Anda di halaman 1dari 18

PERSEPSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP ISU KEMASUKAN

PEKERJA ASING:
SATU KAJIAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN DI KUCHING,
SARAWAK.

MAIZATUL AZIAN BINTI MARJUKI

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN


(KAJIAN HUBUNGAN INDUSTRI & PERBURUHAN)

2018
BAB 1: PENGENALAN

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Industri pembinaan memainkan peranan utama dalam penghasilan asas kepada aset
sebuah negara. Hal ini demikian kerana, bangunan pencakar langit yang terdapat di Malaysia
boleh menjadi esat negara dan tarikan pelancong asing yang menyumbang kepada ekonomi
negara. Oleh itu, ia menyumbang sejumlah besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) di negara-negara membangun.

Pada masa kini, kemajuan ekonomi sangat penting dalam menentukan pembangunan
masa depan sesebuah negara. Hal ini kerana, kemajuan dan pembangunan adalah dua konsep
yang saling berkaitan antara satu sama lain. Sesebuah negara yang sedang membangun
memerlukan kemajuan dalam pelbagai aspek seperti ekonomi, keselamatan dan kepimpinan
sebuah negara itu sendiri. Kemajuan ekonomi memerlukan gabungan beberapa komponen
penting seperti buruh, tanah, modal dan teknologi yang digunakan secara cekap tanpa
pembaziran. Maka faktor buruh merupakan salah satu sumber pengeluaran yang penting di
mana menjadi penyumbang utama dalam proses pembangunan negara tanpa mengira buruh
tempatan atau buruh asing. Secara umumnya, pengambilan buruh asing di Malaysia adalah
untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor-sektor tertentu seperti sektor
perladangan, pembinaan, perkhidmatan, perkilangan dan pembuatan. Kemasukan golongan
ini dapat mengatasi kekurangan tenaga kerja dalam jangka pendek (Preibisch, 2007).

Secara keseluruhannya, kajian ini adalah sangat penting untuk mengkaji masalah yang
dibangkitkan dalam mengurus pekerja asing dalam industri pembinaan di Kuching, Sarawak.
Di samping itu, kajian ini juga sangat penting bagi mengetahui masalah yang timbul dalam
kalangan pekerja asing di Kuching, Sarawak.
1.2 PENYATAAN MASALAH

Kepesatan ekonomi Malaysia yang berlaku sejak 1980an dan 1990an telah
meningkatkan peluang pekerjaan. Keadaan ini telah menyebabkan ramai warga asing
berhijrah ke Malaysia untuk bekerja dan memperolehi pandapatan yang lebih lumayan
berbanding di negara asal mereka. Penghijrahan pekerja asing terutamanya yang tidak mahir
semakin meningkat sehingga ke hari ini. Kebanyakan pekerja asing bekerja dalam sektor-
sektor seperti pertanian, perladangan, pembuatan, perkhidmatan, pembinaan dan pembantu
rumah. Oleh sebab itu, tidak dinafikan bahawa pekerja asing turut memberi sumbangan yang
relevan dalam pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Namun, dari aspek negatifnya, kebanjiran
mereka telah menyebabkan berlakunya penguncupan kepada peluang ekonomi dan pekerjaan
dalam kalangan penduduk tempatan.

Berdasarkan kajian lepas, pengkaji mendapati bahawa jurang dalam kajian ini iaitu,
peningkatan kepada masalah sosial di kalangan pekerja asing di Malaysia. Masalah ini terus
meningkat tahun demi tahun dan ini tidak mustahil berlaku disebabkan oleh masalah pekerja
asing yang melarikan diri dari tempat pekerjaan. Berdasarkan statistik dari Polis Diraja
Malaysia (PDRM) pada tahun 2014, jenayah kekerasan membabitkan warga asing dalam
jenayah Indeks Malaysia meningkat kepada 1,780 kes pada Januari hingga Jun tahun 2014
berbanding 1,524 kes pada tempoh yang sama tahun 2013. (Berita Harian, 2014)

Selain itu, kerugian dari aspek ekonomi juga merupakan masalah yang timbul seperti
permasalahan mobiliti pekerja asing tersebut. Pihak kerajaan boleh dikatakan mengalami
kerugian dari segi kutipan cukai pekerja asing dan kos pengurusan pendatang tanpa izin
(PATI). Pihak majikan pula mengalami kerugian kerana pengambilan pekerja asing. Kos lain
juga seperti cukai kepada kerajaan, bayaran kepada agen dan juga wang pendahuluan pekerja
yang terpaksa ditanggung oleh pihak majikan. (James, 2004) Justeru, kajian ini penting untuk
melihat kepada masalah yang dibangkitkan dalam mengurus pekerja asing dalam industri
pembinaan di Kuching, Sarawak.
1. 3 SOALAN KAJIAN

1) Apakah masalah yang dibangkitkan dalam mengurus pekerja asing dalam industri
pembinaan di Kuching, Sarawak.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

1) Untuk mengkaji kebajikan pekerja asing dalam industri pembinaan di Kuching, Sarawak.

2) Untuk mengetahui masalah yang timbul dalam kalangan pekerja asing di Kuching,
Sarawak.

3) Untuk mengenalpasti faktor yang dipengaruhi oleh kemasukan pekerja asing di Kuching,
Sarawak.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Malaysia merupakan salah satu negara yang membangun dari segi ekonomi mahupun
teknologi. Pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk menjadikan negara Malaysia sebuah
negara yang maju dan terus membangun. Salah satu teras utama dalam menjadikan Malaysia
sebuah negara yang membangun secara sepenuhnya ialah dengan memberi penekanan kepada
pembangunan sumber manusia. Sumber tenaga kerja yang utama ini adalah bergantung
kepada tenaga belia yang mempunyai tahap disiplin tinggi, berpendidikan dan sedia untuk
dilatih. Akan tetapi, dalam industri pembinaan di negara Malaysia dibanjiri oleh pekerja asing
dari pelbagai tempat. Seperti ulasan Khairul Annuar Abdul Aziz iaitu Timbalan Presiden
Persatuan Penguasaha Stesen Minyak (PDAM), pekerja asing banyak memenuhi pekerjaan
dalam industri pembinaan adalah kerana alasan pekerja tempatan tidak sanggup berpanas dan
penat berdiri terlalu lama. Oleh itu, kajian yang dilakukan oleh pengkaji adalah sangat
penting untuk masyarakat dan pengkaji sendiri. Hal ini adalah kerana pengkaji ingin
mengetahui dan mengesan masalah yang timbul dalam kalangan pekerja asing di samping
mengesan faktor kemasukan pekerja asing dan menjadi pekerja dalam industri pembinaan di
Kuching, Sarawak.
1.6 DEFINISI ISTILAH

Berdasarkan tajuk kajian ini, pengkaji telah menggunakan beberapa istilah yang perlu
diketahui dan difahami. Antara istilah penting yang digunakan ialah pekerja asing dan
industri pembinaan.

Pekerja bermaksud orang yang diambil bekerja oleh majikan di bawah suatu kontrak
perkhidmatan atau perantisan. Kontrak perkhidmatan atau perantisan itu boleh dalam secara
bertulis atau secara lisan samada tersurat atau tersirat. Mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua,
pekerja bermaksud orang yang bekerja untuk memperoleh pendapatan. Istilah asing atau
migrasi dapat didefinisikan sebagai penghijrahan sekumpulan manusia dari satu negara ke
satu negara yang lain untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi. Secara amnya, pekerja
asing adalah orang yang bekerja di negara yang dia bukanlah seorang warganegara.

Seterusnya ialah istilah industri dan pembinaan. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua,
industry ialah perusahaan secara besar-besaran di mana negara-negara yang mendapat hasil
yang banyak daripada industri-industrinya manakala untuk istilah pembinaan pula, Kamus
Pelajar Edisi Kedua mendefinisikan pembinaan sebagai perbuatan atau hal membina seperti
pembangunan. Secara keselurahannya, industri pembinaan merangkumi sektor yang
merancang, merekabentuk, memulihara, meruntuhkan dan membaiki pelbagai jenis bangunan
serta semua jenis kerja kejuruteraan awam, mekanikal, elektrikal dan kerja-kerja yang
berkaitan.

1.7 SKOP KAJIAN

Dalam kajian ini penyelidik mengunakan sumber-sumber daripada tinjauan dan temu
bual daripada masyarakat tempatan serta rujukan berasaskan ilmiah seperti artikel atau jurnal,
kamus, tinjaunan dan buku untuk mendapat bahan dalam kajian ini. Kajian ini di bahagi
kepada dua bahagian iaitu pengenalan dan kajian lepas. Bahagian pertama iaitu pengenalan
mempunyai latar belakang kajian, penyataan masalah, objektif, persoalan kajian dan skop
kajian. Manakala bahagian dua menerangkan mengenai kajian lepas dan metodologi. Skop
kajian ini memfokuskan mengenai isu pekerja asing dalam industri pembinaan di Kuching,
Sarawak.
BAB 2: KAJIAN LEPAS

2.1 KONSEP DAN DEFINISI

Berdasarkan artikel “The Impact of Employment of Foreign Workers: Local


Employability and Trade Union Roles in Malysia” yang ditulis oleh Ramesh Kumar Moona
Haji Mohamed el, at., (2012) menyatakan bahawa pekerja asing ini adalah pekerja bukan
warganegara dan bekerja secara sementara di negara lain. Pekerja asing ini diambil bekerja
melalui agensi pengambilan pekerja atau terikat dengan kontrak sementara oleh syarikat
tertentu untuk memenuhi keperluan tenaga buruh dalam sektor-sektor tentu. Selain itu,
pekerja asing diketegorikan kepada dua iaitu mempunyai permit atau tidak mempunyai
permit. Hal ini demikian kerana pekerja asing yang mempunyai permit biasanya diambil oleh
majikan secara sah manakala pekerja yang tidak mempunyai permit merupakan pendatang
asing tanpa izin (PATI).

Menurut US Census Bureau, (1997) mentakrifkan sektor pembinaan melibatkan


dalam pembinaan bangunan dan struktur-struktur lain, pembinaan berat, tambah,
pengubahsuaian, pembinaan semula, pemasagan, penyenggaraan dan pembaikan dipetik oleh
Omar Osman, (2006). Indastri pembinaan ini amat penting kepada negara dalam
meningkatkan ekonomi dan pembangunan negara. Oleh itu, dalam industri ini memerlukan
tenaga buruh yang ramai untuk menjalankan pembinaan dan hal ini majikan terpaksa
mengambil pekerja asing akibat kekurangan buruh dalam industri ini.

2.2 TEORI

Kajian ini telah menggunakan teori Neoclassical Macro iaitu Migration Theory by
Lewis (1954), Hicks (1963), and Harris and Todaro (1970). Teori ini membincangkan
berkaitan dengan perbezaan gaji dimana setiap perbezaan gaji yang berlaku adalah
merupakan salah satu faktor berlakunya penghijrahan pekerja asing ke negara lain khususnya
ke Malaysia (Eva Olejarova, 2007.page 13). Akan tetapi, teori ini juga beranggapan bahawa
migrasi tidak akan berlaku jika tiada perbezaan gaji di antara negara-negara yang menerima
pekerja asing. Selain itu, penghijrahan migrasi tidak sepenuhnya bebas daripada risiko yang
negatif mahupun positif kerana pendatang asing tidak semestinya mendapat pekerjaan
sewaktu mereka berhijrah ke bandar mahupun luar bandar. Teori ini juga berkait rapat dengan
modal insan dan investasi. Apabila berlakunya kekurangan modal insan yang relatif di
negara-negara miskin, ianya akan menghasilkan pulangan yang tinggi dan secara langsung ia
akan menarik investasi. Hal ini juga termasuklah pergerakan modal insan dimana tenaga
buruh yang mahir akan memperolehi pulangan yang tinggi disebabkan mereka mempunyai
kemahiran dalam tenaga kerja.

The New Economic of Labor Migration Theory juga merupakan teori yang digunakan
dalam kajian ini kerana teori ini berkaitan dengan kajian yang dijalankan dan teori ini
membincangkan berkaitan dengan pendekatan terhadap pekerja asing atau migrasi.
Pendekatan migrasi ekonomi baru untuk mengembalikan penghijrahan melampaui tindak
balas terhadap perbezaan gaji dari sudut yang negatif. Teori ini serba sedikit mempunyai
perbezaan dengan teori Neoclassical Macro iaitu Migration Theory tetapi saling berkaitan
antara satu sama lain. Kebanyakan kajian lepas menggunakan dua teori tersebut kerana
kedua-dua teori sangat sesuai dengan migrasi.

2.3 SOROTAN KAJIAN LEPAS

Berdasarkan daripada kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan kajian ini, terdapat
beberapa isu yang sering dibangkitkan dalam setiap kajian dijalankan. Sebagai contoh,
berkaitan dengan isu gaji. Isu gaji merupakan satu isu yang hangat diperkatakan sama ada
gaji bagi pekerja tempatan mahupuun pekerja asing. Berdasarkan kajian lepas, Negative
Impact Induced by Foreign Workers: Evidence in Malaysian Construction Sector yang ditulis
oleh Hamzah Abdul Rahman, et el.(2012) menyatakan bahawa kebanyakan pekerja asing dari
negara lain datang ke negara Malaysia untuk mendapatkan pendapatan walaupun mereka
mendapat pendapatan yang rendah. Sama seperti dalam kajian Impact of Foreign Workforce
on Productivity in Foreign-Funded Infrastructure Project yang dikaji oleh Nayanthara De
Silva and R.Darmicka (tahun) juga menyatakan bahawa pengambilan pekerja asing untuk
bekerja merupakan satu manfaat atau jalan terbaik kerana permintaan gaji yang rendah untuk
pekerja asing yang datang bekerja ke negara Malaysia. Kebiasaannya, pekerja asing
sememangnya sinonim dengan “gaji rendah” kerana mereka tidak memilih pekerjaan yang
ditawarkan walaupun mereka terpaksa berpanas dan menghadapi situasi yang kurang selesa
sehingga menyebabkan mereka sanggup untuk bekerja demi menyara kehidupan keluarga.

Selain daripada isu gaji, kajian lepas banyak mengupas isu mengenai pemilihan
pekerjaan dalam kalangan pekerja tempatan dan pekerja asing. Istilah pemilihan pekerjaan ini
sesuai dengan pekerja tempatan berbanding pekerja asing. Hal ini adalah kerana pekerja asing
tidak akan pernah memilih pekerjaan kerana mereka pun masuk ke negara lain untuk mencari
pekerjaan seperti yang dikatakan oleh Ramesh Kumar, et.el (2012) dalam kajian The Impact
of Employment of Foreign Workers: Local Employability and Trade Union Roles in
Malaysia. Apabila pekerja asing tidak memilih pekerjaan yang ditawarkan, ianya satu
kebaikan untuk majikan atau kontraktor kerana majikan tidak perlu risau mencari pekerja
untuk menyelesaikan semua projek-projek seperti pembinaan. Tambahan lagi, jikalau pekerja
asing tersebut tidak memilih pekerjaan, pekerja tempatan terhad untuk mendapatkan
pekerjaan kerana kekosongan bagi setiap pekerjaan yang ditawarkan telah dipenuhi oleh
pekerja asing. Ini akan menyebabkan isu pekerja tempatan sukar mendapat pekerjaan
disebabkan kemasukan pekerja asing ke negara Malaysia menjadi hangat dari semasa ke
semasa. Pekerja tempatan mungkin memilih pekerjaan bukan kerana tidak berminat tetapi
gaji yang diberikan oleh majikan mungkin tidak setimpal dengan kelayakan yang mereka ada.

Isu yang seringkali dibincangkan dan dikaji kebanyakan hanya fokus kepada dua isu
tersebut iaitu isu gaji dan isu pemilihan pekerja tapi tidak ramai dan tidak banyak kajian yang
membincangkan mengenai isu komunikasi antara pekerja dan majikan. Walhal, komunikasi
merupakan satu elemen penting dalam sesebuah organisasi khususnya dalam industri
pembinaan yang melibatkan pekerja asing. Pengkaji lepas berpendapat masalah komunikasi
adalah salah satu impak mengambil pekerja asing bekerja. Kebiasaanya, masalah bahasa
apabila pekerja asing tidak mahir berbahasa Inggeris dengan majikan. Ini akan menyukarkan
majikan menyampaikan maklumat kepada pekerja asing berkaitan dengan projek atau
pekerjaan. Masalah komunikasi antara majikan dan pekerja merupakan konflik yang telah
wujud sejak sekian lama sehingga sekarang. Sesetengah majikan juga merasakan mereka
mempunyai hak untuk berlagak bagai raja dan merendah-rendahkan pekerja. Tetapi, pekerja
khususnya pekerja asing juga tidak kurangkan. Kekadang dalam sesetengah situasi, apabila
pekerja tidak dpaat mengawal amarah atau tekanan emosi, tanpa sedar mereka mereka
mengeluarkan kata-kata kesat yang akan mencalarkan hubungan professional majikan dan
pekerja serta pertumbuhan syarikat dari semasa ke semasa. Oleh itu, masalah komunikasi
antara majikan dan pekerja perlu dititikberatkan agar tidak berlaku perkara yang tidak
diingini sehingga menyebabkan kedua-dua pihak tidak bersefahaman.

Berdasarkan kepada keadaan ini, dapatlah disimpulkan bahawa kajian-kajian lepas


mengenai pekerja asing dan fenomena pendatang banyak memfokuskan kepada aspek-aspek
kelemahan daripada pihak majikan dan cara menangani masalah pekerja asing, di samping
turut melihat kepada faktor yang menyebabkan isu seperti ini berlaku. Walaupun kajian-
kajian awal melihat tentang kebergantungan ekonomi negara dan negeri kepada pekerja
asing, namun ia tidak membincangkan bagaimana menangani dan mengurangkan isu-isu
yang berlaku dalam negara mahupun dalam negeri. Oleh itu, kajian ini akan mencuba untuk
melihat kepada satu perspektif yang kurang diberikan perhatian dalam memahami isu-isu
seperti ini.

2.4 HIPOTESIS

Model Kajian
PEKERJA ASING (PEKERJA)

 Gaji
 Negara yang terlibat
 Umur
 Kemahiran pekerja

ISU KEMASUKAN PEKERJA INDUSTRI


ASING DALAM INDUSTRI PEMBINAAN
PEMBINAAN DI KUCHING,
SARAWAK
 Kesan
 Jenis pekerjaan
pekerja asing dalam
industri pembinaan
 Peranan industri
pembinaan

H0: Terdapat hubungan yang singnifikan antara pendapatan pekerja dengan kemasukan
pekerja asing dalam industri pembinaan.
H1: Terdapat hubungan yang signifikan antara pendapatan pekerja asing dengan kemahiran
pekerja dalam industri pembinaan.

H2: Terdapat hubungan antara kekurangan tenaga buruh dengan kemasukan pekerja asing
dalam industri pembinaan.

2.5 CADANGAN

1. Dapat meningkatkan tenaga kerja di dalam industri pembinaan dengan kemasukan pekerja
asing.

2. Kadar pendapatan mempengaruhi pengambilan pekerja asing dalam industri pembinaan.

3. Kemahiran pekerja asing dalam industri pembinaan mempengaruhi pendapatan pekerja


asing tersebut.

BAB 3: KAEDAH KAJIAN


3.0 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini telah menggunakan tiga jenis kaedah iaitu kuantitatif, kualitatif dan kaedah
gabungan. Kaedah kuantitatif merupakan kajian berbentuk tinjauan dengan menggunakan
reka bentuk tinjauan keratan-lintang (cross-sectional survey). Data kuantitatif boleh diukur
melalui proses pengukuran seperti soal selidik dan dianalisiskan menggunakan Statistical
Package for the Social Sciences (SPSS). Menurut Malhotra et al. (1996), reka bentuk keratan-
lintang melibatkan kaedah pengumpulan data terhadap satu jenis sampel daripada populasi
yang dikaji secara sekali sahaja berdasarkan kepada atribut responden sedia ada yang dipetik
oleh Dato’ Hajah Aminah Abdul Rahman et al. (2014). Melalui reka bentuk ini, maklumat
dan pemerihalan mengikut setiap kategori responden dapat dijalankan secara komprehensif.

Manakala, kaedah kualitatif pula merujuk kepada kajian yang dijalankan memerlukan
pemerhatian yang teliti. Kaedah kualitatif tidak memerlukan bilangan responden yang banyak
tetapi memperolehi maklumat yang berkualiti dengan memberikan tumpuan kepada sampel
yang kecil dalam satu kumpulan (Hamzah, 2010). Selain itu, data kualitatif juga dapat
diperolehi melalui cara pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.

Menurut L.R. Gay et.al, kaedah gabungan adalah kaedah kajian pendekatan campuran
yang menggabungkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif dengan memasukkan kedua-dua
data kuantitatif dan kualitatif dalam satu kajian. Tujuan kaedah gabungan ini dibentuk adalah
untuk menghasilkan kajian kuatitatif dan kualitatif yang kukuh untuk memahami fenomena
kajian sahaja. Di samping itu, kajian secara gabungan ini juga adalah untuk memantapkan
sokongan terhadap sesuatu isu, hujah atau dapatan yang diperolehi daripada pelbagai
perspektif samada kuantitatif atau kualitatif.

3.1 POPULASI DAN PENSAMPELAN

Populasi merujuk kepada sekumpulan individu, objek atau benda kejadian yang
mempunyai ciri-ciri sama seperti yang ingin dikaaji. Menurut Rohana Yusof, (2004:105),
setiap individu atau objek dalam sesuatu populasi berkemungkinan berbeza-beza. Namun,
ianya mestilah mempunyai tidak kurang daripada suatu populasi sebagai mewakili populasi
tersebut. Populasi yang terpilih untuk kajian ini ialah masyarakat di sekitar kawasan Kuching,
Sarawak. Manakala, persampelan kajian ini telah diambil daripada sebahagian masyarakat di
kawasan Kuching, Sarawak mengikut kategori umur.
Berikut merupakan bilangan borang soal selidik dan soalan ujian yang di agihkan dan
bilangan yang diterima mengikut kategori umur.

Kategori Umur Bilangan Sampel


1 16-18 20
2 19-25 25
3 26-35 25
4 36 dan ke atas 30
Jumlah 100

Rajah 1: Jadual Agihan dan Terimaan Borang Soal Selidik dan Ujian

3.2 LOKASI KAJIAN


Kajian ini telah dilakukan di sekitar kawasan Kuching, Sarawak kerana kajian ini
perlu melihat dan menilai apakah persepsi masyarakat di sekitar kawasan Kuching, Sarawak
terhadap pekerja asing yang bekerja dalam industri pembinaan di Kuching, Sarawak.

Rajah 2: Peta kawasan kajian

3.3 INSTRUMEN KAJIAN


Kajian ini menggunakan beberapa instrumen dalam pengumpulan data, antaranya ialah:
1. Soal selidik
2. Temubual
Instrumen merupakan satu alat yang digunakan ketika menjalankan penyelidikan
untuk memperolehi data yang mencapai objektif kajian. Instrument kajian yang digunakan
dalam kajian ini ialah keadah soal selidik dan termu bual. Sebanyak 100 orang responden
yang akan dipilih secara rawak untuk memperoleh data dalam keadah gabungan yang
merangkumi kuantitatif dan kualitatif.

3.3.1 Soal selidik

Kajian berbentuk soal selidik merupakan salah satu kajian yang popular digunakan
dalam kalangan penyelidik kerana soal selidik boleh merangkumi bidang yang luas dan boleh
dirangka dengan mudah. Melalui soal selidik, maklumat yang berkaitan responden boleh
dirahsiakan. Ini membolehkan responden menjawab soalan berkenaan dengan selesa tanpa
rasa segan, risau atau bimbang.

Soalan soal selidik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian pertama mengenai
latar belakang responden seperti jantina, umur, tempat menetap, tahap pendidikan, status dan
jenis pekerjaan. Manakala bahagian kedua ialah mengenai cara untuk berhubung atau
berinteraksi dengan pekerja asing dan bahagian ketiga mengenai faktor-faktor kemasukan
pekerja asing di Kuching, Sarawak yang terdiri daripada tiga faktor. Antara faktornya ialah
dari segi ekonomi, sosial dan politik.

Bentuk soalan yang dikemukakan dalam soal selidik ini adalah soalan tertutup. Jenis
soalan ini mudah dianalisis dan mudah responden untuk menjawab kerana mereka hanya
dikehendaki memilih satu daripada beberapa jawapan yang diberikan.

Proses soal selidik dijalankan dengan penerangan ringkas daripada pengkaji tentang
tujuan soal selidik dilakukan dan menyatakan bahawa segala maklumat peribadi responden
akan dirahsiakan. Soalan ini bukanlah satu ujian dan tidak akan terdapat jawapan yang benar
atau salah. Responden diberi masa selama dua puluh minit untuk menjawab dan
melengkapkan borang soal selidik. Soalan soal selidik lebih tertumpu untuk mendapatkan
maklumat atau data tentang latar belakang responden dan persepsi mereka terhadap pekerja
asing. Borang soal selidik ini disediakan sebanyak 100set soalan.

3.3.2 Temu bual


Salah satu alat kajian yang mempunyai kaitan dengan kaedah kualitatif ini adalah dengan
menggunakan teknik temu bual. Hasil temu bual akan dianalisa untuk mendapatkan persepsi
mereka terhadap kemasukan pekerja asing di Kuching, Sarawak.

Terdapat tiga jenis temu bual di dalam kajian kualitatif iaitu temu bual berstruktur, temu
bual separa berstruktur dan temu bual tidak berstruktur (Patton, 1995). Dalam kajian ini,
pengkaji menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur kerana kaedah ini bersifat
fleksibel. Selain itu, kaedah ini sesuai digunakan kerana latar belakang responden yang dikaji
tidak sama, maka kaedah ini bersesuai untuk mengumpulkan maklumat atau jawapan
berkaitan dengan persepsi masyarakat tempatan terhadap faktor-faktor kemasukan pekerja
asing di Kuching, Sarawak.

3.4 KESAHAN, KEBOLEHPERCAYAAN DAN BAHASA

Kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu intrumen adalah penting bagi memastikan


dapatan yang diperolehi boleh dipercayai dan tidak dipersoalkan (Kerlinger & Lee, 2001).
Dengan ini, memastikan kesahihan dan kebolehpercayaan instrument adalah penting untuk
mengesahkan kebolehpercayaan dan kualiti instrumen yang digunakan. Langkah pertama
untuk memastikan kualiti instrumen adalah dengan memastikan kesahan instrumen yang
digunakan diikuti dengan langkah seterusnya iaitu menentukan kebolehpercayaan.

Aspek kandungan adalah aspek penting dalam memastikan item ujian yang
digunakan benar-benar sah. Kesahan sesuatu pengukuran atau instrumen merujuk kepada
sejauh mana instrumen berkenaan dapat mengukur aspek yang diperlukan (Mohd Majid
Konting, 2000). Dalam konteks ini, instrumen yang digunakan adalah soal selidik. Item soa
selidik ini juga telah digubal berdasarkan pengubahsuaian daripada soal selidik yang telah
diakui sebagai sah. Seterusnya, borang soal selidik ini juga disemak oleh pensyarah
Universiti Malaysia Sarawak yang pakar dalam bidang penyelidikan.

Di samping itu, untuk borang soal selidik yang digunakan dalam kajian ini, pengkaji
telah menggunakan tiga bahasa yang berbeza untuk memudahkan responden dalam
menjawab soalan soal selidik yang telah diedarkan. Antaranya bahasa yang digunakan ialah
bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Cina.
3.5 KAJIAN RINTIS

Kajian rintis adalah bertujuan untuk memastikan bahawa kaedah yang digunakan
mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi serta mampu mengumpul data
sebagaimana yang diperlukan. Seterusnya, hasil dapatan daripada pelaksanaan kajian rintis
ini akan membolehkan pengkaji mengenalpasti kelemahan instrumennya dan mengetahui di
mana kekuatan kajiannya.

Selain itu, kajian rintis ini dijalankan untuk menguji tahap kesukaran soalan-soalan
tersebut sama ada realistik dan praktikal serta bersesuian dan memenuhi keperluan kajian ini.
Oleh itu, mana-mana soalan yang tidak sesuai atau sukar difahami atau boleh mengelirukan,
boleh diperbaiki atau ditiadakan.

Soalan-soalan yang dibentuk terdiri daripada soalan-soalan terbuka dan tertutup yang
meliputi umur, jantina, tempat menetap, status, jenis pekerjaan dan sebagainya. Sebelum
kajian dijalankan, satu kajian rintis (pilot test) telah dilakukan dalam kalangan pensyarah dan
pelajar Universiti Malaysia Sarawak yang berasal dari negeri Kuching, Sarawak dan telah
melibatkan 25 orang dalam kalangan pensyarah dan 25 orang dalam kalangan pelajar.
Pemilihan pensyarah dan pelajar yang berasal dari Kuching, Sarawak dipilih adalah kerana
mereka mempunyai ciri-ciri persamaan dengan ciri-ciri responden yang diperlukan dalam
kajian ini.

3.6 ETIKA KAJIAN

Etika merupakan suatu cabang ilmu falsafah yang berteraskan konsep moraliti.
Etika dapat didefinisikan sebagai satu penyelidikan sistematik tentang kepercayaan dan
pertimbangan samada benar atau salah dari segi moral. Etika kajian kebiasaannya dilakukan
menggunakan manusia yang mempunyai perasaan dan pengalaman. Kaedah pengumpulan
data dalam sesetengah kajian pula menyentuh rahsia, emosi, hak, hal peribadi dan kebenaran
subjek kajian. Responden mempunyai maklumat rahsia atau sesuatu yang sulit di mana tidak
boleh diketahui oleh orang lain. Oleh itu, pengkaji perlu mengetahui etika kajian sebelum
merancang dan menjalankan kajian. Hal ini adalah kerana dalam bidang sains sosial, tingkah
laku beretika perlu diberikan perhatian yang serius kerana ianya melibatkan manusia sebagai
subjek.
Terdapat dua prinsip penting yang dipraktikkan dalam kajian ini. Antaranya ialah
non-maleficence dan justice. Dalam kajian ini, pengkaji telah mempraktikkan prinsip non-
maleficence di mana pengkaji menjalankan kajian ini secara sukarelawan dan bukan dengan
ugutan atau paksaaan terhadap responden untuk menjawab soalan soal selidik yang telah
diedarkan.

Selain itu, pengkaji juga telah mempraktikkan prinsip justice dalam kajian ini.
Hal ini terbukti apabila pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik secara rawak kepada
responden. Di samping itu, pengkaji juga telah melayan responden secara sama rata tanpa
perasaan pilih kasih.

3.7 KESIMPULAN

Kajian persepsi masyarakat terhadap pekerja asing di Kuching, Sarawak ini sangat
menarik kerana negeri Sarawak salah satu negeri yang dibanjiri oleh pekerja asing selain
negeri Sabah. Oleh itu, pengkaji tertarik untuk mengetahui apakah persepsi masyarakat
Kuching, Sarawak dan faktor-faktor yang menyebabkan pekerja asing bekerja di sekitar
kawasan Kuching, Sarawak dalam industri pembinaan. Secara kesimpulannya, bab ini
memberi penerangan tentang reka bentuk kajian, kaedah penyelidikan dan jenis instrumen
yang digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data yang tepat dan benar.

4.0 RUJUKAN

ARTIKEL
Ramesh Kumar Moona Haji Mohamed, Charles Ramendran SPR dan Peter Yacob. (2012).
The Impact of Employment of Foreign Workers: Local Employability and Trade Union Roles
in Malaysia.Vol.2, No. 10.

Abdul Rahim Abdul Hamid, Bachan Singh, Wan Zulkifli Wan Yusof, Aminanh Md Yusof
dan Norzamzila Mustafa. (2011). Problems Faced By Contractors In Managing Foreign
Workwrs On Construction Sites. Vol. 15

Abdul Rahim Abdul Hamid, Bachan Singh, Aminanh Md Yusof dan Ahmad Mahayuddin
Ismail. (2012). The Employment Of Foreign Labors In The Construction Industry. p.p 25-16

Low Sui Pheng. (2016). Enhancing Construction Productivity through Organizationl


Learning in the Singapora Construction Industry. Vol. 8. No 1

Nur Sabrina Mohd Palel, Rahman Ismail dan Abdul Hair Awang. (2014). Kesan Kemasukan
Buruh Asing ke Atas Produktiviti Buruh Sektor Pembuatan di Malaysia. vol. 9, no 89-103

Zaleha Mohd Noor, Noraini Isa, Rusmawati Said dan Suhaila Abd Jalil. (2011). The Impact
of Foreign Workers on Labour Productivity in Malaysia Manufacturing Sector.Vol. 5(1), no
169-178

Rahman Ismail, Ishak Yussof dan Atif Awad. (2014). The Impact of Foregin Workers on
Wages: A Case Study of Malaysia Firms. Vol. 8(3), no 64-75

Alexandra Porumbescu. (2015). Definig the New Economics of Labor Migration Theory
Boundaries: A Sociological- Level Analysis of International Migration. Vol.45, no 55-64

Susan Thieme. (2006). A Brief Overview of Theories of International Migration. p.p 36-40

Wong Yit Hau. (2015). A Study on Quality Issuses of Construction Industry in Malaysia.

Jessica Hagen-Zanker. (2008). Why do people migrate? A review of the theoretical literature.
Diambil daripada http://mpra.ub.uni-muenchen.de/28197/
Wong Mei Wei dan Rashad Yazdanifard. (2015). The Review of Challenges Foreign Workers
Face in Construction Industry of Malaysia. Diambil daripada
https://www.researchgate.net/publicarion/279203508

Nayanthara De Silva, R. Darmicka dan Elmo Fernando. (2014). Impact of foreign workforce
on productivity in foreign-funded infrastructure projects. Vol. 9, no 2. Diambil daripada
www.emeraldinsight.com/1366-4387

Hamzah Abdul-Rahman, Chen Wang, Lincoln C. Wood dan Shu Fung Low. (2012).
Negetive impact induced by foreign workers: Evidence in Malaysia construction sector. Vol.
36, no 433-443 www.elsevier.com/locate/habitatint

Arasy Mayrilla. (2018). Berbagai-bagai Istilah dalam Penelitan Kualitatif. Diambil daripada
https://www.academia.edu/45615356/BERBAGAI_ISTILAH_YANG_TERKAIT_DALAM_
PENELITIAN_KUALITATIF

WEB
Berita Harian Online. (2013 September 13). Jenayah Kekerasan Warga Asing Meningkat.
Diambil daripada http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kenapa-perlu-pekerja-asing-
1.375290

KWSP. (2017 Jaunari 12). Definisi Majikan dan Pekerja. Diambil daripada
http://www.kwsp.gov.my/portal/employers/faq/employer/definition

Berita Harian Online. (2014 September 13). Jenayah Kekerasan Warga Asing Meningkat-
PDRM. Diambil daripada https://www.bharian.com.my/node/5961

BUKU
Omar Osman. (2006). Pengurusan Pembinaan: Konsep, Strategi dan Aplikasi. Pulau Pinang.
Universiti Sains Malaysia. p.p 1

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai