Anda di halaman 1dari 2

SOALAN KUIZ 2

Pada tahun 2020, isu kesihatan mental dijangka menjadi masalah utama dalam kalangan rakyat
Malaysia. Menurut kajian Kesihatan dan Morbiditi Negara pada tahun 2017 menunjukkan bahawa 29
peratus rakyat Malaysia mempunyai gangguan kemurungan dan keresahan berbanding 12 peratus
pada tahun 2011. Kajian ini juga melaporkan bahawa penyakit mental dijangka menjadi masalah
kesihatan kedua terbesar yang memberi kesan kepada rakyat Malaysia selepas penyakit jantung
menjelang tahun 2020 (New Straits Times, 2019). Hubungan manusia di tempat kerja merupakan
salah satu persekitaran utama yang mempengaruhi keselamatan dan kesihatan mental. Bincangkan
aspek hubungan manusia yang perlu dilakukan untuk menangani isu kesihatan mental di tempat
kerja

JAWAPAN

Sememangnya terdapat peningkatan ketara masalah berkaitan isu kesihatan mental di tempat kerja.
Punca nya disebabkan oleh tekanan hidup yang semakin mencabar, terutamnya di kawasab bandar-
bandar besar. Kesihatan mental adalah satu keadaan yang sejahtera di mana seseorang individu
menyedari tentang keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik, dapat bekerja secara
produktif dan mampu menyumbang kepada masyarakat. Ini bermaksud, kesihatan mental adalah
asas kepada kesejahteraan individu dan kemampuan masyarakat berfungsi secara effektif. Kesihatan
mental adalah ekspresi emosi dan melambangkan keupayaan untuk menyesuaikan diri dalam
pelbagai tekanan dan tuntutan hidup.

Punca gejala dan tanda-tanda kesihatan mental yang terjejas boleh timbul akibat dari tekanan secara
fizikal, sosial dan persekitaran . Ia terjadi apabila seseorang itu mengalami kesukaran untuk
menyesuaikan diri atau menangani tekanan di tempat kerja. Ia boleh mempengaruhi kesihatan
fizikal dan boleh menjadi di luar kawalan. Ini akan menyebabkan keadaan fizikal dan emosi
seseorang itu terjejas. Jika seseorang individu itu terdedah kepada tekanan berterusan dan tidak
berupaya mengendalikan tekanan, mereka mungkin mendapat penyakit mental. Terdapat kaitan
yang jelas di antara tekanan hidup dan penyakit mental.

Ia bermaksud bagaimana seseorang individu menyesuaikan diri dengan keluarga,rakan-rakan dan


masyarakat. Ia berkaitan dengan cara-cara individu mengharmonikan keinginan, cita-cita, kebolehan
dan perasaan untuk memenuhi cabaran kehidupan.

Pemimpin merupakan faktor menyumbang kepada kewujudan stress. Oleh itu, kepimpinan adalah
penting bagi membantu mengatasi keadaan ini. Beberapa perkara boleh dilakukan oleh pemimpin
bagi menghindari stress seperti memberi pengiktirafan kepada pekerja, bergaul bersama mereka,
prihatin, dan sebagainya. Ketua perlu berlemah lembut dan bertolak ansur dengan pekerja. Gaya
kepimpinan yang baik boleh menghindari stress. Pemimpin yang bertanggungjawab haruslah
menyediakan persekitaran yang baik untuk pekerja. Lanskap yang baik, susun atur dalaman yang
selesa serta cahaya serta suhu yang sesuai dapat menghindari stress.

Kerajaan telah menggariskan beberapa panduan yang boleh diikuti oleh majikan untuk menangani
masalah kesihatan mental. Majikan perlulah mewujudkan cabang perlindungan insurans yang
menekankan kepada masalah mental dengan mewajibkan para pekerja untuk mengambil
perlindungan.

Untuk langkah pencegahan, majikan seharusnya menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan


Kesihatan Pekerja (JKKP) unutk membantu menilai tahap kesihatan mental setiap pekerja dan
menanganinya dengan berkesan. Majikan juga boleh memperkenalkan Program Bantuan Pekerja
sebagai usaha pencegahan dan intervensi awal kakitangan yang berhadapan dengan tekanan mental
dan emosi. Ini dapat membantu JKKP mengenal pasti pekerja yang menghadapi tekanan untuk
dirujuk kepada pihak yang berkenaan.

Program pengurusan stress perlulah di berikan kepada semua pekerja kerana ini bertujuan
memperbaiki keadaan fizikal dan mental pekerja seperti senamrobik dan bersukan. Pekerja diberi
latihan untuk menghadapi stress seperti melakukan meditasi, cara berehat yang baik dan
pengurusan cara hidup yang sihat dan secara tidak langsung dapat membantu pekerja
mengurangkan stress di tempat kerja.

Pemimpin perlu sentiasa memahami keadaan dan situasi pekerjanya dan Program kaunseling boleh
diadakan untuk membantu pekerja yang menghadapi masalah, baik peribadi, keluaga, dan juga
pekerjaan. Memandangkan masalah peribadi atau keluarga mempengaruhi prestasi kerja maka
adalah penting bagi pihak pengurusan organisasi mengadakan program kaunseling bagi membantu
para pekerja dalam menyelesaikan masalah mereka. Secara tidak langsung emosi pekerja dapat di
atasi kerana sikap bertanggungjawab pemimpin kepada pekerjanya menyelesaikan masalah pekerja
dengan cara yang berkesan dan bukan mendesak dan memaksa.

Anda mungkin juga menyukai