Anda di halaman 1dari 11

SHAHLIN JOHAN

PUASA DAN KESANNYA TERHADAP KESIHATAN

PUASA DAN KESANNYA TERHADAP KESIHATAN


ISTILAH PUASA
Maksud puasa dari segi bahasa ialah menahan diri manakala dari segi istilah pula menahan
diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit
fajar sehingga terbenam matahari.

DALIL MEWAJIBKAN UMAT ISLAM BERPUASA


Puasa adalah wajib bagi setiap umat Islam dimuka bumi ini kerana terdapat dalil yang
menyatakan kewajipan berpuasa;

Firman Allah S.W.T.: “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas
kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, agar kamu
bertaqwa”. (Al-Baqarah:183).

Potongan ayat di atas menerangkan dan menekankan bahawa berpuasa itu wajib dan
tidak boleh diingkari kerana ini adalah suruhan daripada Allah S.W.T.. Walhal ramai manusia
yang masih mengingkari perintah yang telah ditetapkan oleh Tuhan.

“Agar kamu bertakwa” pula menerangkan bahawa dengan berpuasa, seseorang itu
mampu memperoleh ketakwaan dengan meninggalkan segala perkara yang disukai seperti
makan, minum dan berjimak. Orang yang berpuasa dilatih untuk menahan diri daripada
melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah dan menjalankan perintah-Nya.

Seperti yang kita ketahui, berpuasa di bulan Ramadhan ialah salah satu Rukun Islam
dan setiap umat Islam wajib melaksanakan seperti yang diperintahkan oleh Allah dan tertulis
dalam kitab Al-Quran.
SHAHLIN JOHAN
PUASA DAN KESANNYA TERHADAP KESIHATAN

LAFAZ NIAT PUASA


Untuk melakukan sesuatu perkara atau perbuatan, kita mestilah dahulukan dengan niat.
Begitu juga dengan puasa. Terdapat banyak jenis puasa dan ianya bergantung kepada niat
kita berpuasa samada kita berpuasa di bulan Ramadhan, Arafah, sunat, ganti puasa dan lain-
lain. Ada yang mengatakan sekiranya kita tidak berniat ataupun terlupa untuk berniat, dan kita
bangun pagi untuk bersahur juga dikira kita telah berniat untuk berpuasa.

Untuk berpuasa pada bulan Ramadhan, tertera di bawah niat untuk berpuasa;

“Sahaja aku berpuasa di bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta’ala”.

Sebenarnya niat dalam bahasa kita juga dibenarkan asalkan niat kita itu benar untuk
berpuasa. Seperti contoh kita mahu berpuasa pada hari Arafah, niat sahaja dalam hati
bahawasanya kita mahu berpuasa pada hari tersebut. Sama seperti puasa-puasa yang lain
kerana segala perbuatan yang kita lakukan adalah mengikut niat kita.
SHAHLIN JOHAN
PUASA DAN KESANNYA TERHADAP KESIHATAN

SYARAT WAJIB BERPUASA


1. Orang Islam;
Orang Islam ialah orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah dan bersaksi
bahawa Allah sahaja yang layak disembah dan nabi Muhammad itu persuruh Allah.

2. Baligh;
Baligh itu di mana seseorang itu harus memikul pahala dan dosa yang dilakukan. Bagi
perempuan, dia dianggap baligh apabila telah keluar darah haid manakala lelaki
bermimpi atau keluar air mani.

3. Mampu untuk berpuasa;


Mampu untuk berpuasa dalam konteks ini bermaksud seseorang muslim mampu
dengan segala kudrat dan tenaganya untuk berpuasa tanpa memberikan kesan
sampingan. Seperti contoh, ada sesetengah yang mengalami gastrik di mana mereka
tidak mampu untuk meninggalkan waktu untuk makan. Golongan itu diberi
kelonggaran untuk berbuka sekiranya terdapat kesan buruk akan berlaku
terhadapnya.

4. Waras.
Kewarasan seseorang itu diukur pada tahap kemampuan untuk berfikir. Apabila
seseorang itu tidak waras (gila), tidak diwajibkan untuknya berpuasa kerana golongan
tersebut tidak mampu membezakan apa yang disuruh dan ditegah oleh Allah.
SHAHLIN JOHAN
PUASA DAN KESANNYA TERHADAP KESIHATAN

SYARAT SAH BERPUASA


1. Orang Islam;
Seperti yang telah dinyatakan, wajib bagi semua umat Islam untuk berpuasa. Orang
selain bukan Islam ada juga yang berpuasa tetapi cara mereka berpuasa berlainan
dengan agama Islam.

2. Suci daripada haid dan nifas (perempuan sahaja);


Golongan wanita yang sudah baligh dan mengalami haid pada bulan Ramadhan tidak
dibenarkan untuk berpuasa. Mereka mesti suci daripda daripada haid dan nifas untuk
membolehkan mereka berpuasa.

3. Berakal (tidak gila dan mampu berfikir);


Berakal sama erti seperti waras. Berakalnya seseorang itu mengikut kebolehannya
untuk berfikir. Tidak semua manusia dikurniakan akal yang sempurna. Oleh sebab itu,
golongan yang tidak waras tidak dituntut untuk berpuasa.

4. Dalam waktu yang dibenarkan untuk berpuasa.


Terdapat hari-hari yang diharamkan bagi kita untuk berpuasa da nada juga hari-hari
yang dibenarkan untuk berpuasa. Salah satu syarat sah puasa ialah berpuasa dalam
waktu yang dibenarkan untuk berpuasa. Hari-hari yang diharamkan untuk berpuasa;
 Hari Syak (30 Syaaban)
 Hari Raya Aidil Fitri (1 Syawal)
 Hari Raya Aidil Adha (10 Zulhijjah)
 Hari Tashriq (11, 12, 13 Zulhijjah)
SHAHLIN JOHAN
PUASA DAN KESANNYA TERHADAP KESIHATAN

GOLONGAN YANG DIBENARKAN UNTUK BERBUKA SEBELUM WAKTUNYA


1. Orang sakit;
Orang sakit yang tidak mampu untuk melaksanakan puasanya sehingga boleh
menyebabkan kemudaratan ke atasnya.

2. Orang yang bermusafir (lebih 2 marhalah);


Orang yang bermusafir dari tempat asalnya ke tempat yang ingin dituju (lebih daripada
dua marhalah) dibenarkan untuk berbuka puasa. Ini Allah beri ruhsoh (keringanan)
kepada mereka yang bermusafir kerana Islam itu mudah dan tidak menyusahkan.

Terdapat dalil yang menyatakan tentang puasa bagi mereka yang sedang bermusafir;

Firman Allah S.W.T.; “……. Maka barangsiapa di antara kamu ada yang sakit
atau dalam perjalanan (lalu dia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak
hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain……….” (Al-Baqarah:184).

3. Orang tua yang uzur;


Kebanyakkan orang tua yang sudah lanjut usia sehingga menyebabkan mereka tidak
mampu untuk berpuasa, tidak dituntut untuk melakukan seperti umat Islam yang masih
mampu melaksanakan puasa. Jika dengan berpuasa itu memudaratkan

4. Perempuan hamil dan menyusukan anak.


Perempuan yang sarat mengandung dan tidak mampu untuk berpuasa atau
meneruskan puasanya, mereka dibolehkan untuk berbuka sebelum waktu yang
ditetapkan untuk berbuka. Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayinya dibenarkan untuk
tidak berpuasa oleh kerana mereka harus minum untuk menghasilkan susu yang
harus diberikan kepada bayi mereka.
SHAHLIN JOHAN
PUASA DAN KESANNYA TERHADAP KESIHATAN

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA


1. Makan dan minum dengan sengaja walaupun makanan atau minuman tersebut ditelan
dengan kuantiti yang sedikit;
2. Muntah yang disengajakan;
3. Berjimak atau bersetubuh di siang hari;
4. Hilang akal;
5. Keluar darah haid;
6. Keluar air mani;
7. Murtad;
8. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka.

FADHILAT BERPUASA
Allah perintahkan kita untuk berpuasa ada sebab disebaliknya. Semua perkara yang dituntut
oleh Allah untuk kita laksanakan semuanya bersebab. Tuhan tidak akan menyuruh kita
melakukan sesuatu tanpa sebab yang munasabah dan oleh kerana itulah kita harus
mengetahui fadhilat dan kelebihan berpuasa. Antara fadhilat berpuasa ialah;

1. Melatih disiplin waktu


Apabila individu itu berpuasa, sebenarnya ia mampu melatih kita untuk mendisiplinkan
waktu seperti contoh bangun pada waktu pagi untuk bersahur. Ramai individu yang
menjadikan malamnya seperti siang dan siang seperti malam. Oleh sebab itu,
berpuasa mampu melatih kita untuk mendisiplinkan waktu.

2. Keseimbangan dalam hidup


Keseimbangan dalam hidup ini sebenarnya bermaksud dengan berpuasa kita mampu
untuk menyeimbangkan hal duniawi dan akhirat. Kita sentiasa sibuk mengejar hal
duniawi namun dengan berpuasa, ianya mampu mengembalikan kita untuk
mengingati akhirat juga.

3. Mempereratkan silaturrahim
Dengan berpuasa, kita mampu mengeratkan silaturrahim antara sesama saudara
seIslam seperti contoh antara ahli keluarga ataupun Jemaah di masjid atau surau. Kita
sebagai umat Islam berkumpul untuk berbuka puasa bersama-sama dan solat
tarawikh. Dalam pada masa yang sama, kita akan mengenali satu sama lain dengan
lebih erat.
SHAHLIN JOHAN
PUASA DAN KESANNYA TERHADAP KESIHATAN

4. Setiap perbuatan mulia merupakan ibadah


Sekecil-kecil perbuatan yang kita lakukan walaupun berjalan kaki ke masjid,
bersedekah, dan segala kebaikan akan dapat pahala.

5. Melatih diri untuk bersyukur


Berpuasa sebenarnya mampu untuk membuatkan individu tersebut merasai rasa
bersyukur dan menganggap bahawa ada orang lain yang miskin dan tidak mampu
untuk menyara hidup malah tidak mampu untuk membeli makanan serta keperluan
hidup. Tidak semua orang mempunyai nasib yang sama seperti kita. Allah merancang
kehidupan kita dengan baik dan mencipta golongan yang miskin untuk menyedarkan
kita untuk bersyukur dengan apa yang kita peroleh dalam kehidupan.
SHAHLIN JOHAN
PUASA DAN KESANNYA TERHADAP KESIHATAN

PUASA DAN KESANNYA TERHADAP KESIHATAN


Terdapat banyak bukti kajian yang menyatakan bahawa puasa memberi kesan positif
terhadap kesihatan bahkan mampu menyembuhkan penyakit juga seperti hadis nabi s.a.w.
menyebut;

“Berpuasalah nescaya kamu akan sihat”, (Hadis riwayat Ibnu Sunni dan Abu Naim dari
Abu Hurairah).

Tertera seperti di bawah ialah pakar-pakar dalam bidang kedoktorang dan kajian-kajian
mereka tentang kelebihan berpuasa terhadap kesihatan;

1. Mc Fadon, seorang ahli kesihatan Amerika berpendapat bahawa “Setiap orang perlu
berpuasa kerana kalau tidak berpuasa kita akan sakit kerana racun makanan
berkumpul dalam tubuh dan menyebabkan seseorang itu sakit, memberatkan tubuh
badannya,dan mengurangkan vitalitinya. Terdapat kajian yang dibuat oleh beliau
tentang kesan berpuasa terhadap kesihatan;
 Merehatkan tubuh dan memperbaiki saraf;
 Menyerap zat-zat yang mendap di usus kerana pengendapan dalam tempoh
jangka masa yang panjang mengakibatkan perubahan mendapan itu menjadi
kotorang yang beracun;
 Memperbaiki fungsi pencernaan dan penyerapan;
 Mengembalikan vitaliti organ pembuangan dan memperbaiki fungsinya untuk
membersihkan tubuh;
 Menguatkan pancaindera dan meningkatkan IQ;
 Memperelok dan membersihkan kulit;
 Mengembalikan keremajaan dan vitaliti sel-sel

2. Mack Pardon, seorang doktor yang mengkaji kesan berpuasa terhadap kesihatan dan
beliau dapati bahawa setiap individu harus berpuasa kerana segala makanan,
minuman dan ubat-ubatan mempunyai racun yang menjadi toksik dalam badan. Kajian
oleh Mack Pardon ini boleh dikaitkan dengan hadis riwayat Muslim;
“Perut itu adalahrumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit”,
(Hadis riwayat Muslim).

3. Alexis Carrel, pemenang hadiah nobel dalam bidang kedoktoran juga berpendapat
yang telah dicoretkan dalam bukunya “Man The Unknown”, “Banyaknya bahan
makanan dapat melemahkan fungsi organ dan itu merupakan faktor yang besar bagi
berdiamnya jenis-jenis virus dalam tubuh badan”.
SHAHLIN JOHAN
PUASA DAN KESANNYA TERHADAP KESIHATAN

Beliau juga menyatakan bahawa “Semua organ tubuh mengeluarkan zat


khususnya untuk mempertahankan keseimbangan dalaman dan kesihatan jantung,
Berpuasa sangat memberikan dan pengganti jaringan tubuh kita”.

4. Professor Nicko Lev menyatakan dalam bukunya “Hungry For Healthy” bahawa
“Setiap orang mesti berpuasa dengan berpantang makan selama empat minggu setiap
tahun, agar ia memperoleh kesihatan yang sempurna sepanjang hidup”.

5. Dr. Muhammad Zawahiry berpendapat bahawa dengan berpuasa mampu


menyembuhkan penyakit kulit. Puasa akan mengurangkan jumlah air dalam badan
dan darah seterusnya akan mengurangkan kandungan air dalam kulit dan kuman.
Kurangnya air dalam kulit mampu mengurangi ketegangan penyakit-penyakit yang
terdapat dalam tubuh badan kita.

6. Dr Mohd Syauk, kajiannya mengatakan bahawa puasa mampu mengurangkan


penyakit jantung. Beliau menyatakan bahawa sekiranya individu berpuasa secara
konsisten, penyakit darah tinggi dapat dikurangkan kerana melalui berpuasa,
pengambilan garam sedikit. Sejurus dengan pengambilan garam yang sedikit dapat
menurunkan kadar darah tinggi.
Proses puasa ini sebenarnya memberi kesempatan kepada jantung kita untuk
berehat dan mengurangkan beban yang sedia ada. Beliau juga menyarankan untuk
kepada pesakit darah tinggi, menghidap penyakit hati atau sudah lanjut usia.
SHAHLIN JOHAN
PUASA DAN KESANNYA TERHADAP KESIHATAN

KESIMPULAN
Berpuasa adalah salah satu cara untuk merehatkan tubuh badan dan mengembalikan
kecergasan seperti sedia kala. Oleh kerana berpuasa itu mampu menyihatkan tubuh badan,
setiap individu wajib melaksanakan perintah Allah.

Allah telah berfirman;

Yang bermaksud,”……….Makan dan minumlah kamu dan jangan berlebih-lebihan.


Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berlebih-lebihan” (Al-A’raf:31).
SHAHLIN JOHAN
PUASA DAN KESANNYA TERHADAP KESIHATAN

RUJUKAN
1. Situs Resmi, Mahad Darul Ilmi Surabaya Indonesia, http://www.darul-
ilmi.com/2013/07/puasanya-musafir-orang-orang-yang-sedang-bepergian/
2. Meniti Jalan Yang Lurus (18 Ogos 2011),
https://shirotholmustaqim.wordpress.com/2011/08/18/puasa-ramadhan-bagi-musafir/
3. Islam Itu Indah, Kesan Positif Puasa Bagi Kesihatan, (4 Ogos 2011),
http://www.islamituindah.my/kesan-positif-puasa-bagi-kesihatan
4. Jabatan Agama Islam Selangor, Puasa dan Kesihatan,
http://www.jais.gov.my/article/puasa-dan-kesihatan
5. Side share, http://www.slideshare.net/nursyuhadahrahwi/puasa-mengikut-sains
6. CaraSpot.com, Hikmah Puasa Ramadhan, http://www.caraspot.com/hikmah-puasa-
ramadhan.html

Anda mungkin juga menyukai