Anda di halaman 1dari 2

unia yang semakin maju pada hari ini menuntut bidang terknologi turut berkembang.

Internet
mejadi suatu kemestian dalam kehidupan masyarakat moden. Pelbagai faedah boleh diperoleh
daripada penggunaan internet. Sebagai contoh, pelbagai maklumat, informasi dan berita dapat
diperoleh dengan melayari internet. Sesuatu maklumat itu bukan sahaja boleh diperoleh dalam
beberapa saat sahaja malah hanya dengan sekali klik. Bagaimanapun, disebalik manfaat internet ini
masih terdapat sesetengah pihak menjadikan internet sebagai medan untuk melakukan jenayah.
Perbuatan jenayah di alam maya ini dikenali sebagai jenayah siber.

Penipuan merupakan salah satu jenayah siber. Penipuan di alam maya berlaku apabila seseorang
memalsukan atau menciplak sesuatu maklumat tertentu. Misalnya, terdapat pihak – pihak yang
mengambil kesempatan dengan menciplak laman web perbankan. Penipuan siber ini cukup mudah
kerana hanya memerlukan internet dan perisian pelayar sahaja. Oleh itu, tidak hairanlah penipuan
melalui internet ini boleh mencecah jutaan ringgit nilainya.

Selain itu, perjudian secara maya juga merupakan satu jenayah. Tidak seperti perjudian yang biasa,
perjudian secara maya menjadi jenayah siber kerana tidak berdaftar. Apabila hal ini terjadi maka
risiko hilang wang pertaruhan dan penipuan adalah tinggi.

Kecurian maklumat, lebih- lebih lagi maklumat peribadi boleh terjadi di alam siber. Hal ini boleh
menyebabkan seseorang itu terdedah kepada bahaya. Kes kecurian maklumat seperti ini terjadi
apabila pengguna internet tidak berhati – hati dengan maklumat peribadi mereka.

Salinan data secara tidak sah kerap berlaku dalam alam maya. Apabila sesuatu itu dilakukan secara
tidak sah maka secara automatiknya perbuatan ini diklasifikasikan sebagai jenayah. Kebenaran bagi
menyalin data daripada sumber internet adalah perlu dari segi undang – undang. Sekiranya tiada
kebenaran yang diperoleh, maka perbuatan ini dianggap sebagai jenayah kerana menyalin data
tanpa kebenaran.

Pornografi turut dikelaskan sebagai jenayah siber. Malah, sebarang perbuatan pornografi adalah
dilarang dan melaggar undang – undang. Hal ini disebabkan pornografi tidak sesuai dengan
masyarakat dan budaya Timur. Pornografi siber berlaku apabila foto – foto yang melampau seperti
gambar bogel dimasukkan dalam internet untuk paparan umum. Walaupun pemilik foto meletakkan
gambar tersebut dengan kerelaan hati namun tindakan ini tetap dianggap jenayah. Bagaimanapun,
dalam sesetengah kes foto – foto pornografi ini dimasukkan tanpa pengetahuan pemiliknya. Oleh
itu, timbul pula isu penganiayaan.

Pengintipan berlaku apabila hak peribadi seseorang diceroboh dan perbuatan ini dilakukan tanpa
pengetahuan orang yang diintip. Pengintipan siber boleh dilakukan dengan alat berteknologi tinggi.
Kebiasaannya, pengintip adalah seorang yang professional dan mahir dengan alat berteknologi
canggih seperti kamera litar tertutup.
Bagi mendapatkan talian internet atau memasuki sesuatu sistem, kadang – kala seseorang itu
sanggup mendapatkan capaian yang tidak sah. Hal ini terjadi apabila seseorang itu cuba memasuki
sistem tanpa megikut prosedur yang ditetapkan. Kebiasaannya, system seperti ini telah dipaten dan
sah dari segi undang – undang. Oleh itu, sebarang perbuatan mendapatkan capaian secara tidak sah
adalah salah di sisi undang – undang.

Mengganggu atau merosakkan sesuatu sistem juga merupakan jenyah siber. Hal ini disebabkan
perbuatan seumpama ini dianggap penganiayaan atau sabotaj terhadap sistem yang sah. Gangguan
atau kerosakan sistem akan menhakibatkan sistem tersebut lumpuh dan seterusnya gagal untuk
berfungsi.

Skim cepat kaya juga wujud secara maya. Skim seperti ini sangat licik dalam menipu orang ramai.
Tawaran hebat dan menarik menjadi aset untuk menarik perhatian orang ramai. Oleh yang
demikian, skim ini dianggap jenayah siber.

Penyebaran virus merupakan jenayah siber yang paling terkenal. Hal ini disebabkan penyebaran
virus dalam internet kerap berlaku. Pelbagai cara diambil bagi mengatasi masalah ini seperti
memperbaharui anti - virus. Bagaimanapun, penyebaran virus juga sentiasa ada yang terbaru.

Di samping itu, penggodam juga merupakan jenayah siber yang sangat terkenal dikalangan
pengguna internet. Menggodam adalah memasuki sesuatu sistem tanpa melalui kod keselamatan.
Perbuatan ini hanya boleh dilakukan oleh seseorang yang mahir dan pakar tentang komputer dan
internet kerana bukan mudah untuk menggodam sesuatu sistem. Perbuatan ini boleh menjadi
sesuatu yang bahaya kerana penggodam bukan sahaja boleh mengetahui maklumat sulit sesebuah
syarikat malah maklumat sulit orang perseorangan.

Kesimpulannya, jenayah siber juga merupakan masalah sosial kerana berkaitan dengan tingkah laku
manusia. Bagaimanapun, perbuatan ini sukar dibendung kerana kesukaran mengenal pasti
penjenayahnya. Sungguhpun begitu, usaha kerajaan dalam mengekang perbuatan ini dapat dilihat
dengan penguatkuasaan undang – undang seperti Akta Percetakan, Akhbar dan Penerbitan 1984.

Anda mungkin juga menyukai