1 Demografi Responden
Bahagian ini menerangkan maklumat pelajar yang terlibat dalam kajian ini.
42
Lelaki 67 37
Jantina 181
Perempuan 114 63
Jadual 4.1 menunjukkan demografi responden. Daripada jadual tersebut, seramai 181
responden pelajar FPTV yang terlibat dalam kajian ini di mana seramai 67 orang (37%)
pelajar lelaki dan 114 orang (63%) pelajar perempuan. Pelajar yang terlibat hanyalah
pelajar tahun akhir daripada pelbagai program di Fakulti Pendidikan Teknikal dan
Vokasional (FPTV). Majoriti seramai 140 orang pelajar (77.3%) mendapat pencapaian
akademik CPA (3.51 – 4.00) dan hanya 3 orang pelajar sahaja (1.7%) mendapat CPA
2.51 – 3.00. Responden yang terlibat di dalam kajian ini majoritinya adalah berumur
antara 23 hingga 25 tahun iaitu seramai 174 (96.1%) orang pelajar dan hanya 7 orang
sahaja (3.9%) berumur 26 tahun ke atas.
Kemahiran Berfikir Kritis terbahagi kepada beberapa sub konstruk seperti Taakulan
(Reasoning), Analitikal dan Logik (Analitical and Logical), Kecenderungan
(Disposition), dan Andaian (Assumption). Dalam kajian ini menerangkan dapatan kajian
terhadap keempat-empat sub konstruk tersebut mengenai tahap penguasaan kemahiran
pemikiran kritis dalam kalangan pelajar FPTV.
Bagi keempat-empat sub konstruk tahap kemahiran yang dikaji ini, dapatan
kajian mendapati sub konstruk dalam kemahiran kecenderungan pelajar adalah
cemerlang (83.01%) dan diikuti dengan kemahiran taakulan (80.44%), (rujuk Jadual
1.1). Manakala markah purata (min) keseluruhan bagi kemahiran kecenderungan adalah
83.01 berbanding markah maksimumnya adalah 100. Untuk markah minimum
kemahiran kecenderungan adalah 63.64 dan maksimum 94.55.
44
Untuk kemahiran taakulan markah purata (min) adalah 28.29 berbanding markah
maksimumya 36. Bagi markah minimum kemahiran taakulan adalah 20 sementara
maksimum 31.
Seterusnya adalah kemahiran andaian berada pada tahap sederhana iaitu 41%,
(rujuk Jadual 1.1). Markah purata (min) pula adalah 1.64 berbanding markah
maksimumnya adalah 4. Markah minimum kemahiran andaian adalah satu (1) dan
maksimum 4.
Akhir sekali kemahiran analitikal dan logik berada pada tahap lemah dengan
28.70%, (rujuk Jadual 1.1). Markah purata (min) adalah 2.87 berbanding markah
maksimum adalah 10. Markah minimum untuk kemahiran ini adalah satu (1) dan
minimum adalah 5.
Dalam bahagian ini menerangkan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan terhadap
tahap penguasaan kemahiran pemikiran kritis pelajar antara pelajar lelaki dan
perempuan.
Jadual 4. Perbezaan Mean Rank Kemahiran Pemikiran Kritis antara Lelaki dan
Perempuan
Ranks
45
Jadual 4.3 menunjukkan mean rank bagi pelajar perempuan adalah lebih tinggi
berbanding pelajar lelaki terhadap keempat-empat sub konstruk kemahiran pemikiran
kritis ini iaitu kemahiran Taakulan (Lelaki: 79.19, Perempuan: 97.94), Analitikal dan
logik (Lelaki: 73.60, Perempuan: 89.47), Kecenderungan (Lelaki: 81.33, Perempuan:
96.68) dan Andaian (Lelaki: 83.76, Perempuan: 95.25). Keseluruhan skor Mean Rank
telah menunjukkan perempuan adalah lebih baik berbanding lelaki.
Test Statisticsa
B(I) Taakulan B(II) B(III) B(IV)
Analitikal dan Kecenderunga Andaian
Logik n
Mann-Whitney U 3028.000 3645.000 3171.000 3334.000
Z -2.384 -.531 -1.915 -1.614
Asymp. Sig. (2-tailed) .017 .596 .055 .107
a. Grouping Variable: Jantina
46
Jadual 4.4 menunjukkan hasil dapatan kajian untuk ujian analisis Mann-Whitney
U bagi menentukan sama ada terdapat perbezaan antara keempat-empat sub konstruk
kemahiran pemikiran kritis antara pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan jadual di
atas mendapati secara keseluruhannya tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
pelajar lelaki dan perempuan terhadap tahap penguasaan kemahiran pemikiran kritis.
Untuk kemahiran Taakulan (z = -2.384, p > 0.05), Analitikal dan Logik (z = -0.531, p >
0.05), Kecenderungan (z = -1.915, p > 0.05), Andaian (z = -1.614, p > 0.05).
Jadual 4. Perbezaan Tahap Penguasaan Kemahiran Pemikiran Kritis antara Lelaki dan
Berdasarkan Jadual 4.5 menunjukkan bahawa min, peratus dan tahap penguasaan pelajar
bagi kedua-dua pelajar lelaki (67 orang) dan perempuan (114 orang) bagi setiap
kemahiran. Analisis mendapati tahap kemahiran Taakulan (Reasoning) dan kemahiran
47
Kecenderungan (Disposition) adalah pada tahap cemerlang (rujuk Jadual 1.1) dengan
peratus masing-masing 80.04% dan 82.79%. Manakala bagi kemahiran Andaian
(Assumption) pula pada tahap sederhana (40.50%). Bagi kemahiran Analitikal dan Logik
(Analitikal and Logical) menunujukkan tahap penguasaan yang lemah dengan 28.75%.
Dalam kajian ini telah menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam
tahap penguasaan kemahiran pemikiran kritis antara lelaki dan perempuan.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat sedikit perbezaan peratus antara lelaki dan
perempuan dalam tahap kemahiran Taakulan (Reasoning) iaitu Lelaki: 79.11%
(sederhana) dan Perempuan: 80.97% (cemerlang). Bagi markah maksimum, pelajar
lelaki dan perempuan tidak mempunyai perbezaan iaitu 31/36 markah. Akan tetapi
terdapat perbezaan markah minimum bagi lelaki 20/36 markah dan perempuan 26/36
markah.
Tahap penguasaan kemahiran Analitikal dan Logik (Analitcal and Logical)
menunjukkan kedua-duanya tidak mempunyai perbezaan dan berada pada tahap lemah
iaitu Lelaki: 28.10 dan Perempuan: 29.40. Bagi markah maksimum dan minimum
pelajar lelaki dan perempuan adalah tiada perbezaan dengan markah 5/10 dan 1/10.
Seterusnya, bagi tahap penguasaan kemahiran Kecenderungan (Disposition)
menunjukkan kedua-duanya berada pada tahap cemerlang iaitu Lelaki: 81.93% dan
Perempuan: 83.65%. Markah maksimum yang diperolehi pula adalah bagi lelaki
92.73/100 dan perempuan 94.55%. Manakala markah minimum pelajar lelaki 63.64/100
dan perempuan 69.09/100.
Akhir sekali adalah kemahiran Andaian (Assumption). Dapatan kajian
menunjukkan terdapat sedikit perbezaan peratus antara lelaki dan perempuan iaitu
Lelaki: 38.75% (lemah) dan Perempuan: 42.25% (sederhana). Bagi markah maksimum,
pelajar lelaki dan perempuan tidak mempunyai perbezaan iaitu 3/4 dan 1 /4 markah. Ini
menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap penguasaan kemahiran Andaian antara
lelaki dan perempuan.
Jadual 4. Korelasi Spearman's Rho Kemahiran Pemikiran Kritis dengan CPA Pelajar
Correlations
CPA B(I) B(II) B(III) B(IV)
Taakulan Analitikal Kecenderu Andaian
dan Logik ngan
Spearman's CPA Correlation
1.000 -.106 .216** -.027 .225**
rho Coefficient
Sig. (2-tailed) . .155 .003 .718 .002
B(III) Correlation
-.027 -.048 .018 1.000 .055
Kecenderungan Coefficient
Sig. (2-tailed) .718 .525 .806 . .459
49
Taakualan
181 -0.106 0.155
(Reasoning)
Analitikal dan Logik
(Analitical and 181 0.216 0.003
Logical)
Kecenderungan
181 -0.270 0.718
(Disposition)
Andaian
181 0.225 0.002
(Assumption)
Jadual 4.6 dan Jadual 4.7 menunjukkan hasil dapatan kajian daripada analisis korelasi
Spearman’s Rho dua hujung. Bacaan nilai r menunjukkan hubungan antara Tahap
Penguasaan Kemahiran Pemikiran Kritis dengan pencapaian CPA terkini pelajar.
Manakala nilai sig. menunjukkan signifikan hubungan antara kedua-duanya. Dapatan
kajian mendapati terdapat hubungan yang bererti antara beberapa sub kunstruk tahap
50
kemahiran pemikiran kritis dengan CPA pelajar pada aras 0.05. Analisis korelasi
Spearman’s Rho dua hujung menunjukkan nilai Sig.(2-tailed), p < 0.05 bagi sub
konstruk kemahiran Analitikal dan Logik (p = 0.003) serta kemahiran Andaian (p =
0.002). Manakala sub konstruk Taakulan dan Kecenderungan tidak menunjukkan
hubungan yang bererti terhadap CPA dengan nilai masing-masing (p = 0.155) dan (p =
0.718) iaitu melebihi aras 0.05. Oleh yang demikian boleh dijelaskan bahawa tidak
semua sub konstruk kemahiran pemikiran kritis ini mempunyai perkaitan dengan CPA
terkini pelajar. Manakala nilai kofisien korelasi menunjukan perkaitan yang lemah iaitu
r = 0.216 (Analitikal dan Logik) serta r = 0.225 (Andaian), (rujuk Jadual 3.4).
4.3 Rumusan
Dalam bab ini telah menerangkan hasil dapatan daripada kajian ini. Hasil dapatan
menunjukkan tahap penguasaan Kemahiran Pemikiran Kritis dalam kalangan pelajar
(FPTV) adalah pada tahap sederhana (Jadual 4.2). Berdasarkan ujian analisis Mann-
Whitney U, dalam mendapatkan perbezaan terhadap tahap penguasaan Kemahiran
Pemikiran Kritis antara lelaki dan perempuan mendapati tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara lelaki dan perempuan dalam tahap penguasaan kemahiran pemikiran
kritis. Manakala analisis kolerasi Spearman’s Rho dua hujung mendapati terdapat
perkaitan antara pencapaian CPA pelajar dengan beberapa sub konstruk tahap kemahiran
kritis iaitu Analitikal dan Logik serta Andaian. Akan tetapi perkaitan yang ditunjukkan
dalam dapatan kajian ini adalah lemah (rujuk Jadual 3.4) dengan nilai r = 0.216
(Analitikal dan Logik), r = 0.225 (Andaian).
BAB 5
5.1 Pengenalan
Secara amnya, bab ini akan menfokuskan kepada dua bahagian utama iaitu bahagian
pertama yang merangkumi perbincangan dan kesimpulan manakala bahagian kedua
terdiri daripada cadangan penambahbaikkan. Perbincangan dalam bab ini adalah
berdasarkan kajian kepada hasil dapatan kajian yang telah dianalisis di dalam bab
sebelumnya.
53
5.2 Ringkasan
Dalam kajian ini, penyelidik berhasrat untuk mengetahui tahap penguasaan Kemahiran
Pemikiran Kritis dalam kalangan pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
(FPTV) di UTHM. Kemahiran Berfikir terbahagi kepada dua iaitu Kemahiran Berfikir
Kreatif dan Kemahiran Berfikir Kritis. Dalam kajian ini hanya menfokuskan kepada
Kemahiran Berfikir Kritis. Manakala alat kajian yang digunakan adalah instrumen soal
selidik yang dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik daripada Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) yang diketuai oleh Prof Datin Dr. Siti Rahayah Bt Ariffin dan
digunakan tanpa mengubahnya daripada yang asal. Instrumen ini dipanggil Instrumen
Kemahiran Pemikiran Kritikal Malaysia (Malaysian Critical Thingking Skills
Instrument - MyCT).
Bagi menyelesaikan setiap persoalan dalam kajian ini, analisis statistik telah digunakan
seperti min, sisihan piawaian, peratus, Mann-Whitney u, dan kolerasi Spearman’s Rho.
Dapatakan kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages For
The Social Science (SPSS) versi 22. Hasil kajian telah mendapati bahawa tahap
penguasaan Kemahiran Pemikiran Kritis dalam kalangan pelajar FPTV secara
keseluruhannya adalah pada tahap sederhana.
Hasil dapatan kajian ini, beberapa kesimpulan dapat dibuat berdasarkan persoalan kajian
ini. Antaranya adalah:
iii. Analisis kolerasi Spearman’s Rho, menunjukkan terdapat perkaitan yang bererti
antara pencapaian CPA pelajar dengan beberapa sub konstruk tahap kemahiran
pemikiran kritis pada aras 0.05 iaitu kemahiran Analitikal dan Logik serta
kemahiran Andaian dengan nilai kofisien korelasi r = 0.216 untuk Analitikal dan
Logik dan r = 0.225 untuk Andaian. Akan tetapi perkaitan yang ditunjukkan
adalah lemah (rujuk Jadual 3.4)
5.4 Perbincangan
Dalam bab ini, akan membincangkan dengan lebih mendalam tentang hasil dapatan
kajian seperti bab sebelum ini.
5.4.1 Tahap Penguasaan Kemahiran Pemikiran Kritis
Merujuk jadual 4.2 dalam Bab 4, mendapati bahawa tahap penguasaan kemahiran
pemikiran kritis pelajar FPTV adalah pada tahap sederhana (58.29%). Dapatan kajian ini
disokong dengan kajian yang telah dijalankan oleh Ariffin et al. (2008) dengan dapatan
kajian yang diperolehi adalah juga pada tahap sederhana (57.52%). Alat instrumen yang
digunakan juga adalah sama iaitu MyCT bagi mengukur keempat-empat sub konstruk
Taakulan (Reasoning), Analitikal dan Logik (Analitical and Logical), Kecenderungan
(Disposition) dan Andaian (Assumption).
Berdasarkan dapatan kajian menunjukkan pelajar mempunyai tahap kemahiran
Taakulan (Reasoning) dan kemahiran Kecenderungan (Disposition) pada tahap
cemerlang. Perkara ini dapat menerangkan bahawa pelajar telah menguasai kebolehan
membuat keputusan dan yakin terhadap keputusan yang dibuat seperti membuat
keputusan dalam tugasan yang diberi khususnya dalam kerja-kerja amali dan pelajar
juga cenderung ke arah menyumbang idea serta kerja melibatkan sumbangsaran. Kajian
ini disokong oleh Stanovich dan West (2000), tahap keupayaan dalam kemahiran
55
Logik, Kecenderungan dan Andaian) dengan pencapaian akademik terkini pelajar yang
menunjukkan terdapat hubungan positif yang sangat rendah dalam kalangan pelajar
Sains Tingkatan Empat.
Analitikal dan Logik membawa maksud kebolehan pelajar dalam membuat
andaian mahupun kesimpulan melalui maklumat yang diperolehi. Dapat kita lihat dalam
kajian ini bahawa jika kemahiran Analitikal dan Logik (Analitical and Logic) tinggi
maka CPA pelajar juga tinggi. Begitu juga sebaliknya. Jadi kemahiran ini mampu
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Akan tetapi ramai pelajar tidak menguasai
lagi kemahiran ini menyebabkan hasil analisis ini berada pada tahap rendah. Pelajar
masih kurang lagi dengan pendedahan pembelajar yang berasaskan penjanaan idea
(Brainstorm). Melalui kaedah pembelajaran Brainstorm ini, pelajar dapat berfikir secara
kritis dengan mengumpul maklumat, menganalisis maklumat kemudian membuat
keputusan seterusnya membuat kesimpulan terhadap tugasan yang mereka.
Kemahiran Andaian (Assumption) pula adalah kebolehan seseorang itu dalam
menyelesaikan masalah. Kemahiran ini mempunyai sedikit perkaitan dengan kemahiran
kemahiran Analtikal dan Logik (Analitical and Logik) di mana seseorang perlu mahir
dalam membuat kesimpulan terhadap suatu masalah. Perkara ini secara tidak langsung
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Jika kemahiran Andaian pelajar tinggi
maka pencapaian CPA pelajar juga tinggi. Kemahiran Andaian ini memerlukan kognitif
yang tinggi kerana ia melibatkan sistem kepercayaan diri seseorang. Ini kerana
seseorang individu akan menggunakan pengetahuan yang ada dan diapalikasikannya
kepada sekeliling. Oleh itu, jika seseorang pelajar mempunyai kemahiran Andaian yang
tinggi maka mereka boleh menyelesaikan pelbagai masalah berdasarkan pengetahuan
sedia ada mereka dan kadangkala batas pemikirannya adalah lebih besar berbanding
pelajar yang mempunyai tahap kemahiran pemikiran kritis yang rendah.
Kesimpulannya, melalui hasil kajian, kemungkinan di universiti lebih cenderung
pembelajaran pelajar berpusatkan peperiksaan menyebabkan pelajar hanya fokus pada
buku ilmiah di dalam kelas sahaja dan kurangnya kemahiran pemikiran secara kritis.
Kemungkinan juga faktor semulajadi seperti latar belakang keluarga, taraf hidup,
ekonomi keluarga dan faktor persekitaran lain yang menyebabkan antara tahap
penguasaan kemahiran pemikiran kritis dan CPA pelajar berada pada tahap sederhana.
59
5.5 Cadangan
i. Pihak Universiti
ii. Pensyarah
kritis ini melalui subjek kurikulum dan kokurikulum serta disiplin oleh Richard,
2006 dalam kajian Ariffin et al. (2008). Pengajar boleh mempelbagaikan kaedah
dan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam mengasah kemahiran pemikiran
kritis pelajar. Kaedah pengajaran seperti berhujah, memberi pendapat,
menginterpretasi dan menganalisa mampu meningkatkan lagi kemahiran ini dalam
kajian Hassan et al., (2010). Teknik pengajaran seperti teknik penyoalan, debat
dan perbincangan di dalam kelas mampu meningkatkan pemikiran kritis oleh
Mills, 1995 dalam kajian Hassan et al. (2010).
iii. Pelajar
ii. Dicadangkan juga, kajian yang akan datang menggunakan instrumen yang lebih ke
arah kejuruteraan mahupun teknologi dalam mengenalpasti tahap pemikiran kritis
dalam kalangan pelajar kejuruteraan/teknologi supaya dapatan kajian yang
62
diperolehi adalah lebih tepat. Hal ini kerana, kajian yang telah dijalankan ini
menggunakan alat instrument yang berbentuk umum.
iii. Pengkaji juga mencadangkan, satu kajian berkaitan tentang habit atau perilakuan
ke atas pelajar dalam memupuk pemikiran kritis terhadap pelajar kejuruteran di
Institut Pengajian Tinggi (IPT) supaya mendapat kecemerlangan dalam akademik
mahupun tugasan luar.
iv. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan instrument MyCT yang melibat 61
soalan dan memerlukan masa yang lama dan menyukarkan untuk pelajar
menjawab. Oleh itu, pengkaji mencadangkan supaya pengkaji masa akan datang
menggunakan instrument yang berbeza seperti Cornell Critical Thinking Test
(CCTT) atau Watson-Glaser Critical Thinking Appraisal (WGCTA) dalam
mengenalpasti Kemahiran Berfikir Kritis.
Dalam bab ini, penyelidik telah membincangkan hasil dapatan kajian yang terperinci
dengan membuat ringkasan, kesimpulan kajian, perbincangan, implikasi kajian,
cadangan untuk mengatasi kelemahan yang telah dikenal pasti, cadangan kajian masa
depan dan rumusan. Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu dan memberi
idea-idea khususnya kepada penyelidik, pensyarah serta pihak berkenaan untuk
mengatasi kelemahan yang telah dikenalpasti. Diharapkan dengan cadangan yang telah
diberikan dapat membantu dan digunakan dalam mengatasi masalah tersebut. Dengan
adanya sumbangan yang kecil ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam
meningkatkan lagi Kemahiran Berfikr Kritis pelajar seterusnya membantu sistem
pendidikan negara dalam membentuk warganegara yang berkemahiran, berketrampilan,
dan berfikirian kritis serta kreatif.
63
RUJUKAN
Abd Hamid. A.A. (2001). Pengenalan Pemikiran Kritis dan Kreatif. Skudai. Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia.
AC Nielsan Research Services, (2000), “Employer Satisfaction with Graduate Skills”,
Research Report by the Department of Education, Training and Youth Affairs,
Commenwealth of Australia.
Ali, M. dan Noordin, S. (2007). Hubungan Di Antara Kemahiran Berfikir Kritis Dengan
Pencapaian Pelajar Di UTM. Kertas Kerja Dalam Buletin R&D 2007.
Ariffin, S. R., Abdul Hamid, N. A. (2009). Profil Kemahiran Pemikiran Kritikal Antara
Pelajar Sains dan Bukan Sains. Malaysian Education Dean’s Council Journal.
June. Volume 3, 20-27.
Ariffin, S. R., Abdul Majid, R., Haron, Z., Idris, R., Samsuri, S., Hassan, B., dan Abdul
Hamid, N. A. (2008). Kemahiran Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah
Pelajar-pelajar Sains di Malaysia. Proceeding of Science and Mathematics
Education Regional Conference 2008.
Ariffin, S. R., Abdul Majid, R., Haron, Z., Idris, R., Samsuri, S., Hassan, B., dan Abdul
Hamid, N. A. (2008). Tahap Penguasaan Kemahiran Pemikiran Kritikal dan
Penyelesaian Masalah Pelajar Sains dan Hubungannya dengan Pencapaian.
Prosiding Seminar Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina 2008. Fakulti
Kejuruteraan dan Alam Bina. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Awang, Z., Zainal Abidin, H., Arshad M.R., dan Yahya A.S. (2006). Non-Technical
Skills For Engineers In The 21st Century: A Basis For Developing A Guideline.
Faculty Of Manangement And Human, Resource Development, Universiti
Teknologi Malaysia.
Azhar, H., Nawi, A. (2004). Metodologi Penyelidikan Ekonomi dan Sains Sosial :
Singapura : Thompson Asia Pte. Ltd
Aziz, A. (2012). “Pendidikan Umum dan Technical and Vocational Education Training
(TVET). Skudai. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
64
Jamidin, M.N. (1999). Kemahiran Berfikir Dan Belajar. Shah Alam: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Kamrin, S. (2007). Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Pelajar Sains
Tingkatan Empat Di Daerah Kulai. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana
Kamus Dewan (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Kanesan Abdullah, A.G., Ismail, A., Abdullah, M. H., and Purba, M. (2012). Acquired
and required competencies in manufacturing sector graduates from employers’
and employees, perspective: The Malaysian case Educ, Res, 2012.
Kementerian Pengajian Tinggi (2006). Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft
Skills) Untuk INstitusi Pengajian Tinggi. Universiti Putra Malaysia Serdang,
Malaysia.
Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengajian Tinggi, (2005). Laporan
Tahunan.
Kwang, N.A. (2001). Why Asian are less creative than Westerners. Singapore: Pearson
Education Asia Pte.Ltd
M. Mahdzir, A. (2009). Penerokaan Ciri-ciri psikometrik instrument pentaksiran
pemikiran kritis Malaysia (IPPKM) dan model pemikiran kritis Malaysia. PhD
thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia, Fakulti Pendidikan.
Mc Cool, M. (2002). Watson Glaser Critical Thinking Maple woods: Academic Year
2001-2002. Office of Research, Evaluation and Assesment. Metropotitan
Community College. Unpublished.
Md. Som, H. (2005). Panduan Mudah Analisis Data Menggunakan SPSS Windows,
Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (UTM). 21-25.
Mohamad Najib, A. G. (2003). Penyelidikan Pendidikan, Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia (UTM).
Mohd, A. dan Hassan, A. (2005). Berfikir Secara Logik dan Kritis: Panduan
Meningkatkan Ketajaman Analisis Dan Membuat Keputusan. Shah Alam. PTS
Consultants Sdn. Bhd.
66