Anda di halaman 1dari 9

KDI 2263

FIQH MUAMALAT
TAJUK : HUKUM JUAL BELI AL QURAN
DISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD ZAKWAN BIN CHE RAMLI (2111060)

PENSYARAH : ROSLIZA BT ISMAIL


PENDAHULUAN

• Al Quran merupakan kitab suci umat Islam yang merupakan kalam Allah S.W.T sebagai
petunjuk dan garis panduan bagi manusia dalam menjalankan kehidupan di jalan yang benar.
Al Quran merupakan kitab suci umat Islam yang berisi firman Allah yang diturunkan kepada
nabi Muhammad dengan perantara malaikat Jibril agar dapat memahami segala aspek
kehidupan dengan lebih baik dan sesuai dengan ajaran Islam. Setiap perkara yang kita
lakukan dalam kehidupan seharian haruslah berpandukan Al Quran apatah lagi apabila
melakukan akad jual beli antara satu sama lain.

2
PENGERTIAN JUAL BELI
• Jual beli dalam bahasa arab disebut dengan al-bai’. Jual beli (al-bai‟) secara bahasa
merupakan masdar dari kata ba’a – yabi’u yang bermakna memiliki dan membeli. Kata
aslinya keluar dari kata al-ba’ kerana masing-masing dari dua orang yang melakukan akad
meneruskan untuk mengambil dan memberikan sesuatu. Orang yang melakukan penjualan
dan pembelian disebut al-bay’ani. Secara bahasa, kata al-bai’ dianggap lawan dari kata as-
syira’u yang bererti membeli, dengan demikian, kata al-bai’ bererti penjualan

Menurut kitab fiqh mazhab Shafi’I :


Adalah menukarkan barang dengan barang atau barang dengan wang, dengan jalan
melepaskan hak milik dari seseorang terhadap orang lainnya atas dasar kerelaan kedua belah
pihak

3
HUKUM JUAL BELI AL QURAN
Perniagaan atau muamalat menjadi cabang penting dalam fiqh Islam hingga mempunyai syariat menetapkan prinsip
umum yang perlu dipatuhi umat Islam. Apatah lagi sekiranya ia membabitkan sesuatu yang mempunyai kedudukan
dalam agama seperti naskah al Quran atau air Zamzam.
Abu Said RA meriwayatkan Nabi SAW bersabda : Peniaga yang jujur dan Amanah akan bersama nabi, orang jujur
dan orang syahid (HR Tirmizi) ia menunjukkan perniagaan bukan sahaja bidang untuk membuat keuntungan dunia,
bahkan menjadi jambatan untuk memperoleh laba berganda di akhirat. Bagaimanapun jual beli sesuatu barangan
yang mempunyai kedudukan dalam Islam itu, menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang awam kerana
seolah-olah wujud hukum berbeza berbanding produk lain di pasaran.
Dari sudut lain, ia memberi kesan positif demi menjaga kehormatan dan nilai barangan berkenaan tetapi tidak
boleh sampai boleh disalahertikan hingga mengundang masalah. Menjalankan urusan berjual beli sesuatu
barangan mempunyai kedudukan dalam islam tidak dihalang atau dilarang dalam agama, sebaliknya dapat
memberi manfaat kepada pembeli. Oleh sebab itu sesuatu yang memberi manfaat wajar disebarkan.
Contohnya naskah al-Quran sebagai kitab suci umat Islam masih boleh dijual beli demi manfaat kepada
pembelinya tetapi perlu disertakan adab yang baiknya.

4
SUDUT PEMBELI

• Dari sudut pembeli, mereka perlu memiliki adab sebaik memiliki barangan berkenaan
dengan menjaga kehormatan, bertanggungjawab dan memelihara barangan suci berkenaan
daripada diperlekehkan. Masyarakat Islam juga perlu memahami dan tidak menyalahertikan
sesuatu penjualan barangan berkaitan Islam hingga mewujudkan perbalahan sesama sendri.

5
PANDANGAN ULAMA’ DALAM HUKUM JUAL BELI QURAN

01 02 03
Imam Syafi’i Imam nawawi Ibnu utsaimin rahimahullah

Menurut Imam Syafi’i dan “Sebahagian yang berkata, ‘tidak Yang benar adalah diperbolehkan
kebanyakan ulama Syafi’iyah bahwa makruh menjual dan membeli menjual mushaf dan hukum asalnya
membeli Al quran hukumnya sah, mushaf’, adalah al-Hasan al-Bashri, adalah sah. Dan ini adalah solusinya.
tidak makruh, sedangkan hukum jual Ikrimah, al-Hakam bin Utbah, dan ini Dan hal ini sudah diamalkan oleh
al quran yaitu sah, tetapi makruh diriwayatkan dari Ibnu Abbas. umat Islam hingga hari ini. Jika
Sebagian golongan ulama sekiranya penjualan dan pembelian
memakruhkan menjual dan membeli Al quran diharamkan, maka hal
mushaf. Ini diceritakan Ibnu Al- tersebut akan menghalangi seseorang
Munzir dari Alqomah, Ibnu Sirin, untuk mengambil manfaatnya karena
Nakha’i, Syuraih, Masruq, dan kebanyakan orang tidak berkeinginan
Abdullah bin Yazid. untuk memberikannya kepada orang
lain.

6
DALIL HUKUM JUAL BELI
• Dasar hukum jual beli adalah al-Qur’an dan alhadits, sebagaimana diriwayatkan oleh Imam
At-Tabar:
‫ر‬D‫ن أم‬D‫م م‬D‫ا فـي كتابه‬D‫بـانة م‬D‫م إ‬D‫ وبـيعهم إياه تركه‬.‫ن الدنـيا قلـيـل‬D‫يس وعرض م‬D‫ن خس‬D‫ه بثم‬D‫ن العلـم بكتابـي وآيات‬D‫ا آتـيتكم م‬D‫• ال تبـيعوا م‬
‫ناس‬D‫يه وسلم لل‬D‫مـحمد صلى هّلل عل‬
• Terjemahanya : -
“Jangan kamu sekalian jual beli apa-apa yang datang kepada kamu daripada ilmu pengetahuan dengan
kitab-Ku dan ayat-ayatnya dengan harga yang murah dan tujuan daripada dunia yang sedikit. Dan jual
beli mereka itu akan pengetahuan dengan kitab Allah dan ayat-ayat-Nya ialah meninggalkan mereka
dari memberi penerangan apa yang terkandung di dalam kitab mereka itu dari pekerjaan Nabi
Muhammad SAW kepada manusia.” (Kitab Tafsir Jami’ul Bayan)

7
KESIMPULAN
Secara ringkasnya Hukum jual beli Al Quran ini tidaklah dilarang dalam ajaran Islam
sebaliknya mengalakan kepada penjual dan pembeli untuk melaksanakan akad ini dengan niat
yang baik dan tidak menggunakan nama Islam bagi mendapatkan keuntungan atau kemewahan
dalam dunia semata-mata, Namun walaupun akad jual beli ini tidak diharamkan di sisi Agama
akan tetapi bagi memastikan kesucianya terpelihara, naskah Al Quran tidak boleh sesekali
dijual kepada orang kafir kerana dikhuatiri mereka tidak menghormatinya.

8
RUJUKAN

• Al-Qur’an, 1999, al-Qur’an dan Terjemahannya, Jakarta: Yayasan Penyelenggara


penterjemeh / penafsiran al-Quran, Departemen Agama RI. http://journal.iainkudus.ac.id
• Al-Shan’ani, Muhammad Bin Ismail al-Amir al-Yamani, t.th, Subul as Salam, Juz X, Beirut:
Darul Fikr
• Al-Ansari, Syeikh Abi Zakaria, t.th, Fath al-Wahab, Juz 1, Singapura: Sulaiman Mar’I
• Al-Zuhaily, Wahbah, t.th, al-Fiqh al islami wa adilah, Juz IV, Mesir: Dar Fikr.

Anda mungkin juga menyukai