Anda di halaman 1dari 5

SEGAMAT - Malaysia akan menjadi negara pertama di dunia yang

menggunakan getah beku bagi teknologi penurapan jalan raya melalui


kaedah Asfalt Terubahsuai Getah Bekuan (CMA).

Ia adalah campuran yang terdiri daripada Cup Lump Modified Binder


(CMB) dan batu baur (aggegate).

Kajian bersama Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Jabatan Kerja Raya
(JKR) sejak dua tahun lepas mencapai fasa baharu dalam teknologi
campuran getah dalam campuran asfalt selepas diperkenalkan lebih 60
tahun lepas.

Jalan Persekutuan FT 001 dari Kampung Desa Bertemu Jodoh hingga ke


Kampung Kwong Sai bakal melakar sejarah apabila terpilih sebagai lokasi
pertama projek penggunaan CMA sejauh 10 kilometer yang dijangka
dimulakan Ogos ini.

Projek perintis ini juga akan membuka lembaran baharu terutama kepada
440,000 orang pekebun kecil getah di Malaysia apabila penggunaan getah
beku dalam negara dapat ditingkatkan.

Ini akan membantu menstabilkan harga getah yang dibelenggu harga


rendah sejak beberapa tahun kebelakangan ini seterusnya memberi
pulangan pendapatan yang lebih tinggi kepada pekebun.

Dijangkakan sebanyak 4.2 tan getah beku digunakan untuk satu kilometer
jalan yang dibina.

KAJIAN PERCUBAAN TAPAK


Penggunaan getah sebagai bahan campuran bitumen bagi menurap jalan
bukan sesuatu yang baharu. Malaysia sendiri telah memulakannya sejak
tahun 1950an lagi melalui pembinaan tapak percubaan sepanjang 90
meter di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai.

Bagaimanapun penggunaan getah sebagai asfalt kurang berkembang di


Malaysia antara lain disebabkan tiada kajian dan data menyeluruh yang
dapat membuktikan penggunaannya lebih baik daripada kaedah
konvensional.

Sumber getah yang paling banyak digunakan untuk asfalt biasanya


diambil daripada tayar getah kenderaan terpakai yang kemudian dikisar
halus menjadi serbuk getah yang akan dicampurkan dengan bitumen.
Produk getah daripada bahan-bahan terbuang industri seperti sarung
tangan juga boleh dimanfaatkan sebagai bahan campuran menghasilkan
asfalt.

Selain itu penggunaan latex (getah asli dalam bentuk cecair ) memberi
rintangan lebih baik pada jalan. Bagaimanapun harganya lebih mahal
berbanding jenis getah lain.

Taklimat projek oleh Jurutera Kanan , Jabatan Kerja Raya , Roziawati


Razali kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof bersama
rombongan Jelajah FTRoadpedia baru-baru ini menjelaskan penggunaan
getah beku sebagai sumber alternatif campuran asfalt sedang dikaji
dengan lebih teliti.

Ia melibatkan tiga lokasi kajian yang dilakukan secara bersama antara


LGM dan JKR selepas menandatangani memorandum perjanjian (MoA)
pada 2015.

Turapan CMA di lokasi kajian bermula di Laluan FT010, Jalan Gemas-


Rompin di daerah Tampin, Negeri Sembilan pada 22 Dis, 2015.

Laluan 4 Jalan Gerik-Kupang, daerah Baling, Kedah dimulakan pada 8 Nov,


2016 dan seterusnya Laluan FT002 ,Jalan Kuala Lumpur-Kuantan,
Temerloh pada 22 November, 2016.

Katanya, prestasi ketiga-tiga tapak kajian masih dalam pemantauan untuk


tempoh dua tahun melalui kaedah ujian tapak dan makmal.

"Antara yang dilihat untuk mengenalpasti struktur keadaan jalan dan


turapan sedia ada, kekuatan jalan, kerosakan-kerosakan yang bakal timbul
selepas tempoh pemantauan serta ujian permukaan beralun. Sehingga
kini data yang diperoleh menunjukkan ia sangat positif ," jelasnya dalam
taklimat itu.

HASIL KAJIAN
Penggunaan getah beku mempunyai potensi yang lebih baik untuk
mengatasi masalah teknikal jalan.

Campuran aspalt meningkatkan kelikatan bitumen yang dapat memberi


rintangan terhadap suhu yang tinggi.

Pada waktu panas terutama tengah hari, suhu jalan boleh mencapai
sehingga 60 darjah celcius dan kebiasaannya ketika itu bitumen yang
bercampur getah (CMB)) akan mencapai suhu titik lembut yang lebih
tinggi daripada bitumen konvensional.

Keadaan ini akan membantu masalah jalan berlekuk terutama yang dilalui
kenderaan berat.

Campuran yang terhasil mempunyai kelikatan tinggi dan ia membantu


balutan bitumen yang lebih baik ke atas batu untuk menambahkan daya
tahan selain menjadi lebih elastik yang akan memberi rintangan yang
tinggi pada kenderaan.

Prosedur menghasilkan CMA seperti yang dibangunkan perlu melalui


beberapa proses iaitu dimulakan dengan pengambilan gumpalan getah
beku dari pokok melalui proses pengilangan dan kemudian dicampurkan
dengan bitumen bagi menghasilkan Bituminous Cup Lumps (BC).

Selepas itu, BC akan dicampurkan ke dalam bitumen konvensional pada


kadar tertentu bagi menghasilkan CMB.

Menghasilkan turapan CMA juga tidak banyak beza dengan kaedah


konvensional.

Hanya membezakan sedikit kawalan suhu di mana untuk penggunaan


getah beku memerlukan suhu yang lebih tinggi antara 10-20 darjah
celsius berbanding bitumen konvensional, jelas Roziawati

KOS LEBIH TINGGI


Projek perintis dari Kampung Desa Bertemu Jodoh hingga ke Kampung
Kwong Sai melibatkan jarak sejauh 40 kilometer dengan anggaran kos
pembinaan sebanyak RM92.3 juta yang akan mengambil masa kira-kira
dua tahun.

Hanya 10 kilometer yang akan menggunakan kaedah CMA manakala


selebihnya akan menggunakan turapan konvensional.

Dijangka kaedah CMA memberi prestasi pembinaan jalan yang lebih baik
walaupun kosnya lebih tinggi berbanding penggunaan aspalt
konvensional.

Anggaran kos pembinaan CMA sekitar RM53.60 semeter berbanding


kaedah aspalt konvensional RM29.90 semeter.
Bagaimanapun untuk jangka panjang pembinaan menggunakan CMA
lebih ekonomik memandangkan kos kitaran hayat jalan berkenaan yang
lebih panjang dengan kos penyelenggaraan yang lebih menjimatkan,
katanya. – Bernama

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi


tidak menolak teknologi getah beku jalan raya dapat mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya di negara ini.

Ini kerana menurut beliau, permukaan jalan raya yang bergetah dapat
memberi lebih cengkaman kepada tayar kenderaan di atas jalan raya.

“Teknologi seperti ini bukan sahaja wajar dilaksanakan bukan sahaja di


selekoh-selekoh tajam, malah ia juga perlu jalan raya biasa.

“Saya percaya dengan adanya teknologi baharu seperti ini, lebih ramai
nyawa dapat diselamatkan,” katanya ketika ditemui Sinar Online baru-
baru ini.

Bagaimanapun menurut beliau lagi, pelaksanaan itu masih di peringkat


kajian dan pihaknya masih meneliti hasil dapatan kajian di beberapa jalan
raya yang terlibat.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Litrak, Sazally Saidi berpendapat,


penggunaan teknologi tersebut tidak akan dapat menyumbang kepada
pengurangan kadar kemalangan jalan raya.

Menurut Sazally, kebanyakan kes kemalangan berlaku disebabkan sikap


pengguna jalan raya sendiri.

Katanya lagi, faktor keadaan jalan raya hanya penyumbang kecil kes
melibatkan kemalangan jalan raya negara ini.

Malaysia akan menjadi negara pertama di dunia yang menggunakan getah


beku bagi teknologi penurapan jalan raya melalui kaedah Asfalt
Terubahsuai Getah Bekuan (CMA).

Ia adalah campuran yang terdiri daripada Cup Lump Modified Binder


(CMB) dan batu baur (aggegate).

Kajian bersama Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Jabatan Kerja Raya
(JKR) sejak dua tahun lepas mencapai fasa baharu dalam teknologi
campuran getah dalam campuran asfalt selepas diperkenalkan lebih 60
tahun lepas.

Jalan Persekutuan FT 001 dari Kampung Desa Bertemu Jodoh hingga ke


Kampung Kwong Sai bakal melakar sejarah apabila terpilih sebagai lokasi
pertama projek penggunaan CMA sejauh 10 kilometer yang dijangka
dimulakan Ogos ini.

Anda mungkin juga menyukai