Anda di halaman 1dari 17

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN
Dalam bab ini kami akan menerangkan dan membinangkan mengenai
penyelidikan masa lalu dan produk yang terkini atau reka bentuk yang boleh
dibandingkan dengan produk rekaan kami ini. Setelah kami membuat keputusan untuk
memilih projek ini, kami memulakan proses kerja-kerja kami dengan melakukan kajian
di internet, perpustakaan dan berjumpa dengan pensyarah penyelia kami di politeknik.
Selepas itu, kami menggabungkan idea dan maklumat untuk melengkapkan bab
ini. Kami juga menemui kaedah yang sesuai untuk produk kami. Melalui kajian ini, kami
mampu meghasilkan produk yang berkualiti dan dapat membantu dalam kerja-kerja
yang berkaitan dengan penggalian. Kami akan memastikan kajian ini akan membantu
menemui kaedah yang terbaik untuk memastikan kejayaan menghasilkan produk ini.

2.2 DEFINISI
Produk yang akan kami ciptakan ini merupakan produk inovasi. Kami
menghasilkan sebuah mata gerudi yang berfungsi dalam kerja-kerja
penggalian untuk mendapatkan contoh tanah yang tidak boleh
disentuh.berpandukan kepada sebuah buku yang berjudul Jurnal of
Geotechnical and Geoenvironmental Engineering di tulis oleh VN Ghionna
mata gerudi merupakan sebuah alat gerudi yang berbentuk bulat dan tirus
di hujungnya megikut saiz diameter yang telah ditetapkan. Saiz
kebiasaanya ialah diantara 0.0005 sehingga 5mm.

2.3 JENIS-JENIS BAHAN KAJIAN

2.3.1 MESIN GERUDI


Mesin gerudi mempunyai pelbagai jenis reka bentuk dan keistimewaan
yang tersendiri mengikut cara penggunaannya ke atas sesuatu bahan.
Terdapat 8 jenis mesin gerudi yang mempunyai kelebihan tersendiri yang
diguna pakai dalam indurstri di Malaysia.

2. Mesin Gerudi Mudah


Alih

1.Gerudi
Tangan

Jenis
Pistol

Jenis Kerja
Berat

3. Mesin Gerudi
Tekan

4. Mesin Gerudi
Pillar

5. Mesin Gerudi
Jejari

6. Mesin Gerudi
Gang

7. Mesin Gerudi
Multispindle

8. Mesin Gerudi Kawalan


Berangka

2.3.2 MATA GERUDI


Terdapat 7 jenis mata gerudi.

GERUDI
PUSAT

GERUDI HUJUNG
RATA

GERUDI
PINTAL

GERUDI
PIPIH

GERUDI LUBANG
SENGGAT

GERUDI LUBANG
BENAM

GERUDI LURAH
LURUS

2.4 KAJIAN-KAJIAN TERDAHULU


Kajian telah dibuat oleh Hawkesworth seorang mekanik di Anaconda Copper
Mining Co.yang menemu9 mesin gerudi lombong dengan mata gerudi yang dapat
dikeluarkan dan dipasang semula.
Sebelum penemuan itu, seorang operator gerudi tambang bawah tanah
memerlukan kuantiti batang gerudi yang banyak yang berukuran panjang 13, 20,
dan 26 m untuk menyelesaikan semua pekerjaan mereka. Setelah gerudi
digunakan berulang kali, batang gerudi ini mesti dihantar ke permukaan untuk
diasah menjadi tajam semula.
Pada hari Jumaat, 21 Mei 1922, Anaconda menggelar demonstrasi Bor
Hawkesworth. Dalam masa 2 minit, Bor Hawkesworth mampu membuat lubang
sedalam 520mm dan 560 mm pada batuan granit. Manakala bor konvensional
hanya mampu membuat lubang sedalam 240 mm pada waktu yang sama.
Penemuan ini mampu menghasilkan penghentaman yang besar dan baik dari segi
waktu, kos dan juga keselamatan.

2.5 PENGHASILAN MATA GERUDI


Gerudi digunakan untuk menebuk lubang bulat pada permukaan benda
kerja yang mempunyai jenis bahan yang berbeza.
Saiz gerudi kecil diperbuat daripada keluli tahan lasak (high speed steel)
Gerudi yang besar bahannya diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi
(high karbon steel) atau tungsten karbida.

2.5.1 CARA MENCANAI DAN MENGASAH


SEBATANG GERUDI PINTAL
Terdapat tiga jenis sudut yang harus diberi perhatian iaitu :
a. Sudut Pemotong
b. Sudut Kelegaan Bibir Pemotong
c. Sudut Heliks

2.5.2 FORMULA PENGIRAAN KELAJUAN


PUSINGAN PENGUMPAR (PPM)
Formula
Untuk menghitug putaran per minit
Putaran per minit (PPM) = Kelajuan memotong (meter per minit)
X Garis pusat (milimeter)
Unit meter perlu ditukarkan kepada unit milimeter, oleh itu
Putaran per minit (PPM) = Kelajuan memotong X 1000
X Garis pusat
iaitu,

(PPM) = KP X 1000
D

2.6 KESIMPULAN
Berdasakan kajian yang dibuat dalam bab ini, mesin gerudi amatlah penting
bagi kerja-kerja pembangunan pada zaman sekarang. Hal ini kerana mesin ini dapat
memudahkan proses kerja yang dilakukan oleh manusia. Terdapat banyak jenis mesin
gerudi dan jenis mata yang mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.
Penemuan Hawkesworth dalam teknologi pengorekan memberi impak yang
amat besar kepada pengurusan kerja yang dilakukan di kawasan perlombongan. Selain
masa dapat dikurangkan, kadar kemalangan yang berlaku di kawasan perlombongan
juga dapat dikurangkan dengan efektif.
Secara keseluruhannya, setiap peralatan mepunyai keistimewaan yang
tersendiri. Kelebihan dan keburukan alat bergantung kepada cara pengguna
mengaplikasikan alatan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai