Anda di halaman 1dari 5

Definisi Kraftangan

Kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan


menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan
kraftangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil
kraftangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan dan/atau keagamaan. Hasil
pengeluaran besar-besaran atau hasil kejenteraan bukan bersifat kraftangan

Pengenalan

Kesenian wujud, berkembang dan diturunkan dalam atau melalui tradisi-tradisi sosial
atau masyarakat. Kesenian adalah milik masyarakat, dilihat sebagai cara hidup yang
bertalian dengan keindahan dari para ahli masyarakat. Kesenian ini menjadi tunjang
kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Dengan adanya
kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai.

Warisan seni tradisional di kalangan orang Melayu disampaikan secara lisan dari
generasi kepada satu generasi, namun artis sebagai individu yang menghasilkan
mempunyai ruang untuk menggalakkan kreativiti dan mempertahankan nilai-nilai
estetik karya seni tersebut. Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai unik
dan menarik. Seni rupa dalam masyarakat Melayu merupakan ciptaan yang
mengandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang Melayu melalui ukiran,
anyaman, tenunan, seni bina dan sebagainya.

Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan
memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati.
Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan
bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil
kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya
estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan menarik.

Seni anyaman adalah suatu bentuk kraf yang tidak dapat dipisahkan daripada cara
hidup tradisional masyarakat Melayu dan rumpun nusantara. Daripada tikar hingga
kepada dinding pelindung kediaman, hasil kerja menganyam membentuk persekitaran
hidup yang boleh dilihat di mana-mana. Ini tidak menghairankan kerana tumbuh-
tumbuhan tropika merupakan jenis yang sesuai untuk dijadikan bahan anyaman.
Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan
beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan
melalui nyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya
menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan menganyam tikar untuk mengalas tempat
duduk.

Kraf Bukan Sekadar Pernyataan Estetik dan Kreatif Masyarakat


Melayu

Estetik dikaitkan dengan istilah nilai-nilai keindahan, termasuk di dalamnya makna,


antara lain elok, molek, cantik, anggun, bagus, lembut, utuh, seimbang, padu, bening,
tenang, hampa, suram, dinamik, kukuh, hidup, gerak, hambar, sentimental dan tragik.
Berekspresi estetik merupakan antara keperluan manusia yang tergolong dalam
keperluan budaya, keperluan ini terhasil kerana faktor dorongan dari dalam diri
manusia yang secara asasi sentiasa ingin merefleksikan keradaannya sebagai makhluk
yang bermoral, berakal fikiran dan berperasaan.

Keperluan estetik, baik secara langsung mahupun tidak langsung, terserap dalam
kegiatan-kegiatan untuk memenuhi keperluan lainnya, sama ada keperluan primer,
sekunder, ataupun keperluan budaya lainnya, yang berkaitan dengan perasaan baik
dan benar, adil dan tidak adil serta masuk akal atau sebaliknya.

Apabila menjelaskan makna estetik maka ia banyak dibincangkan berkaitan dengan


deria pengamatan terhadap sesuatu perkara atau suasana yang menekankan aspek
kesenian atau keindahan, bukan menekankan aspek fungsional serta kecanggihan
objek tersebut. Manakala apabila menjelaskan makna kreatif dalam sesuatu hasil
kesenian Melayu, kerap pemaknaan penghasilan hanya dilingkungi hasil pengamatan
serta manifestasi kreatif pandai kraf terhadap alam Melayu.

Seni anyaman mempamerkan budaya dan cara hidup orang-orang melayu dahulu kala.
Ia kadang kala disebut sebagai “seni miskin” kerana dilakukan oleh orang-orang
kampung semata-mata untuk memenuhi keperluan harian mereka. Anyaman rotan
menghasilkan produk seperti bakul dan perabot yang kebanyakannya adalah untuk
kegunaan sendiri atau dijual secara kecil-kecilan di pasar terbuka. Penghasilan sesuatu
produk rotan bukanlah perkara yang mudah bagi orang dahulu kala.
Bahan mentahnya, iaitu rotan, hanya didapati di dalam hutan belantara. Ia perlu
ditebang, dibersihkan, dirawat dan dikeringkan dengan teliti supaya sesuai untuk
dijadikan peralatan yang boleh digunakan. Masyarakat dahulu kala juga perlu
memikirkan cara yang paling berkesan untuk menghasilkan produk yang bukan hanya
cantik tetapi boleh bertahan lama.

Rotan, ia merupakan hasil hutan bukan kayu yang terpenting di Semenanjung


Malaysia. Tumbuhan ini lazimnya tumbuh liar dengan banyaknya di kawasan-
kawasan pendalaman hutan semulajadi di Pahang, Perak dan Kedah. Perusahaan rotan
di negara ini lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti pengeluaran perabot bagi pasaran
tempatan.
SENI KRAFTANGAN

Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan
memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati.
Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan
bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil
kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya
estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan menarik.

SENI TEMBIKAR

Seni tembikar merupakan sejenis hasil kraftangan orang melayu yang menggunakan
tanah liat yang dibakar dan digilap. Reka bentuknya dicipta berdasarkan fungsi
sesuatu barang itu seperti periuk nasi, bekas air, bekas mennyimpan makanan seperti
jeruk, pekasam dan lain-lain. Perusahaan membuat tembiran secara tradisoanl ini
masih dilakukanoleh orang melayu khususnya di Sayung, Perak.

SENI ANYAMAN

Menganyam meruapakn proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan
beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan
melalui nyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya
mengahsilkan topi, tudung saji, bakul dan mengayam tikar untuk mengalas tempat
duduk.

TEKATAN

Tekatan dikenali juga dengan nama suji dan merupakan sejenis seni kraftangan yang
popular dalam masyarakat melayu. Tekatan menggunakan kain baldu sebagai kain
dasar dan bentuk hiasannya mengambarkan rekabentuk bunga dan pohon – pohon.
Tekatan digunakan untuk membuat kasut , kipas . muka bantal dan balutan tepak sirih.
Hasil tekatan ini dibuat bagi tujuan upacara tertentu seperti dijadikan hiasan pada
upacara perkahwinan , upacara berkhatan , pertabalan raja dan upacara – upacara
kebesaran yang lain.
SENI TENUNAN

Seni tenunan terbahagi kepada tiga jenis iaitu tenunan biasa , tenunan ikat celup dan
songket. Tenunan songket merupakan tenunan yang paling lengkap dan cantik.
Tenunan ini merupakan satu perkembangan daripada proses tenunan biasa. Sementara
tenunan ikat pula dipercayai berkembang di istana raja – raja. Penciptaannya lebih
rumit terutama dalam proses menyongket solek atau menyolek. Jenis kain tenunan ini
dikenali juga dengan panggilan kain benang emas.

SENI BATIK

Batik merupakan seni tekstil yang dihasilkan melalui proses menerapkan lilin dan
mencelup kain. Pada permulaannya kain putih yang hendak diproses menjadi kain
batik itu direbus dan dikeringkan. Kemudian kain batik itu diterapkan dengan blok
tembaga yang dicelupkan ke dalam lilin cair yang dipanaskan. Selepas diterapkan
kain itu akan diwarnakan dengan cara celupan yang berperingkat – peringkat.
Selanjutnya kain itu direbus dan divasuh sehingga bersih lalu dijemur hingga kering.

SENI TEMBAGA

Seni tembaga merupakan satu lagi kraftangan orang melayu. Seni ini diperkenalkan
denagn tujuan untuk mencipta alat-alat daripada tembaga yang canti dan indah
bentuknya. Alat-alat yang dicipta dalam proses seni tembaga ini digunakan dalam
upacara-upacara adat khususnya diistana raja-raja melayu seperti alat-alat pertabalan
raja, upacara perlkahwinan atau upacara diraja yang lain. Alat-alat tembaga ini
digunakan sebagi hiasan atau perkakasan kegunaan dirumah seperti dulang, tempat
letak sireh, sudu, tempat bara, bekas perenjis air mawar dan sebagainya.

SENI BINA

Reka bentuk seni bina melayu lahir daripada bentuk rumah-rumah yang menjadi
tempat penginapan orang melayu. Walaupun terdapat berbagai jenis rumah melayu
namun struktur binaanya tdiak banyak berbeza . Reka bentuk rumah-rumah melayu
juga meperlihatkan wujudnya unsur-unsur seni bina dari daerah-daerah lain dialam
melayu atau dari luar alam melayu. Contohnya rumah-rumah orang melayu di negeri
Sembilan adalah bercorak seni bina rumah minangkabau.

Anda mungkin juga menyukai