Anda di halaman 1dari 1

bahaya laman rangkaian sosial untuk remaja

rangkaian sosial terhadap golongan remaja adalah sangat bahaya kerana ianya dapat mengundang
risiko terhadap remaja. Banyak remaja pada masa kini menggunakan telefon bimbit di mana boleh
melayari laman web pada bila-bila masa dan tidak mnegira tempat. Terdapat 3 contoh yang dapat
dilihat iaitu remaja boleh leka menggunakan laman web, membuang masa remaja dan juga
mengikut golongan rakan sebaya.

Rangkaian sosial ini boleh melekakan remaja dan boleh mengundang sikap yang negetif terhadap
alam sekeliling. Sebagai contoh banyak berlaku penipuan lagi-lagi kepada remaja perempuan yang
sering kali ditipu dengan kata-lata manis lelaki dari luar yang tidak dikenali secara umum.

Rangkaian sosial ini juga boleh membuang masa remaja. Sebagai contoh ramai remaja
menghabiskan masa dengan melayari laman web sosial seperti facebook, tweeter dan sebagainya.
Setiap remaja akan mempelajari ilmu yang baru daripada setiap laman web yang dikunjungi oleh
remaja dan boleh mengundang padah kepada setiap remaja. Permainan online juga boleh
melalaikan terhadap remaja kerana sering membuang masa dengan benda-benda yang tidak
berfaedah.

Rangkaian sosial ini juga boleh mengundang bahaya. Sebagai contoh remaja lari dari rumah
mengikut lelaki ke luar negara seperti di Lombok, Indonesia. Selain itu juga ikutan rakan sebaya juga
boleh mengundang remaja tidak balik rumah dan sebaginya. Minat terhadap pelajaran juga akan
merosot kerana sikap yang tidak ingin mengulang kaji pelajaran ketika ada masa untuk mengulang
kaji pelajaran.

Kesimpulanya, setiap ibu bapa perlu memantau kegiatan anak-anak remaja mereka supaya tidak
tergolong kepada budaya luar dan ikutan rakan sebaya. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting
dengan mengawal anak remaja mereka supaya tidak terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral.

Anda mungkin juga menyukai