DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
SEMESTER 5
TAJUK : PERLUASAN KUASA
NAMA NO. MATRIK
AIMAN HILMI BIN AZLI 21111064
LUQMAN HAKIM BIN HARITH 20110977
MUHAMMAD SHAFIQ BIN CHE DAUD 20110984
MUHAMMAD ZAKWAN BIN CHE RAMLI 21111060
DISEDIAKAN OLEH :
PENSYARAH : SHAHNUN BT HJ MUSA
1
2
ISI KANDUNGAN
2
AYATAYAT ALQURAN DAN HADIS YANG 6-9
MENGGALAKKAN MENUNTUT ILMU
USAHA PENGEMBANGAN ILMU DAN KUASA 10 - 11
PERLUASAN KUASA DI ZAMAN MUAWIYAH 12 - 13
5
KESIMPULAN 14
6
RUJUKAN 15
3
PENDAHULUAN
Pendidikan juga menjadi saluran penting bagi penerusan budaya sesuatu bangsa
disamping membentuk dan melahirkan suatu fenomena baru yang dapat mengubah tamadun
sesuatu bangsa dan negara.Pendidikan yang berkesan bukanlah sesuatu yang sudah dicipta
secarasemula jadi dan bukanlah berlaku secara kebetulan akan tetapi ia adalahsatu proses
yang lama yang berkait rapat dengan kewujudan manusia dimuka bumi ini. Proses ini juga
adalah berterusan dan akan terus kekalselagi wujudnya alam yang fana ini.
4
Justeru itu tidak dapat dinafikan bahawa Ilmu pengetahuan merupakan kunci kepada
kehidupan seseorang sebagaimana yang amatdititikberatkan oleh Islam. Ini dijelaskan
sebagaimana ayat Al Quran yang pertama diturunkan kepada junjungan besar Nabi
Muhammad SAW;Firman Allah yang bermaksud:
“Bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yangtelah menciptakan. Dia telah
menciptakan manusia dari segumpaldarah. Bacalah dengan nama tuhanmu yang Amat Mulia.
Yangmengajar dengan perantaraan pena. Dia mengajar kepadamanusia apaapa yang tidak
diketahuinya”
(Al‘Alaq : 15)
Di sini jelaslah kepada kita bahawa kepentingan ilmu dalam kehidupan seseorang. Individu
muslim yang ingin berjaya mestilah memenuhi kriteria sebagai seorang yang berilmu. Ini
dikuatkan lagi dengan hadis Nabi Muhammad SAW;
“Sesiapa yang menginginkan dunia maka hendaklah ia berilmu,dan barangsiapa yang
menginginkan akhirat maka hendaklah ia berilmudan sesiapa yang menginginkan kedua
duanya maka hendaklah iaberilmu.” (HR : atTirmidzi).
Ilmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Perkembangan dan
kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu
pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri. Justeru Islam mengingatkan
tentang hakikat ini menerusi pelbagai ayat alQuran dan hadis Rasulullah SAW.Penekanan
terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu membuktikan bahawa Islam adalah satu
agama yang memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu.
5
Dalam zaman moden ini pengertian ilmu telah disempitkan dan dimodenkan kepada
pengetahuan maklumat dan kemahiran sahaja. Dalam pengertian barat moden, ilmu hanyalah
merujuk kepada pengenalan atau persepsi yang jelas tentang fakta. Fakta pula merujuk
kepada perkara perkara yang boleh ditanggapi oleh pancaindera zahir dan bersifat
empiris.Kewujudan perkara lain di luar keupayaan pancaindera tersebut dianggap bukan fakta
dan tidak termasuk dalam bidang ilmu. Mengikut pandangan mereka secara automatik ajaran
agama terkeluar daripada takrifan dan ruang lingkup ilmu dan dianggap sebagai kepercayaan
sematamata.
Islam telah menghimpun antara agama dan ilmu. Tidak ada sebarang penentangan antara
agama dan ilmu kerana dalam Islam, agamaitu sendiri adalah ilmu dan ilmu adalah agama.
Ilmu menurut perspektifIslam dikenali sebagai sifat, proses dan hasil. Manakala istilah ilmu
dalamI slam merangkumi pelbagai perkara iaitu alQuran, syariah, sunnah, iman,ilmu
kerohanian, hikmah, makrifat, pemikiran, sains dan pendidikan.
6
2.0 AYATAYAT ALQURAN DAN HADIS YANG MENGGALAKKAN MENUNTUT
ILMU MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM SEJARAH ISLAM.
2.1 AyatAyat AlQuran
Di dalam AlQuran ilmu dapat dimaksudkan dengan pelbagaimakna tetapi di sini cukuplah kita
dengan membicarakan pengertian ilmuitu dalam bahasa melayu sahaja. Ilmu menurut Kamus
Dewan Bahasa danPustaka bererti;
1. Pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lainlain
2. Kajian dalam sesuatu perkara.
3. Hadirnya makna dalam diri seseorang.
Dari segi pemahaman yang mudah, ilmu bermaksud suatu pengetahuan yang merangkumi
pengetahuan yang diperolehi melalui proses pembelajaran dan aktiviti pembelajaran seperti
pemerhatian, kajian,eksperimen dan sebagainya serta boleh juga diperolehi melalui
pengalaman. Ilmu juga merangkumi pengetahuan mengenai perkara yang berasaskan
kebenaran, kebatilan, keraguan (bimbang atau bingung) dansyak (waswas). Selain dari itu,
ilmu juga berbentuk umum yang meliputi pengetahuan mengenai halhal keduniaan dan akhirat,
iaitu ilmu fardhu aindan fardhu kifayah
2.1.1 Tujuan Menuntut Ilmu
1. Memperbaiki Diri
ه لع ع
ممعع ن لللم ع
سمب بل ععناا وعإ إ ل دواا إفيعنا ل عن عهمممد إي عن لهب م
م ب جم ـهع ب
ن ع عوال ل إ
ذي ع
)٦٩ َ(نسإني ع
ح إم م ال م ب
“Dan orangorang yang berusaha dengan bersungguh sungguh kerana memenuhi kehendak
agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalanjalan Kami (yang
menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan
dan bantuan) Allah adalah bersertaorangorang yang berusaha membaiki amalannya”.
(Al‘Ankabuut: 69)
7
Antara tujuan utama kita dalam menuntut ilmu adalah agar dapatmemperbaiki diri.
Memperbaiki diri bermaksud berusaha bersungguhsungguh untuk menambah ilmu
pengetahuan serta membawa ibadah dan juga taraf kehidupan ke tempat yang lebih tinggi
dari sebelumnya. Dengan menuntut ilmu kita secara tidak langsung bukan sahaja mendapat
petunjuk malah dipimpin ke jalan yang lurus. InsyaAllah yang Maha Tinggi.Contohnya
dengan menuntut ilmu kita dapat :
(a) Mendapat keyakinan yang lebih dalam ibadah.
(b) Solat terasa lebih khusyuk dari sebelumnya.
(c) Peningkatan kerjaya
2. Mensyukuri nikmat Allah yang maha Agung
ى ك عإثي
رر ع ذى فع ل ع
مد ب ل إل لهإ ل ل إ اا وععقاعل مل م ع عل م م سل عي م ع وعل ع ع
ضلعنا ع عل ـ ح م مم ن إ
مم ـ ع دابواد ع وع ب قد م عءات عي معنا ع
)١٥َ( ن مإني ع ععباد إهإ ال م ب
مؤ م إ ن إ م م م
“Dan sesungguhnya Kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan
Nabi Sulaiman; dan merekaberdua bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah
yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasikebanyakan hamba
hambaNya yang beriman".(alNaml : 15)
8
3. Menegakkan Agama Islam
م ل فإمرةقرع م
من مهب م من ك ب م فعر إ ةفل فعل عومعل ن ع ع فبروا ع
كا م ن ل إعين إمبنو ع ن ال م ب
مؤ م إ كا ع ما ع ا وع ع
م ل عععل لهب م
م جعبواو إ إل عي مهإ م م إإ ع
ذا عر ع مه ب من وعل إبينذ إبروا قعوم ع دي إقبهوة إفى ال م ف لة ل مي عت ع ع ع
طائ إ ع
ف
)١٢٢ َ(ن حذ عبرو ع يع م
“Dan tidaklah (betul dan elok) orangorang yang berimankeluar semuanya (pergi berperang);
oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiaptiap puak di antara mereka,
supayaorangorang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di
dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajarkaumnya (yang keluar berjuang) apabila
orangorang itu kembalikepada mereka; mudahmudahan mereka dapat berjagajaga
(darimelakukan larangan Allah)” (atTaubah : 122)
Menegakkan agama Islam bermaksud memuliakan, mengamalkan perintah dan larangannya,
melaksanakan hukumhukumnya danmenyebarkannya dengan pelbagai cara. Samada melalui
umat Islam yang beriman, beramal soleh dan bertamadun; iaitu berpendidikan,
mampumemerintah, adil dan mampu memikul tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah
Allah yang Maha Tinggi di muka bumi.
9
2.2 HADIS
1. Dari Anas bin Malik RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda:
"Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiaptiap seorang Islam." (Ibnu Majah
dan Lainlainnya).
Hadis yang pertama ini mewajibkan semua muslim dan muslimahmenuntut ilmu. Oleh kerana
sesuatu pekerjaan dari yang sekecilkecilnyahingga yang sebesarbesarnya tidak dapat
dilakukan dengan teratur dan sempurna melainkan dengan ilmu pengetahuan yang berkenaan.
Makawajibnya seseorang mempelajari hukum dan peraturan Islam untuk apasahaja perkara
yang hendak dilakukannya sebagai fardu ain.
2. Dari Abu Bakrah RA, dari Nabi SAW sabdanya :
"Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntutilmu atau orang yang mendengar
ilmu atau pun orang yangmencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah
engkaumenjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnyaengkau akan binasa."(HR
AlBazzar)
3. Dari Muawiyah RA dari Nabi SAW sabdanya:
"Sesiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan,nescaya dijadikan dia seorang yang
beroleh fahaman yang teliti dalam perkara agama dan bahawa sesungguhnya aku inihanyalah
yang membahagikan, sedang Allah Taala jualah yangmemberi dan sebahagian dari umatku
ini tetap terus menjalankanagama Allah, tidak ada sesiapa pun dari kalangan orangorang
yang menyalahi mereka dapat merosakkan mereka sehinggalahdatang perintah Allah SWT”
(HR Bukhari dan Muslim)
10
3.1 USAHA PENGEMBANGAN ILMU DAN KUASA
Zaman Umayyah
Era pemerintahan Umayyah telah memperlihatkan kebijaksanaan Khalifah dalam memperluaskan
empayar kekuasaan dan pengaruh mereka yang terhenti di akhir pemerintahan Khulafa ar
Rashidin.Secara tidak langsung ianya telah menyebabkan pertambahan penganut agama Islam
yang agak drastik walau pun ianya bukanlah suatu paksaan ke atas wilayahtakhluk kerajaan Bani
Umayyah. Dalam tempoh 90 tahun hampir disekeliling tanah arab termasuk Sepanyol, Afrika
Utara, Syiria, Palestin,Iraq, Parsi, Afganistan dan juga sebahagian wilayah Soviet Rusia telah
berjaya ditakhluki dan dikuasainya. Jika diamati terdapat 3 wilayah pentingyang telah dikuasai
oleh Bani Umayyah iaitu menawan Rom di Asia Kecil termasuk ibukota Konstantinopal, Wilayah
di utara Afrika termasuk penyemberangan selat Gibraltar dan menakluki Sepanyol dan kawalan
terhadap wilayah yang sangat luas di sebelah Asia sehingga ke selatan India.
Kesan dari perluasan kuasa penjajahan empayar Bani Umayyah iniianya secara tidak langsung
telah membuka ruang perkembangan ilmu pengetahuan. Menurut Geoge Zaidan beberapa
kemajuan dalam bidangilmu berlaku di zaman ini antaranya :
1.Perkembangan bahasa Arab
Bahasa Arab telah di terima dan dijadikan sebagai bahasa rasmi pemerintah meliputi seluruh
wilayah kekuasaan termasuk Rom dan Parsi.
2. Kota Marbad sebagai pusat kegiatan ilmu
Marbad adalah kota kecil yang didirikan oleh Bani Umayyahsebagai pusat kegiatan ilmu dan
kebudayaan. Kota ini memjadi pusat pertemuan para pujangga, ahli falsafah, ulama, penyair
dancendikiawan dalam penyebaran ilmu pelbagai disiplin.
3. Ilmu Qiraat
Ilmu Qiraat adalah salah satu ilmu syariat tertua, iaitu ilmu berkaitan bacaan alQur’an yang telah
diajar sejak zaman KhulafaalRashidin dan kemudiannya dikembangkan pada masa Bani
Umayyah. Pada masa inilah lahirnya para ahli Qiraat ternama seperti Abdullah bin Qusair dan
Ashim bin Abi Nujud.
11
4. Ilmu Tafsir
Untuk memahami alQuran sebagai sebuah kitab suci ianyamemerlukan Interpretasi pemahaman
secara komprehensif. Padamasa itu minat menafsirkan alQuran bertambah
dikalangancendikiawan Islam.
5. Ilmu Hadis
Ilmu Hadis adalah ilmu yang mempelajari hadis secara mendalam.Bermula dari pengumpulan,
penyelidikan asalusulnya dan lainlain. Antara ulamaulama hadis yang masyhur pada masa itu
ialahalAuzai Abdur Rahman bin Amru, Hasan Basri, Ibn Abu Malikahdan Asya’bi Amru Amir
bin Syurahbil.
6. Ilmu Fiqh
Pada waktu ini fiqh telah menjadi cabang ilmu sendiri. Di antaraulama ulama yang terkenal
adalah Sa’ud bin Misib, Abu Bakar binAbdur Rahman, Qasim Ubaidillah, Urwah dan Kharijah
7. Ilmu Nahwu
Ianya menjadi suatu keperluan masyarakat ketika itu akibat dari perluasan wilayah di mana
bahasa Arab telah menjadi bahasa rasmidan pengantara.
8. Ilmu Geografi dan Sejarah
Ilmu ini adalah salah satu dari ilmu yang lahir pada zaman pemerintahan Bani Umayyah. Di
zaman inilah ilmuilmu ini mula berkembang.
9. Penterjemahan
Untuk kepentingan perkembangan dakwah Islamiah banyak buku buku dari bahasa dan literatur
lain diterjemahkan. Seperti bukubuku berkaitan ilmu kimia, ilmu astronomi, ilmu falak, ilmu
fisik,ilmu perubatan dan lainlain.
12
4.0 PERLUASAN KUASA DI ZAMAN MUAWIYAH
Muawiyah turut mula menggerakkan kembali ekspedisi ketenteraan Islam yang sudah lama
terhentisemenjak zaman Pembunuhan Uthman. Terdapat 3 wilayah yang menjadi sasaran
Muawiyah :
1. Bahagian barat
Muawiyah telah menghantar pasukan dipimpin Uqbah bin Nafi untuk menyerang wilayah Rom
Byzantine dan kaum Barbar di Tunisia dan Maghribi. Uqbah telah menjalankan tugasnya dengan
sehingga berjaya mengislamkan kaum barbar. Uqbah juga membangunkan kota Qairawan yang
kekal hingga kini
2. Bahagian timur
Muawiyah telah mengangkat Mahlab bin Abi Shufrah untuk menyerang kaum Turki di Timur
3. Serangan Ke Ibu Kota Rom Konstantinopel
Ketika awal berkuasa di Syam dengan kedudukannya yang masih belum kukuh dalam melawan
Khalifah Ali bin Abu Thalib, Muawiyah telah melakukan perjanjian damai dengan
MaharajaConstantine II dengan membayar upeti tahunan kepada Maharaja sebagaimana
dinyatakan olehsejarawan Theopanis. Namun tidak lama selepas itu, Muawiyah mula menolak
pembayaran upetidan ingin memulakan serangan ke atas wilayah Rom melalui timur dan darat
serta merancang untuk menakluk ibu kota Rom Konstantinopel.
13
Konstantinopel adalah pusat utama bagi empayar Byzantine dalam membekalkan
kelengkapan buatarmadanya bagi menyerang kedudukan islam di persisiran pantai Syam dan
Mesir. Maka Muawiyahbin Abu Sufyan telah merancang pelbagai bentuk strategi bagi
menjayakan citacitanya. Antaranya ialah:
A. Memberikan perhatian terhadap kerja pembuatan kapal perang di Mesir dan Syam
Perhatian yang diberikan oleh Muawiyah di dalam industri pembuatan kapal perang sangat
besarsehinggakan beliau hanya memilih pekerja termahir dan sanggup memberikan bonus yang
sangatbesar kepada sesiapa yang mampu bekerja secara maksimum. Muawiyah sangat
mengetahuibahawa angkatan kapal perang memainkan peranan yang amat besar sekiranya
tentera islam inginmenghadapi ancaman Rom Byzantine. Muawiyah menyedari setelah
kemengan mengejutkanarmada laut islam di dalam perang Dzatu alShawari dengan 500
angkatan armada laut Rom.Byzantine, empayar Byzantine telah berusaha mempertingkatkan
kekuatan armada laut mereka dan juga pertahanan di sekitar Kota Konstantinople lebihlebih
lagi armada laut Islam masih lagi di dalamproses pembentukan.
B. Memperkuatkan Perbatasan Laut Syam dan Mesir
Muawiyah telah mengarahkan agar kotakota di persisiran Mesir dan Syam dijaga rapid
anmempertingkatkan kekuasaan ketenteraan di sana. Kotakota ini turut dijadikan
kawasanperlabuhan armada laut Islam bagi memudahkan pergerakan tentera laut kaum
muslimin. Kotakotadi persisiran ini turut dilengkapi dengan kubukubu kecil yang dikenali
sebagai ribath. Para tenteradan sukarelawan telah dikumpulkan sebagai persiapan untuk
melakukan serangan ke atas wilayah musuh.
C. Menguasai pulaupulau yang berhampiran dengan Konstantinople
Muawiyah telah Berjaya menguasai Cyprus kemudian beliau meneruskan kemaraan ke Pulau
Rhodes. Bentengbenteng turut didirikan di kota tersebut bahkan pulau ini turut berfungsi
sebagai benteng pertahan di Syam. Muawiyah berusaha menegakkan syiar Islam di pulau
Rhodes denganmenghantar Mujahid bin Jabr untuk mengajarkan AlQuran. Kemudian
Muawiyah menggerakkanpasukan laut bagi menguasai laut ijih demi menutup jalur utamanya
bagi armada Byzantine sehinggamereka tidak mampu menceroboh ke wilayah Islam.
D. Melindungi persisiran utara Syam
14
Muawiyah juga sangat memberikan perhatian besar dalam usaha memperkuatkan benteng
bentengdi persisiran kawasan utara Syam untuk mempertahankan wilayah ini daripada
serangan byzantineketika penyerangan dan juga sebagai sokongan bagi kekuatan tentera
islam bagi menyerang konstantinopel.
15
KESIMPULAN
16
RUJUKAN
https://www.academia.edu/42296935/Pendiri_Dinasti_Bani_Umayyah_Muawiyah_bin_Abu_
Sufyan_Politikus_Arab
Muawiyah bin Abu Sufyan Sakhsiyatahu wa asrahu aldawlah Sufyaniyyah karya dr. Al
Shalabi(terjemahan Darul AlHaq)
AlAlam alIslami Fi Ashr alUmawi karya Prof Abdussyafi (terjemahan Pustaka al
Kautahar
Abdullah Muhammad Zin, Zulkiplie Abd. Ghani dan Abdul Ghafar Hj Don(2005).
Pendidikan Islam di Malaysia Dari Pondok Ke Universiti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad danZuraidah A. Majid
(2010).Guru Dan Cabaran Semasa.Selangor:Oxford Fajar Sdn Bhd
17