Anda di halaman 1dari 12

CTU 151 : ANALISIS AYAT

IBADAH ( PUASA )
“Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas
orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa.”
(Al Baqarah;183)

PENDAHULUAN
Puasa ialah menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang membatalkan
puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari berserta niat. Puasa pada bulan Ramadhan
adalah termasuk dalam lima rukun islam yang wajib ditaati oleh umat islam. Dalam bahasa Arab,
puasa disebut shiyam atau shaum, yang membawa maksud menahan. Pada istilah syarak ialah
shiyam menahan makan, minum dan bersetubuh diantara suami dan isteri dari waktu fajar
sehingga waktu maghrib kerana menjunjung tinggi perintah Allah. Kini , perkataan shiyam
digantikan dengan perkataan puasa. Hal ini kerana sebelum kedatangan islam lagi sudah ada
amalan berpuasa yang dilakukan oleh nenek moyang terdahulu. [ CITATION Hamka \l 1033 ]

Cara Agama Lain Berpuasa


Sehingga kini, orang yahudi akan berpuasa pada hari-hari tertentu. Contohnya, puasa satu
minggu sebagai peringatan hancurnya Jerusalem dan diambil kembali. Pada hari kesepuluh pada
bulan ketujuh menggikut perhitungan mereka akan puasa sehingga malam. Nabi musa sendiri
pernah puasa selama 40 hari.
Puasa orang kristien yang terkenal ialah Puasa Besar sebelum hari Paskah. Sebahagian mereka
berpuasa pada hari-hari tertentu dari makanan tertentu. Contohnya , puasa dari daging, puasa dari
ikan dan puasa dari telur dan susu. Ada juga yang menurut peraturan lama yang makan hanya
sekali dalam sehari semalam.
Orang beragama hindu berpuasa. Pendeta budha iaitu Budha Bikshu berpuasa sehari semalam
bermula tengahari sehingga malam. Mereka hanya berpuasa makan kerana diberi keizinan untuk
minum. [ CITATION Hamka \l 1033 ]

1
HUKUM BERPUASA
Puasa Ramadhan adalah salah satu dari rukun Islam yang diwajibkan kepada setiap mukmin
yang perlu dipatuhi dan diamalkan sepanjang hayat. Nabi Muhammad bersabda ; “ Dirikanlah
agama islam atas lima sendi: mengakui bahawa tiada tuhan selain Allah , mendirikan solat ,
mengeluarkan zakat , berpuasa pada bulan ramadhan dan mengerjakan Haji ke Baitullah”
( riwayat bukhary dan muslim)
Puasa diwajibkan keatas umat islam seperti yang diwajibkan ke atas umat yang terdahulu. Jika
seorang muslim itu berada dalam keadaan sihat, pada bulan Ramadhan maka dia wajib berpuasa.
Seluruh Ulama Islam sepakat menetapkan bahawasanya puasa pada bulan Ramadhan adalah
salah satu rukun islam kerana ia wajib dikerjakan. [ CITATION Bakti18 \l 1033 ]

Syarat wajib puasa


1. Islam
Orang yang bukan beragama islam tidak dituntut untuk berpuasa sepertimana umat islam
2. Baligh
Kanak-kanak yang belum cukup umur tidak diwajibkan berpuasa. Akan tetapi, orang
yang lebih tua mestilah menjalankan tanggungjawab untuk mendidik mereka untuk
berpuasa sejak kecil. Dalam konteks ini, cukup umur membawa maksud, keluarnya darah
haid atau air mani.
3. Berakal
Orang yang ada penyakit mental seperti gila tidak diwajibkan bepuasa
4. Berkuasa
Tidak uzur syar’e iaitu tidak keluar darah haid, nifas atau wiladah .
Syarat sah puasa
1. Islam
Tidak sah puasa bagi orang- orang kafir. Walaupun hanta sesaaat seseorang itu murtad,
maka batallah puasa mereka.
2. Berakal (tamyiz)
Tidak sah puasa kanak-kanak yang belum mumayyiz serta yang tidak memiliki akal lagi.
Orang yang gila walaupun hanya satu saat dari harinya berpuasa adalah batal.
3. Menahan diri dari perkara yang mebalatakan puasa
Puasa seseorang sah apabila ia dapat menjauhi dan meninggalkan perkara-perkara yang
dapat membatalkan puasa diantaranya adalah makan, minum, muntah dengan sengaja,
mengeluarkan mani dengan sengaja serta bersetubuh dengan pasangan.
4. Mumayyiz
Masksud mumayyiz dalam Bahasa arab ialah dapat meberzakan perkara yang baik dan
buruk. Kebiasaannya, usia kanak-kanak yang mencapai mumayyiz adalah dalam tempoh
5 - 11 tahun. Jadi , kanak-kanak ini tidak wajib berpuasa tapi puasa mereka adalah sah.

2
5. Niat.
Niat merupakan salah satu dalam rukun berpuasa. Tanpa niat pada malam hari sebelum
berpuasa, maka tidak sah puasa seesokkan hari itu.
6. Suci dari haid dan nifas
Batal puasa seseorang wanita yang datangnya nifas atau haid walaupun hanya seketika
dalam hari mereka berpuasa.

RUKUN PUASA
1.Niat
Niat adalah termasuk dalam syarat sah puasa dan hukumnya wajib. Setiap ibadah wajib seperti
puasa pada bulan Ramadhan adalah satu ibadah (ibadah mahdhoh) dan ianya tidak sah melainkan
berserta niat.

sabda Nabi ‫ﷺ‬:

ِ ‫إِ َّن َما األَ ْع َمال ُ بِال ِّن َّيا‬


‫ت‬

Maksudnya: Hanya sahnya perbuatan-perbuatan itu dengan niat

                               (Riwayat Al-Bukhari)

Kebanyakkan kitab fiqh telah mengariskan panduan dalam syarat-syarat untuk berniat untuk
memudahkan umat islam memahaminya.

1. Al-Jazm (‫)الجزم‬: yang dimaksudkan di sini adalah benar-benar memastikan tanpa ragu-


ragu.

2. Al-Ta’yiin (‫)التعيين‬: iaitu penentuan jenis puasa. Seseorang yang ingin berpuasa perlulah


menentukan jenis puasanya sama ada ianya puasa Ramadhan, wajib (qadha’, kaffarah,
nazar) ataupun sunat (Isnin-Khamis, hari Arafah, ‘Asyura dsb.). Tidak memadai dengan
berniat secara mutlaq untuk berpuasa.

3. Al-Tabyiit (‫)التبييت‬: menetapkan niat pada malam hari. Waktunya adalah selepas


tenggelamnya matahari sehinggalah terbitnya fajar sadiq (waktu bersahur juga masih
dikira sebagai waktu untuk berniat). Ini adalah syarat di sisi al-Malikiyyah, al-
Syafi’iyyah dan juga al-Hanabilah. Ini berdasarkan sebuah hadith Nabi ‫ﷺ‬
riwayat Hafsah R.Anha:

ِ َ‫صيَا َم قَ ْب َل ا ْلفَ ْج ِر فَال‬


ُ‫صيَا َم لَه‬ ِّ ‫َمنْ لَ ْم يُ ْج ِم ِع ال‬
Maksudnya: Barangsiapa yang tidak berniat (pada malam hari) sebelum terbit fajar, maka
tiada puasa baginya (pada hari tersebut).

3
Riwayat Abu Daud (2454). Status Hadith: Sahih.

 [ CITATION SSD16 \l 1033 ]

Dalam menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadan khususnya, umat islam wajib niat puasa
pada malam hari tersebut.Para ulama telah membahaskan hal permasahalan yang timbul dalam
isu niat ini. Pertama, menurut al-Imam Malik adalah memadai dengan niat dimalam pertama
bagi keseluruhan sebulan puasa Ramadhan(niat puasa sebulan). Kedua, berdasarkan hadith
Hafsah Ranha puasa itu adalah untuk setiap harinya tersendiri.
Oleh yang demikian, para ulama telah memilih untuk menurut mazhab kita iaitu mazhab imam
Al-Syafie iaitu niat perlulah diperbaharui setiap malam untuk berpuasa. Akan tetapi, tidak
menjadi satu kesalahan untuk berniat puasa selama sebulan. hal ini sebagai langkah berjaga-jaga
kita dalam memastikan ibadah kita adalah sah.

Lafaz niat puasa dalam bulan ramadhan :-


1. Lafaz niat puasa harian di bulan Ramadan

Maksudnya : sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini
kerana Allah taala.
2. Lafaz niat puasa sebulan di bulan Ramadhan

Maksudnya : sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bula ramadhan kerana Allah taala.

2. Menahan diri dari perkara-perkara yang membalatalkan puasa dari terbit fajar
hingga terbenam matahari
Perkara yang membatalkan puasa
1. Memasukkan sesuatu kedalam rongga badan dengan senggaja.
2. Muntah dengan sengaja
3. Gila.
4. Pengsan atau pitam sepanjang hari.
5. Murtad.
6. Berbuka puasa sebelum terbenamnya matahari
4
7. Haid, nifas dan wiladah.
8. Mengeluarkan air mani dengan sengaja
9. Bersetubuh di siang hari .
10. Makan dengan sengaja
11. Melahirkan anak

Perkara makhruh ketika berpuasa


1. Berbekam
2. Merasa makanan dengan lidah
3. Berkumur berlebih-lebihan
4. Banyak mandi untuk menyegarkan badan
5. Tidur sepanjang hari
6. Melakukan perkara yang sia-sia
7. Mengosok gigi selepas gelincir matahari
8. Mengunakan air secara berlebihan ketika berwuduk.

Perkara sunat yang dilakukan ketika berpuasa


1. Bersahur dan melewatkan waktunya sehingga sebelum terbitnya waktu fajar
2. Menyegerakan berbuka puasa apabila tiba waktu
3. Berdoa sebelum berbuka
4. Berbuka puasa dengan buah tamar atau sesuatu yang manis
5. Bersedekah dan membaca Al-Quran
6. Memberi jamuan berbuka kepada orang lain
7. Memperbanyak berdoa, zikir dan solat tarawih

Jenis- jenis puasa


Wajib
1. Puasa pada bulan Ramadhan
2. Puasa qada
3. Puasa setelah bernazar

Sunat
1. Hari Arafah iaitu puasa hari yang ke 9 daripada bulan Zul Hijjah selain dari orang yang
mengerjakan haji dan musafir
2. Puasa hari Asyura iaitu hari yang ke 9 dan 10 pada bulan muharram
3. Puasa hari isnin dan khamis

5
4. Puasa eman hari pada bulan syawal
5. Puasa pada hari bain iaitu hari ke 13 , 14 , dan 15 pada setiap bulan

Makhruh
1. Puasa sunat hanya pada hari jumaat atau sabtu
2. Berpuasa sepanjang tahun

Haram
1. Hari raya puasa
2. Hari raya haji
3. Puasa pada 11, 12, 13 Zulhijjah
4. Hari syak iaitu pada 30 syaaban

RUKHSAH PUASA
Islam merupakan agama yang indah dan tidak menyusahkan umatnya. Umat islam wajib
melaksanakan ibadah puasa pada bulan Ramadhan tetapi untuk yang tidak berkemampuan telah
diberi kelonggaran. Mereka yang perlu berpuasa tetapi jika dia mengerjakannya akan membawa
kemudaratan seperti orang yang terlalu tua atau sakit yang berlarutan. Mereka juga tidak mampu
untuk mengantikanya pada hari yang bukan bulan Ramadhan, jadi kelonggaran yang diberikan
adalah dengan membayar fidyah iaitu dengan cara memberi makan orang miskin. Syaratnya ,
makanan yang diberikan itu cukup kenyang untuk dimakan sehari.
Terdapat hadis yang menerangkan bahwa fidyah itu hanya satu mudd iaitu satu liter beras.
Sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka bolehlah dia berbuka. Tetapi, mereka hendaklah
menggantikan dengan berpuasa pada hari-hari yang lain mengikut jumlah puasa yang
ditinggalkan. Dengan kemudahan yang Allah S.W.T. berikan itu maka Allah S.W.T.
menghendaki umat islam agar beroleh kemudahan selain Dia menghendaki hambanya
menanggung kesukaran. Di samping itu, Allah mengkehendaki supaya mereka mengcukupkan
bilangan puasa sebulan Ramadhan dengan menggantikan puasa berdasarkan hari-hari yang telah
ditinggalkan. Dengan itu, mereka akan membesar dan memuji Allah S.W.T. yang begitu banyak
diberikan kepada hambanya. [ CITATION SalahudinOmar \l 1033 ].
Menurut tafsiran dari Saidina Ali bin Abu Thalib, diriwayatkan oleh Ibnu Jarir, orang yang
keberatan atasnya itu ialah orang yang sangat tua dan tidak kuat lagi untuk mengerjakan ibadah
puasa. Makan dibenarkan dia untuk berbuka puasa dan memberi makan seorang miskin untuk
setiap hari yang ditinggalkan.
Menurut riwayat lagi dari Abd bin Humaid dan Ad-Daruquthni, dari Ibnu Abbas, bahawa beliau
Ibnu Abbas mengatakan kepada ibu kepada anak-anaknya yang sedang hamil atau yang sedang
menyusukan anak tidak mampu mengerjakan puasa supaya berbuka sahaja lalu memberi makan
kepada orang miskin dan tidak perlu mengqada’. [ CITATION Hamka \l 1033 ]

6
Golongan yang diharuskan berbuka puasa
1. Orang yang sakit memudharatkan dirinya kerana berpuasa sehingga mengharuskan
dirinya bertayamum. Adalah wajib untuknya menqada puasa yang ditinggal.

2. Orang yang sangat lapar dan sangat dahaga sehingga tidak tertahan. Adalah wajib
untuknya menqada puasa yang ditinggal.

3. Orang yang bermusafir yang jauhnya lebih 2 marhalah iaitu lebih 98 km/j . Dijawibkan
qada’ untuknya jika dia berbuka puasa.

4. Orang tua yang sakitnya tiada harapan sembuh dan tidak mampu berpuasa di haruskan
untuknya berbuka tatapi dikenakan membayar fidyah secupak satu hari dan tidak
diwajibkan qada.

5. Perempuan yang mengandung dan menyusukan anak walaupun anak mereka tersendiri
mahupun anak susuan, jika mendatangkan kemudaratan terhadap mereka perlulah
berbuka dan qadakan nya.

Akan tetapi , jika mereka takut untuk kemudharatan anak, mereka perlulah berbuka,
mengqadakan puasa mereka serta membayar fidyah untuk tiap-tiap hari yang
ditinggalkan puasa satu hari satu cupak.
[ CITATION Muh93 \l 1033 ]

Hikmah diharuskan berbuka puasa


1. Memberikan kemudahan dan keringanan terhadap mereka yang tidak dapat berpuasa
2. Menunjukkan Allah swt yang Maha Mengasihi hamba-hambanya yang memiliki
halangan can cabaran untuk berpuasa
3. Menjalankan ibadah puasa yang akan datang dengan lebih bersemangat
4. Walaupun berada dalam kekangan melaksanakan ibadah, mereka tetap mampu mejalani
kenidupan seharian berdasarkan prinsip islam.

Hukum menggantikan puasa bagi mereka yang meninggal dunia


7
Bagi mereka yang meninggal dunia kerana sakit yang berterusan adalah tidak wajib keatas wali mereka.
Hal ini adalah karana kewajipan berpuasa mereka telah gugur akibat ketidak mampuan mereka
sehinggalah mereka meninggal dunia.
Sekiranya insan yang meninggal dunia itu mampu mengqada’kan puasa mereka semasa mereka masih
hidup dan tidak mengqada’kannya sehingga mereka meninggal duni adalah dibolehkan bagi wali untuk
berpuasa bagi pihak si mati.

 Ini berdasarkan hadis `Aisyah R.Anha yang mana Nabi SAW telah bersabda:

Maksudnya: Siapa yang mati dan padanya terdapat puasa yang belum digantikan,
maka berpuasa bagi pihak (si mati) walinya.

Riwayat al-Bukhari (1952) & Muslim (1147)

Dalam sebuah hadis yang lain, daripada Ibn `Abbas R.Anhuma, telah datang seorang
lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya ibuku
telah mati dan masih ada padanya baki puasa sebulan (yang belum diqadha’kan).
Adakah aku perlu menggantikannya?. Jawab Nabi SAW:

َ ‫َف َد ْينُ هَّللا ِ أَ َح ُّق أَنْ ُي ْق‬


‫ضى‬

Maksudnya: Adapun hutang Allah itu lebih berhak untuk dilunaskan.

Riwayat Abu Daud (3310)

Puasa yang tertangguh boleh digantikan oleh wali si mati dan juga boleh mengupah orang lain berpuasa
untuk si mati. Akan tetapi syarat yang diperlukan untuk orang upah berpuasa adalah dengan izin atau
wasiat dari si mati supaya ibadah puasa tersebut adalah sah. Sekiranya wali dan juga orang upahan tidak
berpuasa maka fidyah perlulah dikeluarkan setiap hari yang ditimggalkannya dengan satu cupak.
Sekiranya si mati tidak meninggalkan harta maka dibenarkan orang lain untuk mengeluarkan hartanya
untuk menyelesaikan hutang puasa. [ CITATION SSD17 \l 1033 ]

RAMADHAN DI RUMAH, BAGAIMANA?

8
Ramadhan 1441 bersamaan tahun 2020 pastinya menjadi kenangan dan pengajaran buat semua
umat Islam bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Pada tahun 2020, dunia
digemparkan dengan tragedi wabak COVID-19 yang semakin menggila dari hari ke hari. Tidak
dinafikan bencana berlaku dari semasa ke semasa - kemarau, banjir, gempa bumi dan
sebagainya, namun ia tidak berlaku serentak di seluruh dunia seperti mana yang sedang berlaku
ketika ini, yang memaksa seluruh penduduk dunia duduk di rumah, tidak berbuat apa-apa, hanya
menunggu. Adakah manusia sedang diberi pengajaran supaya sedar dan insaf buat kali terakhir?

Dikala umat Islam bersiap sedia menyambut ketibaan Ramadan, namun kali ini dalam
suasana suram tanpa solat terawih berjemaah di masjid dan majlis berbuka puasa susulan
pandemik COVID-19.Semua yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya,tidak kira
bagaimana suasananya, yakinlah Allah SWT telah menjanjikan ganjaran yang tidak ternilai
dan kemanisan Ramadhan pastinya sentiasa ada.

Allah berfirman: “Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, maka tidak ada yang
dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah Menghendaki kebaikan bagi kamu, maka
tidak ada yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia memberikan kebaikan kepada siapa sahaja yang
Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya. Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (Surah
Yunus ayat 107)

Walaupun pintu masjid ditutup, namun pintu syurga sentiasa terbuka. Umat Islam mestilah
mengambil peluang dan menggunakan masa ini dengan sebaiknya untuk memperbanyakkan
ibadah dan amalan terhadap Allah SWT. Kita masih lagi boleh menghidupkan ibadah Ramadhan
ini di rumah bersama keluarga. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah solat berjemaah,
melakukan tadarus Al-Quran bersama keluarga. Secara tidak langsung ia mendatangkan pelbagai
hikmah seperti mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara ahli keluarga yang dulunya
terbatas dek kesibukan duniawi dalam menjalankan aktiviti harian. Ia juga dapat mendidik dan
memperbaiki pengetahuan anak-anak tentang ibadah dengan mempraktikkannya di rumah
contohnya solat berjemaah.

Ramadhan kali ini juga pastinya mendatangkan hikmah kepada individu masing-masing,
contohnya ia mengajar kita erti kesusahan dan bersyukur dengan apa yang ada. Susulan daripada
keadaan dunia kini, punca rezeki manusia terbatas kerana mereka tidak dibenarkan keluar
berkerja seperti hari-hari biasa. Oleh itu, mereka dapat membuat persiapan diri, belajar berjimat-
cermat dan tidak boros dalam perbelanjaan begitu juga di bulan Ramadhan ini. Sedemikianlah,
manusia perlulah mengambil iktibar dengan apa yang terjadi dan muhasabah diri dan
memperbaiki amalan sendiri.

HIKMAH BERPUASA

9
Sebagai latihan dalam mengendalikan diri.
Orang yang beriman akan melatih diri untuk menahan nafsu dari melakukan perkara
yang dilarang kerana melaksanakan perintah Allah. Walaupun mereka tidak dilihat
oleh orang lain, tapi mereka wajib tahu dan percaya Allah itu maha melihat. Terdapat
dua nafsu yang mempengarui kehidupan iaitu nafsu kelamin atau sex dan nafsu perut.
Jika kedua elemen ini tidak dapat dikendalikan dengan baik maka hilangkan integreti
meka sebagai muslim. Kesabaran untuk menahan adalah nilai yang paling penting
bagi keteguhan jiwa. Nabi Muhammad saw bersabda: “ puasa adalah separuh dari
sabar” [ CITATION Hamka \l 1033 ]

1. Meningkatkan ketakwaan
Fokus mendapat keredhaan Allah swt dalam ibadat berpuasa perlulah berniat
mencapai ketakwaan. Umat islam perlulah mengerjakan puasa dengan bersungguh-
sungguh dengan keimanan dan kesedaran kerana dalam tempoh sebulan akan
memberi kesan kepada jiwa. Amalan- amalan yang ikuti semasa bulan ramadhan
seperti tadarus Al-quran, solat sunat terawikh akan mengasah keperibadian diri untuk
mencapai ketakwaan.

Puasa mampu merilalisasikan perintah Allah swt dan mampu menjaukan diri dari
larangannya. Orang yang berpuasa akan meninggalkan perkara yang diharamkan
Allah swt seperti makan, minum, melakukan persetubuhan dan perkara yang
mendatangkan dosa yang diinginkan nafsu. Mereka akan mendekatkan diri kepada
Allah lalu mengharapkan pahala dalam meninggalkan perkara yang dilarang. Hal ini
memunjukkan proses peningkatan ketakwaan dengan melatih diri yang pastinya
sentiasa diawasi oleh Allah swt kerana mengetahui, Allah itu maha melihat. Segala
dosa adalah dilarang dan allah sentiasa melihat hambanya melakukan kebaikkan juga
kemungkaran. [ CITATION Sya06 \l 1033 ]

2. Menghadirkan rasa bersyukur dengan perkara yang diperoleh


Amalan berpuasa mampu menjadikan umat islam menjadi bersyukur dengan perkara
yang dimiliki dalam diri mereka. Dalam menahan nafsu, lapar dan dahaga, pasti
mereka akan meriflek diri dan memikirkan nasib terhadap insan yang kurang bernasib
baik. Bagaimana orang yang miskin menjalani kehidupan mereka sepanjang tahun
menghadap nasib untuk menahan lapar bagi meneruskan hidup mereka. Perasaan
kasihan ini menjadikan umat islam lebih prihatin dan ‘buka mata’ terhadap mereka
yang memerlukan bantuan. Umat islam perlu bersyukur dengan nikmat kurniaan
Allah kepada mereka. Tilaklah akan berkurang harta yang diinfaqkan dengan iklhlas
kerana Allah melaikan Allah akan mengantikannya dengan berlipat ganda.

10
RUJUKAN

Al-Bakri, S. D. (2016). IRSYAD AL-FATWA. NIAT PUASA SETIAP MALAM ATAU NIAT 30 HARI SEKALIGUS?, -.

Al-Bakri, S. D. (2017). IRSYAD AL-FATWA. HUKUM MENGGANTIKAN PUASA BAGI YANG TELAH
MENINGGAL DUNIA, -.

Al-Fatani, M. b. (1993). Matla' Al-Badrain . Kuala lumpur : Jabatan Perdana Menteri Jabatan Agama
Islam Wilayah Persekutuan .

Andrian, B. (2018 ). Nilai-nilai pendidikan islam dalam pengamalan puasa ramahdan menurut tafsir al-
misbah . puasa.

as-Sa'di, S. A. (2006). Tafsir As-Sa'di. Riyadh : pustaka sahifa .

Hamka, P. D. (1984). Tafsir Al Azhar. Indonesia: Yayasan Nurulislam.

Salahuddin Abdullah, O. K. (2009 ). Tafsir Mubin . Selangor, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shaleh, Q. (1990). Asbabun Nuzul . Bandung : Klang Book Centre.

11

Anda mungkin juga menyukai