Anda di halaman 1dari 9

1

TAJUK FORUM SUNGAI NADI KEHIDUPAN


Pengerusi (FN) :
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Selamat datang ke majlis forum remaja 2013.
Sidang hadirin yang saya hormati sekalian, saya selaku pengerusi forum remaja pada hari ini
akan membincangkan satu topik yang amat relevan untuk dikongsi bersama-sama sidang
hadirin sekalian. Tajuk forum kita pada hari yang indah ini ialah Sungai Nadi Kehidupan.
Baiklah, sebelum kita memulakan perbincangan kita pada hari ini, moleklah kiranya saya
memperkenalkan terlebih dahulu ahli-ahli panel yang akan mengupas tajuk forum kita pada
hari ini. Ahli panel kita yang pertama, merupakan seorang ahli kelab Pencinta Alam Sekitar,
saya perkenalkan saudara Norzam Aminudin Bin Sabudin. Apa khabar saudara? Dengar2
saudara baru sahaja dari perkhemahan di Pulau Kuraman. Bagaimana dengan perkhemahan
tersebut saudara? Ya, pastinya perkhemahan tersebut menjadi pengalaman yang menarik buat
saudara. Seterusnya, ahli panel kita yang kedua juga merupakan ahli kelab Pencinta Alam
Sekitar saya perkenalkan saudari Nur Nadia Farhana Binti Shukor. Apa khabar saudari? Apa
pendapat saudari mengenai tajuk forum kita pada hari ini? Ahli panel kita yang terakhir
merupakan seorang pengerusi kelab Sahabat Alam, saya perkenalkan saudara Aiman Yasier
Bin Afandi. Apa khabar saudara? Boleh saudara menceritakan sedikit mengenai program
terbaru yang dianjurkan oleh kelab saudara? Sememangnya program yang dianjurkan oleh
kelab saudara amat bermanfaat sekali dalam menimbulkan rasa cinta terhadap alam sekitar.
Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana sudi meluangkan masa
bersama-sama saya dalam bicara forum kita pada hari ini.
Sidang hadirin sekalian, sungai merupakan sejenis saluran air tabii yang besar. Sumber sungai
berasal dari tasik, mata air ataupun anak sungai. Mulut atau hujung sungai di laut dipanggil
muara, manakala puncanya dipanggil hulu. Air sungai biasanya terbatas di dalam satu
saluran. Ia terdiri daripada dasar sungai yang terletak di antara dua tebing di kiri dan kanan.
Kebanyakan curahan hujan di darat akan melalui sungai dalam perjalanannya ke laut dan
sesebuah sungai biasanya terdiri daripada beberapa anak sungai yang bergabung. Sungai Nadi
Kehidupan boleh saya rumuskan sebagai sungai merupakan jiwa kepada semua makhluk
yang bernyawa baik flora mahupun fauna. Tanpa sungai yang membekalkan air, makhluk dan
tumbuh-tumbuhan akan mati kekeringan. Seperti udara yang kita sedut, air merupakan punca
hidup bagi kita semua. Untuk memperkatakan isu ini, tanpa melengahkan masa, saya
mempersilakan ahli panel kita yang pertama, saudara Norzam untuk mengulas sedikit
sebanyak mengenai punca seterusnya kesan pencemaran sungai. Silakan saudara.

Panel 1 (NA) :
Saya bersetuju dengan pendapat saudari bahawa sungai merupakan nadi kehidupan manusia.
Namun, pada hari ini pencemaran sungai berlaku akibat kehiatan pertanian yang dijalankan di
seluruh Negara.

Pengerusi (FN) :
Saudara Norzam, bagaimana pula aktiviti pertanian boleh mengakibatkan pencemaran
sungai? Boleh saudara jelaskan dengan lebih lanjut?

Panel 1 (NA) :
Aktiviti pertanian yang dijalankan oleh masyarakat petani telah menyebabkan pencemaran
sungai kian berleluasa. Hal ini demikian kerana penggunaan bahan-bahan kimia dalam
aktiviti pertanian bagi menjamin kesuburan tanah. Akibatnya, bahan-bahan kimia yang
terkandung dalam racun serangga dan baja kimia menyerap ke dalam tanah dan seterusnya
mengalirkan air tersebut ke dalam sungai apabila hujan turun. Kesannya, hidupan akuatik
seperti ikan akan mati. Sekian dahulu daripada saya, kembali kepada saudari pengerusi.

Pengerusi (FN) :
Ya, benar saudara. Jikalau perkara sebegini terus berlaku, pendapatan nelayan pastinya akan
terjejas. Saudari Nadia, pada pendapat saudari apakah punca lain yang menyebabkan
pencemaran sungai ini berlaku? Dan apakah pula kesannya? Silakan saudari.

Panel 2 (NF) :
Terima kasih saudari pengerusi. Punca lain pencemaran sungai ialah pembuangan sampah
sarap ke dalam sungai. Sampah sarap dan sisa buangan domestik yang dibuang ke dalam
sungai memberikan kesan yang buruk kepada sungai. Hal ini berlaku demikian kerana
pembuangan sampah sarap ke dalam sungai akan menyebabkan sungai dipenuhi plastik
sampah dan bahan terbuang yang terapung pada permukaan air. Selain itu, warna air sungai
akan bertukar daripada jernih kepada kehijau-hijaun atau kehitam-hitaman. Ini
mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam air yang menggugat kehidupan akuatik.
Kesannya, hidupan akuatik akan musnah dan sumber air manusia akan tercemar serta
menyebabkan bau yang kurang menyenangkan. Sekian daripada saya, kembali kepada
saudari pengerusi.

Pengerusi (FN) :
Ya benar saudari, saban hari semakin banyak aktiviti pembuangan sampah sarap dan bahan
domestik ke dalam sungai yang dapat kita perhatikan. Hal ini akan menyebabkan masalah
pencemaran sungai di Negara kita semakin meningkat. Saudara Aiman, bolehkah saudara
menambah sedikit lagi mengenai punca pencemaran sungai di negara kita dan kesan yang
menyebabkan pencemaran sungai ini terus berlaku. Silakan saudara.

Panel 3 (AY) :
Terima kasih saudari pengerusi, pertambahan kilang perindustrian juga merupakan salah
satu daripada punca pencemaran sungai. Seperti yang kita dapat lihat pada masa kini,
terdapat banyak kilang yang dibina berhampiran dengan sungai untuk memudahkan operasi
pembuangan sisa toksik ke dalam sungai. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab oleh
pihak kilang ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran sungai. Pembuangan Sisa toksik
yang mengandungi bahan kimia seperti karbonat akan menyebabkan skala pH dalam air
sungai menurun . pH air yang kurang daripada angka 7 menjadikan air bersifat asid
seterusnya akan menjejaskan kualiti air dan mendatangkan bahaya kepada manusia serta
hidupan akuatik. Kesan daripada perkara ini ialah, manusia akan mengalami krisis air bersih
dan terpaksa menggunakan air yang tercemar untuk kegunaan harian. Laporan Program
Alam Sekitar Bangsa Bangsa Bersatu melaporkan sebanyak 1.4 ribu juta penduduk di muka
bumi ini tidak mendapat bekalan air bersih bagi menampung keperluan harian mereka. Oleh
itu jelaslah bahawa kesan pencemaran air ialah penghuni dunia tidak mendapat bekalan air
bersih yang secukupnya. Kembali kepada saudari pengerusi.

Pengerusi (FN) :
Ya benar saudara. Sememangnya hasil perindustrian kilang serta sisa bahan toksik yang
disalurkan ke dalam sungai menjadi punca kepada pencemaran sungai di Negara kita.
Bercakap mengenai pencemaran sungai, saya ingin mempersilakan saudara Norzam untuk
menerangkan apakah cara yang boleh kita lakukan untuk melestarikan sungai. Silakan
saudara.

Panel 1 (NA) :
Terima kasih saudari pengerusi. Hadirin sekalian, apakah yang dimaksudkan dengan
melestarikan sungai? Maksudnya ialah mengekalkan sumber semulajadi sungai. Hadirin
sekalian, apabila berlakunya pencemaran sungai, maka prakarsa yang drastik lagi maslahat
harus dilaksanakan bagi melestarikan sungai kita ini. Antaranya ialah melalui pendidikan
awal di sekolah. Oleh yang demikian, pihak yang terlibat seperti para guru dan pendidik
seharusnya memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak muda zaman
sekarang ini akan kepentingan melestarikan sungai kita agar kualiti sungai dan kebersihan
sungai di Negara kita dapat dikekalkan dan digunakan oleh generasi yang akan datang.
Sebagai contoh, Kelab Pencinta Alam Sekolah bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar
mengadakan aktiviti membersihkan sungai.

Panel 3 (AY) :
Saudari pengerusi , izinkan saya untuk menambah sedikit tentang apa yang diperkatakan oleh
saudara norzam sebentar tadi. Saya bersetuju dengan pendapat saudara norzam. Anak anak
pada zaman sekarang ini haruslah dididik dengan baik iaitu dengan menerapkan unsur nilai
nilai murni dalam diri mereka tentang kepentingan melestarikan sungai di negara kita agar
keindahan dan kebersihan sungai kita akan terpelihara. Sebagai contoh, pada peringkat awal
pendidikan, pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan melukis atau mewarna dengan
bertemakan keindahan alam sekitar. Selain daripada menagdakan ceramah kepada pelajar
supaya tidak sewenang wenangnya mencemarkan keindahan sungai. Oleh itu, anak anak
muda pada zaman sekarang akan menjaga sungai dengan baik kerana sungai merupakan nadi
kehidupan kita.

Panel 1 (NA) :
Ya benar saudara, melalui ceramah juga, para pelajar akan lebih terbuka minda mengenai
kepentingan melestarikan sungai dan seterusnya mampu mempraktikkannya apabila berada di
luar sana. Tambahan pula, anak-anak merupakan pemimpin pada masa akan datang. Oleh itu,
wajarlah kiranya mereka dididik sejak dari bangku persekolahan lagi agar sikap mencintai
sungai sebati dalam diri mereka. Kembali kepada saudari pengerusi.

Pengerusi (FN) :
Ya benar saudara. Untuk melestarikan sungai kita, pendidikan awal sememangnya wajar
dilakukan agar masyarakat yang cinta akan sungai lebih mudah dilahirkan. Persis kata
pujangga, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Saudari Nadia, pada pendapat saudari,
apakah lagi cara untuk melestarikan sungai di Negara kita ini? Silakan saudari.

Panel 2 (NF) :
Terima kasih sekali lagi saudari pengerusi, dalam hal ini ya saudari. Pihak kerajaan harus
memperkuatkuasakan lagi undang2 bagi mengelakkan pencemaran air menjadi semakin
serius. Pihak kerajaan harus memberikan hukuman yang setimpal lagi berkesan kepada
mereka yang mencemari sungai seperti mengenakan kompaun dan penjara kepada mereka.
Rakyat juga perlu memberi kerjasama kepada pihak kerajaan supaya menjaga kebersihan
sungai agar tidak tercemar contohnya mengadakan gotong-royong untuk membersihkan
sungai bersama-sama. Rakyat juga perlu dididik agar mencintai sungai melalui kempen
sayangi sungai kita.

Panel 1 (NA) :
Saudari pengerusi, saya ingin menambah sedikit lagi pandangan saudari Nadia sebentar tadi.
Saudari Nadia, sememangnya apa yang telah diperkatakan oleh saudari sebentar tadi adalah
benar. Sebagai contoh, rakyat yang mempunyai perasaan cinta akan alam sekitar pastinya
akan melaporkan kejadian pencemaran sungai berikutan pengaliran sisa bahan toksik yang
dihasilkan oleh kilang-kilang berdekatan. Rakyat yang bertanggungjawab pula tidak akan
membuang sampah sewenang-wenangnya ke dalam sungai.

Panel 2 (NF) :
Ya, benar saudara. Oleh itu ya saudara, masyarakat haruslah ambil cakna akan kepentingan
melestarikan sungai agar sungai kita tidak tercemar. Dalam hal lain pula, pihak kerajaan juga
sepatutnya menentukan kedudukan kilang2 supaya tidak berdekatan dengan sungai. Hal ini
pastinya dapat mengurangkan lagi masalah pencemaran sungai kerana pengusaha kilang2
tersebut tidak akan mengalirkan sisa bahan toksik mereka ke dalam sungai. Kembali kepada
saudari pengerusi.

Pengerusi (FN) :
Ya benar saudari. Pihak kerajaan merupakan asas tulang belakang dalam usaha melestarikan
sungai di Negara kita. Oleh itu, pihak kerajaan seharusnya mempertingkatkan dan
mempergiatkan lagi usaha dalam memastikan keindahan sungai-sungai di Negara kita terus
terpelihara. Bercakap mengenai peranan, saya ingin mempersilakan ahli panel kita yang
ketiga, saudara Aiman untuk menerangkan sedikit lagi peranan yang perlu dilakukan bagi
melestarikan sungai di Negara kita. Silakan saudara.

Panel 3 (AY) :
Terima kasih saudari pengerusi, langkah lain bagi melestarikan sungai di Negara kita mampu
dilaksanakan dengan wujudnya kempen kesedaran. Kempen kesedaran boleh dilancarkan
oleh pihak berkuasa tidak kira sektor kerajaan mahupun swasta contohnya astro menerusi
penggunaan media massa. Dalam kempen ini, pihak yang terbabit boleh menerangkan sebabsebab sungai tercemar dan kesan daripada tindakan pencemaran tersebut supaya masyarakat
lebih memahami akan kepentingan sungai dalam kehidupan harian manusia.

Panel 2 (NF) :
Ya benar saudara, contohnya kempen Cintailah Sungai Kita yang dilancarkan pada tahun
1993 oleh menteri pertanian yang bersifat terus bukan bermusim dalam negara yang
merangkumi pelbagai usaha memantau, memulihara, membersih, dan mengindahkan keadaan
sungai. Ini jelas menunjukkan bahawa pihak kerajaan amat peka dan prihatin akan
permasalahan yang berlaku dalam negara kita.
Panel 3 (AY) :
Saudari pengerusi, izinkan saya untuk menambah sedikit lagi pandangan saya. Bukan itu
sahaja ya hadirin sekalian, aktiviti dan kempen mengenai kesedaran memelihara sungai ini
dapat menjamin tahap kesihatan generasi yang akan datang kerana mereka tidak perlu
berhadapan dengan krisis air bersih memandangkan sungai-sungai di negara kita telah terjaga
kebersihannya. Dengan adanya usaha seperti ini, pastinya masyarakat akan lebih menjaga dan
menghargai sungai.

Pengerusi (FN) :
Ya benar saudara, dengan wujudnya kempen, masalah pencemaran sungai bukan sahaja dapat
dikurangkan, malah mampu melahirkan masyarakat yang menghargai dan cinta akan sungai.
Sidang hadirin sekalian, setiap perkara yang kita usahakan pasti ada kebaikannya. Oleh itu,
saya mempersilakan saudara Norzam untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai kebaikan
menjaga sungai daripada tercemar. Silakan saudara.

Panel 1 (NA) :
Terima kasih saudari pengerusi. Terdapat beberapa kebaikan menjaga keindahan sungai di
Negara kita. Antaranya ialah sungai mampu menjana pendapatan kepada sesebuah
masyarakat mahupun Negara. Hal ini berlaku demikian kerana sumber rezeki akan lebih
terbuka luas kepada nelayan-nelayan apabila wujudnya sistem pengairan sungai yang baik.
Tambahan pula, pelancong dari dalam dan luar Negara yang datang ke kawasan sungai untuk
berekreasi akan semakin bertambah bilangannya. Pengaliran mata wang asing yang efektif
juga akan berlaku dan secara tidak langsung mampu menjanakan pendapatan Negara.

Pengerusi (FN) :
Ya benar saudara. Sidang hadirin sekalian, jikalau sungai kita dipenuhi dengan sampah sarap
sudah pasti tidak ada sesiapapun yang mahu datang ke sungai tersebut. Bilangan pelancong
asing ke negara kita juga akan merosot. Hal ini akan menyebabkan sumber pendapatan
ekonomi kita berkurangan. Baiklah, apakah pula pendapat saudari Nadia mengenai kebaikan
menjaga sungai. Silakan saudari.

Panel 2 (NF) :
Terima kasih saudari pengerusi, sungai sebagai anugerah Tuhan perlu dijaga kerana sungai
berpotensi menjadi pusat rekreasi kepada masyarakat. Dengan adanya sungai yang cantik dan
bersih, ibu bapa boleh membawa anak2 mereka untuk berkelah dan berekreasi bersama2.
Contohnya, aktiviti perkhmahan dapat dilakukan . Oleh itu, penjagaan sungai haruslah
dititikberatkan dan tidak diambil mudah serta dipandang enteng oleh masyarakat kerana
sungai merupakan nadi kehidupan kita semua. Sebagai contoh, di Sungai Congkak, Selangor
dibina pondok2 kecil di sepanjang sungai untuk aktiviti berkelah bersama-sama keluarga
disamping menikmati keindahan sungai.

Pengerusi (FN) :
Benar saudari, kalau bukan kita siapa lagi? Masyarakat hari ini haruslah menjauhkan sikap
acuh tak acuh dalam diri mereka terhadap kepentingan sungai kerana sikap kita pada hari
inilah yang akan menentukan nasib dan keadaan generasi masa hadapan. Janganlah kerana
sikap sambil lewa kita pada hari ini, membuatkan generasi akan datang merana. Baiklah,
bagaimana pula dengan pendapat saudara Aiman mengenai kebaikan menjaga sungai?
Silakan saudara.

Panel 3 (AY) :
Terima kasih sekali lagi saudari pengerusi, pada pendapat saya sungai ini bermanfaat
sebagai tempat untuk menghilangkan stress. Sebagai contoh, aktiviti memancing di kawasan
sungai mampu menghilangakan tekanan yang dihadapi oleh seseorang individu. Selain
daripada itu juga, bunyi kicauan burung serta desiran air yang mengalir akan menyebabkan
seseoarang itu berasa tenang dan damai sekaligus mampu melupakan masalah yang
dihadapinya. Dengan suasana dan permandangan yang cantik serta menyejukkan mata juga,
sungai mampu dijadikan sebagai tempat untuk mendapatkan ilham bagi para pencinta seni
dan alam. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa, sungai merupakan tempat semula jadi yang dapat
menenangkan dan mententramkan jiwa seseorang.

Pengerusi (FN) :
Benar saudara. Begitulah bernasnya idea-idea yang disumbangkan oleh ahli panel kita
sebentar tadi. Rumusan saya terhadap isu yang dibincangkan tadi, iaitu Sungai Nadi
Kehidupan ialah tidak kira siapa pun kita, kebersihan haruslah dijaga dan dipelihara. Kita
harus fikirkan keadaan generasi akan datang yang terpaksa menanggung hasil tindakan yang
kita buat pada hari ini dan pada masa kini. Mohandas Karamchand Ghandi pernah berkata,
Kita tidak mewarisi bumi daripada nenek moyang kita, kita meminjam daripada anakanak kita. Dengan ini, kita wajiblah mengekalkan kebersihan sungai sebelum keadaan sungai
menjadi teruk kerana bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.
Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada ahli panel sekalian dan sehingga kita bertemu
lagi dalam sesi bersama juri. Saya sudah dengan lafaz WWWWW.

Sesi Penggulungan
Assalamualaikum w.b.t. Bertemu kita sekali lagi dalam sesi bersama juri. Baiklah, soalan
yang telah dikemukakan oleh juri sebentar tadi berbunyi _______________________
Soalan tersebut sememangnya relevan untuk dijadikan sebagai bahan diskusi dalam arena
forum ini. Oleh itu, saya ingin membuka ruang kepada mana-mana ahli panel untuk
menjawab persoalan yang diajukan oleh juri sebentar tadi.
___________________________________________________________________________
Begitulah bernasnya idea-idea yang dilontarkan oleh ahli panel kita dalam sesi forum
bersama juri ini. Sehingga kita bertemu lagi pada kesempatan yang akan datang. Saya sudahi
dengan lafaz wwwww.

Anda mungkin juga menyukai