Anda di halaman 1dari 7

PENGHARGAAN

‫السالم عليكم ورحمة وبركاته‬

Bersyukur kami ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kami dapat
menyiapkan kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali kami mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Kolej Pengajian Islam Johor kerana memberi peluang kepada kami
menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi
memudahkan kami menyiapkan tugasan ini.

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Doktor Hadijah Binti Ahmad yang telah
banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami daripada awal
sejak tugasan ini diberikan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberikan sokongan
serta dorongan serta wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan
dorongan kalian, kami mungkin tidak dapat menyiapkan tidak dapat menyiapaknn kerja
tugasan ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang
bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini.

Akhir sekali, harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan kami disamping dapat melahirkan ahli akademik yang
bertanggungjwab dalam menghasilkan kajian ilmiah yang bermanfaat dan berkesan Selain
itu, harapan kami agar dapat memberi manfaat kepada diri kami sendiri terutamanya serta
pembaca agar sama-sama menjadi pengkaji yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan
maklumat sama ada dalam Malaysia mahupun di luar Malaysia.

1.0 PENDAHULUAN
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di peringkat sekolah telah dilaksanakan
oleh pihak kerajaan melalui institusi pendidikan. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi
meningkatkan pencapaian para pelajar dalam Bahasa Arab. Penguasaan Bahasa Arab yang
baik memberi manfaat tidak hanya terhad di dalam bilik darjah sahaja bahkan mampu
,mencapai ke peringkat global seperti pelancongan, ekonomi, dan teknologi. Kemampuan
menguasai pelbagai bahasa pada masa kini, memberi suatu kelebihan pada seseorang. Bahasa
asing seperti bahasa Jerman, Jepun, Arab, Perancis, Mandarin, Korea, Cina dan sebagainya
boleh dipelajari di mana-mana sahaja dan pada mahasiswa, kursus bahasa asing itu
sememangnya ada ditawarkan di universiti masing-masing (Berita Harian, 2016).

Kerajaan mengambil serius dalam memperkasakan pendidikan bahasa Arab di


kalangan pelajar melalui institusi pendidikan yang bermula di peringkat sekolah, kolej dan
universiti. Walaubagaimanapun, pencapaian pengajaran dan pembelajaran bahasa arab masih
di tahap rendah. Menurut Chee Pee (1991) menyatakan bahasa pencapaian pelajar dalam
bahasa arab amat mendukacitakan. Ini menunjukkan penguasaan bahasa arab dari segi
pemahaman, tatabahasa dan pembinaan ayat masih di tahap rendah.

Suatu kajian telah dilaksanakan bagi mengkaji beberapa faktor yang menghalang
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sebuah sekolah menengah di
Selangor. Dalam kajian tersebut telah menggariskan 3 faktor utama yang menghalang
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa arab iaitu faktor guru, pelajar, dan buku
teks. Ketiga-tiga faktor ini memberi sumbangan yang besar dalam menentukan tahap
pencapaian pelajar dalam bahasa Arab.

2.0 PENGENALAN
Kelemahan penguasaan bahasa asing seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris
di kalangan pelajar merupakan perkara yang tidak asing lagi terutama dalam pertuturan
mahupun penulisan. Amatlah beruntung jika seseorang pelajar mahir dalam pelbagai bahasa
terutama dalam bahasa Arab. Kelemahan penguasaan bahasa Arab tidak hanya berlaku di
kalangan pelajar sahaja bahkan di peringkat universiti. Kegagalan menguasai bahasa al-
Quran dengan baik mempunyai banyak sebab dan ia tidaklah terhad kepada sekolah agama
bahkan kelemahan dalam bahasa Arab meliputi keseluruhan pelajar Malaysia di Mesir dan
negara-negara Arab yang lain (Utusan, 1999).

Tempoh pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang terhad menjadi bebanan
kepada guru untuk mengajar bahasa Arab kepada pelajar. Menurut Nasriah, Abu (1994,1995)
masalah utama guru dalam melaksanakan kokurikulum ialah masa pengajaran menjadi
singkat disebabkan murid tidak mempunyai asas bahasa Arab di peringkat rendah. Ada
sebahgian pelajar tidak pernah belajar bahasa Arab sejak di peringkat rendah. Hal ini
menyukarkan mereka untuk menguasai bahasa Arab dengan cepat. Persepsi pelajar dari segi
kesukaran menguasai bahasa Arab bergantung kepada tahap pengalaman mereka yang
terdahulu. (Yusri,G, 2010). Hal ini menunjukkan bahawa pendekatan pengajaran yang
digunakan perlulah sesuai dengan latar belakang pengalaman pelajar.

Penggunaan bahasa Arab yang hanya terhad di dalam kelas sahaja menyukarkan para
pelajar mempraktikkan di luar bilik darjah (Ismail,F dan Othman, S, 2009). Jika seseorang
individu ingin menguasai sesuatu bahasa dengan baik. Maka, individu tersebut mestilah
mempraktikkan hasil pembelajaran dalam kehidupan seharian. Hasil kajian Universiti Putra
Malaysia (UPM) di SMKA Kajang, Selangor pada tahun 1993 mendapati terdapat beberapa
faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran bahasa Arab di sekolah iaitu pertama,
bilangan guru Bahasa Arab yang menyampaikan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab
dengan berkesan amatlah kurang. Kedua, kebanyakan guru terikat dengan pendekatan
pengajaran secara konvensional melalui kaedah membaca, terjemahan dan syarahan. Ketiga,
penggunaan bahasa Arab hanya terhad di dalam kelas sahaja.
Menurut Enwistle dan Wison (1977) mencadangkan faktor personaliti turut
mempengaruhi pencapaian pelajar dalam sesuatu bahasa yang dipelajari. Berdasarkan hasil
kajian Universiti Teknologi Mara (UiTM) meninjau sikap pelajar terhadap pembelajaran
kemahiran lisan bahasa Arab merangkumi dua aspek iaitu sikap terhadap pengajaran bahasa
dan sikap terhadap bahasa Arab (Yusri, G , Rahimi, N, dan Shah, P, 2010). Persepsi pelajar
terhadap bahasa Arab memberi kesan terhadap prestasi pembelajaran seorang pelajar. Hal ini
menerangkan bahawa jika pelajar tersebut berminat dan berusaha untuk mempelajarinya, ini
sedikit sebanyak membantu meningkatkan prestasi pelajar tersebut.
3.0 Metodologi Kajian

Kajian ini telah dilaksanakan di berteraskan kajian kuantitatif menggunakan


pendekatan secara tinjauan terhadap sumbangan faktor-faktor yang mempengaruhi
pencapaian pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Menurut Jonathan Sarwono (2006),
Kajian kuantitatif adalah penelitian ilmiah yang bersistematik terhadap bahagian-bahagian
dan fenomena yang berlaku serta hubungan – hubungannya. Pendekatan Kuantitatif pula
bermaksud suatu pendekatan penelitian secara primer menggunakan paradigma postpositivist
(seperti pemikiran tentang sebab, akibat, reduksi kepada variable, hipotesis dan pertanyaan
spesifik, menggunakan pengukuran dan pemerhatian, serta pengujian teori) dalam
mengembangkan ilmu pengetahuan, menggunakan strategi seperti eksperimen dan survey
yang memerlukan data statistic.

Di samping melihat perbezaan bagi ketiga-tiga faktor tersebut antara pelajar berlainan
pencapaian dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Kajian ini telah dilaksanakan
di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Persektuan, Kajang, Selangor. Kaedah
yang digunakan ialah pembinaan instrument soal selidik.

Soal selidik ini mengandungi beberapa konstruk. Pembinaan instrument soal selidik
adalah berdasarkan panduan dari kajian-kajian lepas dan literature yang berkaitan. Alat kajian
adalah satu set soal selidik faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam Bahasa Arab
yang mengandungi 4 bahagian. Bahagian A merangkumi profil responden seperti jantina dan
markah bagi subjek Bahasa Arab. Bahagian B mengandungi 13 item soal selidik faktor guru.
Bahagian C mengandungi 18 item soal selidik faktor pelajar. Bahagian D mengandungi 7
item soal selidik faktor buku teks. Data kajian telah diperolehi daripada soal selidik faktor-
faktor pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Arab yang diedarkan kepada responden.
Kajian ini bertujuan mengkaji sumbangan faktor-faktor yang mempengaruhi
pencapaian pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab iaitu faktor guru, pelajar, dan buku
teks. Kedua, melihat perbandingan ketiga-tiga faktor tersebut antara pelajar berlainan
pencapaian dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Ketiga, mencari inisiatif untuk
meningkatkan pencapaian pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di kalangan pelajar.
Hasil kajian ini amatlah penting bagi melihat situasi sebenar yang berlaku di kalangan pelajar
bumiputera.
6.0 RUJUKAN

Mohd Fadzli Ismail dan Mohd Sukki Othman. (2009) Faktor - Faktor Yang

Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Bahasa Arab : Satu Tinjauan Di SMAP Kajang. Selangor : Penerbit

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Arshad, Mastura dan Abu Bakar, Kaseh. (2012) Penggunaan Strategi Pembelajaran

Kemahiran Bertutur Bahasa Arab. Kuala Lumpur. Penerbit : Pusat Asasi

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahimi, dan Parilah M. Shah. (2010) Sikap Pelajar

Terhadap Pembelajaran Kemahiran Lisan Bahasa Arab Di Universiti

Teknologi Mara (UiTM).

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0920&pub=Utusan_Malaysia

Sumber ini diambil pada pada pukul 3.30 yang bertarikh 29 Januari 2018.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/kampus/bahasa-asing-kelebihan-dan-impak-

Sumber ini diambil pada pada pukul 5.30 yang bertarikh 29 Januari 2018.

Anda mungkin juga menyukai