Anda di halaman 1dari 30

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan teknologi maklumat dan langkah-langkah

untuk melahirkan masyarakat yang celik teknologi maklumat . Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Era globalisasi yang melanda dunia tidak akan lengkap tanpa kewujudan perkembangan teknologi maklumat. Tidak dinafikan bahawa teknologi maklumat membawa dimensi baru yang pelbagai pada corak kehidupan manusia. Penyebaran maklumat secara besar-besaran sudah tentu akan mempercepat usaha kita untuk mencapai status negara maju. Hal ini disebabkan teknologi ini akan membawa kita ke arah perkembangan yang berkaitan dengan pelbagai cara menerima dan menyampaikan maklumat secara elektronik. Dalam konteks pendidikan, peranannya bukan setakat mampu membantu memudahkan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi sebagai alat untuk memperluas persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini. Berdasarkan alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran mewujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia. Dengan penggunaan teknologi maklumat, pelajar lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal. Selain itu, kemajuan teknologi maklumat membolehkan pakar-pakar perubatan berinteraksi tentang teknik-teknik pembedahan dan diagnosis yang terkini. Dalam kehidupan seharian pula, pembayaran pelbagai bil dapat dilakukan dengan mudah dan cepat. Jadi, kesesakan lalu lintas dan tekanan kerja dapat dielakkan dengan mudah. Di samping itu, pendidikan jarak jauh juga dapat dijalankan dengan adanya kemudahan teknologi maklumat. Melalui konsep e-pembelajaran yang diperkenalkan ini, guru dan murid tidak perlu lagi melakukan interaksi empat mata, sebaliknya proses berinteraksi berupaya dilakukan pada jarak yang tiada sempadan dan kekangan, iaitu hanya perlu menggunakan komputer dan internet sebagai medium. Dalam sesebuah organisasi, teknologi ini dapat berfungsi sebagai alat latihan yang berkesan dan efisien. Latihan secara teknik audio visual, penggunaan perisian komputer, dan arahan kerja secara elektronik merupakan sebahagian daripada penggunaan teknologi komunikasi yang dapat dipraktikkan berulang kali. Walau bagaimanapun, teknologi yang dibangunkan bersama-sama dengan arus kemodenan ini turut digunakan untuk tujuan yang tidak wajar. Sekalipun dari sudut lain, teknologi maklumat membawa kebaikan dalam hidup manusia, namun kewujudannya dieksploitasikan pula oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan begitu rakus untuk pelbagai matlamat. Menerusinya, teknologi canggih internet ini telah digunakan untuk melakukan pelbagai jenayah tradisional dalam bentuk moden seperti memeras ugut, menipu, dan menyebarkan fitnah. Perkembangannya yang begitu pantas juga mungkin akan mewujudkan sindrom ketagihan dalam kalangan pengguna internet. Virus komputer yang begitu dibimbangi sejak belakangan ini juga disebarkan melalui internet untuk menghapuskan data-data penting dan mengakibatkan kerosakan komputer. Situasi ini akhirnya akan mengakibatkan operasi sesebuah syarikat atau agensi kerajaan lumpuh kerana sistem komputer tidak berfungsi dan data-data tidak dapat diakses. Soalan 2(a) Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata interaksi empat mata. [2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan kesan negatif kemajuan teknologi maklumat. Nyatakan tiga kesan tersebut. [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang wajar dilakukan untuk menangani masalah penyebaran maklumat dan bahan yang negatif melalui internet?

Jelaskan tiga langkah yang sesuai. [4 markah]


ASPEK: RUMUSAN - SOALAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 15:55

15.3.12

Rumusan tanggapan negatif terhadap warga tua


Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang tanggapan negatif sesetengah anggota masyarakat terhadap warga tua dan kesan-kesannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Jumlah warga tua akan berganda kepada kira-kira 828 juta orang pada tahun 2020 dan sejumlah besar daripada mereka berada di negara-negara membangun. Pertambahan ketara warga tua menjelang waktu itu nanti sebenarnya telah menimbulkan satu kesedaran yang mendesak kepada pengenalan cara dan corak pendekatan yang inovatif dalam sistem ekonomi, sosial dan politik, sama ada dari sudut sebuah negara mahupun dari sudut institusi keluarga. Bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi perubahan demografi sejagat, semua pihak perlu mengambil langkah pada usia muda untuk menjaga kesihatan, menuntut ilmu yang bermanfaat, bijak dalam mengatur urusan kewangan, mewujudkan rangkaian kenalan yang luas serta mendidik generasi muda dengan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi. Peningkatan golongan tua di negara ini bukanlah satu perkara yang membimbangkan tetapi persoalan yang wujud sekarang ialah penerimaan sebahagian anggota masyarakat terhadap golongan tua. Mereka berpandangan bahawa warga tua merupakan satu kelompok masyarakat yang tidak produktif. Tidak banyak orang yang melihat golongan ini sebagai golongan yang patut dihormati sepanjang masa. Mereka mengabaikan golongan tua sebagai pusat rujukan dalam mengharungi cabaran hidup ini. Selain itu, golongan ini dipeleceh sebagai golongan yang sudah ketinggalan zaman. Pertambahan jumlah penghuni rumah orang-orang tua di negara ini jelas menampakkan kelemahan yang wujud dalam struktur institusi keluarga. Adakah warga tua hanya layak tinggal di tempat-tempat seperti itu? Jumlah mereka yang semakin banyak di tempat-tempat sedemikian seolah-olah mengiakan pandangan tersebut! Perkembangan yang mencemaskan ini membuktikan bahawa sebahagian generasi kini sudah kehilangan nilai-nilai murni, lalai terhadap tanggungjawab serta sibuk sepanjang masa. Penggerak utama masyarakat, termasuk sektor awam dan swasta, media massa, badan sukarela dan juga kanak-kanak haruslah ditanam dengan satu sikap yang wajar terhadap warga tua menerusi wahana pendidikan yang betul. Warga tua tidak harus dianggap sebagai golongan yang terlalu mengongkong kebebasan. Pembinaan lebih banyak rumah orang-orang tua bukanlah jalan penyelesaian kerana selain menunjukkan kelemahan institusi keluarga, rumah-rumah itu juga akan menambahkan beban kerajaan, khususnya dari segi kewangan, sedangkan hal ini boleh dibendung oleh ahli keluarga itu sendiri. Kita perlu melahirkan semula potensi kepakaran warga tua bagi membuktikan nilai harga diri mereka kepada masyarakat, memberi kefahaman tentang proses penuaan, menolak pandangan buruk terhadap warga tua dan meningkatkan kesejahteraan warga tua melalui penyediaan suasana persekitaran yang penyayang. Soalan 2(a) : Petikan Umum [9 markah] Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri. i. Berikan maksud seolah-olah mengiakan pandangan tersebut. [2 markah] ii. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menghargai sumbangan warga tua? [3 markah] iii. Pada pendapat anda, mengapakah isu warga tua perlu diberi perhatian? [4 markah]
ASPEK: RUMUSAN - SOALAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 18:22

29.7.10

Rumusan langkah-langkah meningkatkan kemajuan sektor pelancongan kesihatan


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah meningkatkan kemajuan sektor pelancongan kesihatan di Malaysia dan kesan-kesannya. Panjangnya rumusan hendaklahtidak melebihi 120 patah perkataan. Pelancongan kesihatan merupakan satu lagi cabang ekonomi baru yang wajar diusahakan oleh kerajaan. Dengan kewujudan banyak hospital dan pusat kesihatan swasta, Malaysia sebenarnya mampu bersaing dengan negeri-negeri lain yang telah mempunyai prasarana kukuh dalam industri baru ini seperti Thailand, Jordan dan India. Kelebihan Malaysia ialah memiliki kepakaran yang tinggi untuk ditawarkan, selain kos perubatan yang rendah mengikut tukaran mata wang asing. Keindahan alam semula jadi yang dimiliki oleh negara ini juga penyumbang utama terhadap sektor pelancongan kesihatan. Dalam hal ini, beberapa buah syarikat swasta di negara ini telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk menarik kedatangan pelancong luar. Pelancongan kesihatan mempunyai potensi besar berdasarkan kepada kejayaan negara menarik sebanyak 174,200 warga asing dan menjana pendapatan sebanyak RM105 juta pada tahun 2004 berbanding sebanyak 103,000 pelancong dengan jumlah pendapatan hanya RM59 juta pada tahun 2003. Dalam usaha mendorong pembangunan sektor pelancongan kesihatan tersebut pelbagai langkah telah diketengahkan oleh pihak kerajaan. Perkara utama yang diberikan perhatian ialah menyusun pakej pelancongan kesihatan dengan menyelaraskan tawaran hospital dan hotel di samping membentuk rujukan rangkaian antarabangsa. Malah dalam hal ini, pihak kerajaan menggalakkan hospital mendapat akreditasi dengan pusat perubatan terkemuka di dunia. Pendekatan yang lain ialah menggalakkan pembentukan syarikat multinasional Malaysia oleh pihak swasta. Apabila usaha sedemikian dilaksanakan perkembangan pelancongan kesihatan amat memberangsangkan terutamanya daripada pasaran Asia Barat dengan peningkatan mendadak jumlah pelancong dari Kuwait, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu. Usaha seterusnya yang dilakukan oleh pihak berkenaan ialah melonggarkan syarat imigresen bagi pakar perubatan dan terapi asing serta pesakit. Kerajaan juga turut memberikan sokongan penyelidikan klinikal di institusi Kesihatan untuk membina pusat kecemerlangan klinikal. Kerajaan juga sentiasa mengalu-alukan usaha pihak swasta mengendalikan promosi perkhidmatan rawatan dan kesihatan di hospital-hospital swasta tempatan. Misalnya pada tahun 2004, Kementerian Kebudayaan, kesenian dan Pelancongan telah memberi kerjasama ekoran penubuhan Medical Services Coordination Sdn. Bhd(MSC) yang menyumbang kepada perkembangan industri pelancongan kesihatan di negeri ini. Hal ini selari dengan dasar Persyarikatan Malaysia yang diamalkan oleh kerajaan. Secara tuntas, pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi menawarkan kualiti perkhidmatan kesihatan bagi menarik lebih banyak warga asing melalui produk pilihan khidmat kesihatan swasta di Malaysia. Pemantauan yang berterusan turut dilakukan termasuk menubuhkan Unit Pelancongan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan. Walau bagaimanapun mereka yang terlibat dalam industri ini haruslah mempunyai tanggungjawab sosial dan mengutamakan perkhidmatan yang berkualiti, di samping mengambil kira keuntungan yang diperoleh. Soalan 2(a) Petikan Umum (i) Berikan maksud rangkai kata tanggungjawab sosial. [2 markah] (ii) Nyatakan faktor-faktor yang mendorong perkembangan pelancongan kesihatan di Malaysia. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah kekangan-kekangan yang terdapat dalam proses pelaksanaan pelancongan kesihatan ? [4 markah]
ASPEK: RUMUSAN - SOALAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 16:13

17.3.09

Rumusan kesan-kesan negatif penggunaan internet


Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan negatif penggunaan internet dan langkah-langkah untuk membendung penyalahgunaannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kelebihan utama internet berbanding dengan media lain ialah keupayaannya memberikan maklumat tanpa sekatan. Internet membolehkan masyarakat memperoleh dan menyebarkan maklumat dengan bebas. Internet bukan sahaja menjelaskan konsep demokrasi maklumat, malah dapat mengubah cara manusia berkomunikasi. Perubahan cara komunikasi inilah yang menerbitkan krisis dalam aspek keselamatan maklumat dan aspek tanggungjawab. Sesungguhnya, pengenalan internet menimbulkan perdebatan dalam pelbagai isu. Penyebaran bahan imperialisme yang dapat meruntuhkan nilai-nilai budaya dan moral sesuatu bangsa jelas menunjukkan bahawa internet mudah dikaitkan dengan perkaraperkara yang kurang menyenangkan. Internet merupakan media yang membolehkan sesiapa sahaja menerbitkan bahan kepada masyarakat dunia dengan kos yang sangat murah. Hakikat ini telah menyebabkan kerajaan-kerajaan di seIuruh dunia cuba mengawal media baru ini. Keupayaan rangkaian canggih ini menyebarkan imej digital menyebabkan internet sering dijadikan wahana untuk menyebarkan bahan tidak bermoral secara talian terus. Di samping itu, internet digunakan juga untuk menyebarkan pelbagai judul buku yang diharamkan di sesetengah negara. Malah, penerbit buku di seluruh dunia mempersoalkan pelanggaran hak cipta yang banyak dilakukan dalam internet. SeIain itu, rangkaian ini juga digunakan untuk menyebarkan iklan yang mungkin tidak diterima oleh media lain, kerana iklan itu melanggar kod etika pengiklanan seperti mengeksploitasikan wanita dan cita rasa kanak-kanak. Kebebasan penyebaran maklumat menyebabkan internet digunakan untuk menyebarkan fitnah dan khabar angin terhadap kerajaan atau organisasi tertentu. Internet turut menimbulkan masalah perundangan terbesar dalam undang-undang harta intelek dan kebebasan hak asasi. Beberapa terbitan Ensiclopedia World Wide telah disebarkan melalui internet tanpa izin pemegang hak ciptanya. Perbuatan tersebut memang menyalahi undang-undang, tetapi perkara ini telah berlaku dalam ruang siber dewasa ini. Kebimbangan terhadap internet turut tertumpu terhadap kegiatan jenayah ekonomi dan penipuan dalam transaksi talian terus. Internet menjadikan sempadan geografi semakin tidak jelas.

Internet sering mencabar amalan budaya dan moral. Menyedari hakikat ini, banyak negara berusaha mengambil Iangkah-Iangkah yang sewajarnya bagi memerangi penyalahgunaan internet.
Soalan 2 : Pemahaman [10 markah] Soalan 2(a) Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Apakah maksud rangkai kata sering dijadikan wahana? [3 markah] (ii) Internet mempunyai beberapa kebaikan. Nyatakan kebaikan tersebut. [3 markah] (iii) Berikan pendapat anda tentang ciri-ciri laman web mata pelajaran yang menarik. [4 markah]
ASPEK: RUMUSAN - SOALAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 12:39

3.12.08

Rumusan peranan media massa


Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang peranan media massa danlangkah menyekat penerbitan bahan yang negatif. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120patah perkataan. Pada waktu yang Iampau, perhubungan antara orang perseorangan ataupun antara suatu pihak dengan orang ramai hanya diikat melalui percakapan. Kini, kaedah tersebut sudah tidak memadai. Peranan media massa menjadi sangat luas. Kemajuan teknologi dunia hari ini membolehkan sesiapa saja berada di rumah tanpa rasa bosan. Media massa merupakan alat pengumpul dan penyebar mesej semasa tentang masyarakat. Isu-isu terkini tentang kemalangan, rusuhan, pertelingkahan politik dan sebagainya dapat disebarkan dengan cepat. Rakyat pelbagai negara dapat berkongsi kesedihan dan kegembiraan menerusi siaran media massa itu. Selain itu, sebagai bahan hiburan yang murah, media massa membolehkan orang ramai mengisi masa lapang. Dalam konteks perpaduan, media massa menjadi agen penggerak pembangunan dan pembaharuan sesebuah negara. Hal ini kerana menerusi media massa, pengetahuan asas budaya, bahasa dan adat resam golongan etnik yang berlainan dapat disebarkan. Secara tidak Iangsung, semangat perpaduan dapat disemai dalam masyarakat. Maklumat tentang virus HIV, teknologi DNA atau punca penipisan lapisan ozon dapat difahami melalui laporan yang dibaca, didengar ataupun ditonton. Dalam hal ini, bagi orang ramai, media massa merupakan saluran atau sumber penting untuk mengetahui hal ehwal sains dan teknologi. Rakyat Jepun tidak ketinggalan zaman kerana sering rnemanfaatkan laporan sains yang disiarkan menerusi televisyen, akhbar dan majalah. Berita-berita yang sengaja direka, secara tidak langsung berbahaya kerana berkemungkinan melagalagakan masyarakat. Sentimen yang bersifat spekulatif dan provokatif yang mungkin memburukkan imej negara dapat disekat dengan adanya media yang bertanggungjawab. Media massa menjadi jambatan untuk merapatkan jurang perbezaan pandangan dan perselisihan pendapat ini sebelum rusuhan dan pergolakan politik menjadi kenyataan. Perang Amerika-Vietnam adalah yang mula-mula disiarkan secara Iangsung oleh televisyen Amerika dan hasilnya perang ini mendapat tentangan hebat daripada rakyat Amerika terhadap campur tangan di Vietnam. Ternyata, media massa telah membangkitkan sikap antipeperangan dalam kalangan manusia. Mesej bahawa peperangan perlu dihentikan sukar untuk sampai kepada khalayak ramai tanpa bantuan media massa.

Kini, media massa, khasnya akhbar turut menjadi saluran bagi orang ramai untuk mengemukakan idea dan kritikan mereka tentang sebarang perkara. Malangnya, sesetengah orang telah menyalahgunakan hak itu. Mereka mengecam sesuatu dasar atau sistem secara membuta tuli. Sikap antiperubahan dalam kalangan sebilangan ahli masyarakat ini akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap pemerintah secara beransur-ansur. Apabila keadaan ini berlaku, sebarang dasar yang dikemukakan sukar untuk dijayakan. Kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik akan terjejas akhirnya. Peranan pihak media massa perlu dikaji dari semasa ke semasa. Pengamal media perlu terus menegakkan kebenaran tanpa syarat melalui kandungan editorial berita, ulasan serta analisis gambar yang tulen. Selagi media massa menjalankan peranannya dengan betul, institusi itu dan kerajaan pasti dapat berganding bahu dengan baik ke arah kecemerlangan. Soalan 2(a) : Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. i. Berikan maksud rangkai kata membolehkan orang ramai mengisi masa lapang dalam petikan di atas. [2 markah] ii. Apakah akibat yang akan berlaku jika media massa dijadikan saluran untuk mengecam dasar pemerintah hati? [3 markah] iii. Pada pendapat anda, mengapakah pengamal media kian cenderung menyiarkan bahan yang bersifat negatif? [4 markah]
ASPEK: RUMUSAN - SOALAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 13:11

5.1.08

Rumusan kepentingan proses kitar semula


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan proses kitar semula dan masalah-masalah pelaksanaannya di Malaysia. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Proses kitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan menggunakan semula bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai sampah. Kitar semula memungkinkan bahan-bahan yang terbuang dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia membuang sampah-sarap dalam pelbagai bentuk pada kadar 15000 tan sehari? Apakah yang akan berlaku dalam tempoh sepuluh tahun jika keadaan ini berterusan? Sisa bahan buangan yang terdiri daripada 27% kertas, 36.5% sisa buangan dari rumah, 3.9% besi, 3.7% kaca, 16.4% plastik dan 12.5% lain-lain. Hal ini akan menyebabkan pencemaran alam sekitar. Pembuangan sampah dan sisa buangan rumah dilonggokkan di tepi-tepi jalan bukan sahaja menyakitkan mata memandangnya, malah bau yang busuk tentu sahaja mengganggu keselesaan kita. Lebih teruk lagi kesannya akan mengancam sistem air bawah tanah yang menjadi salah satu punca sumber air dalam kehidupan kita. Kita sering kali merungut apabila sampah melewati kawasan rumah kita kerana baunya yang busuk. Hal ini seharusnya kita ambil sebagai iktibar kerana jika kitar semula tidak diamalkan dan kita sendiri mengambil sikap endah tak endah, kita akan dibelenggu oleh bau yang busuk sepanjang masa. Melalui amalan kitar semula, kita dapat membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar demi kesejahteraan hidup. Kerajaan amat bersungguh-sungguh dalam melaksanakan kempen kitar semula untuk memastikan ruang hidup manusia akan terus terpelihara. Pada masa ini terdapat kira-kira 230 buah tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya dianggarkan berkeluasan 20 hingga 150 ekar bergantung kepada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Andainya keadaan ini berterusan tentulah kawasan kediaman akan terjejas. Lantaran itu, usaha ini juga dapat menjamin persekitaran yang lebih sihat dan bersih. Keadaan di kawasan pembuangan sampah yang kotor dan menjijikkan tentu sahaja menjadi tempat

pembiakan serangga perosak. Oleh itu, proses kitar semula ini bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembuangan sampah, malah dapat mengawal penyakit daripada merebak. Walaupun aktiviti pengutipan sampah sekarang memberi peluang pekerjaan kepada sesetengah orang, namun jika program kitar semula dilaksanakan, lima kali lebih banyak peluang pekerjaan akan tersedia untuk warga Malaysia. Keperluan terhadap jurutera, pakar mesin, pakar alam sekitar, pekerja am dan sebagainya amat dikehendaki oleh kilang-kilang terbabit. Dari segi jangka panjang, kos untuk melaksanakan kitar semula jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan biaya pemuliharaan alam sekitar yang telah musnah. Oleh itu, masyarakat mestilah dididik supaya peka akan masalah yang kita cipta ini. Pelaksanaan kaedah ini tidak sukar untuk dijayakan. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan semakin giat menggalakkan pengitaran semula bahan-bahan buangan menerusi majlis perbandaran di setiap daerah dan kawasan. Malah, kita memuji langkah Jabatan Alam Sekitar yang mengadakan pelbagai aktiviti menerusi media massa dan mengadakan penerangan hingga ke sekolah dalam usaha melahirkan rakyat yang mencintai alam sekitar. Oleh itu, kerjasama yang berterusan oleh semua pihak iaitu individu, masyarakat, pihak berkuasa, media massa, kerajaan dan pihak swasta amat dituntut untuk menjamin pengekalan kebersihan dalam kehidupan. Soalan 2(a) : Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata menyakitkan mata memandangnya. [2 markah] (ii) Apakah kesan daripada pembuangan sampah yang tidak terurus? [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan alam sekitar dihargai? [4 markah]
ASPEK: RUMUSAN - SOALAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 10:39

Rumusan faktor pengangkutan awam semakin tidak popular


Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faktor pengangkutan awam semakin tidak popular dan kewajaran masyarakat mengutamakan perkhidmatannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pengangkutan awam merupakan satu alternatif untuk sampai ke destinasi yang biasa dilihat terutamanya di kota-kota besar. Walau bagaimanapun, sering juga terdengar rungutan tentang masalah masa perjalanan pengangkutan awam di negara kita yang tidak tetap. Perkara inilah yang mendorong sebilangan pekerja menggunakan kenderaan sendiri ke tempat kerja daripada menaiki pengangkutan awam. Selain itu, ada yang beranggapan bahawa pengangkutan awam disediakan hanya untuk golongan yang kurang mampu. Oleh hal yang demikian, mereka tidak mahu untuk menggunakan perkhidmatan tersebut. Sikap suka meremehkan perkhidmatan pengangkutan awam harus dikikis daripada pemikiran kita semua. Hal ini demikian kerana pengangkutan awam mempunyai kepentingan dan peranannya yang tersendiri dalam membantu orang ramai sampai ke destinasi. Di negara-negara maju pengangkutan awam telah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyatnya. Senario seumpama ini belum wujud sepenuhnya di negara kita kerana pengangkutan awam bukan saja dianggap tidak cekap, malah sering disalahkan kerana tidak menyediakan perkhidmatan yang mampu memenuhi keperluan para pengguna. Selain itu, mutu pengangkutan awam di Malaysia dikatakan ketinggalan jika dibandingkan dengan mutu pengangkutan awam di negara-negara lain. Sebagai akibatnya, pengangkutan awam menjadi semakin tidak popular di kalangan masyarakat kita dan kepentingannya hilang di tengah-tengah arus pembangunan negara. Selain itu, ada dakwaan lain yang menyebut bahawa banyak terdapat perkhidmatan teksi dan bas yang dijadikan pengangkutan awam sudah uzur dan tidak layak bergerak di atas jalan raya. Di samping itu, terdapat juga kereta sewa yang beroperasi sebagai pengangkutan awam tetapi kebanyakannya dalam keadaan yang cukup uzur dan usianya melebihi sepuluh tahun.

Kesulitan orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam pada waktu puncak sudah berlarutan beberapa Iama dan perkara ini melemahkan semangat mereka untuk menggunakannya. Oleh sebab itu, langkah segera perlu diambil bagi mengatasi masalah ini jika kerajaan mahu menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Perkhidmatan bas misalnya, perlu ditambah dan diperkemas jadual perjalanannya supaya tidak terus menimbulkan kesulitan kepada orang ramai yang terpaksa menunggu ketibaan bas secara tidak menentu sebelum mereka sampai ke tempat yang dituju. Dalam tempoh terdekat ini suatu kempen besar-besaran perlu dilakukan untuk menarik minat orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Syarikat pengangkutan awam pula wajar menyediakan insentif kepada orang ramai yang menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh mereka, misalnya dengan memberikan potongan harga bagi perjalanan jangka masa panjang. Soalan 2(a) Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. i. Apakah maksud alternatif untuk sampai ke destinasi dalam petikan di atas? [2 markah] ii. Bagaimanakah perkhidmatan pengangkutan awam dapat dibaiki? [3 markah] iii. Pada pendapat anda, bagaimanakah masalah penumpang yang dikenakan bayaran yang mahal oleh pemandu teksi dapat ditangani? [4 markah]
ASPEK: RUMUSAN - SOALAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 10:22

30.8.07

Rumusan langkah menangani masalah vandalisme


Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis satu rumusan tentang langkah-langkah menangani masalah vandalisme dan akibat daripada masalah tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Perbuatan merosakkan harta benda awam atau vandalisme kian hari kian menular di negara kita. Harta benda awam telah dirosakkan sewenang-wenangnya. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini telah mengundang pelbagai komplikasi. Pengerusi Jawatankuasa Antivandalisme Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur, Datuk Lee Lam Thye mengelaskan vandalisme kepada vandalisme perlakuan, iaitu menjual harta benda yang dicuri, vandalisme dendam dan vandalisme conteng. Gejala negatif ini biasanya melibatkan mereka yang berusia antara 15 hingga 21 tahun. Antara kemudahan-kemudahan awam yang sering menjadi mangsa ialah telefon awam, papan tanda, lif rumah pangsa dan dinding-dinding bangunan. Saban tahun, kerajaan memperuntukkan wang berjuta-juta ringgit untuk meningkatkan keselesaan rakyat dengan menyediakan kemudahan awam kepada rakyatnya. Malangnya, wujud golongan yang tidak berkesedaran sivik tergamak untuk merosakkan harta benda awam ini. Justeru, kita perlu menghalusi punca-puncanya dan mengorak langkah proaktif demi memeranginya ke akar umbi. Memandangkan ketenatan masalah vandalisme, suatu penyelesaian segera amat diperlukan untuk menghapuskan masalah ini. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa berperanan untuk mendidik anak-anak agar menghargai harta benda awam. Pihak sekolah pula harus memberikan bimbingan dan nasihat tentang pentingnya menjaga harta benda awam. Konsep Masyarakat Penyayang harus dihidupkan semula supaya para remaja sedar akan peranan mereka selaku pembela bangsa pada hari muka. Masyarakat perlu bersikap proaktif terhadap gejala vandalisme yang dilakukan di kawasan mereka. Langkah drastik, iaitu mengenakan tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang melakukan

vandalisme perlu dilaksanakan. Akta Kerajaan Tempatan yang menetapkan sesiapa yang merosakkan harta benda awam boleh didenda RM2000.00 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan perlu dikuatkuasakan. Pihak berkuasa disarankan agar membuat rondaan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan remaja. Pesalah-pesalah vandalisme wajar didenda supaya melakukan kerja-kerja kemasyarakatan. Selain itu, langkah bersama yang boleh diambil ialah mengadakan program tindakan bersama seperti menganjurkan pameran yang melibatkan agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur. Tindakan setegas-tegasnya amat perlu supaya dapat menimbulkan keinsafan dan memberi pengajaran kepada mereka yang ingin melakukan vandalisme agar berfikir sebelum berbuat demikian. Tindakan ini juga secara tidak langsung dapat menjimatkan kos kerajaan untuk membaiki kerosakan terhadap harta awam. Disebabkan benteng didikan agama yang rapuh, golongan ini akan melakukan kegiatan vandalisme demi mendapatkan perhatian masyarakat. 2(a) Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri. (i) [2 Berikan maksud rangkai kata mengundang pelbagai komplikasi. markah]

(ii) Mengapakah tindakan [3

tegas perlu dilaksanakan untuk menangani masalah vandalisme? markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh diambil untuk membentuk masyarakat yang lebih bertanggungjawab? [4 markah]
ASPEK: RUMUSAN - SOALAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 21:07

5.8.07

Rumusan kekangan dalam usaha mewujudkan semangat patriotik


Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang kekangan dalam usaha mewujudkan semangat patriotik dan peranan ibu bapa untuk merealisasikan usaha tersebut. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Setiap kali Malaysia merayakan sambutan Hari Kebangsaan, semua stesen televisyen dan radio akan menyiarkan acara sambutannya. Pihak akhbar tidak ketinggalan juga memaparkan pelbagai berita mengenainya. Di samping itu, tema perbincangan pula lazimnya berkisar pada soal perlunya patriotisme ditingkatkan kerana patriotisme melibatkan setiap rakyat dan meliputi kemerdekaan serta kedaulatan negara. Kehangatan perbincangan isu tersebut berhubung terus dengan hasrat kerajaan mewujudkan semangat patriotik yang kental di kalangan rakyat, khususnya golongan belia. Hal ini dititikberatkan kerana alaf baru membawa negara berhadapan dengan pelbagai cabaran baru yang berkaitan dengan persoalan patriotisme. Banyak pihak yang terpaksa akur bahawa kini semakin berleluasa fahaman individualisme. Pada sudut yang Iain kita berdepan pula dengan asakan globalisasi dan kecanggihan teknologi komunikasi yang mewujudkan pertembungan antara negara maya dengan negara nyata. Negara maya ialah negara tanpa sempadan seperti dalam konteks internet, komunikasinya dapat dibentuk tanpa memerlukan kerakyatan serta tidak mempunyai ketua yang sah. Dalam era baru ini, kita berdepan juga dengan hakikat bahawa kemerdekaan negara tergugat oleh penjajahan-penjajahan bentuk baru, umpamanya penjajahan budaya dan ekonomi. Kegawatan ekonomi beberapa tahun lalu merupakan percubaan penjajahan baru dalam bentuk ekonomi yang digerakkan oleh kuasa ekonomi asing. Dari segi pendidikan, penyemaian semangat patriotik pernah dilaksanakan di sekolah-sekolah melalui

mata pelajaran Sivik tetapi usaha ini menemukan kegagalan. Kini nilai-nilai patriotisme diterapkan pula melalui mata pelajaran Sejarah, tetapi masalahnya mata pelajaran ini hanya mula diajarkan pada peringkat sekolah menengah. Persoalannya, mampukah mata pelajaran Sejarah memikul tanggungjawab itu? Cabaran-cabaran itu menjadi premis supaya diadakan penyeragaman semula pemupukan semangat patriotik di kalangan belia. Suatu program khusus pendidikan patriotisme mesti dilaksanakan dalam bentuk pendidikan kewarganegaraan sebagai sokongan dan susulan kepada mata pelajaran Sejarah. Program ini mesti disegerakan kerana cabaran yang paling besar dalam hal ini ialah mereka tidak menghargai kemerdekaan negara, sedangkan setiap individu dalam setiap generasi mesti bertanggungjawab mempertahankan negara dan menegakkan kedaulatannya. Nilai-nilai patriotisme yang melintasi zaman perlu diterapkan dalam kehidupan mereka; antaranya berbangga sebagai rakyat Malaysia dan bersemangat setia kepada negara. Mereka sewajarnyalah juga menyanjungi semangat kekitaan. Kita mesti juga berusaha menangani belia yang mengetahui kepentingan ilmu tetapi tidak bersungguhsungguh mengejar ilmu. Kita tidak harus gagal dalam hal ini. Perkara ini sangat penting untuk meningkatkan patriotisme di kalangan belia. Persoalan-persoalan yang ditimbulkan ini merupakan sebahagian danpada agenda bagi memperlengkap, memperkukuh dan meneruskan perjuangan mengangkat martabat bangsa dan negara ke tahap yang lebih cemerlang dan gemilang. Soalan 2(a) : Petikan Umum [9 markah] Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri. i. Berikan maksud rangkai kata berhubung terus dengan hasrat. [2 markah] ii. Apakah nilai patriotisme yang perlu dipupuk dalam diri warga Malaysia? [3 markah] iii. Sebagai seorang pelajar, apakah bukti-bukti yang boleh menunjukkan anda mempunyai semangat patriotisme yang tinggi? [4 markah]

ASPEK: RUMUSAN - SOALAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 13:59

31.7.07

Rumusan faktor dadah mesti diperangi


Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat rumusan tentang faktor-faktor dadah mesti diperangidan rintangannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Bahaya yang berpunca daripada ancaman dadah diakui oleh beberapa pihak tetapi langkah pencegahannya agak kurang berjaya. Oleh sebab itu, baru-baru ini kerajaan dan agensinya iaitu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melancarkan perang besar-besaran menentang penyalahgunaan dadah di Malaysia. Kempen yang dikenal sebagai Enam Jahanam itu ditujukan kepada penghapusan heroin, morfin, syabu, pil ecstasy, ganja, dan candu kerana keenam-enam jenis dadah itulah yang paling banyak disalahgunakan oleh penagih di negara ini. Perang besar menentang dadah ini akan berterusan sehingga penyalahgunaan semua jenis dadah itu dapat dihapuskan.

Kita telah memerangi dadah lebih daripada 20 tahun menerusi pelbagai kempen dan seminar tetapi kejayaannya belum ketara. Menurut laporan pihak berkuasa, sejumlah 274 923 penagih dadah dapat dikesan sejak tahun 1998 sehingga Januari lalu di negara ini. Hal yang menyedihkan daripada angkara dadah ialah penagihnya banyak membabitkan golongan muda dalam lingkungan usia 19 hingga 39 tahun. Lebih malang lagi, pembabitan dalam kes penagihan dadah ini turut membuatkan keluarga mereka menderita dan hidup tak keruan. Tenaga muda ini kalau dimanfaatkan akan menjadi aset negara yang sangat berharga. Namun demikian, dadah telah melalaikan mereka daripada menyertai pertubuhan belia dan sukan yang membolehkan mereka menggunakan masa lapang sebaik-baiknya melalui kegiatan yang sihat dan bermakna ini. Kita pasti gembira kalau golongan muda ini dapat hidup dengan sihat dan selamat serta disayangi oleh semua orang. Penagih dadah hidup bagaikan bangkai bernyawa dan tidak dapat menyumbang tenaga untuk pembangunan negara. Sehubungan dengan itu, sewajarnya kita mengelakkan diri daripada terjebak dalam musibah yang sangat berbahaya ini. Tambahan pula, kepuasan yang dirasai daripada perbuatan menagih dadah itu sekejap saja, sedangkan penderitaannya berpanjangan. Sesiapa yang sudah terjebak dalam kancah penagihan dadah mestilah berazam untuk meninggalkannya dengan berusaha mengubati ketagihannya. Perkara yang tidak dapat diabaikan ialah penagihan dadah akan membawa masalah lain termasuk jangkitan HIV dan AIDS serta penagih mudah terlibat dalam perlakuan jenayah. Dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah, kerajaan telah berikrar akan bekerja kuat untuk memeranginya. Rakyat haruslah memberi sokongan padu terhadap usaha serius kerajaan menjadikan Malaysia negara yang bebas daripada dadah menjelang tahun 2015. Kita tetap menerima hakikat bahawa bukanlah suatu tugas mudah untuk memulihkan penagih dadah. Apabila sudah ketagih, mangsanya akan terus menagih dadah dan menderita sepanjang masa melainkan ada semangat yang kental dalam jiwa orang itu untuk memeranginya. Melalui kerja keras pelbagai pihak yang disertai izin daripada Allah, kita berharap agar negara kita dapat merungkaikan diri daripada terus menjadi mangsa dadah. Kita berdoa mudah-mudahan masalah ini tidak akan menghantui kita lagi. Soalan 2(a) : Petikan Umum (9 markah) Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Jelaskan maksud langkah pencegahannya agak kurang berjaya. [2 markah] (ii) Apakah harapan yng diletakkan terhadap golongan muda di negara ini? [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang memungkinkan golongan muda terjebak dalam kancah penyalahgunaan dadah? [4 markah]
ASPEK: RUMUSAN - SOALAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 17:13

Rumusan kelemahan pihak berkuasa tempatan menangani isu petempatan haram pendatang tanpa izin
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kelemahan pihak berkuasa tempatan dalam menangani isu petempatan haram pendatang tanpa izin dan kesan-kesannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Bermula dengan arahan Timbalan Perdana Menteri, barulah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Lembah Klang tergesa-gesa bertindak merobohkan rumah setinggan terutama yang dijadikan petempatan oleh pendatang tanpa izin. Jika selama ini gambaran yang diberikan ialah tidak ada pihak yang berani menjentik pendatang tanpa izin, tetapi setelah menerima teguran daripada pihak atasan, barulah mereka bertungkus-lumus menjalankan kerja penguatkuasaan. Kealpaan mereka selama ini sebenarnya menyusahkan diri sendiri. Lewat bertindak menyebabkan petempatan pendatang tanpa izin ini bertambah besar dan bilangan

mereka bertambah ramai. Mereka beranggapan tidak ada pihak yang berani mengusir mereka. Pendatang berlagak seolah-olah mereka kebal daripada sebarang tindakan pihak berkuasa. Ketenteraman penduduk awam tidak pernah diberi pertimbangan seolah-olah mereka lebih berkuasa daripada penduduk tempatan. Sepatutnya, PBT tidak perlu menunggu arahan untuk merobohkan rumah pendatang tanpa izin ini kerana mereka dengan jelas menceroboh tanah kerajaan atau tanah simpanan di samping melanggar undang-undang negara ini. Pendatang tanpa izin tidak boleh berbuat apa-apa jika rumah mereka dirobohkan. Malangnya, selama ini PBT mendiamkan diri walaupun banyak aduan diterima daripada penduduk tempatan yang bimbang terhadap kehadiran pendatang asing di kawasan mereka. Laporan mengenai petempatan asing secara haram di tanah kerajaan dan tanah simpanan sering juga dilaporkan media. Anehnya, tidak ada tindakan bersepadu diambil untuk mengusir mereka yang mendirikan rumah secara haram. Hanya dengan arahan terbaru itu, barulah nampak kesannya. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merobohkan kira-kira 50 rumah setinggan di Taman Dagang. Operasi ini turut disertai oleh pihak polis dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Disebabkan petempatan pendatang tanpa izin ini bertaburan di merata-rata tempat di seluruh negara, sepatutnya setiap PBT dapat bertindak serentak. Gerakan merobohkan petempatan haram secara bersepadu ini tidak bermakna tugas PBT selesai. Dalam gerakan kali ini, tugas merobohkan rumah perlulah disusuli dengan gerakan pengawalan supaya rumah baru tidak didirikan pula di atas tapak kosong itu. Maknanya, PBT terbabit perlu mengadakan pengawasan setiap masa untuk mencegah kemungkinan ini berlaku. Mana-mana pendatang yang didapati tidak mempunyai permit untuk tinggal di negara ini hendaklah dihantar pulang ke negara asal. Jika mempunyai dokumen yang lengkap pula, mereka perlu berpindah ke tempat yang sewajarnya, bukan tinggal di tanah yang diceroboh. Soalan 2(a) : Petikan Umum [9 markah] Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri. i. Berikan maksud rangkai kata menjentik pendatang tanpa izin berdasarkan petikan di atas. [2 markah] ii. Jelaskan sikap pendatang tanpa izin sehingga mereka berani mendirikan petempatan di negara ini. [3 markah] iii. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang wajar diambil untuk mengatasi masalah kelemahan pihak berkuasa tempatan dalam menangani isu petempatan haram pendatang tanpa izin? [4 markah]
ASPEK: RUMUSAN - SOALAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 17:09

Rumusan kepentingan belia menguasai isu antarabangsa


Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan belia menguasai isu antarabangsa dan punca mereka tidak mengutamakannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kebelakangan ini Malaysia mengambil bahagian secara aktif dalam hampir semua persidangan sama ada yang diadakan di dalam atau di luar negara. Penyertaan Malaysia ini sudah membuktikan bahawa betapa soal hal ehwal antarabangsa amat penting dalam konteks melaksanakan dasar luar negara kita. Lebih penting, suara negara ini adalah untuk keadilan dan kita menentang setiap perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh manusia. Tetapi apalah ertinya jika pemimpin kita sahaja yang berjuang sedangkan golongan belia hanya berpeluk tubuh dan tidak ambil peduli tentang apa-apa yang sebenarnya sedang berlaku. Belia seharusnya tidak ketinggalan melibatkan diri dalam isu global ini. Jika mereka tidak mengikuti perkembangan itu, mereka akan ketinggalan dan tercicir buat selamalamanya.

Atas dasar menyedari kecetekan ilmu golongan belia dan remaja mengenal soal antarabangsa inilah Menteri Belia dan Sukan mengajak mereka supaya mengambil tahu tentang isu dan masalah globalisasi. Kita menganggap saranan ini mempunyai signifikasinya yang tersendiri kepada belia bukan sahaja untuk membolehkan mereka mengenali diri mereka malah tahu akan perkembangan semasa dunia. Kita mencadangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan agar menjalankan kempen besar-besaran untuk mengenalkan belia dan remaja dengan isu antarabangsa. Program yang dianjurkan bukanlah terbatas kepada peraduan kuiz dan pertandingan seperti syarahan dan perdebatan tentang topik antarabangsa semata-mata malah belia dan remaja hari ini mestilah digalakkan berdebat menerusi internet. Jika kita lihat dalam internet hari ini, pelbagai isu sudah pun diperdebatkan. Mereka yang tahu memanfaatkannya dapat menimba ilmu menerusinya. Tentunya kita tidak mahu golongan belia dan remaja kita asyik berbincang tentang perkara yang remeh-temeh yang kurang memberi faedah kepada diri dan masyarakat. Dalam keadaan dunia hari ini yang sering berubah, kita memerlukan belia dan remaja yang berfikiran kritis dan mampu melihat sesuatu peristiwa dan menterjemahkannya kepada keadaan di negara ini. Dengan cara ini mereka dapat menghargai kemakmuran dan kemerdekaan negara dengan membandingkan peristiwa yang berlaku di serata dunia. Jika kita menjadikan isu antarabangsa sebagai satu standard untuk mengukur kematangan belia dan remaja, kita percaya bahawa mutu golongan belia perlu ditingkatkan lagi. Jika mereka golongan pelajar, pengetahuan dan ilmu di dada mereka perlu diperluas bukan hanya berkisar kepada jurusan ilmu yang dipelajari oleh mereka semata-mata. Soal-soal antarabangsa bukanlah perkara yang perlu dipelajari tetapi perlu dikuasai. Soalan 2(a) : Petikan Umum [9 markah] Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri. i. Apakah maksud menghargai kemakmuran dan kemerdekaan negara? [2 markah] ii. Apakah program yang dicadangkan untuk menggalakkan belia menguasai isu antarabangsa? [3 markah] iii. Pada pendapat anda, bagaimanakah kesedaran tentang kepentingan isu antarabangsa dapat dipupuk di sekolah? [4 markah]
ASPEK: RUMUSAN - SOALAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 16:58

20.5.07

Rumusan masalah untuk menghapuskan rasuah


Soalan 1 Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian rumuskan masalah untuk menghapuskan gejala rasuah dan kesan rasuah terhadap pembangunan negara. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Ada anggota dalam perkhidmatan awam yang memerangi rasuah dengan bersungguh-sungguh. Mereka bukan sahaja mengelakkan diri daripada terlibat dalam amalan ini, malah telah melaporkan hal itu kepada pihak yang berkuasa. Sikap kakitangan seperti inilah yang diharapkan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) sehingga membolehkan badan berkenaan bertindak ke atas 924 orang yang dituduh memberikan rasuah dalam tempoh tiga tahun yang lalu. Pengamal rasuah itu telah pun didakwa di mahkamah. Walau bagaimanapun, jumlah pengamal rasuah yang sebenarnya jauh lebih besar daripada angka tersebut.

Rasuah, makan suap, tumbuk rusuk atau apa-apa saja istilahnya, merupakan penyakit sosial yang semakin merebak. Rasuah bukan sahaja terdapat dalam bentuk wang tunai dan untuk mempercepat kelulusan sesuatu projek sahaja, malah rasuah boleh wujud dalam apa-apa bentuk dan untuk sebarang tujuan. Hal ini telah menular dan menjadi barah, baik di sektor awam mahupun di sektor swasta. Rasuah, sama seperti virus berbahaya, dapat menyusup ke mana-mana saja, dan menyerang sesiapa sahaja. Usaha memerangi amalan ini bukan mudah. Hal ini demikian kerana tidak banyak orang yang tabah hatinya dan kuat imannya, sehingga dapat menolak rasuah yang bernilai jutaan ringgit. Malah, banyak orang yang boleh menjadi kelabu mata apabila dihulurkan rasuah, walaupun nilainya hanya RM100.00. Sebenarnya, masalah ini bukan terletak pada undang-undang. Kekurangan kakitangan untuk menguatkuasakan undang-undang tersebut telah menyukarkan tindakan diambil. Selain itu, tindakan mengesan amalan rasuah biasanya terpaksa melalui proses yang panjang dan berliku-liku. Banyak aduan dan tuduhan tentang rasuah yang melibatkan berbilion-bilion ringgit masih belum dapat dibawa ke muka pengadilan, walaupun proses siasatannya telah berjalan bertahun-tahun. Banyak juga siasatan tentang kes ini yang terpaksa dihentikan. Bukti dan fakta yang kukuh untuk mendakwa pihak yang terlibat bukanlah senang untuk diperoleh. Selain itu, taktik perasuah yang semakin canggih menyebabkan perasuah terlepas begitu sahaja walaupun umum mengetahui rasuah telah dilakukan dan melibatkan jumlah suapan yang besar. Pemberi dan penerima rasuah tetap bertukar ganti dalam masa yang begitu pantas. Kerajaan berusaha menguatkuasakan sepenuhnya Seksyen 11B Akta Pencegahan Rasuah 1997. Seksyen 17 akta yang sama diwujudkan oleh pihak berkuasa yang menghendaki kakitangan awam membuat aduan sekiranya mereka cuba ditumbuk rusuk oleh mana-mana pihak. Namun, bagaimanakah masalah ini mampu dikurangkan jika pihak yang menolak tawaran rasuah enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa? Semakin pesat negara membangun, semakin banyaklah peluang ekonomi untuk rakyat. Akan tetapi, peluang ekonomi yang terhidang itu telah menggalakkan kemunculan beraneka bentuk rasuah dalam kalangan rakyat jelata. Soalan 2(a) : Petikan Umum [9 markah] Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri. i. Berikan maksud rangkai kata hal ini telah menular dalam petikan di atas. [2 markah] ii. Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membendung gejala rasuah? [3 markah] iii. Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang mendorong berlakunya gejala rasuah? [4 markah]
ASPEK: RUMUSAN - SOALAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 12:13

Rumusan kesan bahan bacaan picisan


Soalan 1 Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tuliskan satu rumusan tentang kesan bahan bacaan picisan terhadap generasi muda dan langkah-langkah membendung penyebarannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Bahan bacaan picisan semakin membanjiri pasaran dengan kemunculan berbagai-bagai buku, novel, majalah, komik dan tabloid yang berunsur hiburan, lucah, tahayul dan pop. Di pasaran terbuka sahaja, tidak kurang daripada puluhan bahan penerbitan seumpamanya dalam bahasa Melayu telah diterbitkan setiap bulan. Ini belum lagi termasuk dalam bahasa Cina, Tamil dan Inggeris serta yang diimport dari luar negeri dan dijual secara meluas di pasaran terbuka atau yang diseludup masuk ke negara ini. Bahan picisan ini mendapat sambutan yang menggalakkan, khususnya golongan kanak-kanak, pelajar dan remaja. Ini kerana kandungannya ringan, menghiburkan dan mengghairahkan. Paparan yang

terkandung dalam bahan bacaan itu tidak semuanya benar, tetapi banyak mengandungi bahan yang karut. Golongan pembaca yang masih mentah ini, mudah terpengaruh dengan bahan yang tidak benar itu. Malah terdapat unsur lucah yang tidak sesuai untuk bacaan umum, khususnya remaja, sekali gus boleh merosakkan pemikiran mereka yang masih mentah. Bahan picisan sedemikian bukan sahaja tidak membantu perkembangan minda pembacanya, malahan menjadi antara punca berlakunya berbagai-bagai masalah juvenil dalam masyarakat. Pada hakikatnya, kita tidak boleh menolak fakta bahawa sebahagian kejadian jenayah yang dilaporkan sejak akhir-akhir ini mempunyai hubungan dengan penerbitan bahan-bahan picisan yang berunsur lucah dan ganas. Penggunaan imej wanita dalam pelbagai bahan penerbitan picisan ini juga merupakan suatu bentuk pengeksploitasian dan penghinaan yang berleluasa terhadap mereka. Harga wanita diletakkan dengan begitu murah sekali semata-mata bagi melariskan penjualan bahan picisan yang diterbitkan tanpa sedikit pun rasa tanggungjawab sosial. Bagi golongan penerbit ini, perkara yang lebih penting ialah nilai komersial dan keuntungan yang boleh didapati. Persoalan apa yang akan berlaku terhadap masyarakat dan anak bangsanya tidak pernah terlintas dalam fikirannya. Oleh sebab itulah bahan bacaan berbentuk picisan yang terdapat di pasaran semakin bertambah dari semasa ke semasa walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk membendungnya. Bagi remaja pula, mereka sanggup mengeluarkan wang saku yang sepatutnya digunakan untuk membeli makanan dan buku. Ibu dan ayah memberikan wang untuk perbelanjaan harian, tetapi wang itu mengalir ke jalan yang salah. Dengan memilih bahan bacaan yang tidak berfaedah, sesetengah remaja akan banyak berkhayal. Soalan 2(a) : Petikan Umum [9 markah] Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri. i. Berikan maksud semakin membanjiri pasaran dalam petikan di atas. ii. Mengapakah penerbit bahan bacaan picisan dipersalahkan? [3 markah] iii. Pada pendapat anda, mengapakah bahan-bahan bacaan berbentuk ilmiah kurang mendapat sambutan daripada masyarakat? [4 markah]
ASPEK: RUMUSAN - SOALAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 12:06

[2 markah]

Rumusan kesan kenaikan harga barang


Soalan 1 Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kesan kenaikan harga barangan keperluan harian di negara kita dan langkah kerajaan untuk menanganinya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pengguna tidak dapat menerima percanggahan bahawa ketika kerajaan melarang peniaga menaikkan harga barang, pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal daripada biasa. Kita tidak mahu kenaikan harga barang hari ini menjadi asas untuk kenaikan harga barang yang lebih tinggi pada masa yang berikutnya. Kenaikan harga sesuatu barang mempunyai pertalian antara satu dengan yang lain. Dalam hal ini, peniaga menentukan harga barangan mengikut cita rasa mereka dan mengingkari arahan pihak berkuasa. Tindakan mereka itu menyebabkan beban tanggungan sesebuah keluarga bertambah berat. Rakyat umumnya beranggapan bahawa jika para peniaga masih berdegil ketika peringatan sudah diberikan oleh kerajaan, maka kementerian yang bertanggungjawab mesti mengambil tindakan segera.

Jika tindakan ini lesu, peniaga lebih berani menaikkan harga barangan dan sentiasa mencari helah baru untuk menghalalkan tindakan mereka. Pengguna pula tetap beranggapan, selagi tidak ada pengumuman rasmi mengenai kenaikan harga sesuatu barang keperluan, tindakan peniaga adalah bertentangan dengan kehendak undang-undang. Walau bagaimanapun, kenaikan harga tanpa sebarang penjelasan daripada pihak berkuasa menimbulkan keraguan dalam kalangan pengguna. Kita bimbang bahawa perkara ini akan menimbulkan suasana yang tidak sihat kerana dikatakan ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang akan mempengaruhi pengguna untuk memburukkan kerajaan meskipun pihak tersebut sebenarnya menyedarkan pengguna tentang hak mereka. Peluang begini juga boleh digunakan oleh sesetengah peniaga untuk memanipulasi pasaran dan memberikan pelbagai alasan untuk menaikkan harga barang. Keyakinan pengguna juga bertambah menebal juga terhadap dakwaan itu disebabkan tidak ada usaha yang berterusan untuk menyekat kenaikan harga. Dengan itu, mereka terpaksa akur dengan tindakan peniaga. Hal ini akan menyebabkan kuasa beli pengguna bertambah kecil. Sehubungan dengan itu, keadaan kegawatan ekonomi yang cuba dikawal oleh kerajaan menjadi sia-sia akibat tindakan peniaga yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Dalam keadaan tidak menentu sekarang, para peniaga patut sama-sama berkorban untuk menghadapi kemungkinan berlakunya kegawatan ekonomi yang lebih teruk. Suasana sekarang tidak mengizinkan peniaga mencari helah baru untuk mengaut keuntungan. Mereka patut menghindarkan diri daripada mengambil kesempatan apabila keadaan ekonomi negara kurang stabil. Soalan 2(a) : Petikan Umum [9 markah] Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri. i. Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata mempunyai pertalian antara satu dengan yang lainberdasarkan petikan di atas? [2 markah] ii. Mengapakah peniaga dianggap tidak mahu bekerjasama dalam masalah kepenggunaan? [3 markah] iii. Pada pendapat anda, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh pengguna dan peniaga dalam membendung kenaikan harga barangan? [4 markah]
ASPEK: RUMUSAN - SOALAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 11:55

JAWAPAN RUMUSAN

Soalan 1 : Rumusan

Pendahuluan Petikan membincangkan akibat penyebaran bahan picisan dalam pasaran terhadap generasi muda yang semakin berleluasa pada masa sekarang.

Isi Tersurat (kesan negatif/ akibat penerbitan bahan picisan) 1. Pembaca mudah terpengaruh dengan bahan yang tidak benar/ karut. 2. Pemikiran remaja yang masih mentah akan rosak/ tidak membantu perkembangan minda 3. Berbagai-bagai masalah juvenil akan berlaku/ mendorong berlakunya jenayah. 4. Pengeksploitasian dan penghinaan terhadap wanita berleluasa. 5. Remaja sanggup mengeluarkan wang saku untuk membeli bahan picisan. 6. Remaja akan banyak berkhayal.

Isi Tersirat (langkah membendung penyebarannya) 1. Kerajaan perlu menggubal undang-undang mengharamkan penerbitannya. 2. Ibu bapa mesti memantau bahan bacaan anak-anak. 3. Individu perlu sedar akan kesan negatif bahan bacaan sedemikian.

Kesimpulan Kesimpulannya, pengedaran bahan bacaan picisan dalam pasaran mesti dibendung dengan bersungguhsungguh supaya masyarakat madani yang berakhlak mulia dapat dilahirkan.

Soalan 2(a) i. -kian banyak dijual

ii. -mereka tiada rasa tanggungjawab sosial -hanya mementingkan nilai komersial/ keuntungan -tidak mempedulikan kesan penerbitan terhadap masyarakat/ anak bangsa

iii. -harganya mahal -penerbitannya terhad/ edarannya tidak meluas -isu yang dipaparkan serius/ mencabar minda

-dianggap membosankan -laras bahasanya tinggi/ sukar difahami


ASPEK: RUMUSAN - JAWAPAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 17:38

Rumusan kesan kenaikan harga barangan


Soalan 1 : Rumusan

Pendahuluan Petikan membincangkan akibat kenaikan harga barang keperluan harian di Malaysia yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Isi tersurat (kesan kenaikan harga barang) 1. Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal daripada biasa. 2. Tanggungan keluarga bertambah berat. 3. Keraguan timbul dalam kalangan masyarakat. 4. Suasana yang tidak sihat timbul/ Pihak yang tidak bertanggungjawab akan mempengaruhi pengguna memburukkan kerajaan. 5. Peniaga memanipulasi pasaran (dan memberikan pelbagai alasan untuk menaikkan harga barang). 6. Pembeli terpaksa akur dengan tindakan peniaga. 7. Kuasa pembeli pengguna bertambah kecil. 8. Kerajaan tidak akan dapat mengawal kegawatan ekonomi/ kegawatan ekonomi mungkin menjadi lebih teruk.

Isi tersirat (langkah kerajaan untuk menangani masalah) 1. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengenakan tindakan undangundang yang tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga sesuka hati. 2. Kerajaan mengadakan kempen berbelanja berhemat dalam kalangan pengguna. 3. Kerajaan memperbanyak kumpulan barangan kawalan.

Kesimpulan Kesimpulannya, kenaikan harga barangan keperluan harian mesti dikawal supaya pengguna tidak terus ditindas oleh peniaga.

Soalan 2(a) i. -kenaikan harga sesuatu barangan akan menyebabkan kenaikan harga barangan yang lain

ii. -menentukan harga barangan mengikut cita rasa mereka -mengingkari arahan pihak berkuasa -sentiasa mencari helah baru untuk menghalalkan tindakan mereka

iii. -pengguna mengitar semula barangan yang masih dapat digunakan -pengguna membeli barangan ketika perlu sahaja -peniaga tidak menyorokkan barangan keperluan -peniaga bersedia mendapat untung yang minimum/ mengutamakan tanggungjawab sosial
ASPEK: RUMUSAN - JAWAPAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 17:31

29.7.10

Rumusan langkah meningkatkan kemajuan sektor pelancongan kesihatan


Soalan 1 : Rumusan

Pendahuluan [2 markah] Petikan membincangkan usaha-usaha/ cara-cara meningkatkan kemajuan sektor pelancongan kesihatan yang berpotensi untuk berkembang di Malaysia.

Isi tersurat (langkah-langkah/usaha-usaha/cara-cara/tindakan-tindakan) [12 markah] 1. Menyusun pakej pelancongan kesihatan dengan menyelaraskan tawaran hospital dan hotel. 2. Membentuk rujukan rangkaian antarabangsa. 3. Menggalakkan hospital mendapat akreditasi dengan pusat perubatan terkemuka di dunia. 4. Menggalakkan pembentukan syarikat multinasional Malaysia oleh pihak swasta. 5. Melonggarkan syarat imigresen bagi pakar perubatan dan terapi asing serta pesakit. 6. Menyokong penyelidikan klinikal di institusi kesihatan. 7. Mengalu-alukan usaha pihak swasta mengendalikan promosi perkhidmatan rawatan dan kesihatan di hospital-hospital swasta tempatan. 8. Mengadakan pemantauan secara berterusan. 9. Menubuhkan Unit Pelancongan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan. 10. Mengutamakan tanggungjawab sosial dan perkhidmatan yang berkualiti.

Isi tersirat (kesan-kesan) -pendapat [4 markah] 1. Meningkatkan kemajuan ekonomi negara. 2. Imej negara akan terkenal di seluruh dunia. 3. Kadar pengangguran dapat dikurangkan. 4. Peluang perniagaan yang baru terbuka kepada masyarakat. 5. Pakar perubatan asing berminat bekerja di Malaysia.

Kesimpulan [2 markah] Kesimpulannya, bidang pelancongan kesihatan mestilah dimajukan supaya Malaysia dapat menjadi destinasi pilihan utama sektor tersebut.

Soalan 2(a) (i) -peranan untuk memajukan masyarakat

(ii) -kewujudan banyak hospital dan pusat kesihatan swasta -negara kita memiliki kepakaran yang tinggi -kos perubatan rendah mengikut tukaran mata wang asing -negara kita memiliki keindahan alam semula jadi

(iii) -pihak swasta kurang bekerjasama -saingan daripada negara-negara yang sudah berpengalaman dalam industri -sambutan masyarakat masih dingin kerana promosi yang tidak menyeluruh -kos untuk memajukan bidang ini sangat tinggi
ASPEK: RUMUSAN - JAWAPAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 16:24

17.3.09

Rumusan kesan-kesan negatif penggunaan internet


Soalan 1 : Rumusan [30 markah]

Pendahuluan Petikan membincangkan masalah penyalahgunaan internet yang semakin serius pada masa kini (di Malaysia / di seluruh dunia). Petikan membincangkan keburukan / akibat penggunaan internet yang berleluasa / yang sukar dikawal /

yang semakin membimbangkan (pada masa sekarang).

Jika... Petikan membincangkan implikasi negatif penggunaan internet.......... 1m Petikan membincangkan kesan buruk penggunaan internet................ 1m

Isi Tersurat (kesan negatif internet) 1. Internet menyebarkan imperialisme yang meruntuhkan nilai budaya / moral. 2. Internet dijadikan wahana menyebarkan bahan tidak bermoral (1m) secara talian terus (1m). 3. Internet menyebarkan (pelbagai judul) buku yang diharamkan (di sesetengah negara). 4. Internet menyebabkan berlakunya pelanggaran hak cipta penerbitan (tanpa izin pemegang hak ciptanya). Jika .... Terbitan Ensiclopedia World Wide disebarkan (melalui internet) tanpa izin pemegang hak ciptanya -1m 5. Internet menyebarkan iklan yang (mungkin) tidak diterima oleh media lain / yang melanggar kod etika pengiklanan/ yang mengeksploitasikan wanita dan cita rasa kanak-kanak. 6. (Pelbagai) fitnah / khabar angin dapat disebarkan (terhadap kerajaan / organisasi / pihak tertentu). 7. Masalah dalam undang-undang harta intelek dan kebebasan hak asasi berlaku. 8. Jenayah ekonomi dan penipuan dalam transaksi talian terus turut berlaku.

Isi Tersirat (langkah membendung penyalahgunaan internet - KBKK) 1. Kerajaan menggubal akta / undang-undang mengharamkan penyebaran karya cetak rompak dalam internet / memperketat undang-undang jenayah siber. 2. Kerajaan menyekat akses ke laman web yang negatif. 3. Ibu bapa memantau laman yang dilayari oleh anak-anak / menapis laman yang dilayari oleh anak-anak.

(Isi lain yang sesuai diterima) Jika tidak dinyatakan pihak yang melaksanakan langkah, 1m sahaja. Contoh : Undang-undang jenayah siber diperketat. 1m

Kesimpulan Kesimpulannya, kebebasan penggunaan internet mesti dikawal supaya penyebaran bahan yang menyalahi norma masyarakat dapat dielakkan.

Soalan 2 : Pemahaman [10 markah]

Soalan 2(a) : Petikan Umum (i) Apakah maksud rangkai kata sering dijadikan wahana? [3 markah] -selalu digunakan sebagai saluran

(ii) Internet mempunyai beberapa kebaikan. Nyatakan kebaikan tersebut. [3 markah] -memberi maklumat tanpa sekatan / demokrasi maklumat / masyarakat bebas memperoleh/ menyampaikan maklumat -mengubah cara manusia berkomunikasi -sesiapa sahaja dapat menerbitkan bahan dengan kos yang sangat murah -berupaya menyebarkan imej digital

(iii) Berikan pendapat anda tentang ciri-ciri laman web mata pelajaran yang menarik. [4 markah] -penerangan yang mudah difahami -kandungan yang sentiasa dikemas kini -ada ruangan soal jawab -ilustrasi yang menarik / gambar berwarna-warni -ada pautan dengan laman web lain yang berkaitan -banyak bahan latihan

(Isi lain yang sesuai diterima)


ASPEK: RUMUSAN - JAWAPAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 13:04

3.12.08

Rumusan peranan media massa


Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Pengenalan

Petikan membincangkan pengaruh media massa terhadap masyarakat.

Isi tersurat (peranan media massa) 1. Media massa berperanan sebagai alat pengumpul dan penyebar mesej semasa tentang masyarakat. 2. Media massa ialah bahan hiburan murah yang membolehkan orang ramai mengisi masa lapang. 3. Media massa merupakan agen penggerak pembangunan dan pembaharuan sesebuah negara. 4. Media massa merupakan saluran atau sumber penting untuk orang ramai mengetahui hal ehwal sains dan teknologi. 5. Media massa mampu menyekat sentimen yang bersifat spekulatif dan provokatif (yang mungkin memburukkan imej negara). 6. Media massa membangkitkan sikap antipeperangan dalami kalangan manusia. 7. Media massa menjadi saluran bagi orang ramai untuk mengemukakan idea dan kritikan mereka tentang sebarang perkara. 8. Media massa menegakkan kebenaran tanpa syarat.

Isi Tersirat (Langkah menyekat penyebaran bahan yang negatif) 1. Kerajaan perlu menyediakan garis panduan penerbitan siaran kepada pengamal media. 2. Penerbit bahan tidak bermoral/ lucah/ negatif mesti dikenakan hukuman berat. 3. Semua penyiaran bahan bercetak/ elektronik perlu ditapis oleh pihak kerajaan/ berwajib/ diluluskan penyiarannya oleh pihak berwajib.

Kesimpulan Kesimpulannya, peranan media massa perlu dipertingkatkan supaya kewibawaannya sebagai pembekal maklumat yang benar tidak terjejas.

Soalan 2 (a) : Petikan Umum [9 markah] i. -memberi peluang kepada masyarakat untuk memanfaatkan waktu senggang/ terluang/ rehat

ii. -kepercayaan rakyat terhadap pemerintah terhakis secara beransur-ansur -sebarang dasar yang dikemukakan sukar untuk dijayakan

-kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik akan terjejas

iii.-disukai khalayak pembaca/ penonton -mendatangkan keuntungan material -tidak mempedulikan tanggungjawab sosial -persaingan hebat dalam dalam bidang tersebut
ASPEK: RUMUSAN - JAWAPAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 13:29

5.1.08

Rumusan kepentingan proses kitar semula


Soalan 1 : Rumusan

Pengenalan Petikan membincangkan keutamaan/ manfaat/ faedah/ kebaikan proses kitar semula yang perlu diberikan perhatian oleh masyarakat.

Isi Tersurat (manfaat proses kitar semula) 1. Bahan-bahan yang terbuang dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin/ Masalah pembuangan sampah dapat diatasi. 2. Pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan. 3. Ruang hidup manusia dapat dipelihara/ dijaga. 4. Kitar semula menjamin persekitaran yang lebih sihat dan bersih / Pengekalan kebersihan dalam kehidupan dapat dijamin. 5. Penyakit dapat dikawal daripada merebak. 6. (Lima kali) lebih banyak peluang pekerjaan akan tersedia. 7. Kos untuk melaksanakan kitar semula jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan biaya pemuliharaan alam sekitar yang telah musnah.

Isi Tersirat (masalah pelaksanaan proses kitar semula) 1. Masyarakat tidak memberi komitmen menyeluruh untuk menjayakan usaha ini/ masyarakat menganggap usaha ini tanggungjawab kerajaan sahaja. 2. Pihak berkuasa tempatan tidak bersungguh-sungguh merealisasikan proses kitar semula. 3. Kemudahan yang berkaitan masih tidak banyak/ berada di lokasi tertentu sahaja/ tidak mencukupi

untuk menampung keperluan.

Kesimpulan Kesimpulannya, proses kitar semula mesti dilaksanakan secara bersepadu supaya keselesaan dan kesihatan masyarakat terjamin.

Soalan 2(a) : Petikan Umum (i) -menimbulkan/ menyebabkan ketidakselesaan melihat timbunan sampah

(ii) -menyakitkan mata memandang -bau yang busuk akan mengganggu keselesaan penduduk -mengancam sistem air bawah tanah -menjadi tempat pembiakan serangga perosak -merebakkan penyakit berjangkit

(iii) -ibu bapa mendidik anak-anak sejak kecil tentang kepentingan proses kitar semula -pihak sekolah terlibat secara serius dalam usaha kitar semula menerusi penerangan dalam pengajaran di kelas atau gerak kerja kokurikulum -media massa menyedarkan masyarakat secara berterusan tentang kepentingan menjaga alam sekitar -pertubuhan bukan kerajaan membiayai kos menganjurkan kempen kebersihan di seluruh negara
ASPEK: RUMUSAN - JAWAPAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 10:43

Rumusan faktor pengangkutan awam semakin tidak popular


Peraturan Pemarkahan Soalan 1 : Rumusan

Pengenalan Petikan membincangkan masalah kekurangan penumpang yang dihadapi oleh sektor pengangkutan awam. Petikan membincangkan pelbagai alasan yang diberi oleh orang ramai yang enggan menggunakan pengangkutan awam. Petikan membincangkan kesulitan yang dihadapi oleh pengguna pengangkutan awam di Malaysia. Petikan membincangkan pandangan negatif orang ramai terhadap kualiti perkhidmatan pengangkutan

awam.

Isi tersurat (punca pengangkutan awam semakin tidak popular) 1. Masa perjalanan pengangkutan awam tidak tetap/ menentu. 2. Pengangkutan awam dianggap sesuai untuk golongan kurang mampu sahaja/ orang ramai memandang remeh perkhidmatannya. 3. Pengangkutan awam dikatakan tidak cekap. 4. Perkhidmatannya tidak mampu memenuhi keperluan pengguna. 5. Mutu pengangkutan awam di Malaysia ketinggalan (berbanding dengan di negara lain). 6. Teksi dan pelbagai jenis bas awam sudah uzur / tidak layak digunakan lagi/ berusia lebih daripada 10 tahun. 7. Orang ramai sukar mendapatkan perkhidmatannya pada waktu puncak.

Isi tersirat (kewajaran orang ramai mengutamakan perkhidmatannya) Kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan/ masalah tempat kereta yang terhad dapat diatasi. Perbelanjaan untuk tujuan pengangkutan dapat dijimatkan/ Kos pengangkutan pengguna dapat dijimatkan. Pencemaran udara/ bunyi dapat dikurangkan. Kemalangan di jalan raya dapat dikurangkan.

Kesimpulan Kesimpulannya, masalah perkhidmatan pengangkutan awam mesti diatasi supaya dapat memberikan keselesaan/ kepuasan kepada para pengguna.

Soalan 2(a) i. -(satu daripada cara) pilihan untuk tiba ke tempat yang dituju

ii. -perkhidmatan bas perlu ditambah -jadual perjalanan bas perlu diperkemas -kempen besar-besaran perlu dilakukan untuk menarik minat orang ramai menggunakan pengangkutan awam -syarikat pengangkutan awam wajar menyediakan insentif kepada orang ramai yang menggunakan perkhidmatan yang disediakan

iii. -Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu teksi -penumpang mesti melaporkan kegiatan itu dengan segera kepada pihak berkuasa -Kementerian Pengangkutan mesti mewajibkan penggunaan meter bayaran di dalam teksi -Persatuan Pemandu Teksi mesti mendidik ahli supaya lebih berdisiplin dan bertimbang rasa -pengguna menggunakan kenderaan awam yang lain seperti bas -pengguna memastikan pemandu teksi menggunakan meter -kerajaan mengadakan kempen kesedaran sivik kepada pemandu teksi supaya sentiasa jujur dan amanah
ASPEK: RUMUSAN - JAWAPAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 10:26

21.10.07

Jawapan rumusan 'faktor dadah mesti diperangi'


Soalan 1 : Rumusan Pengenalan Petikan membincangkan punca-punca gejala penagihan dadah mesti dihapuskan dalam kalangan masyarakat. Isi tersurat (faktor dadah mesti diperangi) 1. Penagihan dadah membuatkan keluarga penagih menderita dan hidup tak keruan. 2. Dadah melalaikan generasi muda daripada menggunakan masa lapang sebaik-baiknya melalui kegiatan yang sihat dan bermakna. 3. Belia tidak dapat menyumbang tenaga untuk pembangunan negara. 4. Gejala ini membawa masalah lain termasuk jangkitan HIV dan AIDS. 5. Penagih mudah terlibat dalam perlakuan jenayah. 6. Mangsa akan terus menagih dadah dan menderita sepanjang masa. Isi tersirat (rintangan) 1. Penagih dadah tidak bekerjasama untuk berhenti menagih. 2. Pengedar dadah tidak takut akan hukuman. Kesimpulan Kesimpulannya, gejala penagihan dadah mesti dihapuskan agar lahirlah masyarakat yang sihat mental dan fizikal. Soalan 2(a) : Pemahaman Umum i. -usaha membendung penyalahgunaan dadah tidak begitu berkesan ii. -dapat menggunakan masa dengan baik -dapat menyertai kegiatan yang sihat dan bermakna -dapat hidup dengan sihat dan selamat -mereka disayangi oleh semua orang

-menjadi aset negara yang berharga

iii. -sikap ingin mencuba -dipengaruhi kawan-kawan -menganggap dadah dapat membantu menyelesaikan masalah/ tekanan -dianiayai oleh pihak tertentu/ berkepentingan
ASPEK: RUMUSAN - JAWAPAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 08:31

Jawapan rumusan 'kekangan dalam usaha mewujudkan semangat patriotik'


Soalan 1 : Rumusan

Pendahuluan Petikan membincangkan halangan dalam usaha mewujudkan semangat cinta akan negara dalam kalangan belia. Isi Tersurat (kekangan mewujudkan semangat patriotisme) 1. Fahaman yang mengutamakan kepentingan individu semakin menular. 2. Wujudnya pertembungan antara negara maya dengan negara nyata. 3. Kemerdekaan negara tergugat oleh penjajahan-penjajahan bentuk baru. 4. Mata pelajaran Sejarah hanya mula diajarkan pada peringkat sekolah menengah. 5. Belia tidak menghargai kemerdekaan negara. 6. Belia tidak bersungguh-sungguh mengejar ilmu. Isi Tersirat (peranan ibu bapa untuk mewujudkan semangat patriotisme) 1. Ibu bapa perlu bersama-sama keluarga meraikan sambutan Bulan Kemerdekaan. 2. Ibu bapa perlu menyediakan bahan bacaan yang berunsur patriotik di rumah. 3. Ibu bapa sewajarnya membawa anak-anak melawat ke tempat-tempat bersejarah dalam negara. Kesimpulan Pemimpin-pemimpin belia patut bekerja keras membawa belia kembali ke pangkal jalan supaya mereka menyedari tanggungjawab mereka kepada negara. Kesimpulannya, semangat patriotisme wajar disegarkan dalam jiwa para belia supaya mereka menyedari tanggungjawab mereka untuk kesejahteraan tanah air. Soalan 2(a) : Pemahaman Umum i. -berkait secara langsung dengan harapan/ impian pemerintah ii. -.bangga menjadi rakyat Malaysia -bersemangat setia kepada negara -menyanjungi semangat kekitaan
iii. -menyertai perarakan pada Hari Kebangsaan -menentang usaha pihak luar campur tangan hal ehwal negara kita -menghormati lagu Negaraku -menghulurkan derma untuk Tabung Rayuan Hari Pahlawan -berbangga menjadi anak Malaysia

ASPEK: RUMUSAN - JAWAPAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 08:08

30.8.07

Jawapan rumusan 'langkah menangani vandalisme'


Soalan 1 : Rumusan (30 markah)

Pendahuluan Petikan membincangkan usaha-usaha untuk menangani vandalisme yang semakin berleluasa.

Isi tersurat (usaha-usaha menangani masalah vandalisme) S1 Ibu bapa berperanan untuk mendidik anak-anak agar menghargai harta benda awam. S2 Pihak sekolah harus memberikan bimbingan dan nasihat tentang kepentingan menjaga harta benda awam. S3 Konsep Masyarakat Penyayang harus dihidupkan semula (supaya para remaja sedar akan peranan mereka sebagai pembela bangsa pada masa hadapan). S4 Masyarakat perlu bersikap proaktif terhadap gejala vandalisme di kawasan mereka. S5 Tindakan undang-undang perlu dikenakan terhadap mereka yang terlibat. S6 Pihak berkuasa perlu meronda tempat-tempat tumpuan remaja. S7 Pesalah vandalisme wajar didenda melakukan kerja kemasyarakatan. S8 Agensi-agensi kerajaan hendaklah mengadakan program tindakan bersama.

Isi tersirat (keburukan vandalisme) T1 Kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk membaiki kerosakan harta awam. T2 Masyarakat akan menghadapi masalah menggunakan kemudahan awam pada masa kecemasan. T3 Imej negara tercemar di kalangan pelancong asing.

Kesimpulan Kesimpulannya masalah vandalisme wajar dibanteras supaya masyarakat yang bertanggungjawab dan mengutamakan kepentingan umum dapat dilahirkan.

Soalan 2(a) : Petikan Umum (9 markah) i. -menimbulkan/ mewujudkan bermacam-macam kerumitan/ masalah/ kesusahan/ akibat/ kesan negatif

ii. -menimbulkan keinsafan -memberi pengajaran kepada mereka yang ingin melakukan vandalisme agar berfikir sebelum berbuat demikian -menjimatkan kos kerajaan untuk membaiki kerosakan harta awam

iii. -media massa mengadakan/ memperbanyak kempen yang menjurus kepada pembentukan komuniti yang prihatin -ibu bapa menerapkan nilai-nilai kasih sayang kepada anak-anak sejak kecil -guru-guru perlu menerapkan nilai-nilai murni di dalam kelas melalui pengajaran dan pembelajaran -masyarakat perlu sedar akan keperluan mengambil berat terhadap kebajikan jiran tetangga
ASPEK: RUMUSAN - JAWAPAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 21:13

Anda mungkin juga menyukai