Anda di halaman 1dari 18

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan Solat atau sembahyang adalah doa iaitu doa yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam ( Ahmad Mohd. Salleh, 1995 ). Solat fardu merupakan rukun Islam yang kedua. Dalam sehari, umat Islam diwajibkan menunaikan solat sebanyak lima kali iaitu zuhur, asar, maghrib, isyak dan subuh. Firman Allah s.wt :


103.


apabila

kamu telah selesai mengerjakan


kemudian sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada Dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa).

Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan Yang Diwajibkan atas orang-orang Yang beriman, Yang tertentu waktunya.

Rasulullah s.a.w bersabda: Solat itu adalah tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat, sesungguhnya ia sudah menegakkan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat, sesungguhnya ia meruntuhkan agama. Hakikatnya solat adalah satu suruhan yang mesti dilaksanakan atau disempurnakan oleh setiap umat Islam walau dalam keadaan apa sekalipun. Sayangnya, masih ada di kalangan umat Islam yang tidak mahu mendirikan solat, kalau buat pun, ada yang melengah-lengahkan waktu solat, melakukan solat secara tergesagesa serta tidak khusyuk dan banyak lagi. Mendirikan solat dengan khusyuk sangat besar hikmahnya. Rasulullah s.a.w

pernah bersabda: "Barang siapa yang bersolat tepat pada waktunya dan melengkapkan rukuk, sujud dan khusyuk maka solat itupun naik ke atas dalam keadaan putih dan cemerlang. Solat itu berkata: "Semoga Allah menjaga dirimu sebagaimana engkau menjaga aku (menyempurnakan rukun solat itu). Tetapi barang siapa yang tidak bersolat, tidak dalam waktu yang ditentukan dan tidak pula menyempurnakan wuduknya serta tidak pula melengkapkan rukuk, sujud dan tanpa khusyuk sama sekali, maka solat itupun naiklah ke atas dalam keadaan hitam kelam sambil berkata: "Semoga Allah mensia-siakan dirimu sebagaimana engkau mensia-siakan aku. Selanjutnya setelah solat itu berada di suatu tempat seperti dikehendaki Allah, ia pun lalu dilipatkan sebagaimana dilipatnya baju yang koyak rabak kemudian dipukulkanlah kepada mukanya." (riwayat al-Tabrani dan Baihaqi).

Solat yang dilaksanakan dengan penuh insaf, khusyuk, takut dan harap kepada Allah merupakan solat yang berkualiti di sisi Allah s.w.t. Selain itu, solat yang didirikan berlandaskan ilmu dan bukannya secara ikut-ikutan juga solat yang berkualiti. Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Disebutkan kepada nabi terdapat dua orang lelaki, seorang daripadanya ahli ibadat manakala yang satu lagi ahli ilmu. Lalu Nabi memberi penjelasan, keutamaan orang yang mempunyai ilmu melebihi daripada orang yang beribadat (tanpa ilmu) adalah seperti keutamaanku dengan yang paling rendah daripada kalangan kamu (sahabat). (Diriwayatkan oleh Tirmizi ) Berdasarkan ayat-ayat di atas, dapatlah dirumuskan bahawa solat merupakan kefarduan bagi setiap orang Islam, jika ditinggalkan akan berdosa dan solat pula hendaklah dilakukan dengan betul dan khusyuk supaya benar-benar memperolehi keberkatan dan hikmah solat iaitu mengelakkan seseorang daripada perbuatan mungkar. Berdasarkan kepentingan solat dalam diri setiap mukmin, maka pengkaji ingin membuat satu kajian untuk mengetahui tahap penguasaan rukun solat di kalangan pelajar Muslim Tahun 4 dan 5 di SK Bulu Silou Keningau. Kajian yang dibuat akan meliputi penilaian terhadap bacaan dan rukun solat setiap murid. Secara tidak langsung , pengkaji juga akan dapat mengetahui tahap pelaksanaan solat murid-murid di rumah, iaitu sama ada murid-murid sembahyang secara sempurna dan istiqamah atau sembahyang sekali-sekala atau tidak sembahyang langsung.

1.2 Pernyataan Masalah Dalam pemerhatian pengkaji, selama beberapa tahun berkhidmat di SK Bulu Silou, pengkaji belum pernah melihat seorangpun murid menunaikan solat zuhur di sekolah. Sedangkan terdapat kemudahan air paip dan Bilik Agama untuk menunaikan solat. Oleh itu, pengkaji ingin

membuat

kajian

untuk

mengetahui

sama

ada

murid-murid

sudah

menguasai rukun solat dengan baik dan adakah murid-murid menunaikan solat di rumah. Secara ringkasnya, permasalahan kajian boleh disimpulkan seperti berikut: 1) Adakah murid-murid Tahun 4 dan 5 di SK Bulu Silou sudah menguasai rukun solat dengan betul?

1.3 Tujuan Kajian Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan ibadah solat di kalangan murid iaitu adakah murid-murid tahu mengerjakan solat dengan betul dan sempurna rukun-rukunnya dari segi hukum syarak. Hasil kajian ini juga akan dapat membantu guru mengenalpasti aspek-aspek kelemahan kebanyakan murid dalam ibadah solat serta mampu membuat bimbingan dan penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kelak.

1.4.

Objektif kajian.

Objektif kajian yang ingin dicapai adalah seperti berikut ;Dapat mengenalpasti sejauh mana penguasaan murid Tahun 4 dan 5 di SK Bulu Silou terhadap rukun solat adakah mencapai tahap yang dikira sah dari segi syarak. 1.5 Kepentingan Kajian

Oleh kerana solat merupakan tiang agama dan pembentuk nilai dan akidah di kalangan kaum muslimin, maka pengkaji berpendapat kajian ini penting untuk mengetahui tahap pencapaian murid dalam ibadah solat sedari awal. Kajian ini juga bertujuan memastikan generasi muda tidak tercicir dalam penguasaan ibadah solat, kerana tanpa solat yang sempurna dan istiqamah, individu mudah terjerumus dalam maksiat dan mudah lupa kepada Allah Taala. Kajian ini juga penting bagi menimbulkan penghayatan solat di kalangan murid yang semakin menghampiri alam baligh dan bakal mengharungi hidup selaku muslim yang berdikari. Sedikit sebanyak murid akan menyedari tanggungjawab mereka dan mengambil inisiatif untuk memperbaiki penguasaan rukun solat agar dapat mendirikan solat dengan betul.Sekiranya amalan bersolat sudah bermula dari peringkat awal, mereka pasti menjadi insan yang beriman dan berguna dalam masyarakat kelak.

1.6

Limitasi Kajian Kajian ini hanya tertumpu di sekolah SK Bulu Silou dan tidak

melibatkan mana-mana sekolah lain. Oleh itu kebarangkalian keputusan kajian yang dicapai bukan menggambarkan tahap penguasaan ibadah solat pada peringkat umur yang sama secara keseluruhannya. Jumlah sebenar murid Muslim di SK Bulu Silou Keningau ialah seramai 138 orang iaitu Tahap Satu 60 orang dan Tahap 2 78 orang. Dalam kajian ini, hanya murid muslim Tahun 4 ( 23 orang ) dan Tahun5 ( 20 orang ) sahaja dilibatkan. Pemilihan ini bertujuan memudahkan pengkaji membuat kajian kerana murid-murid yang terlibat sebahagiannnya merupakan murid yang diajar oleh pengkaji dalam mata pelajaran Agama Islam. Semua murid yang terlibat sudah mempelajari

rukun solat dan melaksanakan amalinya berulangkali semenjak di Tahap Satu lagi. Hasil kajian ini boleh digunapakai oleh semua guru Pendidikan Islam sebagai salah satu pengukur untuk mengetahui aspek-aspek kelemahan bagi kebanyakan murid dalam ibadah solat, terutama di sekolah pinggir bandar dan luar bandar kerana murid yang termasuk dalam sampel merupakan murid yang bersekolah dan tinggal berhampiran bandar. Dengan itu, para guru termasuk pengkaji sendiri akan dapat berusaha mencari dan melaksanakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik, sesuai dan berkesan di bilik darjah khasnya.

1.7.

Model Kajian

Model kajian ialah seperti berikut:

Tentukan tajuk kajian memaklumkan kepada guru dan murid

Menyediakan instrument kajian

Menentukan murid

Menjalankan ujian pelaksanaan rukun solat dan merekod pencapaian

menghantar proposal kajian kepada tutor

Menganalisis data

Kajian yang dijalankan adalah penguasaan terhadap rukun solat iaitu cara-cara melaksanakan rukun solat yang terdiri daripada perbuatan, perlakuan dan niat. Rukun solat yang menjadi piawaian ialah daripada susunan Mazhab Imam Syafie yang bersandarkan kepada hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang sahih dan mutawatir yang menjadi ikutan masyarakat Muslim di dunia khasnya di Malaysia. 1.8 Hipotesis Kajian

Ho

Tahap penguasaan solat di kalangan murid Tahun 4 dan 5 di SK Bulu silou adalah memuaskan dan mencapai tahap lulus.

Ha

Tahap penguasaan solat di kalangan murid Tahun 4 dan 5 di SK lulus. Bulu silou adalah tidak memuaskan tidak mencapai tahap

1.9 Rumusan Dalam bab ini, pengkaji telah menentukan satu kajian berasaskan satu permasalahan yang berlaku seharian di sekolah pengkaji. Subjek kajian serta hipotesis juga sudah ditentukan dan relevan dengan masalah yang ingin dikaji selidik.

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

Dalam bab 2 ini, antara isu yang akan dibentangkan ialah berkenaan literatur berkaitan dan kajian lepas. 2.1 Literatur Berkaitan

Dalam bahasa Arab, solat ertinya "doa" iaitu berdoa untuk kebaikan. Firman Allah s.w.t, yang maksudnya "Dan berdoalah untuk mereka, sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka." (At-Taubah: 103) Dari segi istilah fuqahak, ia adalah satu kalimah yang bermaksud "perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan tertentu yangg dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam. Ia dinamakan sebagai solat kerana ia mengandungi pengertian kalimah tersebut dan doa merupakan sebahagian besar perkara yang terdapat dalam solat. (http://skhk8k.tripod.com/agamaislam/NotaPAI5IBADAT.htm ) Solat juga ditakrifkan sebagai beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbiraktul ihram dan disudahi dengan memberi salam.

Allah s.w.t berfirman: Dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu satu kewajiban yang ditentukan waktu ke atas orang yang beriman Solat amat penting bagi setiap individu muslim. Oleh itu anak-anak hendaklah dilatih mengerjakan solat sebagaimana hadith Rasullah s.a.w iaitu: Suruhlah anak-anak kamu solat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka sekiranya meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) daripada tempat tidur Dipetik daripada (ilmupengetahuan.wordpress.com/pengertian -solat/ -)

Rukun solat yang hendak dikaji dalam projek ini bermaksud perkaraperkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang dan jika tertinggal salah satu akan menyebabkan solat terbatal. Rukun solat ada 13 perkara iaitu: 1. Niat, iaitu niat untuk solat yang dilafazkan di dalam hati sewaktu mengangkat takbiratul ihram. 2. Berdiri betul, jika tidak mampu boleh dengan duduk, jika tidak mampu maka dibolehkan sembahyang dalam keadaan berbaring. 3. Takbiratul ihram, iaitu mengucapkan perkataan "Allahu Akbar". 4. Membaca surah Al-Fatihah, iaitu surah yang bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladh dhaallin. 5. Rukuk serta thama'ninah, iaitu membongkok sehingga 90 darjah dengan menyamakan belakang dengan tengkuk, kedua-dua tapak tangan diletakkan di atas lutut dengan jari terbuka sambil memandang tempat sujud .

6. Iktidal serta thama'ninah, iaitu berdiri betul selepas rukuksambil mengangkat kedua-dua tangan dan kemudian meluruskannya ke bawah. 7. Sujud serta thama'ninah, iaitu meletakkan dahi ke lantai dengan kedua tapak tangan , kedua lutut dan perut jari kedua-dua kaki turut menyentuh lantai. 8. Duduk antara dua sujud serta thama'ninah, duduk sebentar selepas sujud yang 9. pertama.

Duduk tahiyyat akhir.

10. Membaca tahiyyat akhir. 11. Membaca selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. 12. Memberi salam , iaitu memalingkan muka ke arah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam. 13. Tertib, iaitu mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang selain daripada rukun ini dinamakan sunat. Thama'ninah yang dinyatakan dalam beberapa rukun di atas bermaksud berhenti sebentar sekadar membaca 'subhanallah'. Thama'ninah dapat mengelakkan sembahyang itu dilakukan dengan tergesa-gesa. PAFA adalah singkatan bagi Perkara Asas Fardu Ain, yang bermaksud beberapa perkara asas Fardu Ain yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pedidikan Islam, yang ingin benar-benar diketahui, difahami, diamalkan dan dihayati oleh setiap murid dengan betul dan sempurna

10

sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syarak. Salah satu asas Fardu Ain yang terkandung dalam PAFA ialah Rukun Solat. Bahagian inilah yang dipilih oleh pengkaji untuk dinilai dalam projek kajiannya. Penguasaan yang dikehendaki oleh pengkaji dalam kajian ini

bermaksud murid boleh menyebut, membaca dan melakukan rukun solat dengan betul dan dikira sah dari segi syarak. Peringkat lulus yang perlu dicapai oleh murid dalam ujian ini bermaksud tahap lulus yang ditetapkan oleh Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam seperti yang terdapat dalam buku panduan penilaian PAFA, iaitu apabila murid berjaya memahami dan mengamalkan sesuatu kemahiran itu pada tahap keupayaan paling minimum yang dikira sah dari segi syarak.

2.2

Kajian Lepas

a. Kajian yang dibuat ke atas pelajar-pelajar semester Satu Diploma Pengurusan Ladang di UiTM Pahang mengenai Kesan Tahap Kelancaran Pembacaan al-Quran terhadap Kecenderungan Mengerjakan Amalan Solat Wajib bahawa tahap bacaan alQuran seseorang pelajar tidak mempengaruhi komitmen mereka untuk melakukan solat, malah pendidikan dari ibu bapa dan kesedaran sendiri merupakan faktor penting yang menggerakkan mereka untuk melakukan ibadah solat dengan baik. b. Kajian tentang beliawanis muslim di Malaysia , oleh Jamiah Manap, Azimi Hamzah, Sidek Mohd. Noah & Hasnan Kasan Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Putra Malaysia mendapati tasawur Islam dan personaliti muslim beliawanis berada di tahap sederhana. Lencongan tingkah laku pula berada pada tahap rendah. Kajian turut mendapati wujudnya hubungan signifikan di antara keempat-empat elemen yang dikaji iaitu tasawur Islam, personaliti muslim, perlaksanaan solat dan lencongan tingkah laku. 2.3 Rumusan

11

Berdasarkan hasil kajian di atas, pengkaji merumuskan bahawa pelaksanaan solat masih kurang memuaskan di kalangan individu muslim walaupun di peringkat yang tinggi kerana kurangnya penghayatan tentang ajaran Islam yang syumul dan tanggungjawab sebagai hamba Allah s.w.t. Dengan kajian yang dibuat ini, diharapkan dapat membantu menerapkan tanggungjawab terhadap solat di kalangan murid yang bakal menjadi peneraju generasi akan datang, insyaallah.

12

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1. Reka bentuk Kajian Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk pengumpulan data dilaksanakan sendiri oleh pengkaji. Bilangan subjek yang dipilih ialah seramai 43 orang iaitu murid muslim Tahun 4 ( 23 orang ) dan murid muslim Tahun 5 ( 20 orang ). Semua responden adalah murid yang bersekolah di tempat pengkaji bertugas dan sebahagian murid ( 2 kelas Tahun 4 dan satu kelas Tahun 5 ) merupakan murid yang diajar oleh pengkaji dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Tahun 6 tidak dilibatkan dalam kajian ini kerana mereka terlibat dalam penilaian PAFA yang dijalankan oleh guru Pendidikan Islam Tahun 6. Kajian ini mengkaji dua pemboleh ubah iaitu pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah terikat. Pemboleh ubah terikat yang dikaji dalam kajian ini adalah keputusan uji selidik berpandukan skema PAFA. Sebaliknya, pemboleh ubah bebas ialah rukun solat. pengumpulan data

dengan menggunakan soal selidik dan temubual. Semua ujikaji dan

3.2

Populasi dan sampel

13

Populasi murid beragama Islam di SK Bulu Silou adalah seramai 168 orang iaitu 60 orang Tahap Satu dan 78 orang Tahap Dua. Sampel kajian pengkaji ialah semua murid muslim Tahun 4 ( 23 orang ) dan Tahun5 ( 20 orang ) berjumlah 43 orang. Penulis memilih mereka kerana terlibat secara langsung mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam bagi kelas Tahun Empat dan Lima. Dengan kajian ini, pengkaji berharap dapat mengenal pasti dengan lebih tepat sejauh mana penguasaan, penghayatan dan pelaksanaan solat fardu di kalangan murid-murid tersebut.

3.3

Instrumen Kajian Dalam alat kajian ini, instrumen yang akan digunakan ialah teknik

uji selidik dan pengumpulan data atau rekod pencapaian. Pengkaji akan menggunakan satu set borang penilaian rukun solat mengikut skema PAFA. Pengkaji akan menguji pencapaian murid tentang rukun solat dan akan merekodnya dalam borang penilaian dan kemudian menganalisis data yang diperolehi.

3.4

Prosedur Pengumpulan Data Pemerosesan dan pengumpulan rekod penguasaan solat murid akan

dijalankan secara manual . Murid yang mencapai tahap LULUS akan dianalisis secara kualitatif dengan tiga jenis tahap iaitu : a. Lemah dan Tidak menguasai (berjaya melakukan kurang dari 6 rukun solat ) b. Sederhana dan Kurang Menguasai ( berjaya melakukan 7 hingga 10 rukun solat )

14

c. Baik dan Menguasai ( berjaya melakukan 11 hingga 13 rukun solat )

3.5

Prosedur Kajian Dalam prosedur kajian, pengkaji akan mendapatkan kebenaran

daripada Guru Besar SK Bulu Silou Keningau dengan bersertakan surat kebenaran dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dengan tujuan menjalankan satu kajian di sekolah tempat pengkaji bertugas pada masamasa yang telah dirancang oleh pengkaji. Pengkaji akan mengemukakan surat kebenaran tersebut beberapa hari sebelum memulakan kajian rasmi. Pengkaji mensasarkan waktu mengkaji pada sepanjang bulau Julai 2009 ( 4 minggu ). Selepas uji selidik rukun solat dilakukan terhadap 43 orang murid muslim Tahun 4 dan 5, barulah pengkaji menilai tahap pencapaian setiap murid secara keseluruhannya untuk dimuatkan dalam analisis data. Pengkaji akan memaklumkan terlebih dahulu kepada guru

Pendidikan Islam Tahun 5 dan 6 perihal kajian yang akan dilakukan terhadap murid-murid beliau kerana terdapat kelas Tahun 5 yang tidak diajar oleh pengkaji. Dengan makluman ini, guru berkenaan akan dapat memberi kelonggaran kepada murid yang hendak dinilai pada masa-masa yang dikehendaki oleh pengkaji. Pengkaji melaksanakan kajian setiap hari semasa pembelajaran Agama Islam iaitu di penghujung period dengan cara memanggil murid secara bergilir-gilir. Selain itu, pengkaji juga mengambil masa selama 30 minit setiap hari selepas sesi persekolahan tamat dengan sekurangkurangnya 3 orang murid dapat diuji dan dinilai. Murid yang tidak

15

terlibat pada masa tersebut akan membuat aktiviti pembelajaran yang disediakan oleh pengkaji atau berada di kelas masing-masing. Ini akan membolehkan mereka belajar seperti biasa. Setiap murid akan diuji dan dinilai tentang perlakuan rukun solat iaitu bermula dengan niat ( niat 5 jenis solat fardu iaitu zuhur, asar, maghrib, isyak dan subuh ) sehinggalah salam dan tertib.

3.6

Kebolehpercayaan Menurut Anastasi dan Urbina, (1982) kebolehpercayaan sering

dirujuk sebagai ketekalan dan kestabilan. Ketekalan merujuk kepada keadaan di mana tindak balas atau markah kepada setiap item-item ujian atau ujian itu sendiri adalah tekal di antara satu dengan yang lain. Manakala kestabilan akan wujud apabila tindak balas terhadap item atau ujian itu sama mengikut masa atau keadaan. Menurut beliau tindak balas hari ini adalah sama dengan esok dan hari-hari berikutnya. Kebolehpercayaan juga adalah merujuk kepada persoalan iaitu adakah data atau maklumat yang diperoleh daripada sesuatu ujian boleh dipercayai mengukur sesuatu pemboleh ubah. Kebolehpercayaan juga datang daripada perkataan boleh percaya yang diambil daripada kata dasar. Sebagai contoh, data yang diperoleh seharusnya daripada boleh ujian yang dikatakan mengukur motivasi dipercayai

menggambarkan gagasan motivasi. Oleh itu, boleh dipercayai untuk mengukur motivasi (Iran Herman, 1999). Kedua-dua keadaan ini menunjukkan bahawa data ujian itu boleh dipercayai dan ujian tersebut mempunyai kebolehpercayaan yang baik atau pun tinggi. Beliau juga menyarankan bahawa indeks

16

kebolehpercayaan yang dianggap memuaskan adalah bernilai di antara 0.80 dan 0.90. Anastasi (1982), menyatakan bahawa kebolehpercayaan adalah ketekalan skor-skor yang diperoleh oleh individu yang sama apabila diuji dengan menggunakan ujian yang sama dalam keadaan yang berlainan atau pada masa yang berbeza.Ini bermakna darjah ketekalan dan persetujuan antara dua skor adalah diperoleh dengan mengkorelasikan satu item dengan item yang lain atau kovarian antara item-item dan boleh dinyatakan dalam bentuk pekali korelasi.

3.9 Rumusan Kajian ini merupakan idea pengkaji sebagai salah satu langkah mengesan masalah penguasaan rukun solat di kalangan murid-murid di SK Bulu Silou. Selain berguna untuk guru, pelajar juga dapat mengambil manfaatnya kerana dengan ujian yang dijalankan itu, mereka akan lebih berusaha memperbaiki kelemahan mereka dan seterusnya mendirikan solat fardu dengan ikhlas kerana Allah.

17

RUJUKAN Ahmad Mohd. Salleh ( 1995 ), Pendidikan Islam Dinamika Guru, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Shah Alam. Ahmad Sunawari Long dan Zainab Ismail.2003. Kaedah Penyelidikan. Pusat Pengajian Jarak Jauh. Universiti Kebangsaan Malaysia Dr. David Lim Chong Lim dan rakan-rakan. (2009). Kaedah penyelidikan dalam Pendidikan, Meteor Doc.Sdn. Bhd., Selangor Darul Ehsan. Iran Herman. 1999. Analisis Statistik Deskriptif. Kajang : Tekno Edar.

ilmupengetahuan.wordpress.com/pengertian-solat/ -

(http://skhk8k.tripod.com/agamaislam/NotaPAI5IBADAT.htm )

www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurnalpapers/.../ustazah2004.pdf - Similar www.scribd.com/.../KESAN-TAHAP-KELANCARAN-PEMBACAAN-ALQURANTERHADAP-KECENDERUNGAN-MENGERJA... pendidikan.jais.gov.my/index.php?option=com... jurnalakademik.blogspot.com/.../beliawanis-islam-malaysiaprofil.html - C

18

Anda mungkin juga menyukai