Anda di halaman 1dari 11

ELM 3033 E PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

DI SEKOLAH
3. Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan peranan dan tangungjawab guru
Pendidikan Moral dalam merealisasikan aspirasi Negara.
Guru merupakan agen perubahan berperanan penting menyebarkan kurikulum kepada
pelajar di sekolah. Guru sangat berpotensi mengubah sikap dan status pelajar terhadap
sesuatu. Guru bertindak sebagai penyambung antara teori dan amalan dalam pendidikan. Guru
mendidik berpandukan pukal kurikulum bersulam dengan kepercayaan, nilai dan sikap yang
diamalkan. Kepercayaan, nilai dan sikap yang dipegang oleh guru akan menjelaskan
environment pendidikan dan bagaimana guru memberi makna dan mengadaptasi kurikulum di
sekolah kepada pelajar di sekolah. Tahap pemikiran guru akan menentu dan memainkan
peranan penting yang konstruktif dalam pendidikan guru dan pelajar pada masa hadapan.
Dalam melaksanakan dasar-dasar Negara, pendidikan dan profesion keguruan memikul
tanggungjawab memberi pendidikan berkualiti dan membentuk masyarakat berpengetahuan
dan produktif sesuai dengan perubahan dan kemajuan yang berlaku dalam era teknologi
maklumat. Profesion keguruan perlu diperbaiki dari semasa ke semasa, sama ada melalui
pendidkan guru pada peringkat sekolah, maktab, university dan nasional. Dasar-dasar
pendidikan guru yang progresif perlu menekankan konsep pembelajaran sepanjang hayat dan
peningkatan kompetensi profesionalisme yang akan menjadi kerangka tindakan perubahan bagi
menyediakan dan memperbaharui kualiti perkhidmatan guru mengikut arus perubahan yang
berlaku.
Dalam usaha untuk mencapai kesepaduan antara kaum dan semangat bersatu padau
tanpa berbelah bahagi, pendidikan dilihat sebagai satu wadah yang amat berkuasa untuk
merealisasikannya. Oleh itu, peranan yang dimainkan guru memberikan impak yang besar buat
semua individu. Dari jawatan kecil hinggalah jawatan yang hebat, semuanya adalah hasil
didikan seorang guru. Seiring dengan perkembangan dunia tanpa sempadan juga, peranan
yang digalas guru juga semakin besar.
Dalam merealisasikan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara, guru
Pendidikan Moral sememangnya memainkan peranan yang amat penting kerana mereka
adalah guru yang mengajar secara langsung dan tidak lansung tentang amalan murni dan nilai

patriotik di sekolah, tidak seperti guru-guru lain yang hanya menggabung jalin nilai-nilai ini ke
dalam matapelajaran teras.
Prinsip pertama dalam Rukun Negara adalah Kepercayaan Kepada Tuhan. Faktor
kepercayaan kepada agama merupakan perkara utama yang harus ditekankan oleh guru
Pendidikan Moral kepada murid-murid. Ibu bapa mengharapkan agar pihak sekolah dan juga
guru dapat meningkatkan kepercayaan anak-anak mereka kepada Tuhan dan agama. Perkara
ini menjadi lebih kritikal dalam era globalisasi. Hal ini kerana, kehidupan yang begitu
mementingkan materialistic, teknologi dan hiburan dapat menjejaskan keinginan manusia
kepada Tuhan. Dalam kekosongan inilah guru boleh membina kekuatan dalaman iaitu
kerohanian melalui pengajaran dan pembelajaran. Kerohanian yang mantap dan suci akan
melahirkan akal yang sihat, jasmani yang cergas dan sahsiah yang terpuji dalam kalangan
murid. pembinaan kekuatan dalaman ini akan lebih mudah dilaksanakan jika guru
melaksanakan tugasnya sebagai ibadah dengan matlamat membangunkan modal insan.
Prinsip kedua Rukun Negara ialah Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Prinsip
kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri penting dalam soal
kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysia perlu menumpukan sepenuh taat
setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong dan negara. Di peringkat negeri pula,
rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka
bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Penghayatan
terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu
padu kerana Raja adalah payung negara yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. Justeru,
institusi raja tidak boleh dicemari, diperlekeh atau dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama
sekali.
Guru sebagai penyampai ilmu perlu mendedahkan kepentingan mengenali dan hormati
institusi raja dengan memberi pendedahan tentang Sejarah Kesultanan Melayu, sistem Raja
Berpelembagaan dan Majlis Raja-Raja. Guru perlu menyampaikan ilmu yang berkaitan dengan
nilai-nilai murni tersebut dengan menyampaikan isi kandungan pendidikan dengan lebih
berkesan tanpa mengabaikan nilai-nilai murni dalam menyampaikan apa juga disiplin ilmu.
Contohnya, menimbulkan perasaan kasih sayang terhadap pemimpin, raja dan negara dan
kesan-kesan negatif andainya perasaan tersebut diabaikan seperti berlakunya rusuhan dan
negara tidak akan aman sekiranya perasaan sayang pada negara tidak wujud. Murid-murid juga

perlu memikirkan kesan terhadap dunia ini sekiranya mereka tidak menyayangi dan taat kepada
negara, raja dan pemimpin.
Demi memberi kesan yang lebih baik, guru boleh membuat lawatan sambil belajar ke
Muzium Negara dan Perpustakaan Negara bagi mencari maklumat. Di samping itu murid dapat
merehatkan fikiran dengan menyaksikan barang-barang bersejarah agar dapat menimbulkan
perasaan bangga dengan sistem pemerintahan yang terdapat di Malaysia. Guru juga perlu
membimbing murid membuat peta minda tentang peranan dan fungsi raja dalam sistem
pemerintahan negara supaya mereka sedar besarnya peranan pemerintahan raja pada
kerajaan Melayu lama. Dengan demikian, murid-murid akan mengenali dan menghormati
institusi raja yang terdapat di Malaysia.
Prinsip ketiga adalah Keluhuran Perlembagaan. Perlembagaan menjadi asas penting
untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama
di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi,
kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini.
Sebagai guru Pendidikan Moral, guru perlu menegaskan tentang kepentingan
kesepaduan antara kaum yang sentiasa menjadi perkara asas dalam membina kerukunan
dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Antara perkara yang boleh dipraktikkan
oleh guru ialah menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam pertuturan seharian.
Penggunaan bahasa yang sama antara kaum lain dapat memupuk semangat perpaduan kaum
yang jitu selain dapat meningkatkan lagi semangat cinta akan tanah air. Bahasa Melayu
merupakan bahasa yang paling wajar digunakan oleh pelajar semasa berkomunikasi dengan
bangsa lain di Malaysia tambahan pula kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan di Malaysia telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu.
Prinsip keempat ialah Kedaulatan Undang-undang. Kedaulatan undang-undang
bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara tanpa sebarang
driskiminasi kaum, gender mahupun kedudukan. Dalam mendidik murid untuk sentiasa menjadi
warganegara yang sentiasa mengamalkan peraturan dalam kehidupan seharian, guru
Pendidikan Moral boleh memulakannya dengan perkaran yang kecil dan mudah sahaja
contohnya sentiasa menggalakkan murid-murid untuk mengikuti peraturan sekolah seperti hadir
ke sekolah tepat pada masanya dan tidak membuang sampah merata-rata. Walaupun hal ini

kedengaran tidak penting, namun apabila kita menerapkan murid dengan asas yang kukuh,
maka tidak mustahil jika ia berkembang ke arah yang lebih baik pada masa hadapan.
Guru juga haruslah sentiasa meningkatkan amalan pedagogi dalam pengajaran, sesuai
dengan ragam murid yang pelbagai. Kepelbagaian dalam cara mengajar membolehkan murid
terus fokus dan tidak bosan serta objektif pembelajaran yang dirancang juga dapat dicapai. Ini
secara tidak langsung dapat mengelakkan masalah ponteng sekolah akibat pengajaran guru
yang tidak memberangsangkan, secara tidak langsung murid-murid sendiri dapat mengamalkan
peraturan sekolah dengan lebih berintegriti.
Prinsip kelima ialah Kesopanan dan Kesusilaan. Guru sentiasa menjadi perhatian umum
dari hujung rambut ke hujung kaki. Apa sahaja yang dipakai, diperkatakan, dilakukan atau ke
mana sahaja guru pergi, mereka tetap menjadi perhatian masyarakat. Guru muaddib adalah
guru yang mengajarkan adab dan budi pekerti. Dalam hal ini, guru berusaha memastikan adab
dan budi pekertinya adalah ditahap yang cemerlang. Ini adalah kerana guru merupakan model
kepada murid-murid dan masyarakat sekelilingnya. Guru tidak seharusnya umpama ketam
mengajar anaknya berjalan betul. Guru Muaddib bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni
tetapi mesti mengamalkan nilai-nilai murni tersebut.
Menurut Kamus Dewan (1970) guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Daripada
pengertian di atas, jelas menunjukkan guru merupakan insan yang berkecimpung dalam arena
perguruan yang dikaitkan sebagai suatu bidang mengajar atau melaksanakan dalam konteks
institusi pendidikan dalam usaha menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat.
Dalam kerengka tugas sebagai Guru Pendidikan Moral yang berwibawa, khususnya dalam
meningkatkan perkembangan moral kognitif remaja (pelajar) ke arah melahirkan generasi yang
bertanggungjawab dan berwawasan, seseoang Guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa
pelajar yang datang ke sekolah telah mempelajari serba sedikit persoalan moral di rumah
daripada keluarga dan masyarakat.
Keadaan ini bermakna, para pelajar harus diberi harapan dan kepercayaan agar tabiat
tentang moral yang dipelajari bakal melahirkan pengetahuan moral mereka sekaligus
perkembangan moral kognitif terus subur. Dengan cara ini kita dapat memupuk nilai-nilai dan
prinsip hidup golongan remaja agar menjadi remaja yang berilmu serta berdisiplin. Kenyataan
ini dapat disokong oleh pendapat Yahya Buntat at.el, (2003) di mana Guru Pendidikan Moral
bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu, malah sikap, tingkah laku
dan disiplin diri harus di bentuk ke arah profesionalisme.

Dalam mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral,Pendekatan Perkembangan Moral


Kognitif adalah berasaskan kepada teori perkembangan moral Kohlberg (1962) yang memberi
fokus kepada merangsang perkembangan moral para remaja (pelajar). Pedekatan ini banyak
membantu membina kebolehan menaakul golongan remaja di peringkat yang lebih tinggi.
Bailey (1979) dalam (Chang Lee Hoon, 2005) turut menyatakan bahawa perkembangan moral
pada peringkat ini lebih tertumpu kepada perkembangan karaktor moral, sikap terhadap
peraturan moral dan membuat pertimbangan moral. Di samping itu juga, istilah perkembangan
memberi satu gambaran yang menunjukkan satu perubahan yang progresif ke tahap yang lebih
kompleks yang tidak boleh diterbalikkan, maka perkembangan moral membayangkan andaian
mengenai apakah yang dianggap matang dari segi moral (Downey & Kelly (1978) dalam Chang
Lee Hoon (2005).
Terdapat beberapa perspektif atau teori perkembangan moral yang membawa implikasi
terhadap pendidikan moral, khususnya dalam kebanyakan gejala sosial yang berlaku kini.
Penaakulan moral yang matang adalah penting kerana pemikiran yang rasional memudahkan
pembelajaran dan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan remaja (Loganathan, 1995). Stoll
& Beller dalam Loganathan (1995) turut melaporkan bahawa sekolah-sekolah kini sedar
bahawa sesuatu harus dilakukan untuk mengajar nilai-nilai murni dan yang lebih penting lagi
adalah mengajar pelajar cara menaakul tentang sesuatu nilai. Namun, Wilson (1973) memang
telah menjelaskan bahawa penaakulan moral merupakan suatu kemahiran yang boleh diajar
dan dipelajari.
Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa di sekolah sendiri merupakan sumber
pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara sekolah itu ditadbir
dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberikan pengaruh secara tidak lanagsung
kepada pembelajaran moral para pelajar di sekolah. T. Mariuthu (1980) dalam Rosiadi (2008)
menjelaskan bahawa remaja menghabiskan hampir seluruh masanya di sekolah. Pengaruh
sekolah adalah kedua pentingnya berbanding dengan keluarga. Organisasi dan struktur belajar
di sekoah seperti pengagihan pelajar mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan
peperiksan, bentuk, struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya
menggalakkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar yang lemah dari segi akademik.
Keadaan ini sudah tentu berbeza jika pelajar yang belajar di sekolah yang ternama dan
tinggi penghayatan moralnya sudah tentu lebih beruntung dan mudah proses pemupukan nilai
dilakukan berbanding dengan sekolah yang sebaliknya. Dengan cara ini, Guru Pendidikan

Moral di sekolah terbabit berperanan mengembangkan moral kognitif pelajar yang bermasalah.
Menyentuh pernanan guru dalam menangani masalah vandalisme di sekolah, ia perlu dilihat
dari sudut sikap guru itu di mana beliau hampir dengan pelajar selepas ibu bapa (Abdullah,
2005). Sudah tentu usaha ini akan memberi kesan kepada masalah pelajar kerana
tanggungjawab mendisiplinkan pelajar terlelak di bahu guru di sekolah.
Selaras dengan kepentingan Perkembangan Moral mengikut skema Kohlberg (1975)
mengatakan bahawa penaakulan moral bukan sahaja merupakan salah satu faktor yang
menggerakkan tingkah laku moral tetapi penaakulan moral juga adalah faktor paling penting
yang pernah dikaji dan terbukti dapat menggerakkan tingkah laku moral. Kohlberg
membicarakan bahawa bagaimana individu boleh bertingkah laku moral jika dia tidak faham
dan tidak berfikir tenang sebab kenapa dia patut bertingkah laku sebegini. Justeru, Guru
Pendidikan Moral harus bersedia mengajar nilai-nilai moral sekaligus memperkembangkan
pengetahuan moral pelajar agar mencapai matlamat untuk melahirkan individu yang bermoral
tinggi. Tambahan Loganathan (1995) penaakulan moral yang matang adalah penting kerana
pemikiran yang rasional memudahkan pembelajaran dan penerapan nilai-nilai murni dalam
kalangan remaja di sekolah.
Selain itu, Guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan objektifobjektif seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral dalam kalangan pelajar. Di
bawah rancangan KBSR dan KBSM, nilai-nilai murni diterapkan bukan sahaja dalam mata
pelajaran Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata pelajaran yang lain. Selaras dengan
Falsafah Pedidikan Kebangsaan, KBSR dan KBSM digubal berdasarkan kepada prinsip
kesepaduan unsur-unsur yang membolehkan potensi individu berkembang secara menyeluru
dan seimbang. Justeru itu, bagi mencapai matlamat Pendidikan Kebangsaan, pelajar-pelajar
sekolah akan diberi peluang menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam
kehidupan seharian mereka. Keadaan ini sejajar dengan perkembang moral kognitif pelajar
berkenaan dengan pertimbangan moral (moral judgement) Kohlberg (1987) dalam Chang Lee
Hoon (2005) yang mengklasifikasikan terdapatnya tiga ciri pertimbangan moral bagi golongan
pelajar iaitu (i) pertimbangan tentang nilai bukan fakta (ii) pertimbangan sosial yang melibatkan
pertimbangan tentang manusia dan (iii) pertimbangan normatif atau preskriptif, pertimbangan
tentang patut, hak dan tanggungjawab dan bukan pertimbangan nilai tentang kecenderungan
sendiri. Sejajar dengan tanggungjawab besar para guru seperti yang terkandung dalam Etika
Profesion Perguruan (EPP), Guru Pendidikan Moral juga tidak lepas daripada tanggungjawab
ini. Ikrar dalam EPP, .... dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak

muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima
tatasusila berikut sebagai panduan (Yahya Buntat, et.al, 2003). Dengan menjalankan tugas
penuh dedikasi sebagai seorang pendidik, adalah diharapkan bahawa matlamat pendidikan
kebangsaan dapat dicapai bagi menghasilkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab dan
mempunyai akhlak yang bermoal tinggi serta mulia. Adalah diharapkan juga para pelajar
menolak sikap devian mereka agar tidak terlibat dalaam gejala vandalisme di tempat awam
ataupun sekolah.
Antara lain, kekuatan moral bakal melahirkan masyarakat berminda kelas pertama
adalah masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang,
berintegriti dan memiliki kekuatan moral. Masyarakat tersebut juga tahu menghayati dan
menghargai budaya, kesenian dan warisan serta sejarah negara, bangsa dan agamanya.
Identiti nasionalnya kekal terserlah melalui pembinaan jati diri yang kukuh dan tidak mudah
dihanyutkan oleh arus globalisasi. Prinsip-prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan kesetiaan
kepada Raja dan negara senantiasa dijunjung. Semangat Islam Hadhari yang menekankan
kepada

pegangan

prinsip-prinsip

berasaskan

nilai-nilai

universal

yang

luhur,

akan

diterapkan. Menyentuh tentang konsep Guru Pendidikan Moral dan Aspirasi Negara di mana
telah meletakkan satu tanggungjawab penting kepada semua guru. Selain Kod Etika Profesion
Perguruan (EPP), aspirasi negara disandarkan kepada tanggungjawab untuk membangunkan
negara. Guru berkenaan harus menjadi teladan (role model) dalam mempraktikkan prinsip yang
positif di samping menyebarkan mesej yang diingini kepada para pelajar. Dalam isu ini, mesej
untuk menolak sebarang perbuatan yang bercanggah dengan norma masyarakat dan undangundang negara wajar ditonjolkan dalam kalangan pelajar melalui penggemblengan usaha
bersama agar imej institusi pendidikan dapat dipelihara sepenuhnya sekaligus membentuk
generasi Malaysia yang bertanggungjawab dan berwawasan.
Melalui aktiviti main peranan, guru bolehlah memainkan peranannya sebagai Muaddib
iaitu sebagai pendidik adab dan budi pekerti dalam aktiviti ini. Guru mewujudkan situasi
perayaan Deepavali. Guru mengarahkan beberapa murid memainkan peranan sebagai tuan
rumah dan tetamu yang datang ke rumah untuk beraya bersama-sama. Dalam aktiviti ini akan
memainkan ramai pelajar bagi mewujudkan suasana sebenar sesuatu perayaan. Penerapan
adab budi pekerti melayan tetamu dan hormat menghormati amat ditekankan dalam aktiviti
main peranan. Cara meminta maaf ketika hari perayaan agama juga akan ditekankan agar
murid memahami pentingnya saling memaafkan antara satu sama lain.

Profesion keguruan dalah profesion yang dianggap paling mulia dan murni dalam
masyarakat walupun pelbagai kritikan negative dibuat bagi merendah-rendahkan profesion ini
oleh pihak yang tidak faham dan tidak terikat dengan profesion ini. Ini kerana tugas seorang
guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi juga berperanan sebagai arkitek
yang bertanggungjawab membentuk sahsiah, akhlak, moral dan tingkah laku, membimbing,
mendorong kejayaan pelajar dan mengabdikan perkhidmatan dan sumbangan mereka kepada
kemajuan dan membangunkan masyarakat. Masyarakat yang dibina oleh guru-guru ialah
masyarakat yang bermoral, berdaya maju, celik ilmu, bertanggung-jawab dan dapat memainkan
peranan positif kepada perubahan dan kemajuan. Asas etika yang kuat profession keguruan
membentuk guru-guru yang bebas daripada gejala buruk dan menunjukkan komitmen yang
tinggi untuk melaksanakan wawasan Negara dengan memberi pendidikan yang berkualiti dan
membentuk golongan muda yang berilmu pengtahuan.
Manusia yang berminda kelas pertama ialah mereka yang sentiasa menajana mindanya
melalui empat ciri utama, iaitu kesedaran kendiri, ingin tahu (curiosity), focus dan inisiatif. (Jim
Canterucci, 2005)
Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigmadalam
setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkanmodal insan deduktif
yang dinamik dalam semua aspek kehidupan sertamempunyai minda kelas pertama. Secara
umumnya, pendidikan selalu dikaitkandengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu
kemahiran, penyampaianilmu dan juga penerapan nilai. Modal insan minda kelas pertama
sering dikaitkandengan taraf pendidikan seseorang tetapi tidak semestinya bergantung
kepadafaktor pendidikan. Nilai modal insan juga bergantung kepada pemilikan ilmu
dankemahiran yang bergantung kepada situasi atau konteks persekitaran.Dalam pembentukan
yang praktikal, hasil pendidikanseharusnya dapat melahirkan modal insan yang mempunyai
minda kelas pertama yang mampumengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan
kemahiran yang dimilikidalam kehidupan seharian.Oleh yang demikian, peranan guru pada hari
ini akan mampumenyediakan enerasi modal insan minda kelas pertama.
Justeru, dalammemastikan pencapaian misi dan visi negara untuk melahirkan sumber
manusia yang mempunyai minda kelas pertama dan kualiti bertaraf dunia, sebagai seorang
pendidik, pengamalan nilai-nilai integrity amatlah penting dalammelahirkan generasi insan
minda kelas pertama kerana kita membayangkanbetapa dengan implikasi modal insan ini akan
menjanjikan sebuah tamadun yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Untuk mempersiapkan

diri mengambil bahagian dalam masyarakat dan misi negara, pembangunan modal insan
bermutu tinggi menjadi salah satu keperluan yang dahulunya mungkin hanyadianggap sebagai
suatu kemewahan. Maka, pembangunan modal insan ini pulamemerlukan kepada Minda Kelas
Pertama supaya elemen mikro dalam masyarakat ini memberi implikasi makro terhadap
pembangunan negara (ZainiUjang :2008).
Minda Kelas Pertama difahami sebagai ciri-ciri modal insan yang mampumemenuhi
keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, Negara dan dunia. Ciri-ciri tersebut
merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikapproaktif, kekayaan moraliti, budaya
menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik. Inilah yang
boleh dilabelkan sebagaiagenda pembangunan tamadun dengan acuan imej tersendiri ( Zakaria
Ahmad :2006).Minda Kelas Pertama merupakan cetusan idea YAB Dato Seri Abdullah Ahmad
Badawi dalam satu ucapan beliau pada 06 Mac 2003 berhubung konsep fisrt world
infrastructure, but third world mentality dan menjadi teras ke-2 dalamMisi Nasional untuk
meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negaraserta memupuk minda kelas
pertama.
Seterusnya konsep minda kelas pertamatelah diutarakan oleh YAB Perdana Menteri
semasa membentangkan Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9). Minda Kelas Pertama akan
menghasilkankerja kelas pertama. Hal ini bermakna kerja kelas pertama bermula dengan
individu yang memiliki pemikiran, emosi, perlakuan, sikap dan spiritual (Zakaria Ahmad :
2006).Minda Kelas Pertama adalah agenda jangka masa panjang yangmemerlukan segenap
usaha serta komitmen daripada setiap peringkat masyarakat. Setiap etnik, kelas sosial,
komuniti dan institusi perlu mengambilbahagian dalam merealisasikan misi ini. Usaha perlu
dimulakan dengan azamyang kuat bagi memulakan era pembudayaan agenda ini. Tiga strategi
utamauntuk melahirkan modal insan kelas pertama adalah melalui peningkatan terhadap
keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan; pengukuhan keupayaan sains, R&D dan
inovasi, dan pembentukan masyarakat berbudayadan memiliki kekuatan moral ( Zakaria Ahmad
: 2006 )
Guru sebagai agen perubahan untuk mendidik dan melahirkan generasi masa
depan, bertanggungjawab merealisasikan matlamat dan aspirasi yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu mendidik pelajar menjadi warganegara berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, berkeupayaan mencapai kesejahteraan dan memberi
sumbangan kepada pembangunan masyarakat dan negara. Selain itu, guru berperanan

mendidik pelajar supaya mempunyai pelbagai kemahiran hidup dan membawa inovasi untuk
memenuhi hasrat dan keperluan individu, masyarakat dan negara.
Bagi

tujuan

ini,

guru-guru

perlu

berusaha

meningkatkan

ilmu

pengetahuan,

melengkapkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran profesional yang terkini dalam


merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, disamping menjadi role model
kepada pelajar-pelajar mereka.
Di peringkat sekolah, peranan guru dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan adalah meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif kurikulum dan isi
kandungannya bagi menentukan keperluan pelaksanaannya. Guru perlu melengkapkan diri
dengan kemahiran mengajar dan juga penyediaan bahan-bahan pelajaran, merancang dan
melaksana pengajaran mengikut saranan kurikulum serta membuat penilaian bagi mengenal
pasti kekurangannya untuk tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum.
Selain itu, guru perlu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum serta khidmat sosial
bagi kepentingan para pelajarnya (Abu Bakar & Ikhsan 2003).
Warga guru merupakan golongan yang mempunyai kedudukan terpenting dan berada di
barisan paling hadapan dalam melaksanakan segala program pendidikan formal di sekolah.
Sehubungan itu, kejayaan dan kegagalan program pendidikan banyak bergantung kepada
keupayaan guru melaksanakannya dengan berkesan dan cemerlang. Oleh itu selain perlu
mempunyai kelulusan dalam bidang akademik yang setaraf, warga guru perlu dilengkapkan
dengan pengetahuan dan kemahiran terkini dalam bidang pendidikan bagi membantu mereka
memberikan sumbangan ke arah kecemerlangan dalam bidang tersebut.
Sesungguhnya peningkatan profesionalisme guru banyak bergantung juga pada
pelbagai pihak lain, selain diri guru itu sendiri. Usaha untuk memantapkan profesion perguruan
memerlukan kerjasama semua pihak.
Warga guru perlu dapat melihat perkaitan antara objektif pengajaran yang dirancang
dengan objkejtif nilai-nilai murni dengan memahami maksud Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang menjadi matlamat seluruh proses pendidikan yang dirancang. Warga guru juga perlu
meneliti bagaimana kurikulum, sukatan pelajaran, kaedah penilaian, pendekatan dan strategi
pengajaran mengarah kepada tuntutan merealisasikan hasrat falsafah pendidikan tersebut.
Dalam proses memikirkan dan merancang objektif nilai-nilai murni, adalah sama
prosesnya dengan merancang bagi kemahiran kognitif (kefahaman) atau kemahiran psikomotor

kerana objektif nilai-nilai murni adalah objektif afektif. Objektif afektif ini dapat diterjemah ke
dalam bentuk unit-unit tingkah laku yang dapat dilihat, didengar dan diukur jika dirancang
dengan teliti.
Warga guru sebagai pelaksana segala agenda dalam bidang pendidikan adalah insan
yang bertanggungjawab dalam menentukan kejayaan dan kegagalan sesuatu sistem
pendidikan itu sendiri. Sehubungan itu, guru seharusnya memperkembangkan profesionalisme
mereka dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui penglibatan di dalam segala
latihan yang berkaitan dengan mendapat sokongan padu dan galakan daripada pihak
pengurusan pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai