Anda di halaman 1dari 2

PENGHARGAAN Bagi memenuhi sukatan pelajaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 2, para guru pelatih yang

menjalani kursus Gerko Permainan Tenis diminta melaksanakan satu tugasan iaitu menghasil dan menghuraikan salah satu sistem pertandingan bagi perlawanan tenis. Selain itu juga, kerja kursus ini mengkehendakkan guru pelatih untuk merangsang pemikiran mereka dalam menghasil sejurus melaksanakan satu sesi latihan kecergasan fizikal berasaskan kemahiran asas permainan tenis mengikut kreativiti sendiri. Tugasan ini amat penting bagi memantapkan cara kami merancang dan menyusun stategi pengajaran Bahasa Melayu dengan betul dalam banyak keadaan. Hal ini demikian kerana, bahasa merupakan satu alat komunikasi yang penting dalam kehidupan manusia. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat jua kami menyiapkan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu bagi Permainan Tenis pada tarikh yang telah ditetapkan dengan jayanya. Tugasan yang diberikan ini amat bernilai dan bermakna untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang aktiviti -aktiviti yang sesuai dilaksanakan kepada murid-murid mengikut tahap keupayaan mereka. Sekalung penghargaan yang tidak terhingga kepada ..di atas segala sokongan, komitmen serta tunjuk ajar dalam membantu kami menyiapkan tugasan ini sehingga sempurna. Beliau banyak menyumbangkan idea dan membantu bagi memudahkan kami untuk menyiapkan tugasan ini. Perkara ini, sedikit banyak telah membantu kami untuk merancang kerja ini dengan lebih teratur serta bersistematik. Jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu kami tidak kira dari segi menyumbangkan idea mahupun tenaga. Idea yang dicurahkan amatlah bernas dan komen daripada mereka amatlah membina dan merangsang pemikiran sehingga membuahkan hasil kerja yang baik dan bermutu tinggi. Jasa baik mereka semua tidak ternilai harganya.

Tidak lupa juga kepada kedua orang tua kami yang banyak memberi sokongan. Segala nasihat dan sokongan moral banyak memberikan semangat kepada kami untuk menjayakan tugasan ini. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung segala bantuan yang telah dihulurkan amatlah kami hargai. Semoga tugasan ini memberikan impak yang bagus kepada diri kami dan semua rakan yang lain untuk menambahkan pengetahuan yang sedia ada di masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai