Anda di halaman 1dari 18

KAEDAH PENGAJARAN FARDU AIN KEPADA MURID BERKEPERLUAN KHAS1

Mohd Huzairi bin Awang @ Husain, Ph.D2


Hajarul Bahti binti Zakaria, Ph.D3
Syar Meeze bin Mohd Rasyid4

Pendahuluan

Kertas ini secara asasnya akan membincangkan tentang beberapa perkara penting tentang
keperluan pengajaran dan pembelajaran Fardu Ain kepada murid berkeperluan khas (MBK).
Pendidikan Islam di sini membawa maksud perkara-perkara asas fardu ain iaitu ilmu-ilmu yang
diwajibkan ke atas setiap muslim yang aqil baligh untuk mengetahui dan mengamalkannya
yang berkaitan dengan akidah, syariah dan akhlak (Abdul Halim, 1991).

Melalui pengajaran dan pembelajaran fardu ain ini amat diharapkan agar MBK dapat
beramal dan menghayati fardu ain dengan baik. Apa yang perlu diusahakan oleh seluruh warga
pendidikan ialah perlu usaha berterusan untuk memampukan MBK mengamalkan ilmu-ilmu
fardu ain yang terkandung dalam Pendidikan Islam yang dipelajari di sekolah ke dalam
kehidupan sehingga terbentuk pengetahuan, tasawur, perasaan dan tingkah laku sejajar dengan
kehendak Islam. Ilmu-ilmu yang diamalkan oleh seseorang secara berterusan berasaskan
pengetahuan kerana kepatuhan kepada Allah dapat membentuk pegangan dan pandangan
hidup, perasaan dan tingkah laku yang sejajar dengan kehendak Islam (Azma, 2006; Mohd
Huzairi, 2017).

Penghayatan Fardu Ain

Penghayatan fardu ain adalah sebahagian daripada penghayatan kehidupan beragama Islam
secara keseluruhannya. Agama atau religion yang berasal daripada perkataan religio yang
bererti mengikat dengan kebenaran (Sayyed Hossein Nasr, 1989). Beragama merujuk kepada
golongan yang berpegang kepada kebenaran, berperaturan dalam setiap tindakan dan
menghayati fardu ain akan memberi kesan kepada pengabdian diri kepada Allah SWT (Mohd
Huzairi, 2017).

Fardu ain adalah perkara yang diwajibkan ke atas setiap mukallaf dan tidak gugur
kewajipannya walau dengan melakukan perkara lain (Sa’di, 1988). Fardu ain sama ertinya
dengan wajib ain yang bermaksud suatu perbuatan yang wajib dilakukan oleh setiap mukallaf
(Sadiq, 1983) apabila dilakukan oleh seseorang akan mendapat pahala dan apabila perbuatan
tersebut ditinggalkan akan mendapat dosa.

1
Kertas ini dibentangkan di Seminar Kesedaran Pendidikan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) kepada
Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) Tahun 2019 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada
9 April 2019
2
Penolong Ketua Jabatan Penyelidikan Inovasi dan Profesionalisme Keguruan, Institut Pendidikan Guru Kampus
Pendidikan Islam, Bangi, Selangor
3
Pensyarah, Jabatan Pendidikan Khas, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Bandar Tun Razak, Kuala
Lumpur
4
Pensyarah, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

1
Populasi OKU Muslim di Malaysia

Tafsiran orang kelainan upaya (OKU) termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan
jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai
halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat (Akta
Orang Kurang Upaya, 2008)

Walaupun komuniti ini adalah minoriti, populasinya perlu diketahui oleh agamawan
agar ia terpahat dalam pemikiran tentang kepentingan pendidikan Islam kepada mereka dan
wajib diambil peranan semaksimanya. Data OKU seluruh negara boleh diperhatikan pada
jadual yang dinyatakan di bawah.

Bilangan OKU Masalah pembelajaran adalah yang teramai. Salah satu kategori dalam
masalah pembelajaran adalah autisme. Mohd Syukri et. al (2018) menyatakan bahawa dapatan
kajian terbaru yang dilakukan oleh National Health Interview Survey pada tahun 2015
mendapati bahawa nisbah bagi kanak-kanak yang mengalami gejala autisme adalah 1:45
manakala rekod yang disimpan oleh Centers for Disease Control and Prevention (CDC)
menyatakan sebanyak 1:68. Hal ini selari dengan kenyataan Timbalan Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat bahawa
kadar nisbah kelahiran anak autisme di Malaysia adalah 1:68 berdasarkan 9000 kelahiran anak-
anak autisme direkodkan setiap tahun (https://selangorkini.my/2018/10/kelahiran-autisme-
negara-168/). Kategori masalah pembelajaran mempunyai bilangan tertinggi iaitu seramai
180,067 orang yang mewakili 36.1% daripada populasi berdasarkan jadual 1.1 di bawah.

Jadual 1.1: Jumlah OKU Mengikut Kategori


Kategori OKU Jumlah
Masalah Pembelajaran 180,067
Kurang Upaya Fizikal 163.809
Kurang Upaya Pendengaran 59,161
Kurang Upaya Penglihatan 46,875
Masalah Mental 20,492
Masalah Pertuturan 3,717
Masalah Pelbagai 24.785
Jumlah 498,906
(Majlis OKU Kebangsaan, 2018)

Dari sudut bangsa, jika diperhatikan kepada angka menunjukkan bahawa kaum Melayu
yang sinonim dengan beragama Islam adalah mempunyai bilangan tertinggi iaitu seramai
281,834 orang mewakili 60.65%. Ini menunjukkan bahawa persoalan pendidikan asas fardu
ain amat penting untuk diambil berat terhadap muslim OKU. Hal ini dinyatakan pada jadual
1.2 di bawah.

Jadual 1.2: Jumlah OKU Mengikut Bangsa/Keturunan


Bangsa/Keturunan Jumlah
Melayu 281,834
Cina 89,010
India 45,752
Peribumi Semenanjung 3,012
Peribumi Sabah 22,891
Peribumi Sarawak 16,715
Lain-lain 5,458
Jumlah 464,672
(Jabatan Kebajikan Masyarakat, Statistik OKU Mac 2018)

2
Statistik mengikut taburan negeri menunjukkan bahawa Selangor mencatatkan negeri
teramai mempunyai komuniti OKU iaitu seramai 73,223 orang (15.76%) diikuti Johor seramai
55,568 orang (11.96%). Data ini amat diperlukan oleh pihak JAKIM dalam merancang
keperluan dan unjuran program pendidikan KAFA OKU. Taburan OKU mengikut negeri
adalah sebagaimana jadual 1.3 di bawah.

Jadual 1.3: Jumlah OKU Mengikut Negeri


Negeri Jumlah
Johor 55,568
Kedah 40,905
Kelantan 33,213
Melaka 22,380
Negeri Sembilan 21,482
Pahang 27,393
Pulau Pinang 27,890
Perak 40,454
Perlis 5,851
Selangor 73,223
Terengganu 23,272
Sabah 29,451
Sarawak 31,751
WP Kuala Lumpur 30,477
WP Labuan 1,362
Jumlah 464,672
(Jabatan Kebajikan Masyarakat, Statistik OKU Mac 2018)

Data daripada Perangkaan Pendidikan Malaysia 2018 menunjukkan bahawa bilangan


MBK di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah seramai 76,427
orang. Jumlah MBK di peringkat Pra sekolah dan sekolah rendah adalah seramai 37,056 orang
iaitu 35,802 orang di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan 1,254 orang di Sekolah
Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK). Manakala MBK di peringkat menengah seramai 40,625
orang iaitu 39,476 orang di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan 1,149 orang di
Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK). Hal ini boleh diteliti pada jadual 1.4 berikut.

Jadual 1.4: Jumlah Murid Berkeperluan Khas di PPKI dan Sekolah Pendidikan Khas KPM
Kategori OKU
Kurang
Sekolah Kurang Upaya Masalah Jumlah
Upaya
Pendengaran Pembelajaran
Penglihatan
PPKI Pra & SK 125 405 35,272 35,802
PPKI SM 220 904 38,352 39,476
SKPK 201 737 316 1,254
SMPK 145 310 686 1,141
T6 SMPK - 8 - 8
JUMLAH 691 2,364 74,626 76,427
(Perangkaan Pendidikan Malaysia, 2018)

Penerapan Agama Dalam Diri Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Pengutusan Rasulullah SAW sebagai rahmat untuk seluruh alam (Al-Anbiya’ (21):107),
diutuskan kepada semua golongan manusia (Saba’ (34): 28) sebagai pemberi berita gembira
dan ancaman azab (Al-Furqan (25): 56) ke arah jalan yang lurus (Al-An’am (6): 153) selaras
dengan penciptaan manusia sebagai hamba (Al-Dhariyat (51): 56) untuk diterima Allah sebagai
orang-orang yang bertaqwa (Al-Hujurat (49): 13)

3
Komuniti ini perlu diberi tumpuan tentang perkara berkaitan asas agama iaitu fardu ain.
Beberapa perbezaan keupayaan fizikal diri golongan ini tidak boleh menafikan keperluan
mereka untuk mendapat pengetahuan agama berasaskan maksud umum ayat perintah Allah
supaya menyampaikan perkara-perkara tentang Allah SWT dengan menyuruh kepada kebaikan
dan mencegah kemungkaran kepada sekalian manusia (Ali-‘Imran (3): 110). Begitu juga
perkara-perkara yang diterangkan oleh Rasulullah SAW perlu disebarkan walau satu ayat atau
sekecil-kecil perkara sebagaimana hadis di bawah :

‫بلغوا عين ولو آية‬


Bermaksud : “Sampaikanlah tentang aku walau satu ayat” (Al-Bukhari, 1987).

Al-Dimashqi menyatakan fardu ain sebagai segala ilmu pengetahuan yang dapat
mengesakan Allah secara benar, mengetahui zat serta sifat-sifatNya, cara beribadah
sebenarnya, menjelaskan perkara-perkara yang halal dan haram, halal dan haram dalam
muamalah dan ilmu-ilmu untuk mengetahui persoalan hati (Al-Dimashqi, 2010). Oleh itu
adalah menjadi fardu ain ke atas setiap muslim termasuk murid berkeperluan khas mengetahui
dan menghayati perkara-perkara asas untuk memperoleh kebenaran dalam akidah, beribadah
dan bermuamalah.

Ibn ‘Abidin (1990) menyatakan menjadi kewajipan seseorang muslim mendalami ilmu
untuk mengukuhkan agama dalam diri dan mendatangkan keikhlasan beramal kepada Allah
(Jama’ah al-‘Ulama’, 1990). Perkara ini merangkumi asas akidah, ibadah dan akhlak (Al-Bakri,
2009). Al-Quran adalah kitab yang menerangkan Islam keseluruhannya merangkumi akidah,
ibadah dan akhlak (Al-Qaradawi, 2000). Menjadi kewajipan setiap individu muslim
mempelajari tentang asas ketuhanan, mengenal Allah, hakikat penciptaan manusia, pengabdian
diri dan matlamat kehidupan (Abd Hadi, 1985), tujuan asal mengapa dicipta dan
tanggungjawab sebagai khalifah (Sidek, 2006).

Perkara-perkara ini perlu diterapkan dalam jiwa anak-anak berkeperluan khas sebagai
persediaan kehidupan mereka ke alam dewasa dalam mengenal tuhan dan sebagai kawalan ke
atas diri mereka. Mereka perlu dibina untuk dekat dengan Allah dan agama sebagai benteng
kehidupan mereka.

Taklif Syarak ke atas Individu OKU

Taklif didefinisikan sebagai pertanggungjawaban kehendak-kehendak syarak (Al-‘Usaimin,


t.t). Kehendak syarak tersebut merupakan garis panduan hukum yang merangkumi lima
kategori hukum asas iaitu wajib, haram, sunat, makruh dan harus (Mohd Saleh, 2016). Sesuatu
kehendak syarak yang dipertanggungjawabkan mesti dipenuhi dengan keadaannya sebagai
tuntutan dari Allah SWT yang akan dipersoal dan memberi impak ganjaran dan balasan kepada
pelakunya di akhirat kelak.

Mukallaf adalah individu atau hamba Allah yang diamanahkan dengan taklif syarak.
Sebagai individu yang memikul segala kehendak syarak, aspek kelayakan atau kemampuan
menjadi faktor utama. Ini kerana segala kehendak syarak perlu dipenuhi dan dilaksanakan di
dalam suasana penuh ketaatan dan kepatuhan agar tujuan perhambaan melalui pelaksanaan

4
hukum-hukum syarak akan tercapai. Ulama’ membahaskan tentang mukallaf ini dengan
merujuk panduan wahyu. Perbahasan tentang mukallaf bukan isu remeh kerana segala
kehendak syarak dipertanggungjawabkan ke atasnya. Asas dalil yang menjadi rujukan adalah
sabda Nabi SAW :
َّ ‫ُّحى َع ْن َعلِ ٍى َعلَْي ِه‬ ٍِ ِ ِ
‫السالَ ُم‬ َ ‫ب َع ْن َخالد َع ْن أَِِب الض‬ ٌ ‫يل َح َّدثَنَا ُو َه ْي‬ َ ‫َح َّدثَنَا ُم‬
َ ‫وسى بْ ُن إ ْْسَاع‬
‫ظ‬َ ‫ال « ُرفِ َع الْ َقلَ ُم َع ْن ثَالَثٍَة َع ِن النَّائِِم َح ََّّت يَ ْستَ ْي ِق‬ َ َ‫ ق‬-‫صلى هللا عليه وسلم‬- ‫َّب‬ ِ ِ‫َع ِن الن‬
» ‫وِ َح ََّّت يَ ْْ ِق َل‬ِ ُ‫الصِ ِب ح ََّّت ََْتَلِم و َع ِن الَْ ْْن‬
َ ََ َ َّ ‫َو َع ِن‬
Bermaksud: “Gugur taklif terhadap tiga golongan iaitu orang yang tidur
sehingga dia sedar, kanak-kanak kecil sehingga dia baligh dan orang gila
sehingga dia waras” (Abu Dawud)

‘Abd al-Karim Zaidan merumuskan mukallaf sebagai manusia yang baligh dan berakal
(‘Abd Al- Karim Zaidan, t.t). Begitu juga disebut di dalam kitab al-Mustasfa, al-Bahr al-Muhit,
al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah. Selari dengan intipati hadith, dua syarat ini iaitu baligh dan berakal
dijadikan petunjuk asas untuk menentukan sama ada seseorang itu dianggap mukallaf atau
sebaliknya. Individu yang belum baligh serta tidak berakal, tidak menepati syarat mukallaf
tersebut dan tidak wajib melaksanakan kehendak syarak serta bebas dari dipersoalkan di akhirat
kelak.

Baligh dan berakal merupakan faktor utama yang membolehkan seseorang individu
memahami kehendak-kehendak syarak. Apabila kehendak-kehendak syarak dan tujuannya
difahami, maka ia dapat dilaksanakan seperti yang dikehendaki oleh syarak dengan penuh
ketaatan dan kepatuhan. Perbahasan ulama’ tentang mukallaf ini, baligh dan berakal menjadi
syarat yang dipersetujui oleh mereka. Apabila digabungjalinkan secara keseluruhan, mukallaf
dapat difahami sebagai individu yang telah mencapai suatu tahap kemampuan untuk
memahami dan melaksana hukum-hukum syarak.

Akal sempurna yang dapat memahami, boleh membuka ruang penyampaian ilmu dan
dakwah. Dalam perbincangan lalu, berakal menjadi asas pegangan untuk menentukan
seseorang dianggap mukallaf atau sebaliknya. Ini dengan berpandukan sabda Nabi SAW.
Golongan pekak dianggap mukallaf selagi akal mereka masih sempurna serta memungkinkan
ilmu disampaikan kepada mereka. Akal merupakan cahaya yang menunjukkan jalan dan
mendorong tindakan. Akal adalah faktor kepada kemampuan taklif (Al-Taftazani, t.t).

Kehendak dan prinsip hukum adalah tetap dan pelaksanaannya adalah fleksibel di
dalam syarak. Apa yang penting adalah memahami kehendak syarak yang terangkum di dalam
lima hukum asas yang telah disebut sebelum ini. Syarak juga meraikan kemampuan setiap
hamba. Bagi komuniti OKU seperti pekak dan buta, kekangan pancaindera mungkin
membataskan cara melaksanakan sesuatu hukum tetapi tidak membataskan mereka untuk
memahami kehendak hukum. Sebagai contoh, komuniti pekak, mereka tidak dapat melafazkan
takbirah al-ihram di dalam solat seperti golongan yang boleh mendengar dan bertutur tetapi
mereka dapat memahami akan hukum takbirah al-ihram tersebut. Begitu juga dengan hukum-
hukum yang lain.

5
Kesimpulannya, komuniti dan anak-anak OKU adalah tergolong dalam kalangan
mukallaf dan ditaklifkan syarak kecuali yang berada dalam kategori tidak berakal atau masalah
mental.

Beberapa Pedoman Rasulullah dalam Perkaedahan Pengajaran


1. Menjadi contoh ikutan yang baik kepada murid

‫ٱَّللَ َكࣰِ ا‬ ِ َ‫ٱَّلل و ۡٱلیـ ۡوم ۡٱلـ‬


َّ ‫اخَر َوذَ َكَر‬ َّ
۟ ۡ
‫ا‬‫و‬ ‫ج‬‫ر‬ ‫ـ‬‫ی‬ ‫ن‬
َ ‫ا‬‫ك‬َ ‫ن‬ ‫م‬ِ‫ٱَّلل أ ُۡسوةٌ حسن ࣱة ل‬
َ
َِّ ‫ول‬ِ ‫لََّق ۡد َكا َن لَ ُك ۡم فِی رس‬
َ َ ََ ُ َ َ ََ َ َُ
Bermaksud : Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan
yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan
baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam
masa susah dan senang (al-Ahzab : 21)

MBK sangat rapat dengan guru, mereka akan menjadikan apa sahaja yang dilakukan atau diajar
oleh guru adalah sebagai ikutan mereka, terutamanya anak-anak Syndrom Down. Oleh itu,
guru yang mengajar MBK perlu memberikan tunjuk cara yang terperinci melalui demonstrasi
secara satu persatu apabila mengajar, bagi memastikan anak-anak ini dapat memahami dan
mengikut apa yang ditunjukkan oleh guru dalam segala perkara terutamanya berkaitan ibadah
dan Fardu Ain.

2. Bersoal jawab dan membuka minda murid

‫القوم‬
ُ ‫ًّبلزان فأقبل‬ ِ ‫رسول هللاِ ائذ ْن يل‬
َ ‫ اي‬:‫علیه وسلَّ َم فقال‬ ِ ‫شاًّب أتى النب صلَّى هللا‬
ُ َّ ‫فًت ا‬ َّ
‫إن ى‬
ِ
‫ك؟‬ َ ‫ أ َُُتبُّه ِل ُِم‬: ‫ فجلس قال‬: ‫ ادنُْه فدان منه قریبىا قال‬:‫ َم ْه َم ْه فقال‬: ‫فزجروه وقالوا‬ َ ‫علیه‬
:‫ أفُُ بُّه البنُِك قال‬: ‫ُمهاتم قال‬ ِ ‫ وال الناس ُُيبونَه ِل‬:‫ ال وهللاِ جلل ي هللا فداَ قال‬:‫قال‬
ُ َ ُ
‫ أفُُ بُّه ِلُخُِك‬: ‫لبناتم قال‬ ِ ‫ وال الناس ُُيبونَه‬:‫هللا جلل ي هللا فداَ قال‬ ِ ‫وهللا اي رسو َل‬
ِ ‫ال‬
ُ َ ُ
:‫للمُِك قال‬ َّ ‫ أَفُُ بُّه‬: ‫َخو ِاتم قال‬ َ ‫الناس ُُيبونَه ِل‬
ِ
ُ ‫ وال‬:‫ ال وهللا جلل ي هللاُ فداََ قال‬:‫قال‬
ِ‫ ال وهللا‬:‫ أفُ بُّه لاالُِك قال‬:‫للم ِاتم قال‬ َّ ‫َّاس ُُيبُّونَه‬ ِ
ُ ُ ‫ وال الن‬:‫ال وهللا جلل ي هللاُ فداََ َ قال‬
‫اغفر‬ ِ
ْ ‫اللهم‬ َّ :‫یده علیه وقال‬ َ ‫ فوع‬:‫َّاس ُيبونَه لااالتم قال‬ ُ ‫ وال الن‬:‫جلل ي هللاُ فداََ َ قال‬
ِ ‫وطهر قلبه‬
َ‫یلُفت إىل شي‬
ُ ‫وحص ْن ْفر َجهُ فلم یكن بلد ذلك الفًت‬ َ ْ ِ ‫ذنبَه‬
Bermaksud: Sesungguhnya seorang pemuda datang menemui Nabi lalu dia berkata: Wahai
Rasulullah, izinkan aku untuk berzina, lalu semua kaum yang berada disitu menuju
kepadanya dan mengherdiknya sambil berkata: Hentikanlah (permintaan mu itu),
hentikanlah.

Lalu Baginda bersabda, “Hampirkannya kepadaku”, lalu pemuda itu menghampiri


Rasulullah dan duduk. Rasulullah lantas bersabda, “Adakah kamu suka (zina) berlaku
kepada ibumu?”, jawabnya “Tidak, demi Allah semoga Allah menjadikan diriku sebagai
tebusanmu”, lalu Baginda bersabda, “Demikianlah manusia yang lain juga tidak menyukai
perkara yang keji ini berlaku kepada ibu-ibu mereka”.

Rasulullah bertanya lagi, “Adakah kamu suka (zina) berlaku kepada anak perempuanmu?”,
jawabnya “Tidak, demi Allah”, lalu Baginda bersabda, “Demikianlah manusia lain, mereka
juga tidak menyukai perkara yang keji ini berlaku kepada anak-anak perempuan mereka”

6
Rasulullah bertanya lagi, “Adakah kamu suka (zina) berlaku kepada saudara
perempuanmu?”, jawabnya “Tidak, demi Allah”, lalu Baginda bersabda, “Demikianlah
manusia lain, mereka juga tidak menyukai perkara yang keji ini berlaku kepada saudara
perempuan mereka”

Rasulullah bertanya lagi, “Adakah kamu suka (zina) berlaku kepada ibu saudaramu
(sebelah ayah)?”, jawabnya “Tidak, demi Allah”, lalu Baginda bersabda, “Demikianlah
manusia lain, mereka juga tidak menyukai perkara yang keji ini berlaku kepada ibu saudara
(sebelah ayah) mereka”

Rasulullah bertanya lagi, “Adakah kamu suka (zina) berlaku kepada ibu saudaramu
(sebelah ibu)?”, jawabnya “Tidak, demi Allah”, lalu Baginda bersabda, “Demikianlah
manusia lain, mereka juga tidak menyukai perkara yang keji ini berlaku kepada ibu saudara
(sebelah ibu) mereka”

Kata Abu Umamah, Rasulullah meletakkan tangan Baginda ke atas pemuda tersebut dan
ِ ِ ‫اللهم اغفر ذنبَه‬
berdoa ( ُ‫وطه ْر قلبَه وحص ْن ْفر َجه‬ ْ َّ ) Ya Allah ampunkan dosanya, sucikan
hatinya, dan peliharalah kemaluannya (dari maksiat). Abu Umamah berkata, “Pemuda itu
tidak lagi berkeinginan melakukan perkara terkutuk selepas itu”

Tahap kefahaman untuk memahami segala arahan adalah agak sukar atau agak lambat
kepada MBK, oleh itu para pendidik perlu lebih banyak mewujudkan interaksi dan mengajukan
soalan-soalan kepada anak-anak ini agar mereka berusaha mencari jawapan daripada soalan-
soalan yang ditanya. Persoalan-persoalan yang dilontarkan akan menjadi panduan kepada
mereka untuk memudahkan pelaksanaan tugas-tugas yang diberikan, khususnya dalam
melaksanakan ibadah-ibadah yang tertentu.

3. Memberi contoh dengan perkara yang boleh dilihat dan dirasai

‫مࣰل املؤم ِن الذي‬ ِ ِ ِ


ُ ‫و‬.‫ب‬ ٌ ‫وطلمها طی‬
ُ ،‫ب‬ ٌ ‫ رُيُها طی‬، ‫مࣰل املؤم ِن الذي یقرأُ القرآ َن مࣰَ ُل اِلُ ُتر َّجة‬ ُ
‫ومࣰل الفاج ِر الذي یقرأُ القرآ َن‬ ِ ِ
ُ .‫ب‬ ٌ ‫وطلمها طی‬
ُ ، ‫یح هلا‬ َ ‫ ال ر‬، ‫الیقرأ القرآ َن كمࣰَ ِل الَُّمرة‬
ِ ‫ ومࣰل الفاج ِر الذي ال یقرأ القرآ َن كمࣰَ ِل احلْن‬. ‫ وطلمها مٌّر‬، ‫ رُيها طیِب‬، ‫ُيانة‬
،‫ظلة‬ ِ ‫الر‬َّ ‫كمࣰَ ِل‬
ُ ُ ُ ٌ ُ
ِ ِ ِ ِ ‫اجللیس الصا ِحل‬ ِ
ٌَ‫صاحب املسك إن مل یُصْبك منه شي‬ ‫كمࣰل‬ ‫ومࣰل‬
ُ .‫یح هلا‬ َ ‫طلمها ُمٌّر وال ر‬
ُ
ِ ِ
‫ إن مل یُصْبك من سواده؛‬، ِ ‫صاحب الك‬ِ ِ ِ
ِ َ‫اجللیس السو‬
‫كمࣰل‬ ِ ‫ومࣰل‬ ِ
ُ ) ‫ أصابك من ( رُيه‬-
‫أصابك من ُدخانِه‬
Bermaksud: Perumpamaan seorang mukmin yang membaca al-Quran adalah seumpama
buah Utrujjah (limau kasturi), baunya wangi dan rasanya sedap. Perumpamaan seorang
mukmin yang tidak membaca al-Quran adalah umpama buah tamar, rasanya sedap tetapi
tidak berbau. Perumpamaan seorang jahat (fasiq) yang membaca al-Quran adalah umpama
pohon raihanah, pohonnya wangi tetapi rasanya pahit. Perumpamaan orang yang jahat
(fasiq) yang tidak membaca al-Quran adalah umpama peria, rasanya pahit dan tidak
mempunyai bau. Dan perumpamaan kawan yang baik adalah seumpama empunya minyak
wangi, sekiranya kamu tidak perolehi apa pun daripadanya, kamu akan dapat (sekurang-
kurangnya) bau wanginya. Manakala perumpamaan kawan yang jahat adalah seumpama
tukang besi, walau kamu tidak terkena warna hitam dan karat (besi) tetapi kamu akan
terkena asapnya

7
Para guru yang mengajar MBK boleh memberikan contoh-contoh berdasarkan perkara-
perkara yang mudah untuk difahami oleh MBK, sebagai contoh dengan mendatangkan bahan-
bahan yang maujud dan dapat dilihat dirasa atau disentuh secara jelas sewaktu pengajaran
kepada mereka. Khususnya anak-anak kurang upaya penglihatan, guru perlu menyediakan
contoh bahan maujud untuk disentuh dan dirasa oleh mereka ini. Tanpa sentuhan yang jelas,
tahap kefahaman mereka untuk memahami sesuatu konsep mungkin agak sukar untuk
dijelaskan secara verbal. Manakala bagi anak-anak kurang upaya pendengaran pula, mereka
lebih bersifat visual, maka guru perlu menunjukkan sesuatu gambar yang jelas bagi
menerangkan sesuatu perkara semasa pengajaran diikuti dengan penjelasan menggunakan
bahasa isyarat. Penggunaan gambar atau bahan dan contoh yang jelas dan tersusun ini akan
memudahkan MBK untuk memahami dan menyingkap maksud yang tersurat dan tersirat
sewaktu sesi pembelajaran berlansung.

4. Menggunakan peta grafik


‫ هذه ُسبُ ُل‬: ‫ وقال‬، ‫ط َخطاا عن مشالِه‬ َّ ‫وخ‬ ِ
َ ، ‫ط َخطاا عن ميینه‬ َّ ‫وخ‬
َ - ‫وج َّل‬
ِ
َ ‫هذا سبیلُ هللا َعَّز‬
‫یما‬ ِ ِ ِ َّ ‫ مث تال هذه اآلیةَ َوأ‬، ‫اِلوسط‬ ِ ‫یده يف الاَ ِط‬ ِ
‫َن َه َذا صَراطي ُم ْسَُق ى‬ َ ‫ مث وع‬، ‫الشیطان‬
َّ ‫السبُ َل فَـَُـ َفَّر َق بِ ُك ْم َع ْن َسبِیلِ ِه ذَلِ ُك ْم َو‬
‫صا ُك ْم بِِه لَ َللَّ ُك ْم تَـَُّـ ُقو ُن‬ ُّ ‫فَاتَّبِلُوهُ َوَال تَـَُّبِلُوا‬
Bermaksud: Baginda bersabda “Inilah jalan Allah ‘Azza wa Jalla”, kemudian Baginda
membuat dua garisan di sebelah kanan dan dua garisan di sebelah kiri, Baginda bersabda,
“Inilah jalan-jalan syaitan”. Kemudian Baginda meletakkan tangan Baginda di garisan
tengah, lalu membaca ayat ini (Dan sesungguhnya inilah jalanKu yang lurus maka ikutilah,
janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain yang akan menceraiberaikan kamu dari
jalanNya, demikian itulah yang diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa)

Teknik menggunakan peta grafik sangat berkesan digunakan untuk MBK kerana anak-
anak akan lebih mudah untuk memahami sesuatu arahan serta lebih menarik pemikiran dan
perhatian mereka, terutamanya anak-anak autisme yang agak sukar untuk memahami sesuatu
perkara. Penghasilan peta grafik yang menarik akan membantu anak-anak ini mengikut dan
melaksanakan sesuatu arahan dengan lebih baik dan tersusun, khususnya bagi mengajar ibadah
yang memerlukan susunan tertib perlakuan seperti mengajar mereka untuk berwuduk atau
bersolat dan sebagainya.

5. Menggabungkan perkataan dengan tunjuk isyarat

‫َصابِلِ ِه‬ ِ ‫امل ْؤِمن لِْلم ْؤِم ِن َكالْبـْنـی‬


ُ ‫ان یَ ُش ُّد بـَ ْل‬
َ ‫بْي أ‬
َْ ‫ك‬َ َّ‫ضا َو َشب‬
‫ضهُ بـَ ْل ى‬ َُ ُ ُ ُ
Bermaksud: Hubungan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain ibarat suatu
binaan yang saling mengukuhkan antara satu dengan yang lain, dan Baginda menyilang
antara jari jemari Baginda

‫ وفَـَّر َج بْیـنَـ ُهما شیئىا‬،‫الو ْسطَى‬ ِ َّ ‫وأان وكافِل الیُِی ِم يف اجلن َِّة ه َكذا وأَشار‬
ُ ‫ًّبلسبَّابَة و‬ َ َ َ َ ُ َ
Bermaksud: Aku dan pembela anak yatim (menjaga kemaslahatannya) dalam syurga kelak
adalah seumpama ini. Sambil Baginda menunjukkan kepada 2 jari Baginda iaitu jari
telunjuk dan jari tengah dan merenggangkan sedikit antara kedua-duanya

8
ِ ‫رسول‬ ِ ِ ِ ِ َ ‫اي‬
‫هللا ما‬ َ ‫ اي‬:‫ت‬ َ ِ :‫ ( قُ ْل‬:‫رسول هللا حدثْ ي أبمر أعُص ُم به قال‬
ُ ‫رّب هللاُ مثَّ اسُق ْم ) قُـ ْل‬
) ‫ ( هذا‬:‫نفسه مثَّ قال‬ ِ ‫بلسان‬ِ ‫فأخذ‬: ‫ختاف علي ؟ قال‬
َ َّ ُ ‫أخوف ما‬ ُ
Bermaksud: Diriwayatkan Sufyan bin Abdullah al-Thaqafi bertaya kepada Rasulullah, Ya
Rasulullah, beritahulah kepadaku dengan satu perkara yang boleh menjadi pegangan buat
diriku. Sabda Nabi, katakanlah bahawa Tuhanku ialah Allah dan hendaklah kamu
beristiqamah. Aku bertanya lagi, Wahai Rasulullah, apakah perkara yang palingRasulullah
takut berlaku kepada diriku. Maka Baginda mengambil (mengeluarkan) lidah Baginda lalu
berkata, “Ini (peliharalah lidahmu dari mengeluarkan kata-kata yang menyalahi syariat)”

Teknik ini sesuai digunakan untuk mengajar MBK kurang upaya pendengaran. Ini
kerana mereka tidak mampu mendengar dan memang perlu melihat sesuatu arahan berdasarkan
isyarat sahaja. Manakala pengajaran kepada MBK kurang upaya penglihatan pula hanya boleh
menggunakan perkataan atau verbal sahaja, tetapi isyarat yang dimaksudkan boleh diubahsuai
kepada memberikan mereka sentuhan secara langsung untuk mempelajari sesuatu perkara.
Teknik ini juga sangat sesuai untuk semua MBK kategori yang lain kerana pengulangan
melalui perkataan, kemudian diikuti dengan isyarat-isyarat yang tertentu akan memudahkan
murid untuk memahami sesuatu konsep yang ingin diterankan oleh guru.

6. Menyampaikan ilmu tanpa didahului soalan daripada murid

‫ك؟ فَِإ َذا‬


َ َّ‫ َمن َخلَ َق َرب‬:‫ول‬
َ ‫حًت یـَ ُق‬
َّ ،‫ َمن َخلَ َق َك َذا‬،‫ َمن َخلَ َق َك َذا‬:‫قول‬
ُ َ‫أح َد ُك ْم فی‬ َ ‫ََيْيت الشَّْیطَا ُن‬
َِّ ‫بـلَغه فَـ ْلیسُلِ ْذ‬
.‫ًّبَّلل ولْیَـْنـَُ ِه‬ َْ َ َُ َ
Bermaksud: Rasulullah SAW bersabda, “Syaitan akan datang kepada seorang daripada
kamu lalu membisikkan: Siapakah yang menjadikan ini dan ini? Sehinggalah dibisikkan
kepadanya, siapakah yang menciptakan Tuhanmu?. Maka apabila ia sampai ke peringkat
yang sedemikian hendaklah ia berlindung dengan Allah dan menghentikan diri daripada
terus melayan bisikan tersebut”

Guru perlu menyampaikan pengajaran lebih awal, terutamanya perkara-perkara penting


yang tidak terlintas dalam fikiran MBK untuk bertanya. Pengajaran dan penjelasan awal akan
memudahkan murid untuk mereka memahami apa sebenarnya yang perlu dilakukan atau akan
berlaku, walaupun murid belum bertanya. Guru perlu lebih ke hadapan dan memikirkan
keperluan-keperluan perkara yang perlu dijelaskan dan diceritakan mengikut tahap dan juga
keupayaan kefahaman setiap individu MBK yang diajar. Penceritaan awal kepada anak-anak
autisme akan dapat mengelakkan mereka daripada tantrum akibat daripada perubahan rutin
harian biasa. Jika murid telah diberi penjelasan lebih awal sebelum berlakunya sebarang
perubahan, maka murid akan lebih bersedia untuk menghadapi segala pembelajaran dan
kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku selepas itu.

7. Menjawab persoalan yang diajukan

‫إََِّّنا ِشفاَُ اللِ ِي السؤ ُال‬


Bermaksud: Bahawa ubat bagi kejahilan ialah pertanyaan

Guru yang mengajar MBK perlu menjawab segala persoalan dengan jelas. Ini kerana
ada sebahagian daripada MBK, terutamanya anak-anak autisme yang sangat suka bertanya dan
mempunyai tahap inkuiri yang terlalu tinggi. Oleh itu bagi menghadapi murid seperti ini, guru
9
perlu bersedia untuk menjawab segala persoalan murid sewaktu mengajar bagi membantu
memudahkan kefahaman mereka dalam perkara yang diajar.

8. Memperincikan jawapan lebih daripada yang ditaya

‫رسول‬
َ ‫ اي‬:‫فقال‬
َ ِ
،‫علیه وسلَّ َم‬ َّ ‫اَّللِ صلَّى‬
ُ‫اَّلل‬ َّ ‫رسول‬ ِ ‫رجل إىل‬
ٌ ََ‫جا‬
ِ ‫ُوعأُ من‬
َ‫ما‬ َّ َ‫ أفن‬،‫عط ْشنا‬ِ ‫ فإن توعَّأان بِِه‬،َ‫املا‬ ِ ‫ وحنمل ملنا القلیل من‬،‫اَّللِ َّإاننركب الب ر‬
َ َ َ ُ َ َ ُ َ َّ
ُ‫ احل ُّل میُُُه‬،ُ‫ماهه‬ ُ َّ‫هو الط‬
ُ ‫هور‬ َّ ِ َّ ‫اَّللِ صلَّى‬ َ ‫الب ِر؟‬
َ :‫اَّللُ علیه وسل َم‬ َّ ‫رسول‬
ُ ‫فقال‬
Bermaksud: Seorang lelaki daripada bangsa Mudlij bertanya kepada Baginda, wahai
Rasulullah, kami berada di lautan dan Cuma membawa sedikit sahaja air (yang bersih
untuk diminum), sekiranya kami menggunakan air itu untuk berwuduk nescaya kami akan
dahaga. Adakah boleh kami berwuduk menggunakan air laut?, jawab Baginda, “Airnya
suci lagi menyucikan dan segala bangkainya pula halal”

Teknik memperincikan jawapan sangat perlu dilakukan apabila mengajar MBK. Ini
kerana keadaan mereka yang agak sukar untuk memahami sesuatu perkara. Apabila sesuatu
jawapan guru diikuti dengan huraian yang lebih terperinci, maka murid akan lebih memahami
sesuatu arahan atau sesuatu topik yang diajar. Guru perlu berpandangan jauh ke hadapan dan
cuba berusaha untuk memahami apa yang murid tidak faham sewaktu mengajar. Jawapan guru
perlulah lebih terperinci daripada persoalan yang diajukan, kerana ada kalanya MBK tidak
melihat sesuatu perkara yang disoal itu lebih jauh ke hadapan disebabkan tahap keupayaan
pemikiran dan penyelesaian masalah mereka yang agak rendah berbanding murid tipikal.

9. Memuji murid
ِ ِ ِ‫أي آیة ِمن ك‬ ِ
:‫قال‬َ .‫أعلَ ُم‬
ْ ُ‫ورسولُه‬ َ ُ‫اَّلل‬
َّ : ‫لت‬
ُ ُ‫ ق‬:‫قال‬ َ ‫أعظَ ُم؟‬
ْ ‫ملك‬
َ ‫ُاب هللا‬ َ ُّ ‫ أتَ ْد ِري‬،‫اي أًّب املُْنذ ِر‬
ِ ِ ِ‫أي آیة ِمن ك‬ ِ
‫اَّللُ ال إلَ َه َّإال هو احلَ ُّي‬
َّ : {‫لت‬ ُ ُ‫ ق‬:‫قال‬ َ ‫أعظَ ُم؟‬
ْ ‫ملك‬
َ ‫ُاب هللا‬ َ ُّ ‫اي أًّب املُْنذ ِر أتَ ْد ِري‬
‫ك اللِْل ُم أًّب املْن ِذ ِر‬ ِ َِّ ‫ و‬:‫وقال‬
َ ِ‫اَّلل لیَـ ْهن‬ َ ،‫ص ْد ِري‬
َ ‫ب يف‬َ ‫ضَر‬
َ َ‫ ف‬:‫قال‬
َ .]255:‫وم} [البقرة‬ ُ ُّ‫ال َقی‬
ُ
Bermaksud: Wahai Abu Munzir, apakah ayat al-Quran yang paling agung disisimu?, Aku
(Abu Munzir) menjawab bahawa Allah Ta’ala dan RasulNya lebih mengetahui tentang
perkara tersebut. Rasulullah bertanya lagi, “Wahai Abu Munzir, adakah kamu tahu apakah
ayat al-Quran yang paling agung di sisimu?, aku menjawab, “Ayat al-Kursi”, lalu
Rasulullah menepuk dadaku dan bersabda, “Moga ilmumu akan diberkati wahai Abu
Munzir”

Guru yang mengajar MBK perlu selalu memuji murid jika mereka berjaya memahami,
melaksanakan sesuatu perkara atau menjawab sesuatu persoalan walaupun agak kurang
memuaskan bergantung kepada keupayaan masing-masing. Ini kerana pujian akan
mewujudkan rasa keyakinan dalam diri MBK. Mereka akan lebih bermotivasi untuk
melakukan sesuatu aktiviti lain apabila dipuji. Murid akan berusaha untuk melakukan sesuatu
dengan lebih baik apabila menadapat pujian. Penghargaan yang diberikan melalui pujian akan
dapat menarik minat MBK untuk berusaha dengan lebih baik dalam pembelajaran mereka.
Guru perlu meringankan mulut untuk memuji mereka bagi menggalakkan pembelajaran lebih
memberangsangkan dan sesi-sesi yang seterusnya. Ada sebahagian murid akan cepat bosan

10
sewaktu belajar, apabila mendapat pujian, mereka akan berasa seronok dan ini akan
menjadikan tumpuan belajar mereka lebih berfokus apabila menerima pujian.

10. Bergurau dan kecindan


ِ ‫حاملُك على و‬ َّ ‫اَّللِ صلَّى‬
َ ‫لد َّانقة‬
:‫فقال‬ َ ِ ‫ ِإّن‬:‫فقال‬َ ‫اَّللُ علَ ِیه وسلَّ َم‬ َّ ‫رسول‬
َ ‫مل‬
َ ُ‫رجال اس‬ ‫أن ى‬َّ
‫اإلبل‬ ِ َّ ِ َّ ‫اَّللِ صلَّى‬ ِ ‫اَّللِ! ما أصن بولَ ِد الن‬
َ ‫ َوَهل تل ُد‬:‫اَّللُ علَیه وسل َم‬ َّ ‫رسول‬
ُ ‫فقال‬ َ ‫َّاقة ؟‬ ُ َّ ‫رسول‬
َ ‫اي‬
ُ ‫َّإال الن‬
‫ُّوق‬
Bermaksud: Seorang lelaki memohon daripada Rasulullah agar ia menunggang unta, lalu
Baginda bersabda, “Sesungguhnya aku akan membawamu (menaiki) anak unta”, lelaki itu
terus berkata, “Wahai Rasulullah, apakah yang boleh aku lakukan dengan anak unta ini?”.
Maka Baginda bersabda. “Bukankah unta yang besar itu juga berasal daripada ibu unta
(anak unta juga)?”

Selain daripada itu, guru boleh menggunakan teknik bergurau sebagaimana Nabi s.a.w..
Baginda menggunakan kaedah gurauan yang lembut dan dapat menarik hati murid-muridnya.
Guru yang serius akan menyebabkan murid menjadi kaku dan mudah hilang fokus untuk
belajar, terutamanya murid yang mempunyai masalah Attention Defisit Higher Disorder
(ADHD). Guru perlu bijak menarik perhatian murid ADHD agar mereka dapat memberi fokus
kepada pelajaran. Suasana pembelajaran yang ceria dan menarik akan memanjangkan tempoh
fokus anak-anak ini.

11. Sentuhan-Memegang bahu atau tangan murid

‫ورَة ِم َن‬
َ ‫الس‬ُّ ‫ كما یـُ َللِ ُم ِ ي‬،‫َّش ُّه َد‬
َ ُ‫ ال‬،‫بْي َكفَّْی ِه‬
ِ
َ ْ ‫ وَكفي‬،‫صلَّى هللاُ علیه وسلَّ َم‬
َِّ ‫سول‬
َ ‫اَّلل‬ ُ ‫َعلَّ َم ِ ي َر‬
،ُ‫اَّللِ وبـََرَكاتُه‬
َّ ُ‫ور ْْحَة‬
َ ‫النب‬ُّ ‫ك أیُّها‬ َ ‫الس َال ُم َعلَْی‬
َّ ،‫ات‬ ُ َ‫ات والطَّیِب‬ ُ ‫الصلَ َو‬
َّ ‫ و‬،‫َّلل‬ َِِّ ‫ الَُّ ِ یَّات‬:‫آن‬
ُ
ِ ‫ال ُقر‬
ْ
َّ ‫ أ ْش َه ُد أ ْن ال إلَهَ َّإال‬،‫ْي‬
َّ ‫ وأَ ْش َه ُد‬،ُ‫اَّلل‬ ِِ َّ ِ‫اَّلل‬ َّ ‫الس َال ُم َعلَْیـنَا وعلَى ِعبَ ِاد‬
ُ‫أن ُُمَ َّم ىدا َعْب ُده‬ َ ‫الصاحل‬ َّ
‫صلَّى هللاُ علیه وسلَّ َم‬ ِ ‫ علَى‬- ‫ یـَ ْل ِ ي‬- ‫الس َال ُم‬
َ ‫النب‬ َّ :‫ض قـُ ْلنَا‬َ ِ‫ فَـلَ َّما قُب‬،‫بْي ظَ ْهَرانـَْیـنَا‬
َ ْ ‫ورسولُهُ وهو‬ َ
Bermaksud: (Ibn Mas’ud berkata) Rasulullah mengajarkanku Tashahud (dan telapak
tanganku berada antara kedua-dua belah telapak tangan Baginda) sebagaimana Baginda
mengajarku satu surah al-Quran; Bacaan Tasyahhud (Tahiyyat)

Teknik sentuhan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sangat baik untuk diaplikasikan
kepada MBK, khususnya anak Sindrom Down. Murid Sindrom Down sangat suka dipeluk dan
memeluk sesiapa sahaja. Teknik sentuhan ini akan dapat menarik minat dan fokus mereka
untuk belajar, mereka akan berasa seronok dan lebih yakin terhadap guru dengan sentuhan
tersebut. Hubungan sentuhan di antara guru dengan murid akan mewujudkan satu aliran yang
erat, dan ini secara tidak langsung membantu guru mengawal sikap dan keadaan MBK di dalam
kelas. Sentuhan juga dapat menurunkan kadar tantrum dalam kalangan MBK. Perkara ini dapat
membantu dari aspek kawalan kelas menjadi lebih terkawal jika teknik ini dapat dilaksanakan
secara berkesan oleh para guru.

11
12. Marah dan bersikap tegas

‫صمو َن يف ال َق َد ِر فَ َك َّأَّنا یُف َقأُ يف‬ِ َُ‫اَّلل علَ ِیه وسلَّم علَى أص ابِِه وهم خي‬ َِّ ‫خرج رسو ُل‬
َُ َ َُّ ‫اَّلل صلَّى‬ َ
‫بلضهُ ببَلض‬ ِ ِ ِ ِ ِ ‫الغض‬ ِ ِ
ُّ ‫وج ِهه َح‬
َ ‫رُت أو هلَذا ُخلقُُ ْم تَضربو َن ال ُقرآ َن‬ ُْ ‫فقال ِبَذا أُم‬
َ ‫ب‬ َ ‫من‬ َ ‫الرَّمان‬
ُّ ‫ب‬
ِ ‫اَّللِ بن عمرو ما غبطت نَفسي مبجلس ختلَّفت‬
‫فیه‬ ِ ِ
ُ ُ َ ُ َّ ‫عبد‬ ُ ‫قال فقا َل‬
َ ‫اِلم ُم قبلَ ُكم‬
َ ‫ِبَذا هلَ َكت‬
ُ‫س وختلُّفي َعنه‬ ِ ِ‫ك اجملل‬ ِ
َ ‫طت نَفسي بذل‬ ِ َّ ‫اَّلل صلَّى‬
ُ َ‫اَّللُ علَیه وسلَّ َم ما غب‬
َِّ ‫رسول‬
ِ ‫عن‬
Bermaksud: Rasulullah keluar menemui para sahabat yang sedang bertengkar tentang
masalah qadar (ketentuan Allah ke atas hambaNya sejak azali), lalu muka Baginda menjadi
sangat murka seperti kemerahan biji delima lantaran terlalu murka. Baginda bersabda,
“Apakah untuk ini kamu disuruh?, atau apakah kerana perkara ini kamu diciptakan?, kamu
mencampuradukkan sebahagian al-Quran kepada sebahagian yang lain, kerana perkara
inilah umat-umat terdahulu sebelum kamu menjadi binasa”

Disiplin MBK perlu dibina dan dibentuk sejak awal lagi. Jika ada tindakan-tindakan
mereka yang bersalahan dan tidak sepatutnya seperti tidak menurut arahan, mengganggu rakan
dan sebagainya, maka guru perlu bertindak menegur dan memarahi mereka secara baik dan
terkawal. Sebarang kesalahan yang dilakukan dan tidak mengikut peraturan perlu ditegur oleh
guru bagi membendung tingkah laku yang tidak baik berterusan. Biasanya anak-anak Autisme
suka melakukan sesuatu tindakan mengikut kehendak hati mereka dan tidak mematuhi arahan.
Jika ini berlaku, guru perlu menegur dan membimbing perlakuan tersebut agar tidak berulang
lagi pada waktu yang lain. Teguran guru ini juga boleh dilakukan dalam bentuk denda bagi
memastikan MBK menyedari kesilapan yang dilakukan dan mereka tidak mengulangi lagi
tindakan tersebut. Walaupun MBK sering sukar untuk mematuhi arahan, tetapi teguran perlu
dilakukan atas setiap ketidakpatuhan atau kesilapan yang dilakukan bagi membentuk disiplin
dan tingkah laku yang lebih baik dalam kalangan mereka pada masa akan datang.

Kemahiran Pengajaran Kepada MBK

Syar Meeze (2017) telah menggariskan empat kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh
pembimbing MBK. Mengajar MBK tidak sama mengajar seperti golongan tipikal. Kemahiran
tersebut ialah:

1) Kemahiran membuat persediaan

Kemahiran ini memerlukan seseorang pembimbing membuat persediaan-persediaan tertentu


sebelum mengajar. Membuat persediaan ini amat penting kerana dengan adanya persediaan,
maka pengajaran dan pembelajaran yang akan disampaikan kepada MBK dapat disampaikan
secara baik dan berkesan. Secara umumnya terdapat dua jenis persediaan yang perlu diketahui
dalam mengajar fardu ain kepada MBK iaitu:

a. Persediaan kelas pengajaran

Pelan pengajaran perlu dilakukan bagi membolehkan pembimbing dapat menyusun atur
pengajaran secara sistematik dan terancang. Pelan pengajaran yang disediakan perlulah
bersesuaian dengan keperluan dan kekuatan yang ada pada MBK. Elakkan daripada

12
menyediakan pelan yang agak sukar dan terlalu kompleks sehingga menyebabkan pelan itu
sukar dicapai atau sukar untuk dilaksanakan.

Ibu bapa boleh menyediakan suatu rekod atau pelan peribadi yang bersesuaian
mengikut format yang direka sendiri. Sementara bagi sekolah pula, pelan pengajaran boleh
dilakukan dengan menyediakan rancangan pendidikan individu (RPI) murid ataupun pelan
usaha murid mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah atau pusat pendidikan
tersebut.

b. Persediaan Bahan Bantu Mengajar

Persediaan bahan bantu mengajar amat perlu dibuat bagi memastikan pengajaran dan
pembelajaran dapat disampaikan dengan lebih bermakna dan berkesan. Bahan bantu mengajar
yang disediakan mestilah bersesuaian dengan keperluan murid. Penyediaan bahan bantu
mengajar MBK tidak sama dengan bahan bantu mengajar golongan tipikal. Penyediaanya
perlulah dilihat dari aspek kognitif, sensori, minat, kecederungan, keselamatan, dan kesesuaian
kefungsiannya.

c. Persediaan persekitaran fizikal

Penyediaan pensekitaran yang bersesuaian akan dapat mewujudkan minat komuniti MBK ini
untuk belajar, malahan memudahkan seseorang mengawal dan menjaga keselamatan mereka
dengan lebih baik. Antara aspek yang perlu diberikan penekanan di dalam persekitaran fizikal
MBK ialah (i) Susunan perabot, (ii) Sumber bahan pengajaran, (iii) Ruang dan sudut
pembelajaran, (iv) Ruang pada dinding (v) Pencahayaan, (vi) Pengudaraan, (vii) Kebersihan ,
(viii) Keselamatan, dan (x) Kemudahan yang bersesuaian.

d. Persediaan fizikal, mental dan emosi

Persediaan ini amat perlu bagi melahirkan perasaan yang benar-benar ikhlas meyantuni
komuniti ini. Hal ini penting supaya pembimbing mempunyai kekuatan atau tenaga di dalam
mendidik serta berhadapan dengan MBK. Bagi persediaan fizikal, individu yang mengajar
MBK perlu mempunyai tenaga dan kesihatan tubuh badan yang baik. Manakala bagi mental
pula pemikiran perlulah diubah dan memandang MBK ini mampu diajar mengikut kekuatan
yang ada pada mereka.

2. Kemahiran memberi arahan

Arahan yang diberikan tidak boleh terlalu panjang. Sebutan dalam memberi arahan mestilah
jelas dan tepat. Gunakan perkataan yang mudah difahami dan elakkan memberi arahan secara
abstrak yang akan menyukarkan komunikasi dan pemahaman MBK terhadap pembelajaran
yang disampaikan.

13
3. Kemahiran memberi bimbingan

Kemahiran memberi bimbingan terbahagi kepada dua jenis di dalam pengajaran dan
pembelajaran golongan MBK. Antaranya ialah bimbingan secara penuh dan bimbingan secara
separa. Bagi bimbingan penuh, ibu bapa dan guru perlulah membimbing dengan memegang
anggota fizikal anak dan menunjukkan cara yang betul.

Sebagai contoh : “Ahmad buka al-Quran” (Ibu bapa atau guru akan
memegang tangan Ahmad dan membuka bersama-sama dengannya)

Bagi bimbingan separa pula, ibu bapa dan guru perlulah membimbing dengan memberi
petunjuk atau tanda kepada anak supaya mereka dapat melakukannya.

Sebagai contoh : “Ahmad buka al-Quran” (Ibu bapa atau guru akan
mengetuk al-Quran dan tangan Ahmad sehinggalah Ahmad membuka al-
Quran dengan sendiri)

4. Kemahiran memberi rangsangan

Memberi rangsangan amat penting dilakukan setiap kali MBK berjaya melakukan sesuatu.
Dengan memberi rangsangan akan dapat menarik minat dan semangat MBK untuk
mempelajari sesuatu dengan lebih baik. Antara rangsangan yang dapat diberikan sama ada
rangsangan secara sebutan atau verbal dan rangsangan secara fizikal atau sentuhan. Bagi
rangsangan secara sebutan atau verbal ibu bapa atau guru dapat memberi rangsangan dengan
memberi kata-kata positif atau pujian seperti “bagus, tahniah, hebat, terbaik dan sebagainya”.
Manakala bagi rangsangan secara fizikal atau sentuhan ibu bapa atau guru boleh memberi
rangsangan seperti mengusap umbun-umbun anak, menepuk bahu anak, memeluk anak dan
sebagainya.

Kaedah Pengajaran Al-Quran Dan Fardu Ain Bagi MBK

Bagi melaksanakan pengajaran al-Quran terhadap MBK, kaedah yang dipilih perlulah
bersesuaian, berkesan dan menepati minat serta kecederungan murid tersebut. Hal ini kerana
bukan semua kaedah sesuai dan boleh digunakan kepada semua MBK.

Yayasan Pendidikan al-Quran bagi Anak Istimewa (FAQEH) telah menerajui secara
tersusun dan menjalankan penyelidikan tentang kepelbagaian kaedah yang boleh digunapakai
kepada MBK di Malaysia. Berikut merupakan kaedah pengajaran al-Quran yang telah
diaplikasikan di Yayasan FAQEH.

a) Kaedah FAKIH

Kaedah FAKIH merupakan kaedah yang diasaskan oleh Ustazah Nor Aziah Mohd Daud pada
tahun 2009 yang bertujuan membantu golongan kurang upaya pendengaran dan juga yang
mempunyai masalah pembelajaran dalam membaca al-Quran (Nor Aziah Mohd Daud, Nazean
Jomhari, & Nur Izzaidah Abdull Zubi (2012). Kaedah ini telah menggunakan kod tangan
Hijaiyyah dengan membatangkan huruf untuk membaca al-Quran khususnya kepada golongan
kurang upaya pendengaran. Bagi golongan masalah pembelajaran pula, bantuan penggunaan

14
susunan butang nombor dan warna dalam membatangkan huruf digunakan semasa membaca
al-Quran (Nor Aziah Mohd Daud, et. al., 2012). Selain itu, kaedah ini telah menggunakan
enam teknik pengajaran melalui modul yang telah dibangunkan bermula daripada peringkat
kaedah asas Fakih sehinggalah ke Fakih 6

b) Kaedah Tahfiz Akhyar

Kaedah ini telah dibangunkan oleh Hj Norakyairee Hj Mohd Raus, Syar Meeze Mohd Rashid
dan Zaharatul Sophia Mohamed Amir Abas pada tahun 2014. Objektif kaedah ini adalah untuk
menghafaz sesuatu bacaan berasaskan teknik Nabawi sama ada meghafaz al-Quran, bacaan
dalam solat, doa, zikir, selawat da sebagainya dengan memanipulasikan kekuatan dan kelainan
upaya golongan MBK, sama ada yang mampu bertutur atau sebaliknya. Kaedah ini
merangkumi 3 elemen fasa, fasa pertama iaitu fasa teknik asas terdiri daripada Talqin dan tartil,
Talaqqi dan Mushafahah dan Tikrar (pengulangan). Bagi fasa kedua pula, iaitu fasa
pemantapan, yang terdiri daripada hafalan verbal dan hafalan non verbal. Seterusnya, bagi fasa
ketiga iaitu fasa penilaian, terdiri daripada penilaian berbentuk isyarah, muraja’ah, tasmik dan
imlak.

c) Kaedah Tilawah Asyraaf

Kaedah ini telah dibangunkan oleh Hj Norakhyairee Hj Mohd Raus, Syar Meeze Mohd Rashid
dan Hj Mohd Zaini bin Mat Abas pada tahun 2015. Kaedah ini adalah untuk mengukuhkan
elemen hafazan melalui pendekatan teknik menunjuk, memadan, menyusun, menyebut dan
membaca ptongan kalimah atau ayat al-Quran dengan memanipulasikan kekuatan dan kelainan
keupayaan anak-anak istimewa sama ada yang mampu bertutur atau sebaliknya. Kaedah ini
turut mempunyai 3 jenis fasa iaitu fasa bacaan berfokus, fasa pemantapan dan fasa penilaian.

d) Kaedah Penulis Wahyu

Kaedah ini dibangunkan oleh Syar Meeze Mohd Rashid dan Hj Norakhyairee Hj Mohd Raus,
pada tahun 2015. Objektif kaedah ini adalah untuk menghafaz al-Quran, bacaan dalam solat,
doa, zikir selawat dan sebagainya dengan memanipulasikan kekuatan visual dan menulis
(Rasm) golongan pekak dan golongan masalah pembelajaran yang tidak mempunyai masalah
psikomotor halus. Kaedah ini menggunakan tiga teknik asas iaitu, mengenal Mushaf al-Quran,
melatih penulisan (Rasm) dan tikrar (pengulangan). Dalam teknik melatih penulisan ini
pelbagai fasa penulisan dijadikan rutin dan terdiri daripada fasa pra tulis, menekap, menyurih,
menyalin dan menulis. Kaedah ini juga memperkenalkan empat kaedah penilaian iaitu isyarah,
muraja’ah, tasmik dan imlak.

e) Kaedah KAMIL

Kaedah ini dibangunkan oleh Syar Meeze Mohd Rashid pada tahun 2016. Objektif kaedah ini
adalah bagi memastikan MBK dapat mengamalkan ibadah dengan betul serta menjadikan
amalan ibadah sebagai terapi dalam diri mereka. Kaedah ini menekankan pengajaran yang
berdasarkan praktikal, pengalaman dan berstruktur. Aspek yang ditekankan dalam kaedah ini
ialah Syahadah, Wuduk, Solat, Puasa, Doa dan Zikir harian.

15
Elemen Pendidikan Al-Quran Dan Fardu Ain (Tilawah, Hafazan Dan Tadabbur)

Pembelajaran Fardu Ain bagi MBK dipecahkan kepada elemen tilawah, hafazan dan tadabbur.
Jadual 1.5 mencadangkan kaedah bagi pengajaran elemen-elemen pendidikan al-Quran dan
Fardu Ain mengikut kategori MBK.

Jadual 1.5: Kaedah Pengajaran Fardu Ain MBK Mengikut Elemen


KATEGORI TILAWAH HAFAZAN TADABBUR
MURID
KURANG UPAYA 1. Kaedah FAKIH 1. Kaedah Tahfiz Penjelasan makna al-Quran
PENDENGARAN 2. Kaedah Kod AKhyar menggunakan bahasa Isyarat
Tangan 2. Kaedah Penulis Malaysia
Hijaiyyah Arab Wahyu
Aktiviti Halaqah :-
1. Bercerita
2. Soal jawab
3. Menggunakan
bahan visual
Praktikal (pengalaman)

KURANG UPAYA 1. Braille al-Quran 1. Kaedah biasa Aktiviti Halaqah :-


PENGLIHATAN 2. Bergantung pada (tasmik seperti 4. Bercerita
kekuatan mereka golongan 5. Soal jawab
contoh : Kaedah tipikal) 6. Menggunakan
Iqra, kaedah 2. Kaedah tahfiz bahan visual
Baghdadi, Akhyar (yang 7. Praktikal
Kaedah Abahata diubahsuai (pengalaman)
mengikut
kekuatan murid
buta)

MASALAH 1. Kaedah Tilawah 1. Kaedah Tahfiz Aktiviti Halaqah :-


PEMBELAJARAN Asyraaf Akhyar 1. Bercerita
2. Bergantung pada 2. Soal jawab
kekuatan mereka 3. Menggunakan
contoh : Kaedah bahan visual
Iqra, kaedah 4. Praktikal
Baghdadi, (pengalaman)
Kaedah Abahata

Elemen Terapi Dan Tahsin Ibadah

Cadangan kaedah pelaksanaan elemen terapi dan tahsin ibadah ditunjukkan dalam Jadual 1.6
di bawah.

Jadual 1.6: Kaedah Pengajaran Tahsin Ibadah


KOMPONEN KAEDAH YANG HURAIAN
DIGUNAKAN
Tahsin Ibadah Kaedah KAMIL 1. Penekanan terhadap
kewajiban dan amalan
harian. Contoh :
a. Syahadah
b. Wuduk
c. Solat
d. Puasa
e. Doa
f. Zikir harian

16
2. Pengajaran berdasarkan
pengalaman dan
pembelajaran secara
berstruktur.

Elemen Terapi Alami

Pengajaran berkaitan dengan alam sekeliling MBK :


1. Pengurusan diri
2. Aktiviti Sunnah
3. Sirah
4. Akidah
5. Akhlak

Model Pengajaran dan Pembelajaran Fardu Ain

Elemen Pembelajaran al-Quran dan Fardu Ain Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang telah
diterangkan, terangkum dalam Model Pendidikan Islam Untuk Anak Istimewa (MODEL QurANIS)
yang telah dibangunkan oleh Yayasan FAQEH sebagaimana rajah 1 di bawah.

TAHFIZ

TERAPI
ALAMI

TILAWAH

TERAPI
&
TAHSIN
IBADAH

Rajah 1: Model QurANIS

17
Antara Cabaran yang dihadapi

1. Tiada pelaksanaan kelas KAFA terhadap MBK (Mohd Huzairi & Hajarul Bahti, 2012) ;
Mohd Huzairi, 2017)
2. Menanam minat pendidik khususnya agamawan untuk berkecimpung dalam pembangunan
kerohanian MBK
3. Membina ilmu dan kemahiran pedagogi pendidikan khas untuk keperluan pengajaran dan
pembelajaran MBK
4. Menanam kesedaran ibu bapa dan masyarakat terhadap keperluan pembelajaran dan
pengukuhan agama kepada MBK
5. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dengan tersusun kepada
MBK
6. Kekangan kewangan dan dana dipihak NGO dalam menyediakan pendidikan alternatif
kepada MBK

Cadangan Penyelesaian
1. Pihak JAKIM bersama KPM melaksanakan kelas KAFA di PPKI, SKPK dan SMPK
2. Pihak JAKIM melantik Guru Pendidikan Islam KPM yang mengajar di PPKI, SKPK dan
SMPK untuk mengajar kelas KAFA MBK
3. Memberikan peruntukan elaun guru KAFA kepada Guru Pendidikan Islam KPM yang
mengajar KAFA di PPKI, SKPK dan SMPK
4. Pihak JAKIM melantik Guru KAFA Pendidikan Khas yang akan berkhidmat di kelas-kelas
KAFA terpilih
5. Pihak JAKIM menyediakan latihan guru secara berterusan dalam meningkatkan kompetensi
guru KAFA Pendidikan Khas
6. Pihak JAKIM memberi insentif dan dana kepada NGO yang bersama-sama dalam
memperjuangkan agenda Pendidikan Islam untuk MBK

Penutup

Keperluan pengajaran dan pembelajaran agama MBK tidak boleh dipandang ringan. Semua
pihak bertanggungjawab melaksanakan tuntutan fardu ain ini dalam membangun jiwa
beragama dalam kalangan OKU. Gagasan OKU Muqarrabun perlu disambut oleh semua pihak.
Kita semua bertanggungjawab di hadapan Allah SWT nanti.

18

Anda mungkin juga menyukai