Anda di halaman 1dari 28

ILMU QIRAAT 1

DIPLOMA PENGAJIAN AL
QURAN DAN AL SUNNAH
2014
MINGGU KE-5
PERBINCANGAN MINGGU INI

• Definasi Qiraat-Riwayat-Toriq
• Toriq-Toriq Qiraat Imam ‘Asim riwayat Hafs
• Perbezaan yang terdapat pada Toriq-toriq
Riwayat Hafs daripada 'Asim
Definasi
• Qiraat : dari sudut bahasa ‘Bacaan’
: dari sudut istilah, setiap bacaan yang
disandarkan kepada salah seorang Qari’ tertentu.
Maka, kita akan mendengar istilah Qira’at ‘Asim,
Qira’at Nafi’, Qira’at Ibnu Katsir, dsb. Mereka adalah
para Imam yang menjadi sumber qira’at tertentu.

• Riwayat: adalah sesuatu yang disandarkan kepada


perawi atau orang yang mengutip qira’at dari Imam
Qira’at tertentu.
• Para Imam Qira’at memiliki murid-murid yang
melalui mereka ilmu qira’at tersebar luas.
Contoh: riwayat Warasy dari Nafi’, riwayat Hafs dari
‘Asim, riwayat Ibnu Wardan dari Abu Ja’far, dsb.

• Toriq/Turuq: Secara bahasa berarti jalur, jalan.


Maksudnya adalah rangkaian sanad (yakni, para
perawi) yang berakhir pada seorang perawi dari
Imam Qira’at atau guru bacaan Al-Qur’an tertentu.
• Istilah ini digunakan untuk menunjuk apa yang
diriwayatkan oleh seorang Qari’ dari generasi lebih
akhir. Contoh
• Istilah ini digunakan bagi memastikan kesahihan
bacaan yang mereka ambil tanpa sebarang
perubahan daripada kesinambungan guru-guru
mereka yang terdiri daripada Qiraat, Riwayat dan
Toriq sampai kepada Rasulullah s.a.w.
• Kesemua Qiraat, Riwayat dan Toriq ini diterima sah
dari Rasulullah s.a.w. kerana kesinambungan
periwayatnya tanpa putus hingga kepada baginda
s.a.w.
• Kesemua Qiraat ini juga tidak boleh dipertikaikan
kebenarannya atau dianggap yang satu lebih baik
kedudukkannya berbanding yang lain.
Kenapa dinisbahkan bacaan-bacaan itu kepada
Imam-Imam Qiraat?

• Telah dinisbahkan bacaan-bacaan itu kepada Imam-


Imam kerana setiap salah seorang dari mereka itu
yang telah menghabiskan hayat mereka dengan
mengkaji dan membaca dengan bacaan yang
dimasyhurkannya pada zaman kehidupan mereka.
Pada setiap zaman mereka itu, ramailah orang
membaca dan mengenali bacaan-bacaan yang
dimasyhurkan oleh imam-imam ini.
PENGHUBUNG / ORANG TENGAH PARA
PERAWI

• Perlu juga diketahui sanad-sanad perawi qiraat ada


yang melalui wasitah yakni orang yang menjadi
penghubung/penyambung sanad antara perawi
dengan imamnya, hanya mereka yang menjadi
penghubung ini, namanya tidak masyhur sebagai
perawi qiraat. Ada perawi yang terus belajar dengan
imamnya tanpa melalui perantaraan orang lain,
biasanya mereka masih sempat atau pernah hidup
sezaman dengan imamnya.
Perawi-perawi yang mengambil terus dari
Imamnya ialah:

• Perawi Imam Nafi’, iaitu Qalun dan Warasy, mereka


mendapat sanad qiraat dari Imamnya dengan
bertalaqqi (musyafahah) terus.
• Perawi Imam Asim iaitu Syu’bah dan Hafs.
• Perawi Imam Ali Kisa’i, iaitu Abdul Harith dan Duri
Ali.
Perawi-perawi yang terdapat wasitah dengan
imamnya ialah:-
Syibal

Bazzi
Ikrimah
1) Ibnu Kathir

Ahmad al-Qowas
Qunbul

Abi al-Ajrit

Ma’ruf Syibal Ismail


Duri

2) Abu Amru Yahya al-Yazidi

Susi

‘Arok Al-Marwazi
Hisyam
Yahya Adh-Dhamari

3) Ibnu ‘Amir

Ayyub At-Tamimi
Ibnu Zakwan

Yahya Adh-Dhamari
Kholaf

4) Hamzah Salim

Khalad
TORIQ-TORIQ RIWAYAT HAFS
DARIPADA IMAM ‘ASIM
PENDAHULUAN

• Mengupas bacaan riwayat Hafs daripada 'Asim


melalui perbandingan 2 toriq yang dipilih.
• Toriq-toriq tersebut adalah toriq al-Syatibiyyah yang
menjadi sandaran bacaan majoriti umat Islam dan
Toriq al-Farisi Daripada Kitab al-Tajrid yang turut
dicatat oleh Ibn al-Jazari di kitab al-Nasyr fi al-Qiraat
al-'Asyar
• Sebagaimana dimaklumi, bahawa riwayat Hafs
daripada 'Asim menurut toriq al-Syatibiyyah
merupakan bacaan yang masyhur seluruh alam.
Kemasyhurannya menjadikan toriq-toriq selainnya
kurang dikenali dan diamalkan oleh umat Islam.
• Imam al-Syatibi telah memilih satu toriq sahaja bagi
setiap riwayat yang dikumpulkan di dalam kitabnya
Hirz al-Amani wa Wajhu al-Tahani.
• Bagi riwayat Hafs daripada 'Asim, toriq tersebut
adalah toriq 'Ubaid bin Sobah al-Nahsyali.
Toriq yang dibawa oleh Imam al-Syatibi
Biodata ringkas para qari' di dalam toriq ini:

'Ubaid bin Sobah al-Nahsyali


Nama Penuh:'Ubaid bin Sobah bin Abi Shuraih bin
Sabih al-Nahsyali al-Kufi.
Beliau mengambil bacaan al-Quran daripada Hafs
daripada 'Asim.Beliau merupakan seorang qari' yang
saleh dan kuat ingatan.Di antara murid beliau adalah
Ahmad bin Sahl al-Usynani, 'Abd al-Samad
binMuhammad, al-Hasan bin al-Mubarak, Abu Tahir
'Abd al-Wahid bin 'Umar, 'Ali bin Muhammad al-
Hasyimi. Beliau wafat pada tahun 219H.
Al-Usynani
Beliau adalah Abu al-'Abbas Ahmad bin Sahl bin al-
Fairuzan al-Usynani.
Beliau mengambil bacaan al-Quran daripada 'Ubaid
bin Sobah al-Nahsyali dan sebahagian murid 'Amr
bin Sobah iaitu al-Hasan bin al-Mubarak, Ibrahim al-
Simsar dan 'Ali bin Sa'id. Di antara anak murid beliau
adalah Ibn Mujahid, 'Ali bin Muhammad al-Hasyimi
dan Abu Tahir 'Abd al-Wahid bin 'Umar. Beliau wafat
pada tahun 307H di Baghdad
Al-Hasyimi
Beliau adalah 'Ali bin Muhammad bin Soleh bin Daud
al-Hashimi al-Basri.
Beliau merupakan seorang qari' yang buta.
Beliau mengambil bacaan al-Quran daripada Ahmad
bin Sahl al-Usynani dan di antara murid beliau
adalah Tahir bin Ghalbun dan Mansur bin Ahmad al-
Sindi. Beliau wafat pada tahun 368H.
Toriq al-Farisi Daripada
Kitab al-Tajrid li Bughyah al-Murid Karangan
Ibn Fahham al-Soqili

Ibn al-Fahham telah mengambil bacaan toriq ini


daripada Abi al-Husin Nasr bin 'Abd al-'Aziz al-Farisi
yang telah mengambil bacaan tersebut daripada Abi
al-Hasan 'Ali bin Ahmad al-Hammami yang telah
mengambil bacaan tersebut daripada Abi Tahir 'Abd
al-Wahid bin 'Umar.
Biodata ringkas para qari' di dalam toriq ini:

Abi al-Husin Nasr bin 'Abd al-'Aziz al-Farisi


Nama penuh: Nasr bin 'Abd al-'Aziz bin Ahmad bin
Nuh al-Farisi al-Syirazi.
Beliau merupakan seorang yang thiqah dan 'adil dan
telah menulis kitab al-Jami' fi al-Qiraat al-'Asyr.
Di antara guru beliau adalah Abi al-Hasan al-
Hammami, Abi Ahmad al-Faradhi dan Abu al-Farj al-
Nahrawani. Di antara murid beliau adalah 'Abd al-
Rahman bin 'Atiq bin Fahham, Khalaf bin Ibrahim.
Beliau wafat pada tahun 461H
Abi al-Hasan 'Ali bin Ahmad al-Hammami
Beliau ialah 'Ali bin Ahmad bin 'Umar bin Hafs bin
'Abdullah al-Hammami.
Beliau merupakan Sheikh al-'Iraq yang thiqah. Beliau
lahir pada tahun 328H. Di antara guru beliau ialah
Abu Bakar al-Naqqash, Ahmad bin 'Abd al-Rahman
al-Wali dan 'Abd al-Wahid bin 'Umar (Abu Tahir). Di
antara murid beliau pula adalah al-Hasan bin Abi
Fadl, al-Hasan bin 'Ali al-'Attar dan al-Hasan bin
Qasim.
Beliau wafat pada hari Ahad, 4 Sya'ban tahun 417H
ketika berumur 90 tahun
Abi Tahir 'Abd al-Wahid bin 'Umar
Beliau ialah 'Abd al-Wahid bin 'Umar bin Abi
Hasyim al-Baghdadi al-Bazzar.
Beliau merupakan tokoh besar di dalam ilmu qiraat
dan telah mengarang kitab al-Bayan wa al-Fasl. Di
antara guru beliau ialah Ahmad bin Sahl al-
Usynani, Sa'id bin 'Abd al-Rahim dan Abu Bakar
Ibn Mujahid. Di antara murid beliau pula adalah
'Ubaidullah bin 'Umar al-Masahifi, 'Ali bin 'Umar al-
Hammami dan Ahmad bin Abdullah bin al-Hidr.
Beliau wafat pada bulan Syawwal tahun 349H
ketika berumur lebih 70 tahun.
Perbezaan yang terdapat pada Toriq-toriq
Riwayat Hafs daripada 'Asim

Secara amnya, riwayat Hafs daripada 'Asim tidak


terdapat perbezaan yang banyak di antara toriq-
toriqnya. Toriq-toriq ini hanya berbeza di dalam
beberapa perkara yang menjadi usul qiraat dan farsh
al-huruf. Berikut adalah senarai usul qiraat dan farsh
al-huruf yang berbeza padanya toriq-toriq bagi
riwayat Hafs daripada 'Asim
Terdapat 5 usul yang tidak disepakati oleh
toriq-toriq riwayat Hafs daripada 'Asim:

1.Mad Munfasil: Toriq-toriq riwayat ini berbeza pada


kadar panjang bagi mad ini, di mana sebahagian toriq
membaca dengan Qasr (2har), Fuwaiq al-Qasr (3har),
al-Tawassut (4har) atau Fuwaiq al-Tawassut (5har).

2. Mad Muttasil: Toriq-toriq riwayat ini berbeza pada


kadar panjang bagi mad ini, di mana sebahagian toriq
membaca dengan al-Tawassut (4har), Fuwaiq al-
Tawassut (5har) atau al-Isyba‘ (6har)
3. Dengung (Ghunnah): Sebahagian toriq membaca
idgham yang sempurna (idgham kamil) bersama
ghunnah pada huruf Nun atau tanwin yang bertemu
pada huruf Lam dan Ra'. Manakala sebahagian yang
lain membacanya dengan idgham yang tidak
sempurna (idgham naqis) dengan ghunnah pada
pertemuan tersebut.

4. Saktah pada huruf berbaris sukun (mati) sebelum


huruf Hamzah:Toriq-toriq riwayat ini berbeza pada
tempat huruf mati tersebut dimana sebahagian
membaca tanpa saktah, sebahagian yang lain
membaca Saktah ‘Am atau Saktah Khas
5. Takbir: Sebahagian daripada toriq tidak membaca
takbir, manakala harus pada sebahagian yang lain
membaca takbir am atau khas diawal atau akhir
surah-surah khatam.

Terdapat 15 lafaz atau kalimah khusus yang terdapat


perbezaan diantara toriq-toriq riwayat Hafs daripada
'Asim

(Lihat pada lampiran 1)


Perbezaan Di antara Toriq al-Syatibiyyah dan Toriq
al-Farisi daripada Kitab al-Tajrid
(Lihat pada Lampiran 2)
Kesimpulan
1. Riwayat Hafs daripada 'Asim merupakan bacaan yang
paling masyhur di kalangan umat Islam.
2. Toriq yang paling masyhur bagi riwayat ini adalah
toriq al-Syatibiyyah, namun terdapat toriq-toriq lain
bagi riwayat ini termasuk Toriq al-Farisi daripada
Kitab al-Tajrid.
3. Adalah sangat penting mengetahui perbezaan setiap
toriq yang dibaca bagi mengelakkan talfiq di dalam
bacaan
20 NOVEMBER 2014 / 27 Muharram 1436

Anda mungkin juga menyukai