Anda di halaman 1dari 3

Tutorial 2

1) Dua kategori dalam cabang falsafah Aksiologi


Aksiologi adalah ilmu yang membicarakan tentang tujuan ilmu pengetahuan itu sendiri. Ia merupakan
ilmu yang mempelajari hakikat dan manfaat yang sebenarnya dari pengetahuan, dan sebenarnya ilmu
pengetahuan itu tidak ada yang sia-sia kalau kita memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya dan di jalan
yang baik

Menurut Hamizan (2019) dan Noriati A. rashid et al. (2016) mengatakan bahawa aksiologi merupakan
penerangan terhadap akhlak dan moral merangkumi beberapa aspek penting iaitu sifat baik dan buruk,
benar dan salah, cara (means) dan tujuan (ends), serta perkara yang sepatutnya (ought).

Aksiologi terbahagi kepada dua bahagian

i. Etika

Etika berasal daripada perkataan ethos yang bermaksud sifat atau watak. Manakal ethikos
bermaksud adab atau tatasusila. Ia merupakan salah satu daripada cabang ilmu falsafah dan
dikenali sebagai falsafah moral. Di dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat
(2010), etika didefinasikan sebagai prinsip moral atau nilai akhlak seperti adat sopan santun dan
sebagainya yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Secara
umumnya nilai apabila dilihat dari sudut falsafah merungkai persoalan tentang manusia dengan
kemahiran atau kemampuan diri dan akalnya untuk menghalusi pengetahuan tentang kualiti
yang ada dalam kehidupannya. Menurut ahli etika, mereka membahagiakan etika kepada dua
bahagian. Antaranya ialah :

a) Etika deskriptif
Etika ini murujuk kepada usaha untuk menilai perbuatan atau tindakan mengikut
ketentuan baik atau buruk yang wujud dalam kehidupan.

b) Etika Normatif
Etika ini merujuk kepada disiplin yang membuat kritikan terhadap nilai dan etika yang
wujud. Tujuannya adalah untuk menganggap sesuatu nilai itu baik ataupun buruk.
Dalam erti yang lain, ia mempersoalkan kebiasaan yang digunapakai oleh individu atau
masyarakat dengan lebih kritis. Menurut Manuel Velasquez (1994) , ada yang
membahagikan etika normatif kepada dua aliran utama iaitu konsekuensialis
(consequentialism) dan non konsekuensialis.

ii. Estetika

Menurut Kamus Dewan Bahasa (2010), perkataan estetika merupakan salah satu cabang
falsafah yang mengkaji konsep-konsep yang berkait rapat dengan keindahan, cita rasa dan lain-
lain. Seorang ahli falsafah yang berasal dari Jerman iaitu Jones Cosn (1869-1947) mengatakan
bahawa estitika ialah teori tentang keindahan dan seni. Secara umum, Estetika merupakan satu
cabang dalam ilmu falsafah yang menumpukan kepada sifat-sifat keindahan seperti mempelajari
dan mengetahui tentang nilai-nilai daripada emosi, seni, rasa atau selera tentang keindahan dan
persekitaran. Menurut ahli falsafah, estetika terbahagi kepada dua iaitu iaitu :

a) estetika deskriptif dan estetika normatif. Estetika deskriptif adalah menghuraikan


fenomena-fenomena pengalaman indah.
b) estetika normatif ialah membincangkan tentang hakikat atau dasar pengalaman
indah. Ada juga yang mengkategorikan estetika ke dalam seni dalam falsafah
(philosophy of art) dan keindahan dalam falsafah.

2) Banding Beza Antara Epistemologi Dan Logik


Terdapat perbezaan antara Epistemologi dengan logic. Epistemologi merupakan suatu kajian tentang
ilmu iaitu asal ilmu, sifat, krakter, dan jenisnya. Antara persoalan dalam kajian ini, “Apa itu ilmu?” ,
“Adakah ilmu itu tetap atau berubah?” , “Apakah sumber pengetahuan?” , dan “Apakah kebenaran?” .
Epistemologi mengkaji cara kita berfikir kerana ia adalah satu keperluan untuk menentukan kebenaran
dan memisahkan kebenaran daripada kesalahan.

Manakala logik merupakan suatu kajian tentang perkara yang membentuk penaakulan yang sah. Ia
mencari kaedah untuk membezakan penaakulan yang sah dengan penaakulan tidak rasional atau
mengelirukan secara inferens atau demonstrasi.

Dalam bidang pendidikan, epistemologi dan logik mempengaruhi dalam pelbagai aspek seperti standart,
kandungan subjek, kurikulum, pendidikan guru, pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh
Epistemologi memberi fokus pada kandungan dan proses pembelajaran. Manakala logic melatih pelajar
untuk berfikir, menganalisis dan menilai secara kritikal dan rasional terhadap ilmu yang dipelajari.

Rujukan :

1. Noriati A. rashid, et al. (2016). Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia. Cetakan Oxford Fajar Sdn.
Bhd
2. Hamizan, (2019). Falsafah Ilmu : Suatu Sorotan Hukum Penyusunan. 5th Muzakarah Fiqh &
International Fiqh Conference (MFIFC 2019).
3. Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, cet. 4., tahun 2010.
4. Manuel Velasquez, (1994). Philosophy, a Text with Readings http://go-pdf.online/velasquez-
philosophy.pdf
5. Hazlina Abdullah 7 adibah Sulaiman@Mohamad. Modul Pasca Siswazah Pendidikan Islam,
Penerbit USIM, (Negeri Sembilan : Bandar Baru Nilai,2018)
Ahli Kumpulan :

1. MUHAMMAD AL ZUBAIR BIN ABD SAMAD

2. MUHAMMAD HAZIQ BIN ZAINAL ABIDIN

3. MUHAMMAD HANAFI BIN RUSLAN

4.ILIAS BIN MAT

5. MUHAMMAD HAKIM BIN IBRAHIM

Anda mungkin juga menyukai