Anda di halaman 1dari 4

Jenayah Siber

Dunia yang semakin maju pada hari ini menuntut bidang terknologi turut berkembang. Internet mejadi suatu kemestian dalam kehidupan masyarakat moden. Pelbagai faedah boleh diperoleh daripada penggunaan internet. Sebagai contoh, pelbagai maklumat, informasi dan berita dapat diperoleh dengan melayari internet. Sesuatu maklumat itu bukan sahaja boleh diperoleh dalam beberapa saat sahaja malah hanya dengan sekali klik. Bagaimanapun, disebalik manfaat internet ini masih terdapat sesetengah pihak menjadikan internet sebagai medan untuk melakukan jenayah. Perbuatan jenayah di alam maya ini dikenali sebagai jenayah siber. Penipuan merupakan salah satu jenayah siber. Penipuan di alam maya berlaku apabila seseorang memalsukan atau menciplak sesuatu maklumat tertentu. Misalnya, terdapat pihak pihak yang mengambil kesempatan dengan menciplak laman web perbankan. Penipuan siber ini cukup mudah kerana hanya memerlukan internet dan perisian pelayar sahaja. Oleh itu, tidak hairanlah penipuan melalui internet ini boleh mencecah jutaan ringgit nilainya. Selain itu, perjudian secara maya juga merupakan satu jenayah. Tidak seperti perjudian yang biasa, perjudian secara maya menjadi jenayah siber kerana tidak berdaftar. Apabila hal ini terjadi maka risiko hilang wang pertaruhan dan penipuan adalah tinggi. Kecurian maklumat, lebih- lebih lagi maklumat peribadi boleh terjadi di alam siber. Hal ini boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada bahaya. Kes kecurian maklumat seperti ini terjadi apabila pengguna internet tidak berhati hati dengan maklumat peribadi mereka. Salinan data secara tidak sah kerap berlaku dalam alam maya. Apabila sesuatu itu dilakukan secara tidak sah maka secara automatiknya perbuatan ini diklasifikasikan sebagai jenayah. Kebenaran bagi menyalin data daripada sumber internet adalah perlu dari segi undang undang. Sekiranya tiada kebenaran yang diperoleh, maka perbuatan ini dianggap sebagai jenayah kerana menyalin data tanpa kebenaran. Pornografi turut dikelaskan sebagai jenayah siber. Malah, sebarang perbuatan pornografi adalah dilarang dan melaggar undang undang. Hal ini disebabkan pornografi tidak sesuai dengan masyarakat dan budaya Timur. Pornografi siber berlaku apabila foto foto yang melampau seperti gambar bogel dimasukkan dalam internet untuk paparan umum. Walaupun pemilik foto meletakkan gambar tersebut dengan kerelaan hati namun tindakan ini tetap dianggap jenayah. Bagaimanapun, dalam sesetengah kes foto foto pornografi ini dimasukkan tanpa pengetahuan pemiliknya. Oleh itu, timbul pula isu penganiayaan. Pengintipan berlaku apabila hak peribadi seseorang diceroboh dan perbuatan ini dilakukan tanpa pengetahuan orang yang diintip. Pengintipan siber boleh dilakukan dengan alat berteknologi tinggi. Kebiasaannya, pengintip adalah seorang yang professional dan mahir dengan alat berteknologi canggih seperti kamera litar tertutup.

Bagi mendapatkan talian internet atau memasuki sesuatu sistem, kadang kala seseorang itu sanggup mendapatkan capaian yang tidak sah. Hal ini terjadi apabila seseorang itu cuba memasuki sistem tanpa megikut prosedur yang ditetapkan. Kebiasaannya, system seperti ini telah dipaten dan sah dari segi undang undang. Oleh itu, sebarang perbuatan mendapatkan capaian secara tidak sah adalah salah di sisi undang undang. Mengganggu atau merosakkan sesuatu sistem juga merupakan jenyah siber. Hal ini disebabkan perbuatan seumpama ini dianggap penganiayaan atau sabotaj terhadap sistem yang sah. Gangguan atau kerosakan sistem akan menhakibatkan sistem tersebut lumpuh dan seterusnya gagal untuk berfungsi. Skim cepat kaya juga wujud secara maya. Skim seperti ini sangat licik dalam menipu orang ramai. Tawaran hebat dan menarik menjadi aset untuk menarik perhatian orang ramai. Oleh yang demikian, skim ini dianggap jenayah siber. Penyebaran virus merupakan jenayah siber yang paling terkenal. Hal ini disebabkan penyebaran virus dalam internet kerap berlaku. Pelbagai cara diambil bagi mengatasi masalah ini seperti memperbaharui anti - virus. Bagaimanapun, penyebaran virus juga sentiasa ada yang terbaru. Di samping itu, penggodam juga merupakan jenayah siber yang sangat terkenal dikalangan pengguna internet. Menggodam adalah memasuki sesuatu sistem tanpa melalui kod keselamatan. Perbuatan ini hanya boleh dilakukan oleh seseorang yang mahir dan pakar tentang komputer dan internet kerana bukan mudah untuk menggodam sesuatu sistem. Perbuatan ini boleh menjadi sesuatu yang bahaya kerana penggodam bukan sahaja boleh mengetahui maklumat sulit sesebuah syarikat malah maklumat sulit orang perseorangan. Kesimpulannya, jenayah siber juga merupakan masalah sosial kerana berkaitan dengan tingkah laku manusia. Bagaimanapun, perbuatan ini sukar dibendung kerana kesukaran mengenal pasti penjenayahnya. Sungguhpun begitu, usaha kerajaan dalam mengekang perbuatan ini dapat dilihat dengan penguatkuasaan undang undang seperti Akta Percetakan, Akhbar dan Penerbitan 1984.

NOR BALKIS BT MOHD NOR 200231

JENAYAH SIBER Jenayah siber atau jenayah maya merupakan jenayah yang amat luas bentuknya iaitu meliputi penggodaman simpanan maklumat dalam komputer, pencurian butir-butir peribadi untuk tujuan penipuan pencurian wang, penyebaran fitnah dakyah, propaganda penularan virus. Neuro Mancer yang dihasilkan oleh William Ford Gibson pada tahun 1984 telah mengungkap istilah ruang siber. Ruang siber bermaksud suatu ruang maya yang menyediakan komunikasi tanpa batasan dan rentas sempadan. Komunikasi melalui ruang siber ini menjadi begitu popular kerana mudah, pantas dan bebas. Mutakhir ini, beberapa aplikasi telah diperkenalkan di ruang siber, misalnya aplikasi komuniti seperti Facebook, Friendster, Myspace, aplikasi sembang-bual seperti Yahoo Messenger, dan aplikasi blog atau catatan harian seperti Blogspot dan Wordpress. Pada 8 Mac 2008, penggunaan blog telah dianggap oleh sesetengah pihak sebagai salah satu punca berlakunya Tsunami Politik. Jenayah siber ini juga bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi juga telah membelenggu negara-negara lain seperti Britain dan Thailand. Kini, penggunaan internet yang meluas telah membuka ruang kepada jenayah yang dinamakan jenayah siber. Jenayah siber banyak meninggalkan kesan buruk dan baik kepada individu, institusi syarikat, masyarakat dan negara. Implikasi negatif yang timbul daripada jenayah siber ialah menjejaskan urusan melalui talian (on-line). Kini frasa ayat semuanya di hujung jari anda menjadi begitu popular kerana kecanggihan teknologi maklumat mendorong kita untuk memilih sesuatu urusan dilakukan dengan lebih mudah dan pantas. Justeru, apabila pihak bank menawarkan perkhidmatan talian atau dikenali sebagai perbankan internet maka ramai yang mengalu-alukan usaha ini kerana mengandaikan perkhidmatan ini akan menguntungkan mereka. Walau bagaimanapun, aktiviti jenayah siber yang semakin berleluasa boleh menyebabkan kita berasa takut untuk berurusan secara talian kerana nombor pin peribadi atau maklumat sulit seseorang berkemungkinan akan di ceroboh oleh penggodam. Tambahan lagi, menurut seorang pakar komputer, seseorang itu dapat mencipta laman web bank yang palsu dengan hanya memiliki sebuah komputer, internet, dan perisian pelayaran. Proses membuat laman web palsu ini juga hanya mengambil masa kira-kira selama dua jam sahaja . Ketua Pegawai Eksekutif Cyber Security Malaysia (Cyber Security), Leftenan Kolonel (B) Husin Jazri menyatakan bahawa sebanyak 2123 aduan jenayah maya telah diterima pada tahun 2008 iaitu meliputi kes penipuan, kes cubaan mengganggu, kod berniat jahat, ancaman penggodam, gangguan siber dan penafian perkhidmatan. Kesan jenayah siber juga akan merugikan banyak pihak terutamanya mereka yang hanya merupakan pengguna komputer. Mereka mengalami kerugian sehingga mencecah angka jutaan ringgit akibat penjenayah menggunakan teknologi maklumat koridor (ICT) untuk melakukan penipuan atau sebagai medium perjudian maya yang melampaui batasan wilayah. Gejala ini semakin menular dan melibatkan ramai orang termasuk golongan yang berpendidikan tinggi. Sebagai contohnya, penjenayah yang berselindung di bawah tiket perdagangan wang asing; atau dagangan tukaran wang dan jualan maya bergiat aktif melakukan penipuan terhadap penggunaan komputer. Misalnya seseorang pengguna itu diminta supaya memasukkan sejumlah

wang ke dalam akaun melalui sesuatu laman web yang dikatakan menjalankan urus niaga itu tetapi sebenarnya urusan tersebut merupakan suatu helah. Aktiviti-aktiviti lain seperti aktiviti perjudian iaitu pertaruhan bagi sesuatu kejohanan bola sepak peringkat dunia juga kerap berlaku. Para pengguna pula tidak menyedari bahawa dirinya telah menjadi mangsa penipuan sehinggalah urusan tersebut telah berjalan dalam beberapa tempoh yang lama dan pengguna tersebut tidak dapat lagi mengesan laman web yang berkenaan, maka pada masa itu barulah pengguna mengetahui mereka telah terjerat. Jenayah siber yang semakin membimbangkan ini perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak antaranya oleh kerajaan. Oleh itu, negara kita, Malaysia telah menggubal beberapa undang-undang siber seperti Akta Jenayah Komputer (Akta 563), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998(Akta 588),Akta Cakera Optik 2000 (Akta 606), Akta Tandatangan Digital (Akta 562) dan Akta Teleperubatan 1997 (Akta 564) bagi membendung permasalahan ini. Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu Datuk Abdul Hanan Alang Endut juga menyarankan kepada pihak kerajaan supaya menggunakan pendekatan tradisional serta sains forensik dan teknologi selain daripada hanya menggunakan komputer forensik serta mendapat kerjasama daripada Pusat Tindak Balas Kecemasan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kebangsaan (NISER) untuk mengatasi jenayah siber ini. Walau bagaimanapun, kerajaan juga mengalami beberapa kekangan dalam membanteras penjenayah siber ini disebabkan kekurangan bukti kerana apabila seseorang itu dihadapkan ke mahkamah pengadilan, mereka pasti terlepas akibat kekurangan bukti yang kukuh. Hal ini menyebabkan penjenayah siber ini terus berleluasa kerana tiada undang-undang terperinci untuk membanterasnya. Selain itu, antara usaha lain yang boleh dilakukan untuk menangani masalah ini daripada terus berleluasa ialah penerapan pendidikan dan kesedaran tentang undang-undang siber. Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah berganding bahu untuk menerangkan kepada masyarakat tentang akibat yang diperoleh kesan penyalahgunaan internet di ruang siber. Usaha ini dijalankan supaya masyarakat di Malaysia mengetahui kebebasan menggunakan internet yang diberikan oleh kerajaan mempunyai had-had yang tertentu. Masyarakat juga harus sedar bahawa kebebasan dan tanggungjawab perlulah seimbang supaya teknologi maklumat yang sepatutnya digunakan untuk membantu pekerjaan seharian manusia tidak membawa padah dan akibat buruk kepada masyarakat lain. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab yang menjadi penjenayah siber ini juga perlu sedar tindakan-tindakan yang akan dikenakan terhadap mereka sekiranya didapati bersalah misalnya seseorang itu akan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Penerapan nilai- nilai moral dalam diri seseorang itu juga penting supaya seseorang itu akan sentiasa berada di landasan kebaikan maka penjenayah siber ini tidak akan wujud sehingga menjadi fenomena yang kritikal pada masa kini. Konklusinya, gejala jenayah siber ini haruslah dibanteras segera kerana kesan gejala ini telah mencetuskan pelbagai masalah misalnya menjejaskan hubungan politik, ekonomi dan sosial di rantau ini. Hal Ini kerana, penyebaran maklumat yang tidak tepat dan mengelirukan melalui internet itu boleh membawa pelbagai kesan negatif kepada kestabilan serantau dan global.

Anda mungkin juga menyukai