Anda di halaman 1dari 19

Faculty of Islamic Studies (Islamic Mangement)

SEMESTER 3 / 2022

HBQE2103

AL-TAJWID

NO. MATRIKULASI : 970403-10-6334-001


NO. KAD PENGENALAN : 970403-10-6334
NO. TELEFON : 018-2129078
E-MEL : maryamcook092@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SEREMBAN

0
<KOD KURSUS>

ISI KANDUNGAN M/S

1.0 PENGENALAN 2

2.0 TUGASAN 1
3
2.1 KETOKOHAN IMAM AL-SYATIBI

2.2 PANDANGAN ULAMA MENGENAI MAKHRAJ HURUF 7

2.3 HUKUM TAJWID DI DALAM SURAH YUNUS AYAT 1 & 2 12

2.4 KESIMPULAN 15

2.5 FORUM 16

3.0 RUJUKAN 17

1
<KOD KURSUS>

1.0 PENGENALAN

Tujuan tugasan ini adalah untuk menguji kebolehan pelajar untuk menzahirkan kemahiran di
dalam pembacaan al-Quran mengikut hukum-hukum tajwid yang betul.Objektif daripada
subjek ini adalah untuk mendapat penerangan mengenai maksud ilmu tajwid serta
pembahagiannya, mempelajari secara terperinci mengenai qiraat yang wujud dalam
pembacaan al-quran dan mempelajari secara mendalam tentang sifat-sifat dan makhraj huruf
agar dapat menghasilkan kefahaman yang betul untuk membaca al-quran berdasarkan
hukum-hukum tajwid

2
2.0 TUGASAN 1

2.1 KETOKOHAN IMAM SHATIBI DALAM PENGAJIAN AL-QURAN

Di dalam pengajian Islam, terdapat ramai tokoh-tokoh ilmuwan yang hebat di


dalam bidang bidang agama yang berbeza seperti, ilmu feqah, ilmu bahasa arab, ilmu
usul fiqh, dan tidak terkecuali bidang ilmu tajwid. Ilmu Tajwid adalah antara ilmu yang
amat penting untuk dipelajari kerana ia merupakan ilmu yang dapat menghasilkan
pembacaan Al-Quran yang betul bagi orang yang mempelajarinya. Maka oleh itu, akan
diulaskan disini tentang salah seorang di antara tokoh dan agamawan yang terkenal dalam
bidang al-quran. Iaitu Imam Al-Syatibi. Nama sebenar beliau adalah Abu Al-Qosim,
Abu Muhammad, Al-Qosim bin Fiyurroh bin Kholaf bin Ahmad Asy-Syatibi Arruayni,
Al-Andalusy. Beliau lahir pada ahir tahun 538 H di kota Syatibah. Menurut Imam Ibnu
Jazari, ketika Imam Al-Syatibi lahir,

Sedikit penerangan tentang makna gelaran dan kunyah beliau. Bermula dengan
Asy-Syatibi, ia dalah nisbat ke Syaatibah,sebuah kota di daerah Timur Andalusia yang
terletak di wilayah sepanyol. Kota ini merupakan tempat lahirnya Imam Al-Syatibi, oleh
itu beliau di nisbahkan kepada tempat lahirnya.

Setelah diulaskan tentang asal usul seorang tokoh yang bergelar Imam Al-Syatibi,
maka apakah sumbangan beliau di dalam pengajian Al-Quran, dan mengapa beliau
dianggap hebat dan cerdik? Terdapat banyak sumbangan,ilmu dan manfaat yang telah
dicurahkan oleh Imam Al-Syatibi di dalam dunia Islam, terutamanya di dalam bidang
pengajian Al-Quran. Meskipun beliau telah meninggal dunia ribuan tahun yang lalu, akan
tetapi ilmu, sumbangan, manfaat, kitab-kitab karangan dan ajaran beliau telah tersebar
dan menjadi sumber rujukan dan pembelajaran bagi ramai pelajar-pelajar dan guru-guru
yang mendalami dalam ilmu bidang Al-Quran. Permulaan imam Al-Syatibi di dalam
pengajian ilmu qiraat adalah daripada sejumlah ulama masyhur di Andalus antaranya
adalah Abu Abdullah Muhammad Bin Abi al- As Nafizi. Setelah itu beliau berhijrah ke
Balansiyah. Di sana, beliau mula mempelajari beberapa bidang dan kitab seperti kitab al-

3
taysir karangan Abu Amru al-dani,kitab nahu Sibawayh, al-kamil karangan Ibn
Mubarrad, Adab al-katib oleh Ibn Qutaybah dan lain-lain.

Di antara ketokohan imam Al-Syatibi adalah bahawa beliau merupakan imam


yang masyhur di dalam pembahasan dan bidang ilmu Qiraat yang tujuh. (‫)القرءاة السبعة‬
serta belia telah mengarang kitab yang berjudul Hirozul Amani Wawajhut Tahani atau
dikenali juga sebagai matan Asy-syatibiyah. Kitab ini banyak diguna pakai oleh guru-
guru dan penuntut-penuntut ilmu dalam bidang qiraat. Kitab Hirz al-Amani wa Wajh al-
Tahani ini adalah sebuah kitab yang menerangkan tentang qira’at al-sab ‘ah. (‫)القرءاة السبعة‬.
Kitab ini dikarang dalam bentuk qasidah syair atau disebut sebagai matan atau nadzhom
dan mempunyai 1173 rangkap.

Yang kedua, ketokohan dan sumbangan Imam Al-Syatibi juga dapat dilihat di
dalam usaha yang beliau telah dirikan dalam penyebaran pengajian Al-Quran. Iaitu ketika
Abu tahir telah mengambil imam Al-syatibi sebagai salah seorang guru di madarasah
beliau serta menjadikan Imam al- Syatibi sebagai salah seorang pakar rujuk. Maka dari
sini, imam Al-Syatibi menjadikan madrasah ini sebagai pusat penyebaran ilmu Al-Quran
yang telah dikunjungi oleh ramai para pelajar dari seluruh pelusuk. Oleh itu, dapat dilihat
usaha yang agung yang beliau telah dirikan demi penyebaran dalam pengajian Al-Quran.

Ketokohan Imam Al-Syatibi dalam pengajian Al-Quran yang ketiga adalah di


dalam tariq Syatibiyah dalam riwayat Hafs Imam ‘Asim. Sebelum itu, akan diterangkan
terlebih dahulu mengenai definisi atau pengertian qiraat, riwayat dan tariq. Qiraat ialah
setiap bacaan yang disandarkan kepada imam-imam besar yang tujuh. Atau secara
mudahnya qiraat adalah kepelbagaian bacaan Al-quran daripada tujuh imam qiraat yang
mutawatir.

Imam-imam qiraat yang tujuh adalah Imam Nafi‘ Al-Madani,Imam Ibnu Kathir,
Imam Abu Amr Al-Bashri, Imam Ibnu Amir Asy-Syaami, Imam Asim Al-Kuufi, Imam
Hamzah Al-Kuufi dan Imam Kisaie Al-Kuufi. Manakala riwayat ialah setiap apa yang
disandarkan kepada periwayat yang diambil daripada imam yang tujuh tadi. Imam-imam

4
yang tujuh mempunyai mempunyai orang yang meriwayatkan daripadanya. Contoh
seperti :
1. Imam Nafi Al-Madani
Periwayatnya : Qalun & Warsy

2. Imam Ibnu Kathir


Periwayatnya : Bazzi & Qunbul

3. Imam Abu Amr Al=Bashri


Periwayatnya : Duri & Suusi

4. Imam Ibnu Amir Asy-Syaami


Periwayatnya : Hisyam & Ibnu Zakuan

5. Imam Asim Al-Kuufi


Periwayatnya : Syu’bah & Hafs

6. Imam Hamzah Al-kuufi


Periwayatnya : Kholaf & Khollad

7. Imam Kisaie Al-Kuufi


Periwayatnya : Abu al-haris & Duri Kisaie

Seterusnya ialah tariq, tariq adalah setiap apa yang disandarkan kepada pengambil
atau sesiapa selepasnya daripada periwayat.Secara ringkas, bacaan imam yang tujuh
disebut sebagai qiraat, kemudian bacaan yang diambil daripada imam yang tujuh disebut
sebagai riwayat, dan bacaan yang diambil dari periwayat adalah tariq.

5
Imam Al-Syatibi mempunyai tariq dari riwayat Hafs Imam ‘Asim. Tariq tersebut
disebut sebagai Tariq Al-Syatibi. Tariq al-Syatibi merupakan Tariq al-‘Ammah,
maksudnya tariq tersebut yang menjadi pilihan utama para pembaca. Antara wajah-wajah
Hafs melalui tariq Al-syatibi adalah seperti berikut :

i. Mad al-Munfasil. Iaitu apabila huruf hamzah dan huruf mad berada di
dalam dua kalimah yang berlainan iaitu huruf mad di akhir kalimah
pertama dan huruf hamzah di awal kalimah yang kedua, seperti ( ‫ءامنا قالوا‬
.) Kadar bacaan Imam Hafs melalui Tariq al-Syatibi adalah dengan kadar
4 harakat yang diistilahkan sebagai ( ‫ ) التوسط‬dan kadar 5 harakat ( ‫التوسط‬
‫)فويق‬.

ii. Mad al-Muttasil. Iaitu apabila huruf mad dan huruf hamzah
berada di dalam satu kalimah seperti :

( ‫ ساء سىء سوء‬.)

Imam Hafs melalui Tariq al-Syatibi membacanya dengan 4 dan 5


harakat, samaada ketika wasl atau waqf.

iii. Idgham Nun Sakinah dan Tanwin ketika bertemu dengan huruf
lam dan ra’ (‫ ر‬, ‫) ل‬

Imam Hafs membaca Idgham Nun Sakinah dan Tanwin ketika


berjumpa dengan huruf lam dan ra’ tanpa ada ghunnah.

iv. Saktah. Iaitu memberhentikan bacaan sekejap tanpa bernafas


dengan kadar 2 harakat dan menyambung bacaan semula dengan
nafas yang sama.

6
Imam Hafs melalui Tariq al-Syatibi hanya membaca saktah pada 4
tempat masyhur, iaitu :

 Antara akhir kalimah ayat pertama ( ‫)عوجا‬


 Awal kalimah ayat kedua (‫) قيما‬
 Surah al-Kahfi iaitu ketika sambung bacaan sahaja.
 Antara kalimah (‫دنا‬gg‫ ) مرق‬dan ( ‫ذا‬gg‫ ) ه‬pada ayat 52 Surah
Yasin.

.
Perkara-perkara yang disebutkan sebentar tadi mengenai Imam Al-syatibi serta
ketokohan beliau seperti, keperibadian beliau, kecerdikan beliau, kitab beliau (Matan
Syatibiyyah),dan usaha beliau dalam menyebarkan ilmu pengajian Al-Quran. Maka ini
hanyalah di antara ketokohan dan sumbangan Imam Al-Syatibi di dalam pengajian Al-
Quran. Jangan dilupakan bahawa terdapat banyak lagi sumbangan dan ketokohan
dan hasil karya beliau. Diantara karya beliau yang terkenal ialah :
1) Hirozul Amani Wawajhut Tahani kitab ini di kenal juga dengan istilah Qoidah
Laamiyah yang menerangkan tentang bacaan qiroat imam yang tujuh yang terkemuka.
2) Al Aqilah Atrabul Qasoid Fi Asaniyal Maqosid atau di kenal dengan
Arraiyah kitab ini membahas tentang ilmu penulisan Rasm usmani. Buku ini di susun
dalam bentuk nadzom syair yang terdiri dari 298 bait.
3) Qosidah Roiyah Fi Adadi Ayyi

2.2 PANDANGAN ULAMA BERKENAAN MAKHRAJ HURUF

Di antara bab-bab tajwid yang penting adalah bab makhraj.

Pengertian Makhraj :

Makhraj adalah daripada perkataan Bahasa Arab (‫ )خرج‬yang bermaksud tempat keluar.

7
Secara umumnya, ulama bersepakat bahawa bilangan tempat-tempat makhraj utama yang
mengeluarkan suara untuk melafazkan sesuatu huruf ada 5 bahagian :

1. Bahagian rongga mulut dan rongga kerongkong (Al-Jaufiy).


2. Bahagian kerongkong (Al-Halqi).
3. Bahagian lidah (Al-Lisan).
4. Bahagian bibir mulut (As-Shafatan).
5. Bahagian hidung (Al-Khaisyumi)

5 Bahagian ini disebut sebagai makhraj am. Manakala bagi tiap makhraj terdapat
bahagian masing-masing juga secara terperinci yang disebut sebagai makhraj khas dan ia
terbahagi kepada tiga pendapat :

a) Pendapat Sibawaih dan Imam Jalalain fi al-Qiraat (Asy-Syatibi dan Ibnu Barri).
Menurut mereka, ada 16 tempat keluar huruf (makhraj). Mereka membuang makhraj jauf
(rongga mulut) iaitu tidak meletakkan huruf-huruf mad pada makhraj yang khusus.
Sebaliknya, mereka meletakkan huruf-huruf yang ada pada makhraj jaufiy tersebut pada
tiga makhraj :

I. alif dan hamzah pada aqsa al-halqi (pangkal kerongkong).


II. ya’ sebagai huruf mad dan ya’ yang berharakat atau sukun setelah huruf yang
berharakat fathah pada wastu al-lisan (lidah bagian tengah), beserta.
III. waw huruf mad & waw yang berharakat atau sukun setelah huruf yang berharakat
fathah. pada asy-syafatain (dua bibir).

CONTOH DAN PENERANGAN :

Makhraj Halqi (kerongkong) : ada 3 bahagian

8
 Hujung Kerongkong ( ‫)غ خ‬
 Tengah kerongkong ( ‫)ع ح‬
 Pangkal kerongkong: (‫) ء ه‬

Makhraj Lisan (lidah) : ada 10 bahagian

 Pangkal lidah : ‫ق‬


 Pangkal lidah menyentuh lelangit belakang: ‫ك‬
 Tengah lidah ditekan ke lelangit atas: ‫ش ج ي‬
 Tepi atau sisi lidah (kiri atau kanan) dirapatkan pada gigi geraham atas (bahagian
dalam): ( ‫) ض‬
 Hujung lidah ditekan ke gusi di atas gigi depan (bahagian dalam): ‫ل‬
 Hujung lidah ditekan ke lelangit depan, sedikit ke belakang dari makhraj huruf
Lam: ‫)) ن‬
 Hujung lidah diangkat ke lelangit atas, serta dilengkungkan sehingga terlihat lidah
bahagian belakang: ‫)) ر‬
 Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi depan bahagian atas: ( ‫) ت ط د‬
 Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan di hujung gigi depan bahagian atas:
(‫) ذ ث ظ‬
 Hujung lidah diletakkan ke belakang gigi depan bahagian bawah: ( ‫) ص ز س‬

Makhraj Syafatain (Bibir) : ada 2 bahagian

 Bibir Bawah ditekan ke Gigi bahagian atas: ( ‫)ف‬


 Bibir Bawah dan Atas posisi rapat: ( ‫)ب م و‬

Makhraj Khaisyum (rongga hidung) dan ia adalah makhraj khusus untuk dengung
(ghunnah) : ada 1 bahagian

9
Jumlah makhraj Huruf : 16

b) Pendapat Al-Farra’, Al-Jurmi, Al-Quthrub, Ibnu Kaisan


Mereka berpendapat bahawa jumlah makharij huruf ada 14. Mereka membuang makhraj
jauf (rongga mulut). Kemudian mereka menjadikan makhraj huruf lam, nun dan ra pada
satu makhraj iaitu pada (hujung lidah).

CONTOH DAN PENERANGAN :

Makhraj Halqi (kerongkong) : ada 3 bahagian

 Hujung Kerongkong ( ‫)غ خ‬


 Tengah kerongkong ( ‫)ع ح‬
 Pangkal kerongkong: (‫) ء ه‬

Makhraj Lisan (lidah) : ada 8 bahagian

 Pangkal lidah : ‫ق‬


 Pangkal lidah menyentuh lelangit belakang: ‫ك‬
 Tengah lidah ditekan ke lelangit atas: ‫ش ج ي‬
 Tepi atau sisi lidah (kiri atau kanan) dirapatkan pada gigi geraham atas : ( ‫) ض‬
 Hujung lidah menekan pangkal gusi gigi atas bahagian hadapan : (‫)ل( )ن( )ر‬
 Hujung lidah menekan ke pangkal gigi depan bahagian atas: ( ‫) ت ط د‬
 Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan di hujung gigi depan bahagian atas:
(‫) ذ ث ظ‬
 Hujung lidah diletakkan ke belakang gigi depan bahagian bawah: ( ‫) ص ز س‬

Makhraj Syafatain (Bibir) : ada 2 bahagian

 Bibir Bawah menyentuh Gigi bahagian atas: ( ‫)ف‬

10
 Bibir Bawah dan atas dirapatkan: ( ‫)ب م و‬

Makhraj Khaisyum (rongga hidung) dan ia adalah makhraj khusus untuk dengung
(ghunnah) : ada 1 bahagian

Jumlah Makhraj : 14

c) Pendapat Khalil bin Ahmad (guru dari Sibawaih) dan Ibnu al-Jazari.

Menurut pendapat Khalid bin Ahmad, makhraj huruf ada 17. Mereka menjadikan jauf
sebagai makhraj sendiri dan memasukkan huruf mad .Selain itu, huruf lam, nun dan ra
juga memiliki makhraj masing-masing.

Di antara tiga pendapat ini, pendapat yang ketiga ini paling kuat kerana ia disokong oleh
jumhur ulama (majoriti kumpulan ulama).

CONTOH DAN PENERANGAN :

Makhraj Halqi (kerongkong) : ada 3 bahagian

 Hujung Kerongkong ( ‫)غ خ‬


 Tengah kerongkong ( ‫)ع ح‬
 Pangkal kerongkong: (‫) ء ه‬

Makhraj Lisan (lidah) : ada 10 bahagian

 Pangkal lidah : ‫ق‬


 Pangkal lidah menyentuh lelangit belakang: ‫ك‬
 Tengah lidah menekan lelangit atas: ‫ش ج ي‬
 Tepi lidah (kiri atau kanan) dirapatkan pada gigi geraham atas : ( ‫) ض‬

11
 Hujung lidah menekan gigi atas bahagian hadapan: ‫)ل‬
 Hujung lidah menekan ke lelangit depan, sedikit ke belakang dari makhraj huruf
Lam: ‫) ن‬
 Hujung lidah diangkat ke lelangit atas, serta dilengkungkan: ‫ر‬
 Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi depan bahagian atas: ( ‫) ت ط د‬
 Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan di hujung gigi depan bahagian atas:
(‫) ذ ث ظ‬
 Hujung lidah diletakkan ke belakang gigi depan bahagian bawah: ( ‫) ص ز س‬

Makhraj Syafatain (Bibir) : ada 2 bahagian

 Bibir Bawah ditekan ke Gigi bahagian atas: ( ‫)ف‬


 Bibir Bawah dan Atas posisi rapat: ( ‫)ب م و‬

Makhraj Khaisyum (rongga hidung) dan ia adalah makhraj khusus untuk dengung
(ghunnah) : ada 1 bahagian

Makhraj Jaufi (Rongga Mulut) ini makhraj khusus untuk huruf mad : ada 1 bahagian

Jumlah makhraj Huruf : 17

2.3 HUKUM TAJWID DI DALAM SURUH YUNUS AYAT 1 DAN 2

Surah Yunus Ayat 1

Surah Yunus Ayat 2 :

12
1 ( ٌ‫ لَ ٰس ِح ٌر ُّم ِبيْن‬: Idgham Ma’alghunnah

‫ ادغام مع الغنة‬atau Idgham Ma’al Ghunnah : ialah hukum nun mati atau tanwin apabila
bertemu dengan huruf ‫ي‬,‫و‬,‫م‬,‫ن‬,‫ر‬,‫ ل‬. Dan ia dibaca dengan dengung.

2( ِ‫ ا ْل َحكِ ْيم‬: Mad ‘Arid Lissukun

‫ مد عارض للسكون‬atau Mad Arid Lissukun : Ialah mad thabi’i yang diikuti dengan huruf
yang dimatikan kerana waqaf. Ia dibaca panjang 2 atau 4 atau 6 harkat.

3( ْ‫ ع ََجبًا اَن‬: Izhar Halqi

‫ اظهار حلقي‬atau izhar halqi : Ialah nun mati atau tanwin apabila bertemu dengan 6 huruf ‫أ‬
‫ ه‬, ‫ غ‬, ‫ ع‬. ‫ خ‬, ‫ ح‬, . Ia dibaca jelas dan terang tanpa dengung.

4( ‫ اَ ْو َح ْينَٓا اِلٰى‬: Mad Jaiz Munfasil

‫ مد جاءز منفصل‬atau mad jaiz munfasil : Ialah huruf mad yang bertemu dengan hamzah
yang berharkat di dalam perkataan yang lain. Ia dibaca 2 atau 4 atau 5 harkat.

6ْ( ‫ َر ُج ٍل ِمّ ْن ُهم‬: Idgham Ma’al Ghunnah

‫ ادغام مع الغنة‬atau Idgham Ma’al Ghunnah : ialah hukum nun mati atau tanwin apabila
bertemu dengan huruf ‫ي‬,‫و‬,‫م‬,‫ن‬,‫ر‬,‫ ل‬. Dan ia dibaca dengan dengung.

13
7( َّ‫ ٰا َمنُ ْٓوا اَن‬: Mad Jaiz Munfasil

‫ منفصل‬atau mad jaiz munfasil : Ialah huruf mad yang bertemu dengan hamzah yang
berharkat di dalam perkataan yang lain. Ia dibaca 2 atau 4 atau 5 harkat
8ْ( ‫ ِع ْن َد َربِّ ِهم‬: Ikhfa‘ Haqiqi

‫ اخفاء حقيقي‬atau ikhfa haqiqi : ialah Nun mati atau tanwin bertemu dengan 15 huruf , ‫ت‬
‫ ك‬,‫ ق‬,‫ ف‬, ‫ ظ‬, ‫ ط‬,‫ ض‬,‫ ص‬,‫ ش‬, ‫ س‬, ‫ ز‬, ‫ ر‬, ‫ّ ذ‬, ‫ د‬, ‫ ج‬, ‫ث‬

14
2.4 KESIMPULAN

Kesimpulan tugasan subjek Al-tajwid ini, saya telah memperoleh banyak maklumat
dan manfaat dan saya juga banyak lagi pengetahuan dan ilmu yang saya tidak tahu
sebelum ini Contohnya seperti pendapat ulama dan perbezaan ulama mengenai makhraj
huruf. Sebelum ini, saya dan juga kebanyakkan pelajar-pelajar di madrasah atau pusat
pengajian lain hanya mempelajari secara umum dan ringkas sahaja. Akan tetapi setelah
membaca modul dan juga membuat pengkajian maka saya telah menghasilkan kefahaman
secara terperinci mengenai makhraj huruf yang merangkumi perbezaan ulama serta
pembahagiannya yang am dan yang khas. Maka dengan kefahaman ini, ia membantu
untuk menunaikan hak setiap huruf hijai’yah apabila melafazkan dan mengeluarkan huruf
tersebut.
Di samping itu apabila menyiapkan tugasan ini, saya telah mengenali tokoh-tokoh
dan agamawan yang telah mendirikan usaha dan pengorbanan di dalam pengajian Al-
Quran seperti, ilmu qiraat dan ilmu tajwid agar ilmu ini tersebar luas untuk memberi
manfaat kepada kita semua. Contohnya seperti Imam Al-syatibi, Imam Al-jazari dan lain
lain.
Selain itu, kesimpulan yang akhir yang dapat saya ulaskan adalah bahawa qiraat atau
cara pembacaan al-quran tidak terbatas atau terhad kepada satu cara bacaan sahaja.
Bahkan ia mempunyai banyak cara bacaan mengikut imam-imam yang berbeza. Ini
menunjukkan bahawa ilmu tajwid dan qiraat begitu luas dan amat bermanfaat untuk
dipelajari dan difahami.

15
2.5. FORUM

FORUM 1

FORUM 2

FORUM 3

16
FORUM 4

FORUM 5

17
2.6 RUJUKAN

o https://akademiqudwah.com/bijak-tajwid-makhraj-huruf/

o http://sallihhassan.blogspot.com/2012/02/makhraj-huruf-nota-dan-
syarahan-video.html

o https://www.academia.edu/
22115696/5_Bahagian_MAKHRAJ_HURUF_Yang_Wajib_Anda_Tahu

o https://m.facebook.com/PusatPakarAlQuranPulauPinang.PPQPP/photos/
live_fb_ppqm-round-0-siri-142selasa-21-januari-
2020nota_ulangkaji_lepas_mengajis/3198953106785466/

o http://ilmuqiraat.blogspot.com/2008/10/biodata-imam-syatibi-ra.html

o http://journal.kuis.edu.my/qiraat/wp-content/uploads/2019/12/
KETOKOHAN-IMAM-AL-SYATIBI-DAN-IMAM-IBN-AL-JAZARIDI-
DALAM-BIDANG-QIRAAT-.pdf

18

Anda mungkin juga menyukai