Anda di halaman 1dari 7

PUASA

Pengertian Puasa

Bahasa :
menahan diri daripada melakukan sesuatu iaitu makan, minum dan bercakap.

Istilah :
● puasa bermaksud menahan diri pada waktu siang daripada melakukan
perkara-perkara tertentu dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
● mencegah diri daripada memenuhi dan melayan tuntutan syahwat perut seperti
memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan pada waktu yang tertentu iaitu dari
fajar sehingga terbenam matahari.

Sejarah Pensyariatan Puasa

● Puasa bulan Ramadhan difardhukan pada bulan Sya'ban tahun kedua Hijrah.

Dalil Persyariatan Puasa pada Bulan Ramadhan

Al-Quran : Surah Al-Baqarah 185

ِ ۚ ‫ت م َِّن ْاله ُٰدى َو ْالفُرْ َق‬


‫ان َف َمنْ َش ِهدَ ِم ْن ُك ُم ال َّشه َْر َف ْل َيصُمْ ُه‬ ٍ ‫اس َو َبي ِّٰن‬
ِ ‫ان الَّذِيْٓ ا ُ ْن ِز َل ِف ْي ِه ْالقُرْ ٰانُ ُه ًدى لِّل َّن‬
َ ‫ض‬َ ‫َش ْه ُر َر َم‬

"Bulan Ramadan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'an, sebagai petunjuk
bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang
benar dan yang batil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu ada di bulan itu, maka
berpuasalah.”

Hadis :
Rasulullah SAW brrsabda : "Islam dibina atas lima perkara, iaitu bersaksikan bahawa tiada
Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya selain Allah, dan Nabi Muhammad ialah
persuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji dan puasa pada
bulan Ramadhan."

Hukum Meninggalkan Puasa Bulan Ramadhan Tanpa Keuzuran:

● Sesiapa yang mengingkari kewajibannya, akan menjadi kafir dan disuruh bertaubat
sebagaimana orang murtad.
● Enggan bertaubat dijatuhi hukuman bunuh sekiranya dia telah lama memeluk agama
Islan dan tidak tinggal berjauhan daripada ulamak.

Syarat Wajib puasa

1. Islam
2. Mukallaf
3. Tiada sebarang keuzuran yang menghalang puasa dan mengharuskan berbuka:
i. Keuzuran yg menghalang puasa.
ii. Haid atau nifas pd sebahagian waktu siang.
iii. Pitam atau gila sepanjang hari.

Keuzuran yang Mengharuskan Berbuka:

i. Penyakit yang memudaratkan atau menyebabkan penderitaan yang teruk.

ii. Perjalanan yang jauh.


Allah berfirman :
"Dan sesiapa sakit atau dalam musafir, maka (bolehlah ia berbuka, kemudian
wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan pada hari hari yang lain."
Surah Al Baqarah : 185

iii. Tidak berupaya melakukan puasa, disebabkan tua atau penyakit tiada harapan
untuk sembuh

Syarat Sah Puasa

i. Islam
ii. Berakal atau mumayyiz : mampu membezakan baik dan buruk.
iii. Tiada sebarang keuzuran yang menghalangkan berpuasa.

Rukun Puasa

1. Niat : mengqasadkan puasa.

● Niat didalam hati dan tidak memadai dengan lisan.


Nabi SAW bersabda :
"Sesungguhnya setiap amalan dengan niat."
Riwayat Al Bukhari : 1

● Syarat Niat Puasa Ramadhan:

i. Berniat pada Waktu Malam.


● Nabi SAW bersabda: "Sesiapa tidak berniat puasa sebelum terbit fajar, maka
puasanya tidak sah."

ii. Menentukan jenis puasa.


● Nabi SAW bersabda : "Sesungguhnya setiap amalan adalah dengan niat, dan
seseorang hanya mendapat apa yg diniatkannya."

iii. Niat Berulang ulang.


● hendaklah berniat puasa pada hari berikutnya pada setiap malan sebelum
fajar terbit, kerana puasa Ramadhan bukanlah ibadat yang tunggal. Ia adalah
ibadat yang berulang ulang dan setiap satu ibadat mempunyai niat yang
tersendiri.
2. Menahan Diri daripada Perkara yang Membatalkan :

1) Makan dan minum.


2) Sesuatu benda masuk kedalam rongga melalui ruang yang sedia terbuka.
3) Muntah dengan sengaja.
4) Bersetubuh dengan sengaja.
5) Mengeluarkan air mani.
6) Haidh dan Nifas.
7) Gila dan murtad.

Qadha’ dan fidyah puasa ramadhan

Pengertian Qadha’

● bahasa : membayar

● syara’ : mengerjakan semula atau menggantikan ibadat puasa yang tidak sah,
tertinggal, atau sengaja di tinggalkan pada hari yang lain.

Hukum Qadha’

● Wajib menggantikan puasa Ramadhan bagi yang membatalkan puasa


Ramadhannya sama ada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran.

Waktu Qadha’ Puasa Ramadan :

● selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya.

Pengertian Fidyah

● mengeluarkan secupak makanan asasi sesebuah Negara yang diberikan kepada


fakir miskin bagi setiap hari puasa yang di tinggalkan.

Hukum Fidyah

● Wajib dikeluarkan

Kadar Fidyah

● sehari secupak makanan ruji = ⅓ kati baghdad iaitu 600 g


● Jika bayar dengan duit, harga berbeza mengikut negeri di Malaysia (¼ faripada zakat
fitrah)
Sebab-sebab wajib Fidyah

1) Tidak mampu melakukan ibadah puasa


2) Sakit yang tidak mampu untuk sembuh
3) Perempuan hamil atau menyusukan anak iaitu jika berpuasa mendatangkan
mudharat kepada anak yang di kandung dan boleh mengurangkan air susu
4) Mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya

1. Musafir dan Sakit

● Meninggalkan puasa kerana dua sebab ini wajib qadha' sebelum datang Ramadhan
akan datang.
● Kalau dia lengah-lengah (malas) sehingga masuk Ramadhan berikutnya dia
BERDOSA wajib qadha' dan fidyah.
● Kalau sakit bertahun-tahun dia hanya perlu qadha' tak perlu fidyah.
● Sekiranya dia mati dan tak sempat qadha', jadi dia tak berdosa dan tak perlu minta
orang lain qadha'kan kerana dia tidak melalaikannya (qadha' puasanya).
● Sekiranya dia mati dalam keadaan dia mampu qadha' sebelum tu, maka wali dia
DISUNATKAN qadha'kan har-hari yang ditinggal oleh si mati.
● Sekiranya tiada seorang pun nak ganti puasa dia, wajib keluarkan satu cupak
makanan dari harta pusaka dia. Kalau harta pun tiada, orang lain boleh keluarkan
bagi pihaknya dan terlepaslah dosanya.

2. Orang yang terlalu tua dan pesakit yang tiada harapan untuk sembuh

● Wajib bersedekah satu cupak makanan asasi bagi setiap hari yang ditinggalkan
● Orang sakit tiada harapan sembuh dan orang tua yang tak mampu puasa hukumnya
sama.
3. Perempuan hamil dan menyusukan anak.

● Wujud mudharat kalau berpuasa, samada pada diri sendiri atau kandungan atau
anak yang disusukan maka boleh berbuka dan qadha' sebelum datang Ramadhan
akan datang dan secupak makanan asasi bagi setiap hari yang ditinggalkan

Kaffarah puasa Ramadhan yang dibatalkan

i. Sebab Wajib Kaffarah:

disebabkan sengaja membatalkan puasa Ramadhan dengan melakukan


persetubuhan dengan syarat, dia menyedari bahawa dirinya berpuasa serta
mengetahui perbuatannya haram dan bukan dalam bermusafir yang diberikan
keringanan.

ii. Orang yang Wajib Kaffarah:

wajib ke atas suami yang melakukan persetubuhan. Kaffarah tidak wajib ke atas
isteri atau wanita yg disetubuhi, sekalipun mereka berpuasa.

iii. Kaffarah Puasa Ramadhan yang Dibatalkan dengan Persetubuhan :

● wajib kerana membatalkan puasa Ramadhan dengan persetubuhan ialah


membebaskan seorang hamba sahaya, beragama islam samada lelaki atau wanita.
● tidak mampu hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut j
● jika tidak mampu, dia hendaklah memberi makan 60 orang fakir miskin setiap orang
secupak makanan kebiasaan penduduk negeri itu.
Puasa Sunat

Tujuan Puasa Sunat :

● bertujuan menghampirkan diri kepada Allah SWT dengan mengerjakan ibadat-ibadat


bukan fardhu dan antara ibadat yang afdal.

Hikmah Pensyariatan :

● untuk meningkatkan pengabdian dan pendampingan diri kepada Allah SWT.

Jenis Puasa Sunat :

1. Puasa pada hari Arafah


- 9 Zulhijjah bagi orang-orang tidak mengerjakan ibadat haji.
● Nabi SAW Bersabda :
“Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.”
Riwayat Muslim : 1162

2. Puasa pada hari Asyura dan Tasu’aa’


– hari yang ke sepuluh bulan Muharram, manakala Tasu’aa’ pula adalah hari
kesembilan pada bulan tersebut.
● Rasulullah SAW bersabda :
“Ia menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu.”
Riwayat Muslim : 1162

3. Puasa Sunat hari Isnin dan Khamis :


● “Rasulullah SAW mengambil berat tentang puasa pada hari isnin dan
khamis.”
● Riwayat Al Tarmizi : 745

4. Puasa Tiga hari pada Setiap Bulan :


– hari yang afdal untuk melakukan puasa tersebut ialah pada bulan yang
mengambang, iaitu 13, 14 & 15 setiap bulab Islam yang dikenali sebagai
hari-hari putih. Kerana malam tersebut cahaya terang benderang cahaya
bulan.
● Rasulullah SAW bersabda :
“Kelebihan puasa pada 3 hari setiap bulan menyamai puasa sepanjang
tahun.”
Riwayat Muslim : 1162

5. Puasa Enam Hari pada Bulan Syawal :


– afdal adalah puasa berturut-turut sebaik sahaja selepas hari raya Aidil Fitri.
● Nabi SAW bersabda :
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan diikuti dengan puasa enam
hari dalam bulan Syawal, seolah olah dia berpuasa sepanjang tahun.”
Riwayat Muslim : 1264
Puasa Makruh

● hamba Allah tugasnya ialah patuh beribadat semata-mata keranaNya samada


berpuasa, berbuka atau apa-apa sahaja yang dikehendakinya.
● amalan yang berpahala sekiranya ditinggalkan, melakukan tidak berpahala maupun
berdosa.

1. Puasa pada hari Jumaat sahaja


– makruh. Rasulullah SAW bersabda :
● “Jangan sesiapapun dikalangan kamu berpuasa pada hari Jumaat kecuali
berpuasalah juga pada hari sebelum atau selepasnya.”
Riwayat Al Bukhari : 1884

2. Puasa pada hari Sabtu sahaja


– makruh. Nabi SAW bersabda :
● “Jangan kamu berpuasa pada hari Sabtu kecuali yang Allah fardhukan
kepada kamu.”
Riwayat Al Tarmizi : 744
– makruh berpuasa pada hari Ahad sahaja kerana orang Yahudi
menagungkan hari Sabtu sementara orang Nasrani menagungkan hari Ahad.

3. Puasa sepanjang Tahun


– makruh berpuasa sepanjang tahun, bimbangkan kesihatan. Sekiranya
puasa tersebut tidak membahayakan diri dan tidak pula menjejaskan hak
orang lain , ia tidak makruh, malah sunat dilakukan.

Puasa yang diHaramkan

1. Puasa di Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha.

2. Puasa pada 3 hari Tasyriq


– hari selepas hari raya Adil Adha iaitu 11, 12 & 13 zulhijjah.

3. Puasa pada hari Syak


– hari yangbke 30 Syaaban kerana apabila anak bulan tidak kelihatan orang ramai
meragui hari itu sama ada dalam bulan Syaaban atau bulan Ramadhan.

4. Puasa pada Setengah Bulan yang kedua pada Bulan Syaaban


– haram berpuasa pada setengah bulan yang kedua pada Bulan Syaaban : “Apabila
setengah bulan Syaaban berlalu, janganlah kamu berpuasa.”
Riwayat Abu Daud : 2337

Anda mungkin juga menyukai