Anda di halaman 1dari 3

AMALKAN BEBERAPA AMALAN DALAM BULAN RAMADAN INI BAGI

MENDAPATKAN PAHALA YANG LEBIH BERGANDA.


1. Berpuasa di Bulan Ramadan
• Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: Apabila sampai bulan Ramadan, pintu-
pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka pula ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan
dan iblis. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith:

i) Semua pintu syurga dibuka dan orang yang telah meninggal dunia dihentikan azab mereka buat
sementara.

ii) Pintu-pintu neraka pula ditutup, oleh itu orang yang mati dibulan puasa terlepas daripada azab
kubur.

iii)Pada bulan puasa juga dirantai serta dibelenggu syaitan dan iblis daripada mengganggu dan
menggoda orang yang berpuasa.

iv) Digalakkan orang yang berpuasa agar berlumba-lumba membuat kebajikan dan kebaikan,
kerana setiap kebaikan akan diberi ganjaran pahala yang berganda-ganda.

2. Solat Tarawih
Seluruh umat Islam menyambut bulan Ramadan yang mulia dengan beribadat solat sunat
Tarawih, sunat Witir, tadarus al-Quran dan ibadat yang lain. Hukumnya sunat muakkad (yang
sangat dituntut), sama ada secara berseorangan atau berjemaah.

• Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: ”Sesiapa yang berpuasa Ramadan
kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaanNya, akan
diampunkan semua dosanya yang telah lepas”. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Huraian Hadith:

i) Orang yang berpuasa di bulan Ramadan dengan ikhlas serta mengharapkan keredhaan Allah
SWT akan diampunkan segala dosa-dosa kecilnya.

ii) Ramadan merupakan bulan yang paling mulia di dalam Islam kerana bulan ini Allah SWT
menurunkan al-Quran al-Karim, berlakunya malam “Lailatulqadar” dimana malam tersebut lebih
mulia dan berkat daripada seribu bulan.

ii) Doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak oleh Allah SWT sehinggalah ia berbuka, oleh itu
hendaklah mereka yang berpuasa memperbanyakkan doa.

3. Hindari Perkara Maksiat ketika Berpuasa


Perbuatan berbohong dalam keadaan seseorang itu sedang berpuasa menjadikan dosa orang
tersebut bertambah berat.

“Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan keji lagi buruk
sedangkan dia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan di sisi Allah selain lapar dan dahaga
sahaja yang didapatinya.” (Riwayat al-Bukhari, 1903).
Huraian Hadith:

i) Orang yang berpuasa sedangkan mereka tidak memelihara lidah dan masih melakukan maksiat,
tidak akan diberi pahala oleh Allah SWT ke atas puasa mereka selain lapar dan dahaga sahaja.
4.Berbuka Puasa Mengikut Keperluan
Kekenyangan membuat badan menjadi berat, hati menjadi keras, menghilangkan kecerdasan,
membuat sering tidur dan lemah untuk beribadah.

Huraian Hadith:

i) Orang yang berpuasa dituntut menyediakan bahan makanan atau minuman sekadar keperluan
sahaja dan tidak melampaui batas sehingga berlaku pembaziran.

5.Menjaga Lidah Ketika Berpuasa


Lidah adalah anggota badan utama yang perlu dijaga ketika berpuasa. Kita dilarang
mengeluarkan kata-kata yang tidak elok samada berbentuk lisan mahupun menghina orang dalam
sosial media, kesannya adalah tetap sama.

“Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor


dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh
seseorang atau diajak bermusuhan, maka hendak ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa
hari ini”. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith :

i) Orang yang berpuasa hendaklah sabar menerima dugaan daripada Allah SWT, sekiranya
mereka dimaki hamun dan diajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata “aku berpuasa”.

ii) Untuk mengelak daripada melakukan perkara yang merosakkan puasa, maka digalakkan
memperbanyakkan istighfar kepada Allah, berzikir, dan berselawat.

6.Menyegerakan Berbuka Puasa


Setiap tuntutan di dalam syara’ mempunyai hikmah yang tertentu dan ini menunjukkan sikap kita
dalam mentaati segala perintah dan suruhan Allah SWT Rasulullah SAW.

• “Manusia itu akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagimana mereka


mempercepatkan berbuka puasa”. (Riwayat al-Bukhari (1957) dan Muslim (1098).
Huraian Hadith:

i) Orang yang berpuasa disunatkan bersegera berbuka setelah diyakini masuk waktu maghrib,
makruh jika sengaja dilewat-lewatkan tanpa ada keuzuran syarie.

ii) Hikmahnya supaya orang yang berpuasa dapat bersegera menunaikan ibadah dan lebih
menguatkannya untuk beribadah pada waktu malam.

7. Galakkan Bersahur
Hukumnya adalah sunat yang sangat dituntut berdasarkan nas-nas yang menggalakkannya,
disamping ianya juga merupakan perbezaan antara puasa orang Islam dan juga puasa ahli kitab.

“Maknanya, perbezaan yang paling ketara antara puasa kita dan puasa mereka (ahli kitab)
adalah bersahur, sesungguhnya mereka tidak bersahur dan kita disunatkan untuk
bersahur”.
(Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 7/207)
“Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.”
Riwayat al-Bukhari (1923), dan Muslim (1095).
Huraian Hadith:
i) Berkat pada sahur itu ialah mengikut sunnah dan menguatkan tenaga untuk melakukan ibadah
puasa, serta menambahkan semangat untuk berpuasa.

ii) Memberi semangat untuk berpuasa dan memberi galakan untuk menambahkan puasa
disebabkan keringanan beban bagi orang yang telah bersahur.

8. Membaca Al-Quran
Bulan Ramadan adalah bulan Al-Quran diturunkan. Gunakan kesempatan Ramadan untuk
membaca dan memahami Al-Quran.

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian
manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan
antara yang benar dengan yang salah”. (Surah al-Baqarah, 185).
Kita hendaklah menghayati tujuan al-Quran. Ia bukan sekadar untuk dibaca dan diperlagukan
tanpa memahami tujuan ia diturunkan. Jika ramai orang boleh membaca al-Quran, melagukannya
dengan indah namun enggan mendalami dan menghayati tujuan penurunannya, maka al-Quran
tidak akan berfungsi dalam kehidupannya.

9. Memberi Makan Kepada Orang Yang Berpuasa.


“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya
tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-
Baihaqi).
“Orang yang berpuasa apabila makan di sisinya orang-orang yang berbuka puasa, nescaya
para malaikat berselawat ke atasnya.” (Riwayat al-Tarmizi dan Ibn Majah).

Anda mungkin juga menyukai