Anda di halaman 1dari 13

CARTA BERGAMBAR MNEMONIK DALAM

BIMBINGAN RUKUN SOLAT

BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Solat merupakan perintah wajib Allah kepada individu muslim berdasarkan firman
Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 43 maksudnya: dan dirikanlah kamu akan
sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama
orang-orang yang rukuk.
Sabda Rasulullah s.a.w :maksudnya di tegakkan Islam atas lima, pengakuan
syahadah iaitu tidak ada Tuhan (yang disembah yang sebenarnya) melainkan Allah,
pengakuan bahawa Nabi Muhammad Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat,
menunaikan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan (Hadis Riwayat al-Bukhari dari Ibn
Hibban).
Rukun solat adalah perkara yang sebahagian daripada solat dan bergantung kepadanya
sah solat itu. Solat secara amnya mempunyai tiga belas rukun yang terbahagi kepada rukun
qalbi (hati), rukun qauli (perkataan), dan rukun fili (perbuatan). Menjadi suatu kewajipan
bagi seseorang muslim yang ingin mendirikan solat mengetahui dengan baik rukun solat dan
pembahagianya. Menurut

Prof

Dr

Fatimah

(2012),

pengetahuan

yang

mendalam tentang ibadah yang difardukan oleh Allah SWT sangatlah


penting agar setiap perlakuan dalam solat mencapai kekhusyukkan dan
ibadah yang ditunaikan diterima oleh Allah SWT.
Malah bukan itu sahaja, sekiranya seseorang individu muslim yang
melakukan solat dan tertinggal salah satu rukun solat atau salah
melakukannya maka solatnya adalah terbatal. Oleh hal yang demikian,

bimbingan yang betul tentang rukun solat ini sangatlah perlu agar solat
yang dilakukan menjadi lebih baik.
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Sistem pendidikan islam bagi sekolah-sekolah rendah dibawah
Jabatan Agama Islam (JAIS) sangat menekankan kepada penerapan ilmu
asas fardhu ain. Ini termasuklah memperkenalkan sukatan mata pelajaran
Feqah yang merangkumi ilmu berkaitan ibadah antaranya solat dan
beberapa pecahan topik tentang solat termasuklah Rukun Solat yang
diajar didalam sukatan mata pelajaran Feqah Tahun 3 bab ketiga.

Kajian
Mnemonik

ini

difokuskan

dalam bimbingan

kepada

penggunaan

Carta

Bergambar

Rukun

Solat dalam

membantu

murid

mengingati dan memahami cara perlaksanaan rukun solat. Fokus kajian


tindakan ini adalah melibatkan 20 orang responden yang dipilih daripada
murid Tahun 3 yang terdiri daripada 10 orang murid lelaki dan 10 orang
murid perempuan dari Sekolah Rendah Agama Taman Sri Andalas, Klang
melalui pemerhatian yang dijalankan dan faktor-faktor tertentu.
Kaedah mnemonik yang digunakan berfokuskan kepada teknik
akronim dan akrostik dengan kata kunci dalam pembelajaran bidang
ibadah Rukun Solat. Menurut Amy Sharimie (2009), kaedah ini mampu
memudahkan proses ingatan terhadap fakta-fakta yang banyak dan
membantu dalam menguasai sesuatu perkara rumit.
1.3 PERNYATAAN MASALAH
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, masih terdapat murid
yang sukar menentukan 13 perkara Rukun Solat. Apabila soalan-soalan
lisan diajukan kepada murid, ternyata murid tidak dapat menjawab
dengan betul dan ada juga semasa menjawab soalan, murid cuba berfikir
2

dan mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan serta meminta
bantuan rakan lain untuk memberikan jawapan malah mereka kelihatan
keliru dengan susunan 13 perkara Rukun Solat dengan alasan tidak ingat
atau lupa apa yang telah dipelajari. Antara lain pemerhatian yang
dilakukan terhadap perbuatan Rukun Solat murid menunjukkan mereka
masih kurang memahami cara perlaksanaan yang betul walaupun
seringkali mendirikan solat.

1.4 KERANGKA KAJIAN


Kerangka kajian ini berfokus kepada aspek penilaian terhadap penggunaan Carta
Bergambar Mnemonik dalam bimbingan Rukun Solat terhadap pengamalan solat murid
kearah pembentukan ibadah yang berkualiti.
1.4.1 KERANGKA TEORI
Ibadah solat merupakan aspek penting didalam kehidupan individu muslim. Hal ini
dapat dilihat berdasarkan gambaran Nabi Muhammad s.a.w bahawa solat itu adalah tiang
agama. Berbicara mengenai solat, maka ia tidak lari dari mengetahui dengan benar kafiat atau
cara melakukannya yakni merujuk kepada 13 perkara Rukun Solat. Setiap perlaksanaan rukun
solat itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri yang bukan hanya merujuk kepada hubungan
kita dengan Allah, malah juga dalam kehidupan seharian kita. Oleh kerana itu, bimbingan
yang betul dan berkesan seharusnya diberikan para pendidik khususnya kepada generasi
pelajar mengenai perlaksanaan ibadah solat yang sebenar.
1.4.1 KERANGKA KONSEP

Ingatan 13
perkara
Rukun Solat

Carta
Bergambar
Mnemonik

Susunan 13
perkara
Rukun Solat

Pemahaman
Perlaksanaan
Rukun Solat

1.5 TUJUAN KAJIAN


Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat dan mengetahui sejauh mana
ingatan dan kefahaman murid terhadap 13 perkara Rukun Solat. Kajian ini juga ingin melihat
sejauh mana keberkesanan penggunaan Carta Bergambar Mnemonik ini membantu didalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid tahun 3 terhadap peningkatan penguasaan
kemahiran mengingat fakta Rukun Solat dan memahami cara perlaksanannya di samping
dapat meningkatkan keyakinan dan kualiti amalan murid dalam menghayati kewajipan
sebagai seorang muslim.
1.6 OBJEKTIF KAJIAN
Secara umumnya kajian ini dibuat untuk membimbing murid tahun 3 terhadap topik
Rukun Solat, Feqah Tahun 3 Bab 3 dengan penggunaan Carta Bergambar Mnemonik.
Secara khusus, objektif kajian ini adalah seperti berikut :i.

Membantu murid mengingat 13 perkara Rukun Solat dengan penggunaan Carta

ii.

Bergambar Mnemonik
Melihat penguasaan kemahiran murid menentukan susunan 13 perkara Rukun Solat
4

iii.

Meningkatkan pemahaman murid terhadap cara perlaksanaan Rukun Solat yang betul

1.7 PERSOALAN KAJIAN


i.

Adakah dengan penggunaan Carta Bergambar Mnemonik murid

ii.

dapat mengingat 13 perkara Rukun Solat?


Adakah dengan penggunaan Carta Bergambar Mnemonik murid
dapat menguasai kemahiran menentukan susunan 13 perkara Rukun

iii.

Solat?
Sejauh manakah pemahaman murid terhadap cara perlaksanaan
Rukun Solat yang betul meningkat melalui penggunaan Carta
Bergambar Mnemonik?

1.8 HIPOTESIS KAJIAN


Berdasarkan persoalan-persoalan kajian di atas, hipotesis kajian yang akan diuji
kebenarannya adalah seperti berikut:
Ho1

:Tidak terdapat perbezaan antara penggunaan Carta Bergambar

Mnemonik dengan ingatan murid terhadap 13 perkara Rukun Solat


Ho2

:Tidak terdapat perbezaan antara penggunaan Carta Bergambar

Mnemonik dengan penguasaan kemahiran murid menentukan sususan 13 perkara


Rukun Solat
Ho3

:Tidak terdapat perbezaan antara peningkatan pemahaman murid

terhadap cara

perlaksanaan Rukun Solat yang betul melalui

penggunaan Carta Bergambar Mnemonik


1.9 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian

ini

dilaksanakan

bagi

meningkatkan

kemahiran

dan

membimbing murid tahun 3 terhadap 13 perkara Rukun Solat. Secara tidak


langsung sasaran dapat mengenal pasti sekiranya meninggalkan atau salah melaksanakan
perkara rukun, maka solat menjadi tidak sah. Maka kajian ini bukan sekadar penting kepada
murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka namun juga
berkepentingan dalam membentuk murid sebagai individu muslim yang
menjaga kualiti solat mereka.
1.10 BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya dijalankan di Sekolah Rendah Agama Taman Sri


Andalas, Klang. Skop kajian ini hanya melibatkan seramai 20 orang murid
yang terdiri daripada 10 orang murid lelaki dan 10 orang murid
perempuan dari Tahun 3. Murid-murid ini dipilih berdasarkan kemahiran
mengingat dan memahami cara perlaksanaan 13 perkara Rukun Solat
yang sederhana dan lemah. Kajian ini juga hanya dijalankan untuk
mengkaji hubungan peningkatan kemahiran murid terhadap Rukun Solat
dengan penggunaan Carta Bergambar Mnemonik.

1.11 DEFINISI OPERASI

1.11.1 Carta Bergambar


Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, carta bermaksud paparan
yang mengandungi keterangan (tentang harga, suhu, senarai
sesuatu, dll) dalam bentuk graf, gambar rajah, dsb. Manakala
bergambar membawa maksud ada gambarnya; dihias dengan
gambar.
1.11.2 Mnemonik

Nordin Tahir (2011) menjelaskan istilah mnemonik berasal


daripada perkatan Greek mnemon yang bermaksud berfikiran.
Teknik Mnemonik bermaksud menyangkutkan fakta yang hendak
dihafal dengan sesuatu yang mudah untuk mengingatnya.
1.11.3 Rukun Solat
Mengikut Kamus Dewan (2004), rukun bermaksud dasar, pokok, asas,
sendi,nadi, akar, teras atau tiang.
Rukun solat boleh dibahagikan kepada 13 perkara iaitu:
1. Niat
2. Takbiratul-ihram (Allahu-Akbar yang pertama).
3. Berdiri bagi yang mampu.
4. Membaca sursh al-Fatihah.
5. Rukuk dengan tamaninah (tamaninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru).
6. Iktidal dengan tamaninah.
7. Sujud dua kali dengan tamaninah.
8. Duduk di antara dua sujud dengan tamaninah.
9. Tasyahud/Tahaiyatakhir dengan membaca tasyahhud.
10. Duduk dalam tasyahhud akhir.
11. Selawat kepada nabi Muhammad s.a.w dalam tasyahhud akhir
12. Membaca salam
13. Tertib
BAB 2
KAJIAN LITERATURE
2.1 PENGENALAN
Dalam bahagian ini pengkaji akan membincangkan literature/teori yang mendasari
kajian ini serta meninjau kajian-kajian lepas yang berkaitan.
2.2 TEORI-TEORI BERKAITAN
Kaedah pembelajaran dan pengajaran yang baik dan berkesan ialah
kaedah

yang

dapat

membantu

para

pelajar

memperolehi

ilmu

pengetahuan, kemahiran dan mengubah sikap dan tingkah laku, menanam


minat dan nilai-nilai yang diingini. Guru-guru perlulah kreatif dan inivatif
dalam menyampaikan pelajaran menurut kecenderungan dan peringkat

kematangan pelajar berdasarkan peringkat umur dan kecergasan otak


mereka (Ab Halim, 2003).
Tambahan lagi, kaedah yang baik dapat membantu para pelajar
memperolehi ilmu pengetahuan, kemahiran dan mengubah sikap dan
tingkah laku, menanam minat dan nilai-nilai yang diingini (al-Syaibani
1975). Pembelajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar (ABM)
secara dasarnya dapat memastikan pelajar mengikuti serta

dapat

memberikan pelajar kefahaman yang berkesan dan juga dapat menarik


minat mereka terhadap mata pelajaran yang diajarkan.
Menurut teori perkembangan Kognitif yang dipelopori Jean Piaget
(1983) menyatakan kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu
dalam proses perkembangan yang dilalui. Peringkat usia kanak-kanak 7
hingga 11 tahun dinamakan peringkat operasi konkrit. Pada peringkat ini,
kanak-kanak

telah

mula

berkemampuan

untuk

memanipulasi

dan

membentuk representasi mental secara dalaman. Mereka juga mempunyai


pelbagai pemikiran dan memori tentang objek-objek konkrit seperti bendabenda maujud.
Hargreaves

(1996)

menyatakan

pembelajaran

bukan

hanya

berkaitan dengan penambahan dan mengingat semula maklumat yang


dipelajari

tetapi

memahami

juga

merupakan

maklumat

aktiviti

pengetahuan

menguasai
dan

konsep

seterusnya

dan
dapat

mengaplikasikannya ke dalam kehidupan. Menurut Ainon Mohd et.al


(2005)

terdapat

pelbagai

jenis

kaedah

mengingat

yang

telah

diperkenalkan oleh ahli-ahli psikologi dan pendidikan. Malah bidang


ingatan ini sudah lama dikaji oleh pakar-pakar psikologi semenjak tahun
1885 lagi. Antara kaedah mengingat yang telah diperkenalkan adalah
seperti kaedah latih tubi, kaedah ulangan, kaedah peta minda, kaedah
chuncking, dan kaedah mnemonik.

Salah satu strategi mengingat adalah dengan menggunakan kaedah


mnemonik. Mnemonik adalah suatu cara untuk meningkatkan memori dan membina
maklumat dengan lebih berkesan. Ia berfungsi sebagai medium untuk mengekod maklumat
supaya lebih tersusun (Jefrey& Cynthia 2011).
2.3 KAJIAN-KAJIAN LEPAS
Dalam kontek di Malaysia, terdapat banyak kajian yang telah
dijalankan berkaitan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dalam pendidikan Islam amnya dan khususnya dalam bab
ibadah solat. Antaranya ialah kajian yang dijalankan oleh Edham Mohd Nor
(2012) mendapati pendekatan kaedah menggunakan alat bantu mengajar
seperti kad kilas dan kaedah ingatan mnemonik membantu para pelajar
mengingat
pendidikan

fakta-fakta
Islam

dan

serta

serta

isi-isi

pelajar

berasa

penting

didalam

seronok

pelajaran

dengan

aktiviti

pembelajaran yang dijalankan. Ini terbukti apabila 23 orang responden


yang terlibat berjaya mengingati dan memahami rukun solat berdasarkan
ujian post yang telah dijalankan. Kajian oleh Zulzaimi Suhaimi (2009)
dalam kemahiran menulis Jawi mendapati kaedah carta yang digunakan
memperlihatkan perubahan positif responden dengan peningkatan ketara
dalam ujian pasca berbanding dengan ujian pra iaitu dari 40% meningkat
kepada 87%. Tambahan lagi, kajian yang dijalankan Fawwaz Fathanah
(2010) menunjukkan factor bahan memberi kesan dalam meningkatkan
minat pelajar untuk menguasai sesuatu kemahiran dengan lebih baik.
2.4 RUMUSAN
Jelasnya kaedah pengajaran dan pembelajaran yang betul dan sesuai amat penting dalam
memastikan objektif pengajaran guru dapat diserap oleh pelajar dengan berkesan. Oleh kerana
itu, guru perlu sentiasa bersifat kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas mereka sebagai
pendidik. Pemilihan Carta Bergambar Mnemonik dalam kajian ini diharap dapat membantu
meningkatkan pencapaian, pemahaman dan amalan murid dalam perkara yang dikaji.
BAB 3
9

METADOLOGI KAJIAN
3.1 PENGENALAN
Metodologi merupakan aspek penting bagi melakukan penyelidikan
kajian.

Ia

bertujuan

memastikan

kaedah

pengumpulan

data

yang

digunakan bersesuaian dengan matlamat dan objektif kajian yang hendak


dicapai. Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan dan menjelaskan
kaedah-kaedah kajian yang digunakan untuk mendapatkan data yang
dikehendaki bagi menganalisis kajian yang dijalankan.

3.2 REKABENTUK KAJIAN


Berdasarkan kepada tujuan dan objektif kajian, maka pengkaji mengambil pendekatan
ini menggabungkan reka bentuk kajian kaedah kualitatif dan kuantitatif iaitu penggunaan
borang soal selidik, kaedah temubual terhadap guru kelas dan melakukan
ujian pra dan pos ke atas murid Tahun 3.
3.3 POPULASI DAN PERSAMPELAN
Dalam kajian ini, populasi kajian melibatkan murid Sekolah Rendah
Agama Taman Sri Andalas iaitu seramai 720 orang pelajar. 20 orang murid
Tahun 3 dipilih sebagai sampel kajian yang terdiri daripada 10 orang murid
lelaki dan 10 orang murid perempuan.
3.4 INSTRUMEN KAJIAN
Dalam kajian ini instrument yang akan digunakan adalah terdiri daripada:
3.4.1

Pemerhatian

Kaedah pemerhatian dalam kelas dilakukan semasa P&P sedang berjalan. Pengkaji
akan memerhati gerak laku serta maklum balas yang diberikan semasa sesi P&P berlangsung.
Pemerhatian juga dibuat keatas pelajar semasa sesi Amali Solat di sekolah.
3.4.2

Temu bual

Kaedah temu bual akan digunakan oleh pengkaji secara tidak formal. Secara tidak
langsung pengkaji dapat mengesan punca sebenar murid tidak dapat menguasai kemahiran

10

menghafal dan mengingati, seterusnya tidak dapat menentukan dan memahami cara
perlaksanaan 13 perkara rukun solat.
3.4.3

Soal selidik

Borang soal selidik diberikan kepada murid untuk diisi secara jujur dan telus. Borang
tersebut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A adalah latar
belakang responden

dan Bahagian B

berkenaan dengan pemahaman

topik Rukun Solat. Bahagian A mengandungi maklumat jantina murid dan


pengamalan solat. Bahagian B pula mengandungi item-item soalan yang
dibina berpandukan kepada persoalan kajian yang berkaitan dengan tajuk
kajian. (Rujuk Lampiran A)
3.4.4

Ujian Pra

Ujian Pra dilakukan untuk menguji sejauh mana penguasaan murid dalam topic Rukun
Solat. Ujian Pra ini dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula. (Rujuk Lampiran B)
3.4.5

Ujian Pos

Ujian ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap penguasaan dalam menguasai topic Rukun
Solat. Ujian Pos ini dilaksanakan selepas penggunaan Carta Bergambar Mnemonik dijalankan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. (Rujuk Lampiran C)
3.5 KAJIAN RINTIS
Untuk mendapat kesahan dan kebolehpercayaan pada instrumen
kajian, pengkaji akan menjalankan kajian pilot untuk memastikan setiap
persoalan yang akan ditanya adalah jelas dan akan difahami oleh
responden sebenar. Kajian pilot ini akan dijalankan pada 10 orang murid
Tahun 3 dari Sekolah Rendah Agama Padang Jawa. Disini pengkaji akan
dapat mengesan kekurangan yang terdapat pada set soalan samada
bahasa yang digunakan terlalu tinggi, soalan sukar difahami serta soalansoalan tersebut berkaitan ataupun tidak berdasarkan kepada komen yang
diberikan oleh murid-murid tersebut. Setelah diperbaiki set soalan
tersebut, set soalan baru akan digunakan untuk kajian yang sebenar.
3.6 KAEDAH & TATACARA PENGUMPULAN DATA
11

Kajian ini akan dijalankan melalui dua peringkat prosedur agar pengkajian dapat
dijalankan secara baik dan berkesan. Peringkat pertama, pengkaji akan mendapatkan
kebenaran daripada guru besar bagi menjadikan murid Tahun 3 sebagai responden kajian.
Pengkaji akan menjelaskan maklumat mengenai tujuan serta cara pengkajian yang akan
dijalankan. Pengkaji juga akan menjelaskan bidang kajian serta memohon mendapatkan
kerjasama daripada guru-guru Tahun 3 yang terlibat.
Peringkat kedua, pengkaji akan mengedarkan borang kaji selidik kepada responden
dengan mengumpulkan semua responden didalam satu kelas dan menerangkan dengan jelas
kepada responden bahawa pengkajian ini bukanlah peperiksaan dan semua persetujuan yang
diberikan adalah betul. Seterusnya, pengkaji meminta responden menjawab dengan ikhlas dan
jujur supaya nilai kesahan dan kebolehpercayaan maklumat tidak tersasar. Responden dilarang
untuk berbincang dan meniru semasa menjawab soalan soal selidik. Pengkaji juga akan
memberitahu bahawa segala maklumat yang diberikan oleh responden adalah rahsia terutama
kepada guru-guru dan guru besar.
3.7 KAEDAH & TATACARA PENGANALISISAN DATA
Data mentah yang didapati daripada ujian pra dan ujian pos akan diproses
menggunakan kaedah Microsoft word dan Microsoft excel yang akan dipersembahkan dalam
bentuk jadual dan graf bar. Hasil maklum balas dalam bentuk data-data yang akan diterima
daripada ujian pra dan ujian pos serta soal selidik, temubual dan pemerhatian akan
dirumuskan oleh pengkaji dengan teliti.
3.8 RUMUSAN
Pengkaji berharap kajian yang akan dilaksanakan dengan menggunakan kaedah
kualitatif dan kuantitatif ini akan memperlihatkan keputusan yang positif. Ujian pra dan ujian
pos dilaksanakan sebagai langkah melihat tahap penguasaan pelajar dalam menguasai tajuk
yang dipilih dapat menentukan keberkesanan kaedah yang dipilih. Kaedah pemerhatian dan
temu bual secara tidak formal bersama pelajar dapat memberikan gambaran awal kepada
pengkaji terhadap tahap penguasaan dan pemahaman murid mengenai tajuk yang dipilih.
Akhir sekali, soal selidik yang dilakukan tanpa memerlukan para pelajar menamakan identity

12

masing-masing memungkinkan pengkaji mendapat data yang benar dan jujur terhadap
masalah yang dihadapi murid dalam menguasai tajuk.

13

Anda mungkin juga menyukai