Anda di halaman 1dari 4

Tema: Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

Pidato: Jati Diri Pemangkin Negara Lestari

Setiap insan punya tanggungjawab yang besar dalam memacu keamanan


dunia. Setiap insan penting adalah penting dan berharga dalam mendidik
bangsa yang cinta akan damai sentosa. Inilah amanat yang dinukilkan oleh
Usman Awang dalam karya “Salam Benua”.

Salam sejahtera, salam satu Malaysia dan salam sayang dari negara saya.

Terima kasih buat peneraju majlis, barisan panel hakim, penjaga masa serta buat
semua yang sudi melapangkan masa.Jati diri pemangkin negara lestari. Begitu
tajuk pidato yang bakal disajikan buat santapan minda warga merdeka. Justeru
mari kita bermula dan merungkai idea tentang menilai intipati tentang jati diri.

Hadirin yang dihormati,

Menurut kamus Dewan edisi ke-4, Jati membawa maksud sejati, asli, murni tulen
atau tidak bercampur. Diri pula bermaksud batang tubuh atau orang
perseorangan yang mempunyai badan. Maka, Jati Diri adalah sifat keperibadian
atau ciri yang unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan
agama yang menjad teras serta lambang keperibadian seseorang individu atau
sesuatu bangsa. Jati diri atau identiti sesuatu bangsa merujuk kepada ciri-ciri
yang membezakan sesuatu kumpulan manusia dengan kumpulan manusia lain.
Menuturkan sebuah bahasa yang sama ialah antara ciri yang menentukan jati
diri sesebuah bangsa.
Tahukah anda? Rakyat Switzerland menuturkan 4 bahasa yang berlainan iaitu
Bahasa Perancis, Jerman, Italy dan Roman sedangkan mereka semua adalah
bangsa Swiss. Di Malaysia, kita juga mempunyai satu bahasa kebangsaan yang
dituturkan oleh masyarakat pelbagai keturunan tanpa was-was. Tuntasnya, realiti
Bahasa Melayu sebagai cermin jati diri bangsa Malaysia, tak lapuk dek hujan, tak
lekang dek panas.

Tuan-tuan dan puan-puan

Pertama, perwatakan insan mampu mempengaruhi jati diri. Jati diri boleh
dibahagikan kepada perwatakan yang nampak seperti pakaian dan
perwatakan tidak nampak membabitkan emosi atau karakter seseorang hasil
dan terbentuk daripada latar belakang keluarga serta persekitaran.

Individu perlu menguatkan jati diri dengan mengamalkan cara hidup bangsa
Malaysia antaranya bertutur secara halus dan bersopan terutama ketika
berinteraksi dengan orang tua dan sesama rakan. Jika di kampung individu
boleh mengamalkan gaya hidup bersopan santun, perlakuan itu sepatutnya
terus kekal ketika berada di universiti mahupun dalam kalangan masyarakat,
bukan mengubah gaya hidup yang bercanggah dengan jati diri sebagai
pelajar. Justeru, kita harus menganjurkan aktiviti untuk memastikan jati diri dan
semangat patriotisme terus tumbuh segar dalam diri setiap individu seperti
mengadakan program memakai baju kebangsaan di institusi pengajian tinggi.

Sidang dewan yang dihormati,

Kedua, pengembangan peribadi dalam membentuk jati diri untuk


kecemerlangan negara. Globalisasi yang bercanggah dengan jati diri pada
masa kini telah mengugat usaha membina negara bangsa sehingga berlakunya
kecelaruan dalam menetapkan identiti sesuatu bangsa.
Justeru, kefahaman mengenai maksud jati diri perlu dikemukakan kepada semua
pihak terutama generasi muda supaya perkataan besar yang membawa
maksud pelbagai itu dapat difahami seterusnya diterjemahkan dalam setiap
aspek kehidupan rakyat pelbagai bangsa di negara ini untuk membina negara
bangsa Malaysia.

Sebagai contoh, jati diri generasi muda kini semakin terpinggir menyebabkan
mereka dilihat tidak memiliki keyakinan diri hingga ada sesetengahnya terjebak
dalam krisis identiti. Tafsiran jati diri yang mereka anggap ialah sekadar
mempunyai kad pengenalan sahaja. Malah jati diri sebenarnya untuk menjadi
insan yang berdisiplin dan memiliki daya ketrampilan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Ketiga, semangat patriotisme juga diperlukan dalam membentuk jati diri. Remaja
perlu menguasai setiap ilmu yang mereka pelajari demi memastikan ilmu itu
bukan sekadar dipelajari untuk lulus peperiksaan sebaliknya dimanfaatkan demi
membangun diri, bangsa dan negara. Semangat patriotisme perlu diterapkan
dalam jiwa setiap individu untuk memupuk sifat sayangkan negara kerana
seseorang individu yang patriotik menjadi ikon kepada bangsanya sendiri.

Selain tumpuan kepada jurusan bidang pengajian, remaja juga


bertanggungjawab pastikan keperibadian mencerminkan semangat serta jiwa
bangsa negara ini diperlihatkan dalam kehidupan seharian mereka. Semangat
perpaduan yang menjadi antara nilai terkandung dalam gagasan Satu Malaysia
yang sudah tertanam dalam hubungan antara remaja berbilang bangsa yang
menjadi warga berilmu perlu dibaja supaya terus semarak.
Memahami konsep jati diri bangsa Malaysia bukan boleh dicapai dalam tempoh
singkat. Banyak yang perlu dipelajari dan semua pihak perlu mengambil inisiatif
supaya jati diri bangsa Malaysia menjadi amalan yang diterjemahkan dalam
semua aspek kehidupan rakyat negara ini.

Kesimpulannya, dalam proses pembentukan insan yang seimbang dan harmonis


individu harus mempunyai tekad dan azam untuk menjadi bangsa atau umat
penyumbang aset negara. Tidak ada jalan pintas untuk mencapai matlamat
tersebut, melainkan semua individu harus bersedia dengan disiplin diri dan tekad
yang yang terancang serta usaha yang bersungguh-sungguh.

Individu yang sempurna perlu memiliki ketahanan diri untuk menghadapi segala
onak hidup dalam menerajui visi negara. Percayalah, asas inilah yang menjadi
asas terbaik dalam pembangunan modal insan yang seimbang supaya para
individu bakal menjadi warga pemyumbang bukan saja terhadap negara
Malaysia yang dicintai tetapi merealisasikan aspirasi negara.

Akhir kata, sebelum saya mengundur diri, saya memohon seribu kemaafan jika
ada tersalah atau tersilap bahasa, sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai