Anda di halaman 1dari 8

KDI 2293

KAEDAH FIQH 2293


TAJUK :KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA KEMUDAHAN
DISEDIAKAN OLEH : muhammad zakwan bin che ramli

pensyarah : rosliza bt ismail


MAKSUD KAEDAH

 Apabila berlaku sesuatu kesulitan dan kesukaran dalam melaksanakan kewajipan


yang diperintahkan oleh Allah SWT, maka Islam memberi jalan keluar untuk
mengatasi kesulitan yang dihadapi.
 Jalan keluar tersebut adalah dengan memberikan beberapa kelonggaran dalam
melaksanakan kewajipan tertentu. Contohnya orang yang sakit dibenarkan untuk
solat dalam keadaan duduk sekiranya tidak mampu dia boleh berbaring.
DALIL SANDARAN

 Sandaran daripada Al-Quran:


Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah: 185

‫ي ُِري ُد هَّللا ُ بِ ُك ْم ْاليُ ْس َر َواَل ي ُِري ُد بِ ُك ْم ْال ُع ْس َر‬

Maksudnya: “(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu


beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran”.
SEBAB DIBERIKAN KERINGANAN
 Orang melakukan perjalanan melebihi dua marhalah walaupun dengan kaedah yang paling
canggih diberikan keringanan seperti solat jamak dan qasar .
 Orang yang diuji dengan sakit dibenarkan untuk bertayamum, dibenarkan solat dalam
keadaan duduk dibolehkan berubat dengan najis pada pandangann sebahagian ulama
mazhab Hanafi .
 Orang yang dipaksa melakukan sesuatu perbuatan tanpa kerelaanya tidak dianggap berdosa
apabila dia melakukan perbuatan dipaksa tersebut seperti minum arak, melafazkan kalimah
kufur (dengan syarat di hati beriman) , membunuh dan lain-lain.
 Orang yang terlupa melakukan sesuatu larangan dianggap tidak berdosa seperti makan,
minum, melakukan hubungan suami isteri dalam keadaan terlupa pada siang hari bulan
ramadh
 Akal yang tidak sempurna kerana gila, kanak-kanak dan hamba
BAHAGIAN-BAHAGIAN RUKHSAH
DIBERIKAN OLEH SYARAK:
 Takhif Isqat - Keringanan dengan menggugurkan kewajipan seperti tidak wajib menunaikan
solat jumaat kerana sakit dan tidak perlu qada’ solat bagi perempuan yang didatangi haid dan
nifas.
 Takhif Tanqis - Keringanan dengan meringkaskan ibadah seperti mengurangkan bilangan
rakaat solat fardu daripada empat kepada dua ketika bermusafir.
 Takhif Ibdal - Keringanan dengan menggantikan cara bersuci seperti menggantikan wuduk dan
mandi dengan tayamum.
 Takhif Takdim - Keringanan dengan mendahulukan solat fardu sebelum waktunya seperti
pensyariatan solat jamak ta’khir.
 Takhif Takkhir - Keringanan untuk melewatkan masa menunaikan ibadah daripada masa
sebenar. Sebagai contoh, Jamak Takkhir iaitu melewatkan solat zohor dalam waktu asar
sedangkan waktu zohor telah berlalu.
PECAHAN KAEDAH

a) Apabila sesuatu itu sempit, hukumnya menjadi luas.


Bermaksud apabila berlaku keadaan darurat/sempit, ruang bagi hukumnya akan terbuka luas
dan mudah.
 Contoh: Seorang wanita keluar bekerja untuk menyara dirinya sedangkan dia masih dalam
idah kematian suami. Hukumnya tidak berdosa berdasarkan kaedah. Wanita itu pada
asalnya tidak boleh keluar rumah kerana beriddah, tetapi hukumnya telah menjadi
mudah/longgar kerana dia terpaksa menyara dirinya.

b) Apabila sesuatu itu luas, hukumnya menjadi sempit.


Bermaksud apabila keadaan darurat/sempit tiada lagi atau keadaan telah kembali kepada
asalnya, hukum bagi perlaksanaannya kembali kepada asal.
 Contoh: Seseorang yang lapar memilik semua makanan, hanya boleh makan makanan yang
halal sahaja. Tidak boleh makan makanan yang haram.
CONTOH KAEDAH
 1. Seseorang yang melancong dengan tujuan yang baik diberi kelonggaran dalam
menunaikan solat seperti orang yang bermusafir tersebut kerana adanya kesulitan.
 2. Musafir juga dibenarkan untuk berbuka puasa terlebih dahulu dan menggantikannya
pada hari yang lain.
 3. Keharusan meninggalkan solat Jumaat bagi orang yang bermusafir dengan syarat yang
tertentu.
 4. Seseorang yang sakit diberi keringanan untuk solat secara duduk, jika tidak mampu
boleh keadaan baring, jika tidak mampu lagi dibenarkan menggunakan isyarat mata, jika
tidak mampu menggerakkan matanya, maka boleh menggunakan hatinya.
 5. Seseorang yang keadaan darurat/susah dan tidak mampu mendapatkan makanan dan
minuman yang halal, maka boleh makan dan minum yang haram jika tiada sumber
makanan dan minuman yang halal dengan syarat tertentu.
RUMUSAN

Berdasarkan kaedah fiqh ketiga tersebut, setiap kesulitan itu pasti ada kemudahan atau
keringanan dalam hidupan seharian kita. Islam telah menitikberatkan dalam masalah ini
dengan adanya kaedah fiqh yang memberi keterangan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Selain itu, kaedah fiqh ketiga ini memberi manfaat kepada umat manusia agar kehidupan
sebagai muslim tidak menyusahkan diri mereka. Kaedah Fiqh ini perlulah mematuhi syarak-
syarak yang ditetapkan oleh para ulama agar urusan kehidupan terutama hal ibadah supaya
keringanan diberikan tidak melampaui batasnya. Oleh itu, kita perlulah bersyukur kerana
ajaran Islam ini tersusun dari semua aspek kehidupan umat manusia seperti aspek sosial,
ekonomi dan seumpamanya. Akhir kata ini, semoga ilmu yang disampaikan ini memberi
manfaat kepada semua umat Islam, serta diberkati oleh Allah SWT.

Anda mungkin juga menyukai