Anda di halaman 1dari 42

RIBA

DEFINISI RIBA
Dari segi bahasa : Bertambah
Dari segi syara’ Akad menukarkan
satu barang dengan barang lain yang
tidak sama banyak dalam pandangan
syarak atau ditangguhkan terimaan
kedua-dua atau salah satu daripada
kedua-dua barang itu.
1
DALIL PENGHARAMAN RIBA
Firman Allah s.w.t “Orang-orang yang
memakan (mengambil) riba itu tidak
dapat berdiri betul melainkan seperti
berdirinya orang yang dirasuk syaitan
dengan terhuyung-hayang kerana
sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian
ialah disebabkan mereka
mengatakan: Sesungguhnya berniaga
itu sama sahaja seperti riba. Padahal
Allah telah menghalalkan berjual-beli
(berniaga) dan mengharamkan riba… 2
…Oleh itu sesiapa yang telah sampai
kepadanya peringatan (larangan) dari
Tuhannya lalu ia berhenti (dari
mengambil riba), maka apa yang
telah diambilnya dahulu (sebelum
pengharaman itu) adalah menjadi
haknya, dan perkaranya terserahlah
kepada Allah. Dan sesiapa yang
mengulangi lagi (perbuatan
mengambil riba itu) maka itulah ahli
neraka, mereka kekal di dalamnya”
(Al-Baqarah: 275)
3
Diriwayatkan oleh Jabir r.a katanya :
“Rasulullah s.a.w melaknat pemakan riba,
wakilnya, penulisnya dan dua orang
saksinya. Baginda bersabda : Mereka
semua sama” (Riwayat Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w
baginda bersabda : “Jauhilah tujuh
kesalahan besar. Para sahabat bertanya:
Wahai Rasulullah apakah kesalahan itu ?
Baginda menjawab: Mensyirikkan Allah,
mengerjakan sihir, membunuh nyawa
yang diharamkan Allah kecuali kerana
kebenaran, memakan riba, memakan
harta anak yatim, lari daripada
pertempuran serta menuduh wanita suci
dan beriman berzina tanpa disedarinya”
(Riwayat al-Bukhari no. 2615, Muslim no. 89) 4
SEBAB-SEBAB
PENGHARAMAN RIBA
1) Ada nas dari Al-Quran dan Hadis tentang
pengharaman Riba.
2) Mengambil harta orang lain dengan tidak
ada imbangannya.
3) Menjadikan manusia malas berusaha
dan mencari kesenangan dari hasil
usaha orang lain dan boleh menimbulkan
penindasan.
4) Boleh menyebabkan putusnya amalan
bantu-membantu sesama manusia. 5
BARANGAN BERUNSUR RIBA
Riba berlaku apabila membabitkan 6
barangan berikut :

1) Emas
2) Perak
3) Gandum
4) Barli
5) Tamar
6) Garam 6
Al-Bukhari , Muslim dan yang lain
meriwayatkan bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda : “Emas dengan emas
adalah riba kecuali secara ambil
dengan ambil, gandum dengan
gandum adalah riba kecuali secara
ambil dengan ambil, barli dengan
barli adalah riba kecuali secara ambil
dengan ambil dan tamar dengan
tamar adalah riba kecuali secara
ambil dengan ambil” 7
‘ILLAH (SEBAB) RIBA
‘Illah riba merujuk kepada ciri-
ciri tertentu yang menjadikan
sesuatu barangan itu
disenaraikan sebagai barangan
berunsur riba.
Jika unsur ini terdapat dalam
sesuatu urusniaga, urusniaga
tersebut juga dikelaskan sebagai
urusniaga riba. 8
Barangan yang dinyatakan dalam
hadis tadi ada yang dalam bentuk
mata wang seperti emas dan perak,
dan ada dalam bentuk makanan
seperti gandum, barli tamar dan
garam.
Berdasarkan dalam faktor ini, dapat
disimpulkan bahawa kayu ukur yang
diterima pakai bagi menentukan
sesuatu barangan itu berunsur riba
atau tidak ialah mata wang dan
makanan, tanpa mengambil kira
sukatan atau timbagannya.
9
Seolah-olah syarak
menggariskan, semua
barangan yang berupa mata
wang atau makanan tidak
boleh dijual beli dengan
barangan yang sama jenis
dengannya melainkan jika
menurut syarat-syarat
tertentu.
10
JENIS DAN HUKUM RIBA

Riba Fadl Riba Yad


(Bayaran Tambahan) (Tangan)

Riba Nasi‘ah
(Bayaran Bertangguh) 11
RIBA FADL (BAYARAN TAMBAHAN)
Jual beli barangan berunsur riba
dengan barangan yang sama dan
disertakan dengan bayaran
tambahan oleh salah satu pihak.
Contoh : 100 gram emas ditukar
dengan 110 gram emas.
Unsur riba : Bayaran tambahan yang
terdapat dalam urusniaga ini amat
jelas dan ketara.
Urusniaga seperti ini adalah haram
dan tidak dibenarkan. 12
Al-Bukhari dan Muslim
meriwayatkan bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda : “Jangan kamu
menjual emas dengan emas
kecuali sama dengan sama dan
jangan melebihkan yang satu
atas yang lain. Jangan kamu
menjual perak dengan perak
kecuali sama dengan sama dan
jangan kamu melebihkan yang
satu atas yang lain” (Riwayat al-Bukhari, 13
daripada Abu Sa‘id al-Khudri r.a no. 2068. Muslim no. 1584)
Muslim meriwayatkan bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Emas dengan emas, perak
dengan perak, gandum dengan
gandum, barli dengan barli,
garam dengan garam, perlu
sama berat dan tangan dengan
tangan. Barangsiapa yang
menambah atau meminta
tambahan dia telah melakukan
riba, orang yang mengambil dan
orang yang memberi adalah
sama” (Sahih Muslim daripada Abu Sa‘id al-Khudri r.a)
14
Al-Bukhari dan Muslim
meriwayatkan, Abu Sa‘id al-Khudri
r.a berkata : Bilal datang menemui
Nabi s.a.w bersama tamar burni.
Lalu nabi s.a.w bertanya : Dari mana
engkau dapat tamar ini ? Bilal
menjawab : Pada asalnya saya
mempunyai tamar yang tidak elok,
lalu saya jual dua gantang tamar tadi
dengan segantang (tamar yang elok)
untuk saya berikan kepada Nabi
s.a.w. Lantas Nabi s.a.w bersabda :
“Tidak, tidak, itulah riba, itulah riba,
jangan lakukan begitu” (Al-Bukhari no. 2188.
Muslim no. 1594)
15
RIBA NASI‘AH
(BAYARAN BERTANGGUH)
Jual beli barangan berunsur riba
dengan barangan berunsur riba yang
lain secara bertangguh dan kedua-
duanya mempunyai ‘illah (sebab)
yang sama.
Hukum ini membabitkan semua
pertukaran sama ada barangan
tersebut sama jenis atau jenis yang
berbeza, sama ada wujud bayaran
tambahan atau dengan jumlah yang
sama 16
Contoh : Penjual menjual secupak
gandum dan dibayar dengan secupak
gandum dalam tempoh sebulan
barulah pembayaran dibuat.
Ataupun penjual menjual 10 gram
emas dan dibayar dengan 10 gram
emas atau perak atau dengan nilai
yang lebih atau kurang, dalam
tempoh sehari atau lebih barulah
pembayaran dibuat.

17
Urusniaga seperti ini juga haram dan
tidak dibenarkan kerana wujud unsur
riba walaupun tidak ketara.

Pembayaran tunai berbeza dengan


pembayaran bertangguh.

Dengan itu wujud tambahan nilai


pada salah satu barangan iaitu
barangan yang dibayar secara tunai.

18
Sabda Nabi s.a.w : “Jangan kamu
menjual barangan yang tiada dengan
barangan yang ada”
Sabda Nabi s.a.w dalam hadis yang
lain : “Sama dengan sama, tangan
dengan tangan”
Begitu juga hadis daripada Ubadah
r.a : “Jika barang-barang ini berbeza,
juallah mengikut kehendak kamu
selagi ia dilakukan tangan dengan
tangan”
19
RIBA YAD (TANGAN)
Jual beli barangan berunsur riba
dengan barangan riba yang lain dan
kedua-duanya mempunyai ‘illah
(sebab) yang sama tanpa
disyaratkan tempoh tertentu ketika
kontrak tersebut.
Walau bagaimanapun kelewatan
menyerahkan salah satu atau kedua-
dua barangan benar-benar berlaku
diluar majlis kontrak.
20
Dalil hukum ini ialah hadis daripada
Umar r.a yang dinyatakan sebelum
ini: “Kecuali secara ambil dengan
ambil”

Hadis ini menunjukkan penyerahan


dan penerimaan wajib dilakukan
dalam majlis yang sama.

21
JUAL BELI BARANGAN BERUNSUR
RIBA DAN SYARAT-SYARAT BAGI
MEMBOLEHKANNYA

Barangan
Barangan
yang berlainan
yang sejenis
‘illah riba

Barangan tidak sejenis


tetapi mempunyai ‘illah riba
yang sama 22
BARANGAN YANG SEJENIS
Contoh : gandum dengan gandum, perak
dengan perak.
Jual beli ini perlu memenuhi 3 syarat bagi
mengelak daripada termasuk dalma jual
beli riba :
1) Barangan yang ditukar tangan mestilah
sama.
2) Kontrak tersebut mestilah tunai (serta
merta).
3) Penerimaan berlaku di tempat
memeterai kontrak. 23
Kesemua syarat ini berpandukan
kepada hadis-hadis sebelum ini :
“Sama dengan sama”
Hadis ini menjelaskan bahawa jual
beli berunsur riba bagi barangan
yang sejenis dibenarkan jika wujud
persamaan.
“Tangan dengan tangan”
“Ambil dengan ambil”
Kedua-dua hadis ini menunjukkan
sesuatu jual beli itu sah jika
penerimaan berlaku secara tunai. 24
BARANGAN TIDAK SEJENIS
TETAPI MEMPUNYAI ‘ILLAH RIBA
YANG SAMA
Contoh : emas dengan perak, gandum
dengan barli.
Jual beli ini perlu memenuhi 2 syarat
bagi menjadikan jual beli tersebut sah dan
bersih daripada unsur riba :

1) Kontrak tersebut mestilah tunai (serta


merta)

2) Penerimaan berlaku di tempat


memeterai kontrak. 25
Dalil bagi kes ini ialah hadis daripada
Ubadah r.a. yang dinyatakan
sebelum ini :
“Jika barang-barang ini berbeza,
juallah mengikut kehendak kamu
selagimana ia dilakukan tangan
dengan tangan”

Dimaksudkan dengan barang-


barang ialah barangan berunsur
riba.
26
Dimaksudkan dengan berbeza ialah
barangan yang digunakan sebagai
bayaran dalam jual beli ini tidak
sama dengan barangan yang dijual.

Dimaksudkan dengan juallah


mengikut kehendak kamu ialah
kamu dibenarkan berurusniaga
dengan barangan ini jika ia bukan
barangan yang sama dan tidak
disyaratkan barangan tersebut
mestilah sama. 27
BARANGAN YANG BERLAINAN
‘ILLAH RIBA
Contoh : gandum dengan emas, ikan
dengan $5
Dalam keadaan ini, kesahihan jual
beli ini dan kontrak tersebut tidak
terikat dengan syarat-syarat yang
dinyatakan sebelum ini, sama ada
berlaku proses penyerahan dan
penerimaan atau tidak, atau
ditetapkan tempoh penyerahan
tertentu atau tidak.
28
Dalil hukum ini ialah hadis yang
diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim;
“Rasulullah s.a.w melantik seorang lelaki
ke Khaibar lalu lelaki ini datang dengan
membawa tamar Junaib. Rasulullah s.a.w
bertanya : Adakah semua tamar Khaibar
seperti ini ? Sahabat ini menjawab : Demi
Allah tidak wahai Rasulullah, kami ambil
segantang sebagai tukaran dengan dua
gantang, dua gantang dengan tiga
gantang. Nabi s.a.w bersabda : Jangan
lakukan begitu. Juallah tamar Jama’ itu
sebagai tukaran dengan dirham dan
kemudian dengan dirham itu belilah tamar
Junaib” (Al-Bukhari, daripada Abu Sa‘id al-Khudri r.a dan Abu
Hurairah r.a no. 2180. Muslim no.1593) 29
PERTUKARAN BARANGAN
BERUNSUR RIBA DENGAN
BARANGAN BUKAN
BERUNSUR RIBA
Apabila jual beli membabitkan
barangan berunsur riba dan bukan
berunsur riba, jual beli tersebut sah
tanpa terikat dengan syarat-syarat
yang ditetapkan bagi urusniaga
barangan berunsur riba.
30
Tidak perlu dibayar dengan
kadar yang sama atau dibayar
secara tunai atau diterima di
majlis kontrak.

Ini kerana urusniaga ini tidak


termasuk dalam ertikata
urusniaga berunsur riba jika
salah salah satu barangan
pertukaran bukan berunsur riba.
31
MUZABANAH & MUHAQALAH
Muhaqalah : Jual beli bijiran yang
masih di dalam kulitnya dengan
barangan yang sama secara andaian
iaitu mengandaikan sukatan atau
timbangannya sama.
Muzabanah : Jual beli kurma basah
(rutob) yang masih berada di atas
pokok dengan kurma (tamar) yang
telah dipetik dengan andaian kedua-
duanya sama.
Begitu juga dengan anggur dengan
kismis. 32
Kedua-dua jual beli ini tidak dibenarkan
oleh syarak kerana persamaan kedua-dua
barangan tidak dapat dipastikan, atau
persamaan tidak diperolehi secara
meyakinkan.
Ibnu Umar r.a berkata : “Rasulullah s.a.w
melarang jual beli muzabanah iaitu
menjual buah yang ada di kebun; buah
yang berada di pokok kurma (rutob)
dengan kurma (tamar) mengikut sukatan,
buah yang berada di pokok anggur
dengan kismis mengikut sukatan, atau
tanaman dijual dengan makanan mengikut
sukatan tertentu. Baginda melarang
perbuatan ini” (Riwayat al-Bukhari no. 2091, Muslim no. 1542)
33
ARAYA
Menurut bahasa : Pokok yang
dibiarkan oleh pemiliknya untuk
makanan sendiri.
Menurut syarak : Menjual kurma
basah (rutob) yang masih di atas
pokok secara andaian dengan kurma
(tamar), atau pun menjual anggur
secara andaian dengan kismis, dan
kadarnya adalah kurang daripada 5
wasaq iaitu bersamaan dengan lebih
kurang 700 kg. 34
Ada di kalangan orang ramai
yang mahu makan kurma basah
(rutob) atau buah anggur yang
dipetik daripada pokoknya
sedangkan dia tidak mempunyai
pokok kurma atau pokok anggur.
Oleh itu syarak memberikan
keringanan bagi memenuhi
kehendak manusia dan
memudahkan mereka.
35
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan
daripada Sahl bin Abu Hathmah r.a :
“Rasulullah s.a.w melarang jual beli
buah-buahan dengan kurma (tamar)
tetapi Baginda memberi
pengecualian untuk jual beli araya
yang dijual secara andaian, supaya
pembelinya boleh makan kurma
yang basah (rutob)”
Hukum ini boleh diqiaskan dengan
anggur dan kismis. Ini kerana kedua-
dua buah-buahan ini adalah harta
yang dikenakan zakat dan boleh di
andai serta boleh disimpan apabila 36

kering.
JUAL BELI DAGING DENGAN
DAGING
Daging berbeza-beza jenis mengikut
asalnya dan daging termasuk dalam
senarai barangan berunsur riba.
Jika daging tersebut adalah sejenis :
Ia boleh dijual dengan daging lain
dengan syarat MESTILAH ADA
PERSAMAAN KADAR, TUNAI dan
DITERIMA PADA KETIKA
KONTRAK DIMETERAI. 37
Jika daging-daging tersebut
berlainan jenis, contohnya
daging kambing dengan daging
lembu, perbezaan kadar
dibenarkan walau
bagaimanapun, jualan mestilah
dilakukan secara TUNAI dan
DITERIMA PADA KETIKA
KONTRAK DIMETERAI.
38
JUAL BELI HAIWAN DENGAN
HAIWAN
Haiwan tidak termasuk sebagai
barangan yang berunsur riba kerana
ia tidak boleh dimakan secara
langsung dan ia bukan dikategorikan
sebagai mata wang.
Atas dasar ini, jual beli haiwan
dengan haiwan dengan kadar yang
berbeza dibenarkan, sama ada
kedua-dua haiwan tersebut dari jenis
yang sama atau jenis yang berbeza. 39
Haiwan ini juga boleh dijual secara
tunai atau tertangguh, diterima
ketika majlis kontrak atau tidak.
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru
bin al-As r.a : “Rasulullah s.a.w
memerintahkannya supaya
mempersiapkan satu angkatan
tentera tetapi mereka kehabisan
unta. Lalu baginda mengarahkannya
supaya mengambil unta muda
daripada zakat. Dia mengambil
seekor unta dan dibayar dengan dua
ekor unta sehingga (ada semula)
unta zakat” (Riwayat Abu Daud no. 3357)
40
JUAL BELI DAGING DENGAN
HAIWAN
Jual beli daging dengan haiwan tidak
dibenarkan sama sekali baik secara
tunai mahupun secara hutang. Sama
ada daging tersebut daripada jenis
yang sama dengan haiwan tersebut
atau jenis yang berlainan. Sama ada
haiwan tersebut boleh dimakan atau
pun tidak boleh dimakan.
41
Walau bagaimanapun fuqaha
membenarkan jual beli haiwan dengan
kulit yang telah disamak kerana ia tiada
kena mengena dengan daging atau
sebagainya.
Namun demikian kulit yang belum
disamak tidak dibenarkan kerana ia masih
dikategorikan sebagai daging.
Hadis Samrah r.a : (“Nabi s.a.w melarang
jual beli kambing dengan daging” (Riwayat al-
Hakim)

Hadis yang diriwayatkan oleh Malik dalam


Muwatto’, hadis mursal Said bin al-
Musayyab rh.a “Nabi s.a.w melarang jual
beli haiwan dengan daging” 42

Anda mungkin juga menyukai