Anda di halaman 1dari 6

Menulis esei lebih kurang 2000 patah perkataan tentang enam jenis nilai dan aplikasinya

dalam kehidupan pelajar dan masyarakat.

Marcapada, secara sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan sains dan
teknologi, amalan nilai murni yang merupakan khazanah yang diamalkan sejak zaman
nenek moyang kita telah menjadi satu kehendak dan sinonim dalam kehidupan manusia.
Nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang supaya segala
tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam
masyarakat. Nilai-nilai murni ini dapat melengkapkan dan melahirkan insan yang unggul dan
sempurna demi merealisikan misi nasional negara. Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan
Moral dan Pendidikan Islam telah diajar di sekolah-sekolah untuk membentuk generasi
muda yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Pelbagai
pihak juga memainkan peranan mereka dalam penerapan nilai murni dalam generasi muda.
Oleh itu, penerapan nilai-nilai murni amat penting kerana dapat mempengaruhi diri
seseorang itu menjadi seorang yang berhati mulia dan perkara ini dapat memberi banyak
kemaslahatan demi kesejahteraan sejagat.

Kerajinan dalam konteks subjek Pendidikan Moral pada peringkat sekolah menengah
Malaysia didefinasikan sebagai usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan,
kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.
Manakala kata kunci nilai kerajinan ialah tidak mudah putus asa, sentiasa berusaha
bersungguh-sungguh dalam untuk mencapai kejayaan, dan berupaya menghadapi
cabaran dan rintangan dengan semangat yang kuat. Sememangnya jika seseorang
mempunyai cita-cita sendiri dan ingin mencapaikan impian sendiri, nilai kerajinan hendaklah
diamalkan dalam kehidupannya. Hal ini kerana seseorang tidaka akan mendapat apa yang
dingini atau dikejari tanpa memberikan usaha yang setimpalnya ataupun usaha yang lebih
banyak dalam mencapai matlamat dalam kehidupan. Individu yang mengamalkan nilai
kerajianan pasti akan mencapai tujuannya kerana kecekalan dan kegighihan yang tabah
diperlukan semasa berusaha membuat sesuatu perkara. Sudah tentunya kehidupan
manusia adalah tidak lancar dan penuh dengan liku-likuan. Oleh itu, nilai kerajinan bukan
sahaja merujuk kepada usaha yang berterusan sahaja tapi juga memerlukan sikap tabah
dan tidak mudah putus asa dalam menghadapi cabaran dan rintangan dalam kehidupan.
Contoh salah satu orang yang berjaya disebabkan kegigihannya ialah Thomas Alva Edison.
Beliau merupakan orang yang pertama mencipta mentol. Beliau merupakan seorang yang
mempunyai imaginasi dan selalu dianggap sebagai orang yang bermasalah dan bodoh oleh
guru kerana dia selalu mengeluarkan fikiran yang tidak tidak masuk akal seperti bagaimana
angin wujud, kenapa jawapan satu tambah satu adalah dua bukan empat dan sebagainya.
Beliau diberhentikan sekolah kerana soalannya yang dianggap tidak logik dan belajar
melalui membaca dan bimbingan ibunya. Akhirnya, beliau berjaya mencipta mentol yang
merupakan satu reka cipta yang amat mulia kerana telah memberi sumbangan yang besar
kepada masyarakat walaupun diketawakan semasa proses mereka cipta mentol. Maka,
sudah terang lagi bersuluh bahawa kerajinan hendaklah diamalkan dalam sebarang perkara
jika ingin berjaya dalam bidang tersebut. Seorang individu mestilah berusaha dengan
bersungguh-sungguh secara berterusan tidak kira dalam pembelajaran ataupun kerjaya
ataupun mengejar impiannya dengan sikap yang positif dan berani menghadapi cabaran,
belajar dari pengalamannya dan tidak berputus asa dalam usaha mencapai tujuan sendiri.
Maka nyatalah kepentingan nilai kerajianan untuk diamalkan dalam kalangan masyarakat
untuk melahirkan individu yang menjadi tunjang kepada negara dan menyumbangkan
seluruh tenaga mereka terhadap pembangunan negara.

Nilai cinta akan negara adalah dikaitkan dengan satu perasaan mengutamakan
negara dalam tindakan luaran atau dalaman seseorang itu. Semangat ini juga ditakrifkan
sebagai wujud rasa cinta dan kasih sayang terhadap tanah air sendiri. Pepatah Arab ada
mengatakan bahawa cinta akan watan itu adalah sebahagian daripada iman. Tanah air
adalah sesuatu yang amat besar maknanya bagi sesuatu bangsa. Nilai cinta akan negara
merupakan pemangkin kepada kemerdekaan negara yang sudah mencapai angka enam
puluh satu tahun pada hari ini. Ahli falsafah pernah menegaskan bahawa paksi kekuatan
sesebuah negara itu terbina di atas paksi para ilmuwan yang berhikmah, para pemimpin
yang adil dan rakyat jelata yang taat setia. Rakyat yang mencintai tanah air sendiri mampu
merealisasikan wawasan negara dan bersatu padu mempertahankan kemakmuran negara.
Setiap rakyat perlulah memiliki ciri-ciri untuk menggalas tugas yang amat besar dengan
menunjukkan taat setia dan memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada
negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang ini. Salah satu kriteria rakyat yang patriotik
ialah mematuhi peraturan dan undang-undang negara yang berlandaskan prinsip Rukun
Negara. Rukun Negara merupakan salah satu elemen yang vital dalam menunjukkan kasih
sayang kita terhadap negara dan merupakan tonggak perpaduan rakyat. Dengan ini,
keamanan dan kesejahteraan negara dapat dijamin dan tidak menjadi satu gugatan
terhadap perkembangan ekonomi dan menjaga maruah Malaysia. Setiap individu di
Malaysia juga seharusnya sentiasa menghayati sejarah negara dan menghargai pemimpin
kita. Seorang ahli falsafah England, George Santayana pernah berkata bahawa " manusia
yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya." Anak-anak kita dididik sejak kecil lagi
tentang sejarah negara yang mengandungi kisah pejuang negara yang mempertahankan
tanah air yang tercinta menerusi mata pelajaran Sejarah yang menjadi satu mata pelajaran
yang wajib lulus dalam peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Bak kata pepatah,
melentur buluh biarlah dari rebungnya, pendidikan tentang sejarah sejak kecil akan
menyebabkan anak-anak menjadi insan yang taat dan berguna kepada negara. Oleh itu,
terbuktilah bahawa nilai cinta akan negara yang mendalam dalam setiap rakyat agar masa
depan negara dapat terpelihara daripada jatuh ke tangan musuh sekali gus menyebabkan
maruah negara tercemar di seantero dunia.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, tanggungjawab didefinisikan sebagai segala


tugas atau kewajipan seseorang. Nilai bertanggungjawab pula merujuk kepada kesanggupan
diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.
Manusia perlulah bertanggungjawab terhadap segala tindakan mereka dan menanggung
akibat dari perbuatannya. Bertanggungjawab adalah kesedaran manusia terhadap tingkah
laku atau perbuatannya yang sengaja ataupun tidak sengaja. Terdapat beberapa jenis
tanggungjawab seperti tanggungjawab terhadap sendiri. Misalnya, tanggungjawab seorang
pelajar ialah belajar dengan bersungguh-sungguh untuk memperoleh ilmu yang baru,
menjaga kebersihan sendiri dari segi fizikal dan mental, berbudi bahasa dan sebagainya.
Secara terperincinya, apabila pelajar tekun belajar maka dia telah menunaikan
kewajipannya. Apabila pelajar itu malas untuk belajar maka dia telah mengabaikan
tanggungjawabnya dan tidak melaksanakan kewajipannya. Tanggungjawab lain termasuklah
tanggungjawab terhadap keluarga pula merupakan satu kewajipan yang harus dipikul oleh
setiap anggota keluarga kerana tanggungjawab ini menyangkut nama baik keluarga serta
tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Manusia sebagai mahkluk sosial tentunya
tidak dapat hidup sendiri dan harus berinteraksi dengan individu lain. Seorang individu harus
memikul tanggungjawabnya terhadap masyarakat seperti mematuhi peraturan dan undang-
undang untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat. Tanah
air adalah tempat asal kita dilahirkan dan akar dalam diri sendiri. Untuk menunjukkan
kecintaan dan ketaatan terhadap negara kita, kita haruslah mempertahankan negara kita
dari ancaman luar dengan mengamalkan sikap bersatu-padu, mematuhi Rukun Negara dan
menghormati pemimpin kita. Bertanggungjawab adalah ciri manusia beradab atau
berbudaya. Manusia memikul tanggungjawab kerana mempunyai kesedaran akibat baik atau
buruk segala perbuatannya yang dilakukan terhadap diri sendiri dan juga orang lain seperti
suruhan agama yang menyuruh penganutnya menunaikan kewajipan sendiri dan memikul
akibat daripada perbuatan sendiri. Kita juga mempunyai tanggungjawab terhadap Tuhan dan
mengamanahkan segala yang dicipta oleh Tuhan. Tentunya kita perlu memikul
tanggungjawab untuk menjaga dan melestarikan segala sesuatu yang telah diberikan oleh
pencipta alam serta setiasa bersyukur terhadap pemberian Tuhan dengan cara beribadah
dan berdoa kepada Tuhan kita. Maka nilai bertanggungjawab yang meliputi banyak aspek
kehidupan kita untuk memberi kesan- kesan positif kepada kehidupan kita dan membawa
kemaslahatan kepada diri, keluarga, masyarakat dan juga negara.
Seterusnya, kasih sayang adalah satu perasaan yang terlahir dari hati mahluk hidup
yang meliputi haiwan dan manusia. Kasih sayang adalah rasa yang timbul dalam diri hati
yang tulus untuk mencintai, menyayangi, serta memberikan kebahagian kepada orang lain
atau sesiapa yang dicintainya. Kasih sayang bukan hanya diluahkan terhadap kekasih
sahaja tetapi juga terhadap kepada Tuhan, orang tua, keluarga, kawan, serta makhluk lain
yang hidup di bumi ini. Dalam konteks mata pelajaran Pendidikan Moral sekolah menengah,
kata kunci bagi nilai kasih sayang ialah kepekaan atau perasaan cinta yang mendalam dan
kepekaan dan perasaan cinta yang berkekalan. Kasih sayang adalah berkait dengan
perasaan cinta, sesuatu yang sentimental dan adalah sesuatu alat yang memberi kekuatan.
Contohnya, seorang bapa mampu bertabah dan sabar dalam menempuh halangan dan
cabaran dalam kerjayanya adalah kerana kasih sayangnya bapa terhadap anak-anak dan
isteri. Bapa sabagai ketua keluarga berusaha mencari rezeki untuk menyara ahli
keluarganya. Biarpun dia bekerja sampai lewat malam dan tidak mepunyai banyak masa
untuk berehat tapi dia masih meluangkan masanya bersama ahli keluarga seperti mengambil
berat kehidupan anak di sekolah, melakukan aktiviti kekeluargaan pada hujung minggu,
mengajar anak tentang masalah yang dihadapi dalam kerja rumah, menolong isteri
melakukan kerja rumah dan sebagainya. Segala perbuatan yang dilakukan oleh seorang
bapa itu adalah secara sukarela dan sebabnya adalah kasih sayang yang seorang bapa
curah terhadap anak-anak dan isteri dan tercinta. Maka sudah teang lagi bersuluh bahawa
nilai kasih sayanglah yang menjadi tunggak yang kuat dan sebab yang menjadikan seorang
bapa yang bertungkus-lumus untuk keluarganya. Kasih sayang ini bukan sahaja terhad
dalam hubungan kekeluargaan tetapi juga dapat diperlihatkan dalam masyarakat kita.
Rumah kebajikan seperti rumah yatim piatu, rumah orang tua, sekolah orang kurang upaya
memaparkan kasih sayang dalam kalangan masyarakat. Walaupun terdapat golongan yang
kurang bernasib baik dalam masyarakat kita, tapi kita tidak mengabaikan dan tidak
menyisihkan mereka daripada masyrakat. Sebaliknya, kita mencurahkan usaha kita untuk
membantu mereka yang berupa bentuk seperti wang, makanan, keprihatinan dan
sebagainya. Aktiviti-aktiviti amal dan lawatan juga kerap dilakukan di rumah kebajikan
tersebut untuk bersama-sama menjalankan aktiviti gotong-royong, bermain permainan,
bernyanyi, berbual-bual dan sebagainya. Ini menunjukkan masyarakat telah memberi
perhatian terhadap golongan yang kurang bernasib baik dan menghulukan tangan kepada
mereka. TIdak dapat dinafikan nilai kasih sayang telah menyedarkan manusia untuk
menjalinkan hubungan erat antara satu sama lain tanpa mengira jantina, bangsa, umur dan
agama untuk melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni.

Hemah tinggi adalah beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan
seharian. Ahli falsafah China iaitu Confucius merupakan seorang yang mementingkan
berperibadian yang mulia dan pernah mengatakan bahawa " Orang yang beradab ialah
orang yang sangat rajin dan suka belajar serta tidak mahu belajar daripada orang yang
berkedudukan lebih rendah daripadanya". Confucius menyusun status kedudukan mengikut
lapisan masyarakat, cendekiawan berada di paling atas dan peniaga yang mementingkan
kebajikan sendiri berada di paling bawah sekali. Ini menunjukkan kepentingan kelakuan yang
berhemah tinggi dalam sebuah masyarakat. Seorang individu dikatakan mengamalkan nilai
berhemah tinggi jika berbudi bahasa dalam interaksi dengan orang lain seperti bertegur sapa
dengan jiran, tidak menggunakan kata-kata kesat, berkelakuan sopan dengan pemakaian
yang kemas semasa menghadiri satu majlis sebagai tanda penghormatan, ramah dalam
pergaulan serta berkawan dengan semua orang tanpa mengira status. Hal ini kerana
pertuturan dan juga tingkah laku akan menunjukkan imej sendiri maka kita harus
mengamalkan nilai hemah tinggi supaya membawa imej yang baik kepada orang lain dan
menjaga maruah diri. Sekiranya seseorang menghadiri sesuatu situasi sosial seperti majlis
perkahwinan atau majlis rasmi lain, seseorang perlu mengamalkan budi pekerti mulia,
menggunakan bahasa yang bersopan santun, menunjukkan minat terhadap perkara yang
dibincangkan, menghormati pendapat orang lain dalam perbincangan dan tidak
menyinggung perasaan orang lain. Kita manusia yang tinggal dalam cara berkelompok
mestilah mempunyai kemahiran sosial yang tinggi supaya perbuatan atau percakapan kita
tidak melukai orang lain, pendapat kita dapat diterima dan dihormati dengan cara yang
lembut serta dapat menjaga maruah diri dan juga maruah orang lain. Contohnya, semasa
kita tidak sependapat dengan orang lain, kita tidak terus membantah pandangan orang lain
tapi hendaklah menunjukkan kita telah faham pandangannya, selepas itu barulah kita
mengeluarkan pandangan sendiri. Dengan ini, orang lain lebih senang dan mudah untuk
terima pandangan kita dan dapat mengelakkan pergaduhan atau pertelingkahan berlaku
serta hubungan erat dengan orang lain tidak dijejaskan. Hemah tinggi memainkan peranan
penting dalam kehidupan kita dan penting untuk diamalkan dalam pergaulan seharian kita
kerana ini merupakan satu kelakuan yang menunjukkan kebudayaan atau peradaban
seseorang dan dapat mewujudkan suasana yang sejahtera dan harmoni dalam kalagan
masyarakat.

Sebagai makhluk sosial sudah tentunya manusia mesti mampu berinteraksi dengan
individu lain dalam kehidupan seharian. Seorang individu akan berinteraksi dengan pelbagai
jenis lapisan masyarakat yang mempunyai perbezaan warna, agama, bahasa dan lain-lain.
Sudah tentunya tidak dapat mengelakkan berlakunya pergaduhan dan pertelingkahan dalam
kehidupan akibat gesekan semasa bersosial dengan orang lain yang berpunca daripada
pelbagai perkara seperti agama. Untuk memastikan kesejahteraan hidup dan keselesaan
maka sikap toleransi dan saling menghormati perlu diamalkan oleh setiap individu supaya
dapat menghindarkan pertengkaran yang berlaku. Di negara Malaysia yang dibentuk
daripada pelbagai kaum yang berlainan, adat resam dan agama serta bahasa ibunda kita
adalah berbeza. Tak kenak maka tak cinta, mata pelajaran sastera memainkan peranan
yang signifikan untuk mendidik anak-anak supaya mereka tahu kepercayaan dan adat kaum
masing-masing dan mengamalkan nilai toleransi dalam masyarakat majmuk ini. Pelajar
akan tahu kepentingan dan keperluannya sesuatu kaum menjalankan sesuatu upacara
mereka dan memahami makna kebudayaan kaum lain. Nilai toleransi juga diperlukan dalam
kehidupan seharian terutamanya semasa berinteraksi dengan orang lain. Sekiranya berlaku
pertelingkahan, kita haruslah bertenang dan mengawal perasaan sendiri supaya tidak
memburukkan keadaan lagi. Satu lagi contoh ialah jika ahli keluarga hendak tidur, maka
suara television haruslah direndahkan supaya tidak mengganggu orang yang hendak
merehat. Kita juga tidak harus makanan yang tidak boleh dimakan oleh kaum lain kerana itu
dianggap satu perbuatan yang tidak menghormati mereka. Oleh itu kita sebagai
warganegara sudah sepatutnya menjunjung tinggi sikap toleransi antara satu sama lain
terutamanya berinteraksi dalam masyarakat.

Kesimpulannya, semua masyarakat di negara ini perlulah tahu dan mengamalkan


nilai-nilai murni dalam diri masing-masing. Hal ini demikian kerana terdapat banyak
kepentingan bagi nilai-nilai murni yang wujud dalam diri kita dan dapat memberi banyak
kemaslahatan demi kesejahteraan sejagat. Sebagai hasilnya, negara akan memiliki rakyat
yang produktif dan berkualiti. Masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai murni juga akan
dapat menyemai rasa cinta akan negara sekaligus menghargai keamanan yang dikecapi.
Hasrat supaya masyarakat berjiwa murni dan tidak wujudnya perasaan dengki antara satu
sama lain akan tercapai melalui penerapan nilai-nilai murni. Sikap masyarakat yang memberi
tumpuan terhadap matlamat menerapkan nilai-nilai murni seperti mutiara kata pahit manis
sama dirasa, satu arah satu tujuan kerana kesenangan dan kemewahan yang dimiliki yang
dikongsi bersama. Nilai-nilai murni perlulah dihayati dan diamalkan dalam kehidupan
seharian serta menjadikan seseorang itu warganegara yang berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai