Anda di halaman 1dari 1

‘Psychological First Aid’ (PFA) Sebagai Satu Strategi Dalam Intervensi Awal

Selepas Trauma: Garis Panduan Kepada Kaunselor

Samsiah Bt. Mohd Jais


Jabatan Psikologi dan Kaunseling
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Idris
Tanjung Malim 35900 Perak
HP: 017-6685173
samsiah@fppm.upsi.edu.my
Mohammad Nasir B. Bistamam
nasir.b@fppm.upsi.edu.my
Mohammad Aziz Shah B. Mohamed Arip
aziz.shah@fppm.upsi.edu.my

Abstrak

Sejak kebelakangan ini, masyarakat di Malaysia dan seluruh dunia sering dikejutkan dengan
berita-berita dan kejadian yang menggemparkan seperti malapetaka alam, peperangan, krisis
ekonomi dan politik, kemalangan ngeri, wabak penyakit, dan pelbagai peristiwa kehidupan
signifikan yang meninggalkan kesan yang mendalam dan pengalaman yang traumatik kepada
kebanyakan mangsa. Mereka ini sekiranya tidak diberikan bantuan segera dari segi fizikal
mahupun psikologikal akan memburukkan lagi keadaan sehingga menyebabkan Post
Traumatic Stress Disorder (PTSD) yang serius dan ada pula yang mengambil jalan mudah
dengan membunuh diri. Oleh itu, peranan para pekerja khidmat manusia atau mereka yang
berada dalam profesyen menolong amatlah kritikal pada waktu kecemasan terutamanya
beberapa hari pertama selepas insiden trauma berlaku. Para penolong professional seperti
kaunselor perlulah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan strategi
mengendalikan kes-kes trauma dan krisis kerana perkhidmatan yang diberikan, samada
berkesan atau kurang berkesan, akan memberikan impak yang besar kepada kesejahteraan
kehidupan mangsa trauma. Dalam usaha untuk menambahbaik dan menggalakkan penilaian
formal berkaitan penjagaan segera yang berkesan untuk mangsa trauma, satu kaedah bantuan
awal dari aspek psikologi yang sistematik, atau lebih dikenali sebagai ‘Psychological First
Aid’ (PFA), telah dibangunkan oleh para penyelidik tekanan traumatik untuk kegunaan para
kaunselor kesihatan mental yang dikenalpasti boleh memberikan perkhidmatan sokongan
segera kepada mangsa trauma. PFA atau pertolongan cemas psikologi merupakan satu set
kaedah menolong yang sistematik yang bertujuan untuk mengurangkan tekanan sejurus
selepas trauma dan menyokong fungsi penyesuaian jangka pendek dan jangka panjang
mangsa trauma. Oleh itu, kertas kerja ini akan memberikan beberapa garis panduan berguna
kepada mereka yang terlibat dalam memberikan bantuan segera kepada mangsa trauma
melalui perbincangan tentang prinsip dan amalan PFA, lapan teras tindakan dalam
pembangunan PFA dan isu-isu dalam perlaksanaan PFA. Akhir sekali, satu contoh PFA
untuk kegunaan kakitangan sekolah ketika menghadapi krisis akan dibangunkan dan hala tuju
perkembangan PFA juga turut dibincangkan.

Kata kunci: ‘Psychological First Aid,’ trauma psikologikal, intervensi krisis

Anda mungkin juga menyukai