Anda di halaman 1dari 6

Puasa (bahasa Arab: ‫ )صوم‬secara bahasanya boleh diertikan sebagai "menahan diri".

Dari segi
istilah syarak, puasa bermaksud "menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang
membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sidik sehingga terbenam matahari berserta niat".

Puasa Ramadan
Puasa Ramadan ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang
boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan
Ramadan. Hukum puasa Ramadan adalah wajib bagi umat Islam. Umat Islam juga dikehendaki
menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau
bergaduh. Hal ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta
bertolak ansur dalam diri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni
dalam diri pelakunya.

Dalil wajib puasa Ramadan


Firman Allah SWT:
“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah
diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang
bertakwa. “ – (Surah al-Baqarah: 183)
Hadis Rasulullah SAW:
Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan
Al Baihaqi daripada Abu Hurairah, yang bermaksud:
" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan bulan yang penuh berkat. Allah telah
memfardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadan itu, dibuka segala pintu
syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

Niat puasa Ramadan


Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam apa-apa bahasa yang
difahami. Begitupun, lebih baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat cinta
kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.[perlu rujukan]

Lafaz niat
Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

‫َنَوْيُت َصْوَم َرَمَضاَن ِهَّلِل َتَعاَل ى‬

Niatnya: Sahaja aku berpuasa Ramadan kerana Allah Taala.


Lafaz Niat Yang Lengkap:

‫َنَوْيُت َصْوَم َغٍد َعْن َأَداِء َفْرِض َرَمَضاَن َهِذِه الَّسَنِة ِهَّلِل َتَعاَل ى‬

Niatnya: Sahaja aku berpuasa esok hari bagi menunaikan puasa Ramadan tahun ini kerana Allah
Taala.
(nawaitu sauma ghadin an ada-i fardi ramadana hazihis sanati lillahi taala)

 Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa, malah ada
niat atau cita-cita dalam hati untuk bangun sahur itu juga dikira sudah berniat untuk
berpuasa kerana seseorang itu tidak bangun sahur atau bercita-cita bangun sahur
melainkan bertujuan untuk berpuasa esok harinya, melainkan jika dia memang berniat
tidak mahu berpuasa jika tidak terjaga semasa waktu sahur.[perlu rujukan]
Menurut mazhab Syafie, Hanafi dan Hambali, bagi puasa Ramadan itu wajib diniatkan pada setiap
malam sepanjang bulan tersebut; waktunya mulai terbenam matahari hinggalah sebelum terbir fajar
pada malam-malam tersebut. Manakala mazhab Maliki pula menyatakan bagi puasa Ramadan itu,
memadai diniatkan sekali sahaja iaitu pada malam pertama dengan meniatkan sebulan penuh.[1]
Lafaz niat puasa Ramadan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:

‫َﻧَﻮْﻳُﺖ َﺻْﻮَﻡ َﺷْﻬِﺮ َﺭَﻣَﻀﺎَﻥ ُكِّلِه ِﻪَّﻠِﻟ َﺗَﻌﺎَﻟ ﻰ‬

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.
(Nawaitu sauma syahri ramadana kullihi lillaahi ta’aalaa)

 Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama
Ramadan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada
malamnya. Umat Islam di Malaysia mengikuti pendapat Imam Malik yang membolehkan
berniat untuk sebulan sekali gus.
 Namun begitu, jika puasa Ramadhan terputus oleh sesuatu sebab, seperti haid, sakit
atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa
yang seterusnya, tetapi hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang
menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Dengan erti kata lain,
memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari puasa Ramadan yang berbaki, iaitu
lafaz niatnya:

‫َنَوْيُت َصْوَم َغٍد َو ِإَل ى َءاِخِر َرَمَضاَن ِهَّلِل َتَعاَل ى‬

Niatnya: Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadan ini kerana Allah Taala.

Waktu berniat
Waktu berniat bermula dari terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardu
maghrib hinggalah sebelum terbit fajar sidik (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa
pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Kelebihan bulan Ramadan


Bulan Ramadan ialah bulan yang penuh dengan keberkatan. Umat Islam mempercayai pada bulan
Ramadan, ada satu malam yang lebih baik dariapada seribu bulan iaitu Lailatulqadar atau Malam al-
Qadar. Lailatulqadar atau Malam Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadan yang lebih baik
daripada 1,000 bulan. Dipercayai sesiapa yang beramal pada malam tersebut, sama seperti
beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan.

Rasulullah mengatakan sesiapa yang tidak mendapatnya, dia tergolong daripada orang yang
amat rugi. Lailatulqadar satu malam dalam bulan Ramadan yang tidak diketahui dengan tepat
tarikhnya. Lebih diharapkan untuk mendapatkannya pada 10 malam yang terakhir Ramadan,
terutama malam-malam yang ganjil daripada 10 hari terakhir Ramadan tersebut. Waktunya dikira
apabila masuk waktu maghrib sehingga terbit fajar. Pada malam al-Quran diturunkan, malam Qadar
berlaku pada 17 Ramadan, sementara menurut al-Mubarakfury al-Quran turun pada malam 21
Ramadan.
Orang yang pasti mendapat sebahagian lailatulqadar ialah orang yang solat fardu maghrib dan isyak
secara berjemaah sepanjang bulan Ramadan, dan dia tidur dengan azam yang kuat untuk solat
subuh berjemaah.

Sabda Rasulullah “Sesiapa yang solat isyak berjemaah, maka seolah-olah dia telah
berqiyamulail separuh malam; Dan sesiapa yang solat subuh berjemaah, maka seolah-olah dia
telah bersolat sepanjang malam.”
(Hadis Sahih Riwayat Imam Tarmizi, Ibnu Majah dan Nasai)

Sabda Rasulullah : "Allah berfirman; "Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan
minum serta syahwatnya kerana-Ku. Puasa (yang dikerjakan) kerana-Ku. Puasa adalah untuk-Ku.
Sedangkan, Aku memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali
ganda kecuali ibadah puasa. Hal ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-Ku, dan (sudah tentu) Aku
sendiri yang akan memberi balasannya."
(Hadis diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al-Muwattha, Kitab al-Syiyam. No:603)

Kerugian meninggalkan puasa Ramadan


Pahala puasa Ramadan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja bukan
sahaja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar,
satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh
ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Hal ini jelas
sebagaimana sabda Nabi Muhammad bermaksud:
“Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadan tanpa ada rukhsah (uzur syarak) dan tidak juga
kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia
berpuasa seumur hidup.”
(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Abu Umamah ra berkata; "Aku bertanya kepada Rasulullah : "Ya Rasulullah, tunjukkan daku
suatu amalan yang membolehkan daku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah
bersabda: "Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tiada satu cara pun yang mampu
menandinginya."
(Hadis diriwayatkan oleh Ibn Hibban. No:3494)

Hukum puasa
Puasa Wajib
1. Puasa pada bulan Ramadhan merupakan salah satu Rukun Islam. Syariat puasa
Ramadhan difardukan kepada umat Muhammad SAW pada tahun ke-2 Hijrah.
Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam.
2. Puasa Kifarah.
3. Puasa qadak
4. Puasa nazar.
Puasa Sunat[sunting | sunting sumber]
Hari-hari berikut disunatkan berpuasa bagi umat Islam:

1. Puasa enam hari pada bulan Syawal


2. Puasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijah, namun menurut Ahli Sunah
Waljamaah (Sunni), berpuasa pada 9 Zulhijjah adalah haram bagi orang yang
menunaikan ibadah Haji. Berpuasa pada 9 Zulhijah juga adalah dilarang dalam
Mazhab Syiah.
3. Puasa pada hari tasu'a 9 Muharam dan Hari Asyura pada 10 Muharam
4. Puasa pada Hari Isnin dan Khamis
5. Puasa pada 13, 14, 15 hari bulan pada setiap bulan Islam Hijrah. Pada tarikh-tarikh
tersebut, bulan akan berada dalam keadaan amat jelas kelihatan serta purnama
penuh. Juga dikenali sebagai Puasa Hari Putih.
Puasa Haram[sunting | sunting sumber]
Rencana utama: Tempoh haram puasa

1. Puasa pada Hari Syak pada hari 30 Syaaban


2. Puasa pada Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal
3. Puasa pada Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijah
4. Puasa pada Hari Tashriq pada 11, 12, 13 Zulhijah
5. Puasa perempuan haid dan Nifas
6. Puasa pada Hari Arafah yakni pada 9 Zulhijah, larangan berpuasa menurut
Mazhab Syiah, tetapi berpuasa pada hari tersebut adalah sunat bagi Muslim yang
mengikuti Mazhab Ahli Sunah Waljamaah, namun menurut pandangan Ahli Sunah
Waljamaah juga, haram berpuasa pada hari tersebut bagi orang yang
menunaikan Haji di Arafah.
7. Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya sedangkan suaminya berada
di rumah
8. Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudarat ke atas dirinya kerana
berpuasa

Syarat wajib puasa[sunting | sunting sumber]


Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan
Ramadan:

 Berakal/waras
 Baligh (cukup umur)
 Mampu/tidak uzur.

Syarat sah puasa[sunting | sunting sumber]


Syarat puasa itu diterima dalam Islam (sah) ialah:

 Orang Islam
 Berakal – tidak sah jika gila atau kanak-kanak belum mumaiyiz
 Suci daripada haid dan nifas
 Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa

Rukun puasa[sunting | sunting sumber]


Rukun puasa ada dua, iaitu:

 Berniat pada malam harinya


 Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga
terbenam matahari

Sunat puasa[sunting | sunting sumber]


Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:

 Makan sahur serta melambatkannya


 Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang
manis atau air
 Menjamu orang-orang berbuka puasa
 Solat Tarawih pada malam harinya
 Memperbanyak ibadah dan berbuat kebaikan
 Berungguh-sungguh dan tekun berjaga malam pada 10 malam terakhir Ramadan untuk
mendapatkan malam al-Qadar atau Lailatulqadar

Perkara yang membatalkan puasa[sunting | sunting sumber]


Perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:

 Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit,
seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
 Muntah dengan sengaja
 Bersetubuh di siang hari
 Mengeluarkan air mani dengan sengaja
 Keluar darah haid atau nifas
 Hilang akal (seperti gila)
 Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
 Merokok di siang hari (termasuk menghisap ganja atau dadah)
 Murtad (keluar dari Islam)
 Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau
penyegar mulut dan sebagainya. Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau
udara ke dalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan
ketidakselesaan pada rongga (dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan
dengan sengaja).

Mereka yang diizinkan berbuka puasa sebelum waktunya


Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:

 Orang yang sakit


 Orang yang berkerja buruh
 Orang yang dalam perjalanan lebih daripada 2 marhalah (musafir)
 Orang tua yang sudah lemah
 Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak

Doa buka puasa


(MINTA MURID BACA 😊 )

Anda mungkin juga menyukai