Anda di halaman 1dari 49

BAB 1

PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1 Pendahuluan

Latihan Industri merupakan antara syarat-syarat yang telah ditetapkan

ke atas kesemua Politeknik di seluruh Malaysia bagi pelajar yang

mengambil sijil Diploma. Tempoh latihan industri yang diberikan kepada

pelajar adalah selama 15 minggu. Tujuannya bagi memberi peluang

kepada pelajar untuk mendapatkan pendedahan awal dan

membiasakan diri dengan dunia pekerjaan yang sebenar. Pelajar akan

diberi pendedahan mengenai situasi sebenar di alam pekerjaan yang

berkaitan dengan kerja-kerja dalam semua bidang. Berdasarkan

pengalaman yang telah diberikan, pelajar dapat mempelajari lebih

mendalam lagi secara praktikal dan efektif selaras dengan pengetahuan

mereka sepanjang pembelajaran mereka di tempat pengajian.

Disamping itu, ia boleh membantu para pelajar untuk menyemai sikap

mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat

dan memupuk sikap keyakinan pada diri setiap pelajar serta membantu

pelajar memperbaiki kelemahan pada diri terutama ketika

berkomunikasi dengan kakitangan-kakitangan mahupun pelanggan.

Hasil daripada latihan industri ini, POLIMAS kelak dapat melahirkan

1
para graduan yang berkualiti bagi melanjutkan pelajaran diperingkat

lebih tinggi atau terus melangkah ke alam pekerjaan seiring dengan

matlamat kerajaan untuk menghasilkan anak didik yang lebih bermutu

dan berkualiti disamping melahirkan tenaga kerja separuh mahir yang

amat diperlukan oleh kakitangan pekerjaan sektor awam mahupun

swasta. Secara keseluruhannya, latihan industri sememangnya penting

kepada pelajar sebagai persediaan kepada mereka sendiri, masyarakat

dan Negara bagi melahirkan seorang insan yang berkemahiran sejurus

dengan kehendak WAWASAN 2020.

1.2 Objektif Latihan Industri

Adanya latihan industri di politeknik seluruh Malaysia maka pelajar-

pelajar kursus diploma dapat menjalani latihan industri di tempat yang

telah dipilih oleh mereka berkaitan dengan jurusan. Oleh itu, objektif

latihan industri ini adalah mahu memberi kesan kepada para pelajar

dalam melaksanakan tugas yang diberi dengan sebaik mungkin serta

mahu melihat sejauh mana seseorang pelajar itu mengaplikasikan

perkara-perkara yang telah dipelajari di dalam tugas yang diberikan.

Secara amnya, objektif latihan industri boleh disenaraikan seperti berikut.

1.2.1 Mendedahkan pelajar dengan alam pekerjaan yang sebenar.

Jika berada dalam situasi alam pekerjaan yang sebenarnya adalah

jauh berbeza dengan keadaan dunia pembelajaran kerana pelajar

hanya terlibat bersama rakan sekelas dan pensyarah-pensyarah

sahaja tanpa melibatkan kerjasama dengan orang luar. Oleh itu, para

2
pelajar juga mungkin sebahagian sahaja yang dapat dipraktikkan di

alam pekerjaan dalam menghadapi perubahan situasi, para pelajar

perlulah mempelajari bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan

pekerjaan, ketepatan masa untuk menghadirkan diri di tempat kerja

setiap hari, kebolehan komunikasi dengan baik di antara kakitangan,

cara mendisiplinkan diri dan juga cara menghadapi pelbagai masalah

yang timbul di tempat kerja seperti masalah berhadapan dengan

pelanggan yang memerlukan perkhidmatan syarikat.

1.2.2 Mengaitkan teori, teknikal dan kemahiran dengan aspek-aspek

praktikal di tempat latihan industri.

Apabila pelajar berada di alam pekerjaan seperti menjalani latihan

industri ini, maka segala pengetahuan teknikal, kemahiran dan

pengalaman dapat diperluaskan serta dapat menambah ilmu yang

sedia ada dalam diri pelajar. Di politeknik, para pelajar telah diajar

lebih banyak kepada ilmu teori yang boleh dihubungkaitkan dengan

dunia pekerjaan apabila tamat pengajian. Justeru itu, objektif latihan

ini diwujudkan adalah bagi melahirkan lebih ramai lagi tenaga kerja

yang berkualiti tinggi dan mampu melakukan tugasan yang diberikan

dengan baik. Selain itu, pengetahuan teknikal dan kemahiran juga

dapat membantu seseorang dalam meningkatkan produktif kerja

serta dapat mempelajari cara menguruskan dan mengendalikan

sesuatu kerja dengan lebih baik.

3
1.2.3 Menimba pengalaman

Pengalaman memainkan peranan yang sangat penting dalam

mencari pekerjaan sebenar kerana pada alat ini ramai siswazah yang

menganggur disebabkan tiada pengalaman bekerja. Oleh itu, dengan

wujudnya latihan industri ini, serba sedikit dapat membantu dan

mempunyai peluang yang cerah untuk memperolehi pekerjaan.

Selain itu, ianya dapat memberi seseorang persediaan yang rapi

dalam menempuh alam pekerjaan yang sebenar. Namun begitu,

pengalaman bukan sahaja meliputi tugas-tugas yang dilakukan tetapi

sebelum menjalani latihan industri lagi seperti proses-proses mencari

maklumat mengenai sesuatu organisasi yang bersesuaian, membuat

permohonan tempat, mencari bidang tugas yang berkaitan dengan

pengajian yang di ambil dan banyak lagi di mana kesemua proses

tersebut telah mendatangkan pelbagai pengalaman. Di mana

prosedur tersebut dipelajari di politeknik untuk memberi pendedahan

kepada pelajar supaya mengetahui bagaimana bermula dan

berakhirnya proses mencari pekerjaan sama seperti menjalani latihan

industri.

1.3 Objektif Laporan Akhir Latihan Industri.

Laporan ini adalah untuk membuktikan secara bertulis apa yang

dipelajari dan difahami sepanjang tempoh masa ketika menjalani latihan

industri ini. Hal ini boleh menjadikan sebagai satu sumber rujukan dan

pengalaman kepada diri pelajar. Laporan ini juga sangat berguna untuk

menambahkan ilmu pengetahuan dan juga dapat digunakan untuk

4
penambahan teori dan praktikal dalam jurusan yang dipelajari oleh

pelajar. Tambahan pula, membuat laporan ini akan memberi impak yang

positif pada masa yang akan datang serta meningkatkan kebolehan

berfikir.

Antara objektif laporan latihan industri adalah seperti berikut:

1.3.1 Mendokumentasikan aktiviti-aktiviti sepanjang tempoh latihan

industri sebagai bahan bukti atas apa yang telah diperlajari

dalam tempat latihan industri.

1.3.2 Pelajar dapat mengetahui dan mengingati segala kerja yang

dilakukan semasa menjalani latihan industri di syarikat atau

firma yang berkenaan.

1.3.3 Laporan yang bersistematik dan padat dapat dijadikan

panduan untuk masa hadapan. Contohnya, semasa

melanjutkan pelajaran atau alam pekerjaan yang baru.

1.4 Kepentingan Latihan industri

Latihan industri adalah wajib dijalani oleh semua pelajar di Institut

Pengajian Tinggi Awam atau Swasta sebagai syarat wajib bagi

melayakkan pelajar menerima Sijil Diploma atau Ijazah mengikut jurusan

yang diambil. Sebenarnya ia bukan setakat memenuhi syarat tersebut

tetapi ia memberi kesedaran mengenai situasi sebenar di alam

pekerjaan. Dengan adanya latihan industri banyak pengalaman yang

berguna dan berharga diperolehi sebagai bekalan sebelum menjejak

5
kaki ke alam pekerjaan dan pengetahuan yang pelajar dapat daripada

latihan industri.

Latihan industri adalah penting kerana dapat mendedahkan para pelajar

kepada alam pekerjaan yang sebenar. Ia juga dapat menambah serta

meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar, jika sebelum ini

para pelajar memperolehi pengetahuan secara terhad, tetapi apabila

pelajar mengikuti latihan ini, pelajar dapat mengetahui dengan lebih

lanjut lagi tentang sesuatu perkara dan kehendak semasa melakukan

pekerjaan.

Selain itu, pelajar dapat mempelajari tentang teknologi atau kemahiran

baru semasa menjalani latihan industri. Selain daripada itu, lathan ini

juga dapat meningkatkan kebolehan dan peribadi pelajar yang lebih baik

seperti dapat menonjolkan kebolehan untuk bekerja dengan bersungguh-

sunggh dan bekerja dengan penuh dedikasi serta menampilkan sikap

yang positif kepada majikan. Latihan ini juga penting kerana ia dapat

menghilangkan rasa rendah diri seseorang pelajar dimana apabila

pelajar menjalani latihan industri berkemungkinan pelajar akan bertemu

dengan orang yang berpangkat tinggi atau lebih berusia. Nilai hormat-

menghormati terhadap orang sekeliling akan timbul di dalam diri pelajar

sekiranya pelajar menjalankan latihan industri dengan sepenuh hati dan

ikhlas. Diharap sifat ini akan berkekalan pada masa hadapan.

Melalui latihan ini juga, pelajar dapat menangani sesuatu masalah

dengan lebih bijaksana. Kesimpulan yang dapat ditakrifkan tentang

kepentingan latihan industri adalah untuk membina dan memantapkan

6
diri pelajar supaya lebih yakin untuk menghadapi sebarang tugas dan

dugaan yang dihadapi di alam pekerjaan agar pelajar tidak menghadapi

sebarang kesukaran atau merasa kekok apabila mula bekerja kelak.

Seterusnya dapat mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan yang

sebenar, menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik

antara pekerja dan kakitangan sesebuah organisasi dan malah dapat

membina keyakinan diri dalam menjalankan segala tugasan ketika di

alam pekerjaan yang sebenar.

7
BAB 2

LATAR BELAKANG DAN CARTA ORGANISASI

2.1 Pengenalan Organisasi

Rajah 2.1 : Gambar Mada Rice Training Center (MRTC)

Nama Syarikat : Mada Rice Training Center (MRTC)

Alamat Syarikat : Km. 4, Jalan Langgar 05400 Alor Setar Kedah

Darul Aman

Tarikh Daftar :9 DISEMBER 2019

8
Faks : 04 - 7312185

Email : komplekslatihanmada@gmail.com

2.1.1 Logo Organisasi

Rajah 2.1.2 : Logo MRTC

2.2 Latar Belakang Penubuhan

MADA telah ditubuhkan pada tahun 1972 setelah mendapat kelulusan

oleh Parlimen di bawah Akta 70, Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda.

Dibawah Akta tersebut, tugas-tugas MADA digariskan seperti berikut:-

 Memaju, menggalak, membantu dan megusahakan projek pembangunan

ekonomi dalam Kawasan Muda.

 Merancang dan mengusahakan dalam Kawasan Muda apa-apa

Kemajuan Pertanian mengikut sebagaimana yang diperuntukkan

kepadanya oleh pihak berkuasa negeri bagi negeri Kedah dan Perlis.

Penubuhan MRTC ini adalah saranan daripada pihak Majlis Latihan

Pertanian Negara (NATC) kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda

9
(MADA) selaras dengan KPI Menteri Pertanian pada tahun 2012 iaitu

penubuhan empat (4) buah pusat bertauliah yang baru di bawah

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA). MADA telah

dipertanggungjawabkan untuk mendaftar Kompleks Latihan MADA sebagai

Pusat Bertauliah bagi NOSS Pengeluaran Padi memandangkan aktiviti dan

fungsi utama MADA adalah berkaitan Industri Padi. Bahagian Khidmat

Pengurusan MADA telah mengambil tindakan bagi memenuhi hasrat dan

KPI Menteri bagi tahun 2012. MRTC telah mendapat sijil pertauliahan

secara rasmi daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) pada 6

September 2012. Pengambilan pelatih yang pertama adalah pada Januari

2013 iaitu seramai 25 orang.

2.3 MADA terbahagi kepada 4 wilayah yang terletak di Negeri Kedah

dan Negeri Perlis :

i. Wilayah I, Perlis

ii. Wilayah II, Jitra, Kedah

iii. Wilayah III, Kota Sarang Semut

iv. Wilayah iv, Pendang

2.4 Hala Tuju Organisasi

2.4.1 Visi

Peneraju latihan kemahiran pertanian dalam industri padi.

2.4.2 Misi

Menjadi pusat latihan kemahiran dalam mentransformasikan industri

10
padi negara

2.5 Objektif

I. Mewujudkan generasi pelapis dalam bidang tanaman padi.

II. Mewujudkan pengurus projek tanaman padi dikalangan generasi

muda.

III. Mewujudkan usahawan tanaman padi yang berpengetahuan tinggi.

2.5.1 Bahagian – bahagian dan Unit di Pejabat MRTC:

Unit Pentadbiran

a) Merancang, menyelenggara dan menyelia ruang dan keselamatan

pejabat.

b) Mengurus, menyelenggara dan menyelia pengurusan Aset dan

Stor.

c) Menguruskan hal-hal pentadbiran pejabat.

d) Menguruskan urusan fail dan rekod.

e) Menyedia dan menyelaras bajet mengurus.

f) Urus setia mesyuarat-mesyuarat utama.

Unit Pengurusan Sumber Manusia

a) Merancang dan mengurus hal-hal perjawatan dan pengurusan

organisasi.

b) Mengurus dan menyelia hal-hal Kompetensi dan laporan Prestasi

kakitangan.

11
c) Mengurus dan menyelia perkhidmatan dan Pembangunan

Sumber Manusia.

Bahagian Kewangan

a. Mengurus dan mengawal sumber kewangan lembaga iaitu

pengurusan, pembangunan, pelaburan, amanah, rizab dan

lain-lain dana yang ditubuhkan.

b. Menyedia, mengurus dan menyelaras bajet mengurus,

pembayaran, penerimaan hasil dan perakaunan.

c. Menguruskan proses perolehan melalui tender,

sebutharga, undian kerja, pembelian terus, rundingan

terus, dan pelantikan firma perundingan.

d. Merancang, mengurus dan melaksanakan proses kutipan

kecil.

Bahagian teknikal

a) Menguruskan sebut harga bagi sesebuah projek.

b) Merancang dan menguruskan projek berkaitan kejuruteraan

awam.

c) Menguruskan kerja-kerja penyelenggaraan.

d) Menguruskan kerja-kerja pemilihan kontraktor dalam tender

kerajaan.

Bahagian Niagatani

12
a. Merancang, melaksana dan memantau projek-projek

pertanian dan ternakan untuk kumpulan sasar..

b. Merancang dan menyedia kemudahan infrastruktur dan

input pertanian.

c. Mengurus dan mengawalselia ladang sejahtera projek.

d. Menyediakan kemudahan khidmat nasihat dan kursus

kemahiran pertanian kepada kumpulan sasar.

13
2.6 Carta Organisasi

14
BAB 3

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 Pengenalan

Bab ini adalah ringkasan keseluruhan aktiviti mingguan yang dilakukan

sepanjang menjalani latihan industri. Berdasarkan aktiviti yang dilakukan

yang ditulis di dalam buku jurnal refleksi secara ringkas akan di

terangkan dalam bab yang meliputi tugas yang diberikan oleh penyelia.

Setiap aktiviti atau tugas yang dijalankan akan dicatat dalam buku

laporan harian. Oleh itu, bahagian ini akan menjelaskan secara ringkas

aktiviti-aktiviti dan tugas yang saya telah jalankan semasa menjalani

latihan industri pada satu semester iaitu dua puluh minggu.

Segala aktiviti yang dilakukan akan diterangkan dari minggu ke minggu

supaya dapat menyimpulkan kerja-kerja yang telah dilakukan dalam

seminggu di samping itu memudahkan proses penyemakan. Hari kerja

dalam seminggu tidak semestinya sama setiap minggu kerana terdapat

15
cuti umum dan cuti yang diumum oleh pihak syarikat. Dalam menjalani

latihan industri, saya telah didedahkan dengan banyak perkara yang

baru.

Selain mempraktikkan apa yang telah dipelajari di politeknik, saya juga

telah dipraktikkan setiap kali saya berada di syarikat di mana saya

menjalani latihan industri. Ketika menjalani latihan industri di syarikat ini,

saya telah ditempatkan di Bahagian Teknikal dan sering mengikuti

penolong jurutera ke tapak projek. Dalam menjalani latihan industri, saya

telah diberi masa selama 9 jam sehari,bermula jam 08.00 a.m sehingga

05.00 p.m setiap hari bermula dari hari Ahad sehingga Khamis. Berikut

merupakan ringkasan mingguan ketika saya menjalani latihan industri

selama 15 minggu.

3.2 Ringkasan aktiviti semasa menjalani latihan industri

Minggu Aktiviti
i. Melapor diri di Mada Rice

Minggu 1 Training Center (MRTC).

ii. Mendengar taklimat daripada

jurutera mengenai bahagian

(9 DISEMBER 2019 –12 teknikal MADA.

DISEMBER 2019 ) iii. Mendengar penerangan

mengenai MADA yang

diberikan oleh penolong

jurutera.

iv. Membuat tinjauan di MADA

Ampang Jajar iaitu Ibu

16
Pejabat MADA.

v. Membuat imbasan cap jari

untuk kehadiran ke tempat

kerja.
i. Membuat brochure bagi

Minggu 2 kemasukan pelajar baru ke

MRTC.

(15 DISEMBER 2019 – 19 ii. Mengira keluasan setiap

DISEMBER 2019) bangunan berpandukan plan

yang diberikan oleh jurutera.

iii. Menyenaraikan penerbitan

MARDI.

iv. Membuat penyelidikan

mengenai operasi tandop.


i. Merekod kehadiran pekerja

Minggu 3 yang menghadiri kursus di

MRTC.

(22 DISEMBER 2019 – 26 ii. Membuat jadual program

DISEMBER 2019) Majlis Malam Setulus Budi .

iii. Menghadiri Majlis Malam

Setulus Budi.

iv. Membuat pengiraan bagi

sebut harga pembinaan

tapak semai di MADA Alor

Serdang.

17
i. Mengira keluasan pintu dan

Minggu 4 longkang .

ii. Membaca dan memahami

(29 DISEMBER 2019 – 2 nota hidrologi yang

JANUARI 2020) digunakan oleh MADA.

iii. Membaca dan memahami

nota Projek Muda II.

iv. Membuat penyediaan

kemasukan pelajar baru.

i. Menguruskan pendaftaran

Minggu 5 kemasukan pelajar MRTC.

ii. Membuat jadual mesyuarat

(5 JANUARI 2020 – 9 ketua modul Noss baru .

JANUARI 2020) iii. Menyemak harga barangan

berpandukan buku kadar

harga JKR.

iv. Mengukur dan mengira kos

untuk baik pulih tapak

parking.

v. Mendengar taklimat

penanaman padi dan

pengurusan padi pada

musim kering.
i. Merekod kehadiran pekerja

Minggu 6 pada Majlis Penyampaian

18
Bantuan Wang Ehsan Ribut

(12 JANUARI 2020 – 16 Lekima.

JANUARI 2020) ii. Mengukur panjang dan lebar

bidai tingkap di bilik TRO

untuk kerja pemasangan

bidai baru.

iii. Mengukur luas cermin rak

untuk pemasangan cermin

baru.

iv. Membuat sebut harga bagi

Perkhidmatan Mencuci dan

Membersih Bangunan.

v. Membuat kadar harga

barang.
i. Mendengar taklimat daripada

Minggu 7 jurutera berkenaan syarat

kemasukan tender.

(19 JANUARI 2020 – 23 ii. Melawat kawasan di MADA

JANUARI 2020) Alor Serdang.

iii. Merekod kehadiran pekerja

bagi program Bicara Ilmu

“Budaya Integriti, Kualiti

Peribadi di dalam sistem E-

Latihan.

iv. Menyenaraikan kursus JKR

CREaTE.

19
i. Menyenaraikan kursus JKR

Minggu 8 CREaTE pada bulan April.

ii. Menghadiri kursus Merekod

(27 JANUARI 2020 – 30 Bacaan Epan dan Hujan

JANUARI 2020) Manual.

iii. Merekod kehadiran pekerja

yang menghadiri kursus

Merekod Bacaan Epan dan

Hujan Manual.

i. Membaca dan memahami

Minggu 9 nota kursus Tanggungjawab

Operasi Infrastruktur.

(2 FEBRUARI 2020 – 6 ii. Merekod kehadiran pekerja.

FEBRUARI 2020) iii. Menyenaraikan kursus yang

dijalankan pada tahun 2019

kepada 6 bahagian iaitu

industri padi, industri Asas

Tani dan bukan padi,

pengurusan institusi

peladang, teknikal, lawatan

& motivasi sukarelawan.

20
iv. Mengira keluasan lantai

yang pecah untuk membuat

anggaran harga untuk baik

pulih.

v. Mengumpul gambar alatan

yang rosak untuk rujukan.

i. Membuat lawatan ke Tandop

Minggu 10 Sungai Korok.

ii. Mengukur bacaan

(9 FEBRUARI 2020 – 13 menggunakan alat GR-5.

FEBRUARI 2020) iii. Melukis plan menggunakan

aplikasi Autocad.

iv. Mengadakan perbincangan

mengenai kerja survey akan

dijalankan.

v. Menghadiri taklimat sebut

harga Perkhidmatan

Kawalan keselamatan Tanpa

Senjata.

Minggu 11 i. Melawat tapak projek di Jitra.

ii. Mendengar taklimat

(16 FEBRUARI 2020 – 20 pengendalian alat (EDM)

FEBRUARI 2020) Electronic Distance

Measurement.

21
iii. Mengambil bacaan data

menggunakan alat EDM.

iv. Membuat cross-section

berpandukan plan yang

diberikan oleh Surveyor.

i. Memasang alat EDM

Minggu 12 (Electonic Distance

Measurement) di pejabat

(23 FEBRUARI 2020 – 27 Mada wilayah II.

FEBRUARI 2020) ii. Menanda kawasan parking

yang rosak.

iii. Mengukur panjang dan lebar

tempat parking bagi kerja

penurapan premix.

iv. Membuat pengorekan

semula dan pemadatan

tanah di tempat parking.

v. Kerja-kerja turapan jalandan

premix.

i. Merekod data pekerja di

Minggu 13 dalam sistem E-Latihan.

ii. Menghadiri kursus

(1MAC 2020 – 5 MAC 2020) pengendalian DRON.

iii. Menghadiri Kursus Ukur

22
Kejuruteraan .

iv. Belajar cara mendapatkan

data menggunakan alat

Topcon GM101.

v. Membuat amali untuk

mengambil data.

vi. Memindahkan data daripada

alat ke laptop.

i. Mendengar penerangan

Minggu 14 sistem saliran MADA yang

diberikan oleh Penolong

(8 MAC 2020- 12 MAC 2020) Jurutera.

ii. Melawat kawasan di Sungai

Korok, Jitra untuk melihat

infrastruktur yang ada.

iii. Mendengar penerangan

pengendalian struktur

peringkat tersier.

iv. Melawat kawasan di Sungai

Korok, Jitra untuk

mengetahui (CHO) Constant

Head Orifice

Minggu 15 i. Bertolak dari MRTC ke Ibu

Pejabat Mada, Ampang

23
(16 MAC 2020 – 17 MAC Jajar.

2020) ii. Berjumpa dengan Puan

Surianie iaitu Pegawai

Bahagian Sumber Manusia.

iii. Mendengar maklumat yang

diberikan oleh Puan Surianie

sebelum melakukan kerja

iv. Mengemaskini maklumat

pekerja mengikut wilayah.

24
BAB 4

AKTVITI LATIHAN INDUSTRI

4.1 Pengenalan

Sepanjang tempoh 15 minggu saya menjalani latihan industri di Mada

Rice Training Center (MRTC), banyak pengalaman baru yang saya

pelajari daripada tempat kerja. Segala kerja ditapak bina dan pejabat

dapat dilaksanakan dengan baik atas tunjuk ajar daripada penyelia-

penyelia industri yang tidak jemu memberi info dan tunjuk ajar. Aspek

keselamatan semasa berada ditapak bina juga dititikberatkan oleh

mereka ke atas diri saya. Saya telah diletak di bahagian teknikal.

Bab ini menerangkan segala aktiviti-aktiviti yang saya lakukan semasa

melanjutkan latihan industri di . Antara kerja-kerja yang saya dapat

terangkan melalui latihan industri ini ialah kerja-kerja sukatan jalan,

kerja-kerja baik pulih jalan (premix),mailing,coring test.

Saya berharap segala langkah kerja dan pengalaman yang saya dapat

semasa melakukan latihan industri ini dapat memberi pengetahuan yang

mendalam untuk memberi kefahaman yang lebih baik kepada anak-anak

didik kelak.

25
4.2 Jalan

Setiap negara di dunia amat memerlukan kepada struktur jalan kerana ia

memainkan peranan yang penting dalam perhubungan di antara satu

kawasan ke kawasan yang lain dan juga ia adalah pemangkin kepada

ekonomi setempat. Jalan di Malaysia ada beberapa jenis jalan yang

diguna pakai mengikut kesesuaian keadaan tempat iaitu jalan tanah,

jalan batu kelikir, jalan berturap bitumen, jalan konkrit (turapan tegar) dan

jalan turapan blok saling mengunci. Bagi jalan tanah ia menggunakan

tanah semulajadi atau tambak yang dipadatkan sebagai permukaan

laluan. Jalan jenis ini biasanya dibina di kawasan pedalaman dan bahan

yang biasa digunakan adalah laterit. Bagi jalan batu/kelikir pula ialah

satu lapisan batu kelikir dihamparkan ke atas tanah yang dipadatkan

membentuk permukaan yang lebih baik dan kuat berbanding jalan tanah.

Jalan berturap bitumen pula digunakan untuk menanggung lalulintas

yang lebih tinggi berbanding jalan tanah atau kelikir. Jalan konkrit

(turapan tegar) mempunyai struktur hampir sama dengan konkrit

berasfalt tetapi lapisan permukaannya menggunakan konkrit bertetulang.

Diantara kelebihan turapan ini berbanding turapan anjal ialah ia lebih

kuat dan tahan lama dan juga penyenggaraan kurang begitupun kos

pembinaannya adalah tinggi manakala turapan blok saling mengunci ia

masih belum digunakan dengan lebih meluas lagi. Turapan jenis ini

kerap digunakan di kawasan persimpangan, selekoh dan kawasan yang

sering berlaku tumpahan minyak seperti terminal dan perhentian bas.

26
Di seluruh Malaysia terdapat 65,000 km jalan yang menghubungkan ke

setiap negeri dimana 75 peratus daripadanya adalah berturap. Jalan ini

dibahagikan kepada lima kategori berdasarkan punca kewangan untuk

pembinaan dan peyenggaraan bagi tujuan pentadbiran dan lima kategori

tersebut adalah Jalan persekutuan, Jalan tol, Jalan negeri, Jalan Majlis

perbandaran atau daerah dan lain-lain jalan kecil.

Jalan persekutuan berfungsi untuk menghubungkan bandar utama dan

pintu masuk negara (menghubungkan antara bandar dan negeri). Dibina

dan disenggara menggunakan kewangan persekutuan di bawah JKR

persekutuan. Jalan persekutuan. Bagi Jalan tol pula dibina dan

disenggara oleh Lembaga lebuhraya Malaysia (LLM) dan ia adalah

altenatif kepada Jalan persekutuan. Jalan Negeri ia dibina dan

disenggara untuk meningkatkan perhubungan dalam negeri dan

menyediakan jalan infrastruktur bagi kawasan dalam sesuatu negeri.

Jalan Majlis perbandaran atau daerah dibina dalam kawasan Majlis

perbandaran atau daerah termasuk jalan yang dibina oleh pemaju

perumahan. Kewangan atau kos pembinaaan dari belanjawan sendiri

cuma disubsidi oleh persekutuan manakala lain-lain Jalan kecil iaitu

Jalan kampung dibina dan disenggara oleh pejabat daerah dalam negeri

menggunakan kewangan negeri dan ia jalan piawai rendah disebabkan

isipadu lalu lintas yang rendah.

Bagi kajian kes yang akan kita fokus dan bincangkan ini iaitu jalan luar

bandar dimana kategori jalan luar bandar termasuk dalam kategori jalan

negeri atau jalan daerah mengikut kesesuaian keadaan tempat.

Spesifikasi piawai yang biasa digunakan untuk pembinaan jalan luar

27
bandar adalah mengikut piawai sedia ada JKR manakala garis panduan

untuk jalan luar bandar pula terbahagi kepada dua iaitu geometri Jalan

dan Struktur Jalan.

Pada masa kini, jalanraya merupakan salah satu jaringan perhubungan

yang terpenting. Dengan adanya jalanraya, aktiviti harian manusia dapat

berjalan dengan lancar contohnya pengguna jalanraya dapat sampai ke

destinasi masing-masing dengan cepat dan selamat. Untuk memastikan

keselesaan pengguna jalanraya, keadaan jalanraya yang baik perlu

dititikberatkan. Oleh itu, untuk memastikan jalanraya sentiasa berada

dalam keadaan yang baik, ia perlulah dipelihara oleh pihak yang terlibat

untuk menjamin keselesaan pengguna jalanraya. Dengan pertambahan

kadar lalulintas yang semakin tinggi maka, jalanraya yang dibina

mestilah dapat menanggung beban dan tegasan yang lebih tinggi

supaya kesan kehausan kepada permukaan, ubahbentuk dan keretakan

dapat dielakkan. Selain dari pertambahan kadar lalulintas, kerosakan

juga berpunca dari keadaan muka bumi yang tinggi dan rendah (bukit) di

mana ianya tidak memenuhi syarat utama untuk menjamin kestabilan

struktur jalan. Maka, berlakunya masalah kerosakan jalanraya serta

pembaziran dari segi penyenggaraan untuk turapan semula.

4.3 Struktur Jalan

Ketebalan turapan jalan (pavement) bergantung kepada kekuatan tanah

asas (subgrade). Ada beberapa cara untuk mengukur kekuatan tanah

asas ini. Satu daripada kaedah pengukuran ini ialah CBR. Bagi tujuan

panduan ini pengukuran berasaskan CBR digunakan. Pihak pereka

28
bentuk boleh menggunakan kaedah-kaedah lain yang telah diterima

pakai oleh JKR atau badan-badan professional yang lain. CBR yang

digunakan untuk panduan ini ialah antara 5% hingga 10%. Bagi jenis

tanah yang lemah, rekabentuk yang khas perlu dibuat dan penggunaan

kaedah-kaedah penguatan asas seperti lapisan terram (geotextiles dan

sebagainya) perlu difikirkan bersesuaian dengan kos. Spesifikasi untuk

bahan-bahan pembinaan jalan dicadangkan menggunakan spesifikasi

JKR Malaysia.

4.4 Penyelenggaraan Jalan

Penyelanggaraan adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memulihara,

menjaga, mengendali dan mengawalselia bangunan, kemudahan,

kelengkapan, perkhidmatan dan persekitarannya.

4.4.1 Penyelenggaraan jalan bermaksud semua kerja-kerja yang

terlibat bagi tujuan mengekalkan keadaan jalan (sejauh mana

boleh) seperti keadaan asalnya dari segi ciri-ciri geometri dan

juga kekuatan strukturnya. Tiga objektif utama

penyelenggaraan jalan adalah seperti berikut :

i. Untuk mengurangkan kadar kerosakan ataupun kegagalan

jalan dengan itu memanjangkan usia jalan.

29
ii. Untuk mengurangkan kos operasi kenderaan yang

menggunakan jalan raya tersebut dengan menyediakan

permukaan yang baik.

iii. Untuk memberikan keselesaan serta menjamin keselamatan

semua pengguna jalanraya.

4.4.2 Kerja-kerja penyelenggaraan jalan boleh dibahagikan kepada

2 jenis utama:-

i. Penyelenggaraan biasa (routine maintenance) seperti:

membaiki lopak dan lubang dipermukaan jalan, memotong

rumput, membaiki bahu jalan, membersihkan longkang tepi

jalan, mengecat garis jalan, menyelenggara lain-lain

kelengkapan jalanraya.

ii. Penyelenggaraan berkala (periodic maintenance) seperti

membaru muka jalan, membentuk semula bahu jalan.

4.4.3 Objektif penyelenggaraan

i. Mengenalpasti kerosakan dgn melakukan pemantauan

berterusan & ujian penilaian mutu jalan.

ii. Memastikan jalanraya sentiasa dalam keadaan bersih, selesa

& selamat.

iii. Menghadkan proses kemerosotan jalan dgn mengadakan

langkah perlindungandan pembaikan.

iv. Memanjang tempoh hayat rekabentuk jln.

4.4.4 Tujuan penyelenggaraan

i. Mengawal kadar kerosakan.

30
ii. Memastikan perkhidmatan jalan tidak berada di bawah paras

yg menyulitkan kepada awam.

iii. Kurangkan kos pembaikan ke atas kenderaan awam

disebabkan kerosakan jalanraya.

iv. Kurangkan kos penyenggaraan yang berlebihan kerosakan

kecil disenggara awal.

v. Penyenggaraan perlu dilakukan untuk elak kerosakan jika

sumber bahan turapan berkurangan, ini akan mendatangkan

masalah untuk pembinaan jalan baru.

vi. Meliputi operasi yang dijalankan untuk mengekalkan turapan,

bahu, tambakan, potongan, sistem penyaliran dan semua

perabut jalan kepada keadaan asal

4.5 kerja-kerja di tapak.

4.5.1 Kerja-kerja sukatan jalan

i. Menyukat jalan sebanyak 3 kilometer sehari sepanjang jalan

yang akan di baik pulih.

ii. Tolak roller sepanjang 25 ataupun 100 meter perjalanan dan

catatan diambil pada setiap 25 dan 100 meter perhentian.

31
Rajah 4.5.1(a): Roller yang digunakan semasa menyukat jalan.

iii. Mengambil setiap gambar papan tanda yang berada di jalan

dan mencatat ukuran jarak papan tanda.

iv. Mengukur panjang dan kedalaman culvet.

v. Mengambil gambar semua papan tanda JKR di sepanjang

jalan yang diukur.

Rajah 4.5.1(b): gambar papan tanda

4.5.2 California Bearing Ratio (CBR)

a) California Bearing Ratio adalah satu ujian penusukan untuk

menilai kekuatan jalan subgrades dan basecourses.

32
b) Ia telah dibangunkan oleh California Department of

Transportation sebelum Perang Dunia Kedua.

i. Alat ujian diletakkan di atas lapisan jalan bagi menguji

kekuatan crusher run yang diletakkan.

ii. Beban dikenakan ke atas lapisan tersebut dengan

menggunakan sebarang kenderaan yang ada, selalunya

menggunakan lori.

Rajah 4.5.2 (a): ujian CBR

iii. Dial gauge akan mengukur tahap kedalaman tusukan yang

berlaku mengikut beban yang dikenakan.

iv. Data direkod dan dikaitkan dengan nilai nisbah California.

33
4.5.3 Kerja-kerja premix

i. Trial lay premix adalah satu lapisan ujian yang dituang ke atas

lapisan asas jalan.

ii. Dilakukan pada satu bahagian jalan bukan pada keseluruhan

jalan.

iii. Sebelum membuat kerja-kerja pemasangan permukaan jalan

berturap (trial lay), pastikan permukaan crusher-run telah

disembur dengan prime-coat dan tanda-tanda amaran jalan

telah disediakan untuk pengawalan kenderaan (kalau jalan

tersebut dilalui oleh kenderaan).

Rajah 4.5.3(a): permukaan crusher-run yang telah

disembur.

iv. Pastikan jenis premix yang akan dipasang  dan kemudian

dihantar ke tapak adalah menepati sebagaimana lukisan

samada dari jenis asphaltic concrete, premix biasa, lapisan

34
binder atau lapisan wearing. Kesemua campuran ini adalah

direka bentuk mengikut piawaian Marshall Method.

v. Kerja-kerja premix terbahagi kepada dua iaitu regulate dan

resurface.

vi. Resurface adalah kerja membaik pulih permukaan jalan atau

turapan jalan.

vii. Sebelum kerja resurface dilakukan, kerja regulate perlu

dilakukan dahulu jika terdapat jalan yang berlubang dan tidak

rata.

viii. Saiz aggregate untuk regulate lebih kasar berbanding

saiz aggregate untuk resurface.

Rajah 4.5.3 (b): mesin premix yang digunakan semasa

turapan jalan.

ix. Ketebalan premix regulate adalah 14 mm manakala resurface

pula ketebalannya 25 mm.

x. Suhu diambil selepas penuangan premix ke dalam mesin

premix dan diambil selepas penurapan premix.

35
Rajah 4.5.3(c): memeriksa suhu premix.

xi. Suhu sebelum penurapan mestilah tidak melebihi 180°C.

xii. Manakala suhu selepas penurapan tidak boleh rendah

melebihi antara 135°C - 145°C mengikut spek yang ditentukan

oleh JKR.

Rajah 4.5.3 (d): borang rekod suhu.

36
xiii. Sebelum menurap premix, roller perlu dibasahkan

terlebih dahulu untuk mengelakkan premix melekat pada roller.

Rajah 4.5.3 (e): roller untuk meratakan premix.

4.5.4 Kerja-Kerja Milling.

i. Milling merupakan kerja pengorekan / pembuangan premix

yang lama di atas titi bagi membaik pulih jalan.

Rajah 4.5.4 (a): mesin milling yang digunakan untuk

membuang premix.

ii. Milling mesin berfungsi sebagai pemotong premix yang rosak.

37
iii. Potongan premix dibuat sehingga bertemu dengan permulaan

simen asal bagi jalan tersebut.

iv. Milling mesin mempunyai roda yang bergigi tajam berfungsi

untuk memotong lapisan turapan.

v. Premix yang dipotong akan dibuang ke atas lori.

Rajah 4.5.4(b): premix lama dibuang ke dalam Lori.

vi. Sebelum kerja milling dilakukan, penuangan air ke atas premix

lama perlu dilakukan untuk memudahkan kerja pemotongan

premix yang lama.

vii. Selepas pembuangan premix dilakukan, kawasan yang

dikorek akan dicuci terlebih dahulu sebelum resurface

dilakukan.

viii. Bobcat digunakan untuk membuang debu-debu

lebihan premix.

38
Rajah 4.5.4(c): mesin bobcat digunakan untuk mencuci

premix.

4.5.5 Coring Test

i. Coring adalah proses membuang satu sampel berbentuk

silinder, atau teras, dari tanah, menggegar, atau permukaan

berturap.

ii. Pekerja melakukan ujian ini menggunakan mesin-mesin

penggerudian teras yang khas.

iii. Ujian coring dijalankan bagi mengetahui keadaan sub

permukaan atau menguji kekuatan dan kestabilan tanah atau

turapan.

Rajah 4.5.5(a): mesin penggerudi

iv. Sampel yang dikeluarkan, diukur saiz kedalaman panjangnya

sama ada memenuhi spesifikasi atau tidak.

39
v. Teras memotong. Teras diambil menggunakan pisau

pemotong yang tersendiri 75 mm, 100 mm atau 150 mm garis

pusat.

vi. Lokasi dipilih untuk mengelak keluli supaya dapat

meminimumkan kerosakan kepada struktur.

vii. Sampel yang dikeluarkan diukur saiz kedalaman panjangnya

sama ada memenuhi spesifikasi.

Rajah 4.5.5(b): mengukur sampel.

4.6 Jenis Turapan

Rajah 4.6.1(a): lapisan pembentukan jalan.

40
4.6.1 Turapan lentur (flexible pavement).

i. Terdiri daripada dengan bahan bitumen (atau asfalt).

ii. Dinamakan "lentur" kerana keseluruhan struktur turapan

"melentur" atau "memesong" ke bawah disebabkan oleh

beban trafik.

iii. Terdiri daripada beberapa lapisan bahan yang boleh

menampung lenturan ini.

iv. Menggunakan lapisan permukaan yang lebih fleksibel dan

mengagihkan beban lebih kawasan yang lebih kecil.

v. Bergantung kepada kombinasi lapisan untuk menyebarkan

beban kepada subgred.

4.6.2 Turapan Tegar (rigid pavement).

i. Terdiri daripada konkrit simen portland (PCC).

ii. Dinamakan "tegar" kerana strukturnya adalah lebih keras

daripada turapan lentur kerana kekukuhan tinggi daripada

PCC.

iii. Oleh disebabkan kekukuhan tinggi daripada PCC, pengagihan

bebannya adalah ke atas kawasan yang agak luas pada

subgred.

iv. Papak konkrit itu sendiri memberikan kapasiti struktur turapan

tegar.

41
BAB 5

KESIMPULAN

5.1 Kesimpulan

Sepanjang menjalani Latihan Industri di Mada Rice Training Center dan

ditempatkan di Bahagian Teknikal, pelbagai pengetahuan yang baru

saya pelajari di MRTC. Segala pembelajaran semasa di politeknik dapat

diaplikasikan dalam suasana pekerjaan sebenar. Setelah 4 bulan

berkhidmat di MRTC saya telah memperolehi banyak pengalaman

disamping menimba banyak pengetahuan yang tidak mungkin saya

lupakan. Melalui program latihan industri ini, saya telah didedahkan

kepada bentuk alam pekerjaan yang sebenar. Oleh yang demikian, ia

secara tidak langsung telah mendisiplinkan saya sebagai seorang

pekerja dan mendedahkan saya kepada struktur organisasi jabatan atau

42
firma. Di MRTC, saya telah diberi peluang untuk melihat dan mengambil

bahagian dalam aktiviti-aktiviti kerja yang dilakukan oleh staf di sini.

Dengan aktiviti sebegini, ia adalah satu permulaan yang baik untuk

membolehkan saya mengguna dan mempraktikkan pengetahuan serta

pertimbangan sendiri dalam menjalankan tugas-tugas yang

diamanahkan. Selain itu juga saya

telah diajar untuk bekerjasama dalam satu kumpulan untuk

menyelesaikan dan melaksanakan sesuatu tugas. Melaluinya wujud lah

satu suasana yang harmoni dan terjalin sebuah ikatan perhubungan

yang baik antara sesama pelatih dan pekerja. Semasa menjalani latihan

industri di MRTC pihak syarikat banyak menyediakan kemudahan bagi

pelajar latihan industri. Selain itu mesin fotokopi disediakan bagi

memudahkan pelajar membuat salinan bahan yang dipelajari dan juga

memudahkan pelajar membuat laporan akhir. Kemudahan bilik dokumen

atau bahan rujukan disediakan bagi memudahkan para pekerja dan

pelajar untuk membuat rujukan mengenai kerja yang ingin dilakukan.

Sistem pengurusan latihan industri yang dianjurkan oleh politeknik di

Malaysia khususnya Politeknik Sultan Abdul Halim Mu‟adzam Shah,

bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang berkemahiran bahkan telah

memberi peluang melatih saya menulis sebuah laporan teknikal yang

lengkap. Akhir sekali, melalui laporan dan segala pengalaman yang

diperolehi tentunya akan menjadi aset penting untuk kerjaya saya kelak

dan melahirkan pelajar yang berkebolehan dalam semua aspek. Saya

ingin mengucapkan terima kasih kepada pekerja-pekerja di MRTC dan

43
MADA Wilayah II kerana sudi memberi tunjuk ajar dan tidak pernah jemu

mengajar saya setiap masa. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima

kasih kepada Pengurus Bahagian, Jurutera Projek, Jurutera-jurutera,

Penolong-penolong Jurutera, dan semua staf di MRTC serta semua

pihak yang terlibat sepanjang tempoh saya menjalani latihan industri.

Semua ilmu pengetahuan yang diperolehi akan saya gunakannya sama

ada untuk diri saya sendiri ataupun keluarga. Jasa-jasa baik mereka

akan saya ingati dan tidak akan saya lupakan.

44
BAB 6

KOMEN DAN CADANGAN

6.1 Pengenalan

Setelah menjalani latihan industri selama 15 minggu, terdapat banyak

perkara yang telah saya pelajari sepanjang ditempatkan di Bahagian

Teknikal. Seperti biasa setiap perkara yang berlaku ada buruk dan ada

baiknya, begitu juga dengan latihan industri ini. Latihan industri ini amat

baik untuk para pelajar kerana ianya lebih banyak memberi manfaat

berbanding keburukkannya. Dengan adanya latihan ini, saya telah

didedahkan kepada alam pekerjaan yang sebenar. Selain itu saya dapat

belajar cara bergaul dengan golongan yang berbeza dan ini

meningkatkan keyakinan saya dalam berkomunikasi serta menjadikan

saya lebih matang apabila dapat berkongsi pendapat, nasihat dan

45
sebagainya semasa bergaul. Latihan industri ini juga membuka peluang

kepada saya untuk berhubung terus dengan pihak pengurusan syarikat

dan seterusnya dapat membuka jalan kepada saya untuk menjadi salah

seorang daripada kakitangan syarikat ini apabila tamat pengajian. Hal ini

memudahkan saya untuk mencari pekerjaan apabila tamat pengajian

nanti. Oleh itu, saya mempunyai beberapa cadangan dan komen kepada

pihak syarikat dan politeknik agar dapat bersama-sama kita maju dalam

semua aspek yang diceburi.

6.2 Komen dan Cadangan

Sepanjang menjalani latihan industri di MRTC ia memberikan saya

banyak pengalaman dan kerjasama dari pekerja-pekerja di pejabat.

Segala pengalaman dan tunjuk ajar semasa satu semester menjalani

latihan industri dapat saya praktikkan pada kerjaya saya yang

seterusnya. Namun begitu terdapat beberapa komen dan cadangan

yang akan saya ketengahkan di sini.

Saya mencadangkan pihak pengurusan politeknik menambah lebih

banyak lagi jam kredit untuk menjalankan amali di dalam modul bagi

setiap semester.  Ini adalah kerana saya dapati bahawa apa yang

dipelajari secara amali lebih mudah berbanding teori.  Hal ini secara

tidak langsung juga dapat membantu pemahaman teori pelajar.  Ini

kerana sewaktu saya menjalani latihan industri barulah saya dapat

merasai betapa sedikitnya pengetahuan saya selama ini.  Pihak

Politeknik dengan pihak syarikat perlu menjalankan kerjasama yang baik

dan  sentiasa berganding bahu dalam menjayakan latihan industri yang

46
diwujudkan. Seterusnya Pihak Politeknik perlu mengadakan perjumpaan

khas antara siswa dan siswi senior yang telah menjalani latihan industri

bagi memberi penerangan mengenai latihan industri, Pihak Politeknik

juga perlu mengambil tahu terhadap pelatih yang mengalami kesulitan di

tempat program latihan industri. Program latihan industri ini perlu

diteruskan lagi kerana ia bukan sahaja banyak memberi faedah kepada

siswa dan siswi malah juga kepada pembangunan negara dari segi

penyediaan tenaga pekerja yang mahir.

Selain itu juga, Pihak syarikat seharusnya memberikan tunjuk ajar dan

kerjasama yang lebih memberangsangkan ketika bersama-sama dengan

pelatih, hendaklah memperbanyakkan lagi pelatih memasuki kursus-

kursus kemahiran yang ditawarkan. Selain itu, haruslah menyediakan

perancangan yang tersusun seperti mengadakan jadual latihan kepada

pelajar latihan industri agar kerja lebih teratur dan boleh membuat kerja

dengan lebih baik, perlu seimbangkan masa untuk pelajar bagi kerja-

kerja di tapak bina dan di dalam pejabat, menggantikan peralatan lama

yang sering rosak dengan peralatan yang baru, pihak syarikat perlulah

mengizinkan pelatih membuat kerja bersama seorang pekerja untuk

bantuan pertolongan dalam pekerjaan.

47
RUJUKAN

1. Khairul Faezi bin Md Nayan. Ketua Pusat Bertauliah, Jurutera.

2. Shamsuri bin Salleh Penolong Jurutera Awam.

3. Mohd Noor bin Halimin Pembantu Tadbir.

4. http://www.google.com

5. http://www.mada.gov.my/?page_id=1611

6. https://www.scribd.com/doc/207700870/Laporan-Akhir-Latihan-Industri-

Mohammad-Nazirul-Bin-Zainal-Abidin-15DPB11F1034.

7. https://www.slideshare.net/JiusMusz/co4-l3-1-new/1.

8. Buku jurnal Refleksi Latihan Industri.

9. Abdul Hakim Bin Mohamed (1991). “Perancangan Projek Pembinaan”

Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

10. Abdul Hakim Bin Mohamed (1994). “Penyediaan Tapak Dan Struktur

Bawah”, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

11. Arahan Teknik Jalan. Jabatan Kerja Raya Malaysia.

12. Mohd Rosli Hainim Dan Che Rosli Ismail (1999). “Nota Jalan Raya”,

Fakulti Kejuruteraan Awam, University Teknologi Malaysia.

48
49

Anda mungkin juga menyukai