Anda di halaman 1dari 3

Pada bulan apa umat Islam diwajidbkan berpuasa

Jawapan : Bulan Ramadhan


- Pensyariatan berpuasa di bulan Ramadhan telah diturunkan melalui (ayat 183 surah Al-
Baqarah) firmanya yang berbunyi :

‫ب َعلَى الَّ ِذي َْن ِم ْن قَ ْبلِ ُك ْم لَ َعلَّ ُك ْم‬ َ ِ‫ٰيٓاَيُّهَا الَّ ِذي َْن ٰا َمنُ ْوا ُكت‬
َ ِ‫ب َعلَ ْي ُك ُم الصِّ يَا ُم َك َما ُكت‬
‫تَتَّقُ ْو ۙ َن‬

Bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa


sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa

- Puasa telah wujud sebelum kedatangan Nabi Muhammad S.A.W


- Baginda Rasul telah melaksanakan puasa Asyura dan baginda berpuasa tiga hari
setiap bulan
oleh yang demikian apabila turunya pensyariatan puasa di bulan Ramadhan ini pada 10
sya’ban tahun kedua hijrah iaitu dua tahun setelah kedatangan Baginda Rasulullah S.A.W
ke Madinah maka bermulalah pensyariatan puasa di bulan Ramadhan ke atas seluruh
umat Islam.

Sebutkan salah satu hari yang diharamkan berpuasa?


Jawapan : a) Berpuasa pada Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal)
b) Berpuasa pada Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah)
c)Berpuasa pada hari-hari Tasyrik (11, 12, dan 13 Zulhijjah)
Puasa yang diharamkan atas alasan yang membawa kepada kemudaratan/masalah :
1. Puasa Hari Syak iaitu hari ke-30 Sya'ban (puasa kerana tidak pasti Ramadan sudah
masuk atau belum)
2. Puasa wanita yang mendapat haid  & nifas
3. Puasa sunat seorang wanita tanpa izin suaminya
4. Puasa bagi orang sakit yang bimbang berlakunya mudarat ke atas dirinya
5. Puasa untuk orang lain dan yang ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah SWT
apakah hukum puasa 6 hari pada bulan syawal?
Jawapan : Seperti yang kita tahui puasa yang wajib dilaksanakan ke atas umat Islam adalah
berpuasa di bulan Ramadhan, dengan itu hari ataupun bulan yang selain daripadanya tidak
diwajibkan ke atas umat Islan dan adalah sunat ke atas sesiapa yang ingin menunaikanya.

Nabi Muhammad SAW yang mana di dalam hadis ada menyebutkan mengenai kelebihan
berpuasa sunat enam hari pada bulan Syawal iaitu bersamaan pahalanya dengan berpuasa
sepanjang tahun. :

ِ ‫ان َك‬
‫صيَ ِام ال َّد ْه ِر‬ َ ‫ال َك‬ َ ْ‫ان ثُ َّم َأ ْتبَ َعهُ ِستًّا ِمن‬
ٍ ‫ش َّو‬ َ ‫ض‬َ ‫صا َم َر َم‬
َ ْ‫َمن‬

Maksudnya: Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam
hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.

- Bilakah waktu niat puasa Ramadhan?


Jawapan : Niat merupakan syarat sah berpuasa dan hukumnya adalah wajib. Tanpa niat maka
tidak sah puasa seseorang itu. Ini kerana berpuasa itu adalah satu ibadah dan sesuatu ibadah
itu tidak sah melainkan disertakan bersamanya niat seperti mana solat. Firman Allah SWT:

َ ‫ين لَهُ ٱلد‬


‫ِّين‬ َ ‫ص‬ِ ِ‫َو َمٓا ُأ ِم ُر ٓو ْا ِإاَّل لِيَ ۡعبُدُو ْا ٱهَّلل َ ُم ۡخل‬
Maksudnya: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah
dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya”

Asas kepada kewajipan untuk berniat dalam semua ibadat berdasarkan hadith yang
diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ِ ‫ِإنَّ َما اَأل ْع َما ُل بِالنِّيَا‬


‫ وَِإنَّ َما ِل ُك ِّل ا ْم ِرى ٍء َما نَ َوى‬،‫ت‬
Maksudnya : Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat, dan setiap orang
(perbuatannya) dikira berdasarkan apa yang diniatkan.
Maka, niat berpuasa diletakkan sebagai satu syarat sah puasa seseorang itu. Hal ini
disebutkan secara jelas di dalam kitab-kitab fiqh, yang antaranya disebutkan Ibn Qasim:
Kewajipan-kewajipan puasa itu ada empat perkara: Niat di dalam hati, sekiranya puasa yang
fardhu seperti puasa Ramadhan atau puasa nazar, maka mestilah diniatkan pada waktu
malam
Niat puasa mesti dilakukan pada malam hari Bulan Ramadan sehingga sebelum terbitnya
fajar. Hal ini sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Hafsah R.Anha, bahawa
Rasulullah SAW bersabda:

‫الص َيا َم َق ْبل َ ا ْل َف ْج ِر َفالَ صِ َيا َم َل ُه‬


ِّ ‫َمنْ َل ْم ُي ْجم ِِع‬
Maksudnya: Sesiapa yang tidak berniat (pada malam hari) sebelum terbit fajar, maka tiada
puasa baginya (pada hari tersebut).

- Mengapakah umat Islam diwajibkan berpuasa?


1. Melatih diri untuk tetap bersyukur kepada Allah SWT.
2. Melatih disiplin terhadap waktu
3. Memberikan keseimbangan dalam kehidupan.
4. Dibukakan Pintu Surga
Bagi yang berpuasa akan dijanjikan surga. Rasulullah bersabda yang artinya: "sesungguhnya
di dalam surga terdapat sebuah pintu yang disebut sebagai Ar Rayyan, yang hanya dimasuki
oleh orang-orang berpuasa dan tidak ada satupun yang masuk kecuali mereka. Tatkala ada
yang menyeru “manakah orang-orang yang berpuasa ?" maka merekapun memasuki pintu
tersebut dan tak ada yang masuk dari pintu tersebut selain mereka. Hingga apabila mereka
telah memasukinya pintu tersebut akan ditutup dan tak ada lagi yang akan memasukinya"
(HR. Bukhari dan Muslim)

Anda mungkin juga menyukai