Anda di halaman 1dari 20

Faculty of Islamic Studies (Islamic Mangement)

SEMESTER 5/2023

ABSB3103

FIQH IBADAT

NO. MATRIKULASI : 970403-10-6334-001


NO. KAD PENGENALAN : 970403-10-6334
NO. TELEFON : 018-2129078
E-MEL : maryamcook092@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SEREMBAN


ISI KANDUNGAN M/S
1.1 Pengenalan. 2-3
1.2 Konsep Dan Hukum Rukhsah Berkaitan Solat Menurut Perbahasan 3-5
Ulama.
1.3 Cara Rukhsoh Solat Bagi Orang Sakit Dan Bermusafir. 5-9
1.4 Ikhtilaf hukum rukhsoh solat jama’ menurut perbahasan ulama. 9-10
1.5 Membincangkan bentuk-bentuk rukhsah berkaitan ibadah solat. 10-13
1.6 Faktor yang menyebabkan umat Islam masih tidak menunaikan 13-14
solat meskipun terdapat rukhsoh.
1.7 Kesimpulan 14
2.1 FORUM 15-17
RUJUKAN 18-19

1
1.1 Pengenalan.

Allah swt telah berfirman didalam al-quran bahawa Allah tidak akan membebani
hambanya di luar batas kemampuannya (surah al-Baqarah ayat 286). Oleh itulah, segala
perkara yang telah Allah perintahkan kepada kita tidak akan terkeluar dari batas
kesanggupan seseorang hamba untuk melaksanakannya. Bahkan, perkara itu juga boleh
diberikan kemudahan atau keringanan jika memang seorang mukallaf (manusia yang
menjalankan kewajiban) tidak dapat melaksanakannya. Selain itu, keistimewaan rukhsoh
ini juga hanya ada pada umat nabi saw sahaja maka kita perlulah menggunakan
keistimewaan rukhsoh ini sebaik yang mungkin.

Didalam ilmu fiqh, keringanan dalam ibadah ini dipanggil sebagai rukhsah yang
secara bahasa bermakna kelonggaran atau keringanan. Pengertian rukhsah dalam kaedah
usul fiqh adalah keringanan bagi manusia mukallaf dalam melakukan ketentuan Allah
swt pada keadaan tertentu karena ada kesulitan atau kemudaratan. Beberapa ulama telah
mentakrifkan rukhsah ini sebagai kebolehan melakukan pengecualian dari prinsip umum
karena mempunyai hajat atau keterpaksaan . Hukum rukhsah pada dasarnya adalah
dibolehkan secara mutlak jika adanya keperluan atau karana ada keterpaksaan. Jika unsur
keperluan sudah dipenuhi dan perkara yang terpaksa itu sudah hilang maka hukumnya
akan kembali ke asal iaitu azimah (melakukan sesuatu perbuatan seperti yang telah
ditetapkan Allah swt).

Dalil rukhsah terdapat dalam alquran surah al baqarah ayat 173,


‫ِاَّنَم ا َح َّر َم َع َلْيُك ُم اْلَم ْيَتَة َو الَّد َم َو َلْح َم اْلِخ ْنِزْيِر َو َم ٓا ُاِهَّل ِبٖه ِلَغْيِر ِهّٰللاۚ َفَمِن اْض ُطَّر َغْيَر َباٍغ َّو اَل َعاٍد َفٓاَل ِاْثَم َع َلْيِهۗ ِاَّن َهّٰللا‬
‫َغ ُفْو ٌر َّر ِح ْيٌم‬
Maksudnya: Sesungguhnya Dia hanya mengharamkan atasmu bangkai, darah, daging
babi, dan (daging) hewan yang disembelih dengan (menyebut nama) selain Allah. Tetapi
barangsiapa terpaksa (memakannya), bukan karena menginginkannya dan tidak (pula)

2
melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha
Penyayang.

Contohnya azimah adalah seperti berpuasa pada bulan Ramadhan adalah wajib untuk
mukallaf akan tetapi ia boleh dirukhsahkan bagi orang yang sakit atau dalam perjalanan
yang jauh dengan menggantikannya pada hari lain. Selain itu, memakan bangkai adalah
haram akan tetapi dirukhsahkan jika tidak ada makanan dan dikhawatirkan akan
mengancam nyawanya. Jika keperluan sudah dipenuhi maka hukum memakan bangkai
kembali ke asal iaitu haram.
Akhir sekali, rukhsoh ini tidak boleh dilakukan sesuka hati (mengikut hawa nafsu)
atau kerana ingin memudahkan ibadah itu tanpa ada alasan yang tertentu. Kaedah
rukhsoh ini harus dilakukan dengan memperhatikan situasi serta mengikut jalan yang
telah disyariatkan supaya rukhsoh ini tidak merugikan kita atau menjadikan dosa. Dan
dalam melaksanakan rukhsoh ini, ulama’-ulama telah berbeza pada pendapat mereka.
Misalnya ulama hanabillah yang mana mereka membahagikan rukhsoh ini kepada 2
bahagian:
1) rukhsoh istihsan : seseorang boleh memilih sama ada dia ingin melakukan rukhsoh
atau azimah.
2) rukhsoh yang menggugurkan hukum azimah : menghalalkan perkara yang haram
kerana mempunyai darurat.

1.2 Konsep Dan Hukum Rukhsah Berkaitan Solat Menurut Perbahasan Ulama.
Rukhsoh adalah keringanan. Oleh kerana itu, rukhsoh untuk solat adalah keringanan yang
Allah swt berikan supaya ibadah yang Allah perintahkan dapat dilaksanakan dengan
sebaik-baik yang mungkin tanpa membebankan atau memberatkan umat islam. Firman
Allah swt didalam surah baqaroh ayat 185:

... ‫ ُيِرْيُد ُهّٰللا ِبُك ُم اْلُيْس َر َو اَل ُيِرْيُد ِبُك ُم اْلُعْس َر‬...

Maknanya: "... Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki


kesukaran bagimu ..."

3
Terdapat beberapa sebab diperbolehkannya dalam rukhsah.
1. Bermusafir
Bermusafir atau safar dengan jarak yang tertentu dapat membuatkan seorang muslim
melakukan beberapa keringanan atau kemudahan didalam ibadahnya. Misalnya berpuasa
dan solat. Ketika seorang muslim bermusafir maka dia boleh melakukan rukhsoh dengan
tidak berpuasa dan menggantikannya pada hari yang lain. Selain itu, mereka juga boleh
melakukan jama’ ( yakni menggabungkan dua solat) atau boleh mengqosarkan (yakni
memendekkan jumlah rakaat dalam solat) selagi mana mereka dalam perjalanan.
2. Sakit
Orang yang sakit teruk juga boleh melakukan rukhsoh didalam ibadah mereka seperti
diperbolehkan untuk tidak berpuasa, solat dalam keadaan duduk, bertayamum dan lain-
lain lagi.

3. Terpaksa
Ketika seorang muslim dalam keadaan terpaksa maka dibolehkan untuk dia meminum
minuman keras, memakan bangkai, bahkan boleh untuk mengatakan perkataan yang
membuatkan seseorang itu kepada kekufuran akan tetapi dengan syarat hatinya tetap
beriman kepada Allah SWT. Walau bagaimanapon, situasi terpaksa yang itu haruslah
benar-benar terpaksa bukanlah dibuat atau dianggap terpaksa sedangkan dia masih
mampu.

4. Lupa
Allah swt juga memberikan rukhsoh kepada orang yang melakukan kesalahan ketika
terlupa. Misalnya, orang yang makan sedangkan dia sedang berpuasa, atau orang yang
lupa membaca bismillah ketika sedang melakukan korban. Lupanya itu tidak menjadikan
puasanya itu batal atau haiwan korban itu menjadi haram (ia tetap halal untuk dimakan).

5. Kebodohan
Orang yang melakukan dosa atau kesilapan tanpa mengetahui perkara yang dilakukan itu
adalah salah maka kesilapan atau dosanya itu dimaafkan kerana ketidaktahuannya atau
kebodohannya itu.

4
6. Tidak Mampu
Orang yang dianggap tidak mampu bertindak atau orang yang tidak memiliki
kemampuan diberikan rukhsoh dari hukum hakam, yakni kesilapan yang dilakukannya
tidak akan diberikan hukuman seperti orang gila yang membunuh seseorang ditepi jalan,
maka dia akan diberikan kebebasan kerana memiliki masalah mental. Salah satu orang
yang tidak mampu itu adalah budak kecil dan orang gila.

7. Kesulitan Umum
Kesulitan umum juga diberikan rukhsoh dalam menunaikan ibadah mereka. Misalnya,
ketika musim hujan akan sangat menyusahkan orang yang berjalan kaki untuk tidak
terkena percikan air-air lumpur yang mana air itu mungkin telah bercampur dengan najis
dan sebagainya. Oleh kerana beberapa alasan, rukhsoh ini boleh dipakai akan tetapi ia
mengikut kepada situasi masing-masing kerana setiap siyuasi iru berbeza-beza. Ada
rukhsoh yang boleh menggugurkan sesuatu hukum, ada juga rukhsoh yang hanya
mengurangkan sahaja dan lain-lain.

1.3 Cara Rukhsoh Solat Bagi Orang Sakit Dan Bermusafir.

1. Cara solat orang sakit:


Kebanyakkan orang yang sakit ini tidak mampu menyempurnakan rukun-rukun
solat seperti ruku’, sujud, duduk antara 2 sujud dan tasyahud. Oleh kerana itulah, Allah
swt telah menganugerahkan rukhsoh untuk orang yang sakit untuk menunaikan ibadah
mereka sekiranya mereka tidak mampu.

a. Ruku’.
Solat dalam keadaan berdiri:

Sekiranya dia mampu maka dia boleh menyempurnakannya seperti biasa.


Sekiranya dia tidak mampu maka dia boleh melaksanakannya dengan cara menundukkan
badan sehingga kedua tangan dapat mencapai kedua lutut. Sekiranya dia tidak mampu

5
juga dia boleh melaksanakan dengan memgisyaratkan kepala. Sekiranya dia tidak mampu
juga maka dia boleh mengisyaratkan dengan mata. Dan akhir sekali, sekiranya dia tidak
mampu juga maka dia boleh melakukannya dengan menggunakan hati.

Solat dalam keadaan duduk:

Ada banyak cara solat duduk yang boleh dilakukan seperti duduk iftirasy, duduk
atas katil atau kerusi, duduk dengan kaki berluncur kearah kiblat, duduk bersila dan
boleh juga duduk mengikut kemampuan sendiri. Dan caranya adalah menundukkan
badan sedikit sehingga kedudukan dahi sebaris dengan tempat sujud. Jika seseorang itu
tidak mampu menundukan kepalanya sebaris dengan tempat sujud, dia juga boleh
menundukan dahinya melepasi paras lututnya. Jika dia tidak mampu, dia juga boleh
untuk menundukan badannya mengikut kemampuannya sendiri.

Solat dalam keadaan baring:

Untuk solat baring ada beberapa cara. Salah satunya adalah dengan mengiring dan
melentang. Jikalau dia solat dalam keadaan mengiring maka hadapkanlah dadanya kearah
kiblat. Pesakit boleh mengiring ketika membaca al-fatihah, i’tidal’ duduk anatara 2 sujud
dan duduk tasyahud. Sekiranya dia hendak ruku’ maka hendaklah dia menundukkan
sedikit kepala. Dan jikalau dia solat dalam keadaan melentang maka hanya perlu
memberikan isyarat menggunakan mata sahaja.

b. Sujud.
Solat dalam keadaan berdiri:

Sekiranya dia mampu maka lakukanlah seperti biasa. Sekiranya dia tidak mampu
maka dia boleh menunaikannya dengan menundukkan badannya melebihi kadar ruku’
dan menghampirkan diri semampunya ke tempat sujud sama ada dalam keadaan berdiri
atau duduk. Sekiranya tidak mampu maka dia boleh menunaikan dengan memberikan
isyarat kepala. Sekiranya dia tidak mampu juga maka boleh memberikan isyarat dengan

6
mata. Dan akhir sekali, jika dia tidak mampu juga maka dia di perbolehkan untuk
melakukannya dengan menggunakan hati.

Solat dalam keadaan duduk:

Cara duduknya sama seperti ruku’ dan sekiranya mampu utnuk sujud seperti biasa maka
lakukanlah akan tetapi jika tidak mampu maka dia boleh sujud dengan menundukkan
badannya lebih sedikit daripada kadar ruku’dan sekiranya dia tidak mampu maka boleh
untuk dia menunduk dengan kadar semampunya sahaja.

Solat dalam keadaan baring:

Caranya sama seperti ruku, akan tetapi hanya perlu menunduk lebih sedikit daripada
qadar ruku dan jika dia tidak mampu maka dia boleh menunduk semampunya sahaja.
Dan untuk baring melentang maka dia hanya perlu memberi isyarat menggunakan mata
sahaja.

c. Duduk antara 2 sujud.


Sekiranya dia tidak mampu untuk duduk antara 2 sujud maka dia boleh duduk bersila dan
semampunya sahaja.

d. Tasyahud
Sekiranya dia tidak mampu maka boleh menunaikannya mengikut kemampuan pesakit
itu.
Selain itu, orang sakit juga boleh menjama’kan solat mereka jika mereka tidak mampu.

2. Solat untuk orang yang bermusafir.


Apabila seseorang bermusafir lebih daripada 2 marhalah maka diberikan rukhsoh untuk
dia melakukan jama dan qosar untuk solat.

Syarat-syaratnya adalah:

7
1. perjalanannya haruslah melebihi 81 km.
2. perjalanan itu bukan untuk maksiat.
3. mengetahui tempat yang ingin ditujui.

Solat Qosar (Memendekkan)


Solat qosar adalah memendekkan solat daripada 4 rakaat kepada 2 rakaat.

Solat yang boleh diqosarkan adalah solat Zohor, Asar dan Isyak.

Syarat-syarat Solat Qasar:


1. Solat fardu yang diqosarkan berkenaan wajib kepada seseorang yang bermusafir
dan hendaklah dilakukannya semasa bermusafir itu.
2. Perjalanan itu mesti melepasi sempadan qaryah
3. Tidak berniat untuk menetap selama 4 hari atau lebih pada tempat yang dituju dan
bilangan itu tidak termasuk hari pergi dan balik).
4. Tidak menjadi imam solat untuk orang yang bermukim (kalau jadi makmum
boleh tapi untuk solat yang tidak diqosarkan sahaja)

Solat Jamak (Menghimpunkan)


Solat jamak adalah menghimpunkan atau mengumpulkan 2 solat dalam satu waktu. Dan
ia terbahagi kepada 2:

1. Jama’ Taqdim

 Kedua-dua solat itu mengikut tertib


 Niat jamak yang ke-2 hendaklah dilakukan pada solat yang pertama
 Berturut-turut diantara solat pertama dan kedua (tidak boleh antara 2 solat itu
melakukan pekerjaan lain)
 Masih dalam keadaan bermusafir hingga takbir solat kedua

2) Jama’ Ta’khir

8
 Niat ta’khir kan solat pertama pada waktu
 Masih dalam keadaan bermusafir hingga selesai kedua-dua solat
 Tidak perlu tertib dalam melakukan jama’ ta’khir

1.4 Ikhtilaf hukum rukhsoh solat jama’ menurut perbahasan ulama.

1. Imam Syafie, Imam Malik dan beberapa pendapat doif Imam Syafie: boleh jama kalau
safar, sakit dan hujan.

2. Imam Ahmad: hukum jama ketika sakit sama seperti hukum ketika safar (yakni boleh
jama’)

3. Imam Malik mempunyai tafsirannya sendiri iaitu hanya ketika berjalan sahaja yang
boleh melakukan jama’, sekiranya ketika musafir dia sedang rehat dekat hotel atau
seumpamanya maka tidak boleh jama’.

4. Imam Hanafi: secara haqiqinya tidak boleh jama’ kecuali ketika di arafah sahaja
walaupun ada keuzuran atau tidak ada.

Ikhtilaf jama’ ketika hujan.

1. Imam Syafie: boleh jama ketika hujan dengan syarat beberapa syarat:
1. hujan itu mestilah lebat
2. jama’ yang dilakukan haruslah jama taqdim bukan jama’ ta’khir.
3. orang yang melakukan jama’ itu haruslah yang istiqomah dalam menunaikan
solat di masjid.
4. masjid itu harus jauh.
5. hujan itu mestilah berterusan sehingga akhir waktu.

I’lah boleh jama’ ketika hujan adalah kerana mempunyai kesusahan. Apabila hujan maka
baju akan basah, tiada tempat pelindungan dan sebagainya. Akan tetapi untuk zaman

9
sekarang ini sudah tidak ada alasan seperti ini kerana zaman sekarang sudah ada
kemudahan yang secukupnya.

1.5 Membincangkan bentuk-bentuk rukhsah berkaitan ibadah solat.


Rukhsah ini telah dianugerahkan oleh Allah SWT untuk umatnya yang mempunyai
keterbatasan atau halangan. Terdapat banyak bentuk dalam melaksanakan rukhsoh dalam
solat, salah satunya adalah

1) Rukhsoh Ketika Bermusafir


Adakah umat Islam masih diperbolehkan untuk menjamakkan atau mengqasarkan solat
mereka ketika bermusafir sedang pada zaman yang modern ini terdapat pelbagai
kemudahan seperti kenderaan dan sebagainya?

Jawapannya: untuk menjawab soalan diatas, baiknya jika kita memahami firman Allah
SWT yang bermaksud: "Dan apabila kamu bermusafir atas muka bumi ini, maka tidaklah
kamu berdosa untuk mengqasarkan (memendekkan) sembahyang khususnya jika kamu
takut diserang oleh orang kafir (ketika dalam peperangan). Sesungguhnya orang kafir itu
adalah musuh yang amat nyata bagi kamu." (Surah al-Nisa', ayat 101)

Hukum pada ayat diatas adalah umum kerana ayat itu berkenaan dengan pensyariatan
qasar yang tidak ada had kepada tempoh, kenderaan, kemudahan atau keadaan zaman
tertentu akan tetapi yang ditekankan di ayat itu adalah perbuatan musafir.

Ulama pula telah menetapkan jarak jauh perjalanan itu hendaklah melebihi dua marhalah
yakni sekurang-kurangnya 86 kilometer. Jika perjalanan itu tidak mencapai jarak
minimum, maka perbuatan memendekkan solat adalah tidak dibenarkan.

Dalil :
Riwayat dari Anas bahawa:

‫ ثم‬،‫ أخر الظهر إلى وقت العصر‬،‫ الشمس‬-‫ تميل ظهرا‬-‫كان رسول هللا صلى هللا عليه وسلم إذا رحل قبل أن تزيغ‬
‫ ثم ركب‬،‫ فإن زاغت قبل أن يرتحل صلى الظهر‬،‫نزل يجمع بينهما‬.

10
Maknanya: "Sesungguhnya apabila Nabi saw bermusafir sebelum gelincir matahari,
beliau akan mengakhirkan atau melewatkan waktu Zohor sehinggalah waktu Asar,
kemudian beliau singgah disuatu tempat dan bersolat jama' kedua2 solat. Apabila baginda
berangkat sebelum gelincir matahari, Nabi akan bersolat Zohor dan kemudian
berangkat." [Hadith Bukhari dan Muslim].

2) Rukhsoh Ketika Sakit


ulama fekah berpendapat bahawa solat jama’ boleh dilakukan disebabkan keuzuran-
keuzuran yang tertentu, seperti sakit yang menyusahkannya, atau kesempitan waktu
disebabkan urusan, hujan bagi mereka bersolat jamaah di masjid dan seumpamanya. Kata
al-Imam al-Nawawi

“Sejumlah para imam (ulama) berpendapat boleh menjamakkan solat ketika di tempat
tinggal (tidak bermusafir) jika ada keperluan bagi sesiapa yang tidak menjadikannya
kebiasaan. Ini merupakan pendapat (Muhamamad) Ibn Sirrin, Ashhab (bin ‘Abd al-‘Aziz)
dari murid-murid Malik (bin Anas). Juga al-Khattabi menyebut pendapat ini daripada al-
Qaffal (al-Marwazi) dan al-Shashi al-Kabir (Muhammad bin ‘Ali) kalangan tokoh ulama
Mazhab al-Syafii, daripada Abi Ishaq al-Marwazi, daripada sejumlah ahli hadis. Ibn
Munzir memilih pendapat ini dan ia disokong oleh apa yang zahir dari perkataan Ibn
‘Abbas “Baginda tidak mahu membebankan seorang pun umatnya”. Beliau (Ibn ‘Abbas)
tidak memberikan alasan sakit atau selainnya”. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 5/335).

Keterangannya:

Ulama-ulama telah melihat jamak itu luas merangkumi segala keadaan yang sukar.
Tujuannya bagi meringankan bebanan umat ini. Menurut Ibn ‘Abbas itulah tujuan kenapa
Nabi s.a.w melakukan jamak di Madinah. Namun, para ulama ini meletakkan syarat agar
tidak dijadikan kebiasaan. Ertinya, dilakukan apabila ada keperluan sahaja samada sakit
atau selainnya. Allah swt telah memberikan rukhsoh untuk orang sakit yang tidak mampu
solat dengan berdiri agar melaksanakan ibadah solat dengan duduk atau berbaring.

11
Allah SWT berfirman dalam surah An Nisa ayat 103,
... ‫ َفاْذ ُك ُروا هللا ِقَياًم ا َو ُقُعوًدا َو َعلى ُج ُنوِبُك ْم‬...
maknanya: "... berzikirlah kepada Allah (mengingat dan menyebut-Nya), baik ketika
kamu berdiri, duduk, maupun berbaring ..."

Nabi saw telah bersabda:


‫َع ْن ِع ْمَر اَن ْبِن ُح َص ْيٍن َر ِض ي ُهَّللا َع ْنُه َقاَل َكاَنْت ِبْي َبَو اِس ْيُر َفَس َأْلُت الَّنِبَّي َص َّلى ُهَّللا َع َلْيِه َو َس َّلَم َع ِن الَّص اَل ِة َفَقاَل َص ِّل‬
)‫ (رواه الجماعة إال مسلما‬.‫ َفِإْن َلْم َتْسَتِط ْع َفَع لى َج ْنِب‬،‫ َفِإْن َلْم َتْسَتِط ْع َفَقاِع ًدا‬،‫َقاِئًم ا‬

Maknanya: Dari 'Imran bin Hushain ia berkata, "Saya menderita penyakit ambeien, lalu
saya bertanya kepada Rasulullah SAW bagaimana caranya salat. Beliau bersabda,
'Salatlah dengan berdiri, jika tidak mampu maka dengan duduk, dan kalau tidak mampu
maka berbaringlah." (HR Jama'ah kecuali Muslim)

Dirukhsohkan untuk orang yang sakit memilih kedudukan dan melakukan pergerakkan
solat yang mampu dengan kemampuannya.

3) Rukhsoh kerana mempunyai keuzuran.

Rukhsoh solat berjemaah kerana mempunyai keuzuran seperti covid -19. Seperti
mana yang kita ketahui, solat berjemaah tidak dibenarkan di masjid, tempat umum atau
surau kerana berlakunya virus COVID -19. Kita semua diarahkan untuk solat ditempat
tinggal masing-masing.
Memang benar, Nabi saw pernah bersabda maksudnya: “Sempurnakanlah saf-saf
kamu.” (Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban) akan tetapi hal ini berlaku ketika keadaan yang
tidak mempunyai keuzuran, jika mempunyai keuzuran maka tidak mengapa. Allah swt
berfirman maksudnya: “Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu..”
(Surah al-Taghabun ayat 16). Syeikh Abd al-Rahman al-Sa’di telah menerangkan bahawa
ayat ini menunjukkan bahawa apabila apa-apa sahaja kewajipan syarak yang tidak
mampu ditanggung oleh seseorang hamba maka perkara itu akan gugur jika dia tidak

12
mampu. Sepertimana sabdaan Nabi SAW: Jika kalian diperintahkan dengan suatu
perintah maka laksanakannya berdasarkan kemampuan kalian.
Didalam isu COVID-19 ini, batuk atau apa-apa sahaja yang keluar dari air liur
akan menjadi asbab yang mana ia boleh menyebabkan jangkitan sehingga ia boleh
membawa kepada kematian. Maka perlulah untuk kita menjaga jarak antara satu jemaah
dengan jemaah yang lain sehingga satu meter agar tidak dijangkiti. Oleh disebabkan itu
jugalah, pemerintah telah memberi arahan agar kita semua solat didalam rumah sahaja
bersama keluarga kita yang mana kita sendiri dapat mengetahui keadaan keluarga kita
sendiri.

1.6 Faktor yang menyebabkan umat Islam masih tidak menunaikan solat meskipun
terdapat rukhsoh.

Jika membahaskan tentang solat, ia adalah satu ibadah yang perlu dilakukan mengikut
waktunya. Oleh kerana itulah, ketika kita niat solat adanya perkataan tunai dan apabila
dilakukan diluarwaktu maka akan diniatkan ganti.
Firman Allah yang bermaksud: Maka celakalah bagi orang-orang yang solat, (iaitu)
orang-orang yang lalai solatnya (Surah Al-Maa’un: 4 & 5)
Didalam ayat tersebut telah disebut bagi orang yang solat kerana mereka itu pada asalnya
perlu melaksanakan solat dan mengikut peraturan-peraturannya akan tetapi mereka mula
lalai dalam menunaikan solat atau meninggalkannya secara serta-merta. Antara sebab
mereka tidak menunaikan solat adalah
1) Malas
Kebanyakkan manusia zaman kini tidak menunaikan solat kerana malas walaupun Allah
swt telah memberikan banyak rukhsoh.

2) Sibuk dengan dunia


Sebahagian muslim didunia ini tidak solat kerana sibuk dengan pekerjaan. Mereka
bekerja untuk mencari duit agar mereka dapat memberikan nafkah kepada keluarganya
akan tetapi mereka telah lupa bahawa yang memberikan rezeki itu adalah Allah.

13
3) Tiada ilmu mengenai rukhsoh
Berkemungkinan ada yang tidak mengetahui bahawa Allah telah memberikan kepada
umat islam keringanan untuk menunaikan ibadah. Kebiasaannya orang yang tidak
mengetahui tentang hukum rukhsoh ini adalah orang yang baru memasuki islam.

1.7 Kesimpulan
Rukhsoh solat ini bertujuan agar umat Islam dapat menunaikan solat fardu pada apa-apa
keadaan sekalipun. Selain itu, agar membuktikan bahawa agama Islam adalah agama
yang mengambilkira akan kebajikan umat bukan agama yang menyusahkan. Allah telah
memberikan banyak rukhsoh solat kepada umat ini, salah satunya seperti solat duduk
bagi orang yang tidak mampu dan sebagainya. Walau bagaimana pon, untuk melakukan
rukhsoh ini terdapat banyak ikhtilaf padanya maka hendaklah dilakukan mengikut
mazhab masing-masing. Selain itu, bagi umat islam hendaklah mereka melaksanakan
solat dengan sempurna bahkan khusyu agar dapat dijadikan teladan pada generasi yang
akan datang. Jika kita sebagai umat islam tidak mentaati syariat maka bagaimankah
agama islam kita mahu berkembang?.

14
2.1 FORUM

RAJAH 1: FORUM 1

RAJAH 2: FORUM 2

15
RAJAH 3: FORUM 3

RAJAH 4: FORUM 4

16
RAJAH 5: FORUM 5

JUMLAH PERKATAAN 2921

17
RUJUKAN

1. https://www.republika.co.id/berita/nk28wd21/konsep-rukhsah-dalam-islam

2. https://www.republika.co.id/berita/nml54212/rukhsah-dan-kemudahan-dalam-agama

3. https://islami.co/apa-itu-rukhsah-ini-contoh-rukhsah-dan-dalilnya/

4.https://www.detik.com/hikmah/khazanah/d-6699594/rukhsah-dalam-salat-bentuk-

kemudahan-dari-allah-swt

5. https://ponpes.alhasanah.sch.id/pengetahuan/7-sebab-dibolehkannya-rukhshah-dalam-

islam/

6. https://anyflip.com/wdfm/lyca/basic

7. https://ecentral.my/solat-jamak-dan-qasar

8. https://archive.org/details/tuhfatul-ahwadzi/Tuhfatul%20Ahwadzi%201/

9. http://qasolatjamakqasar.blogspot.com/2011/02/dalil-solat-jamak-dan-qasar.html

10. https://harakahdaily.net/index.php/2020/03/20/memahami-rukhsah-dalam-situasi-

covid-19/

11. http://www.addeen.my/index.php/rohani/ibadah/item/348-rukhsah-terimalah-

sedekah-daripada-allah

12. https://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/islam-dan-vaksinasi/hukum-vaksin-

covid-19/FIQH_COVID19_KK25052021-BM.pdf

13. https://www.mstar.com.my/xpose/ad-din/2020/12/28/dosa-besar-tinggalkan-solat-
atas-sebab-malas-atau-sengaja-melengah-lengahkan-bayar-hutang-segera

14. Dewan. (4th ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010) Rohidzir Rais.

Anda bertanya ustaz menjawab mengenai solat. Selangor: PTS Publishing House. (2011)

18
15. Muhsin. Penentuan jarak tempuh perjalanan untuk jamak dan qasar shalat bagi

musafir (Studi komparatif antara Ibnu Taimiyah & Ibnu Hazm). Banda Aceh. (2017)

19

Anda mungkin juga menyukai