Anda di halaman 1dari 12

PENGGUNAAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN TUGASAN DAN

AKTIVITI DALAM KALANGAN PELAJAR-PELAJAR BAHASA ARAB UITM

Lutfi Hassan¹
Akademi Pengajian Bahasa
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam, Selangor
Malaysia
lutfimadani@yahoo.com

Norhayuza Mohamad (Ph.D)²


Akademi Pengajian Bahasa
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam, Selangor
Malaysia
norhayuza@yahoo.co.uk

Pembelajaran bahasa Arab di Malaysia semakin mendapat perhatian mutakhir ini. Rata-rata di
peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti ada menawarkan kursus-kursus bahasa Arab.
Namun sehingga kini keberkesanan pembelajaran bahasa Arab masih menjadi isu dan persoalan
dikalangan tenaga pengajar mahu pun penyelidik. Kaedah pengajaran merupakan salah satu kunci
kepada kejayaan pembelajaran bahasa Arab. Pemilihan kaedah pengajaran yang menarik dan sesuai
dengan matlamat pembelajaran dapat membantu mengimbangi masalah ketiadaan persekitaran bahasa
Arab yang merupakan satu keperluan pembelajaran bahasa mereka. Pembelajaran berasaskan tugasan
atau aktiviti merupakan salah satu kaedah yang mendapat sambutan terutama dalam pengajaran bahasa
yang menggunakan pendekatan komunikasi. Berteraskan kaedah pemusatan pelajar, ia memberi
peluang kepada para pelajar untuk melibatkan diri secara fizikal dan mental dalam menggunakan
bahasa yang dipelajari. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan dapat menghidupkan proses pengajaran dan
pembelajaran serta menjadikan ia lebih bermakna. Diantara bentuk tugasan dan aktiviti yang
dijalankan adalah seperti permainan bahasa, role play, drama, nyanyian, meringkaskan cerita daripada
video, aktiviti fizikal harian seperti bersukan, memasak dan lain-lain. Kertas kerja ini membincangkan
tentang pengalaman penggunaan teknik pembelajaran berasakan tugasan dan aktiviti yang dijalankan
pada perkhemahan bahasa pelajar-pelajar bahasa Arab UiTM seramai 17 orang. Berdasarkan
maklumbalas, kebanyakan pelajar menunjukkan sikap yang positif terhadap penggunaan kaedah ini.
Pelajar didapati mempunyai motivasi yang tinggi dalam mengikuti setiap aktiviti di samping lebih
berkeyakinan dan mempunyai keberanian untuk berkomunikasi bahasa Arab.

Kata kunci: Bahasa Arab, Bahasa asing, Strategi Pengajaran, Pendekatan Komunikatif, Pembelajaran
berasakan tugasan,
1.0 PENDAHULUAN

Pembelajaran bahasa asing termasuk bahasa Arab akan dianggap berjaya berdasarkan sejauh
mana kemahiran atau tahap spontan seseorang pelajar menguasai bahasa tersebut. Salah satu
elemen utama dalam menghasilkan kemahiran atau penguasaan adalah persekitaran untuk
bahasa yang dipelajari. Dalam konteks pengajaran bahasa asing, Ali Al-Khuly (2002)
menyarankan agar dicipta persekitaran bahasa yang dipelajari bagi melatih pelajar mempraktik
bahasa dengan lebih spontan. Salah satu cara yang dianggap sesuai dan berkesan bagi
membina persekitaran bahasa adalah Pendekatan pembelajaran Berasaskan Tugasan (Task
based Learning) dan pendekatan ini mempunyai hubungan yang amat rapat dengan pengajaran
komunikatif. Ini kerana matlamat pendekatan Pembelajaran Berasaskan Tugasan secara
umumnya adalah bagi merealisasikan matlamat pendekatan komunikatif. Sekiranya
pendekatan gagal dilaksanakan dengan berkesan maka hasil bagi menguasai sesuatu bahasa
yang dipelajari mungkin tidak kesampaian atau memakan masa yang terlalu lama. Bahkan
ramai dalam kalangan pelajar yang beranggapan proses pembelajaran bahasa menjadi sukar
atau rumit dan tak kurang juga yang takut mempelajari bahasa tersebut.

2.0 PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI MALAYSIA


Menurut Hassan Basri (1990) pembelajaran bahasa Arab di Sekolah menengah telah di
mulakan sejak sekian lama dengan tertubuhnya sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(SMKA). Pada ketika itu di samping kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis,
konsep pembelajaran bahasa Arab lebih menekankan kepada penguasaan sorf (morfologi) dan
nahu (sintaksis). Setelah diperkenalkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dan juga
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSM dan KBSR-1991) kurikulum bahasa Arab
dirombak semula dan dinamakan dengan bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang diajar di
peringkat sekolah menengah dan juga sekolah rendah. Matapelajaran ini diwajibkan kepada
semua pelajar yang belajar di Sekolah Menegah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah
Berasrama Penuh (SBP). Manakala di sekolah Menengah Kebangsaan biasa (SMK)
matapelajaran ini menjadi matapelajaran pilihan dan diajar kepada pelajar yang memilih Kelas
Aliran Agama (KAA) sahaja. Setahun berikutnya diperkenalkan pula satu lagi kurikulum baru
yang dikhususkan untuk tingkatan empat dan lima iaitu kurikulum bahasa Arab Tinggi (BAT).
Ia juga diajar di Sekolah Menegah Kebangsaan Agama, Sekolah Berasrama Penuh dan Kelas
Aliran Agama.

Sementara itu sekolah aliran Agama yang berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri turut
mengambil matapelajaran bahasa Arab sebagai matapelajaran wajib, di samping
matapelajaran-matapelajaran lain yang berdasarkan silibus Al-Azhar. Matapelajaran-
matapelajaran ini dipelajari di dalam bahasa Arab dan menggunakan buku-buku yang ditulis
dalam bahasa Arab. Namun oleh kerana kemampuan pelajar yang terhad untuk memahami dan
berkomunikasi di dalam bahasa Arab akhirnya kebanyakan kelas dikendalikan dalam bahasa
Melayu kerana dikuatiri para pelajar tidak mampu memahami jika digunakan bahasa Arab
sepenuhnya. Ini bermaksud dari sudut keberkesanan didapati kebanyakan pelajar di Malaysia
gagal menggunakan bahasa Arab yang mereka pelajari dalam bentuk komunikasi. Ini kerana
mereka tidak mencapai penguasaan sehingga ke tahap spontan seperti yang dihasratkan di
dalam pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi. Dengan itu konsep pendekatan pembelajaran
Komunikatif perlu diperhalusi dan difahami sebaik mungkin bagi memastikan pelaksanaan
yang berkesan dan mencapai matlamat.
3.0 PENDEKATAN KOMUNIKATIF DAN PENDEKATAN
PEMBELAJARAN BERASASKAN TUGASAN

Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Tugasan berkait rapat dengan Pendekatan Komunikatif,


malahan ramai penulis menegaskan bahawa Pembelajaran Berasaskan Tugasan adalah
sebahagian daripada Pendekatan komunikatif seperti mana yang disebut di dalam laman
sesawang Wikipedia. Malah pendekatan ini berperanan untuk membantu mencapai matlamat
pengajaran Komunikatif iaitu dengan membina persekitaran bahasa yang seakan-akan semula
jadi untuk para pelajar. Lantaran mengenal konsep pendekatan Komunikatif boleh dianggap
sabagai pra-syarat bagi kejayaan pelaksanaan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Tugasan.

3.1 PENDEKATAN KOMUNIKATIF


Menurut Ismael Hassanein (2005) Pendekatan Komunikatif mula diberi perhatian dari tahun
1972 di bawah daya usaha Del Hymes, seorang ahli bahasa dan sains kemanusiaan.
Pendekatan ini muncul selepas perkembangan kaedah pengajaran bahasa asing yang
menggunakan pendekatan Audio-linguistik dinilai semula. Hymes berpendapat bahawa bahasa
akan diperolehi melalui pendedahan terhadap ungkapan-ungkapan yang didengari dan
digunakan melalui komunikasi dalam kelompok masyarakat seperti proses pembelajaran
seorang kanak-kanak melalui persekitarannya. Bahasa bermula di peringkat awal kehidupan
kanak-kanak dengan ungkapan yang mudah yang diguna dalam konteks kehidupan seharian
tanpa perlu ditekankan peraturan tata bahasanya.

Menurut Hymes Kaedah pembelajaran komunikatif bermaksud pembelajaran yang


menggalakkan pelajar menggunakan bahasa yang ingin dipelajari sebanyak yang boleh di
dalam konteks kehidupan yang sebenar. Dengan itu pembentukan kelas pembelajaran yang
sesuai amat penting untuk tujuan membentuk persekitaran yang membawa pelajar
menggunakan bahasa yang dipelajari agar lebih dekat kepada kontek kehidupannya. Ini
bermakna pendekatan komunikatif menggunakan aktiviti bahasa sebanyak yang boleh untuk
mendorong pelajar bertutur atau berkomunikasi seperti aktiviti lakunan dan aktiviti
penyelesaian masalah. Ini berbeza dengan pendekatan Terjemahan-Tatabahasa yang
mengutamakan penguasaan kaedah tatabahasa dan tidak memberi penekanan terhadap
penggunaan bahasa itu sendiri.

Berikut adalah beberapa bentuk aktiviti bahasa yang sering digunakan dalam pendekatan
komunikatif dan kebanyakannya disarankan oleh Rod Ellis (2003) :
- penyelesaian masalah
- bercerita
- berlakun
- perkongsian pengalaman
- perbincangan berkumpulan
- membuat perbandingan
- perdebatan
- dialog dan temubual
- menganalisa berita atau maklumat
- penyenaraian data atau maklumat
- permainan bahasa dan lain-lain lagi

Di antara ciri-ciri utama pendekatan komunikatif ialah:


- mendekatkan pelajar kepada persekitaran bahasa yang dipelajari.
- berkait rapat dengan realiti kehidupan dan kehidupan harian.
- pelajar adalah tempat pemusatan pembelajaran (student-centered).
- pelajar digalakkan menggunakan bahasa yang dipelajari terutama dari espek pertuturan.
- di peringkat awal kesilapan yang dilakukan pelajar semasa bertutur tidak perlu
diperbetulkan agar tidak menghalang semangat dan keberanian pelajar itu.
- memperbanyakkan activiti bahasa yang mendorong penglibatan pelajar di dalam kegiatan
berbahasa samada aktiviti yang berbentuk individu atau berkumpulan.

Di Malaysia pendekatan komunikatif ini digunakan dalam pengajaran bahasa Arab di sekolah
oleh Kementerian Pendidikan dan dikenali sebagai Bahasa Arab Komunikasi. Pendekatan ini
telah lama bertapak sejak Kementerian Pelajaran memperkenalkan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah dan juga Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSM dan KBSR) pada
tahun 1991. Walaupun perlaksanaan Bahasa Arab Komunikasi telah berjalan sejak sekian
lama namun kejayaannya belum boleh dibanggakan sepenuhnya. Ini bukan berpunca daripada
kelemahan pendekatan komunikatif tetapi berpunca daripada cara pelaksanaan yang kurang
berkesan. Perkara seumpama ini turut berlaku di tempat lain selain di Malaysia, lantaran
mendorong ahli bahasa mengkaji pendekatan-pendekatan baru antaranya adalah pendekatan
Pembelajaran Berasaskan Tugasan yang bersifat sokongan atau tambahan bagi memastikan
pendekatan komunikatif dapat dilaksanakan dengan berkesan.

3.2 PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN TUGASAN (TASK BASED


LEARNING)
Menurut laman web Funiber Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Tugasan telah diasaskan
oleh N. S. Prabu dari Bangalore, India di . Beliau percaya bahawa para pelajar akan menguasai
bahasa dengan lebih berkesan jika mereka fokus kepada tugasan yang dilaksanakan
berbanding dengan focus terhadap bahasa itu sendiri. Turut mengambil anisiatif dalam
mengembangkan pendekatan ini adalah David Nunan, Jane Willis, Rod Ellis, dan lain-lain
yang akhirnya menghasilkan penulisan beberapa buah buku mengenai Pendekatan
Pembelajaran Berasaskan Tugasan.

Bagi memahami konsep pendekatan Pembelajaran Berasaskan Tugasan berikut disenaraikan


penjelasan beberapa penulis mengenai erti tugasan seperti yang dikumpul Rod Ellis (2003) di
dalam bukunya Task Based Language Learning and Teaching. Richards, Platt, Weber (1985)
mendefinisikan tugasan sebagai sebarang aktiviti atau tindakan yang dihasilkan daripada suatu
proses memahami bahasa seperti melukis peta semasa mendengar tape atau mendengar
sebarang arahan serta melaksanakannya. Manakala David Nunan (1992) menyatakan tugasan
di dalam komunikasi adalah sesuatu kerja di dalam kelas yang melibatkan kefahaman pelajar,
penghasilan atau berinteraksi di dalam bahasa yang dipelajari di mana pemerhatian diberi
lebih kepada makna bahasa berbanding dengan bentuk bahasa.

Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Tugasan secara asasnya adalah sama seperti ciri-ciri
pendekatan Komunikatif. Namun pendekatan Pembelajaran berasaskan tugasan ini
menekankan kewujudan tugasan yang dikendalikan oleh pelajar sendiri sebagai tambahan
kepada apa yang ditekankan di dalam pembelajaran komunikatif. Di samping itu apa yang
telah dihuraikan oleh Rod Ellis (2003) mungkin dapat memperincikan lagi apa yang
dimaksudkan dengan Pembelajaran Berasaskan Tugasan. Di antara ciri-cirinya adalah seperti
berikut:
- memfokus kepada keaslian bahasa yang dipelajari.
- mendekatkan pelajar kepada persekitaran sebenar dalam penggunaan bahasa.
- pembelajaran berpusatkan pelajar.
- mengutamakan penghasilan bahasa dari sudut komunikasi.
- melibatkan keempat-empat kemahiran bahasa.
- memberi penekanan kepada pemahaman bukan kepada tatabahasa semata-mata.
- guru bersifat sebagai pembimbing atau pemudah cara bukan pengajar atau penceramah.
Terdapat tiga peringkat pelaksanaan yang biasa digunakan dalam pendekatan Pembelajaran
Berasaskan Tugasan:
1- Sebelum tugasan : Peringkat ini merupakan peranan guru atau pengajar bagi membuat
penjelasan atau menyediakan perbendaharaan kata asas kepada para pelajar. Jika perlu
pengajar boleh menunjukkan model bagaimana tugasan akan dijalankan.
2- Semasa Tugasan berjalan : Para pelajar melaksanakan tugasan kebiasaannya dalam
bentuk kumpulan kecil atau secara berpasangan. Ketika ini pengajar bersifat sebagai
pemerhati yang memantau dan sebaik-baiknya tidak masuk campur di dalam
perbincangan agar pelajar dapat berintraksi sesama mereka dengan lebih berkesan.
3- Selepas Tugasan: Peringkat terakhir ini adalah selepas tugasan selesai di mana para
pelajar boleh memberi rumusan atau ulasan terhadap apa yang mereka telah lakukan
serta memberi komen yang membina. Jika perlu di peringkat ini tugasan yang telah
dijalankan boleh diulangi.

N. S. Prabu memperinicikan tugasan kepada tiga bahagian seperti berikut :

1- Aktiviti Penyempurnaan maklumat (Information gap activity) : seperti aktiviti yang


melibatkan penjelasan, huraian dan penceritaan.
2- Aktiviti Pernyataan sebab (Reasoning gap activity) : seperti aktiviti yang
menghuraikan sebab atau alasan, jangkaan, ramalan dan sebagainya.
3- Aktiviti Pernyataan Pandangan (Opinion gap activity) : seperti aktiviti perbualan yang
melibatkan perasaan, sokongan, komentar, hujahan dan sebagainya.

Dalam kalangan pelajar program Bahasa Arab yang baru diterima menyambung pelajaran di
UiTM boleh dikatakan ramai antara mereka tidak mempunyai pengalaman atau pendedahan
berkomunikasi dalam persekitaran bahasa bahasa Arab yang sebenar. Ini membuatkan
peratusan kemampuan mereka berintraksi di dalam bahasa Arab boleh dikatakan amat rendah.
Malah dibimbangi mereka akan mengalami kesulitan semasa berintraksi dengan pensyarah
apabila digunakan bahasa Arab sebagai medium pembelajaran di dalam bilik kuliah atau di
luar bilik kuliah. Lantaran itu pelaksanaan pendekatan Komunikatif dan Pembelajaran
Berasaskan Tugasan melalui kem bahasa Arab yang di jalankan selama tiga hari dilihat amat
perlu bagi memberi pendedahan yang pantas kepada golongan pelajar ini. Bahkan pelaksanaan
pendekatan ini dapat membentuk suatu persekitaran bahasa yang mirip persekitaran bahasa
Arab seperti yang disarankan Ali Al-Khuly dalam bukunya Al-Hayatt Ma’a Lughatain ) ‫الحياة‬
‫ ) مع لغتين‬.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mendapat maklumbalas dan persepsi pelajar terhadap perjalanan program


2. Mengenalpasti motivasi pelajar terhadap program perkhemahan yang dijalankan
3. Mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang menjadi kegemaran para pelajar

5.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ringkas ini melibatkan 17 pelajar bahasa Arab peringkat Ijazah, Akademi
Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA. Pelajar-pelajar telah mengikuti
Perkhemahan Bahasa Arab selama 3 hari 2 malam bertempat Rock Eco Resort Ulu Yam
Selangor. Ia diadakan pada minggu ke 12 dalam sesi pengajian mereka dan dikendalikan
oleh empat orang fasilitator. Ia bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan persekitaran
bahasa Arab melalui aktiviti-aktiviti dan tugasan-tugasan bahasa yang ditetapkan.
Diantara bentuk aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:
1. Teka siapa saya Secara berpasangan atau berkumpulan. Pelajar
memilih untuk menjadi sesuatu objek atau
binatang dan meminta rakan meneka siapakah
dia. Pelajar yang meneka boleh bertanya untuk
mendapatkan gambaran atau maklumat dari
rakannya.
2. Memperkenalkan kawan 1. Pelajar mengisi carta maklumat tentang
kawan
2. Pelajar memeperkenalkan kawan tersebut
kepada kawan yang lain
3. Teka silangkata Pelajar diberi kertas yang mengandungi teka
silangkata. Setiap pelajar hanya mempunyai dua
perkataan sebagai jawapan. Perkataan yang
diberi berbeza bagi setiap pelajar.perlu
mendapatkan perkataan lain daripada kawan-
kawan melalui perbincangan. Pelajar tidak
dibenarkan memberitahu rakan tentang
perkataan tersebut secara lansung sebaliknya
hanya memberi clue
4. Perbincangan maqaal (bacaan Pelajar duduk dalam kumpulan masing-masing
dan kefahaman) dan setiap orang diberi teks bacaan yang sama.
Pelajar perlu mengeluarkan lima isi penting.
5. Cerita kelakar (nukat) dan teka Melalui permainan kotak beracun pelajar-
teki pelajar dikehendaki menceritakan kisah-kisah
lucu dan teka teki dalam bahasa Arab
6. Penyampaian Puisi Pelajar diberi teks puisi terlebih dahulu untuk
tujuan bacaan nyaring dan kefahaman. Dua
oarang pelajar membuat persembahan
penyampaian puisi yang sebenar
7. Memasak Pelajar menyertai aktiviti memasak dan
berkomunikasi menggunakan istilah-istilah
berkaitan yang telah disediakan terlebih dahulu.
8. Pembentangan ala debat Pelajar diberi satu tajuk dalam kumpulan untuk
dibahaskan.
Pelajar diberi masa untuk menyediakan
pembentangan menggunakan bahan-bahan spt
kertas mahjung, keratan akhbar dll.
Setelah selesai setiap kumpulan akan dilawati
oleh fasilitator dan pelajar dikehendaki
menghuraikan isi kandungan pembentangan.
Pelajar juga akan melawat kumpulan lain untuk
membahaskan tajuk yang dibincangkan.
Didalam sesi rumusan para pelajar berkumpul
dan membahas serta merumuskan pendapat
masing

9. Analisis nahu sorf melalui teks Pelajar diberi teks secara individu dan mereka
dikehendaki menganalisis kaedah nahu dan sorf
dan dibincangkan dalam kumpulan.
10. Penulisan perenggan Pelajar menulis semula fakta-fakta utama yang
dibincangkan dalam 'pembentangan ala debat'
dalam bentuk penulisan akademik
Kajian ringkas ini menggunakan borang soal selidik, soalan temu bual ringkas dan
pemerhatian bagi mendapatkan maklumbalas pelajar tentang program perkhemahan yang
dijalankan. Data soal selidik dianalisis secara kuantitatif dengan melihat kepada peratusan
dan kekerapan.

6.0 DAPATAN KAJIAN

1. Lokasi progam

Sangat 3 Sesuai 8 Sederhana 4 Kurang 2 Tidak


sesuai (17.6%) (47%) (23.5%) Sesuai (11.7% sesuai
)

2. Fasilitator program
Fasilitator 1

15 Sangat 2 Bagus Sederhana Kurang Kurang


(88.2%) bagus (11.8%) bagus bagus

Fasilitator 2

15 Sangat 2 Bagus Sederhana Kurang Kurang


(88.2%) bagus (11.8%) bagus bagus

Fasilitator 3

15 Sangat 2 Bagus Sederhana Kurang Kurang


(88.2%) bagus (11.8%) bagus bagus

Fasilitator 4

15 Sangat 2 Bagus Sederhana Kurang Kurang


(88.2% bagus (11.8%) bagus bagus
)

3. Kemudahan program

Sangat 3 Bagus 14 Sederhana Kurang Kurang


bagus (17.6% (82.4% bagus bagus
) )

4. Aturcara program

15 Sangat 2 Bagus Sederhana Kurang Kurang


(88.2% bagus (11.8% bagus bagus
) )

5. Manfaat program ini kepada kemahiran bahasa secara keseluruhan

16 Sangat Bermanfaat 1 Sederhan Kurang Kurang


(94.1%) bermanfaat (5.9%) a bermanfaat bermanfaat

6. Keseronokan mengikuti program


7 Sangat 8 Menyerono 2 Sederhan Kurang Tidak
(41.1% menyerono (47% k (11.9% a menyerono menyerono
) k ) kan dan ) k k
kan dan menarik ka dan kan dan
menarik kurang tidak
menarik menarik

7. Tahap keyakinan dan keberanian untuk menggunakan bahasa Arab (pertuturan dan penulisan)
selepas mengikuti program ini

11 Semakin 4 Bertambah 2 Kurang Semakin


(64.7%) bertambah (23.5%) sedikit (11.7%) berkurang

8. Keperluan untuk mengadakan program seperti ini

2 Sekali 11 Dua 3 Tiga 1 Lain-lain (cadangan)


(11.7% dalam (82.3% kali (17.6% kali (5.8% _____________________
) satu ) dalam ) dalam ) _
semeste satu satu
r semeste semeste
r r

9. Manfaat program ini dalam kemahiran/aspek


 Pertuturan

16 Sangat 1 Bermanfaat Sederhan Kurang Kurang


(94.% bermanfaat (5.9% a bermanfaat bermanfaat
) )

 Penulisan

16 Sangat 1 Bermanfaat Sederhan Kurang Kurang


(94.% bermanfaat (5.9% a bermanfaat bermanfaat
) )

 Bacaan

16 Sangat 1 Bermanfaat Sederhan Kurang Kurang


(94.% bermanfaat (5.9% a bermanfaat bermanfaat
) )

 Mendengar

16 Sangat 1 Bermanfaat Sederhan Kurang Kurang


(94.% bermanfaat (5.9% a bermanfaat bermanfaat
) )

 Kosakata

16 Sangat 1 Bermanfaat Sederhan Kurang Kurang


(94.% bermanfaat (5.9% a bermanfaat bermanfaat
) )

 Nahu /Sorf
16 Sangat 1 Bermanfaat Sederhan Kurang Kurang
(94.% bermanfaat (5.9% a bermanfaat bermanfaat
) )

10. Sila nyatakan tiga aktiviti yang paling anda minati dalam perkhemahan ini?

1 2 3
Memasak 23.5 (4) 5.8 (1) 5.8 (1)
Perbincangan maqaal (bacaan dan 23.5 (4) 5.8 (1) 5.8 (1)
kefahaman)
Cerita kelakar (nukat)
Penyampaian Puisi 5.8 (1) 11.7 (2)
Teka siapa saya 11.7 (2) 17.6 (3) 11.7 (2)
Pembentangan Ala Debat 29.4 (5) 29.4 (5) 11.7 (2)
Analisis nahu sorf melalui teks 5.8 (1) 5.8 (1)
Teka silangkata 5.8 (1) 17.6 (3) 11.7 (2)
Memperkenalkan kawan 5.8 (1) 11.7 (2) 23.5 (4)
Penulisan perenggan 17.6 (2)

11. Kekuatan dan kelemahan program serta cadangan penambahbaikan program


a) Kekuatan program

1 Keyakinan diri untuk bertutur dalam bahasa Arab meningkat. Kesemua fasi bersedia
membantu
2 Aturcara program sangat memuaskan
3 Dapat menambah keyakinan dalam komunikasi. Fasi yang hebat
4 Boleh bertutur bahasa Arab dengan fasih
5 Aturcara sangat memuaskan dan tidak tertekan dengan aturcara
6 Program ini member keberkesanan dalam penambahbaikan mutu bahasa Arab di
kalangan pelajar
7 Dapat membantu pelajar bercakap dalam Bahasa Arab dengan lebih yakin terutama
dalam program debat
8 Dapat improve bercakap walaupun sikit dengan ayat-ayat ringkas
9 Meningkatkan keyakinan bertutur teruatama menambah vocab
10 Semua pihak bekerjasama terutama fasilitator
11 Tenaga pengajar yang cukup berpengalaman dan membantu
12 Alhamdulillah disamping mengukuhkan penggunaan bahasa Arab a dapt mengeratkan
silaturrahim antara sahabat dan pensyarah
13 Menjadikan pelajar lebih yakin bertutur dalam bahasa Arab
14 Sangat membantu untuk mantapkan bahasa
15 Kebolehan bercakap pada setiap masa

b) Kelemahan program

1 Tempat kurang sesuai dan pengurusan masa di kalangan peserta


2 Tempat kurang sesuai, ada anjing
3 Kurang persediaan dari segi peralatan dan tempat tinggal
4 Tempat cantik tetapi ada sedikit ganggunan iiatu anjing
5 Tempat yang kurang sesuai
6 Kurang didiplin di kalangan pelajar
7 Memerlukan tempat yang lebih sesuai
8 Tempat tidak selesa kerana ada anjing
9 Tempat yang kurang selesa

c) Cadangan penambahbaikan

1 Berharap agar program ini dapat diteruskan pada masa akan datang
2 Cari tempat sesuai, wujudkan urusetia disiplin (ibadah), lebih masa untuk mandi sungai
3 Mengadakan program ini dengan lebih kerap di tempat yang menarik
4 Buat di tempat yangs esuai dan lawatan ke tempat yang mempunyai suasana Arab
5 Mengadakan program ini sekali lagi di tempat lain
6 Mengadakan lagi program seperti ini kerana ia dapat membantu pelajar lebih yakin untuk
berkomunikasi dalam bahasa Arab
7 Adakan program ini seperti ini dilain masa di masa yang sesuai dan tidak sibuk dengan
assignment
8 Cari lokasi yang lebih sesuai

Contoh jawapan temubual pelajar

Pelajar 1
Mula-mula rasa takut tapi bila ada persekitaran (Arab) saya dapat mempertingkatkan penggunaan
bahasa Arab sehingga 80%, begitu juga dengan rakan-rakan saya. Bahkan kami saling membantu
untuk menambah perkataan Arab untuk dikuasai.

... Saya sentiasa rasa tercabar bila melihat orang lain bercakap maka saya akan berusaha untuk
mengusai sebaik mereka atau lebih baik dari mereka walaupun Nahu Sorof saya tidak berapa baik.

Pelajar 2
Membina persekitaran bahasa Arab yang tiada di dalam perkarangan kampus.

.. Aktiviti-aktiviti di sini memberi kita peluang untuk bercakap dengan penuh keyakinan malah
berhujah tanpa rasa takut dan malu.

Pelajar 3
Sebelum datang ke program ini saya tak mampu bercakap dengan baik, sekarang saya dapat bercakap
dengan lebih pantas dan lebih baik. Program ini amat bermanfaat dan ia perlu diteruskan dan
dijalankan di mana-mana kepada semua orang (golongan yang belajar bahasa Arab).
.. Antara program yang dijalankan disini adalah debat (Ala Debat) yang pada mulanya masing-
masing rasa takut tetapi kami digalakkan berhujah. Apabila kami cuba untuk berhujah, berlatih dan
bercakap secara berterusan akhirnya kami boleh bercakap. Ini dapat mempertingkatkan bahasa kami
dan membantu kami mempertingkatkan mutu pelajaran dan membantu menghadapi peperiksaan.

Contoh jawapan temubual fasilitator

Fasilitator 1
Sebagai seorang pensyarah saya nyatakan bahawa program ini berjaya dan berkesan. Program ini
menarik dan suatu pendekatan baru kerana pelajar belajar tanpa buku tetapi membolehkan peserta
berlatih bercakap.
Dicadangkan kepada semua university.
Terdapat aktiviti yang pelbagai dan membuatkan pelajar tidak pernah rasa jemu atau malas untuk
berusaha dan melibatkan diri di dalam aktiviti serta percakapan dengan cara yang santai.
Program ini juga mungkin sesuai untuk pelajar fakulti lain yang ambil bahasa ketiga.
Fasilitator tidak perlu banyak mengajar sebaliknya sekadar memantau dan membantu dalam
perkara-perkara tertentu sahaja.

7.0 Kesimpulan

Secara keseluruhan peserta perkhemahan ini telah memberikan maklum balas yang positif terhadap
aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Hampir kesemua pelajar memberi maklumbalas positif dari segi
manfaat dan keseronokan mengikuti program. Kebanyakan pelajar dapat melihat aspek positif
terutama manfaat program ini dalam membantu meningkatkan keyakinan mereka dalam aspek
pertuturan. Melalui aktiviti dan tugasan yang diberi, pelajar secara tidak lansung berpeluang untuk
bertutur samada dengan rakan rakan atau pun fasilitator. Berdasarkan pemerhatian, pelajar merasa
lebih selesa dan berani untuk bertutur semasa program ini dijalankan berbanding semasa pembelajaran
di dalam kelas yang agak formal. Dari segi jenis tugasan yang diberi, aktiviti pembentangan ala debat,
teka siapa saya, memperkenalkan kawan merupakan di antara aktiviti yang digemari oleh para pelajar.
Ini berkemungkinan disebabkan ciri-ciri aktiviti ini yang memerlukan interaksi yang lebih sesama
pelajar berbanding aktiviti-aktiviti lain. Pelajar merasa seronok apabila dapat melibatkan diri secara
aktif dan merasa tidak terbeban untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab walau pun berhadapan
dengan kekangan bahasa seperti maslaah kekurangan kosakata, aspek tatabahasa dan lain-lain.

Umumnya program ini telah berjaya meningkatkan motivasi pelajar dalam menggunakan bahasa Arab.
Dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan, proses pembelajaran berlaku secara semulajadi, tidak disedari
dan tiada tekanan. Penyertaan dan kesungguhan pelajar dalam setiap aktiviti yang dijalankan
membuktikan pembelajaran bermakna bagi mereka. Tugasan dan aktiviti yang dijalankan secara
semulajadi dan santai sama ada secara berkumpulan atau individu menjadikan pembelajaran mereka
lebih seronok dan ceria.

Walau bagaimanapun maklumbalas negatif dapat dilihat dari aspek lokasi program. Ramai pelajar
yang telah member maklum balas yang negatif berhubung lokasi program. Ini kerana lokasi tersebut
telah dicemari oleh anjing-anjing yang berkeliaran yang menyebabkan banyak kemudahan yang
disediakan tidak dapat digunkana seperti bilik seminar, surau dan lain-lain. Justeru adalah dicadangkan
agar pihak penganjur lebih berhati-hati dengan pemilihan lokasi pada program akan datang.

8.0 BIBLIOGRAPHY

Al-Khuly, Ali. (2002). Al-hayah ma’a lughatatyn. Darul Falah, Al-Qaherah, Mesir

Ellis, Rod. 2003: Task Based Language Learning and Teaching, Oxford University Press.

Hassanein, Ismael. (2005). Brief guidance for Arabic language teachers, Universion, Press Kuala
Lumpur.

Hassan Basri Kurikulum Baru Bahasa Arab Komunikasi dan Bahasa Arab Tinggi Sekolah Menengah.

Nunan, David (1992). Designing Tasks for the Communicative Classroom, Cambridge University
Press.

http://blogs.funiber.org/formacion-profesorado/2010/02/17/task-based-learning
dimuat turun pada 2 hb. Jan 2014
http://en.wikipedia.org/wiki/Task-based_language_learning. dimuat turun pada 2 hb. Jan 2014

http://www.academia.edu/3720736/Kurikulum_Baru_Bahasa_Arab_Komunikasi_dan_Bahasa_Arab_
Tinggi_Sekolah_Menengah dimuat turun pada 2 hb. Jan 2014.

www2.education.ualberta.ca/staff/olenka.Bilash dimuat turun pada 2 hb. Jan 2014

Anda mungkin juga menyukai