Anda di halaman 1dari 10

TAZKIRAH : 13 KESILAPAN DI BULAN RAMADHAN Dalam setahun, ada satu bulan yang kedatangannya selalu dinantikan oleh orang-orang

beriman. Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, bulan yang sangat kita rindukan itu kini telah tiba. Pada bulan ini Allah mencurahkan kebaikanNya untuk segenap hamba-hambaNya yang beriman. Di bulan ini, para sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal ibadah Namun kini, keadaan umat Islam sungguh memilukan. Majoriti mereka bukan saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan berbagai kesalahan. Antaranya:-

1. Berpuasa tetapi tidak solat sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat; anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat; juga ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam. 2. Tidak menjaga batas-batas agama aurat; lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung. 3. Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video dan CD. 4. Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda-ganda. 5. Semakin cepat marah sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar. 6. Membazir ketika berbuka puasa Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa. 7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah 8. Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang berdekatan; dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah. 9. Hanya puasa makan dan minum sahaja Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya; Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari) 10. Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan kedudukan puasa Ramadhan sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak; "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43) Dan Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih). 11. Menang sorak, tarawih ala kadar solat secara 'ekspress'; dan juga melakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al- Qur'an, padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma'ninah (tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan ketika duduk antara dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna;

Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang tidak thuma'ninah dalam solatnya; "Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat." (Muttafaq Alaih) silap bacaan selawat; Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja; dan juga Saf solat Tarawih tidak dipenuhkan. 12. Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja. 13. Tidak mahu bersahur "Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW; "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)

Ramadan Bulan Keampunan


Julai 14, 2011 sulaiman

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan malam dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang. Untuk mendapatkan pengampunan dosa, pastikan nafsu dikawal dan semua pantang larang Ramadan dijaga.Dalam hadith yang lain pula cuma disebut dosa yang telah lalu iaitu mulai 1 Syawal hingga 30 Syaaban sebelumnya. Inipun sudah cukup bagus. Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah) Sembahyang lima waktu, dari Jumaat (yang satu) menuju Jumat berikutnya, (dari) Ramadhan hingga Ramadhan (berikutnya) adalah penghapus dosa di antaranya, apabila ditinggalkan dosa-dosa besar. (Riwayat Muslim) Menghidupkan malam melalui aktiviti seperti Sembahyang Terawih dan bertadarus juga mendapat pengampunan dosa oleh Allah s.w.t. Sembahyang Terawih sebanyak 20 rakaat diasaskan oleh Sayyidina Umar r.a. dan ini dilakukan bagi menggantikan sembahyang malam atau tahajjud Rasulullah sebanyak 8 rakaat pada malam bulan Ramadan. Sembahyang terawih 20 rakaat adalaha sunnah dari para Jamaah iaitu jamaah sahabat nabi dan kita adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Dari Abu Hurairah r.a berkata: Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (sembahyang malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: Sesiapa yang sembahyang malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu. Selain itu memberi makan kepada orang yang berpuasa juga diberi tawaran pengampunan dosa. Sesiapa yang mengenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya , Tuhan memberi minum daripada kolam Haudh sejenis minuman yang tiada dahaga-dahaga lagi kemudiannya , hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. Menghidupkan malam Lailatul Qadar juga diberikan pengampunan walaupun tidak bertemu dengannya. Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas. Riwayat Bukhari dan Muslim
A

Kesilapan Kerap Muslim Dalam Bulan Ramadhan


Oleh Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif mendapatkan keampunan'

ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT. Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari) 2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138) 3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

: : ,
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477) 4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi kurus kering' pastinya. 5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam. 6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu (

samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari) 7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291) 9) Menganggap waktu imsak sebagai lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (AsSiyam, Dr Md Uqlah, hlm 278) 10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain. Nabi Muhammad menceritakan :-

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih) Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri. 12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

, ,
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat AtTirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih ) Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.


Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih) Sekian

RAMADHAN: Perbanyakkanlah Mohon Keampunan & Kembalilah Kepada ALLAH


Tarikh : Saturday, July 30 @ 11:07:09 MYT Topik : Tazkirah

Setiap kita mempunyai dosa samada dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja. Apatah lagi kita yang hidup pada zaman mutakhir ini, kita sering kalah dengan godaan luaran dan pujukan nafsu dalam diri kita sendiri. Kita sepatutnya berasa malu dengan ALLAH Subhanahu wa Taala disebabkan oleh kelemahan ini. Walaupun begitu, ALLAH Subhanahu wa Taala sentiasa tahu kelemahan kita. DIA tahu kita selalu lupa. DIA tahu kita sering gagal menghindari dosa. Dan DIA tahu fitrah manusia yang mahu kembali kepadaNYA. Betapa baiknya DIA, betapa lembutnya DIA dengan kita. Kita seharusnya berterima kasih dengan sungguh-sungguh kerana DIA sentiasa bersedia memberi keampunan kepada hamba-hambaNYA yang ingin bertaubat. Firman ALLAH Subhanahu wa Taala yang lebih kurang maksudnya:

Katakanlah: Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah az-Zumar 39:53) Malah, ALLAH Azza wa Jalla sangat gembira dengan sikap hambahambaNYA yang mahu bertaubat dan kembali kepadaNYA. Dalam sebuah hadith, ada Nabi sallAllahu alaihi wasallam bersabda yang lebih kurang maksudnya: Sungguh ALLAH itu lebih gembira untuk menerima taubat hambaNYA, melebihi dari kegembiraan seseorang di antara kamu sekalian yang menemukan kembali untanya yang telah hilang di tengah-tengah padang gurun. (HR Bukhari & Muslim) Nah, lihatlah betapa gembiranya ALLAH Subhanahu wa Taala menerima taubat orang yang bertaubat. Justeru, jangan putus asa dan kecewa. Walau banyak mana pun dosa kita, insyaALLAH DIA akan terima taubat kita. Nabi sallAllahu alaihi wasallam pernah bersabda: Allah Subhanahu wa Taala berfirman, Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepada-KU dan berharap kepada-KU, akan AKU ampuni apa yang telah kamu lakukan. Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampunan kepada-KU akan AKU ampuni. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang membawa kesalahan sebesar dunia,

kemudian engkau datang kepada-KU tanpa menyekutukan AKU dengan sesuatu apapun, pasti AKU akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula. (HR. Tirmidzi, ia berkata, hadits ini hasan shahih.) SubhanALLAH, bisa menitis air mata kita tatkala mengenangkan betapa Pemurahnya DIA, betapa Pengampunnya DIA, betapa tak kisahnya DIA akan dosa kita yang menggunung, DIA tetap akan terima kita jika kita mahu kembali kepadaNYA, betapa lembutnya DIA terhadap kita, betapa Penyayangnya DIA. ALLAHALLAHALLAH Peluang Besar-Besaran Untuk Pengampunan Dosa Bagi yang berkesempatan untuk berada di dalam bulan Ramadhan, kita disarankan untuk beribadah dengan penuh keimanan dan sunguh-sungguh dalam mengharapkan pahala dari ALLAH Subhanahu wa Taala. Ganjaran besar berupa pengampunan dosa yang telah lalu menanti bagi mereka yang beribadah sungguh-sungguh di dalam bulan yang mulia ini. Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala daripada ALLAH, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Bukhari & Muslim) Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu. (HR Bukhari & Muslim) Perbanyakkanlah amalan-amalan sunnat dan mohonlah keampunan kepada ALLAH Subhanahu wa Taala di dalam bulan yang penuh barakah ini. Rugi Besar Jika Tidak Diampuni ALLAH Pada Bulan Ramadhan Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Ahmad, ada diceritakan tentang perbuatan Rasulullah sallAllahu alaihi wasallam yang sedang menaiki mimbar, lalu Baginda sallAllahu alaihi wasallam menyebut amin sebanyak 3 kali. Selesai memberi khutbah, para sahabat bertanya kenapa tadi disebut amin sebanyak 3 kali? Rasulullah sallAllahu alaihi wasallam menjawab bahawa Jibril datang ketika itu dan berdoa bahawa sangat kecewa dan rugilah bagi (1) orang yang apabila disebut nama Muhammmad, tidak dibaca solawat ke atas Nabi sallAllahu alaihi wasallam, (2) orang yang sempat hidup bersama orang tuanya, tetapi mereka tidak membuatkan dia dapat masuk syurga, dan (3) orang yang sempat hidup di dalam bulan Ramadhan, tetapi tidak terampun dosa-dosanya. Sebab itulah Nabi sallAllahu alaihi wasallam sebut, aminaminamin.

Doa Yang Patut Dibaca Selalu, Khususnya Pada Bulan Ramadhan Ramadhan dan pengampunan dosa tidak dapat dipisahkan. Malah, apabila ditanya oleh Aishah radhiAllahu anha tentang apakah yang harus dibaca olehnya sekiranya bertemu dengan Lailatul-Qadr, Nabi sallAllahu alaihi wasallam mengajarkan doa khusus berikut untuk memohon keampunan, iaitu: , , , Allahumma innaka afuwwun, tuhibbul afwa, fafu anni Ertinya: Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau suka memberikan keampunan, maka ampunkanlah aku Lihatlah muslimin muslimat sekalian, Nabi sallAllahu alaihi wasallam menganjurkan kita agar membaca doa di atas supaya diampuni dosa-dosa kita yang telah lalu. Betapa besar nilai dan makna doa ini sehingga Nabi sallAllahu alaihi wasallam menyarankannya. Ini bermakna, ibadah memohon keampunan dengan tujuan untuk mendapat keampunan dari ALLAH mempunyai nilai yang sangat tinggi sehinggakan pada malam al-Qadr yang istimewa itu pun diajar tentang doa khusus untuk mendapat keampunan ALLAH. Justeru, janganlah ditinggalkan memohon ampun kepada ALLAH banyak-banyak disamping lain-lain ibadah sunnat dan hajat yang ingin dipohon. Perbanyakkanlah memohon ampun di dalam bulan Ramadhan ini

Aidilfitri Meraikan Kembalinya Insan Kepada Fitrah (Tidak Berdosa) Dan jika kita lihat makna di sebalik Aidilfitri, iaitu hari yang disambut muslim selepas habis Ramadhan, ia bermakna Hari Raya Fitrah. Iaitu meraikan kejayaan muslimin dalam menjalani ibadah pada bulan Ramadhan dan yang paling penting ialahmendapat pengampunan dan kembali kepada keadaan fitrah manusia iaitu tanpa dosa. Itulah sebenar-benar perayaan Aidilfitri dan sebenar-benar pencapaian Ramadhan, untuk menjadi manusia yang bertaqwa dan penghapusan dosadosa.

Amatlah malang sekiranya hari raya Aidilfitri dicemari dengan dosa dan maksiat, walhal hikmah utama Aidilfitri ialah untuk meraikan keampunan dosa manusia hasil dari kebaikan Ramadhan yang telah dilalui selama sebulan lamanya. Dengan syarat dilalui Ramadhan itu dengan imaanan wahtisaaban iaitu dengan penuh keimanan dan mengharapkan sungguhsungguh pahala dari ALLAH. Mudah-mudahan tulisan ini dapat menimbulkan rasa keinsafan buat diri saya dan kalian semua dalam berusaha untuk kembali kepada ALLAH. Kembali kepada ALLAH dengan makna untuk 100% beriman kepadaNYA melalui hati, lisan dan amal. Kembali mengamalkan sunnahsunnah Nabi sallAllahu alaihi wasallam ke dalam setiap cara hidup kita. Semoga kita semua beroleh Taqwa dan diampuni ALLAH Subhanahu wa Taala. Dan akhir nanti kembali bertemuNYA dalam keadaan tidak berdosa. ALLAH redho dengan kita, kita redho dengan ALLAH amin.

Anda mungkin juga menyukai