Anda di halaman 1dari 15

PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI

NEGARA
1.0 PENDAHULUAN
Dalam usaha untuk mencapai kesepaduan antara kaum dan semangat
bersatu padu tanpa berbelah bahagi, pendidikan dilihat sebagai satu wadah yang
amat berkuasa untuk merealisasikannya. Oleh itu, peranan yang dimainkan guru
memberikan impak yang besar buat semua individu. Dari jawatan kecil hinggalah
jawatan yang hebat, semuanya adalah hasil didikan seorang guru. Seiring dengan
perkembangan dunia tanpa sempadan juga, peranan yang digalas guru juga
semakin besar. Dalam merealisasikan prinsip-prinsip yang terkandung dalam
mencapai Aspirasi Negara, guru Pendidikan Moral sememangnya memainkan
peranan yang amat penting kerana mereka adalah guru yang mengajar secara
langsung tentang amalan murni dan nilai patriotik di sekolah, tidak seperti guru-guru
lain yang hanya menggabung jalin nilai-nilai ini ke dalam mata pelajaran teras.
Pendidikan Moral memainkan peranan penting dalam merealisasikan
matlamat pendidikan dan sebagai wardah untuk mencapai hasrat negara. Mata
pelajaran ini merupakan satu subjek yang penting di sekolah dalam melahirkan
generasi yang berilmu, berdisiplin dan berwawasan. Tambahan pula, dalam usaha
melahirkan insan yang bermoral, peranan Guru Pendidikan Moral memainkan
peranan yang penting dalam menyampaikan pelajarannya dengan berkesan dan
menjadi contoh (role model) kepada para pelajarnya.
2.0 ASPIRASI NEGARA
Pendidikan moral merupakan sebahagian daripada pendidikan negara. Mengikut
sukatan pelajaran Pendidikan Moral 1982, program pendidikan moral adalah
bertujuan untuk murid-murid mengenalpasti, menjelaskan dan membatinkan nilainilai yang berasakan kepada agama, tradisi dan nilai-nilai masyarakat Malaysia.
Begitu juga dengan penyemakan semula sukatan Pendidikan Moral pada tahun
1999 yang memperkenalkan lima bidang pembelajaran. Ia adalah bertujuan untuk

membentuk generasi yang

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab

dan

boleh

menyumbang kearah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global.1


Aspirasi Negara merupakan salah satu elemen yang penting dalam
pembentukan sesebuah Negara. Hal ini juga berlaku kepada guru di Malaysia. Motto
Guru Berkualiti Aspirasi Negara mempunyai pengertian yang amat meluas. Guru
yang berkualiti ialah guru yang dapat menunaikan tanggungjawab menyediakan
sumber manusia terlatih dan berpengetahuan, berperanan membentuk identiti
warga, menyemaikan perasaan kenegaraan dan membina perpaduan nasional di
kalangan warga. Pemahaman terhadap perkara yang saya sebutkan ini adalah
penting kerana guru perlu menyedari bahawa mereka adalah paksi kepada segala
usaha dan harapan untuk mencapai wawasan negara, wawasan 2020. Terdapat
beberapa elemen di dalam aspirasi negara yang sangat ingin dicapai. Saya akan
fokus kepada Rukun Negara.
2.1 SEMBILAN CABARAN WAWASAN 2020 & PERANAN GURU MORAL
DALAM MEREALISASIKANNYA.

Cabaran yang pertama ialah mewujudkan negara Malaysia yang bersatu


dan

mempunyai

matlamat

yang

dikongsi

bersama

iaitu

Malaysia

mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan semua
kaum hidup dalam keharmonian. Berdasarkan cabaran ini, para guru perlu
memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan situasi ini. Sebagai
seorang guru moral, kita perlulah menyemai nilai bersatu padu dalam kalangan
murid-murid dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang memerlukan kerjasama antara
murid berbilang kaum. Sebagai contoh guru boleh melakukan aktiviti main peranan
bersama murid. Aktiviti seperti ini dapat membantu para pelajar untuk lebih
memahami sesuatu situasi yang mereka hadapi.
Cabaran yang kedua ialah untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang
berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri,
bangga dengan apa yang ada dan dengan apa yang dicapai. Melalui cabaran ini,

kita sedar bahawa kita perlulah berbangga menjadi rakyat Malaysia dan cuba untuk
melakukan yang terbaik untuk negara kita Malaysia. Sebagai seorang guru
pendidikan Moral, kita perlulah menerapkan nilai bersyukur dan berterima kasih
dengan apa yang diperolehi tanpa mengeluh dan berputus asa. Contohnya guru
perlu memastikan para pelajar sentiasa mengucapkan terima kasih setiap kali
menerima sesuatu daripada orang lain. Guru juga boleh menggalakkan para pelajar
untuk sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk mereka, keluarga,
masyarakat dan negara.
Cabaran

yang

ketiga

ialah

untuk

mewujudkan

masyarakat

yang

demokratik yang matang. Masyarakat yang demokratik dan matang bermaksud


masyarakat yang mampu bekerjasama antara satu sama lain tanpa mengira bangsa
dan agama. Mereka juga mampu menyelesaikan masalah tanpa menggunakan
sebarang pertelingkahan sebaliknya menyelesaikannya secara demokrasi. Guru
berperanan untuk mengamalkan sistem demokrasi di dalam kelas dan menerangkan
kepentingan demokrasi kepada murid-murid. Sebagai contoh adalah pemilihan ketua
kelas dan juga pemilihan penolong ketua kelas. Guru perlu pastikan bahawa dia
melantik ketua kelas berdasarkan undian yang terbanyak daripada murid-murid.
Guru tidak boleh melantik ketua kelas berdasarkan murid yang beliau sukai.
Cabaran yang keempat ialah mewujudkan masyarakat yang bermoral dan
beretika sepenuhnya yang mempunyai warganegara yang kukuh dalam nilai
agama. Malaysia ialah sebuah negara yang berbilang kaum. Walaupun murid- murid
berbeza agama, mereka tetap mengamalkan nilai-nilai murni yang sama. Jadi guru
perlulah menggalakkan para pelajar untuk mengamalkan nilai-nilai murni dan
menunjukkan contoh yang baik kepada rakan-rakan yang lain. Seperti yang kita
tahu, semua agama menggalakkan penganutnya untuk mengamalkan dan
mempraktikan amalan nilai murni yang baik dan meninggalkan amalan yang tidak
baik.
Cabaran yang kelima ialah mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak
ansur dalam konteks rakyat Malaysia pelbagai kaum iaitu bebas mengamalkan
adat, kebudayaan dan kepercayaan agama tetapi setia pada negara iaitu
Malaysia. Seperti yang kita tahu, semua rakyat Malaysia bebas untuk mengamalkan
agama dan budaya mereka selagi mereka tidak menjejaskan orang lain. Sebagai

guru, kita seharusnya menekankan nilai menghormati antara kaum dan semangat
patriotik dan cinta akan negara. Setiap individu perlu mempunyai rasa sayang dan
cinta akan negara. Oleh itu, mereka akan sentiasa melakukan perkara yang terbaik
untuk membangunkan negara di persada antarabangsa.
Cabaran yang keenam ialah mewujudkan masyarakat saintifik dan
progresif, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi malah menjadi
penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. Seperti yang
kita tahu, kanak-kanak zaman sekarang sangat tertarik terhadap perkara- perkara
dan alat- alat yang melibatkan teknologi. Sebagai seorang guru kita juga perlu
mengetahui serba sedikit mengenai teknologi dan kalau boleh kita perlu mempunyai
ilmu teknologi yang lebih daripada para pelajar kita. Guru perlu menggunakan
teknologi di dalam proses pengajaran dan mengajar murid-murid untuk lebih celik IT.
Guru boleh menggunakan video semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan
guru juga boleh menyuruh murid untuk menjawab soalan melalui internet.
Cabaran yang ketujuh ialah untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan
budaya sayang menyayangi antara satu sama lain iaitu sistem sosial yang
memberi keutamaan kepada kepentingan masyarakat daripada diri sendiri.
Dalam

cabaran

ini,

Malaysia

ingin

mewujudkan

masyarakat

yang

tidak

mementingkan diri sendiri malah mementingkan orang lain daripada diri sendiri.
Peranan guru Moral untuk menghadapi cabaran ini ialah dengan menerapkan nilai
kasih sayang kepada murid-murid melalui aktiviti yang bersesuaian seperti aktiviti
membuat kad ucapan kepada kawan karib dan juga membuat kad ucapan sempena
Hari Ibu atau Hari Bapa. Guru juga perlu mewujudkan suasana penyayang di dalam
bilik darjah di mana guru perlu mengambil berat terhadap semua pelajar dan
sentiasa prihatin dengan keadaan mereka. Sentiasa bertanya mengenai kesihatan
mereka dan sentiasa bertanyakan masalah yang mereka hadapi.
Cabaran yang kelapan ialah mewujudkan masyarakat yang adil dalam
bidang ekonomi iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan
negara secara adil dan saksama. Seperti yang kita tahu masyarakat Cina lebih
memonopoli kekayaan negara di mana mereka lebih berjaya di dalam bidang
perniagaan dan keusahawanan. Jadi pihak kerajaan ingin memastikan semua rakyat
mendapat pendidikan yang sempurna untuk bersaing secara sihat antara pelbagai

kaum untuk sama-sama berjaya di dalam bidang perniagaan. Sebagai guru kita
haruslah tidak mengamalkan sikap pilih kasih semasa melayan murid-murid. Guru
juga perlu untuk menerapkan keadilan di dalam kelas dan menjadi contoh kepada
murid-murid.
Cabaran yang kesembilan ialah untuk mewujudkan masyarakat makmur
yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik giat dan kental. Dalam cabaran ini,
pihak kerajaan ingin memastikan semua rakyat mempunyai ekonomi yang stabil di
mana kadar kemiskinan dapat dikurangkan. Justeru, pihak kerajaan telah
menitikberatkan sistem pendidikan di mana semua rakyat wajib ke sekolah untuk
belajar dan memperoleh sebanyak mungkin ilmu untuk menaikkan taraf kehidupan
mereka. Guru perlu menggalakkan persaingan yang sihat dalam kalangan muridmurid dalam setiap aktiviti yang dijalankan mahupun bersaing untuk cemerlang di
dalam peperiksaan

3.0 PERANAN GURU DALAM MENCAPAI ASPIRASI NEGARA (RUKUN


NEGARA)
Dalam merealisasikan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara,
guru Pendidikan Moral sememangnya memainkan peranan yang amat penting
kerana mereka adalah guru yang mengajar secara langsung tentang amalan murni
dan nilai patriotik di sekolah, tidak seperti guru-guru lain yang hanya menggabung
jalin nilai-nilai ini ke dalam mata pelajaran teras.
Prinsip pertama dalam Rukun Negara adalah Kepercayaan Kepada Tuhan.
Faktor kepercayaan kepada agama merupakan perkara utama yang harus
ditekankan

oleh

guru

Pendidikan

Moral

kepada

murid-murid.

Ibu

bapa

mengharapkan agar pihak sekolah dan juga guru dapat meningkatkan kepercayaan
anak-anak mereka kepada Tuhan dan agama. Perkara ini menjadi lebih kritikal
dalam era globalisasi. Hal ini kerana, kehidupan yang begitu mementingkan
materialistik, teknologi dan hiburan dapat menjejaskan keinginan manusia kepada
Tuhan. Dalam kekosongan inilah guru boleh membina kekuatan dalaman iaitu
kerohanian melalui pengajaran dan pembelajaran. Kerohanian yang mantap dan
suci akan melahirkan akal yang sihat, jasmani yang cergas dan sahsiah yang terpuji

dalam kalangan murid. Pembinaan kekuatan dalaman ini akan lebih mudah
dilaksanakan jika guru melaksanakan tugasnya sebagai ibadah dengan matlamat
membangunkan modal insan.
Prinsip kedua Rukun Negara ialah Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.
Prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri
penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysia
perlu menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Dipertuan
Agong dan negara. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat
setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa
mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Penghayatan terhadap
prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu
padu kerana Raja adalah payung negara yang menaungi seluruh rakyat di negara
ini. Justeru, institusi raja tidak boleh dicemari, diperlekeh atau dihina serta ia tidak
wajar dipolitikkan sama sekali.
Guru sebagai penyampai ilmu (Muallim), perlu mendedahkan kepentingan
mengenali dan hormati institusi raja dengan memberi pendedahan tentang Sejarah
Kesultanan Melayu, sistem Raja Berpelembagaan dan Majlis Raja-Raja. Guru
perlu menyampaikan ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni tersebut dengan
menyampaikan

isi

kandungan

pendidikan

dengan

lebih

berkesan

tanpa

mengabaikan nilai-nilai murni dalam menyampaikan apa juga disiplin ilmu.


Contohnya, menimbulkan perasaan kasih sayang terhadap pemimpin, raja dan
negara dan kesan-kesan negatif andainya perasaan tersebut diabaikan seperti
berlakunya rusuhan dan negara tidak akan aman sekiranya perasaan sayang pada
negara tidak wujud. Murid-murid juga perlu memikirkan kesan terhadap dunia ini
sekiranya mereka tidak menyayangi dan taat kepada negara, raja dan pemimpin.
Demi memberi kesan yang lebih baik, guru boleh membuat lawatan sambil
belajar ke Muzium Negara dan Perpustakaan Negara bagi mencari maklumat. Di
samping itu murid dapat merehatkan fikiran dengan menyaksikan barang-barang
bersejarah agar dapat menimbulkan perasaan bangga dengan sistem pemerintahan
yang terdapat di Malaysia. Guru juga perlu membimbing murid membuat peta minda
tentang peranan dan fungsi raja dalam sistem pemerintahan negara supaya mereka
sedar besarnya peranan pemerintahan raja pada kerajaan Melayu lama. Dengan

demikian, murid-murid akan mengenali dan menghormati institusi raja yang terdapat
di Malaysia.
Prinsip ketiga adalah Keluhuran Perlembagaan. Perlembagaan menjadi asas
penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan
bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat
mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru,
perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan
sosial untuk semua kaum di negara ini.
Sebagai guru Pendidikan Moral, guru perlu menegaskan tentang kepentingan
kesepaduan antara kaum yang sentiasa menjadi perkara asas dalam membina
kerukunan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Antara perkara yang
boleh dipraktikkan oleh guru ialah menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan
dalam pertuturan seharian. Penggunaan bahasa yang sama antara kaum lain dapat
memupuk semangat perpaduan kaum yang jitu selain dapat meningkatkan lagi
semangat cinta akan tanah air. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang paling
wajar digunakan oleh pelajar semasa berkomunikasi dengan bangsa lain di Malaysia
tambahan pula kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia
telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Prinsip keempat ialah Kedaulatan Undang-undang. Kedaulatan undangundang bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang
negara tanpa sebarang diskiminasi antara kaum, gender mahupun kedudukan.
Dalam mendidik murid untuk sentiasa menjadi warganegara yang sentiasa
mengamalkan peraturan dalam kehidupan seharian, guru Pendidikan Moral boleh
memulakannya dengan perkaran yang kecil dan mudah sahaja contohnya sentiasa
menggalakkan murid-murid untuk mengikuti peraturan sekolah seperti hadir ke
sekolah tepat pada masanya dan tidak membuang sampah merata-rata. Walaupun
hal ini kedengaran tidak penting, namun apabila kita menerapkan murid dengan
asas yang kukuh, maka tidak mustahil jika ia berkembang ke arah yang lebih baik
pada masa hadapan.
Guru juga haruslah sentiasa meningkatkan amalan pedagogi dalam
pengajaran, sesuai dengan ragam murid yang pelbagai. Kepelbagaian dalam cara

mengajar membolehkan murid terus fokus dan tidak bosan serta objektif
pembelajaran yang dirancang juga dapat dicapai. Ini secara tidak langsung dapat
mengelakkan masalah ponteng sekolah akibat pengajaran guru yang tidak
memberangsangkan, secara tidak langsung murid-murid sendiri dapat mengamalkan
peraturan sekolah dengan lebih berintegriti.
Prinsip kelima ialah Kesopanan dan Kesusilaan. Guru sentiasa menjadi
perhatian umum dari hujung rambut ke hujung kaki. Apa sahaja yang dipakai,
diperkatakan, dilakukan atau ke mana sahaja guru pergi, mereka tetap menjadi
perhatian masyarakat. Guru muaddib adalah guru yang mengajarkan adab dan budi
pekerti. Dalam hal ini, guru berusaha memastikan adab dan budi pekertinya adalah
ditahap yang cemerlang. Ini adalah kerana guru merupakan model kepada muridmurid dan masyarakat sekelilingnya. Guru tidak seharusnya umpama ketam
mengajar anaknya berjalan betul. Guru Muaddib bukan sahaja perlu mengajar nilainilai murni tetapi mesti mengamalkan nilai-nilai murni tersebut.
Melalui aktiviti main peranan, guru bolehlah memainkan peranannya sebagai
Muaddib iaitu sebagai pendidik adab dan budi pekerti dalam aktiviti ini. Guru
mewujudkan situasi perayaan Deepavali. Guru mengarahkan beberapa murid
memainkan peranan sebagai tuan rumah dan tetamu yang datang ke rumah untuk
beraya bersama-sama. Dalam aktiviti ini akan memainkan ramai pelajar bagi
mewujudkan suasana sebenar sesuatu perayaan. Penerapan adab budi pekerti
melayan tetamu dan hormat menghormati amat ditekankan dalam aktiviti main
peranan. Cara meminta maaf ketika hari perayaan agama juga akan ditekankan
agar murid memahami pentingnya saling memaafkan antara satu sama lain.

3.0 PERANAN GURU DALAM MENCAPAI ASPIRASI NEGARA (KESELURUHAN)


Peranan guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa murid-murid yang
datang ke sekolah telah mempelajari pendidikan moral di rumah daripada keluarga
dan masyarakat. Ini bermakna kanak-kanak telah mempunyai sikap, kepercayaan
dan tabiat tentang moral yang dipelajari mereka daripada pelbagai sumber sebelum
mereka ke sekolah. Kerencaman latar belakang ini mewujudkan pelbagai persoalan

moral dari segi pengetahuan amalan dan prinsip hidup kanak-kanak yang masih
boleh dilentur (Maznah, t.t:2).
Guru Pendidikan Moral juga perlu sedar bahawa sekolah itu sendiri
merupakan sumber pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di
sekolah, cara sekolah itu ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan
memberikan pengaruh secara tidak langsung kepada pembelajaran moral kanakkanak di sekolah. Guru Pendidikan Moral mesti menerima hakikat bahawa nilai-nilai
moral sudah tertanam dalam diri murid-murid. Guru haruslah bersedia untuk
mengajar Pendidikan Moral dengan mengambil kira pengetahuan dan pembelajaran
moral yang sedia ada. Guru dikehendaki memperkembangkan pengetahuan moral
murid-murid ini dan membimbing mereka semasa pengajaran Pendidikan Moral
dilaksanakan. Pendidikan Moral di sekolah digunakan untuk memperkembangkan
pengetahuan moral kanak-kanak ke arah mencapai matlamat kurikulum untuk
melahirkan individu yang bermoral tinggi (Maznah, t.t:2).Bagi membolehkan guru
memainkan peranan bagi melahirkan generasi yang bermoral, ianya boleh dilihat
dari lima peranan penting dalam melahirkan insan bermoral.

Merialisasikan Aspirasi Negara

3.1 MUALLIM
Menyampaikan ilmu (Muallim). Ilmu pengetahuan yang benar dan diyakini
akan menjadikan seseorang individu itu berpegang teguh dalam amalannya. Guru
berperanan untuk menyampaikan ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam
proses melahirkan insan yang bermoral. Guru harus menyampaikan isi kandungan
pendidikan dengan lebih berkesan tanpa mengabaikan nilai-nilai murni dalam
menyampaikan apa juga disiplin ilmu. Ini bersesuaian dengan dasar Kementerian

PelajaranMalaysia yang

menekankan

nilai-nilai

murni

merentasi

(Murabbi).

Guru

kurikulum

(Saharudin, 2008:10).
3.2 MURABBI
Menjayakan

proses

pendidikan/tarbiyah

sejati,

guru

cemerlang dan guru yang baik adalah guru yang menjayakan proses tarbiyah.
Proses ini adalah dari mendidik anak-anak tidak tahu membaca kepada bolah
membaca sehingga menjadi pemimpin Negara. Guru Murabbi adalah guru segalagalanya. Oleh yang demikian, guru seharusnya sentiasa peka kepada perubahan.
Perubahan yang berkaitan dengan profesionnya dan juga perubahan lain yang
berlaku di sekelilingnya. Guru Murabbi sentiasa berpegang teguh dan memikul
tanggungjawab sepenuhnya untuk mengajar dan mendidik serta memberi teladan
kepada murid-muridnya. Guru Murabbi juga sentiasa faham dengan tugas guru yang
mulia. Beliau menjadikan sekolah sebagai rumah dan syurganya, yang sentiasa
memerangi kejahilan, kebodohan, kelemahan dan kelalaian diri dan murid-muridnya
(Saharudin, 2008:10).
3.3 MUDARRIS
Memperkembangkan kemahiran (Mudarris). Guru-guru berperanan untuk
memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran murid-muridnya. Kemahiran
dalaman guru menurut Ranjit Singh Malhi dalam bukunya, Success depends on
Teachers memberi ulasan kepada PIPP yang merangkumi empat aspek utama
iaitu; kemahiran sikap peribadi (personal attributes), kemahiran penampilan diri
(interpersonal), kemahiran menyelesaikan masalah, dan kemahiran membuat
keputusan.
Kemahiran sikap peribadi (personal attributes), melibatkan berpegang teguh
kepada etika kerja, kemahiran menghormati iaitu menghormati pelanggan dan
orang-orang lain serta persekitarannya. Contohnya guru perlu mempunyai
kemahiran menghormati murid sebagai pelanggan operasi, seperti tidak mengaitkan
apa-apa yang boleh menyentuh perasaan secara negatif seperti mengeluarkan katakata kesat dan menghina mereka (Saharudin, 2008:10).

Kemahiran

penampilan

diri

(interpersonal)

pula

berkaitan

kemahiran

seseorang guru dalam menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Kemahiran luaran
melibatkan kemahiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dengan lain
perkataan kemahiran menggunakan alat-alat yang terlibat dalam proses pengajaran
atau pedagogi pengajaran. Contohnya, guru seharusnya mempunyai kemahiran
menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai
dengan tahap dan kebolehan murid. Proses pengajaran dan pengajaran dapat
dilaksanakan dengan berkesan, sekiranya guru menggunakan peralatan bantu
mengajar terkini seperti komputer, alat tayang digital (LCD) dan mahir melayari
internet untuk mendapatkan sumber maklumat dan ilmu terkini selaras dengan misi
untuk mewujudkan sumber maklumat dan ilmu terkini selaras dengan misi untuk
mewujudkan sumber pendidikan bertaraf dunia dan seterusnya mencapai misi
nasional (Saharudin, 2008:10).
Kemahiran membuat keputusan penting bagi seorang guru untuk memastikan
tindakan yang dilakukan adalah betul atau tidak. Guru harus bijak membuat
keputusan. Keputusan yang dibuat haruslah benar dan tepat.Sebelum membuat
keputusan guru haruslah memikirkan sebab dan akibatnya. Berdasarkan Teori
Perlaziman Cuba Jaya yang diperkenalkan oleh Thorndike menyatakan bahawa
prinsip asas pembelajaran ialah pengaruh ganjaran dan denda. Sesorang akan
membuat sesuatu yang akan membawa keseronokan. Sebaliknya manusia akan
mengelakan melakukan sesuatu yang membawa kesakitan atau membahayakan
diri. Teori ini jelas menunjukan seseorang kanak-kanak akan membuat sesuatu jika
mendapat ganjaran. Di dalam bilik darjah guru haruslah sentiasa memberi
peneguhan atau ganjaran kepada murid yang bertingkah laku baik supaya tingkah
laku ini akan berterusan dan menghukum murid yang melakukan kesalahan supaya
kesalahan tersebut tidak diulang. Sebagai contoh semasa mengajar nilai yang
berkaitan dengan diri dan alam sekitar, guru harus meberi pujian kepada murid yang
membuang sampah ditempat yang betul dan mengenakan denda kepada murid
yang membuang sampah di merata tempat.
Kemahiran menyelesaikan masalah juga sangat penting untuk dipelajari oleh
para pelajar. Guru juga harus bijak menyelesaikan masalah. Guru harus berfikir
dengan kritis dan kereatif untuk menyelesaikan masalah. Guru harus bijak

menaakul, membuat andaian dan menganalisis segala maklumat dan seterusnya


menyelesaikan masalah.

3.4 MUADDIB
Mendidik adab dan budi pekerti (Muaddib). Selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, guru berperanan untuk mengembangkan potensi insan
yang berakhlak mulia, seimbang dari segi intelektual, rohani, emosi dan jasmani
(JERI). Guru muaddib adalah guru yang menganjarkan adab dan budi pekerti.
Dalam hal ini, guru berusaha memastikan adab dan budi pekertinya adalah ditahap
yang cemerlang. Ini adalah kerana guru merupakan model kepada murid-murid dan
masyarakat sekelilingnya. Guru tidak seharusnya umpama ketam mengajar anaknya
berjalan betul. Perbuatan ini amat dibenci oleh Allah (Tuhan sekalian Alam) seperti
firmannya amat besar kebencian disisi Allah bahawa kamu menyatakan apa-apa
yang kamu tidak berjalan (Surah Ash-Shaff ayat 3).
Guru Muaddib bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi mesti
mengamalkan nilai-nilai murni tersebut. Antara nilai murni yang perlu ada pada
seseorang guru adalah sifat daya tahan dan tidak mudah menyerah kalah. Sifat
yang demikian akan menjadikan guru lebih bermotivasi, kreatif dan inovatif. Guru
yang muaddib akan memandang ke hadapan dan tidak mudah menyerah kalah.
Guru seperti ini sentiasa berfikir Jika tidak boleh melalui satu pintu, saya akan
keluar mengikut pintu lain atau saya akan buat pintu lain. Sesuatu yang saya mahu
akan menjadi, sama ada dalam gelap atau dalam terang. Sikap inilah yang boleh
menjadikan martabat guru dijulang tinggi dan terus berusaha tanpa mengira jemu
dan putus asa terutama dalam mendidik generasi akan datang (Saharudin,
2008:11).

3.5 MURSYID
Melahirkan pemimpin generasi akan datang (Mursyid). Guru adalah pemimpin
bahkan juga kepada pemimpin yang sedia ada. Di dalam sajak Usman Awang,

beliau menyatakan, jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, jika hari ini
seorang raja menaiki tahta, jika hari ini seorang presiden sebuah Negara,
sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa. Tugas membentuk kepimpinan
insan merupakan yang berat dan ini adalah peranan dan tugas yang terletak di bahu
guru. Dilihat dari sejarah kita, ramai pemimpin Negara ini asalnya seorang guru dan
para pemimpin mendapat didikan dari guru. Oleh yang demikian, sejarah
membuktikan bahawa guru Mursyid adalah pemimpin dan membentuk kepimpinan
insaniah (Saharudin, 2008:11).

Kesimpulan
Dalam membentuk generasi yang bermoral, tindakan tersebut hendaklah
dilakukan bermula daripada awal. Ini bersesuaian dengan peribahasa melentur
buluh biar dari rebungnya. Melalui Pendidikan Moral dan peranan yang dimainkan
guru sebagai (Muallim), Murabbi, Muaddib, Mursyid dan Mudarris pembentukan
generasi yang bermoral pada masa akan datang akan berjaya terlaksana selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru berperanan untuk mengembangkan
potensi insan yang berakhlak mulia, seimbang dari segi intelektual, rohani, emosi
dan jasmani (JERI).
Melalui peranan-peranan yang dimainkan guru dalam Pendidikan Moral dan
pelaksanaan Pendidikan Moral dengan bidang pembelajaran yang berkaitan dengan
nilai perkembangan diri, diri dan keluarga, masyarakat, alam sekitar dan Negara
maka terbentuklah generasi yang bermoral pada masa sekarang dan pada masa
akan datang. Di samping, aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dapat memberi
sumbangan dalam membentuk kepribadian murid-murid tersebut.
Secara keselurahannya, guru akan berjaya melahirkan murid-murid yang
berkeyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala
suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip
Rukun Negara. Guru juga dapat membimbing, murid-murid yang dapat menghargai
dan menghormati keluarga sendiri bagi mewujudkan suasana yang harmoni dan
aman. Di samping itu mereka akan kebanggaan masyarakat. Pendidikan Moral juga

melahirkan murid-murid yang mencintai alam sekitar dengan mempertahankan


ekosistem dunia dengan memelihara alam sekitar supaya dunia akan sentiasa
terpelihara daripada pencemaran dan kemusnahan insan-insan yang tidak
bertanggungjawab. Akhirnya, lahirlah murid-murid yang akan hormat dan setia yang
berkekalan kepada pemimpin, Raja dan Negara bagi menjaga kestabilan keamanan
Negara yang tercinta.

Anda mungkin juga menyukai