negara
serta
menyanjung
warisan
budaya
negara,
menjamin
Elemen-elemen FPG
Analisis
Bepekerti mulia
bersopan,
berdisiplin,
Berkembang
mengikut
peredaran
dihasratkan
Berusaha agar dapat menyumbang
secara
maksimum
ke
arah
menyanjung
warisan
Menghayati
kebudayaan negara
warisan
kepelbagaian
kebudayaan
terhadap
budaya
kalangan murid,
Menyemai sifat
dalam
patriotisme
dan
dari
segi
cintakan negara
Menjamin perkembangan individu
Peranan
guru
perkembangan
diri
dan
perkembangan
murid
secara
masyarakat
dan berdisiplin
memenuhi
yang
aspirasi
menyumbang
dan
hasrat
Elemen yang pertama iaitu berpekerti mulia. Pekerti yang mulia merujuk
kepada sahsiah seseorang guru. Guru yang bertindak sebagai agen perubahan
pelajar perlu terlebih dahulu menunjukkan sahsiah yang baik supaya murid dapat
mencontohi keperibadian guru. Antara sahsiah yang boleh ditonjolkan ialah seperti
berbudi bahasa, bersopan, berdisiplin dan bermoral. Sekiranya seorang guru tidak
menunjukkan disiplin yang mantap misalnya merokok dalam kawasan sekolah,
sudah semestinya menjadi teladan yang tidak baik untuk pelajar-pelajar. Pelajarpelajar yang baru meningkat dewasa mudah terpengaruh dengan keadaan
sekeliling.
Jadi sekiranya guru merokok di kawasan sekolah, pelajar akan turut sama
melanggar disiplin sekolah dengan menghisap rokok. Mungkin budaya merokok
dianggap mudah tetapi budaya inilah yang akan mendorong pelajar-pelajar untuk
melakukan lebih banyak masalah di sekolah seperti gengsterisme dan vandalisme.
Kebelakangan ini banyak terjadi kes-kes yang melibatkan guru, contohnya guru
mencabul pelajar di sekolah. Hal-hal sebegini tidak seharusnya berlaku sekiranya
guru mempunyai pekerti yang baik. Guru berperanan menjadi contoh teladan
kepada pelajar tetapi dalam masa yang sama telah memusnahkan kepercayaan
pelajar itu terhadap guru. Justeru, bagaimanakah aspirasi yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Guru mampu tercapai. Maka, elemen pekerti yang mulia dalam
kalangan guru diterapkan dalam Falsafah Pendidikan Guru supaya aspirasi negara
dapat dicapai.
Elemen kedua iaitu berpandangan progresif dan saintifik. Progresif dalam
Kamus Pelajar Edisi Kedua bermaksud sentiasa bergerak maju dan bertujuan untuk
mencapai kemajuan, manakala saintifik pula bermaksud suatu kaedah yang teratur
atau bersistem. Selaras dengan matlamat wawasan 2020 yang dihuraikan oleh Tun
Dr Mahathir Mohammad, iaitu bagi mewujudkan masyarakat saintifik yang progresif,
masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan,
yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada
tamadun sains dan teknologi masa depan. Seorang guru mestilah bergerak maju
dan bersistem atau dengan kata lain seorang guru perlu berkembang mengikut
peredaran zaman yang kini memberi penekanan kepada sains dan teknologi.
Dunia tanpa sempadan memaksa guru-guru bersifat progresif terutama
untuk mendidik pelajar-pelajar di sekolah. Contohnya, jika zaman dahulu, pelajar
hanya mengharapkan bimbingan dari guru dalam pelajaran tetapi dengan kemajuan
teknologi masa kini, pelajar boleh belajar walaupun tidak ada guru untuk memantau.
Guru juga mudah untuk mencari maklumat dengan menggunakan teknologi.
Sebaliknya jika seorang guru itu tidak progresif selaras dengan kemajuan negara,
sudah pasti guru tersebut akan
ketinggalan dalam bidang perguruan itu sendiri. Seorang guru yang progresif dan
saintifik mestilah bergerak seiring dengan kemajuan dan berusaha agar tidak
ketinggalan terutamanya dari segi profession keguruan. Ini bermakna guru perlu
berusaha untuk berfikiran maju dan berani mencipta satu inovasi dalam pendidikan.
Elemen yang ketiga iaitu bersedia menjunjung aspirasi negara. Aspirasi
dalam kamus pelajar edisi kedua bermaksud keinginan atau kehendak yang kuat
untuk mencapai sesuatu. Dalam konteks menjunjung aspirasi negara, guru sebagai
agen yang bertindak untuk menjayakan aspirasi negara ini. Guru berperanan untuk
mendidik generasi muda supaya dapat menyumbang kepada pembangunan dan
kemajuan negara. Guru perlulah benar-benar menghayati aspirasi negara yang
dihasratkan supaya pembentukan modal insan kelas pertama dapat dilahirkan.
Sebagai pendidik, guru perlu menerapkan kesemua aspek yang ditekankan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan individu yang seimbang
dan harmonis.
Sekiranya modal insan yang dilahirkan tidak berkualiti, jadi aspirasi negara
sudah pasti tidak dapat dicapai. Generasi muda yang akan dilahirkan oleh para guru
inilah yang akan menjadi penggerak dan bersama-sama guru untuk menjunjung
aspirasi negara Malaysia. Tambahan pula, guru perlu berusaha agar dapat
menyumbang secara maksimum ke arah pencapaian aspirasi negara. Contohnya,
guru perlu menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan seperti mendidik pelajar
dengan jujur, ikhlas dan amanah. Ada beberapa kes yang tidak sihat melibatkan
guru, misalnya kes guru yang ponteng kelas, tidak berada di kelas yang sepatutnya
tanpa alasan, dan ada juga guru yang menyalahgunakan kuasa yang diberikan. Jika
kes-kes sebegini berterusan, di mana kredibiliti seorang guru yang sepatutnya
menjunjung hasrat negara? Maka, melalui Falsafah Pendidikan Guru inilah yang
bertindak untuk menjadi garis panduan dan pegangan untuk di setiap guru di
Malaysia.
Elemen seterusnya ialah bersedia menyanjung warisan kebudayaan negara.
Negara kita, Malaysia kaya dengan pelbagai kebudayaan yang unik. Sebagai guru,
kita perlulah menghayati warisan kebudayaan negara yang unik ini. Bukan sahaja
dari segi adat resam, malah dari aspek kesenian, pakaian, peralatan tradisional,
permainan tradisional, perubatan, sastera, seni bina dan juga seni halus. Kesemua
aspek ini perlu dipelihara supaya warisan kebudayaan ini dapat dinikmati oleh
generasi akan datang. Seorang guru berperanan untuk memupuk sifat bangga
terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan pelajar. Mereka perlu menghargai
keunikan kebudayaan yang telah diwarisi sejak zaman berzaman.
Untuk menyemai perasaan bangga terhadap budaya yang pelbagai ini, guru
boleh mengambil inisiatif seperti membuat aktiviti atau program yang berkaitan
dengan kebudayaan. Misalnya, mewujudkan malam kebudayaan dan warisan di
mana pada malam tersebut ditonjolkan budaya bagi setiap kaum yang ada di
Malaysia. Secara tidak langsung, murid akan dapat mengetahui keunikan budaya
kaum-kaum lain. Di sini, gurulah yang bertindak sebagai agen penggerak dalam
memelihara warisan kebudayaan negara.
Guru juga perlu menyemai sifat patriotisme dan cintakan negara dalam
kalangan pelajar. Sifat patriotisme dan cintakan negara ini penting untuk diterapkan
dalam diri pelajar supaya mereka sanggup berjuang mempertahankan negara suatu
masa nanti. Sekiranya guru tidak menerapkan sifat ini sebaik mungkin, tidak
mustahil penjajah akan kembali mencari ruang dan peluang untuk menjajah semula
negara. Guru tidak seharusnya berasa senang hati atas kemerdekaan yang telah
kita kecapi selama 54 tahun ini.
Anasir-anasir luar sentiasa menantikan peluang untuk menjajah semula
sekiranya kita lalai dan leka. Generasi muda yang bakal dilahirkan oleh warga
pendidik inilah yang akan beruang untuk mempertahankan kemerdekaan dan
keamanan negara pada masa akan datang. Jadi, guru perlu peka dalam
menerapkan unsur patriotisme dalam diri pelajar. Pelajar yang hanya pintar dari
sudut intelek tetapi tidak punyai semangat patriotisme hanya akan merosakkan
negara.
Contohnya, pelajar yang mahir dalam bidang ekonomi, seharusnya dapat
menyumbang kepada kemajuan negara tetapi sekiranya mereka tidak mempunyai
semangat cintakan negara, berkemungkinan besar individu-individu yang cerdik
pandai inilah akan merosakkan negara misalnya dengan berkomplot dengan negara
luar dalam usaha untuk menjatuhkan negara. Jadi, di sini amat jelas peranan guru
berperanan
untuk
membentuk
perkembangan
murid
secara
menyeluruh iaitu merangkumi kesemua aspek yang telah dinyatakan. Bukan sahaja
perkembangan murid perlu dititik beratkan, sebaliknya guru itu sendiri perlu
mempunyai kesemua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Perkara utama yang
perlu diamalkan oleh seorang guru ialah dengan sentiasa menghayati Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sebagai guru berkualiti, kita mestilah lengkapkan
diri dengan keempat-empat aspek yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI).
Keperluan intelek yang perlu dimiliki terbahagi kepada beberapa aspek iaitu
berilmu pengetahuan, mahir IT, menguasai Bahasa Inggeris dan mempunyai daya
kreativiti dan inovatif. Cabaran pada hari ini memerlukan guru untuk memiliki
pelbagai ilmu pengetahuan dan kepakaran. Begitu juga dengan kemahiran dalam
teknologi maklumat yang perlu dikuasai sebagai pemangkin ke arah menghasilkan
pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Guru juga perlu menguasai Bahasa
Inggeris dengan baik kerana perkembangan sistem pendidikan negara masa kini
memerlukan para guru untuk menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Seterusnya
mempunyai daya kreativiti dan inovatif iaitu kebolehan untuk mencipta dan
menghasilkan sesuatu idea baru, serta kebolehan mengubahsuai sesuatu idea
menjadi lebih menarik.
Guru yang berkualiti kerohaniannya terdiri daripada mereka yang memiliki
sahsiah atau tingkah laku yang baik dan terpuji. Di antara ciri-ciri seorang guru
bersahsiah yang baik ialah menjalankan tugas tepat pada masanya, ikhlas dalam
menjalankan tugas, menghormati rakan guru serta pelajar, rajin dan lain-lain. Nilai
tara sahsiah atau tingkah laku yang baik ini adalah terkandung di dalam Etika dan
Tatasusila Profesion Keguruan .guru juga perlu memiliki pegangan agama yang
kukuh. Dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, agama diletakkan di
tempat yang tertinggi. Pegangan agama yang kuat akan menyebabkan seseorang
guru itu bertanggungjawab terhadap tugasnya, berilmu, berprinsip serta amanah.
Seorang guru yang mempunyai jasmani yang berkualiti ialah mempunyai
penampilan dan imej diri yang baik, iaitu cara berpakaian, tingkah laku dan tutur
kata. Memiliki kesihatan tubuh badan yang baik agar dapat menjalankan tugas
dengan
berkesan.
Guru
yang
berkualiti
juga
harus
memiliki
kemahiran
berkomunikasi iaitu semasa berhubung dengan pelajar, ibu bapa, masyarakat dan
pihak pengurusan sekolah. Guru juga perlu mahir dalam sesuatu aktiviti sukan dan
mana-mana unit beruniform. Ini bertujuan untuk melatih pelajar melibatkan diri dalam
kokurikulum yang penting untuk pembentukan jati diri pelajar.
Aspek-aspek yang perlu dimiliki oleh seorang guru berkualiti dari segi emosi
ialah sentiasa menghayati nilai-nilai murni, norma dan Etika Perkhidmatan. Guru
juga perlu mempunyai pemikiran yang positif dalam menjalankan tugasnya
iaitu
menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar
sebagai suatu ibadah tanpa sebarang alasan. Di samping itu, seorang guru juga
hendaklah memiliki sikap akauntabiliti dalam menjalankan tugas agar sebarang
tanggungjawab yang diberi dapat dijalankan dengan berkesan.
Elemen yang terakhir dalam Falsafah Pendidikan Guru ialah memelihara
suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Guru
mempunyai tanggungjawab sebagai ahli masyarakat yang menyumbang kepada
pembangunan negara. Guru mestilah berusaha agar masyarakat dapat memenuhi
aspirasi dan hasrat negara yang telah ditetapkan. Untuk menjayakan Falsafah
Pendidikan Guru ini, guru perlu menjadikan diri mereka sebagai rol model kepada
masyarakat kerana gurulah yang membentuk masyarakat itu. Guru yang berkualiti
dan baik akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin selaras dengan hasrat dan aspirasi negara kita, Malaysia.
Falsafah Pendidikan Guru menghuraikan ciri-ciri guru yang diperlukan untuk
memenuhi aspirasi negara dan Wawasan 2020. Justeru, guru mempunyai
akauntabiliti yang tinggi terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan negara bagi
memastikan sistem penyampaian ilmu, kemahiran dan nilai yang berkesan.
Sehubungan dengan itu, guru hendaklah mempunyai sahsiah yang baik. Umpama
pepatah Melayu, bapak borek, anak rintik. Jikalau anak meniru tingkah laku
ayahnya di rumah, murid akan meniru tingkah laku guru mereka di sekolah. Tingkah
laku seorang guru yang baik akan mempengaruhi tingkah laku murid yang diajar.
jati
diri
yang
kukuh,
berketerampilan,
berkeperibadian
mulia,
(ICT) serta menguasai komputer. Manakala, bagi sekolah sukan pula, SGM yang
perlu ada pada guru ialah keseimbangan dalam penguasaan akademik dan sukan,
katanya selepas merasmikan Seminar Antarabangsa Pendidikan Guru di Kuala
Lumpur.
Justeru itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah
melancarkan dokumen Standard Guru Malaysia (SGM) sebagai usaha berterusan
untuk meletakkan sistem pendidikan negara setara dengan piawaian global dan
melahirkan modal insan berminda kelas pertama dalam kalangan rakyat Malaysia.
Beliau turut meminta semua institusi latihan perguruan di negara ini supaya
terus menggembleng tenaga untuk menyediakan program latihan perguruan
berkualiti di samping sentiasa menambah baik baik infrastruktur dan infostruktur
sedia ada secara berterusan.
Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang
patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan
institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang
ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru,
pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan
dan melestarikan guru berkualiti.
Standard Guru Malaysia (SGM) ini merupakan agenda utama Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia
dengan mengikut acuan Malaysia iaitu acuan anak buah tempatan. Hal ini bagi
menunjukkan bahawa hasil tangan anak tempatan mampu membangunkan sistem
pendidikan bertaraf dunia yang mana mampu untuk memberi saingan kepada
negara - negara lain. Guru yang merupakan penggerak dalam bidang pendidikan
perlu mencapai kompetensi profesional dalam aspek amalan nilai profesionalisme
guru, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
Di samping itu juga, SGM digubal bagi mengenal pasti penyediaan dan
pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi atau institut latihan perguruan bagi
menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan ini tercapai dan selaras dengan
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang memartabatkan profesion
keguruan. Dengan tergubal nya SGM ini, diharapkan agar kita dapat mengenal pasti
dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambah baik sejajar
dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan yang penuh dengan
onak dan liku.
Pengerusi Majlis Permuafakatan Persatuan-Persatuan Guru Malaysia,
Jemale Paiman menjelaskan bahawa guru-guru di Malaysia sudah ada standard,
namun piawaian itu perlu dimantapkan lagi supaya sesuai dengan keadaan semasa
selain menepati standard global serta perlu diguna pakai oleh institut pendidikan
perguruan (IPG) untuk melahirkan warga pendidik yang lebih berkualiti.
Tidak dapat dinafikan, dalam setiap dasar yang digubal perlu ada elemenelemen penting yang merupakan tunjang kepada kewujudan sesuatu dasar, malah
bertindak sebagai nadi dan penggerak kepada sesuatu dasar. Terdapat beberapa
elemen-elemen penting yang perlu dipandang serius dalam SGM dalam usaha
membentuk jati diri para pelajar di samping membantu untuk menambah baik kan
dasar sedia ada dalam membentuk profesionalisme guru.
Elemen atau lebih dikenali sebagai standard mempunyai beberapa peringkat,
iaitu bagi setiap peringkat yang wujud ini tidak sama dengan peringkat-peringkat
lain. Standard dieertikan sebagai pernyataan kompetensi profesional yang patut
dicapai oleh guru. Dalam SGM ini terdapat tiga standard yang perlu dirujuk oleh
para guru. Standard pertama ialah amalan nilai profesionalisme keguruan, standard
kedua ialah pengetahuan dan kefahaman manakala standard ketiga ialah kemahiran
P&P.
Ayuh kita sulusuri satu demi satu standard yang terkandung dalam SGM.
Standard pertama ialah amalan nilai profesionalisme keguruan.
Amalan Nilai
domain, merujuk kepada domain diri, domain profesion dan domain sosial.
Domain diri merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan
patut dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan
kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara. Hal
ini bermaksud penerapan nilai guru ini akan mempengaruhi ciri-ciri standard serta
keberkesanan guru tersebut dalam menyampaikan perkara yang diajar. Misalnya,
penerapan nilai ini dalam diri guru akan mendorong untuk guru menunjukkan ciri-ciri
tersebut lantas memberikan contoh teladan kepada para pelajar bagaimana acuan
begitulah kuihnya, serta kemana tumphnya kuah kalau tidak ke nasi. Domain ini
juga memfokuskan nilai-nilai, antaranya ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah,
ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan,
daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal dan
intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien.
Nilai kepercayaan kepada Tuhan merupakan tunjang utama kepada
pembentukan jiwa seseorang. Pengamalan dan penghayatan nilai ini membantu
para guru untuk membentuk jati diri serta membersihkan jiwa daripada sikap
mazmumah yang mampu menconteng arang seterusnya menjatuhkan martabat
profesioan perguruan. Selain itu, nilai amanah dan ikhlas akan timbul dalam diri
sekiranya hati kita bersih daripada tercemar oleh perkara-perkara negatif dan
natijahnya ilmu yang disampaikan dapat diserap dan diterima oleh pelajar dengan
mudah.
Seterusnya, jika para guru mempraktikkan serta mementingkan nilai daya
tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, sudah tentu hidup
mereka lebih peka serta dalam pada masa yang sama juga mampu membentuk
sahsiah guru. Jika para guru sihat dan aktif, sudah tentu mereka mampu bergerak
aktif dan berkolaborasi dengan para pelajar dan bergerak dengan lebih cergas.
Sebagai contoh, guru yang aktif untuk melaksanakan kegiatan yang mengeluarkan
peluh. Hal ini sudah tentu akan mendorong diri mereka untuk melaksanakan P&P
dengan berkesan, bukan sahaja dapat membantu para pelajar malah dapat
memperbaiki diri sendiri.
Nilai kemahiran interpersonal dan intrapersonal akan diguna pakai apabila
membuat refleksi kendiri, rumusan mahupun muhasabah diri. Nilai ini mampu
memandu seseorang agar guru mampu untuk menilai diri seseorang itu dalam
menangani hal-hal kendiri yang akan menyebabkan proses pembelajaran terganggu.
Dalam pada itu, bagi menunjukkan semangat berpasukan, semangat sukarela ini
amat ditekankan.
setiap guru agar lebih efektif dalam bekerjasama ibarat yang berat sama dipikul,
yang ringan sama dijinjing.
Seterusnya, domain yang kedua ialah domain profesion. Domain ini merujuk
kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam
menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Kecintaan terhadap
profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan,
proaktif, kreatif dan inovatif merupakan nilai-nilai yang ditekankan dalam domain ini.
Sebagai seorang pendidik, para guru perlu melahirkan rasa cinta terhadap profesion
perguruan agar dapat menjadi seorang guru yang berkaliber serta kemenjadian
seorang guru dapat ditonjolkan, seterusnya dapat merealiasasikan transformasi
keguruan sebagai profesion pilihan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Nilai berketerampilan pula merujuk kepada imej guru yang mempamerkan
imej seorang guru yang berkaliber, bukannya mempamerkan imej seorang
pramugari mahupun kontraktor. Nilai integriti pula merujuk kepada amanah, telus
dan bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja yang diberikan. Sesungguhnya,
nilai ini amat penting bagi mewujudkan satu suasana atau tempat kerja selesa dan
kondusif dan hasilnya, dapat melaksanakan kerja dengan berkesan.
Domain profesion ini turut menyemai semangat kerja sepasukan, iaitu guru
perlu mewujudkan kolaborasi antara satu sama lain supaya budaya kerja dapat
diterapkan dalam diri dan bekerja secara efektif dan efisian.
inovatif turut ditekankan dalam domain ini, iaitu guru perlu lebih berfikiran dengan
lebih kreatif, kritis dan inovatif agar dapat membimbing para pelajar bagi melahirkan
permata negara yang mempunyai minda kelas pertama.
Domain yang terakhir ialah domain sosial yang merujuk kepada medium
sosial. Dalam domain ini, guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana
modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru
adalah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan
kecintaan terhadap alam sekitar.
Sesungguhnya, nilai keharmonian dan kemahiran sosial amat penting kerana
nilai tersebut melambangkan serta mempamerkan imej seseorang guru seterusnya
dapat melahirkan suasana ceria dan selesa apabali proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) berlangsung. Sekiranya para guru mampu menyemai nilai
keharmonian
dan
kemahiran
sosial
dalam
kehidupan,
maka
semangat
bermasyarakat dapat dituai dalam diri lantas dapat membantu para guru untuk
bersikap lebih terbuka kepada masyarakat. Hal ini sudah tentu memudahkan para
pelajar untuk mengakses dan merapatkan diri kepada guru mereka disebabkan
keramahan dan sifat keterbukaan guru tersebut.
Nilai kecintaan terhadap alam sekitar merupakan nilai utaman dan dan tidak
harus dipandang enteng oleh setiap guru. Nilai ini semestinya diterapkan dalam diri
oleh setiap rakyat Malaysia, terutamanya insan yang bergelar pendidik kerana guru
ibarat suri teladan kepada para pelajar. Guru juga bertanggungjawab untuk mendidik
dan menanamkan sifat cinta akan alam sekitar dalam diri pelajar. Jika para guru
tidak menyemai nilai tersebut adalam diri mereka, maka sudah tentu amat sukar
bagi mereka untuk menyemai nilai kecintaan terhadap alam sekitar dalam diri
pelajar. Selain itu, apabila guru ini mencintai alam sekitar, maka sudah jelas nilai
kasih sayang dapat dipupuk.
Sementelahan itu, standard kedua yang terkandung dalam SGM ialah
pengetahuan dan kefahaman. Standard ini juga menjelaskan bahawa guru yang
memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan profesionalisme
keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih
kreatif dan inovatif. Dalam hal ini terdapat lapan bidang pengetahuan yang patut
dikuasai oleh guru, antaranya ialah falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang
menjadi teras dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
Dalam mengkaji standard yang pertama ini, guru patut memahami dan
menghayati FPK, serta matlamat dan objektif pendidikan dalam melaksanakan tugas
dan tanggungjawab agar gru dapat menterjemahkan pengetahuan ini sebagai teras
dalam merancang dan melaksanakan program dan aktiviti pendidikan.
Dalam bidang kokurikulum, guru patut memahami dan menghayati konsep 4K, iaitu
Kemahiran Asas, Kepegawaian, Kejurulatihan dan Kepengelolaan. Konsep ini perlu
diterjemahkan dalam pelaksanaan dan pengurusan kokurikulum berasaskan FPK,
matlamat dan objektif pendidikan.
Antara faktor yang membawa kepada keberhasilan standard ini ialah, standard ini
akan tercapai sekiranya guru mengetahui, memahami dan menghayati FPK dan
menterjemahkannya dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran serta para
ialah
falsafah,
matlamat,
objektif
kurikulum
dan
kokurikulum,
hasil
falsafah Kurikulum
Nilai-nilai ilmu yang dijunjung tinggi dijadikan norma dan wadah untuk
menentukan ciri-ciri manusia yang ingin dicapai melalui praktik pendidikan. Nilai-nilai
ini tidak diperoleh hanya dari praktik dan pengalaman mendidik, tetapi secara
normatif bersumber dari norma masyarakat, norma filsafat dan pandangan hidup,
malah dari keyakinan keagamaan yang dianut oleh seseorang. Standard ini juga
telah menekan aspek ini bagi memastikan guru mempunyai nilai-nilai sebegini bagi
memudahkan sistem pembelajaran yang teratur dan mampu untuk melaksanakan
sistem ini dengan lebih baik dan efektif disamping menerapkan ilmu ini dalam diri
tanpa paksaan.
Sementelahan
itu,
bidang
kelima
yang
terkandung
dalam
standard
justeru bagi memantapkan lagi apa yang sedia ada, maka penekanan aspek ini
penting dalam usaha kerajaan menjadikan guru sebagai pembimbing dan
perancang.
Standard ini akan berjaya direalisasikan sekiranya para guru mengetahui dan
memahami strategi untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang selamat,
mengetahui dan memahami strategi untuk mewujudkan budaya kerjasama dan
persaingan yang sihat dan tidak dilupakan, para guru juga haruslah mengetahui dan
memahami stategi untuk mewujudkan interpersonal yang positif.
Pengetahuan dan kefahaman pentaksiran dan penilaian dan penyelidikan
tindakan dijadikan sandaran bagi bidang ketujuh yang terkandung dalam standard
pengetahuan dan kefahaman. Umum mengetahui, penggunaan kaedah ini bukan
sahaja membenarkan sejauh mana tahap pemikiran seseorang guru itu diketahui,
malah membantu para pelajar untuk lebih faham tentang pengisian subjek yang
diajar. Tambahan lagi, terbukti kaedah ini dapat membantu para guru untuk lebih
kreatif serta memudahkan kerja di kemudian hari. Tamsilnya, guru yang
mempraktikkan kaedah ini akan lebih bermotivasi terutamanya dalam P&P kerana
kaedah ini akan membantu guru melalui apa yang perlu ditambah dan dikurangkan
dalam sesi pengajaran ini.
Standard ini pasti akan tercapai sekiranya para guru mengetahui dan
memahami penggunaan pelbagai kaedah pentaksiran dan penilaian, mengetahui
dan memahami prosedur dan prinsip pembinaan instrumen pentaksiran dan
penilaian yang berkualiti serta guru perlu mengetahui dan memahami penggunaan
maklumat pentaksiran dan penilaian untuk meningkatkan kafahaman guru terhadap
murid.
Seterusnya, bidang kelapan yang terkandung dalam standard pengetahuan
dan kefahaman ialah pengetahuan dan kefahaman perkembangan potensi murid.
Dalam konteks ini nilai pengetahuan dan kefahaman perkembangan potensi murid
amat ditekan bagi melahirkan guru yang bermotivasi serta sentiasa tahu apa yang
kurang dalam pendidikan. Guru turut akan dapat mengenali potensi murid itu sendiri
terutamanya dalam menangani isu pelajar zaman kini yang cenderung untuk
bermain permainan video. Standard ini juga membolehkan guru tahu tentang
kelebihan dan kekurangan pelajar mereka dan seterusnya membantu para pelajar
untuk mengembangkan bakat mereka ini secara menyeluruh.
Para guru hendaklah memahami dan mengetahui pengenalpastian perbezaan
murid daripada segi kecerdasan, kecergasan, persepsi, gaya pembelajaran dan
tahap pencapaian merupakan antara faktor yang akan merealisasikan standard ini
sekiranya dipraktikkan. Selain itu, para guru juga hendaklah memahami dan
mengetahui cara mengembangkan potensi murid menyeluruh dan bersepadu dalam
usaha merealisasikan standard ini.
Di
samping
itu,
standard
ketiga
ialah
kemahiran
pengajaran
dan
Kemahiran ini
membolehkan para guru untuk lebih berfikiran terbuka serta membantu untuk
memanfaatkan masa yang ada dan menghasilkan impak yang besar dalam
pendidikan masa kini yang mementingkan penjimatan iaitu modal kecil tetapi hasil
besar.
Kemahiran
melaksanakan
pengajaran
dan
pembelajaran
dengan
berfikir, kemahiran
belajar, kemahiran
teknologi
maklumat
dan
pada
menggariskan
kelas
kriteria
pertama.
dan
Sesungguhnya,
standard
am
guru
Standard
selaras
Guru
dengan
Malaysia
Malaysian
Tuntasnya,
profesionalisme
para
keguruan,
guru
seharusnya
pengetahuan
mempunyai
dan
tahap
kefahaman,
amalan
serta
nilai
kemahiran