Anda di halaman 1dari 18

Penghayatan Ibadah Ramadan

Dr Mohd Sukki Othman

PENGHAYATAN IBADAH DI BULAN RAMADHAN DAN KESANNYA KEPADA ORGANISASI Oleh DR. MOHD SUKKI OTHMAN KEWAJIPAN BERPUASA DALAM BULAN RAMADHAN Definisi Puasa Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan. Dalil Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183: Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orangorang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa Perintah wajib puasa turun pada bulan Syaban Tahun 2 Hijrah. Syarat Wajib Puasa 1) Islam 2) Mukallaf 3) Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur Syarat Sah Puasa 1) Islam 2) Mumayyiz 3) Suci dari haid dan nifas. 4) Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu. Rukun Puasa 1) Niat 2) Meninggalkan semua terbenamnya matahari.

perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai

Perkara Yang Membatalkan Puasa 1) Memasukkan benda/sesuatu ke dalam rongga melalui mulut, hidung, telinga, atau lubanglubang kemaluan dengan sengaja. 2) Muntah dengan sengaja. 3) Mengeluarkan mani dengan sengaja. 4) Haid atau nifas. 5) Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kaffarah). 6) Murtad (keluar dari Islam). 7) Gila (hilang akal). Pantang-larang puasa Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).

www.ustazshauqi.com

Penghayatan Ibadah Ramadan

Dr Mohd Sukki Othman

1) 2) 3) 4) 5)

Berdusta, berbohong. Mengumpat, mengata orang. Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan. Melihat benda-benda yang mendatangkan syahwat. Marah yang tidak bertempat.

Rasulullah s.a.w. bersabda: - Bermaksud: Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya. (Hadis Riwayat Muslim) - Bermaksud: Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji. (Hadis menurut Sahih Muslim) Sunat-sunat Puasa 1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka. Rasulullah s.a.w. bersabda: Bermaksud: Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka. 2) Makan sahur walaupun sedikit. Rasulullah s.a.w. bersabda: Bermaksud: Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya. 3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak. 4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis. 5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran. 6) Memperbanyakkan sedekah. 7) Beriktikaf di dalam masjid. 8) Menghadiri majlis-majlis ilmu. 9) Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang berpuasa. 10) Jangan bersugi setelah tergelincir matahari kerana boleh memakruhkan puasa. Golongan Yang Harus (Dibenarkan) Berbuka Puasa 1) Orang yang di dalam (perjalanan - musafir), tetapi wajib di qada. 2) Orang sakit, wajib di qada. 3) Ibu yang menyusukan anak, jika takut mudharat bagi dirinya, maka wajib qada dan jika takut mudharat bagi anaknya maka wajib qada dan fidyah. SOLAT TARAWIH 1. Hukum Solat Tarawih: a) Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan samada secara berseorangan atau berjamaah. b) Sunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat solat orang-orang Islam. Waktu Solat Tarawih: Waktu solat Tarawih ini ialah selepas menunaikan solat Fardhu Isya. Rakaat Solat Tarawih:

2. 3.

www.ustazshauqi.com

Penghayatan Ibadah Ramadan

Dr Mohd Sukki Othman

a) b) c) d)

Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat Tarawih ini sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja. Pada zaman Rasulullah s.a.w. solat Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan solat sebanyak itu. Solat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratulihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

SOLAT WITR 1. Solat Sunat Witr a) b) c) Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan solat Witr selepas sunat Tarawih ini sebanyak 3 rakaat sahaja. Sunat Witr ini ditunaikan secara berjamaah. Salam selepas dua rakaat yang pertama. Lafaz niat solat sunat Witr ibagi dua rakaat yang pertama: Bermaksud: Sahaja aku solat Witr dua rakaat mamum kerana Allah Taala. iibagi rakaat yang akhir: Bermaksud: Sahaja aku solat Witr satu rakaat mamum kerana Allah Taala. Pada malam 16 hingga akhir Ramadhan adalah sunat dibaca [doa] Qunut pada rakaat yang akhir. Lafaz Qunut di sini sama juga dengan lafaz Qunut solat Subuh. Jika tidak membaca Qunut , disunatkan Sujud Sahwi.

d)

Petikan hadith-hadith mengenai puasa dari Sahih Bukhari dan Sahih Muslim Kelebihan Ramadan 1. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu 2. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu Kelebihan berpuasa 1. Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya

www.ustazshauqi.com

Penghayatan Ibadah Ramadan

Dr Mohd Sukki Othman

2. Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun Akhlak sewaktu berpuasa 1- Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa 2- Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya) Kelebihan bersahur Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya Kelebihan menyegerakan berbuka Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa Kelebihan Solat Tarawih dalam bulan Ramadan Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu Kelebihan Lailatulqadar dan galakan untuk mencarinya Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakir di bulan Ramadan Ganjaran untuk amalan yang dilakukan pada malam Lailatulqadar Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang mendirikan solat pada malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu Beritikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadan Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w biasanya beriktikaf pada sepuluh hari yang terakhir dalam bulan Ramadan Menambahkan amal ibadah pada sepuluh hari terakhir Ramadan Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bermujahadah pada sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadan tidak seperti bulan-bulan lain Makan dan minum kerana terlupa tidak membatalkan puasa

www.ustazshauqi.com

Penghayatan Ibadah Ramadan

Dr Mohd Sukki Othman

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, hendaklah dia terus menyempurnakan puasanya kerana dia telah diberi makan dan minum oleh Allah Tidak Batal Puasa Orang Yang Bangkit Dari Tidur Di Waktu Pagi Dalam Keadaan Berjunub Diriwayatkan daripada Aisyah dan Ummu Salamah r.a, kedua-duanya berkata:: Nabi s.a.w bangkit dari tidur dalam keadaan berjunub bukan dari mimpi kemudian meneruskan puasa FALSAFAH RAMADAN Puasa yang disyariatkan oleh Allah S.W.T bukanlah sekadar memerintahkan umat Islam meninggalkan makan dan minum di siang hari semata-mata, tetapi tujuan difardhukan puasa itu mempunyai matlamat yang jelas untuk melahirkan manusia yang bertakwa kepada Allah. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183 telah menjelaskan tujuan disyariatkan ibadat puasa. Ayat tersebut bermaksud: Wahai orang yang beriman, diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada umat-umat terdahulu agar kamu bertakwa. Justeru, pensyariatan puasa adalah untuk melahirkan muslim yang bertakwa. Sehubungan dengan itu, untuk mendapat ketakwaan, umat Islam hendaklah berpuasa dengan cara yang sebenarnya sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah, bukan sekadar berpuasa daripada makanan dan minuman sahaja sebagaimana yang masih berlaku pada hari ini. Puasa hendaklah dilakukan secara 'ibadat', bukannya secara 'adat'. Untuk mendapatkan ketakwaan daripada ibadah puasa, mata, telinga, lidah, tangan, kaki, hati dan seluruh anggota badan hendaklah turut berpuasa. Inilah peringkat puasa yang sebenarbenarnya yang patut ada pada setiap individu muslim. Puasa yang seumpama ini telah dihuraikan oleh al-Imam al-Ghazali dalam kitabnya yang masyhur iaitu Ihya Ulumiddin. Imam Ghazali menamakan puasa yang seumpama ini sebagai puasa khusus al-khusus. Namun, apa yang menyedihkan kita ialah ramai yang berpuasa perut sahaja, tetapi matanya tidak berpuasa. Mata tetap digunakan untuk melihat perkara-perkara maksiat seperti melayari laman pornografi dalam internet, meggunakan masa yang terluang sementara menunggu tibanya waktu berbuka puasa dengan menonton filem bollywood dengan aksi-aksi hero dan heroinnya yang menggiurkan!. Telinga pula digunakan untuk mendengar hiburan-hiburan yang melalaikan sama ada yang berbentuk sentimental, heavy metal, rock atau thrash. Lidah digunakan untuk mengumpat, menipu, mengeluarkan perkataan keji dan lucah atau sekurang-kurangnya membuang masa dengan sembang dan omongan kosong semata! Manakala tangan dan kaki masih digunakan untuk perkara maksiat seperti memberi rasuah dan melangkah ke pub dan disko. Tambah menyedihkan lagi ialah, keletihan menahan lapar sanggup digagahi, tetapi amat sukar untuk bertakbir dan sujud menyembah Ilahi dalam menunaikan kewajipan solat fardhu lima waktu!. Sewajarnya setiap umat Islam yang berpuasa merenung sedalam-dalamnya hadis nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, al-Nasaei dan al-Hakim yang bermaksud: Terdapat orang yang berpuasa yang hanya memperoleh lapar semata-mata. Puasa yang memenatkan badan, menahan lapar dan dahaga tetapi tidak memperoleh ganjaran yang disediakan oleh Allah. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang tidak meninggalkan

www.ustazshauqi.com

Penghayatan Ibadah Ramadan

Dr Mohd Sukki Othman

percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya)"- Hadis riwayat Imam Bukhari. Sesungguhnya Allah telah menyediakan ganjaran yang besar dan tidak ternilai harganya kerpada orang yang benar-benar berpuasa. Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu. Dalam hadis lain yang diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya". Itulah antara ganjaran yang disediakan oleh Allah bagi mereka yang berpuasa dengan cara 'ibadat' yang dikehendaki oleh syara. Di samping itu, banyak lagi ganjaran-ganjaran yang disediakan oleh Allah bagi orang yang berpuasa sebagaimana yang termaktub dalam nas-nas al-Quran dan alHadith. Oleh itu, janganlah kita berlengah lagi untuk berusaha mempastikan agar puasa kita pada tahun ini merupakan puasa yang dilakukan dengan cara yang sebenar bukan lagi puasa ikut-ikutan yang tiada matlamat yang jelas selain menahan lapar dan dahaga sahaja! Gunakanlah mata untuk memandang wajah ibubapa dengan perasaan kasih sayang, memandang ayat-ayat al-Quran serta memandang alam ciptaan Allah dengan rasa kagum kepadaNya. Gunakanlah telinga untuk mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran, kuliah ilmu, dan nasihat yang berguna. Gunakanlah lidah untuk berzikir dan memuji Allah serta menyampaikan nasihat yang baik dan bermanfaat. Gunakanlah tangan untuk menghulurkan derma dan sedekah demi meringankan bebanan yang ditanggung oleh orang yang kurang berkemampuan. Gunakanlah kaki untuk melangkah ke masjid dan surau, bukan sahaja untuk menunaikan solat sunat Tarawih, tetapi apa yang lebih utama ialah untuk menunaikan solat fardhu lima waktu secara berjamaah di sana. Gunakanlah hati untuk menginsafi diri, bermuhasabah serta menghargai nikmat yang Allah kurniakan. Jelasnya, gunakanlah seluruh anggota untuk mengabdikan diri kepada Allah yang Maha Esa. RAHSIA DI SEBALIK RAMADAN Dalam kegembiraan menyambut puasa di bulan Ramadhan, kita seharusnya memahami dengan sejelas-jelasnya akan hakikat, rahsia dan falsafah puasa yang tersirat. Kefahaman ini bukan sahaja membantu kita menjalani ibadah, tetapi dapat menolong kita untuk menunaikan puasa dengan sempurna. Ibadah puasa melatih manusia supaya bersabar menghadapi kesusahan atau bencana, penderitaan dan juga cabaran-cabaran hidup. Di samping itu, puasa juga dapat melatih manusia menjadi insan yang beramanah kerana tanpanya puasa akan menjadi batal dan tidak sempurna. Puasa juga dapat melahirkan perasaan insaf dan belas kasihan serta bertimbang rasa. Hanya orang yang berpuasa sahaja dapat memahami atau mengetahui kesengsaraan orang miskin yang lapar dan dahaga. Melalui keinsafan ini, diharapkan seseorang muslim itu agar sentiasa prihatin dan memberikan bantuan serta sumbangan kepada golongan yang tidak berkemampuan. Orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan kepada Allah, akan dapat membentuk jiwa yang bersih, dapat menahan nafsu daripada melakukan sifat-sifat tercela dan sebagainya. Demikian juga dari sudut kesihatan, puasa dapat merehatkan perut dan membetulkan alat penghadam, mengurangkan kegemukan serta menghilangkan lemak di badan yang boleh

www.ustazshauqi.com

Penghayatan Ibadah Ramadan

Dr Mohd Sukki Othman

menjauhkan penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, lemah jantung dan sebagainya. Justeru, Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya: "berpuasalah , nescaya kamu akan sihat". Hadith tersebut telah memberikan satu gambaran yang nyata pada diri kita akan hikmah di sebalik syariat berpuasa. Seluruh pakar perubatan telah bersetuju menyatakan bahawa kantung perut yang penuh disebabkan banyak makan adalah punca utama kepada bermacam-macam penyakit terutamanya kegemukan yang menyebabkan timbulnya pula penyakit lain. Maka puasalah satu-satunya cara yang dapat memelihara anggota badan daripada semua penyakit kerana melaluinya unsur-unsur racun di dalam makanan dapat dineutralkan setelah berpadu di antara satu sama lain. Sesungguhnya kesan lapar di dalam perubatan adalah lebih baik daripada penggunaan ubat secara berterusan. Seorang pakar dari Barat telah menyatakan bahawa setiap orang perlu menjalani tempoh berpuasa walaupun tidak dikesan menghadapi sebarang penyakit. Ini kerana ia dapat membersihkan badan daripada racunracun yang berkumpul di dalamnya. Dr. Hisyam Ibrahim aI-Khatib telah menjelaskan bahawa puasa juga telah memberi peluang kepada organ-organ di dalam tubuh badan untuk memperbetulkan semula sistem penghadaman. Pengkajian ini diteruskan lagi apabila didapati punca berlakunya penyakit-penyakit adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak terkawal atau lebih daripada kadar keperluan badan. Ini menyebabkan sistem yang bertindak mengawal badan terpaksa bekerja lebih kuat bagi mengimbangi keseluruhan pergerakan badan. Seterusnya penyakitpenyakit seperti tekanan darah tinggi, pertambahan lemak dan peningkatan gula dalam darah amat mudah menyerang dan melemahkan kekuatan badan individu tersebut. Sesungguhnya tiada ubat yang khusus bagi memulihkannya melainkan dengan berpuasa kerana dengannya wujudlah satu sistem yang baru dalam badan yang bertindak mematikan sel-sel lama untuk digantikan dengan selsel baru yang lebih baik dan bertenaga. Amalan puasa yang disyariatkan oleh Allah terutamanya puasa Ramadhan dapat menurunkan berat badan sehingga mencapai ke satu paras yang dikehendaki. Jika ia diteruskan dengan perlaksanaan puasa sunat seperti berpuasa di bulan Rejab dan Sya'ban seterusnya Isnin dan Khamis nescaya akan terpeliharalah tahap kesihatan seseorang bagi tempoh setahun. Pakar perubatan Islam iaitu Dr. Samir Abbas Malik Abdul Aziz dari Arab Saudi telah melakukan eksperimen terhadap 21 penduduk tentang kesan puasa pada kesuburan lelaki. Eksperimennya ini membuktikan puasa adalah satu cara yang amat berkesan untuk menghasilkan benih dan pertumbuhan kesuburan sepertimana berkesannya puasa dalam perkembangan bagi pertumbuhan badan seseorang. Daripada sudut kesuburan seorang wanita pula, puasa juga merupakan satu cara yang dapat mengurangkan kesan hormon broloktin yang menyebabkan kemandulan. Jelasnya, puasa dapat merehatkan sistem tubuh dan dapat mengelakkan penyakit-penyakit seperti kencing manis dan kegendutan. Selain itu dari sudut fizikalnya, puasa juga dapat merehatkan tubuh badan. Secara tidak langsung, amalan-amalan buruk juga dapat dihakis sedikit demi sedikit contohnya membantu membasmi ketagihan merokok, dadah dan minuman keras yang boleh membawa kerosakan organ di dalam badan. Menurut dua pengkaji Islam dari Syria dalam buku mereka yang berjudul al-Tib fi al-Quran alKarim menerangkan kepada kita akan faedah berpuasa : 1. Memberi peluang kepada organ-organ dalam badan mengemaskinikan sistem pemprosesan supaya berfungsi semula dengan berkesan. 2. Merehatkan sistem penyahtinjaan daripada berfungsi berterusan. 3. Rasa lapar dapat membangkitkan semula selera makan selepas berpuasa serta mendatangkan kecergasan badan dan kecerdasan minda. Maka secara keseluruhannya, puasa dapat mengawal dan mendidik tubuh badan untuk mengambil makanan yang diperlukan sahaja, seterusnya melambatkan proses penuaan, membantu proses perkumuhan, menyingkirkan racun di dalam badan dan menambahkan rasa nikmat makanan setelah berjaya menahan diri daripada makan.

www.ustazshauqi.com

Penghayatan Ibadah Ramadan

Dr Mohd Sukki Othman

Dr. Yusof al-Qaradhawi pula dalam bukunya 'al-'Ibadah fi al-Islam', telah menggariskan beberapa rahsia yang terdapat dalam amalan berpuasa. Antaranya ialah: 1. 2. 3. 4. 5. Puasa dapat menguatkan roh dan jiwa. Seterusnya jiwa yang kuat dapat mengawal nafsu. Menyehatkan jasmani dan badan. Mendidik kearah melakukan kebaikan. Mengenal nilai nikmat yang dianugerahkan oleh Allah kepada makhluk. Dapat merasai penderitaan dan kesengsaraan yang dialami oleh orang lain.

Setelah mengetahui rahsia dan hikmah puasa Ramadhan, kita hendaklah mempersiapkan diri untuk menyambut kedatangannya dengan penuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Antara persiapan yang boleh dilakukan bagi menyambut kedatangan Ramadhan adalah seperti yang berikut:1. Mengulangi kembali ilmu yang berkaitan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani amalan puasa ini dengan pengetahuan dan pedoman yang baik dan sempurna. Ilmu mengenai puasa termasuklah yang rukun, syarat sah, syarat membatalkan puasa, perkara-perkara sunat, makruh, adab berpuasa dan sebagainya. 2. Membuat persiapan dari segi rohani dengan memperbanyakkan taubat kepada Allah dan bermaafan sesama manusia. 3. Memperbanyakkan doa agar Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari sifat riak, ujub dan daripada segala rupa penyakit hati yang menghilangkan pahala puasa. 4. Menguatkan semangat untuk melaksanakan puasa dengan sempurna agar kita memperoleh ketaqwaan kepada Allah s.w.t. 5. Memperbanyakkan puasa sunat pada bulan Rejab dan Sya'aban sebagai suatu latihan dan persediaan menghadapi Ramadhan SOLAT TARAWIH Bila datangnya bulan Ramadhan, umat Islam hendaklah menumpukan sepenuh perhatian untuk melaksanakan ibadah dan ketaatan dengan sebaik mungkin kepada Allah swt. Namun, apa yang menyedihkan ialah seringkali berlaku perbalahan dan pertelingkahan dalam melaksanakan ibadahibadah sunat dalam bulan Ramadhan terutamanya mengenai bilangan rakaat solat sunat Tarawih. Di samping itu, terdapat pula masyarakat Islam yang begitu beria-ia dan berduyun-duyun ke masjid dan surau untuk mengerjakan solat sunat Tarawih, pada masa yang sama mereka meninggalkan solat fardhu seperti Maghrib dan Subuh. Mengapa perkara begini boleh berlaku, adakah masyarakat kita masih tidak boleh membezakan mana yang lebih utama antara sunat dan fardhu? Perbalahan dalam perkara-perkara khilaf seperti bilangan rakaat solat tarawih ini telah menyebabkan ada yang bermasam muka dan tidak bertegur sapa. Tidakkah mereka terfikir bahawa bermasam muka dan tidak bertegur sapa itu adalah haram, sedangkan puncanya datang daripada persoalan sunat yang menjadi khilaf di antara ulama?. Syeikh Dr. Fadl Hassan 'Abbas telah menyatakan bahawa lebih elok ditutup pintu masjid agar tidak ditunaikan solat sunat tarawih sekiranya perbalahan tentangnya menyebabkan perpecahan berlaku di antara umat Islam! Manakah yang lebih penting, solat sunat atau persaudaraan Islam?

www.ustazshauqi.com

Penghayatan Ibadah Ramadan

Dr Mohd Sukki Othman

Ada pula masyarakat Islam yang memang seronok melihat perbalahan dan pergeseran berlaku di kalangan jemaah di masjid dan di surau. Lalu mereka sentiasa membawa serta membesarbesarkan isu ini dan mengapi-apikannya. Sedangkan mereka sendiri hanya menunaikan dua rakaat solat tarawih sahaja, lantas terus ke kedai kopi untuk berbual dan membuang masa. Sebagai umat Islam, kita hendaklah menghindarkan diri daripada perbalahan yang tidak berfaedah, sebaliknya hendaklah kita menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah yang patut dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Solat Tarawih ialah solat sunat muakkad. Sekiranya seseorang itu meninggalkan solat Tarawih, dia tidak berdosa, akan tetapi seseorang itu akan mendapat dosa sekiranya mewujudkan perbalahan tentang bilangan rakaatnya sehingga menimbulkan pergeseran di antara umat Islam di masjid. Solat Tarawih bermula sebaik sahaja seorang itu selesai daripada mengerjakan solat fardhu Isya (seeloknya selepas mengerjakan solat sunat Badiyah Isya kerana solat tersebut juga adalah sunat muakkad). Waktu untuk menunaikan solat Tarawih berkekalan sehingga terbit fajar. Ia dikerjakan dengan dua-dua rakaat. Jika dikerjakan solat Tarawih itu empat rakaat dengan satu salam, maka tidak sah solatnya, kerana menyalahi yang disyariatkan. (lihat kitab Al-Majmuk: 4/38) . Para fuqaha' dan ahli hadis bersependapat bahawa nabi saw telah mengerjakan solat tarawih secara berjamaah dengan para Sahabat tiga atau empat hari, kemudian nabi tidak keluar untuk menunaikannya di masjid kerana dibimbangi ia akan dianggap fardhu oleh umat Islam. Saidatina Aisyah meriwayatkan yang maksudnya: "Bahawa Rasulullah s.a.w. - pada suatu malam (dalam bulan Ramadhan) ketika jauh malam telah keluar lalu solat di masjid dengan diikuti oleh beberapa orang lelaki sebagai makmum. Pada keesokan harinya terhebahlah peristiwa itu diperkatakan orang, lalu mereka berkumpul lebih ramai lagi (pada malam kedua) serta mereka bersolatlah bersama-sama Baginda. Pada keesokan harinya terhebahlah peristiwa itu diperkatakan orang, lalu bertambah ramai orang hadir di masjid pada malam yang ketiga. Rasulullah s.a.w. pun keluar ke masjid lalu menunaikan solat dengan diikuti oleh sidang jamaah. Setelah sampai malam yang keempat, penuh sesaklah masjid dengan sidang jamaah (tetapi Baginda tidak datang) sehinggalah Baginda keluar ke masjid untuk mengerjakan solat subuh. Setelah selesai solat, Baginda mengadap orang ramai lalu (memulakan ucapannya dengan memuji Allah Taala dan) mengucap syahadah, kemudian Baginda (menerangkan sebabnya Baginda tidak datang ke masjid untuk mengerjakan sembahyang tarawih bersama), sabdanya: "Amma Ba'du, sebenarnya tidak terlindung kepada Aku tentang kedudukan kamu (sebagai orang-orang yang taat dan suka berbuat kebajikan), tetapi Aku bimbang bahawa (sembahyang tarawih) itu akan difardhukan atas kamu, maka dengan itu kamu tidak terdaya mengerjakannya." (Imam al-Zuhri, salah seorang perawi hadith ini berkata): "Maka wafatlah Rasulullah s.a.w sedang perkara (sembahyang tarawih) itu berkeadaan demikian" (tidak dikerjakan dengan berjamaah). (Hadith Sahih - Riwayat Bukhari). Pada zaman Sayyidina Umar r.a, solat Tarawih juga dilakukan sebagaimana sebelumnya. Sehinggalah pada suatu malam beliau telah keluar dari rumahnya di bulan Ramadhan untuk pergi ke masjid. Beliau mendapati orang ramai bersolat Tarawih berkelompok-kelompok, ada yang bersolat secara bersendirian dan ada pula melakukannya secara berjemaah. Lalu beliau menghimpunkan orang ramai dan bersolat dengan berimam kepada sahabat Ubay bin Kaab. Peristiwa ini diceritakan oleh Abdul Rahman bin Abdul Qari, beliau berkata yang maksudnya: Daripada Abdul Rahman bin Abdul Qarie, beliau berkata: Saya keluar bersama-sama Sayyidina Umar bin alKhattab pada satu malam bulan Ramadhan pergi ke masjid Madinah. Didapati dalam masjid orang solat Tarawih berkelompok-kelompok. Ada orang solat sendirian, ada yang solat dan ada beberapa orang dibelakangnya. Maka Sayyidina Umar berkata: Saya berpendapat jikalau orang ini dihimpunkan dengan seorang imam

www.ustazshauqi.com

Penghayatan Ibadah Ramadan

Dr Mohd Sukki Othman

sesungguhnya lebih baik, kemudian Sayyidina Umar berazam, lalu mengumpulkan mereka bersolat dibelakang seorang imam namanya Ubay bin Kaab. Kemudian pada satu malam saya bersamanya (Sayyidina Umar) datang lagi ke masjid, lantas kami melihat orang bersolat dengan seorang imam. Sayyidina Umar berkata: Ini adalah bidah yang baik. (Hadis riwayat al-Bukhari) . Justeru, Para fuqaha bersepakat bahawa solat Tarawih dilakukan secara berjemaah. Jumhur fuqaha juga berpendapat hukum berjemaah solat Tarawih adalah sunnah sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah saw, para sahabat, dan para pengikut mereka sejak zaman Sayyiduna Umar bin alKhattab r.a dan berterusan diamalkan secara berjemaah hingga sekarang. Persoalan mengenai jumlah rakaat solat Tarawih pula, sebenarnya ia merupakan perkara lama yang telah pun dibincangkan oleh ulama-ulama mutabar, tetapi malangnya ia sentiasa diungkit-ungkit dan ditimbulkan kekecohan oleh pihak-pihak yang masih tidak berpuas hati. Bilangan rakaat solat Tarawih adalah perkara yang termasuk di dalam perbezaan pendapat Ulama. Seseorang Muslim tidak boleh bersikap bersikap keras dalam perkara yang ada perbezaan pendapat di kalangan ulama. Mengikut Syeikh Dr. Abdul Malik al-Sa'di, tidak terdapat dalil yang benar-benar pasti tentang bilangan rakaat solat tarawih yang dilakukan oleh Rasulullah saw kerana terdapat pelbagai riwayat tentang bilangan rakaatnya. (Lihat buku al-Bid'ah fi al-Mafhum al-Islamiy al-Daqiq, halaman 119). Oleh itu, semakin banyak Ibadah yang dilakukan pada malam-malam Ramadhan, maka semakin banyaklah pahala yang akan diperolehi. Terdapat segelintir umat Islam bersikap keras dengan menyatakan bahawa solat Tarawih hanya 8 rakaat, dan sesiapa yang melakukan lebih daripada 8 rakaat merupakan suatu perkara bid'ah. Hujahnya ialah hadis daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman yang bertanyakan Sayyidatuna Aisyah r.a : "Bagaimanakah solat Nabi s.a.w. di dalam bulan ramadhan?" Maka jawab Sayyidatuna Aisyah: "Nabi tidak melebihkannya di dalam Ramadhan dan di luar Ramadhan melebihi 11 rakaat ...(11 rakaat ialah setelah dicampur 3 rakaat Witir)" (Hadis Riwayat Imam Bukhari). Kalau diteliti hadis ini, ia hanya menunjukkan kebiasaan Nabi s.a.w. menunaikan solat malam di dalam bulan Ramadhan dan selainnya dengan 11 rakaat. Namun begitu, dalil-dalil yang jelas menunjukkan bahawasanya solat malam ini termasuklah solat tarawih tidak terikat dengan bilangan tertentu, sepertimana hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu 'Umar, seseorang bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang solat malam, Maka jawab baginda : "Solat malam itu dua rakaat, dua rakaat, jika seseorang kamu bimbangkan masuknya waktu subuh maka dia solatlah satu rakaat sebagai solat witir." (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim). Justeru apabila dilihat pendapat para ulama yang mu'tabar, akan didapati bahawa bilangan rakaat solat Tarawih tidak terikat dengan bilangan tertentu. Menurut Jumhur ulama' pula iaitu yang terdiri daripada ulama' aliran mazhab Syafie, Hanafi, yang rajih di sisi Imam Ahmad, alThauri, Daud dan sebagainya, mereka menyatakan bahawa bilangan solat Tarawih ialah 20 rakaat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan selainnya yang bermaksud: Bahawasanya mereka (sahabat-sahabat) nabi, mendirikan solat (Tarawih) dalam bulan Ramadhan pada zaman Umar bin alKhattab dengan 20 rakaat . (Telah mensahihkannya al-Hafiz al-'Iraqi dan al-Subki). Di samping itu, terdapat riwayat daripada para ulama' salaf yang menunaikan solat sunat Tarawih lebih daripada 20 rakaat. Terdapat di kalangan mereka yang menunaikan sebanyak 46 rakaat, 41 rakaat, 39 rakaat, 36 rakaat, 34 rakaat dan 24 rakaat. Ada pula yang menunaikan 16 rakaat dan 13 rakaat. (Rujuk buku al-Bid'ah fi al-Mafhum al-Islamiy al-Daqiq, halaman 120). Menurut Syeikh Muhammad bin Soleh al-'Uthaimin dalam kitabnya (Fatawa Syeikh Ibn 'Uthaimin - 1/407), beliau berkata: "Dan perkara ini (bilangan rakaat Tarawih) adalah luas. Maka tidak

10

www.ustazshauqi.com

Penghayatan Ibadah Ramadan

Dr Mohd Sukki Othman

diingkari ke atas siapa yang solat dengan 11 rakaat atau 23 rakaat.", Katanya lagi: "Tidak sewajarnya bagi kita untuk berlebih-lebihan dan melampau-lampau. Sebahagian manusia ada yang melampaulampau dalam bentuk (kononnya) beriltizam dengan Sunnah (Nabi) dalam bab bilangan (solat Tarawih), mereka mengatakan : "Tidak boleh ada tambahan atas bilangan (solat tarawih) yang datang dari sunnah. Mereka juga mengingkari dengan keengkaran yang keras terhadap sesiapa yang melakukan penambahan dalam perkara ini, mereka mengatakan perkara tersebut adalah dosa dan derhaka. Perbuatan ini tidak syak lagi kesalahannya. Bagaimana boleh jadi dosa dan derhaka, (kerana) telah ditanya kepada Nabi s.a.w. tentang solat malam, kemudian Nabi mengatakan : "Dua rakaat, dua rakaat", dan baginda tidak menghadkan bilangan rakaatnya.... Maka apabila Nabi s.a.w. menerangkan kaifiat (cara solat) tanpa menghadkan bilangan (rakaat), telah diketahui bahawasanya dalam perkara ini adanya keluasan...." Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah pula berkata : "Dan solat tarawih itu bahawasanya solatnya sepertimana mazhab Abu Hanifah, al-Syafi'e, dan Ahmad dengan 20 rakaat, ataupun sepertimana mazhab Malik dengan 37 rakaat, atau 13 rakaat, atau dengan 11 rakaat, sesungguhnya (semua ini) baik, sepertimana yang telah dinaskan oleh Imam Ahmad dengan ketiadaan at-Tauqif. Maka boleh dilakukan dengan banyak rakaat dan sedikit berdasarkan panjang atau pendeknya qiam." Ibn Qudamah pula menyatakan : "Dan yang terpilih di sisi Abu Abdillah (iaitu Imam Ahmad) r.a. (solat malam) 20 rakaat, dan inilah pendapat at-Thauri, Abu Hanifah, as-Syafi'e, dan berkata pula Malik : "36 rakaat." (Lihat kitab al-Mughni - 1/457). Imam al-Nawawi pula menyatakan: "Solat tarawih itu merupakan sunnah dengan ijmak para ulama. Mazhab kami (berpendapat) bahawasanya (bilangannya) 20 rakaat dengan 10 kali salam, boleh dilakukan sendirian dan berjemaah." (Lihat kitab al-Majmu' - 4/31). al-Suyuti pula berkata : " Hadith-hadith yang sahih dan hasan dalam perkara qiyam Ramadhan dan galakan melakukannya tidak mengkhususkan bilangan (rakaat). Ia juga tidak juga thabit bahawasanya Nabi s.a.w. solat tarawih dengan 20 rakaat. Adapun solat malam ini, solat yang tidak disebutkan bilangannya. Baginda menghentikan (solat berjemaah) pada malam yang keempat kerana bimbang difardhukan ke atas umat, maka perkara ini akan menyusahkan mereka....." (Lihat alMausu'ah al-Fiqhiyyah - 27/142-145) . Jelasnya, bilangan rakaat solat Sunat Tarawih termasuk dalam perkara khilafiah yang tidak sepatutnya diperbalahkan. Sebaliknya setiap umat Islam hendaklah menumpukan perhatian untuk mewujudkan kualiti dalam Ibadah yang dilakukan serta mengikhlaskan diri kepada Allah swt. Rebutlah peluang, bonus dan ganjaran besar yang disediakan oleh Allah pada bulan Ramadhan ini. Jauhilah pertelingkahan dan pergaduhan dalam perkara-perkara furu' kerana ia hanya akan merugikan umat Islam ZAKAT FITRAH Zakat fitrah ialah sesuatu yang sinonim dengan bulan Ramadhan dan hari raya Aidilfitri. Kesedaran untuk membayar zakat fitrah di kalangan masyarakat Islam di Malaysia bolehlah dibanggakan. Ia merupakan suatu kewajipan yang tidak pernah dilupakan oleh umat Islam. Setiap keluarga telah memperuntukkan zakat fitrah ini sejak dari awal lagi dan akan mengeluarkannya sama ada pada bulan Ramadhan atau sebelum menunaikan solat sunat hari raya. Alangkah baiknya sekiranya penghayatan terhadap kewajipan mengeluarkan zakat fitrah ini dapat diterjemahkan dalam mengeluarkan zakat harta. Namun, apa yang menyedihkan ialah terdapatnya umat Islam yang beria-beria mahu membayar zakat fitrah, tetapi kewajipan terhadap

11

www.ustazshauqi.com

Penghayatan Ibadah Ramadan

Dr Mohd Sukki Othman

zakat yang lain dilupakan begitu sahaja. Sedangkan mengeluarkan zakat fitrah dan zakat harta tidak diragui lagi kepentingannya di dalam Islam. Menurut Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya 'Malamih al-Mujtama' al-Muslim', zakat merupakan 'kembar' kepada solat. Sehubungan dengan itu, perkataan solat yang digabungkan dengan perkataan zakat telah disebut sebanyak 28 kali di dalam al-Quran seperti firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud: "Dirikanlah solat, dan tunaikanlah zakat". Justeru, apabila seseorang itu mengetahui kepentingan menunaikan solat yang merupakan asas agama, mereka juga harus mengetahui kepentingan mengeluarkan zakat yang seiring kepentingannya dengan kefardhuan solat. Berikutan dengan kepentingan zakat inilah, Saidina Abu Bakar selaku khalifah Islam yang pertama menggantikan Rasulullah S.A.W. setelah kewafatan baginda, telah mengambil sikap yang tegas dengan memerangi golongan yang enggan mengeluarkan zakat. Sesungguhnya Saidina Abu Bakar tidak membezakan di antara orang yang enggan mengeluarkan zakat dengan orang yang murtad dan keluar daripada Islam! (Rujuk Dr Fadl Hassan Abbas dalam bukunya Anwar al-Mishkat fi Ahkam al-Zakat , cetakan Dar al-Furqan, Jordan, halaman 10). Zakat dari segi bahasa bermaksud bersih, suci, bertambah dan subur. Manakala fitrah pula bermaksud tabiat manusia yang suci bersih. Menurut istilah syara, zakat fitrah bererti mengeluarkan makanan asasi sesebuah negara dengan kadar tertentu, dan diberikan kepada orang tertentu dengan syarat-syarat tertentu. Ia boleh ditunaikan bermula dari awal Ramadhan sehinggalah imam berdiri untuk menunaikan solat hari raya. Zakat fitrah juga dikenali sebagai zakat badan. Kadar zakat fitrah yang wajib dikeluarkan ialah satu gantang Baghdad yang bersamaan dengan 2.7 kilogram beras bagi setiap individu muslim. Selain daripada beras, makanan asasi bagi negara-negara lain ialah gandum, kurma, jagung, barli dan sebagainya. Ibnu Umar r.a. telah berkata: "Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan sebanyak satu gantang kepada setiap muslim, sama ada hamba, orang merdeka, lelaki, perempuan, kecil dan dewasa. Baginda menyuruh mengeluarkan zakat fitrah sebelum orang ramai menunaikan solat sunat Aidilfitri". (Hadis telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim). Selain daripada makanan asasi, zakat fitrah juga boleh dikeluarkan daripada nilai makanan asasi tersebut. Inilah pendapat yang dipegang oleh mazhab Hanafi (Rujuk Dr Fadl Hassan Abbas dalam bukunya Anwar al-Mishkat fi Ahkam al-Zakat , cetakan Dar al-Furqan, Jordan, halaman 127). Apatah lagi apabila melihat kepada kesesuaiannya pada zaman ini, dengan mengeluarkan zakat fitrah yang berbentuk nilai atau wang, akan memberikan maslahah dan kebaikan yang lebih kepada golongan fakir miskin. Zakat fitrah telah disyariatkan ketika puasa Ramadhan mulai diwajibkan, iaitu pada tahun ke-2 Hijrah. Tidak diragukan lagi bahawa zakat fitrah hukumnya adalah wajib. Orang yang berkemampuan tetapi tidak mengeluarkan zakat fitrah, tidak akan diberi ganjaran pahala puasa dan mendapat dosa berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Jarir r.a. bahawa nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa bulan Ramadhan tergantung antara langit dan bumi, ia tidak diangkat kecuali setelah dikeluarkan zakat fitrah". Zakat fitrah mempunyai hikmah yang banyak. Antara hikmah zakat fitrah ialah: 1. Kegembiraan pada hari raya dapat dikongsi bersama di antara orang yang berkemampuan dengan golongan fakir miskin yang kurang berkemampuan. 2. Ia merupakan ungkapan syukur atas nikmat Allah yang dilimpahkan kepada orang yang berpuasa.

12

www.ustazshauqi.com

Penghayatan Ibadah Ramadan

Dr Mohd Sukki Othman

3. Dapat menutupi kekurangan-kekurangan yang terjadi pada bulan Ramadhan, dan sebagai penyucian terhadap ibadah puasa. Ibnu Abbas ra berkata: "Rasulullah saw telah mewajibkan zakat fitrah itu sebagai penyuci bagi orang yang berpuasa dari perbuatan sia-sia dan ucapan yang kotor dan sebagai pemberi makan untuk orang yang miskin, barang siapa mengeluarkannya sebelum solat (id) maka zakatnya diterima, dan sesiapa yang menge1uarkannya setelah solat (id), maka ia adalah sedekah biasa. (Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah, al-Daruquthni, dan al-Hakim) 4. Membersihkan diri daripada sifat bakhil dan tamak. 5. Menjalin silaturahim dan membentuk sikap penyayang di kalangan umat Islam. Golongan yang berhak menerima zakat fitrah ialah lapan golongan sebagaimana golongan yang berhak menerima zakat mal (harta benda), seperti yang telah disebutkan di dalam surat alTaubah ayat 60 yang bermaksud: "Sesungguhnya zakat itu hanyalah untuk orang fakir, miskin, amil yang menguruskan zakat, mualaf yang dilembutkan hatinya, hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang berhutang, perbelanjaan pada jalan Allah dan ibnu sabil (musafir), (zakat) itu ialah suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana". Walaupun terdapat lapan golongan yang berhak menerima zakat, akan tetapi golongan yang selalu disebut-sebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam kaitannya dengan zakat fitrah ialah golongan fakir miskin, maka merekalah yang sepatutnya diutamakan dalam pembahagian zakat fitrah. Sesuatu yang perlu diberi perhatian yang kadang-kala ianya sering diabaikan ialah zakat fitrah itu hendaklah sampai ke tangan golongan yang berhak menerimanya dengan kadar yang segera. Ini bertujuan agar golongan fakir miskin dapat menggunakan zakat fitrah yang diberikan kepada mereka pada hari raya, lantas mereka dapat bersama-sama merasai kegembiraan pada hari raya. Di samping itu, diharapkan juga agar dapat diwujudkan sistem yang lebih cekap dan mantap terutama yang berkaitan dengan pengagihan zakat supaya zakat dapat disampaikan terus kepada golongan yang berhak menerimanya dengan seberapa segera, dengan tidak menyusahkan penerima zakat yang dikehendaki datang dalam majlis yang khusus untuk mendapatkan hak mereka. PERAYAAN AIDILFITRI Dalam bahasa Arab, hari raya Aidilfitri disebut sebagai Id al-Fitr. Perkataan 'Id bermaksud kembali, perayaan atau hari ulang tahun. Fitr pula bermakna berbuka atau makan minum, iaitu pada hari raya (tanggal 1 Syawal), umat Islam dikehendaki untuk berbuka dan haram berpuasa. Fitr juga bermaksud fitrah atau tabiat semulajadi. Maksudnya ialah ibadah puasa yang dilakukan oleh seseorang itu dalam bulan Ramadhan, disertai dengan ibadah-ibadah lainnya seperti solat tarawih pada malam-malam Ramadhan, bertadarus al-Quran, qiyamullai, zikrullah, berdoa, bersedekah dan sebagainya, akan melebur dan membersihkan segala dosa. Sehubungan dengan itu, pada hari tanggal 1 Syawal umat Islam akan kembali kepada fitrah sehingga keadaan diri mereka seolah-olah kembali bersih seperti bayi yang baru dilahirkan. Oleh yang demikian, hari raya Aidilfitri ialah hari kemenangan bagi umat Islam yang telah berjaya menundukkan nafsu ammarah di sepanjang bulan Ramadhan. Apabila muncul anak bulan Syawal, diri mereka telah bersih daripada dosa dan mereka sepatutnya benar-benar menjadi orang yang bertakwa. Inilah matlamat ibadah puasa sebagaimana firman Allah S.W.T. menerusi ayat 183 yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, diwajibkan puasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat terdahulu sebelum kamu agar kamu bertakwa."

13

www.ustazshauqi.com

Penghayatan Ibadah Ramadan

Dr Mohd Sukki Othman

Akan tetapi, sesuatu yang menyedihkan yang berlaku dalam masyarakat kita ialah sambutan hari raya Aidilfitri lebih tertumpu dalam bentuk fizikal atau lahiriah sahaja, dan sesetengahnya tidak sesuai dengan roh pengajaran Islam. Setiap individu muslim wajib menilai kembali segala aktiviti yang telah berjalan pada hari raya selama ini. Ciri-ciri yang diambil daripada budaya luar Islam atau warisan budaya asing, yang tidak sesuai dengan aqidah dan syari'ah Islam hendaklah ditinggalkan. Makanan, juadah dan kuih-muih boleh disediakan pada hari raya, tetapi hendaklah dalam bentuk yang sederhana. Demikian juga dengan perhiasan rumah, pakaian untuk diri dan anak-anak mestilah sesuai dengan kemampuan ekonomi keluarga. Hari raya Aidilfitri sekiranya disambut dengan adab-adab yang telah digariskan oleh syara, sudah tentu ia bukan sahaja mendatangkan kegembiraan dan keseronokan, malahan perayaan tersebut akan diberkati dan diredhai oleh Allah S.W.T. Antara adab menyambut hari raya Aidilfitri sebagaimana yang digariskan oleh syara ialah menghidupkan malam hari raya dengan melakukan amal-amal ibadah seperti mendirikan solat fardhu secara berjemaah, melakukan solat sunat, bertakbir, serta melakukan apa jua kebaikan dan kebajikan. Pada malam tersebut juga, hendaklah memperbanyakkan doa ke hadrat Ilahi. al-Imam alSyafie telah menegaskan dalam kitabnya al-Umm bahawa malam hari raya adalah di antara malam yang mudah diperkenankan doa oleh Allah. Kemeriahan hari raya lebih dirasai apabila laungan takbir bergema. Firman Allah S.W.T. bermaksud : "Dan sempurnakanlah puasa kamu mengikut bilangan dalam bulan Ramadhan (29 hari atau30 hari) dan bertakbirlah (membesarkan Allah s.w.t.) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kamu, semoga kamu bersyukur." (Surah al-Baqarah:185). Namun, apa yang terjadi dalam masyarakat kita ialah takbir itu dilaungkan dalam keadaan sedih dan mendayu-dayu, sehinggakan ada yang menitiskan air mata kesedihan ketika takbir dilaungkan. Sepatutnya, takbir hendaklah dilaungkan dengan lebih bersemangat demi melahirkan kesyukuran dan mengagungkan Allah S.W.T. Allah memerintahkan agar diakui kebesaran dan keagunganNya melalui laungan takbir. Pada pagi hari raya pula disunatkan mandi sebagaimana hadis yang dikeluarkan oleh Ibnu Majah dan diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa Rasulullah S.A.W mandi pada hari raya Fitrah dan hari raya Adha. Di samping itu, disunatkan juga memakai pakaian yang terbaik yang dimiliki, berwangian dan menghilangkan segala bauan yang tidak menyenangkan. Sebelum keluar pergi ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya Fitrah disunatkan makan dan minum terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan Anas Radhiallahu anhu, beliau berkata bahawa "Nabi S.A.W tidak keluar pada waktu pagi hari raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan yang ganjil.". (Hadis riwayat alBukhari dan Ahmad). Alangkah menyedihkan fenomena pada hari ini apabila umat Islam berduyunduyun pergi menunaikan solat sunat hari raya, tetapi dalam masa yang sama mereka meninggalkan solat fardhu lima waktu!. Amalan saling ziarah menziarahi pada hari raya merupakan tradisi yang disyariatkan di dalam Islam. Dalil yang menunjukkan pensyariatannya ialah sebagaimana yang telah diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bahawa beliau telah berkata yang bermaksud: "Rasulullah S.A.W masuk kepadaku, dan di sisiku ada dua orang anak perempuan yang menyanyi dengan nyanyian Buats. Lalu Baginda baring di atas hamparan dan memalingkan mukanya, dan kemudian Abu Bakar masuk, lalu mengherdikku dengan berkata: "Seruling syaitan di sisi (di tempat) Nabi S.A.W!" Rasulullah S.A.W. menghadap kepada Abu Bakar lalu

14

www.ustazshauqi.com

Penghayatan Ibadah Ramadan

Dr Mohd Sukki Othman

berkata: "Biarkan mereka berdua itu." Melalui riwayat yang lain, Baginda menambah: "Wahai Abu Bakar, masing-masing kaum ada hari rayanya, dan hari ini adalah hari raya kita". (Hadis riwayat al-Bukhari) Ibnu Hajar al-Asqalani menerangkan di dalam kitabnya Fath Al-Baari bahawa kedatangan atau masuknya Saidina Abu Bakar ke dalam rumah Rasulullah menunjukkan seolah-olah Saidina Abu Bakar datang sebagai pengunjung atau menziarahi Baginda. Namun, amalan saling ziarah- menziarahi di antara satu sama lain seperti menziarahi orang tua, saudara-mara, kaum kerabat, jiran, para guru dan sahabat-handai sebenarnya tidak terbatas pada hari raya sahaja, tetapi ia perlulah dilakukan pada hari dan bulan lain yang sesuai dari semasa ke semasa, apatah lagi menziarahi ibu bapa, hendaklah dilakukan dengan lebih kerap dan janganlah menunggu untuk menziarahi mereka hanya pada hari raya sahaja. Kanak-kanak pula perlu dididik agar mereka tidak mengunjungi rumah seseorang sematamata untuk mendapatkan duit raya. Walaupun memberi sedekah amat digalakkan pada hari raya terutama pada kanak-kanak yang miskin, akan tetapi mereka sewajarnya dididik agar pergi beraya adalah untuk berziarah, bukannya untuk mendapatkan duit raya agar tidak timbul sikap membezabezakan rumah dalam melakukan kunjungan. Dalam keghairahan menyambut hari raya Aidilfitri, perlu diingat supaya jangan sesekali lupa kepada kewajipan terhadap Allah S.W.T seperti mendirikan solat fardhu lima waktu. Sambutan hari raya sebenarnya bukanlah semata-mata kegembiraan atau keseronokan sahaja, tetapi yang lebih penting dan lebih utama ialah untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T. Oleh itu, hiasilah hari raya Aidilfitri pada tahun ini dengan sesuatu yang bertepatan dengan hukum syara. Moga kegembiraan dan keseronokan yang dikecapi pada hari raya, akan juga dapat dikecapi pada hari Akhirat kelak. ZIARAH KUBUR DI HARI RAYA Pada asasnya, menziarahi kubur itu merupakan sesuatu yang baik dan digalakkan di dalam Islam. Pada zaman permulaan Islam, Nabi Muhammad s.a.w melarang orang Islam menziarahi perkuburan. Larangan ini disebabkan kebimbangan timbulnya kepercayaan lama mereka kepada berhala atau sebarang lambang keberhalaan. Akan tetapi kemudiannya, Nabi s.a.w membenarkan umat Islam menziarahinya. Justeru, tidak menjadi khilaf dalam kalangan ahli ilmu tentang keharusan bagi lelaki untuk menziarahi kubur, manakala bagi wanita pula, terdapat perselisihan pendapat tentang keharusan dan kewajaran mereka menziarahi kubur. Menurut ulama aliran mazhab Hanafi, ziarah kubur adalah disunatkan kepada lelaki dan wanita. Rasulullah s.a.w. sendiri telah pergi menziarahi perkuburan Baqi dan mengucapkan salam kepada orang yang telah mati dengan doa baginda yang bermaksud: Selamat sejahtera wahai penghuni rumah orang yang beriman, dan kami kelak Insya Allah akan menyusuli kamu. Nabi s.a.w juga bersabda: "Dahulu saya pernah melarang kamu menziarahi kubur tetapi sekarang boleh kamu menziarahinya, kerana menziarahi kubur itu boleh mengingatkan kamu kepada kematian (Hadis riwayat Imam Muslim), dan pada lafaz yang lain (menziarahi kubur) mengingatkan kamu kepada akhirat." Ziarah kubur afdhal dilakukan pada hari Jumaat, Sabtu, Isnin dan Khamis. Sunat menziarahinya serta berdoa dalam keadaan berdiri sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah

15

www.ustazshauqi.com

Penghayatan Ibadah Ramadan

Dr Mohd Sukki Othman

s.a.w. ketika menziarahi Perkuburan Baqi. Disunatkan juga ketika menziarahi kubur membaca surah Yasin. Sunat juga dibaca ayat-ayat al-Quran yang lain seperti al-Fatihah, ayat Kursi, surah alTakathur, surah al-Ikhlas dan sebagainya. (Sila rujuk al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuh oleh Dr. Wahbah Zuhailiy, jilid 2, halaman 540). Manakala Jumhur fuqaha pula, mereka menyatakan bahawa ziarah kubur adalah sunat bagi lelaki dan makruh bagi wanita. Ziarah kubur bagi wanita dianggap makruh kerana jiwa wanita yang lembut akan menyebabkan emosi mereka mudah tersentuh dan seterusnya akan membawa kepada ratapan dan tangisan. Menurut ulama aliran mazhab Maliki, larangan (makruh) ini hanyalah kepada wanita muda, tetapi bagi wanita tua yang sudah tiada ada keinginan , maka hukumnya sama seperti lelaki. Ulama aliran mazhab Syafie menyatakan bahawa sunat memperbanyakkan ziarah kubur terutamanya menziarahi kubur orang soleh dan baik, dan hendaklah berdiri di hadapan kubur seumpama berdiri di hadapan orang yang hidup. (Sila rujuk al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuh, jilid 2, halaman 541-542). Jelasnya, ziarah kubur adalah sesuatu perkara yang baik apatah lagi ia dapat mengingatkan kita tentang kematian dan hari akhirat yang merupakan pemangkin ke arah melaksanakan ketaatan kepada Allah dan menjauhi laranganNya. Namun, persoalannya ialah bagaimana pula dengan menziarahi kubur pada hari raya?. Sekiranya dilihat secara umumnya, ziarah kubur boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja kerana tidak ada nas yang melarang menziarahi kubur pada hari-hari tertentu. Begitu juga, masyarakat Islam tidak wajar mengkhususkan pada hari-hari tertentu sahaja seumpama hari raya untuk menziarahi kubur. Sebaliknya menziarahi kubur secara berterusan akan membawa kepada kebaikan pada umat Islam itu sendiri. Apa yang penting daripada ziarah kubur ialah dapat mengingati kematian dan hari akhirat. Sehubungan dengan itu, apakah menziarahi kubur pada hari raya dapat mendatangkan kesan yang positif kepada umat Islam iaitu dapat mengingati kematian dan hari akhirat? Sekiranya jawapannya adalah Ya, maka amalan yang seumpama ini bolehlah diteruskan. Akan tetapi, sekiranya jawapan bagi persoalan ini adalah Tidak, maka ia perlu diselidiki dan diteliti. Apatah lagi, pada kebiasaannya, selepas menunaikan solat hari raya, masyarakat Islam secara beramai-ramai pergi ke kubur dan telah berlaku seolah-olah satu temasya perayaan di tanah perkuburan dengan pakaian yang berwarna-warni, hiruk-pikuk gelak ketawa setelah berjumpa sahabat handai dan sebagainya yang menafikan ingatan kepada kematian dan hari akhirat. Tambah menyedihkan lagi ialah apabila berlakunya percampuran dan pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita di tanah perkuburan!. Amat malang apabila sesuatu yang diharapkan menjadi ibadat bertukar menjadi maksiat. Oleh yang demikian, amalan menziarahi kubur pada hari raya boleh diteruskan sekiranya matlamat keimanan dan ketakwaan dapat dicapai. Masyarakat Islam juga harus sedar bahawa tidak ada suruhan khusus dalam Islam untuk menziarahi kubur pada pagi hari raya. Justeru, mereka hendaklah mencari waktu yang sesuai untuk menziarahinya agar sesuatu yang diharapkan menjadi ibadat tidak bertukar menjadi maksiat. Sekiranya pada pagi hari raya, terdapat pesta di tanah perkuburan, maka sewajarnya kita mencari waktu-waktu lain untuk menziarahinya. Tidak semestinya menziarahi tanah perkuburan boleh dilakukan hanya pada pagi hari raya yang pertama sahaja, sebaliknya menziarahi kubur boleh dilakukan pada petang hari raya pertama, atau pada hari raya yang kedua, ketiga, keempat atau pada hari-hari lain yang difikirkan sesuai yang dapat mendatangkan keinsafan dalam diri.

16

www.ustazshauqi.com

Penghayatan Ibadah Ramadan

Dr Mohd Sukki Othman

PUASA ENAM SYAWAL Diriwayatkan dari Abu Ayyub al-Anshariy (R.A.): Sesungguhnya Rasulullah (S.A.W.). bersabda:


Maksudnya: Barang siapa yang puasa pada bulan Ramadan, kemudian diikuti puasa enam hari pada bulan Syawal adalah seperti puasa setahun penuh. ( H.R.: Muslim) Hadis ini menunjukkan bahawa puasa enam hari itu boleh dilakukan secara berurutan ataupun tidak berurutan, karena ungkapan hadis itu bersifat mutlak, akan tetapi bersegera melaksanakan puasa enam hari itu adalah lebih utama. Tidak diwajibkan untuk melaksanakan puasa Syawal secara terus menerus akan tetapi hal itu adalah lebih utama. Kata Imam Khatib Syarbini dalam kitabnya, Mughni Muhtaj, puasa enam elok dilaksanakan secara berturut-turut tetapi sekiranya dilakukan secara berselang-seli juga tidak menjadi satu kesalahan. Antara fadilat puasa enam ialah mereka yang melaksanakan puasa enam akan diberi ganjaran seperti berpuasa setahun sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis di atas. Para ulama menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil daripada sabda Rasulullah dalam sebuah hadis yang riwayat Imam an-Nasai bermaksud: "Berpuasa pada bulan Ramadan seolah-olah berpuasa selama sepuluh bulan dan puasa enam pada bulan syawal seperti berpuasa dua bulan." Manakala di dalam kitab Sabil al-Muhtadin pula, dinyatakan bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari pada bulan Ramadan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa enam hari pada bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Tambahan daripada itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita pada bulan Ramadan ini kita teruskan juga pada bulan Syawal, walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana terpaksa atau kewajipan semata-mata tetapi kita melakukannya kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk taqarrub kepada Tuhannya. Semuanya bertujuan membersihkan diri dan menundukkan hawa nafsu. Membiasakan puasa setelah berlalunya Ramadhan menandakan diterimanya puasa ramadhan, kerana apabila Allah Ta'ala menerima amal seseorang hamba, pasti dia menolongnya dalam meningkatkan perbuatan baik selepasnya. Sebahagian cerdik pandai mengatakan : Pahala amal kebaikan adalah kebaikan yang ada sesudahnya. Oleh kerana itu sesiapa yang dikatakan mengerjakan kebaikan adalah dilihat berdasarkan kebaikan yang ada sesudahnya. Sesiapa yang mengerjakan kebaikan kemudian melanjutkannya dengan kebaikan lain, maka hal itu merupakan tanda atas terkabulnya amalan pertama. Demikian pula sebaliknya, jika seseorang melakukan suatu kebaikan lalu diikuti dengan yang buruk maka hal itu merupakan tanda tertolaknuya amal yangtelah dibuat. Antara manfaat puasa enam hari pada bulan syawal juga adalah sebagai kesinambungan amalan yang dikerjakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Rabbnya pada bulan Ramadhan tidak terputus dengan berlalunya bulan mulia ini.

17

www.ustazshauqi.com

Penghayatan Ibadah Ramadan

Dr Mohd Sukki Othman

Seorang ulama salaf ditanya tentang mereka yang bersungguh-sungguh dalam ibadahnya pada bulan ramadhan tetapi jika ramadhan berlalu mereka tidak bersungguh-sungguh lagi dalam mengerjakan ibadah, beliaumenjawab: seburuk-buruk golongan adalah yang tidak mengenal Allah secara benar kecuali di bulan Ramadhan saja, padahal orang salih adalah yang beribadah dengan sungguh-sungguh di sepanjang tahun. Oleh karena itu sebaiknya orang yang memiliki hutang puasa Ramadhan memulai membayarnya di bulan syawwal, kerana hal itu mempercepat proses pembebasan dirinya dari tanggungan hutangnya. Kemudian dilanjutkan dengan enam hari puasa syawwal, dengan demikian ia telah melakukan puasa ramadhan dan mengikutinya enam hari di bulan syawwal.

FENOMENA RUMAH TERBUKA Fenomena dalam menyambut hari raya dalam masyarakat kita akhir-akhir ini ialah dengan mengadakan rumah terbuka. Konsep rumah terbuka ini adalah sesuatu yang baik sekiranya dilaksanakan mengikut lunas-lunas dan ajaran Islam yang mulia. Namun, apabila ia dilaksanakan dengan mengabaikan tuntutan syarak, maka ia tidak lagi menjadi ibadat sebagaimana yang diharapkan. Antara tujuan mengadakan rumah terbuka ialah untuk menghidupkan amalan ziarah-menziarahi pada hari raya. Sebagaimana yang dimaklumi, amalan saling ziarah menziarahi pada hari raya merupakan tradisi yang disyariatkan di dalam Islam. Namun, kadang-kala berlaku, rumah terbuka yang diadakan itu hanya menjemput golongan tertentu sahaja, yang mengakibatkan amalan ziarah-menziarahi tidak berkembang kepada golongan yang lain. Sesetengah orang pula tidak akan menziarahi rakan taulannya melainkan setelah dibuat rumah terbuka. Seolahnya amalan ziarah tertakluk kepada adanya rumah terbuka. Sekiranya tiada rumah terbuka, maka amalan ziarah tidak akan dilakukan pada hari raya. Sedangkan apa yang dikehendaki oleh Islam ialah, amalan ziarah-menziarahi itu hendaklah dilakukan bagi menghubungkan ikatan silaturrahim dan hubungan yang erat dalam kalangan umat Islam walaupun dengan ketiadaan rumah terbuka. Apa yang lebih penting ialah amalan saling ziarah- menziarahi di antara satu sama lain seperti menziarahi orang tua, saudara-mara, kaum kerabat, jiran, para guru dan sahabat-handai sebenarnya tidak terbatas dengan adanya rumah terbuka atau pada hari raya sahaja, tetapi ia perlulah dilakukan dari semasa ke semasa demi mengukuhkan ikatan ukhuwwah dan persaudaraan sesama kita. Apatah lagi sekiranya rumah terbuka yang diadakan telah menyebabkan berlakunya pembaziran, maka ia amat ditegah oleh ajaran Islam. Walaupun hidangan dan juadah yang disajikan semasa rumah terbuka tentulah menyelera dan mengasyikkan kita yang melihatnya. Ketupat, lemang, rendang, biskut, kek dan banyak lagi merupakan nikmat dan rezeki yang Allah berikan kepada kita. Namun janganlah sampai membazir! Akibat terlalu lahap makan dan minum, 'sang penyakit' mula menyerang kita tanpa kita ketahui. Sakit perut, darah tinggi, kencing manis dan sewaktu dengannya adalah penyakit yang selalu kita dengar dan perolehi sejak akhir-akhir ini. Cara pemakanan yang kurang teratur dan stabil adalah punca utama. Pepatah Arab ada mengatakan: "Perut itu pangkal (punca) penyakit dan berjaga-jaga (berpantang) itu pangkal penawar." Bersederhanalah dalam setiap perkara yang kita lakukan. Sebaik-baik perkara ialah yang sederhana.

18

www.ustazshauqi.com

Anda mungkin juga menyukai